komponen tambahan

13
KOMPONEN TAMBAHAN PENYAMAN UDARA KENDERAAN 1. PERANTI ANTIBEKU Peranti antibeku ini amat penting kerana apabila berlaku kejadian sejuk beku pada sistem, kita boleh mengenal pasti bahawa komponen ini telah rosak. Komponen ini amat penting bagi memastikan sistem pendingin tidak menjadi sejuk beku semasa motor peniup tidak berfungsi dengan baik. Tanpa komponen ini sistem akan menjadi sejuk beku. Fungsi Peranti Antibeku Apabila udara suam melalui sirip penyejat sehingga menyebabkan ia sejuk, kelembapan akan melekat di sirip penyejat. Jika suhu sirip jatuh sehingga 0 ( degee celscius ) atau lebih rendah lagi, kelembapan akan tersejat menjadi titisan-titisan air dan seterusnya air ini akan membeku. Sirip penyejat akan diselaputi air batu dan mencegah sistem dari berlakunya penyamanan. Justeru itu, terdapat dua jenis kawalan thermostat untuk mencgah berlakunya sejuk beku. 2. TERMISTER SPPE 2432 1

Upload: izzah-amalina

Post on 30-Dec-2015

352 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gudluck !

TRANSCRIPT

Page 1: komponen tambahan

KOMPONEN TAMBAHAN PENYAMAN UDARA KENDERAAN

1. PERANTI ANTIBEKU

Peranti antibeku ini amat penting kerana apabila berlaku kejadian sejuk beku pada sistem,

kita boleh mengenal pasti bahawa komponen ini telah rosak. Komponen ini amat penting

bagi memastikan sistem pendingin tidak menjadi sejuk beku semasa motor peniup tidak

berfungsi dengan baik. Tanpa komponen ini sistem akan menjadi sejuk beku.

Fungsi Peranti Antibeku

Apabila udara suam melalui sirip penyejat sehingga menyebabkan ia sejuk, kelembapan

akan melekat di sirip penyejat. Jika suhu sirip jatuh sehingga 0 ( degee celscius ) atau

lebih rendah lagi, kelembapan akan tersejat menjadi titisan-titisan air dan seterusnya air

ini akan membeku. Sirip penyejat akan diselaputi air batu dan mencegah sistem dari

berlakunya penyamanan. Justeru itu, terdapat dua jenis kawalan thermostat untuk

mencgah berlakunya sejuk beku.

2. TERMISTER

Termister diletakkan pada sirip penyejat dimana sekiranya berlaku kejatuhan suhu pada

sirip pada tahap yanng lampau ia akan menghantar isyarat ke pada magnetic clutch dan

akan memberhentikan operasi pemampat.

Fungsi Termister

Termister diletakkan di sirip penyejat. Signal dari termister digunakan untuk mengawal

suhu. Apabila suhu sirip jatuh, cekam magnetik akan berhenti (OFF) oleh operasi penguat

lalu menghentikan operasi pemampat. Selain itu, termister pada termostat jenis gas akan

menghentikan cekam magnetic (OFF).

SPPE

243

2

1

Page 2: komponen tambahan

3. PENERIMA PENGERING ( RECEIVER /DRYER )

Sistem penyamanan udara kereta menggunakan alat-alat seperti penuras , pengering ,

penerima dan kaca penglihatan yang direka bentuk supaya dapat ditempatkan pada atau

dalam satu alat sahaja dengan tujuan untuk menjimatkan ruang . Ruang enjin yang sempit

tidak membolehkan kesemua alat tersebut dipasangkan secara berasingan. 

Fungsi Penerima Pengering ( Receiver /Dryer )

Alat-alat dipasangkan di antara pemeluwap dan penyejat yang berfungsi untuk

menyimpan cecair bahan pendingin dan membenarkan pertukaran dalam cas bahan

pendingin , juga berfungsi untuk membenarkan perubahan dalam isipadu cecair yang

disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan cecair bahan pendingin seperti

perubahan suhu . Alat ni juga dikenali sebagai penerima pengering. Sebagai alat

pengering , sejenis bahan kimia pengering diletakkan di dalam alat ini . Bahan pengering

akan bertindak sebagai penyerap segala lembapan daripada cecair. Bahan pengering yang

digunakan bergantung kepada jenis gas.SP

PE 2

432

2

Receiver R 12 Receiver R 134 a

Zeolite Silika Gel

Page 3: komponen tambahan

Kaca penglihatan yang terdapat di bahagian atas alat ini diletakkan pada salur keluar ke

penyejat. Buih-buih yang keihatan pada permukaan kaca menunjukkan atau memberitahu

bahawa cas atau bahan pendingin telah berkurang di dalam sistem iaitu hanya tinggal

separuh sahaja.

Turas yang juga diletakkan bersama-sama akan berfungsi untuk menapis atau menurat

sagala kekotoran dan habuk di dalam cecair sebelum masuk ke dalam injap pengembang

yang ruang kemasukkannya terlalu kecil.

4. PENGATUR TEKANAN PENYEJAT ( EVAPORATOR PRESSURE

REGULATOR, EPR )

EPR jenis ini hanya terdapat pada sistem penyaman udara yang menggunakan bahan

pendingin CFC12. Kuantiti aliran bahan pendingin dari penyejat ke pemampat adalah

dilaras. Tekanan di penyejat sentiasa pada 1.9 kg/cm2 G (0.19 MPa) ke atas supaya sirip

penyejat tidak jatuh pada suhu 0 degree celcius.

Fungsi EPR

Semasa pemampat berkelajuan tinggi dan kurang beban penyejat ( rendah beban terma ),

injao tertutup ke bawah dan menghadkan aliran bahan pendingin dari penyejat. Hal ini

bertujuan mengatur tekanan penyejat agar melebihi 1.9 kg/cm2 G (0.19 MPa).

SPPE

243

2

3

Page 4: komponen tambahan

Semasa pemampat berkelajuan rendah dan lebih beban penyejat (tinggi beban terma),

tekanan penyejat mungkin melebihi 1.9 kg/cm2 G (0.19 MPa) dan injap terbuka lebih

lebar lagi.

5. SUIS TEKANAN

Suis tekanan merupakan komponen penting pada sistem penyaman udara. Tanpanya,

sistem akan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan komponen yang lain akan turut

rosak apabila berlakunya tekanan tinggi lampau atau tekanan lampau.

Fungsi Suis Tekanan

Fungsi suis tekanan ialah untuk mengesan tekanan tingi lampau atau tekanan rendah

lampau pada aliran kitaran bahan pendingin, kemudian akan memutuskan litar cekam

magnetik (OFF) supaya pemampat tidak memampat bahan pendingin.

Jenis-Jenis Suis Tekanan

I. Suis Tekanan Duaan

Suis tekanan ini biasanya dipasangkan di tiub cecairan tara penerima dengan injap

pengembangan. Suisini mengesan tekanan tinggi lampau dan tekanan rendah

lampau bahan pendingin, dan memutuskan litar cekam magnetik. Kemudian

pemampa takan menghentikan operasinya bagi mencegah masalah tekanan aliran

bahan pendingin.SP

PE 2

432

4

Page 5: komponen tambahan

II. Suis Tekanan Sederhana Untuk Kawalan Kipas Pemeluwap

Suis tekanan sederhana dipasangkan pada tiub cecairan tara penerima dengan

injap pengembangan. Suis tekanan akan mengesan tekanan bahan pendingin bagi

memeriksa takat sejuk pada pemeluwap. Apabila tekanan bahan pendingin

pencapai 15.5 kg/cm2 G (1.52MPa),suis tekanan membuat sentuhan terbuka.

Apabila tekanan bahan pendingin berada di bawah 12.5 kg/cm2 G pula akan

berlaku sentuhan tertutup. Suis ini digunakan pada kipas condenser tiga kelajuan.

SPPE

243

2

5

Page 6: komponen tambahan

III. Suis Tekanan Tigaan

Suis tekanan tigaan adalah gabungan antara suis tekanan duaan dan suis tekanan

sederhana. Suis tekanan rendah pada suis tekanan tigaan adalah merupakan suis

tekanan sederhana, manakala bahagian sebelah atas pula ialah suis tekanan duaan.

Operasi kendalian kedua-dua suis itu pada asasnya adalah sama.

6. PERANTI CEGAH TEGUN ENJIN

Jika pemampat beroperasi pada enjin berkelajuan melahu, kuasa keluaran menjadi enjin

rendah, dan enjin mungkin tegun (enjin jadi sebak-sebak). Peranti ini akan memutuskan

litar cekam magnetik apabila kelajuan enjin kurang daripada tahap tertentu bertujuan

mencegah enjin daripada tegun. Operasi peranti ini berbeza mengikut model sesebuah

kenderaan. Pada kebiassannya, sistem penyamanan udara akan berhenti.

SPPE

243

2

6

Page 7: komponen tambahan

7. INJAP MAGNETIK

Injap magnetik digunakan bagi sistem penyamanan udara yang menggunakan dua buah

penyejat injap ini ditempatkan di antara penerima dengan injap pengembangan. Suhu

dikawal dengan cara membuka atau menutup injap magnetik dalam kitaran bahan

pendingin. Injap jenis ini banyak digunakan pada kenderaan seperti bas dan koste rkerana

mempunyai ruangan penyejukan yang luas dan besar.

SPPE

243

2

7

Page 8: komponen tambahan

8. PENCEGAHAN PANAS LAMPAU

Bagi mencegah enjin panas lampau, suhu air akan digunakan. Suis ini akan dihidupkan

secara automatik apabila mencapai suhu spesifikasi enjin lalu mematikan cekam

magnetik.

9. SUSUN ATUR KIPAS MOTOR

Terdapat 2 jenis susunatur kipas motor iaitu susun atur kipas pemeluwap jenis luahan

yang diletakkan di hadapan radiator,dan susun atur kipas pemeluwap jenis sedutan yang

ditempatkan di belakang radiator. Suiz suhu bahan penyejuk akan terbuka apabila suhu

berada di atas 90°C dan tertutup apabila suhu bahan penyejuk berada di bawah 83°C.

Suis tekanan akan terbuka apabila tekanan bahan pendingin berada di bawah 15.5

kg/cm2, dan tertutup apabila tekanan berada di bawah 12.5 kg/cm2. Geganti kipas

radiator pula terdiri daripada jenis sentiasa tertutup.

Suis CekamMagneti SuhuBahanPenyejuk TekananBahanPendingin KelajuanKipas

SPPE

243

2

8

Page 9: komponen tambahan

A/C k (°C ) ( kg/cm2)

ON

atau

OFF

OFF Bawah 83 Bawah 12.5 Henti

(Stop)

Atas 90 Tinggi (HI)

ON ON Bawah 83 Rendah (LO)

ON ON Bawah 83 Atas 15.5 Tinggi (HI)

Atas 90 Bawah 12.5

Atas 15.5

Operasi kipas tiga kelajuan

10. SISTEM PERLINDUNGAN TALI SAWAT PEMAMPAT

Sistem ini hanya terdapat pada model-model kenderaan tertentu sahaja ini kerana ia

banyak menggunakan sistem elektronik. Pada kebiasaannya sistem ini hanya digunakan

pada kenderaan-kenderaan mewah sahaja dimana ia memerlukan sistem penyelenggaraan

yang terpeinci.

Fungsi Sistem Perlindungan Tali Sawat Pemampat

SPPE

243

2

9

Page 10: komponen tambahan

Peranti yang digunakan akan berfungsi sekiranya ia mengesan perbezaan denyut rpm

bagi enjin dan penyaman udara terlalu tinggi. Isyarat yang dihantar pada peralatan

eletronik akan menyebabkan idel-up yang dipasang berada dalam kedaan off dan

pemampat tidak akan berfungsi kerana meagnatic cluth  tidak akan mencengkam shft

pemampat.

RUJUKAN

1. Nur Muhammad bin Mohd Rajoli (2008). “ komponen Tambahan Penyaman

Udara”. Selangor : IBS BUKU SDN. BHD.

2. http://petermasawal.blogspot.com/2012_10_01_archive.html

SPPE

243

2

10