nota-tambahan-553-555-2

31
Usaha dan Dasar-dasar Kerajaan Kestabilan Politik Malaysia mempunyai politik yang stabil. Sejak merdeka lagi Malaysia telah ditadbir dengan aman dan berkesan. Meskipun wujud rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, ia hanya berlaku seketika dan tidak berlarutan hingga bertahun lamanya. Dengan berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ini kerajaan bertindak dengan cekap menubuhkan MAGERAN iaitu Majlis Gerakan Negara untuk membincangkan isu-isu perpaduan yang kemudiannya membentuk Rukun Negara Malaysia. Penyatuan semua kaum-kaum utama dalam Parti Perikatan pada pilihan raya umum pertama 1955 berkesan untuk menyatukan kaum di Malaysia yang banyak didominasi oleh Melayu, Cina dan India. Pembentukan Barisan Nasional juga kemudiannya menjadikan politik Malaysia lebih mantap dan semua kaum dapat saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menjayakan aspirasi negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu, rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara. Keseimbangan Wilayah Ekonomi Ekonomi Malaysia bergantung kepada semua sektor pertanian dan perindustrian merupakan sumber ekonomi utama. Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara pertanian, usaha telah diambil untuk menukar status ini kepada sebuah negara perindustrian. Namun, sektor pertanian terus dibangunkan untuk mengimbangi import negara. Malaysia mempunyai perancangan ekonomi yang tersusun sejak merdeka lagi. Selain mengadakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terdapat Rancangan Malaysia yang kini merupakan Rancangan Malaysia

Upload: matserabut

Post on 27-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Usaha dan Dasar-dasar Kerajaan

Kestabilan Politik

Malaysia mempunyai politik yang stabil. Sejak merdeka lagi Malaysia telah ditadbir dengan aman dan berkesan. Meskipun wujud rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, ia hanya berlaku seketika dan tidak berlarutan hingga bertahun lamanya. Dengan berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ini kerajaan bertindak dengan cekap menubuhkan MAGERAN iaitu Majlis Gerakan Negara untuk membincangkan isu-isu perpaduan yang kemudiannya membentuk Rukun Negara Malaysia.Penyatuan semua kaum-kaum utama dalam Parti Perikatan pada pilihan raya umum pertama 1955 berkesan untuk menyatukan kaum di Malaysia yang banyak didominasi oleh Melayu, Cina dan India. Pembentukan Barisan Nasional juga kemudiannya menjadikan politik Malaysia lebih mantap dan semua kaum dapat saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menjayakan aspirasi negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu, rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Keseimbangan Wilayah Ekonomi

Ekonomi Malaysia bergantung kepada semua sektor pertanian dan perindustrian merupakan sumber ekonomi utama. Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara pertanian, usaha telah diambil untuk menukar status ini kepada sebuah negara perindustrian. Namun, sektor pertanian terus dibangunkan untuk mengimbangi import negara.

Malaysia mempunyai perancangan ekonomi yang tersusun sejak merdeka lagi. Selain mengadakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terdapat Rancangan Malaysia yang kini merupakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bermula pada tahun 2006-2010. Tujuan rancangan ini dibuat untuk merangka strategi kegiatan ekonomi dan memantau pencapaiannya.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional, dan ia telah digubal untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Selain itu DEB diharapkan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pula mensasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat berbanding sebelumnya selain memastikan matlamat integrasi nasional terus kukuh dengan mengelakkan jurang ekonomi yang besar antara kaum.

Malaysia mempunyai agensi-agensi ekonomi yang bertanggungjawab terhadap beberapa jenis pertanian utama di negara ini sejak merdeka hingga kini. Selain itu, terdapat beberapa agensi pembangunan wilayah berdasarkan kawasan-kawasan tertentu. Agensi-agensi itu ialah seperti FELDA, FELCRA, KEMUBU (KADA), MARDI, PORIM dan MADA.

Malaysia kini amat pesat membangunkan sektor ekonomi setiap wilayah dan negeri dengan membahagi-bahagikan kawasan tersebut mengikut zon tertentu. Wilayah-wilayah tersebut adalah:

-Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor-Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East Coast Economic Region (ECER) yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing-Wilayah Ekonomi Koridor Utara atau Northern Corridor Economic Region (NCER) yang merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara-Koridor Sarawak atau Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) di Sarawak-Koridor Pembangunan Sabah atau Sabah Development Corridor (SDC) di Sabah

Tujuan mewujudkan wilayah-wilayah ekonomi ini secara amnya untuk menyeimbangkan pembangunan di seluruh negara sekali gus mengurangkan jurang ekonomi antara penduduk.

Untuk meningkatkan kegiatan industri dalam negara juga kerajaan telah memperuntukkan zon-zon bebas cukai bagi merancakkan lagi industri tempatan dan menggalakkan kuasa beli dalam kalangan pelancong. Antara zon bebas cukai ialah Pulau Langkawi, Pulau Labuan dan Bayan Baru.

Dasar Ekonomi Baru

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel kereta api dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya Lima Tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama dan Kedua dirancang untuk menitikberatkan pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Namun, ia tidak begitu berjaya apabila penjajah masih menguasai sektor ekonomi dan seterusnya mempengaruhinya.

Oleh yang demikian, Dasar Ekonomi Baru telah disusun dan diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein. Dasar Ekonomi Baru bermatlamat:

1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk menjamin keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan di atas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu, perkara-perkara asas dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Dasar Pembangunan Nasional

Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesat walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Namun untuk memastikan kejayaan DEB sepenuhnya ia memerlukan masa yang lebih panjang. Oleh itu, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Dato Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.

DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum, dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN bertujuan mewujudkan corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek berikut:

1.Mewujudkan keseimbangan yang sama rata antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan.2.Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor.3.Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama.4.Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.5.Membangunkan sebuah masyarakat yang maju di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang baik serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.6.Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif.7.Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras dalam pembangunan ekonomi yang moden.8.Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia. Ciri-ciri rakyat Malaysia tradisi harus dikekalkan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Untuk menjayakan dasar ini ia memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat secara berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini telah dilancarkan pada 1971 untuk menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara.

Pembangunan kebudayaan kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Oleh yang demikian, usaha-usaha pembentukan kebudayaan kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

1.Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;2.Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan3.Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Dasar Pandang ke Timur

Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri DatoSeri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Asas kepada dasar ini ialah Malaysia mengambil contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikan-nya dengan keadaan di Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.

Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.

Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah: 1.Kerajinan dan disiplin bekerja2.Kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja3.Keutamaan kepada kumpulan dan bukan diri sendiri,4.Mementingkan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi5.Meningkatkan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am6.Sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek.

Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan negara-negara lain dan terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang selaras dengan kepentingan negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Objektif dasar ini adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya.

Pelaksanaan dasar ini diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara pula dihasilkan untuk memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.2.Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.3.Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.4.Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.5.Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.6.Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.7.Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.8.Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. 9.Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978.10.Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.11.Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.12.Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.13.Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak.

Dasar Perindustrian Negara

Dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil.

Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai buruh.

Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan secara langsung dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.

Penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. Perkara ini mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenal pasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.

Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun.

Dasar Penswastaan

Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan, iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.

Dasar Penswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut:

1.Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, pengangkutan, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dan kadar pulangan balik kepada kerajaan adalah lambat dan sangat rendah. Melalui dasar ini, tanggungjawab menyediakan kemudahan tersebut akan terserah kepada pihak swasta.

2.Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan. Melalui penswastaan beberapa perkhidmatan kerajaan yang tertentu, dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh diberi oleh pihak swasta, adalah diharapkan sesuatu perkhidmatan dapat ditingkatkan dengan lebih baik lagi.

3.Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan penggunaannya lebih efektif Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Lebih banyak syarikat swasta yang dapat diwujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara.

4.Pembahagian sumber dengan cekap Lebih banyak penglihatan kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Pengagihan sumber oleh kerajaan tidak bersifat keuntungan semata-mata dan melalui proses yang lama. Pemberian subsidi akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan yang tidak sesuai untuk jangka masa panjang.

5.Mempercepatkan pencapaian matlamat dasar ekonomi baru Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak DEB itu.

Dasar Sosial Negara

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.

Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk mengembangkan potensi diri secara seimbang dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Matlamat DSN ialah menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya, jantina dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Namun DSN menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya.

Objektif DSN1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.3. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.4.Mengukuhkan hubungan kerjasama antara sektor yang berlainan.

Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati:

1. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya. 2. Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan.3. Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.4. Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan, keselamatan, kerohanian dan maklumat.5. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang; dan6. Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.7. Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah rendah.8. Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan, peluang serta bimbingan.9. Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun, yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu, diberi sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran.10. Memastikan setiap individu di alam pertengahan dewasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendapat sokongan dan bimbingan untuk menguruskan keluarga dan kerjaya.11. Menyalur dan memberikan peluang kepada setiap warga tua (60 tahun ke atas) untuk terus membuat sumbangan kepada masyarakat, berasaskan tahap tenaga, minat, kemampuan dan motivasi yang mereka miliki.12. Menanamkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan semua lapisan masyarakat. 13. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti. Pelaksanaan DSN akan menjadi suatu agenda utama kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mapan menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan DSN perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.

WawasaN 2020

Pada 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kanan) meletakkan satu agenda besar dalam rancangan Pelan Induk Pembangunan Negara iaitu Wawasan 2020 sebagai sasaran negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Harapan pada wawasan yang diwujudkan ini agar mampu menghasilkan sebuah negara Malaysia yang maju di mata dunia tanpa perlu meniru pembangunan yang diagung-agungkan oleh negara Barat yang hanya berbangga dengan kemajuan tanpa mengira kehendak dan suara rakyat.

Matlamat utama wawasan ini ialah menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang maju menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti negara maju Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata tetapi menitikberatkan akan kemajuan yang bersepadu dan menyeluruh merangkumi semua dimensi dan aspek kehidupan manusia bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi juga politik, sosial, psikologi, kerohanian dan kebudayaan.

Terdapat sembilan cabaran yang perlu diatasi bagi merealisasikan Wawasan 2020 iaitu:

1.Membina bangsa Malaysia yang bersatu paduMasyarakat bersatu padu ialah masyarakat yang walaupun berbilang kaum, berlainan agama dan berbeza budaya tetapi mampu hidup di bawah payung pemerintahan pimpinan yang menggerakkan kerajaan Malaysia ke arah era perubahan sejajar dengan tuntutan zaman tanpa mengira kaum, agama dan status hidup. Perpaduan adalah lebih penting untuk sama-sama mengecapi kemerdekaan negara yang berterusan dalam keadaan aman dan sejahtera.

2.Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.Penglibatan masyarakat dalam kehidupan sosial mampu mengurangkan tekanan dan mewujudkan satu ikatan persaudaraan yang lebih kukuh antara masyarakat setempat. Contoh aktiviti masyarakat yang digalakkan ialah gotong-royong di kawasan perumahan, sekolah dan di tempat kerja.

3.Memupuk dan membina masyarakat demokratik dan matang.Membudayakan ilmu dalam kehidupan masyarakat akan memar-tabatkan negara ke arah melahirkan generasi yang celik akal yang berjaya dalam bidang kerjaya selain mengikuti kegiatan sosial.

4.Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.Dalam membentuk tenaga mahir dalam kerjaya dan kepakaran dalam bidang ilmu, aspek moral dan nilai murni perlu diserapkan supaya tidak timbul gejala yang kurang sihat seperti ponteng kerja dan tidak amanah.

5.Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.Semangat berpasukan dalam kerjaya mampu memberi kesan yang tinggi dalam meningkatkan mutu dan kualiti pekerja.

6.Membina masyarakat yang maju dan saintifik.Mendedahkan golongan remaja dengan kepentingan ilmu dan peranan mereka untuk memajukan negara terutama dalam bidang pendidikan.7.Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.Melahirkan masyarakat yang bersikap penyayang dan prihatin dengan masyarakat sekeliling supaya dapat menikmati kehidupan yang aman dan bahagia.

8.Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonomi.Menghapuskan jurang perbezaan ekonomi mengikut kaum dan melahirkan masyarakat yang adil dan saksama dalam mengecapi kehidupan.

9.Memupuk dan membina masyarakat makmur.Memastikan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat serta menghayati segala kepayahan pimpinan terdahulu dalam menuntut sebuah kemerdekaan demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur.

Dalam konteks yang lebih luas negara Malaysia perlu segera melaksanakan serta mencorak hala tuju Wawasan 2020 mengikut sasaran yang telah ditetapkan.

Antara hala tuju Wawasan 2020 ialah: 1.Penekanan kepada pembangunan negara ke arah kemajuan dalam semua aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan agama.2. Pembentukan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual, berakhlak mulia, berilmu, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. 3. Penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dengan memfokuskan kepada penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal.4. Penekanan kepada dasar pandang ke timur, bersih, cekap, amanah, kepimpinan melalui teladan dan penerapan nilai-nilai murni.5. Dasar pensyarikatan dan pengenalan kepada penswastaan yang banyak menyumbang kepada pembangunan pesat dan konglomerat yang berwibawa kepada negara.6. Menyahut cabaran bidang telepemasaran, perkhidmatan maklumat secara dalam talian. Perdagangan elektronik dan penyiaran digital melalui koridor raya multimedia iaitu pelan induk pembangunan teknologi maklumat pada masa hadapan.7.Pembinaan masyarakat yang bertamadun tinggi dengan penguasaan ilmu yang pelbagai bagi menjana fikiran yang terbina seiring dengan pembinaan sahsiah diri individu lantas melahirkan para ilmuwan, sarjana, cendekiawan, saintis, pemikir, penulis dan karyawan untuk menaikkan nama negara di mata dunia.8.Peningkatan nilai status sosial akan membawa transformasi kemasyarakatan daripada budaya pemujaan nilai-nilai materialisme kepada budaya penghormatan nilai-nilai ilmiah dan intelektual.9.Penekanan kepada penguasaan dalam bidang teknologi maklumat yang semakin canggih dan pantas penggunaannya dalam bidang pekerjaan, pendidikan dan perindustrian.10.Pembinaan ekonomi negara yang bersifat adil dan saksama tanpa mewujudkan perbezaan taraf sesebuah masyarakat.11.Penekanan kepada aktiviti sosial yang mampu melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.12.Penekanan kepada penglibatan golongan muda dalam sektor perindustrian negara dan dalam apa jua bidang kerjaya yang mampu menyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan negara.13.Perhatian kepada rakyat yang mengamalkan sikap bebas dari rasuah dan ponteng sewaktu bertugas.14.Penekanan kepada agenda yang mampu memartabatkan negara Malaysia ke arah kemajuan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutama perindustrian kerana bidang ini telah menyumbangkan banyak hasil yang lumayan kepada negara.

Pelan Induk Perindustrian

Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:

1.Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara; 2.Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan 3.Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah mengenal pasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Semua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya Malaysia dapat mencapai taraf sebuah negara perindustrian:

1.Menumpukan kepada pengeksportan produk perkilangan secara besar-besaran. 2.Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk eksport. 3.Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport. 4.Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu.5.Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat.6.Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. 7.Mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana.8.Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggung-jawab kepada pembangunan sektor pembuatan.9.Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk minda kelas pertama. Walau bagaimanapun, sebarang hasrat dan aspirasi negara, serta masyarakat hanya akan terlaksana jika guru yang ditugaskan mendidik anak bangsa merupakan guru yang benar-benar berkualiti.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru sebelum layak digelar sebagai guru berkualiti. Ia juga memberi fokus kepada bagaimana untuk kita mengekalkan ciri-ciri guru berkualiti ini sepanjang tempoh perkhidmatan. Perkara utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Negara. Sebagai guru berkualiti, kita mestilah melengkapkan diri kita dengan keempat-empat aspek yang terkandung dalam falsafah tersebut iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, kita juga hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan. Kita juga perlu untuk sentiasa bermuhasabah diri agar kita sentiasa kekal sebagai guru berkualiti.

Sistem pendidikan negara yang berkualiti merupakan faktor utama yang akan mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebagai pendidik, para guru harus sedar bahawa peranan yang dimainkan oleh mereka amat berharga. Pelbagai pelan boleh dirangka, tetapi perlaksanaannya amat bergantung kepada kualiti guru di setiap pelusuk tanah air.

Sistem pendidikan yang berkualiti mestilah mampu untuk bukan sahaja memenuhi tuntutan perubahan zaman, malah ia mestilah mampu untuk menghadapi segala cabaran di masa hadapan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh. PIPP adalah pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu dan digubal berpandukan matlamat dan teras kerangka besar Misi Nasional dan Wawasan 2020.

Koridor Raya Multimedia

Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Ia secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15 x 50 km bermula dari kawasan Menara Berkembar Petronas hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan turut melibatkan bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan pada 7 Disember 2006 yang melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam MSC.

Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.

MSC bertujuan menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan lain seperti internet yang laju dan lokasinya yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa.

Lawatan Dr Mahathir ke Amerika Syarikat pada Januari 1997 untuk mempromosi MSC kepada syarikat-syarikat di sana telah berjaya menarik minat banyak syarikat gergasi teknologi maklumat. Pada lawatan itu, sebuah Panel Penasihat Antarabangsa yang terdiri daripada 30 orang ahli teknologi maklumat telah ditubuhkan untuk bertukar pendapat terhadap kejayaan MSC.Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation) juga ditubuhkan semata-mata untuk menyelia perkembangan MSC.

Cyberjaya merupakan tulang belakang MSC di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Cyberjaya merupakan hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekolah Bestari juga termasuk dalam program MSC. Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai antara rancangan untuk menjayakan MSC.

Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap.

Objektif Sekolah Bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada:

- Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi - Mendemokrasikan pendidikan - Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan - Memupuk perkembangan menyeluruh individu - Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

Modal Insan

Wawasan 2020 akan menjelang tidak lama lagi. Oleh itu Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa menjadi semakin mencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan tersebut mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat peka dan membuat penilaian sebelum menerima apa-apa sahaja yang dibawa oleh arus globalisasi.

Oleh yang demikian, program pembangunan Modal Insan telah diperkenalkan oleh Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri pada 2005. Modal insan bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk pengembangan dan kelebihan yang dimiliki. Manusia pula boleh memperoleh sesuatu yang dihajati hanyalah melalui ilmu pengetahuan dan pendidikan.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Pembangunan modal insan meletakkan berilmu sebagai ciri utama yang perlu ditekankan dalam melaksana dan merealisasi satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Hal ini selaras dengan agama Islam yang meletakkan ilmu di tempat yang paling tinggi darjatnya dan menuntut manusia supaya menuntut ilmu sebagai bekal kehidupan di dunia dan akhirat.

Pembangunan modal insan juga untuk melahirkan dan mengeluarkan guna tenaga yang berilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang di samping kemahiran ICT, komunikasi berkesan, kreatif, kritis, rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memfokuskan pembangunan modal insan sepanjang tempoh RMKe-9 adalah:

1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. KPM telah mengambil pendekatan yang terbaik dengan meneruskan sistem pendidikan di Malaysia yang mempunyai jenis-jenis sekolah lain yang beroperasi seiring dengan sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Rakyat. Pada peringkat menengah, terdapat pelbagai jenis sekolah antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Sukan, Sekolah Teknik, Sekolah Antarabangsa dan sebagainya. Jelas di sini bahawa hasrat Kementerian Pendidikan untuk memastikan rakyat mempunyai pelbagai pilihan pendidikan.

2.Meningkatkan keupayaan dan minat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.- Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.- Meningkatkan pendidikan sains dan teknologi.

3. Membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar. -Pemantapan Kurikulum dengan pengenalan j-QAF, Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Seksualiti) - Pemantapan Program Kokurikulum supaya dapat melahirkan modal insan yang tinggi kemahiran sosial, interaksi, integrasi sesama mereka, berdisiplin, berkepimpinan, tahap kecerdasan fizikal dan mental yang tinggi, dan sebagainya.-Pemantapan program sukan dengan memantapkan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.-Pembudayaan adab dan budi bahasa pada peringkat sekolah secara berterusan supaya dapat melahirkan modal insan yang beradab dan berbudi bahasa.- Pengukuhan pogram 3K iaitu Program Amalan Kebersihan Sekolah, Program Bersepadu Sekolah Sihat, dan Program Sekolah Selamat di peringkat sekolah dengan menitikberat-kan 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan. -Pengukuhan disiplin pelajar bagi memastikan kempen dan program mengurangkan salah laku disiplin dapat dilaksanakan secara berkesan.

4. Memantapkan dan memperbaharui sistem penilaian pelajar. Pemantapan kaedah ini perlu bagi memastikan pencapaian pelajar dapat diukur untuk melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti bagi menyahut cabaran wawasan 2020.

5. Membentuk ketrampilan dan keperibadian guru. Guru hendaklah memantapkan diri mereka dengan menguasai segala kemahiran teknologi ICT, multimedia, komunikasi, teknologi sains dan sebagainya selari dengan tuntutan keperluan masyarakat dan perkembangan zaman. Guru juga digalakkan tampil dalam program masyarakat agar dapat mendekatkan diri dengan masyarakat.

6. Membentuk ketrampilan, keperibadian ibu bapa dan masyarakat. Ibu bapa dan masyarakat perlu melengkapkan diri mereka dengan segala ilmu pengetahuan sebagai bekalan mendidik anak-anak mereka di rumah dan diperkemaskan lagi dengan pengajaran oleh guru di sekolah agar pembangunan modal insan dapat dibentuk dengan mudah dan mencapai matlamat. ISLAM HADHARI

Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Ia memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dibina melalui pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Berdasarkan konsep ini untuk mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukanlah agama baru, ajaran baru atau mazhab baru. Ia hanya satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam yang semakin dilupakan. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Prinsip Islam Hadhari yang utama:

1.Keimanan dan ketakwaan kepada Allah2.Kerajaan adil dan beramanah3.Rakyat berjiwa merdeka4.Penguasaan ilmu pengetahuan5.Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif6.Kehidupan berkualiti7.Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita8.Keutuhan budaya dan moral9.Pemeliharaan alam semula jadi10.Kekuatan pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Satu Malaysia (1Malaysia)

Perdana Menteri YAB. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan konsep Satu Malaysia sebaik sahaja beliau menjawat jawatan Perdana Menteri pada April 2009.

Dengan tema Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah diharapkan memberi nafas baru kepada rakyat negara ini. Melalui slogan ini, Perdana Menteri ingin melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman, harmoni, selesa, selamat dan makmur. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam, ditambah pula dengan fahaman politik yang berbeza-beza memerlukan matlamat yang satu. Melalui konsep ini, kerajaan mengajak semua rakyat Malaysia bekerjasama memajukan negara tanpa mengira perbezaan yang ada dengan menjadikan Malaysia sebagai hak dan kepentingan bersama. Rakyat Malaysia perlu menyahut cabaran dan seruan Perdana Menteri sebagai satu bangsa Malaysia yang mempunyai cita-cita untuk memajukan negara, agama dan bangsa.

Setelah 52 tahun merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat.

Hasrat Perdana Menteri dalam pelaksanaan Satu Malaysia ialah:1.Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Perbezaan negeri, daerah, kaum, agama dan budaya diharapkan tidak menjadi penghalang menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.2.Mengukuhkan perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. 3.Mempraktikkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati dan saling mempercayai dalam kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. 4.Bekerjasama dalam setiap usaha kerajaan untuk menjayakan pelan atau pakej ekonomi kerajaan. Tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala dasar, pelan atau pakej ekonomi yang dibentangkan tidak akan berjaya. Langkah yang perlu diambil untuk tujuan ini ialah:(a)Mengambil peluang bekerja di setiap sektor tanpa memilih jenis pekerjaan untuk mengelakkan terlalu ramai pekerja asing.(b)Mengutamakan pembelian barangan tempatan untuk mengelakkan wang kita mengalir keluar.(c) Golongan muda dan lepasan istitusi pengajian awam dan swasta digalakkan mengikuti latihan-latihan kemahiran yang dianjurkan oleh kerajaan dan swasta.