nota sjh1103 : kerajaan awal - srivijaya - melaka

Upload: hazman-azhar

Post on 20-Jul-2015

3.628 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota untuk PPISMP Sejarah Semester 2 IPGMSJH1103 - Sejarah Politik Malaysia sehingga awal abad ke 20Bab Kerajaan awal - Srivijaya - Kesultanan Melayu Melaka

TRANSCRIPT

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

KERAJAAN AWAL PRA-MELAKA DI TANAH MELAYU Lokasi 1. Kerajaan Kedah Tua (Kedah) Kerajaan Kedah Tua wujud di Lembah Bujang dari abad ke-6M hingga abad ke-10M dan berpusat di sekitar Sungai Emas. Kemudiannya pusat pentadbiran Kedah Tua berpindah ke Lembah Bujang di Sungai Merbok (abad ke 10-14M). Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan penting di Selat Melaka kerana kedudukan pelabuhannya di Sungai Emas dan Lembah Bujang yang mudah dikunjungi pedagang, selain terdapatnya Gunung Jerai di Kedah yang menjadi panduan kepada pedagang untuk menuju ke tanah besar. Pelabuhan Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan entrepot yang penting kerana terletak pada laluan perdagangan China dan India dan pelabuhan tersebut dikunjungi oleh para pedagang dari Arab, Parsi, India dan Sri Lanka. Antara hasil eksport Kedah Tua termasuklah hasil hutan seperti damar dan gaharu dan galian seperti emas, selain hasil pertanian seperti padi kerana bentuk muka buminya yang rata.

2. Kerajaan Kuala Selinsing (Perak) Kerajaan Kuala Selinsing terletak di sebuah pulau kecil di Perak iaitu berhampiran dengan Kuala Sepetang dan daerah Larut Matang. Kedudukannya yang strategik di tengah Selat Melaka sesuai sebagai tempat persinggahan kapal dari timur dan barat. Kerajaan Kuala Selinsing mewujudkan hubungan dagang dengan kawasan pedalaman Semenanjung Tanah Melayu dan kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Menurut Andaya (1982), kewujudan kerajaan di Kuala Selinsing dibuktikan dengan penemuan tembikar dari Timur Tengah, gelang dan manik di Kuala Selinsing yang diperdagangkan sekitar 200 S.M dan 1000 M.1

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Berdasarkan jumpaan manik dan tembikar ini, dipercayai pelabuhan Kuala Selinsing menjadi pusat pengumpulan barang dari kawasan pedalaman sebelum dibawa ke pelabuhan entrepot di Lembah Bujang.

3. Kerajaan Chih-Tu (Kelantan) Kerajaan Chih-tu berpusat di kawasan pedalaman Kelantan pada hari ini. Hal ini berdasarkan penemuan barang keagamaan Buddha di sebuah gua di Ulu Kelantan. Menurut Andaya (1982), berdasarkan rekod catatan Dinasti Tang, kerajaan Langkasuka yang berpusat di Pattani telah menghantar satu utusan diplomatik ke China pada abad ke 6 Masihi, di mana kerajaan Langkasuka sangat dikenali sebagai pusat keagamaan yang penting di kawasan Asia Tenggara (Nan Yang). Apabila satu pelayaran yang disertai oleh para sami Buddha dari Langkasuka tiba di China pada sekitar abad ke 7, pelayaran tersebut turut disertai oleh beberapa orang sami daripada negeri Chitu, negeri tanah merah dan negeri Dandan, di mana sesetengah sejarawan berpendapat negeri tersebut adalah kerajaan Tan Tan di Terengganu. Pada zaman Dinasti Sui, Maharaja telah bersetuju untuk membina hubungan dengan kerajaan-kerajaan lain di tanah-tanah yang jauh (far away land) dan pada tahun 607, satu rombongan China dengan 5000 hadiah tiba di Chih-tu sebagai persembahan kepada raja Chih-tu. Utusan Dinasti Sui tersebut disambut oleh raja Chih-tu yang dipanggil Brahman dan satu rombongan balas ke China kemudiannya dihantar oleh Chih-tu yang diwakili oleh putera kepada kerajaan Chih-tu. Menurut catatan China, pusat pentadbiran Chih-tu dikenali sebagai Bandar Singa dan memerlukan masa sebulan perjalanan ke Langkasuka. Wilayah Chih-tu yang terletak di kawasan pedalaman kaya dengan hasil hutan, emas dan kapur barus yang menjadi barang dagangan utama Chih-tu. Berdasarkan rekod Dinasti Sui, kekayaan kerajaan Chih-tu dapat dilihat ketika rombongan China tiba di sana. Rombongan tersebut terkejut melihat2

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan Chih-tu termasuklah tiga puluh buah kapal besar dan beratus orang hulubalang yang mengawal istana. Chih-tu mempunyai satu sistem pemerintahan yang teratur termasuklah pentadbiran di peringkat daerah.

4. Kerajaan Tan Tan (Terengganu) Penemuan gendang gangsa di buah lokasi di Terengganu iaitu Batu Buruk dan Kampung Gaung, Kuala Berang membuktikan kewujudan kerajaan awal di Terengganu memandangkan gendang yang sama turut ditemui di kawasan lain di Asia Tenggara seperti di Dongson Vietnam, Thailand dan Myanmar. Menurut Paul Wheatney (buku The Golden Khersonese), kemerosotan kerajaan Funan pada penghujung abad ke 5M menyebabkan kerajaan negara kota seperti Langkasuka, Chih-Tu dan Tan Tan memutuskan ikatan dengan Funan dan menghantar ufti secara terus kepada Maharaja China sebagai tanda bernaung di bawah kekuasaan China. Menurut catatan China, Raja kerajaan Tan-Tan digelar Sha-Li berdasarkan sebutan Cina, don namanya ialah Sha-Li-Chia. Kerajaan Tan-Tan dibahagikan kepada beberapa unit pentadbiran, dan terdapat lapan orang pegawai yang bertangggungjawab menguruskon hal-ehwal perdagangan. Tan-Tan mempunyai sistem kehakiman yang teratur dan tegas. Buktinya, untuk kesalahan merompak atau mencuri, tidak kira sekecil mana pun jenis kesalahannya, maka akan dihukum mati. Di dalam catatan China, tidak disentuh tentang kepercayaan tempatan penduduk

di Tan-Tan tetopi, kemungkinan besar penduduk Tan-Tan

mengamalkan kepercayaan animisme. Walaubagaimanapun, golongan Brahmin dikatakan menguasai pentadbiran kerajaan Tan-tan.

3

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

5. Kerajaan Gangga Negara (Perak) Kerajaan Gangga Negara adalah merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di Perak. Perihal kerajaan ini ada diceritakan dalam Sejarah Melayu, tulisan Tun Seri Lanang. Antara rajanya yang masyhur termasuklah Raja Gangga Syah Johan. Artifak-artifak Buddha yang ditemui di Beruas membuktikan bahawa kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kerajaan ini jatuh setelah diserang oleh Maharaja Rajendra Cola dari Dinasti Cola di Selatan India pada tahun 1025. Kawasan Gangga Negara kaya dengan hasil galian seperti bijih timah dan mempunyai sebuah pelabuhan di Pulau Pangkor.

Sosioekonomi Terdapat dua jenis kegiatan sosioekonomi yang dijalankan oleh kerajaan awal di alam Melayu iaitu kegiatan ekonomi agraria dan ekonomi maritim. 1. Kerajaan Agraria Kerajaan agraria pada umumnya merujuk kepada kerajaan yang menjadikan pertanian sebagai kegiatan ekonomi yang utama. Antara ciri utama kerajaan agraria termasuklah: 1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian. 2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman 3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah 4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang 5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah. 6. Hasil utama kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan menangkap ikan

4

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Lokasi Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman. Bagi mengairi kawasan pertanian, sistem aliran air yang digunakan seperti baray (kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta liter padu). Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yang kaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)

Aktiviti masyarakat Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi.

Contoh kerajaan agraria: Angkor, Funan, Dvaravati (Lembah Menam Chao Phraya)

2. Kerajaan Maritim Kerajaan maritim merujuk kepada kerajaan yang menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan kelautan. Kebanyakannya kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai kerana kegiatan ekonomi utama berasaskan kegiatan perdagangan laut dan

menjalankan kegiatan perdagangan. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim. Aktiviti utama adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat

5

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

persinggahan pelayar dan juragan. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. Antaranya barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan. Pelabuhan entrepot adalah pelabuhan utama yang menjalankan kegiatan perdagangan yang menjual barang mentah

ke India, China,Arab dan Eropah. Masyarakat maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran. Pedagangpedagang dari kerajaan maritim mampu belayar sehingga ke Afrika Selatan. Antaranya contoh kerajaan maritim ialah Srivijaya, Champa, Chih Tu, Kedah Tua dan Majapahit.

Faktor kebangkitan kerajaan maritim

Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya sangat mahir dalam pelayaran. Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua bidang berkaitan dengan laut)

Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan, dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.

Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan Timur dan Barat. Tiupan angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu pertukaran angin monsun. Boleh dikatakan ia terletak di kawasan yang strategik.

Faktor terletak di pelabuhan yang strategik juga menyebabkan kemunculan kerajaan maritim. Dengan itu pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan.

Identiti 1. Pengaruh Hindu-Buddha Periode pra-Melaka di Tanah Melayu menyaksikan pengaruh Hindu-Buddha yang dapat dilihat ke atas kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu di mana

6

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

sebahagian pengkaji sejarah menganggapnya sebagai proses indianisasi ke atas kerajaan awal. Proses indianisasi ini bukan sahaja mempengaruhi kerajaan dari segi agama anutan, tetapi turut mempengaruhi corak pemerintahan, undang-undang dan cara hidup masyarakat. Menurut Andaya (1982), hubungan India dan kawasan Asia Tenggara telah berlaku sejak 200 S.M. disebabkan kedudukannya yang hampir dengan Tanah Besar India, dan kawasan tersebut sering dikunjungi para (vaisya) pedagang bagi mendapatkan barang dagangan penting seperti emas, hasil hutan dsb. Oleh itu, maka tidak hairanlah kawasan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu dikenali sebagai Swarnabumi (bumi emas), sama seperti yang ditulis Ptolemy, ahli geografi Greek yang menggelarkan kawasan Tanah Melayu sebagai Golden Khersonese (Semenanjung Emas). Aktiviti perdagangan dua hala antara kerajaan awal di Tanah Melayu dan India menyebabkan pengaruh Indianisasi dalam aspek kehidupan, tanpa campur tangan secara langsung ke atas kedaulatan kerajaan tempatan menyebabkan proses penyerapan pengaruh berjaya dilaksanakan di Asia Tenggara. Menurut sejarawan seperti N.J Krom, proses Indianisasi ini berlaku secara damai tanpa paksaan, dan dilakukan secara en bloc (menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan). Empat elemen utama proses pengindiaan termasuklah: 1. Konsep kerajaan yang dipengaruhi Hindu-Buddha 2. Mitologi daripada Ramayana dan Mahabrata 3. Pengaruh sistem perundangan Hindi 4. Penggunaan bahasa Sanskrit

Para pedagang (Vaisya), golongan pendeta (Brahmin), dan tentera (Ksyatria) merupakan golongan penting dalam menyebarkan agama Hindu dan Buddha ke kawasan Asia Tenggara.

Kebanyakan

kerajaan

awal

menerima

agama

Hindu-Buddha

sebagai

mengukuhkan kekuasaan mereka sebagai pemerintah yang mengikat ketaatan rakyat seperti konsep deva-raja dan sakti.

7

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Bukti penerimaan Hindu-Buddha dalam kerajaan awal termasuklah melalui bukti arkeologi dan catatan China.

Menurut Andaya (1982), catatan China misalnya menyatakan bahawa kerajaan Chi-tu (Chih-tu) merupakan sebuah kerajaan yang menerima agama Buddha. Dalam satu rombongan pelayaran sami Buddha dari Langkasuka ke China pada abad ke-7, rombongan tersebut turut disertai oleh sami-sami Buddha dari Chihtu (Kelantan) dan Tan-tan (Terengganu).

Manakala penemuan arkeologi seperti candi di Lembah Bujang membuktikan bahawa kerajaan Kedah Tua menerima pengaruh Hindu.

2. Hubungan dengan China Hubungan China dan kawasan Nan Yang, nama yang merujuk kepada wilayah Asia Tenggara bermula secara aktif apabila berlaku pertukaran takhta di China pada abad ke 5M di bawah Dinasti Liu Song (420-78). Dinasti tersebut yang gagal untuk menguasai laluan perdagangan darat telah memilih untuk memajukan perdagangan maritim China ke negara luar. Semenjak itu, hubungan kerajaan luar di Asia Tenggara dengan China terbentuk termasuklah kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu. Menurut catatan China, apabila pengaruh kerajaan Funan mula melemah pada abad ke 5, kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Langkasuka (Pattani), Chihtu dan Tan-tan mula membebaskan diri dan menjalinkan hubungan secara terus kepada kerajaan China. Hubungan tersebut boleh dikatakan bertaraf negeri naungan kerana kerajaankerajaan tersebut telah menghantar ufti kepada kerajaan China. Kerajaan Chih-tu misalnya pernah menghantar putera kerajaan Chih-tu untuk membalas lawatan diplomatik Dinasti Tang dengan mempersembahkan barangan mewah kepada Maharaja China.

8

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

4. Sistem Pemerintahan Kerajaan awal di Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan banyak dipengaruhi konsep ajaran Hindu-Buddha. Raja dianggap sebagai deva-raja dan merupakan wakil Tuhan di muka bumi, dan dianggap mempunyai sakti dan sesiapa yang menderhaka akan ditimpa tulah. Hal ini menjadikan Raja berkuasa mutak. Sistem kerajaan awal juga dilihat teratur dengan mempunyai pembesar di pelbagai peringkat. Kerajaan Tan Tan misalnya mempunyai pentadbir di peringkat istana dan di peringkat daerah.

9

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

KESULTANAN MELAYU MELAKA a) Sumber sejarah berkenaan Kesultanan Melayu Melaka Menurut Muhammad Yusoff Hashim, dalam bukunya Kesultanan Melayu Melaka (1989), terdapat beberapa sumber sejarah yang telah digunakan dalam menulis sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya termasuklah: Sumber tempatan : Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang dan dua buah teks undang-undang iaitu Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Sejarah Melayu - salasilah raja-raja Melayu, adat-istiadat dan peristiwa penting yang berlaku semasa zaman Kesultanan Melaka

Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) - hukum dan peraturan hal ehwal di daratan

Undang-undang Laut Melaka - hukum dan peraturan di laut yang berkaitan dengan tatacara dan undang-undang pelayaran serta penggunaan kapal.

Sumber China : Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), terdapat EMPAT sumber China tentang Melaka iaitu Ming Shih, Ming Shih-lu, Ying-yai Shenglan dan Hsing-cha Sheng-lan.

Ming-Shih dan Ming Shih-lu adalah rekod Dinasti Ming yang dikumpulkan pada 1742.

Menurut Wang Gungwu, catatan dinasti Ming sangat membantu dalam menyelesaikan permasalahan salasilah pemerintah awal Melaka.

Ying-yai Sheng-lan dan Hsing-cha Sheng-lan pula adalah laporan naratif dua orang penulis China iaitu Ma Huan (beragama Islam) dan Fei Hsin yang menyertai ekspedisi Laksamana Cheng Ho ke Melaka pada awal abad ke 15.10

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Ma Huan misalnya adalah pegawai ekspedisi yang bertanggungjawab sebagai penterjemah bahasa Arab. Ma Huan mencatatkan bahawa Megat Iskandar Syah memeluk Islam ketika umurnya sudah lanjut dan melaporkan bahawa Melaka muncul sebagai pusat perdagangan Islam yang penting.

Sumber Barat : Terdapat sekurang-kurangnya lima sumber primer Portugis tentang Melaka yang dihasilkan oleh penulis dan pelapor Portugis termasuklah: Tome Pires - The Suma Oriental Joao de Barros - de Asia Alfonso de Alburquerque - The Commentaries of the Great Alfonso Dalboquerque Second Viceroy of India Dua karya Manuel Godinho de Eredia - 1. Report on Golden Chersonese dan 2. Description of Malacca, Meridional India and Cathay Diogo do Couto - Decada

b) Kerajaan Srivijaya dan hubungkait dengan Melaka Srivijaya merupakan sebuah kerajaan awal yang wujud di Kepulauan Melayu yang berpusat di Palembang pada sekitar akhir abad ke 7. Menurut Andaya (1982), antara catatan sejarah berkaitan dengan kerajaan Srivijaya termasuklah rekod daripada Dinasti Tang yang menyatakan bahawa misi diplomatik Srivijaya ke China telah dibuat pada sekitar tahun 670M. Selain itu, berdasarkan sebuah prasasti batu bersurat yang ditemui di Kedukan Bukit juga menceritakan kewujudan kerajaan Srivijaya yang kotanya didirikan setelah Maharaja Srivijaya (Dapunta Hyang), para pembesar dan segala pengikutnya mudik ke Sungai Musi di Palembang. Menurut Andaya (1982), Srivijaya kemudiannya mencapai kegemilangannya dalam abad ke 11 Masihi berdasarkan rekod catatan China yang menyatakan terdapat 1411

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

buah kerajaan membayar ufti kepada Srivijaya yang pada ketika itu dianggap sebagai kuasa yang tiada tolok bandingnya di Selat Melaka.

Faktor Kegemilangan Srivijaya

Kebijaksanaan Pemerintah Berdasarkan batu bersurat Telaga Batu, bagi melicinkan pentadbiran, kerajaan Srivijaya membahagikan pentadbirannya kepada tiga iaitu pentadbiran diraja, ketenteraan dan daerah. Pentadbiran ketenteraan menjadi penting dalam menjadikan kerajaan Srivijaya digeruni di Nusantara. Hasilnya, Srivijaya berjaya menguasai hampir sebahagian besar kawasan Kepulauan Melayu. Pentadbiran Diraja melibatkan pentadbiran pusat seperti hal ehwal kehakiman, hal-hal denda dan hukuman serta pungutan cukai. Pentadbiran daerah diketuai oleh ketua wilayah atau datu, bertanggungjawab tentang tanah, kebajikan penduduk dan

memastikan rakyat setia pada kerajaan

Hubungan diplomatik dengan China Menurut Andaya (1982), dalam menjamin keselamatan Srivijaya dan menarik kedatangan pedagang China ke Srivijaya, kerajaan Srivijaya telah bertindak bernaung di bawah kekuasaan Dinasti Song dan mengakui ketuanan China. Hubungan China-Srivijaya yang baik dapat dilihat apabila seorang rahib Buddha, Yiqing tiba di Srivijaya dan dilayan dengan baik oleh pemerintah Srivijaya. Kemudiannya, kerajaan Srivijaya telah membina sebuah kuil khusus untuk Maharaja China dan baginda telah berkenan untuk menamakan kuil tersebut dan menghadiahkan genta kepada kuil tersebut.

12

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Srivijaya juga bertindak membayar ufti kepada China setiap tahun dan menghantar utusan ke China.

Kemajuan Pelabuhan Srivijaya Srivijaya terletak di sebuah laluan perdagangan yang strategik antara China dan India. Para pedagang China telah menjadikan pelabuhan Srivijaya sebagai pelabuhan persinggahan mereka kerana kedudukan Srivijaya yang terlindung daripada tiupan angin monsun selain muara Sungai Musi yang dalam yang memudahkan kapal berlabuh. Srivijaya muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang

membekalkan barangan yang dikumpul dari kawasan sekelilingnya seperti tikar nipah, cengkerang, kayu wangi, ubat-ubatan dan rempah ratus. Pelabuhan Srivijaya dikunjungi oleh pedagang dari seluruh pelusuk termasuk China, India, Arab dan Parsi. Hampir kesemua barang dagangan dunia pada ketika itu boleh diperolehi di pelabuhan Srivijaya termasuklah mutiara, kemenyan, sutera, dll. Setiap kapal yang berlabuh di pelabuhan Srivijaya dikenakan bayaran cukai yang memajukan lagi perbendaharaan Srivijaya.

Kekuatan Pertahanan Keselamatan perairan Srivijaya daripada ancaman lanun banyak dibantu oleh peranan orang laut sebagai pengawal perairan Selat Melaka. Kejayaan kerajaan Srivijaya mengatasi ancaman lanun, menarik minat China untuk mengadakan hubungan dengan Srivijaya. Kerajaan Srivijaya telah dijadikan kuasa tambahan kepada China untuk menjaga keamanan diperairan bagi pihak Maharaja China. Kerajaan Srivijaya telah menjadikan orang laut sebagai tentera dan Srivijaya memiliki tentera laut yang sangat kuat.

13

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Pusat Kegiatan Keagamaan dan Intelektual Menurut Andaya (1982), berdasarkan sumber China, masyarakat di Srivijaya mempunyai pakar matematik tersendiri yang mampu mengukur gerhana bulan dan matahari. Apabila rahib Buddha, Yiqing tiba di Srivijaya pada 671, beliau mendapati Srivijaya menjadi pusat pengajian agama Buddha yang utama di Nusantara dengan mempunyai hampir 1000 orang sami Buddha.

Faktor Kemerosotan Srivijaya Perang Srivijaya - Jawa Menurut Andaya (1982), kerajaan Srivijaya menghadapi perang dengan kerajaan Sailendra yang berpusat di Jawa Tengah. Berdasarkan catatan China, utusan Srivijaya telah datang menghadap Maharaja China pada tahun 992M dan bagi meminta perlindungan China terhadap pencerobohan Sailendra ke atas Srivijaya.

Serangan Dinasti Cola Kerajaan Dinasti Cola yang terletak di Selatan India telah menyerang Srivijaya dan menawan Maharaja Srivijaya. Selain itu, beberapa buah negeri di Selat Melaka diserang oleh tentera-tentera Cola termasuklah kerajaan Kedah yang ketika itu bernaung di bawah kekuasaan Srivijaya.

Ancaman lanun Ancaman terbesar terhadap kelemahan Srivijaya adalah ancaman lanun yang semakin berleluasa di Selat Melaka pada sekitar 1079 dan 1082. Bagi mengawal pelabuhan Srivijaya daripada ancaman lanun, catatan China melaporkan bahawa kerajaan Srivijaya terpaksa membina14

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

rantaian besi merentangi perairannya bagi mengelakkan serangan daripada kapal-kapal lanun. Selain itu, kerajaan Majapahit di bawah pimpinan Pateh Gajah Mada pada ketika itu turut mengambil kesempatan ke atas kekuatan lanun tersebut dengan meminta bantuan lanun untuk menyerang Srivijaya. Kerajaan Srivijaya yang semakin melemah akhirnya terpaksa memindahkan pusat pentadbirannya dari Palembang ke Melayu di hulu Sungai Jambi.

Kemunculan Pelabuhan Baru Ancaman lanun yang berterusan di perairan Srivijaya menyebabkan para pedagang beralih kepada pelabuhan lain yang semakin berkembang maju termasuklah pelabuhan Foloan (Kuala Berang) dan pelabuhan Kedah Tua. Selain itu, perubahan takhta Maharaja China di bawah Dinasti Song dan Mongol (akhir abad ke -12 hingga 14) telah membenarkan perdagangan persendirian China ke luar negara. Hal ini menyebabkan para pedagang China lebih gemar untuk mencari pasaran bekalan yang lebih murah tanpa merujuk kepada mana-mana pelabuhan entrepot seperti Srivijaya.

Hubungkait Srivijaya dan Kesultanan Melayu Melaka Berdasarkan catatan Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental dan berdasarkan Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang, perkaitan di antara Melaka dan Srivijaya dijelaskan di mana kedua-dua pengarang menyatakan bahawa pengasas Melaka iaitu Parameswara berasal daripada Palembang, dan merupakan putera kepada Raja Palembang. Menurut Sejarah Melayu, Parameswara dan keturunan pemerintah Palembang berasal dari leluhur Iskandar Zulkarnain yang dianggap sebagai Raja yang Agung. Kemudiannya, tiga orang leluhur Iskandar Zulkarnain dikatakan muncul secara tiba-

15

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

tiba di atas Bukit Siguntang dan salah seorang daripadanya iaitu Sri Tri Buana telah diangkat menjadi pemerintah di Srivijaya. Parameswara yang cuba membebaskan Palembang daripada kekuasaan Majapahit telah diserang oleh tentera Majapahit menyebabkan baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Temasik dan kemudiannya turun ke Johor sebelum membina kerajaan di Melaka. Peranan Srivijaya sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang terkemuka sebelum kejatuhannya telah diambil oleh beberapa buah pelabuhan lain termasuklah kerajaan Samudra-Pasai dan Aru. Oleh itu, apabila Melaka diasaskan oleh Parameswara, kegemilangan pelabuhan Srivijaya berjaya dikembalikan dengan kebijaksanaan Parameswara dan pemerintah yang selepasnya. Antara persamaan strategi Melaka yang diambil daripada Srivijaya dalam memajukan pelabuhannya termasuklah:

1. Hubungan diplomatik dengan China 2. Jaminan keselamatan perairan melalui kawalan Orang Laut 3. Sistem pelabuhan yang teratur dan moden 4. Pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan 5. Jaminan keselamatan kepada para pedagang

c) Zaman Kegemilangan Melaka i. Peranan tokoh-tokoh penting Kegemilangan Melaka sebagai sebuah empayar yang disegani pada zaman kegemilangannya banyak dipengaruhi oleh peranan tokoh-tokoh penting dalam pemerintahannya terutamanya Sultan dan Bendahara yang memerintah. Antara tokoh penting Melaka termasuklah Parameswara yang menjadi pengasas kepada kewujudan Melaka. Ketokohan Parameswara sebagai seorang Raja yang berdaulat dapat dilihat melalui taat setia orang laut ke atas Parameswara sebagai Raja Melaka. (Andaya,1982)

16

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Seterusnya, sultan-sultan yang menggantikan takhta kerajaan Melaka turut memainkan peranan penting dalam memimpin Melaka terutamanya bermula zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-44) sehinggalah kepada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488).

Kecekapan pemerintah di Melaka boleh dilihat sejak zaman pengasasannya oleh Parameswara. Wang Gungwu (1968) seperti yang dipetik oleh Muhammad Yusuf Hashim (1989) telah menjatuhkan satu pengadilan moral ke atas Parameswara di mana menurut Gungwu, Parameswara adalah tokoh Melayu yang amat istimewa, malah ketokohan dan kebolehannya tidak ada tolok bandingannya di Nusantara.

Mohd. Dahlan Mansoer (1979) ketika menyokong pandangan Gungwu ini menjelaskan bahawa Parameswara bukan sahaja telah berjaya mendirikan Melaka tetapi juga berjasa menghidupkan semula tradisi gilang-gemilang orang Melayu di laut.

Parameswara boleh dianggap sebagai Sultan yang telah meletakkan batu asas kepada Melaka, di mana pemimpin yang terkemudian hanya mengikut acuan yang telah diwujudkan Parameswara atau hanya menambahbaik sistem yang telah ditetapkan itu terutamanya dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran di Melaka.

Kemuncak kegemilangan Melaka adalah pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah (1456-77) di mana pada ketika itu Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang menguasai keseluruhan Tanah Melayu, sebahagian besar wilayah kepulauan Sumatera, kepulauan Riau-Lingga dan Temasik, selain mengawal perairan dan perdagangan di Selat Melaka.

Walaubagaimanapun, para sejarawan berpendapat antara tokoh yang terpenting yang membawa kepada kegemilangan Melaka adalah Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak. Beliau telah berkhidmat sebagai Bendahara di bawah kepimpinan empat orang Sultan. (1456-98).

Ketokohan Tun Perak dapat dilihat semenjak beliau menjadi Penghulu Kelang yang berjaya membantu tentera Melaka pimpinan Tun Hamzah (Tok Bongkok) menumpaskan tentera Ayutthaya (Siam) di bawah pimpinan Awi Chakra pada 1445 di Batu Pahat dan kemudiannya ketika beliau menjawat jawatan Bendahara, beliau sekali lagi berjaya menumpaskan angkatan tentera laut Ayutthaya yang menyerang Melaka pada 1456 yang dipimpin Awi Chakra (Oya Tekjo). (sulalatus salatin)17

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Pandangan jauh Tun Perak dalam menghapuskan ancaman Ayutthaya ke atas Melaka dapat dilihat apabila beliau menasihati Sultan Mansor Syah untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam dengan menghantar Tun Telanai sebagai utusan ke Siam.

Hubungan diplomatik Melaka - Siam bukan sahaja berjaya memelihara kedaulatan Melaka, sebaliknya berjaya mewujudkan satu jalinan perdagangan antara kedua buah negara. Siam yang kaya dengan beras dan bahan makanan mampu menampung keperluan makanan Melaka yang tidak mencukupi akibat pertambahan penduduk yang pesat. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2005).

Selain itu juga, Tun Perak dianggap sebagai The Kings Maker berdasarkan peristiwa pembunuhan anaknya Tun Besar oleh Raja Muhammad putera Sultan Mansor Syah.

ii. Perdagangan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa perdagangan yang penting di Selat Melaka disebabkan beberapa faktor. Menurut Andaya (1982), antara faktor terpenting yang menarik kedatangan pedagang asing untuk berdagang di Melaka adalah faktor keselamatan. Hal ini kerana, kebanyakan pelabuhan yang terdapat di Selat Melaka pada ketika itu mengalami masalah ancaman lanun yang serius seperti pelabuhan Riau-Lingga dan pelabuhan Haru (Aru). Kerajaan Melaka telah berjaya memberikan jaminan keselamatan kepada para pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka kerana perairan Melaka dikawal oleh orang Laut yang terkenal sebagai pengawal laut yang setia dan berani. Selain itu, kemajuan perdagangan di Melaka banyak dibantu oleh dasar perdagangan China di bawah pemerintahan Maharaja Yung-Lo (Dinasti Ming). Kerajaan dinasti Ming telah mewujudkan semula dasar sekatan ke atas perdagangan persendirian dan kesemua perdagangan mestilah atas nama kerajaan di bawah Biro Perdagangan Maritim Antarabangsa China.

18

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Misi dagang China 1404 yang tiba di Melaka akhirnya memilih Melaka sebagai salah satu daripada laluan dagang China sebelum ke India.

Akhirnya, Melaka menjadi pilihan utama misi dagang untuk berlindung ketika tiupan angin monsun, mendapatkan bekalan makanan dan barang dagangan disebabkan pengurusan sistematik dalam aktiviti pelabuhan di Melaka seperti pengenalan jawatan Syahbandar, pengenalan sistem sukat dan timbang, penyediaan tempat tinggal dan gudang, penggunaan matawang dan undang-undang yang mengawal aktiviti perdagangan dan perkapalan di Melaka di bawah Undang-undang Laut Melaka.

Menurut Andaya (1982) lagi, kegemilangan perdagangan Melaka banyak dibantu oleh dua faktor iaitu pertama pedagang kain dari India dan pedagang rempah dari kepulauan Maluku dan sekitarnya.

Hal ini kerana, rempah-ratus seperti rempah,cengkih,buah pala dll merupakan bahan yang sangat dikehendaki oleh para pedagang untuk didagangkan di seluruh dunia sehingga ke Eropah. Rempah-ratus ini banyak diperoleh di Kepulauan Maluku dan Kepulauan Rempah di Indonesia.

Melaka yang menjadi pusat pengumpulan bahan-bahan tersebut menjadi tumpuan para pedagang untuk mendapatkan rempah-rempah tersebut untuk

diperdagangkan. Untuk itu juga, kain daripada India menjadi sangat penting terutamanya kain-kain dari Gujerat dan Koromandel yang diperlukan sebagai medium pertukaran untuk mendapatkan bahan-bahan seperti rempah dari Nusantara. Malah, kain menjadi bahan dagangan barter terpenting kepada Melaka terutamanya dalam mendapatkan bekalan makanan seperti beras dari Siam. Oleh itu, kemajuan perdagangan di Melaka bukan hanya disebabkan oleh jaminan keselamatan dan kemudahan yang terdapat di pelabuhan semata-mata, akan tetapi kebolehan Melaka dalam memenuhi keperluan (demand) yang dikehendaki oleh para pedagang terhadap hasil yang terdapat di sekitar Melaka termasuklah rempah,cengkih,bijih timah,emas,hasil hutan dsb.

iii. Penaklukan19

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Melaka yang pada awalnya adalah sebuah negara kota iaitu tertumpu di kuala Sungai Bertam pada waktu pengasasannya oleh Parameswara mulai meluas pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah melalui dasar perluasan kuasa yang diperkenalkan.

Menurut Menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), dasar perluasan kuasa oleh Melaka telah dimulakan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan perluasan kuasa ini semakin rancak ketika zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Orang penting di belakang perluasan kuasa ini semestinya Bendahara Tun Perak yang berkhidmat di bawah empat orang Sultan.

Perluasan kuasa yang berjalan hampir 40 tahun ini menyebabkan kerajaan-kerajaan di sepanjang persisiran Selat Melaka dikuasai Melaka seperti kerajaan

Rokan,Rupat,Siak,Kampar dan Inderagiti di Sumatera; Beruas dan Manjung di Semenanjung selain kepulauan Riau-Lingga dan Sumatera. Perluasan kuasa ini dibuat dengan pelbagai cara, ada yang dibuat melalui penaklukan, perkahwinan dan tidak kurang pula kerajaan yang sanggup menjadikan kerajaannya bernaung di bawah kerajaan Melaka. Misalnya kerajaan Pahang ditakluk oleh Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah apabila baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang bagi dijadikan benteng pertahanan kerajaan Melaka daripada diserang musuh di Pantai Timur. Kesan penaklukan Pahang ini ke atas Melaka adalah membolehkan kerajaan Melaka menjadikan kawasan Pahang sebagai benteng daripada serangan musuh terutamanya Siam. Selain itu, Kampar dan Siak juga ditakluk oleh Melaka melalui perperangan. Penaklukan Kampar pada umumnya penting kepada Melaka kerana Kampar adalah sebuah wilayah yang kaya dengan emas manakala Siak pula membekalkan Melaka lada hitam dan emas. Komoditi seperti emas dan lada hitam ini penting sebagai salah satu daripada bahan dagangan yang boleh diperdagangkan oleh Melaka di pelabuhan Melaka bagi ditukarkan dengan barangan keperluan lain dari seluruh dunia. Hal ini secara tidak langsung akan menarik kedatangan pedagang asing ke Melaka.

20

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Selain penaklukan, proses perluasan kuasa yang dijalankan oleh Melaka turut dilakukan dengan cara perkahwinan. Perkahwinan di sini bermaksud, Sultan Melaka akan mengahwinkan anak-anak kerabat diraja Melaka dengan anak-anak kerabat negeri naungan mereka.

Malah, Sultan Melaka sendiri turut mengahwini puteri-puteri dari negeri naungan mereka seperti puteri Pahang, Kelantan, Terengganu dan Rokan. Apabila terdapat ikatan perkahwinan diraja ke atas negeri naungannya, Melaka secara tidak langsung mendapat manfaat daripada negeri-negeri tersebut.

Kemudiannya, perluasan kuasa juga berlaku apabila pemerintah di negeri-negeri tertentu secara sukarela ingin bernaung di bawah kedaulatan Melaka. Hal ini kerana Melaka telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan tidak ada kuasa yang dapat menandinginya.

Misalnya, menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), kerajaan Kedah dan Pattani secara sukarela datang untuk mendapat nobat daripada Melaka dan tunduk kepada kekuasaan Melaka. Selain itu, Jambi dan Lingga juga secara sukarela telah tunduk di bawah kekuasaan Melaka.

Secara umumnya, Melaka telah memperoleh banyak kelebihan dan manfaat daripada kawasan naungan mereka terutamanya dari segi bekalan barang keperluan, tenaga dan tentera.

Perbendaharaan Melaka juga semakin besar apabila setiap kawasan naungan dikehendaki untuk memberikan ufti secara tahunan kepada Melaka kebanyakannya dalam bentuk wang emas seperti Kelang, Bernam dan Jugra yang dikehendaki membayar 40 000 calains setahun manakala negeri seperti Pahang, Kampar dan Indergiri dikehendaki membayar ufti sebanyak 40 kati emas setahun.

Selain itu, setiap kawasan naungan Melaka juga kaya dengan hasil bumi misalnya Pahang, Kampar dan Siak yang kaya dengan emas, manakala kawasan seperti Kelang, Manjung dan Beruas pula kaya dengan bijih timah. Seterusnya, kawasan naungan lain juga membekalkan bekalan makanan yang sangat diperlukan oleh Melaka.

Menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), negeri naungan Melaka membekalkan Melaka dengan hasil hutan, bijih timah dan emas kerana keluaran domestik Melaka adalah dalam skala yang kecil dan tidak mampu untuk memenuhi tuntutan eksport daripada pedagang asing.21

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Oleh itu, dasar perluasan kuasa yang dijalankan Melaka ini banyak memberikan manfaat kepada Melaka dalam menjamin keperluan domestik dan perdagangan mereka.

iv. Undang-undang Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua buah undang-undang yang telah digunapakai iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka) dan Undangundang Laut Melaka. Undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasa raja dan pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke atas kesalahan jenayah dan undang-undang keluarga. Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), Undang-undang Laut Melaka pula melibatkan tatacara jual beli di atas kapal, peraturan pelayaran, bidang kuasa nakhoda dan tanggungjawab pelbagai pegawai kapal seperti kiwi, maula kiwi, malim, tukang gantung, jurubatu dan serang. Di samping itu juga, Undang-undang Laut Melaka merangkumi hal ehwal peraturan dan sistem perkastaman, cukai, tanggungjawab Syahbandar Melaka, tatacara jual beli dll. Beberapa fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka adalah berdasarkan undang-undang Islam dan menampakkan pengaruh Islam dalam pemerintahan Melaka. Malah, undang-undang bertulis yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka mula ditulis pada zaman Sultan Muhammad Syah, iaitu pada zaman penerimaan Islam di Melaka. Hal ini kerana, sebelum daripada itu undang-undang di Melaka hanyalah dalam bentuk titah perintah bercorak lisan dan resam tentang larangan, hak keistimewaan dan tanggungjawab Raja dan para pembesarnya. Antara pengaruh Islam yang jelas dalam undang-undang di Melaka adalah hukum hudud seperti hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam Sejarah Melayu misalnya ada menyebut hukuman tersebut sebagai kudung tangannya. (Muhammad Yusoff Hashim,1989)

22

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Walaupun Islam mempengaruhi penggubalan undang-undang Melaka, tradisi setempat masih dikekalkan dalam undang-undang misalnya dalam Hukum Kanun Melaka (Fasal 13:3) menyebut sesiapa yang berjual titah (memalsukan titah) akan dikenakan samada hukuman bunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepala. Hukuman sebegini adalah hukuman tradisi yang diamalkan sejak periode pra-Islam dan bukanlah satu daripada ajaran Islam.

Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), terdapat lima tunjang utama dalam perlaksanaan undang-undang di Melaka walaupun wujud satu undang-undang bertulis termasuklah hukum adat (adat resam, adat setempat), undang-undang bertulis, budi bicara pembesar (yakni hakim), undang-undang Islam (syarie) dan titah diraja.

Pemilihan perjalanan undang-undang tersebut melibatkan perkara yang berbeza dalam pelbagai hukuman seperti hukuman jenayah, nasib orang berhutang, hukum untuk kesalahan dalam agama seperti berzina dan lain-lain hukuman disesuaikan mengikut lima tunjang perlaksanaan undang-undang tersebut.

Walaupun wujud undang-undang bertulis dan hukum adat, titah diraja merupakan hukuman tertinggi dalam menentukan sesuatu perkara kerana kedaulatan Raja itu menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), kata-katanya bererti undang-undang.

v. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan beraja yang diketuai oleh seorang raja yang memakai gelaran Sultan. Dalam sistem pentadbiran Melaka, Sultan akan dibantu oleh para pembesarnya dan beberapa komponen penting yang menjadi asas kepada pembentukan sistem berkerajaan di Melaka. Antara asas penting dalam sistem pentadbiran Melaka termasuklah Sultan, konsep daulat, sistem pembesar empat lipatan, undang-undang dan susun lapis sosial masyarakat. Kewujudan Sultan sebagai pemerintah tertinggi adalah asas terpenting kepada pembentukan sebuah kerajaan di Alam Melayu. Menurut Khoo Kay Kim (1986), dalam pemikiran orang Melayu, ada raja barulah ada kerajaan yang berbeza23

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

dengan pembentukan kerajaan di Eropah di mana tanah adalah unsur terpenting kepada pembentukan negara. Hal ini dikukuhkan dengan tulisan Andaya (1982) yang menyatakan bahawa Orang Laut yang mendiami muara Sungai Bertam menjemput Parameswara untuk mendirikan kerajaan di kawasan mereka dan berjanji untuk berikrar taat setia, sedangkan mereka boleh sahaja mendirikan kerajaan dengan melantik penguasa di kalangan mereka. Sebenarnya, perkara ini berkait dengan konsep daulat yang dipercayai oleh orang Melayu. Seseorang yang ingin diangkat sebagai Raja perlulah daripada keturunan yang mulia dan berdaulat. Menurut Andaya (1982), konsep daulat atau sakti wujud sejak era awal

berkerajaan di alam Melayu terutamanya pada periode Hindu-Buddha. Masyarakat Melayu percaya bahawa kedaulatan seseorang Raja itu bermaksud raja itu berkuasa mutlak, mempunyai kuasa magis dan merupakan wakil Tuhan di muka bumi. Kepercayaan ini banyak dipengaruhi oleh mitos turun temurun masyarakat ke atas kehebatan dan kedaulatan raja-raja. Misalnya Sulalatus Salatin karya Tun Seri

Lanang menceritakan tentang mitos kedaulatan leluhur Raja Melaka sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, seorang Raja Agung dalam Islam. Menurut hikayat tersebut, tiga bersaudara keturunan Iskandar Zulkarnain muncul secara tiba-tiba di atas Bukit Siguntang dan salah seorang daripadanya iaitu Sri Tri Buana diangkat sebagai pemerintah Palembang oleh Demang Lebar Daun. Kedaulatan raja tersebut telah mengikat ketaatan rakyat terhadap seseorang Raja dan sesiapa yang menderhaka pasti akan terkena tulah atau disumpah. Misalnya Sulalatus Salatin menceritakan bahawa seorang Menteri Parameswara di Temasik iaitu Sang Rajuna Tapa dan isterinya disumpah menjadi batu kerana belot ke atas Parameswara kerana bersubahat ketika itu. Seterusnya, apabila Islam menjadi agama utama di Melaka, konsep daulat ini dikekalkan, malah Sultan dianggap sebagai bayangan Allah di muka bumi (zillulah fil ardh). dengan Majapahit dalam menyerang Temasik

24

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Kedaulatan Sultan seterusnya diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan diraja melalui lambang-lambang khusus, pakaian, alat nobat, bahasa dalam dan pelbagai keistimewaan lain yang membezakan antara raja dan rakyat.

Konsep daulat yang mengikat taat setia ini menjadi tunjang utama dalam membina kerajaan di Melaka.

Seterusnya, dalam melicinkan urusan pentadbiran negeri, sistem pembesar empat lipatan telah diperkenalkan. Melalui sistem ini, susunan pembesar mengikut kekananan dan fungsinya disusun secara berkelompok iaitu kelompok Menteri Empat yang utama, diikuti pembesar berlapan, pembesar enam belas dan tiga puluh dua.

Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), hanya empat pembesar utama sahaja yang diketahui jawatan dan fungsinya, dan hanya sebahagian pembesar berlapan yang dapat dikaji fungsinya manakala lain-lain pembesar dalam struktur pembesar empat lipatan masih kabur dan tidaklah jelas fungsi dan peranannya.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pembesar dilantik daripada kalangan kerabat diraja Sultan ataupun orang biasa yang diberi kepercayaan oleh Sultan dan jawatan tersebut pula kebiasaannya diwarisi secara turun-temurun oleh keluarga pembesar tersebut.

Empat pembesar utama dalam susunan pembesar berempat ialah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana, di mana susunan kekananan mereka adalah mengikut fungsinya yang khusus.

Bendahara misalnya merupakan pembesar terpenting dalam sistem pentadbiran Melaka. Beliau bertanggungjawab sebagai ketua turus hulubalang di darat dan laut. Misalnya Tome Pires dalam Suma Oriental menyebut bahawa jawatan ketua tentera sebagai, captains-general whom they call Paduca Raja.

Selain itu, kuasa Bendahara menurut Tome Pires termasuklah Bemdara (Bendahara) sebagai pengganti Raja ketika baginda berangkat ke luar negara, chief justice (Ketua Hakim) dan kuasanya seperti Wizurai iaitu wakil rasmi raja untuk mentadbir.

Seterusnya, Penghulu Bendahari pula berperanan sebagai ketua istiadat dan protokol di istana, menjadi ketua kepada semua Bendahari raja, mengetuai para pegawai yang menguruskan hasil mahsul kerajaan, mengepalai semua Syahbandar dan bertanggungjawab mengendalikan hamba-hamba Raja.25

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Pembesar ketiga iaitu Temenggung pula bertanggungjawab dalam hal ehwal awam dan dalam bidang ketenteraan. Dalam dunia moden, tugas Temenggung boleh dianggap sebagai Ketua Polis.

Hal ini sesuai dengan Sulalatus Salatin yang menyatakan bahawa adapun Temenggung tugasnya tahafus menafahus (siasat) dan tangkap menangkap orang jahat dalam negeri.

Selain itu, Temenggung juga bertindak sebagai pengawal keselamatan Raja selain daripada catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa Tumunguo sebagai chief magistrate iaitu pendakwaraya kepada setiap pesalah jenayah di Melaka yang dihadapkan kepada Bendahara sebagai Ketua Hakim.

Pembesar keempat pula iaitu Laksamana bertanggungjawab sebagai pemikul pedang diraja dan pengiring raja ketika baginda menaiki gajah, dan menjadi ketua angkatan tentera di laut.

Sejarah Melayu menyatakan bahawa tugas Temenggung adalah memayar laut, yakni melakukan rondaan di kawasan perairan Melaka sama seperti catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa Lasemana is a kind of admiral (ketua angkatan laut). Segala yang di laut, termasuk tongkang dan lancara adalah di bawah tanggungjawab Temenggung.

vi. Hubungan diplomatik Menurut Andaya (1982), apabila Maharaja Yung-Lo menaiki takhta Dinasti Ming pada 1402, baginda telah mengarahkan Biro Perdagangan Maritim Antarabangsa China dimajukan semula dan satu laluan perdagangan baru China ke Barat dibentuk. Untuk itu, satu misi perdagangan China telah membina laluan perdagangan yang baru dengan melakukan persinggahan di beberapa buah pelabuhan utama di antara China dan India termasuklah di pelabuhan utama di wilayah Nan Yang, jolokan pedagang China untuk wilayah kepulauan di Asia Tenggara. Misi dagang tersebut tiba di Pelabuhan Samudra-Pasai di Selat Melaka pada lewat tahun 1404 kerana kedudukannya sebagai pelabuhan utama di Selat Melaka pada ketika itu.

26

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Apabila rombongan dagang tersebut tiba di Samudra-Pasai, beberapa orang pedagang India Muslim telah memaklumkan kepada mereka tentang kewujudan sebuah kerajaan baru iaitu Melaka dan pelabuhan Melaka juga adalah sebuah pelabuhan yang sangat berpotensi tinggi.

Setelah pulang ke China, kewujudan Melaka telah dimaklumkan kepada Maharaja dan satu utusan khusus telah dihantar ke Melaka pada 1404 yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching. Hasil daripada rombongan tersebut, pemerintah Melaka bersetuju untuk mejalinkan hubungan diplomatik dengan China dan oleh itu, satu utusan telah dihantar Melaka ke China dengan diiringi oleh wakil kerajaan Pasai dan Calicut.

Menurut J.V.G Mills (1970) seperti yang dipetik oleh Abdul Rahman Haji Ismail (2005), hasil daripada kunjungan rombongan dagang China tersebut, kerajaan Melaka telah menghantar dua utusan diplomatik ke China pada tahun 1405 dan 1407 dengan membawa persembahan kepada Maharaja Yung-Lo dan menyatakan hasrat Melaka untuk bernaung di bawah kerajaan Ming.

Hasil daripada lawatan tersebut, Maharaja Yung-Lo telah mengiktiraf kewujudan Melaka dan memberi jaminan untuk melindungi Melaka daripada Siam. Sebagai pengiktirafan juga, utusan Melaka telah menjadi utusan luar pertama yang menerima inskripsi khas daripada Maharaja China.

Tambah Mills, walaupun Maharaja Yung-Lo mengiktiraf kewujudan Melaka dalam dua siri utusan diraja tersebut, pengiktirafan Melaka sebagai sebuah kerajaan berdaulat hanya diiktiraf apabila Maharaja China menghantar Laksamana Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1409 yang membawa perkenan Maharaja Yung-Lo untuk menaikkan taraf Melaka kepada taraf negara dan rajanya diberi satu persalinan pakaian dan cap mohor oleh kerajaaan China.

Semenjak daripada itu, setiap raja Melaka yang baru menaiki takhta akan berangkat ke China atau menghantar utusan bagi mendapatkan pengiktirafan daripada Maharaja China.Hal ini menunjukkan bahawa taraf Melaka di sisi kerajaan Dinasti Ming di China adalah bertaraf sebuah negeri naungan China.

Misalnya, dalam catatan Dinasti Ming, Parameswara bersama 540 orang pengikutnya telah mengadakan satu lawatan rasmi ke China pada tahun 1411 sebagai mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Dinasti Ming. Sebagai27

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka, Maharaja Yung-Lo telah menghadiahkan pelbagai alat kebesaran kepada Parameswara seperti emas,perak, sutera dewangga dan lain-lain. Hubungan diplomatik antara China dan Melaka ini secara umumnya telah memberikan kelebihan politik kepada Melaka sekaligus menjadi salah satu faktor pemangkin kepada kegemilangannya. Hal ini kerajaan China adalah sebuah kerajaan yang kuat dan hampir kesemua kerajaan yang wujud dalam lingkungannya bernaung dan tunduk di bawah kekuasaannya. Kehebatan China dalam bidang ketenteraan maritim menjadikan tidak ada kuasa lain yang berani menentangnya kerana China memiliki beratus buah kapal perang dan hampir 28 000 orang tentera laut. Misalnya, kerajaan Sri Lanka yang tidak mahu mengiktiraf kekuasaan China telah diserang pada tahun 1411 dan rajanya telah ditangkap dan dibawa ke China. Kekuatan China ini menyebabkan kerajaan yang bernaung di bawahnya akan berasa selamat dan mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan. Melaka misalnya, telah dijamin keselamatannya oleh Maharaja Yung-Lo daripada ancaman kerajaan Ayutthaya (Siam). Selain itu, hubungan diplomatik dua hala Melaka-China ini turut membawa keuntungan kepada Melaka dari segi perdagangan apabila rombongan dagang China beralih arah ke pelabuhan Melaka dan berdagang di pelabuhan tersebut. Hasil daripada perdagangan dengan China misalnya, Melaka memperoleh bahan dagangan seperti sutera, tekstil, bijih besi, kapas dan barang perhiasan. Selain China, kerajaan Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ayutthaya di Siam. Di awal kewujudannya, Siam menjadi ancaman terbesar Melaka di mana Melaka terpaksa tunduk kepada Siam dan dipaksa membayar 40 tahil emas setahun sebagai ufti kepada Siam. Menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), catatan China menunjukkan bahawa sebelum pembukaan Melaka oleh Parameswara, kawasan Melaka ketika itu dikenali sebagai Pulau Lima yang tidak beraja dan dikehendaki untuk menghantar ufti kepada Siam (Hsien-lo).28

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Oleh kerana itulah, apabila Parameswara mengasaskan pemerintahan beraja di Melaka, kerajaan Siam sangat marah kerana kawasan tersebut adalah kawasan naungannya. Ini ditambah pula dengan tindakan Parameswara yang pernah membunuh wakil Siam iaitu Temagi di Temasik dan menjadi pemerintah di sana. Hal ini menambahkan lagi persengketaan Siam terhadap Parameswara.

Oleh itu, Siam di bawah kerajaan Ayutthaya ketika itu pernah datang menyerang Melaka dan merampas cop kempa kerajaan Melaka di awal pemerintahan Melaka. Oleh kerana Dinasti Ming telah memberikan perlindungan kepada Melaka, satu aduan telah dibuat oleh kerajaan Melaka terhadap tindakan Siam itu dan pada tahun 1407 kerajaan Ming akhirnya menghantar Laksamana Cheng Ho ke Siam untuk menegah persengketaan Siam dan Melaka tersebut.

Walaupun telah mendapat jaminan keselamatan daripada China, kerajaan Ayutthaya di Siam masih menunjukkan tanda persengketaannya kepada Melaka. Dua serangan yang dibuat pada 1445 dan 1456 telah menyemarakkan semula persengketaan Melaka dan Ayutthaya. Hal ini Melaka yang telahpun menjadi kerajaan yang kuat ketika itu tidak lagi mahu tunduk kepada Siam dan buktinya Siam telah gagal untuk menewaskan Melaka seperti yang pernah mereka lakukan sebelumnya semasa zaman awal pembukaan Melaka.

Sebagai tidak mahu memanjangkan persengketaan tersebut, Bendahara Tun Perak telah mencadangkan kepada Sultan Melaka untuk berdamai dengan Siam dan menjalinkan hubungan dengan kerajaan Ayutthaya.

Dalam Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang, ada diceritakan mengenai kisah hubungan diplomatik antara Siam dan Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah di mana Melaka telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Tun Telanai, Menteri Jana Putera dan para pengikutnya bagi menjalinkan satu hubungan dua hala antara kerajaan Melaka dan kerajaan Ayutthaya di Siam.

Maharaja Siam sangatlah gembira dengan hubungan tersebut setelah Tun Telanai dan pengikutnya berjaya membantu Siam menewaskan musuh mereka. Sebagai balasannya, Maharaja Siam telah menghadiahkan Sultan Melaka seorang puteri Siam yang bernama Onang Minang Lang.

Selain China dan Siam, kerajaan Melaka turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Samudra-Pasai dan kedudukannya dianggap setaraf.29

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Malah, Melaka dan Pasai turut mempunyai hubungan kekeluargaan apabila Sultan Muhammad Syah mengahwini Puteri Pasai dan hubungan Melaka-Pasai tertumpu kepada hubungan dagang dua hala dan hubungan dalam agama Islam.

Sultan Melaka misalnya banyak merujuk kepada ulama Pasai dalam permasalahan agama kerana kedudukan Pasai yang dianggap abang tua kepada Melaka kerana kewujudan mereka yang lebih awal berbanding Melaka.

Malah, apabila menulis dalam surat utusan diraja, perkataan berkirim salam digunakan menunjukkan persamaan taraf antara Melaka dan Pasai berbanding perkataan berkirim sembah yang digunakan oleh negeri-negeri naungan Melaka.

Selain itu, Melaka juga turut menjalinkan hubungan diplomatik dua hala dengan negara seperti kerajaan Ryukyu (Jepun), Majapahit, Gujerat dan Kalinga. Misalnya, Melaka pernah mengutus surat kepada Maharaja Ryukyu mengenai masalah yang ditimbulkan oleh beberapa orang pedagang mereka dan surat tersebut dibalas oleh Maharaja Ryukyu yang meminta kebijaksanaan Melaka dalam menghukum mereka.

vii. Perkembangan agama Islam Kegemilangan yang dicipta oleh Kesultanan Melayu Melaka bukan hanya mencakupi aspek politik dan ekonomi semata-mata, tetapi turut merangkumi aspek sosial seperti keagamaan dan intelektual. Walaupun terdapat permasalahan salasilah dalam salasilah Sultan Melaka yang pertama memeluk Islam, namun pada hakikatnya Melaka telah menerima agama Islam sebagai anutan sebahagian besar rakyatnya, bermula dengan pengislaman Sultan dan para pembesar. Berdasarkan perbahasan dan perbandingan yang telah dibuat oleh para pengkaji sejarah seperti Wang Gungwu (1968) yang dipetik dan ditegaskan semula oleh Muhammad Yusuf Hashim (1989), bahawa Parameswara (Raja Iskandar Syah) adalah orang yang berlainan dengan puteranya Megat Iskandar Syah. Oleh itu, raja Melaka yang pertama memeluk Islam adalah Megat Iskandar Syah, raja kedua Melaka yang memeluk Islam dan bukannya Parameswara. Kekaburan salasilah ini menyebabkan para pengkaji sejarah adalah bercanggah pendapat mengenai siapakah Sultan Melaka yang pertama memeluk Islam.30

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

PENYEBARAN ISLAM KE MELAKA Terdapat beberapa pendapat mengenai cara penyebaran Islam ke Melaka iaitu pertama melalui perkahwinan Megat Iskandar Syah dengan puteri Raja Pasai. Pada waktu itu, Pasai adalah sebuah kerajaan yang telah menerima Islam terlebih dahulu berbanding Melaka. Perkahwinan itu menyebabkan seluruh pembesar dan rakyat negeri Melaka memeluk Islam. Kedua, terdapat pendapat yang menyatakan bahawa agama Islam tersebar ke Melaka melalui pedagang Arab dan pedagang India Muslim dan Sultan Melaka telah diislamkan oleh Syeikh Abdul Aziz. Walaubagaimanapun terdapat percanggahan pendapat, Melaka secara hakikatnya telah menerima Islam sebagai anutan rasmi bermula daripada Sultan, pembesar sehinggalah golongan rakyat dan hamba. Penerimaan Islam sebagai agama di Melaka telah menjadi pemangkin kegemilangan Melaka dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hubungan dagang dengan pedagang Islam, menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam selain penerapan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan Melaka. Hal ini telah membawa kepada kegemilangan Melaka dalam bidang keagamaan. Dalam bidang perdagangan misalnya, para pedagang Islam dari Tanah Arab dan India telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan tumpuan mereka kerana kemudahan keagamaan yang ada di Melaka. Hal ini kerana Melaka menjadi tumpuan para ulama dan masjid-masjid dibina di Melaka menarik perhatian para pedagang Islam. Malah, pedagang Islam adalah mereka yang telah membawa Islam ke Melaka dan bersama mereka juga adalah golongan pendakwah yang menyeru masyarakat tempatan memeluk Islam. Kebiasaannya, mereka akan diiringi oleh para pendakwah dan mubaligh Islam untuk mengajarkan hukum-hakam agama Islam kepada masyarakat tempatan. Dalam hubungan diplomatik pula, perhubungan Melaka dan kerajaan Samudra-Pasai pada dasarnya banyak diikat dengan ikatan keagamaan. Hal ini kerana Pasai menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara di awal penubuhan Melaka, malah pengislaman Sultan Melaka adalah disebabkan perkahwinan di antara Sultan Megat Iskandar Syah dengan puteri Pasai.31

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Pasai telah menjadi rujukan Melaka dalam agama Islam walaupun setelah Melaka berkembang sebagai sebuah pusat pengajian Islam kemudiannya. Misalnya, pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, baginda telah bertindak mengutuskan Tun Bija Wangsa ke Pasai bagi mendapatkan jawapan tentang permasalahan agama.

Kesungguhan Melaka dalam menyebarkan agama Islam ke Nusantara dapat dilihat pada kurun ke-15 apabila Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam.

Pada zaman Sultan Muzaffar Syah misalnya, baginda telah mengarahkan pembinaan beberapa institusi agama seperti masjid, madrasah dan surau yang menjadi tempat beribadat dan tempat mendalami ilmu agama dalam kalangan masyarakat tempatan.

Pada ketika itu muncul mubaligh-mubaligh Islam yang terkenal di Melaka seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf di Melaka.

Penyebaran agama Islam oleh kerajaan Melaka dilakukan melalui pelbagai cara termasuklah melalui aktiviti perdagangan, peranan ahli agama, perkahwinan, peranan pemerintah dan melalui askar upahan.

Penyebaran Islam yang dilakukan oleh pendakwah Islam seperti mubaligh, ulama dan ahli sufi dibuat secara berhemah dalam menarik minat masyarakat dalam menerima Islam.

Misalnya, para pendakwah Islam telah menunjukkan tauladan dan keperibadian diri yang baik dalam diri mereka sehingga masyarakat berasa senang dengan mereka. Malah, mereka juga telah bertindak bersembahyang di tengah-tengah kalayak ramai seperti di pasar bagi memperkenalkan masyarakat dengan Islam.

Dalam Sejarah Melayu Hikayat Tun Seri Lanang misalnya, penduduk dan Raja Melaka berasa terpegun dan hairan dengan perbuatan para pedagang Islam yang tunggangtonggek bersembahyang di pelabuhan menyebabkan Raja Melaka ketika itu berminat untuk mengetahui mengenai perbuatan mereka itu.

Ahli ulama Islam di Alam Melayu juga tidak mudah menghukum masyarakat dengan tradisi dan adat resam mereka yang bertentangan dengan agama Islam. Hal ini kerana terdapat sesetengah ulama Islam di Timur Tengah yang keras dalam hukum hakam Islam dengan mengharamkan semua perkara yang dilihat bertentangan dengan Islam.32

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Akan tetapi, ulama Islam di Alam Melayu mengamalkan konsep asimilasi Islam ke dalam kebudayaan dan tradisi masyarakat tempatan menyebabkan masyarakat berasa Islam adalah sesuatu agama yang mudah dan tidak mengongkong penganutnya.

Selain itu, peranan meyebarkan agama Islam ke kawasan lain di Nusantara banyak dimainkan oleh pemerintah Melaka ke negeri jajahan takluk mereka. Negeri-negeri jajahan takluk seperti Pahang, Kelantan, Inderagiri dan Rokan telah menerima Islam sebagai anutan mereka sebagai menunjukkan taat setia mereka kepada Melaka. Apabila Islam telah diterima di negeri-negeri jajahan takluk Melaka, pemerintah Melaka akan menghantar mubaligh dan ulama ke kawasan-kawasan tersebut bagi mengajar masyarakat mengenai pengetahuan dan hukum hakam berkaitan Islam.

Selain itu, penyebaran Islam turut dilakukan melalui perkahwinan diraja seperti perkahwinan diraja seperti perkahwinan puteri Sultan Mansor Syah dengan putera Raja Siak yang membawa kepada pengislaman seluruh kerabat diraja Siak dan rakyatnya. Islam juga terkembang dari Melaka ke Pulau Jawa melalui askar-askar upahan Melaka yang telah memeluk Islam ketika berkhidmat di Melaka. Kemudiannya, apabila pulang ke tempat asal mereka, mereka telah mengajak sanak saudara mereka untuk turut menganut agama Islam.

Seterusnya, Melaka juga telah menjadi pusat keilmuan Islam yang penting di Nusantara. Misalnya, Melaka telah muncul sebagai pusat pengajian tasawwuf yang terkenal dengan kedatangan ulama tasawwuf terkemuka iaitu Abdul Karim al-Jili yang datang menetap dan menyampaikan ilmu di Melaka. Beliau telah mengarang banyak kitab mengenai ilmu tasawwuf dan antara kitabnya yang terkenal adalah kitab Insan-al Kamil (insanul kamil).

SYIAR ISLAM DI MELAKA Kedatangan Islam ke Melaka telah menyemarakkan syiar Islam di kawasan Nusantara selain peranan yang telah dibuat oleh kerajaan Samudra-Pasai di Kepulauan Sumatera. Dalam sistem pemerintahan misalnya, pemerintah Melaka telah menyerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahannya termasuklah penggunaan gelaran Sultan pada pangkal nama baginda berbanding penggunaan Raja yang dipengaruhi Hindu33

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Buddha. Sultan Melaka pertama yang telah menggunakan gelaran Sultan ialah Sultan Muhammad Syah, raja Melaka yang ketiga. Pengislaman raja Melaka ini juga telah menyebabkan pandangan ahli ulama Islam diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan. Walaupun raja berkuasa mutlak, akan tetapi pandangan pembesar dan ulama turut diambil kira oleh raja Melaka. Hal ini kerana ulama Islam telah menekankan konsep musyawarah dalam pentadbiran Melaka. Peranan ulama dalam bidang pentadbiran sangat dekat. Undang-undang Melaka misalnya telah dikarang oleh Makhdum Sadar Syah Johan yang dibuat pada zaman Sultan Muhammad Syah. Dalam undang-undang bertulis tersebut, pengaruh Islam sangat jelas dalam hal ehwal jinayah (jenayah) seperti hukum hudud dan qisas, munaqahat (perkahwinan) dan mudharabah (jual beli). Kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga telah menyebabkan penggunaan tulisan Kawi telah mula ditinggalkan dan diganti dengan tulisan Jawi, iaitu tulisan yang menggunakan abjad-abjad Arab. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh Islam yang kuat di Melaka sehinggakan kesemua urusan surat-menyurat dan penulisan menggunakan tulisan Jawi.

viii. Pusat perkembangan budaya dan pemikiran Melayu Islam Selain daripada menjadi pusat perkembangan Islam, kegiatan intelektual di Melaka juga berkembang pesat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman tersebut, peranan istana dilihat cukup penting dalam menghidupkan bidang kesusasteraan. Hal ini kerana, golongan ulama, cerdik pandai seperti jurutulis dan pengarang telah berkumpul di istana bagi membincang, mengarang dan menterjemah kitab ke dalam Bahasa Melayu. Antara karya asing yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu termasuklah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Belah Bulan. Kebanyakan hikayat yang diterjemahkan adalah kitab asal daripada bahasa Arab dan Parsi.

34

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Karya-karya Melayu telah mula ditulis pada zaman tersebut seperti Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman. Malah, sesetengah pendapat menyatakan bahawa Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang telah ditulis semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Tun Seri Lanang hanyalah penulis yang berjaya melengkapkan buku tersebut.

KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA Faktor Kemerosotan dan Kejatuhan Melaka Faktor Dalaman 1. Perebutan Kuasa Perebutan kuasa dalam istana Melaka bermula dengan perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Sebelum perlantikan Tun Mutahir ke jawatan Bendahara, jawatan tersebut telah disandang oleh Tun Perpatih Putih selama dua tahun sehingga tahun 1500 sebelum beliau meninggal dunia akibat sakit tua. Perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara tidak begitu disenangi oleh para pembesar Melayu kerana beliau telah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pentadbirannya. Beliau telah bertindak melantik ahli keluarganya dan mereka yang berketurunan India-Muslim ke dalam jawatan pembesar seperti jawatan Temenggung yang diberikan kepada anaknya Tun Hassan. Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), pengaruh keluarga Tun Mutahir sangat mencengkam istana Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Hal ini disebabkan kekayaan mereka dan pengaruh keluarga kerana bonda kepada Sultan Mahmud Syah adalah kakak kepada Tun Mutahir. Tambah Muhammad Yusoff, tiga jawatan tertinggi dalam hierarki pembesar empat lipatan telah dikuasai oleh ahli keluarga Tun Mutahir di mana Tun Mutahir sebagai Bendahara, anaknya Tun Hassan sebagai Temenggung

35

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

manakala adiknya, Seri Nara Diraja Tun Tahir dilantik menjadi Penghulu Bendahari. Oleh kerana usaha yang dilakukan oleh Tun Mutahir untuk membawa masuk golongan India-Muslim ke dalam pentadbiran Melaka dan mengutamakan kaum kerabatnya, terdapat satu komplot dalaman yang telah dibuat bagi menjatuhkan Tun Mutahir dari jawatan pembesar negeri. Satu tipu muslihat terancang telah direncana oleh Raja Mendeliar, salah seorang daripada empat orang Syahbandar di pelabuhan Melaka dengan Laksamana Khoja Hasan, satu-satunya jawatan pembesar berempat yang tidak dikuasai oleh ahli keluarga Tun Mutahir. Akhirnya, Laksamana Khoja Hasan telah memfitnah Tun Mutahir kepada Sultan Mahmud Syah dengan menyatakan bahawa Tun Mutahir mempunyai perancangan untuk merampas kuasa daripada Sultan Mahmud Syah dan mengangkat dirinya sebagai Sultan Melaka yang baru. Sultan Mahmud Syah telah mempercayai fitnah terhadap Tun Mutahir itu dan berasa sangat murka. Apatah lagi apabila mengetahui bahawa Tun Fatimah iaitu puteri Bendahara Tun Mutahir tidak dipersembahkan kepada Sultan bagi dijadikan isteri seperti yang dilakukan dalam tradisi Bendahara sebelumnya menambahkan lagi konflik antara Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Tun Mutahir. Tanpa usul periksa, baginda Sultan Mahmud Syah telah mengarahkan Tun Mutahir dan kesemua ahli keluarganya dibunuh kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah yang masih kecil. Peristiwa ini mengakibatkan Melaka kehilangan tiga orang pembesar terpenting secara serentak. Malah, Laksamana Khoja Hasan pula kemudiannya telah dipecat oleh Sultan Mahmud Syah setelah baginda menyesali perbuatan baginda yang telah menjatuhkan hukuman tanpa sebarang usul periksa tersebut.

2. Kelemahan Kepimpinan Peristiwa pembunuhan Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya telah memberikan kesan yang sangat besar kepada Melaka. Dalam pemilihan Bendahara misalnya, pengganti kepada Bendahara Tun Mutahir iaitu36

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Bendahara Paduka Tuan sangatlah lemah kerana keadaannya yang uzur dan tua. Walaupun beliau adalah anak kepada Bendahara Tun Perak yang terkemuka suatu masa dahulu, keadaannya yang telah tua, malah lumpuh tubuh badannya sudah tidak mampu untuk menyempurnakan tugasnya sebagai Bendahara. Ketiadaan pembesar berempat yang berpengalaman dalam menguruskan hal ehwal Melaka, pentadbiran Melaka telah menjadi kucar-kacir dan bermasalah. Akibat kekesalan yang sangat besar, Sultan Mahmud Syah telah bertindak turun daripada takhta Sultan Melaka dan menaikkan puteranya Raja Ahmad sebagai pengganti baginda. Sultan Ahmad pada waktu dilantik menjadi Sultan adalah terlalu muda dan masih mentah dan tidak mampu untuk menguruskan hal ehwal negara. Menurut Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang seperti yang dipetik oleh Muhammad Yusoff Hashim (1989), sikap Sultan Ahmad yang tidak menghormati adat, suka bermain-main dan memandang enteng kepada para pembesar tempatan telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pemulihan pentadbiran Melaka. Baginda Sultan Ahmad ketika diangkat menjadi Sultan pada 1511 hanyalah beberapa bulan sebelum kedatangan Portugis datang menyerang Melaka. Dalam keadaan kepimpinan Melaka yang masih terumbang-ambing dengan pembesar berempat yang bermasalah seperti bendaharanya yang tua dan uzur, soal pertahanan tidak begitu ditekankan oleh kerajaan Melaka. Malah, pemecatan Laksamana Khoja Hassan dari jawatannya sebagai Laksamana Melaka telah memberi kesan kepada keselamatan di perairan Melaka. Selain itu juga, peristiwa pemecatan Laksamana Khoja Hassan sebagai Laksamana mempengaruhi keselamatan perairan Melaka yang di bawah tanggungjawabnya sebelum itu.

3. Penyelewengan Kuasa37

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Dalam keadaan Melaka yang sedang huru-hara, ditambah pelbagai krisis kepimpinan, ketika itulah penyelewengan dalam kalangan pegawai Melaka telah berlaku.

Di pelabuhan misalnya, pegawai-pegawai Melaka di pelabuhan telah bertindak menyeleweng daripada amalan perdagangan sebelumnya yang dilaksanakan di Melaka.

Para pegawai di pelabuhan dengan sesuka hati telah bertindak menaikkan cukai kepada para pedagang yang singgah di Melaka dan tidak kurang pula yang meminta rasuah daripada para pedagang dalam menipu sukatan dan timbangan.

Selain itu, kawalan keselamatan di perairan Melaka juga telah mulai longgar kesan daripada pemecatan Laksamana Khoja (Khawaja) Hassan daripada jawatannya yang bertanggungjawab menjaga keamanan di laut di mana jawatan laksamana dianggap sebagai raja di laut yang menjadi ketua kepada armada laut Melaka.

Keadaan ini menyebabkan para pedagang telah mula mencari pelabuhan lain sebagai alternatif kepada Melaka seperti pelabuhan Acheh yang sedang meningkat naik.

4. Ketenteraan yang Lemah Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis turut disebabkan oleh faktor ketenteraan yang lemah di pihak Melaka. Dalam perang ketika menghadapi serangan Portugis misalnya, askar upahan Melaka dari Jawa telah bertindak melarikan diri ketika diserang Portugis. Oleh itu, pertahanan Melaka menjadi rapuh dan mudah ditembusi. Hasilnya, tentera Portugis mampu untuk mendarat di persisiran pantai Melaka dan kemudiannya membakar jambatan yang menghubungkan bandar Melaka. Selain itu juga, kelengkapan persenjataan yang digunakan oleh askar Melaka adalah tidak setanding dengan kelengkapan perang Portugis yang mempunyai meriam besar yang mampu untuk menembak dari jarak jauh, selain penggunaan senapang dan perisai sedangkan askar Melaka masih menggunakan senjata tradisional seperti panah dan tombak.38

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Faktor Luaran 1. Kedatangan Portugis Bangsa Portugis adalah satu bangsa Eropah yang giat merintis jalan ke Timur melalui laluan laut setelah laluan darat dikuasai oleh orang Islam. Usaha ini menerima galakan daripada Putera Henrique, putera kerajaan Portugis. Bermula dengan misi pelayaran oleh Bartolomeu Dias yang berjaya belayar sehingga ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan dari Eropah, bangsa Portugis mengetahui bahawa terdapat jalan laut ke Timur tanpa melalui jalan perdagangan darat yang dikuasai oleh orang Islam seperti Laluan Rempah dan Laluan Sutera. Menyedari bahawa terdapat jalan laut ke Timur, misi pelayaran seterusnya dihantar oleh Raja Manuel I bagi merintis jalan ke Timur. Oleh itu, pelayar Portugis Vasco da Gama telah belayar mengikut laluan yang pernah dilalui Bartolomeu Dias dan akhirnya berjaya belayar sehingga ke Goa di India pada tahun 1498. Kemudiannya, Portugis telah menduduki wilayah Goa di India bagi dijadikan pengkalan mereka di Timur. Semenjak itu, bangsa Portugis telah menyaksikan banyak pelayaran yang dibuat untuk menjelajah ke seluruh dunia seperti Ferdinand Magellan yang menjadi pelayar pertama yang mengelilingi dunia, Christoper Colombus dan lain-lain. Setelah bertapak di Goa, pelayar-pelayar Portugis mula meneruskan hasrat untuk berlayar sehingga ke China dan hasilnya mereka telah menemui Melaka yang menjadi antara pelabuhan yang tersibuk ketika itu. Akhirnya, satu misi perdagangan telah diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira dengan lima buah kapal telah tiba di Melaka 11 September 1509 ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kedatangan pedagang Portugis untuk berniaga di Melaka menjadikan mereka pedagang Eropah pertama yang tiba di Melaka dan oleh itu mereka telah digelar sebagai Benggali Putih oleh masyarakat tempatan. Menurut Andaya (1982), (terjemahan), Abad ke 15 telah dikenali sebagai Abad Penemuan Bangsa Portugis. Sebab utama pelayaran mereka keluar jauh daripada sebuah kerajaan kecil milik mereka di Eropah hingga ke penghujung39

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

dunia adalah disebabkan pelbagai matlamat yang bercampur baur; pertama semangat Perang Salib Anti-Muslim yang membara; mengumpul emas; bagi menyempurnakan impian dan hasrat paderi Kristian untuk menjadi pemerintah kepada Benua Hindi dan keinginan untuk menguasai perdagangan rempah di Asia. Berdasarkan faktor 3G iaitu Gold,Gospel and Glory itulah, bangsa Portugis telah belayar sehingga ke Timur iaitu bagi menguasai perdagangan di Asia terutamanya perdagangan rempah yang dikuasai oleh umat Islam, meneruskan Perang Salib di Timur dan meluaskan kekuasaan Portugis ke kawasan Benua Hindi (Asia). Oleh itu, apabila Lopez de Sequeira tiba di Melaka, beliau telah mempersembahkan hadiah berupa kalungan emas kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dikatakan hadiah daripada Raja Portugal sebagai tanda dan hasrat supaya membenarkan mereka berniaga di pelabuhan Melaka. Para saudagar India-Muslim dari Gujerat kemudiannya telah memaklumkan kepada Bendahara mengenai hasrat tersembunyi orang Portugis yang sebenarnya tidak berniat untuk berdagang tetapi sebaliknya mempunyai niat dan agenda yang tidak baik dalam menjatuhkan kerajaan Islam di Timur. Hal ini kerana para pelayar Portugis telah menggunakan taktik yang sama di India sehinggalah mereka berjaya menduduki wilayah Goa dan menjadikannya sebagai pengkalan di sana. Bendahara yang termakan dengan aduan tersebut telah menangkap kesemua anak kapal Portugis kecuali Lopez de Sequeira yang berjaya melarikan diri. Penangkapan tersebut telah menyebabkan Portugis berasa tercabar dan telah mengatur strategi bagi melepaskan semula anak-anak kapal mereka. Hasilnya, Portugis telah menyiapkan satu angkatan bersenjata ke Melaka dengan diketuai oleh Wizurai Portugis di Goa iaitu Alfonso de Alburqueque dengan dua puluh buah kapal termasuk kapal terbesar yang bernama Flor de la Mar.

40

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

2. Kebangkitan Acheh Setelah menyedari bahawa amalan perdagangan di Melaka mulai menyeleweng dengan kenaikan cukai yang tinggi dan salahguna kuasa para pegawai Melaka di pelabuhan, para pedagang yang berdagang di Melaka mula meninggalkan Melaka dan mencari pelabuhan alternatif lain untuk berdagang. Pada ketika itulah, Acheh yang sedang meningkat naik mula menjadi tumpuan para pedagang asing di Selat Melaka. Kesultanan Acheh telah diasaskan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada tahun 1496, sebagai mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Samudra-Pasai yang telah jatuh akibat persengketaan dalaman dan diserang oleh Kerajaan Haru (Aru) sebelumnya yang membawa kepada kedua-dua Pasai dan Aru menjadi jajahan takluk Melaka. Kawasan Kesultanan Acheh yang meliputi wilayah Acheh sehinggalah ke wilayah Pedir, Pasai, dan Aru. Kerajaan Kesultanan Acheh yang mewarisi Kesultanan Samudra-Pasai yang pernah mendominasi perdagangan di Selat Melaka sebelum kewujudan Melaka telah mengambilalih tempat Melaka sebagai pelabuhan terpenting di Selat Melaka. Keadaan Melaka yang terumbang-ambing dengan pelbagai masalah menyebabkan pedagang asing lebih berminat untuk berdagang di pelabuhan Acheh yang sedang berkembang maju.

3. Serangan Portugis Setelah misi perdagangan Portugis ditangkap oleh Melaka, satu pasukan tentera telah disiapkan oleh Portugis yang diketuai oleh Wizurai Portugis di Goa, Alfonso de Alburquerque. Pada tahun 1511, angkatan bersenjata Portugis tiba di Melaka dan menuntut tiga perkara daripada kerajaan Melaka iaitu pertama membebaskan kesemua tahanan Portugis, kedua membayar ganti rugi kepada Portugis dan ketiga membenarkan Portugis membina kubu di Melaka.41

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Walaubagaimanapun, Sultan Ahmad Syah telah menolak kesemua tuntutan Portugis menyebabkan Portugis melancarkan serangan pertama ke atas Melaka pada 25 Julai 1511 dengan kekuatan 19 buah kapal perang dan 1400 orang tentera.

Dalam serangan tersebut, Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka dengan bantuan lima buah tongkang daripada China.

Malah, perbuatan Si Kitol atau nama sebenarnya Naina Chetu membocorkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis menyebabkan Portugis lebih bersiap sedia dan merangka strategi perang yang lebih teliti.

Tentera Melaka kemudiannya berundur dan mendapat kembali semangat perang setelah mendengar kisah perjuangan jihad umat Islam dalam kitab Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

Serangan balas tentera Melaka akhirnya berjaya mengundurkan tentera Portugis dari jambatan Melaka.

Walaubagaimanapun, serangan semula Portugis ke atas tentera Melaka berjaya mengalahkan Melaka dan akhirnya Portugis menguasai Melaka pada 24 Ogos 1511.

Kesan Kemerosotan dan Kejatuhan Melaka Politik Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis telah menyaksikan kejatuhan sebuah kerajaan empayar di alam Melayu. Antara kesan politik akibat kejatuhan Melaka termasuklah:

1. Kesedaran Semula Kejatuhan mengejut Melaka ke tangan Portugis menyebabkan para pemimpin Melaka mulai sedar bahawa kelemahan dan kepimpinan akan membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.42

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), Tun Seri Lanang ketika memperihalkan perwatakan Sultan Mahmud Syah misalnya telah banyak berubah pada zaman pemerintahannya di Melaka dan pada

pemerintahannya yang kedua di Kampar. Sultan Mahmud Syah yang dahulunya seorang yang ego, berfoya-foya dan bersifat pilih kasih telah berubah menjadi seorang Sultan yang paling cekal dan kental terutamanya dalam menangkis serangan Portugis yang bertubitubi. Mungkin akibat kekesalan baginda menitahkan pembunuhan Bendahara Tun Mutahir, diikuti dengan Sultan Ahmad Syah yang gagal untuk memerintah Melaka dengan baik, Sultan Mahmud Syah dilihat lebih matang dan bertanggungjawab, malah sebelum kemangkatannya di Kampar kemudiannya baginda menitahkan segala anaknya untuk bertakwa kepada Allah dan memerintah dengan adil. Sebahagian besar pembesar Melaka yang menyedari persengketaan mereka dalam pentadbiran di Melaka sebelumnya telah membawa kepada kejatuhan mereka, di mana kelekaan mereka dalam merebut kuasa dan

menyalahgunakan kuasa telah membawa kepada pembelotan dalam kalangan para pedagang yang menguasai Melaka seperti Utimuraja dan Naina Chetu. Dalam keadaan kelam kabut dan belum stabil, Sultan Mahmud Syah dan segala pengikutnya yang berundur ke Muar, Sultan Ahmad Syah telah dibunuh dan Sultan Mahmud Syah telah menaiki semula takhta kerajaan Melaka. Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), pembunuhan Sultan Ahmad Syah adalah disebabkan titah ayahandanya sendiri seperti yang diceritakan dalam Sulalatus Salatin, dan apabila Sultan Ahmad Syah mangkat maka ayahandanya Sultan Mahmud Syah menjadi Raja. Menurut Tun Seri Lanang, adapun Sultan Ahmad Syah diarah bunuh oleh ayahandanya kerana sikapnya yang telah menimbulkan perpecahan dalam kalangan pembesar negeri dengan meminggir dan memperlekeh pembesar

43

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

yang tua dan bersifat pilih kasih terhadap golongan pembesar muda yang digemarinya. Sebenarnya, sikap Sultan Ahmad inilah yang menjadi antara faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, dan sebagai balasan dan bertanggungjawab ke atas kekalahan Melaka, Sultan Ahmad Syah perlu dibunuh. Dalam keadaan tersebut, Sultan Mahmud Syah menyusun semula kekuatan Melaka yang masih berbaki dalam kalangan pembesar setianya untuk menyerang balas Portugis di Melaka.

2. Penyusunan semula kerajaan dan kekuatan Setelah berundur dari Muar, Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnya berundur pula ke Pahang dan Bentan sebelum bersemayam di Kampar. Dalam keadaan itu, kekuatan Melaka telah dikumpul semula dalam menangkis serangan Portugis dan kadangkala menyerang semula Melaka secara mengejut. Bagi mengumpulkan kekuatan Melaka, kebanyakan kerajaan naungan Melaka sebelumnya seperti Lingga, Inderagiri, Siak, Aru, Manjung, Klang, Kampar dan Sungai Ujong telah menghadap Sultan Mahmud Syah ketika di Bentan bagi menyatakan taat setia mereka untuk membantu baginda menangkis serangan Portugis. Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), baginda Sultan Mahmud Syah telah mengangkat Laksamana Hang Nadim, cucu Hang Tuah untuk mengetuai bala tentera Melaka dalam mendepani ancaman Portugis dengan dibantu oleh Penghulu Bendahari Tun Hamzah, Temenggung Seri Udani, Tun Umar, Tun Mai Ulat Bulu dan ratusan hulubalang Melaka yang lainnya. Walaupun Portugis telah menawan Melaka tetapi mereka masih lagi menghantar pasukan tentera untuk menyerang Sultan Mahmud kerana pada pendapat mereka selagi Sultan Mahmud memerintah maka selagi itulah mereka tidak akan duduk diam, ini dapat dibuktikan apabila orang44

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

orang Melayu telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas Portugis pada Julai 1512 yang diketuai Laksamana Hang Nadim. Antara 1510 - 1518, orang Melayu dibawah kepimpinan Sultan Mahmud telah menyerang Melaka beberapa kali yang diketui oleh Laksamana Hang Nadim. Beberapa kali serangan telah dilakukan ke atas Melaka, ini menunjukkan bahawa orang Melayu tak akan duduk diam selagi Melaka berada di tangan orang Portugis. Namun, serangan demi serangan telah dilakukan, orang Portugis tidak dapat dihalau dari Melaka kerana Portugis telah membina kubu yang teguh daripada batu. 1519 - orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak sampai ke Melaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma. 1520 - Dibawah Paduka Tuan dan Sultan Abdul Jalil (Raja Kampar) orang Melayu telah menyerang Portugis di Melaka. Kerana siri serangan inilah maka orang Portugis telah mengambil pula tindakan dan menyerang orang Melayu di bawah pimpinan Sultan Mahmud iaitu:

1. Setelah Sultan Mahmud berundur ke Kota Hampar, orang Portugis telah menyerang Kota Hampar dan memaksa Sultan Mahmud berundur ke Pagoh. 2. Akhir 1511 - Portugis menyerang Pagoh dengan kekuatan 1300 orang Julai/Ogos 1512 - Portugis menyerang Pagoh diketui Fernao Peres De Andrade 3. 1519 - Portugis menyerang Pagoh diketui Duarte De Millo 4. 1520 - Portugis menyerang Pagoh diketui Garcia De Sa 5. 1521 - 18 kapal dan 600 askar diketui Jeorge De Albuquerque menyerang Bentan 1523, 1524 dan 1526 - Portugis menyerang Bentan.

Oleh kerana siri serangan orang Portugis ini , ia telah menyebabkan Sultan Mahmud terpaksa beberapa kali berundur dan membuat keranaan. Sultan Mahmud apabila diserang di Pagoh buat kali pertama45

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

telah berundur ke Pahang kemudian Lubuk Batu dan disinilah Bendahara Tepok meninggal dunia dan di gelar "Bendahara Lubuk Batu". Kemudian Sultan Mahmud telah berundur ke Pulau Bentan dan seterusnya patah balik ke Pagoh dan apabila diserang lagi oleh Portugis maka Sultan Mahmud berundur pula ke Muar dan pada 1513-1519 Sultan Mahmud bersemayam di Bentan dan disinilah Raja Muzaffar (anak Sultan Mahmud dengan Onang Kening) dikahwinkan dengan Tun Terang ( anak Tun Fatimah dengan Tun Ali), Raja Ali (anak Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah) pula dlantik sebagai pengganti Sultan Mahmud. Sultan Mahmud berundur ke Kampar dan mangkat di Kampar pada 1528 dan dikenali sebagai 'Marhum Mangkat Di Kampar'. Sejak itu Raja Ali menjadi Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II.

3. Bermulanya Imperialisme Barat di alam Melayu Antara kesan yang dapat dilihat daripada keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka ialah bermulanya pertapakan kuasa Eropah di Alam Melayu. Sebelum kedatangan Portugis di Melaka, Alam Melayu dilihat tunduk bernaung di bawah kekuasan China dan sesetengahnya pula menjadi jajahan takluk kepada kuasa-kuasa utama di rantau Asia Tenggara seperti kerajaan Ayutthaya (Siam), Melaka, Majapahit, Srivijaya sebelumnya dan beberapa kerajaan lain seperti Samudra-Pasai dan Aru. Kedatangan Portugis yang berjaya menduduki Melaka dan membina Kota A Famosa di Melaka telah menandakan satu kuasa asing yang baru di Alam Melayu dan Asia Tenggara yang sebenarnya menjadi permulaan kepada pendudukan lebih banyak kuasa-kuasa asing Eropah yang lain selepasnya. Hal ini kerana para pelayar Portugis hanyalah perintis dan pembuka jalan ke Timur sedangkan masih terdapat banyak kuasa yang lebih kuat berbanding Portugis seperti Belanda, Sepanyol, Perancis, Inggeris dan sebagainya. Setelah pendudukan Portugis di Melaka, pelbagai kuasa Eropah mula berminat untuk datang ke Alam Melayu termasuklah Belanda dan46

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

kemudiannya Inggeris. Di kawasan lain di Asia Tenggara muncul kuasa penjajahan Eropah lain ke atas kawasan Asia Tenggara seperti Perancis di Indochina, Sepanyol di Filipina, Inggeris di Burma dan Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia. Kesemuanya adalah kesan daripada perintisan jalan laut ke Timur yang dibuat oleh para pelayar dan pengembara Portugis.

4. Pengasasan Kesultanan Johor dan Perak Seterusnya, kesan daripada kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka adalah dengan tertegaknya kerajaan Kesultanan baru di Johor dan Perak. Di Johor, putera kepada Sultan Mahmud Syah telah menjadi pengasas kepada Kesultanan Melayu Johor yang telah menjadi penyambung kepada warisan Kesultanan Melayu Melaka. Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, Johor merupakan salah satu daripada jajahan takluk Melaka yang dikenali sebagai Ujong Tanah. Kesultanan Melayu Johor dianggap sebagai penyambung kepada warisan Kesultanan Melayu Melaka kerana kerajaan ini telah diasaskan oleh Putera kepada Sultan Mahmud Syah iaitu Raja Ali yang akhirnya memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah II. Pemerintahan Kesultanan Melayu Johor telah meneruskan tradisi pemerintahan yang diamalakan di Melaka termasuklah dalam sistem pembesar dan pentadbiran. Kewujudan kerajaan baru menggantikan Melaka menyebabkan wilayah jajahan takluk Melaka telah menyatakan semula taat setia mereka kepada pemerintah Johor seperti Kampar, Beruas, Bentan, Riau, Lingga dan lain-lain. Kewujudan Kesultanan Melayu Johor juga telah menjadi ancaman kepada kedudukan Portugis di Melaka setelah beberapa siri serangan berterusan telah dilancarkan oleh Johor ke atas Portugis di Melaka. Selain Johor, sebuah lagi kerajaan yang wujud setelah kejatuhan Melaka adalah Kerajaan Kesultanan di Perak. Menurut Andaya (1982), putera kepada Sultan Mahmud Syah iaitu Raja Muzaffar telah meninggalkan Melaka dan berlindung di Siak selepas kejatuhan Melaka ke tangan47

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Portugis. Baginda kemudiannya telah ke Kelang sebelum disedari oleh para pedagang dari Perak. Menurut Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang seperti yang dipetik Andaya (1982), pedagang Perak tersebut kemudiannya telah membawa Raja Muzaffar ke Perak dan rakyat Perak yang bernaung di bawah pemerintahan Melaka sebelumnya telah mengangkat Raja Muzaffar sebagai Sultan Perak dan mendirikan sebuah kerajaan bersultan di Perak dengan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah. Oleh itu, walaupun Kesultanan Melayu Melaka pada hakikatnya telahpun jatuh, namun pemerintahannya itu telah diwariskan kepada dua buah kerajaan baru di Alam Melayu iaitu Johor dan Perak.

Sosial Dari segi sosial kejatuhan Melaka, masyarakat Melaka dilihat sangat terkejut dengan Melaka ke tangan Portugis. Oleh itu, kebanyakan rakyat Melaka yang setia telah bertindak berundur bersama-sama dengan Sultan Mahmud Syah, dan sebahagiannya pula masih kekal berada di Melaka. Kejatuhan Melaka menyaksikan pengaruh agama Kristian telah mula dibawa masuk ke kawasan Nusantara oleh mubaligh Kristian seperti St. Francis Xavier yang telah menjadikan Melaka sebagai markaz untuk menyebarkan Kristian di Timur. Walaupun Melaka dianggap sebagai markaz penyebaran Kristian di alam Melayu, pada hakikatnya agama Kristian gagal disebarkan secara meluas ke Tanah Melayu kerana keteguhan orang-orang Melayu untuk kekal beragama Islam dan wujud kerajaan-kerajaan Islam di alam Melayu yang menjadi pelindung kepada orang Melayu. Pun begitu, proses kristianisasi St Francis Xavier dilihat berjaya di wilayah Kepulauan Indonesia seperti Ambon dan Flores sehingga sebahagian besar masyarakatnya memeluk agama Kristian.

48

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Ekonomi Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis menyaksikan tradisi gilang gemilang orang Melayu di laut seperti dalam aktiviti perkapalan dan perdagangan terjejas. Dalam keadaan berundur, aktiviti perekonomian tidak diberi keutamaan oleh kerajaan Melaka yang lebih mengutamakan keselamatan dan usaha mengembalikan Melaka ke tangan orang Melayu. Pada waktu itulah peranan Melaka sebagai pelabuhan utama di Selat Melaka diambil alih oleh pelabuhan kerajaan Kesultanan Acheh yang mula berkembang maju disebabkan kecekapan pemerintah Acheh menjalinkan hubungan dengan kerajaan di Benua Hindi dan Turki Uthmaniyyah.

Warisan Kesultanan Melayu Melaka Sistem pentadbiran Dalam bidang politik, Kesultanan Melayu Melaka telah mewariskan sistem pemerintahan beraja yang masih kekal sehingga ke hari ini di dua buah negeri iaitu Johor dan Perak. Walaupun Malaysia pada hari ini telah menerima demokrasi berparlimen sebagai saluran pemerintahan, namun kewujudan institusi raja masih dikekalkan. Hal ini kerana sehingga ke hari ini konsep ikatan taat setia orang Melayu kepada rajaraja masih menebal walaupun fungsi Sultan dalam pemerintahan hari ini tidaklah seperti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Pun begitu, terdapat persamaan dalam institusi pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan pemerintahan moden Malaysia pada hari ini. Misalnya, fungsi Sultan sebagai pemimpin tertinggi dalam negara dikekalkan dan menjadi ketua negara