93005772 nota sjh1103 kerajaan awal srivijaya melaka

Upload: nina1437

Post on 17-Oct-2015

137 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    1

    KERAJAAN AWAL PRA-MELAKA DI TANAH MELAYU

    Lokasi

    1. Kerajaan Kedah Tua (Kedah)

    Kerajaan Kedah Tua wujud di Lembah Bujang dari abad ke-6M hingga abadke-10M dan berpusat di sekitar Sungai Emas.

    Kemudiannya pusat pentadbiran Kedah Tua berpindah ke Lembah Bujang diSungai Merbok (abad ke 10-14M).

    Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan penting di Selat Melaka keranakedudukan pelabuhannya di Sungai Emas dan Lembah Bujang yang mudah

    dikunjungi pedagang, selain terdapatnya Gunung Jerai di Kedah yang menjadi

    panduan kepada pedagang untuk menuju ke tanah besar.

    Pelabuhan Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan entrepot yang pentingkerana terletak pada laluan perdagangan China dan India dan pelabuhan

    tersebut dikunjungi oleh para pedagang dari Arab, Parsi, India dan Sri Lanka.

    Antara hasil eksport Kedah Tua termasuklah hasil hutan seperti damar dangaharu dan galian seperti emas, selain hasil pertanian seperti padi keranabentuk muka buminya yang rata.

    2. Kerajaan Kuala Selinsing (Perak)

    Kerajaan Kuala Selinsing terletak di sebuah pulau kecil di Perak iaituberhampiran dengan Kuala Sepetang dan daerah Larut Matang.

    Kedudukannya yang strategik di tengah Selat Melaka sesuai sebagai tempatpersinggahan kapal dari timur dan barat.

    Kerajaan Kuala Selinsing mewujudkan hubungan dagang dengan kawasanpedalaman Semenanjung Tanah Melayu dan kerajaan Kedah Tua di Lembah

    Bujang.

    Menurut Andaya (1982), kewujudan kerajaan di Kuala Selinsing dibuktikandengan penemuan tembikar dari Timur Tengah, gelang dan manik di Kuala

    Selinsing yang diperdagangkan sekitar 200 S.M dan 1000 M.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    2

    Berdasarkan jumpaan manik dan tembikar ini, dipercayai pelabuhan KualaSelinsing menjadi pusat pengumpulan barang dari kawasan pedalaman

    sebelum dibawa ke pelabuhan entrepot di Lembah Bujang.

    3. Kerajaan Chih-Tu (Kelantan)

    Kerajaan Chih-tu berpusat di kawasan pedalaman Kelantan pada hari ini. Halini berdasarkan penemuan barang keagamaan Buddha di sebuah gua di Ulu

    Kelantan.

    Menurut Andaya (1982), berdasarkan rekod catatan Dinasti Tang, kerajaanLangkasuka yang berpusat di Pattani telah menghantar satu utusan

    diplomatik ke China pada abad ke 6 Masihi, di mana kerajaan Langkasuka

    sangat dikenali sebagai pusat keagamaan yang penting di kawasan Asia

    Tenggara (Nan Yang).

    Apabila satu pelayaran yang disertai oleh para sami Buddha dari Langkasukatiba di China pada sekitar abad ke 7, pelayaran tersebut turut disertai oleh

    beberapa orang sami daripada negeri Chitu, negeri tanah merah dan negeri

    Dandan, di mana sesetengah sejarawan berpendapat negeri tersebut

    adalah kerajaan Tan Tan di Terengganu.

    Pada zaman Dinasti Sui, Maharaja telah bersetuju untuk membina hubungandengan kerajaan-kerajaan lain di tanah-tanah yang jauh (far away land)dan

    pada tahun 607, satu rombongan China dengan 5000 hadiah tiba di Chih-tu

    sebagai persembahan kepada raja Chih-tu.

    Utusan Dinasti Sui tersebut disambut oleh raja Chih-tu yang dipanggilBrahmandan satu rombongan balas ke China kemudiannya dihantar oleh

    Chih-tu yang diwakili oleh putera kepada kerajaan Chih-tu.

    Menurut catatan China, pusat pentadbiran Chih-tu dikenali sebagai BandarSinga dan memerlukan masa sebulan perjalanan ke Langkasuka.

    Wilayah Chih-tu yang terletak di kawasan pedalaman kaya dengan hasilhutan, emas dan kapur barus yang menjadi barang dagangan utama Chih-tu.

    Berdasarkan rekod Dinasti Sui, kekayaan kerajaan Chih-tu dapat dilihat ketikarombongan China tiba di sana. Rombongan tersebut terkejut melihat

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    3

    kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan Chih-tu termasuklah tiga puluh buah

    kapal besar dan beratus orang hulubalang yang mengawal istana.

    Chih-tu mempunyai satu sistem pemerintahan yang teratur termasuklahpentadbiran di peringkat daerah.

    4. Kerajaan Tan Tan (Terengganu)

    Penemuan gendang gangsa di buah lokasi di Terengganu iaitu Batu Buruk danKampung Gaung, Kuala Berang membuktikan kewujudan kerajaan awal di

    Terengganu memandangkan gendang yang sama turut ditemui di kawasan

    lain di Asia Tenggara seperti di Dongson Vietnam, Thailand dan Myanmar.

    Menurut Paul Wheatney (buku The Golden Khersonese), kemerosotankerajaan Funan pada penghujung abad ke 5M menyebabkan kerajaan negara

    kota seperti Langkasuka, Chih-Tu dan Tan Tan memutuskan ikatan dengan

    Funan dan menghantar ufti secara terus kepada Maharaja China sebagai

    tanda bernaung di bawah kekuasaan China.

    Menurut catatan China, Raja kerajaan Tan-Tan digelar Sha-Li berdasarkansebutan Cina, don namanya ialah Sha-Li-Chia. Kerajaan Tan-Tan dibahagikan

    kepada beberapa unit pentadbiran, dan terdapat lapan orang pegawai yang

    bertangggungjawab menguruskon hal-ehwal perdagangan.

    Tan-Tan mempunyai sistem kehakiman yang teratur dan tegas. Buktinya,untuk kesalahan merompak atau mencuri, tidak kira sekecil mana pun jenis

    kesalahannya, maka akan dihukum mati.

    Di dalam catatan China, tidak disentuh tentang kepercayaan penduduktempatan di Tan-Tan tetopi, kemungkinan besar penduduk Tan-Tan

    mengamalkan kepercayaan animisme.

    Walaubagaimanapun, golongan Brahmin dikatakan menguasai pentadbirankerajaan Tan-tan.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    4

    5. Kerajaan Gangga Negara (Perak)

    Kerajaan Gangga Negara adalah merupakan kerajaan Melayu Hindu yanghilang dan merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di Perak.

    Perihal kerajaan ini ada diceritakan dalam Sejarah Melayu, tulisan Tun SeriLanang. Antara rajanya yang masyhur termasuklah Raja Gangga Syah Johan.

    Artifak-artifak Buddha yang ditemui di Beruas membuktikan bahawa kerajaanini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha.

    Kerajaan ini jatuh setelah diserang oleh Maharaja Rajendra Cola dari DinastiCola di Selatan India pada tahun 1025.

    Kawasan Gangga Negara kaya dengan hasil galian seperti bijih timah danmempunyai sebuah pelabuhan di Pulau Pangkor.

    SosioekonomiTerdapat dua jenis kegiatan sosioekonomi yang dijalankan oleh kerajaan awal di alam

    Melayu iaitu kegiatan ekonomi agraria dan ekonomi maritim.

    1. Kerajaan Agraria

    Kerajaan agraria pada umumnya merujuk kepada kerajaan yang menjadikanpertanian sebagai kegiatan ekonomi yang utama.

    Antara ciri utama kerajaan agraria termasuklah:1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian.2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan

    pedalaman

    3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian

    dan menternak binatang

    5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah.6. Hasil utama kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan menangkap ikan

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    5

    Lokasi Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan

    di kawasan pedalaman.

    Bagi mengairi kawasan pertanian, sistem aliran air yang digunakan sepertibaray (kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta

    liter padu).

    Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yangkaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor

    juga berasal dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)

    Aktiviti masyarakat Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara

    berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal.

    Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri denganpertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak

    binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro,

    dan keladi.

    Contoh kerajaan agraria: Angkor, Funan, Dvaravati (Lembah Menam Chao Phraya)

    2. Kerajaan Maritim

    Kerajaan maritim merujuk kepada kerajaan yang menjalankan aktiviti ekonomiberasaskan kelautan.

    Kebanyakannya kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungaikerana kegiatan ekonomi utama berasaskan kegiatan perdagangan laut dan

    menjalankan kegiatan perdagangan. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan

    maritim.

    Aktiviti utama adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusatpentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai.

    Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusatperdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    6

    persinggahan pelayar dan juragan. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah

    iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah.

    Antaranya barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, gaharu,cendana, damar dan ubat-ubatan. Pelabuhan entrepot adalah pelabuhan utama

    yang menjalankan kegiatan perdagangan yang menjual barang mentah

    ke India, China,Arab dan Eropah.

    Masyarakat maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran. Pedagang-pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar sehingga ke Afrika Selatan.

    Antaranya contoh kerajaan maritim ialah Srivijaya, Champa, Chih Tu, Kedah Tua danMajapahit.

    Faktor kebangkitan kerajaan maritim

    Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya sangat mahir dalam pelayaran. Malahmereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua bidang

    berkaitan dengan laut)

    Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan, denganini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.

    Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan Timur dan Barat. Tiupan anginmonsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu

    pertukaran angin monsun. Boleh dikatakan ia terletak di kawasan yang strategik.

    Faktor terletak di pelabuhan yang strategik juga menyebabkan kemunculan kerajaanmaritim. Dengan itu pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang yang singgah

    di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan.

    Identiti1. Pengaruh Hindu-Buddha

    Periode pra-Melaka di Tanah Melayu menyaksikan pengaruh Hindu-Buddha yangdapat dilihat ke atas kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu di mana

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    7

    sebahagian pengkaji sejarah menganggapnya sebagai proses indianisasi ke atas

    kerajaan awal.

    Proses indianisasi ini bukan sahaja mempengaruhi kerajaan dari segi agamaanutan, tetapi turut mempengaruhi corak pemerintahan, undang-undang dan

    cara hidup masyarakat.

    Menurut Andaya (1982), hubungan India dan kawasan Asia Tenggara telahberlaku sejak 200 S.M. disebabkan kedudukannya yang hampir dengan Tanah

    Besar India, dan kawasan tersebut sering dikunjungi para (vaisya) pedagang bagi

    mendapatkan barang dagangan penting seperti emas, hasil hutan dsb.

    Oleh itu, maka tidak hairanlah kawasan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayudikenali sebagai Swarnabumi (bumi emas), sama seperti yang ditulis Ptolemy,

    ahli geografi Greek yang menggelarkan kawasan Tanah Melayu sebagai Golden

    Khersonese (Semenanjung Emas).

    Aktiviti perdagangan dua hala antara kerajaan awal di Tanah Melayu dan Indiamenyebabkan pengaruh Indianisasi dalam aspek kehidupan, tanpa campur

    tangan secara langsung ke atas kedaulatan kerajaan tempatan menyebabkan

    proses penyerapan pengaruh berjaya dilaksanakan di Asia Tenggara.

    Menurut sejarawan seperti N.J Krom, proses Indianisasi ini berlaku secara damaitanpa paksaan, dan dilakukan secara en bloc(menyeluruh dalam pelbagai aspek

    kehidupan). Empat elemen utama proses pengindiaan termasuklah:

    1. Konsep kerajaan yang dipengaruhi Hindu-Buddha2. Mitologi daripada Ramayana dan Mahabrata3. Pengaruh sistem perundangan Hindi4. Penggunaan bahasa Sanskrit

    Para pedagang (Vaisya), golongan pendeta (Brahmin), dan tentera (Ksyatria)merupakan golongan penting dalam menyebarkan agama Hindu dan Buddha ke

    kawasan Asia Tenggara.

    Kebanyakan kerajaan awal menerima agama Hindu-Buddha sebagaimengukuhkan kekuasaan mereka sebagai pemerintah yang mengikat ketaatan

    rakyat seperti konsep deva-raja dan sakti.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    8

    Bukti penerimaan Hindu-Buddha dalam kerajaan awal termasuklah melalui buktiarkeologi dan catatan China.

    Menurut Andaya (1982), catatan China misalnya menyatakan bahawa kerajaanChi-tu (Chih-tu) merupakan sebuah kerajaan yang menerima agama Buddha.

    Dalam satu rombongan pelayaran sami Buddha dari Langkasuka ke China pada

    abad ke-7, rombongan tersebut turut disertai oleh sami-sami Buddha dari Chih-

    tu (Kelantan) dan Tan-tan (Terengganu).

    Manakala penemuan arkeologi seperti candi di Lembah Bujang membuktikanbahawa kerajaan Kedah Tua menerima pengaruh Hindu.

    2. Hubungan dengan China

    Hubungan China dan kawasan Nan Yang, nama yang merujuk kepada wilayahAsia Tenggara bermula secara aktif apabila berlaku pertukaran takhta di China

    pada abad ke 5M di bawah Dinasti Liu Song (420-78). Dinasti tersebut yang gagal

    untuk menguasai laluan perdagangan darat telah memilih untuk memajukan

    perdagangan maritim China ke negara luar. Semenjak itu, hubungan kerajaan luar di Asia Tenggara dengan China terbentuk

    termasuklah kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu.

    Menurut catatan China, apabila pengaruh kerajaan Funan mula melemah padaabad ke 5, kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Langkasuka (Pattani), Chih-

    tu dan Tan-tan mula membebaskan diri dan menjalinkan hubungan secara terus

    kepada kerajaan China.

    Hubungan tersebut boleh dikatakan bertaraf negeri naungan kerana kerajaan-kerajaan tersebut telah menghantar ufti kepada kerajaan China.

    Kerajaan Chih-tu misalnya pernah menghantar putera kerajaan Chih-tu untukmembalas lawatan diplomatik Dinasti Tang dengan mempersembahkan

    barangan mewah kepada Maharaja China.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    9

    4. Sistem Pemerintahan

    Kerajaan awal di Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja danbanyak dipengaruhi konsep ajaran Hindu-Buddha.

    Raja dianggap sebagai deva-raja dan merupakan wakil Tuhan di muka bumi,dan dianggap mempunyai sakti dan sesiapa yang menderhaka akan ditimpa

    tulah. Hal ini menjadikan Raja berkuasa mutak.

    Sistem kerajaan awal juga dilihat teratur dengan mempunyai pembesar dipelbagai peringkat.

    Kerajaan Tan Tan misalnya mempunyai pentadbir di peringkat istana dan diperingkat daerah.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    10

    KESULTANAN MELAYU MELAKA

    a) Sumber sejarah berkenaan Kesultanan Melayu Melaka

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim, dalam bukunya Kesultanan Melayu Melaka (1989),terdapat beberapa sumber sejarah yang telah digunakan dalam menulis sejarah Kesultanan

    Melayu Melaka. Antaranya termasuklah:

    Sumber tempatan : Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang dan dua buah teksundang-undang iaitu Undang-undang Melaka dan

    Undang-undang Laut Melaka.

    Sejarah Melayu - salasilah raja-raja Melayu, adat-istiadat danperistiwa penting yang berlaku semasa zaman Kesultanan Melaka

    Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) - hukum danperaturan hal ehwal di daratan

    Undang-undang Laut Melaka - hukum dan peraturan di laut yangberkaitan dengan tatacara dan undang-undang pelayaran serta

    penggunaan kapal.

    Sumber China: Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), terdapat EMPATsumber China tentang Melaka iaitu Ming Shih, Ming Shih-lu, Ying-yai Sheng-

    lan dan Hsing-cha Sheng-lan.

    Ming-Shih dan Ming Shih-lu adalah rekod Dinasti Ming yangdikumpulkan pada 1742.

    Menurut Wang Gungwu, catatan dinasti Ming sangat membantudalam menyelesaikan permasalahan salasilah pemerintah awal

    Melaka.

    Ying-yai Sheng-lan dan Hsing-cha Sheng-lan pula adalah laporannaratif dua orang penulis China iaitu Ma Huan (beragama Islam) dan

    Fei Hsin yang menyertai ekspedisi Laksamana Cheng Ho ke Melaka

    pada awal abad ke 15.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    11

    Ma Huan misalnya adalah pegawai ekspedisi yang bertanggungjawabsebagai penterjemah bahasa Arab. Ma Huan mencatatkan bahawa

    Megat Iskandar Syah memeluk Islam ketika umurnya sudah lanjut dan

    melaporkan bahawa Melaka muncul sebagai pusat perdagangan Islam

    yang penting.

    Sumber Barat : Terdapat sekurang-kurangnya lima sumber primer Portugistentang Melaka yang dihasilkan oleh penulis dan pelapor Portugis

    termasuklah:

    Tome Pires - The Suma Oriental Joao de Barros - de Asia Alfonso de Alburquerque - The Commentaries of the Great Alfonso

    Dalboquerque Second Viceroy of India

    Dua karya Manuel Godinho de Eredia - 1. Report on GoldenChersonese dan 2. Description of Malacca, Meridional India and

    Cathay

    Diogo do Couto - Decada

    b) Kerajaan Srivijaya dan hubungkait dengan Melaka

    Srivijaya merupakan sebuah kerajaan awal yang wujud di Kepulauan Melayu yangberpusat di Palembang pada sekitar akhir abad ke 7.

    Menurut Andaya (1982), antara catatan sejarah berkaitan dengan kerajaan Srivijayatermasuklah rekod daripada Dinasti Tang yang menyatakan bahawa misi diplomatik

    Srivijaya ke China telah dibuat pada sekitar tahun 670M.

    Selain itu, berdasarkan sebuah prasasti batu bersurat yang ditemui di Kedukan Bukitjuga menceritakan kewujudan kerajaan Srivijaya yang kotanya didirikan setelah

    Maharaja Srivijaya (Dapunta Hyang),para pembesar dan segala pengikutnya mudik

    ke Sungai Musi di Palembang.

    Menurut Andaya (1982), Srivijaya kemudiannya mencapai kegemilangannya dalamabad ke 11 Masihi berdasarkan rekod catatan China yang menyatakan terdapat 14

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    12

    buah kerajaan membayar ufti kepada Srivijaya yang pada ketika itu dianggap sebagai

    kuasa yang tiada tolok bandingnya di Selat Melaka.

    Faktor Kegemilangan Srivijaya

    Kebijaksanaan Pemerintah Berdasarkan batu bersurat Telaga Batu, bagi melicinkan pentadbiran,

    kerajaan Srivijaya membahagikan pentadbirannya kepada tiga iaitu

    pentadbiran diraja, ketenteraan dan daerah.

    Pentadbiran ketenteraan menjadi penting dalam menjadikan kerajaanSrivijaya digeruni di Nusantara. Hasilnya, Srivijaya berjaya menguasai

    hampir sebahagian besar kawasan Kepulauan Melayu.

    Pentadbiran Diraja melibatkan pentadbiran pusat seperti hal ehwalkehakiman, hal-hal denda dan hukuman serta pungutan cukai.

    Pentadbiran daerah diketuai oleh ketua wilayah atau datu,bertanggungjawab tentang tanah, kebajikan penduduk dan

    memastikan rakyat setia pada kerajaan

    Hubungan diplomatik dengan China Menurut Andaya (1982), dalam menjamin keselamatan Srivijaya dan

    menarik kedatangan pedagang China ke Srivijaya, kerajaan Srivijaya

    telah bertindak bernaung di bawah kekuasaan Dinasti Song dan

    mengakui ketuanan China.

    Hubungan China-Srivijaya yang baik dapat dilihat apabila seorangrahib Buddha, Yiqing tiba di Srivijaya dan dilayan dengan baik oleh

    pemerintah Srivijaya.

    Kemudiannya, kerajaan Srivijaya telah membina sebuah kuil khususuntuk Maharaja China dan baginda telah berkenan untuk menamakan

    kuil tersebut dan menghadiahkan genta kepada kuil tersebut.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    13

    Srivijaya juga bertindak membayar ufti kepada China setiap tahun danmenghantar utusan ke China.

    Kemajuan Pelabuhan Srivijaya Srivijaya terletak di sebuah laluan perdagangan yang strategik antara

    China dan India.

    Para pedagang China telah menjadikan pelabuhan Srivijaya sebagaipelabuhan persinggahan mereka kerana kedudukan Srivijaya yang

    terlindung daripada tiupan angin monsun selain muara Sungai Musi

    yang dalam yang memudahkan kapal berlabuh.

    Srivijaya muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot yangmembekalkan barangan yang dikumpul dari kawasan sekelilingnya

    seperti tikar nipah, cengkerang, kayu wangi, ubat-ubatan dan rempah

    ratus.

    Pelabuhan Srivijaya dikunjungi oleh pedagang dari seluruh pelusuktermasuk China, India, Arab dan Parsi. Hampir kesemua barang

    dagangan dunia pada ketika itu boleh diperolehi di pelabuhan

    Srivijaya termasuklah mutiara, kemenyan, sutera, dll.

    Setiap kapal yang berlabuh di pelabuhan Srivijaya dikenakan bayarancukai yang memajukan lagi perbendaharaan Srivijaya.

    Kekuatan Pertahanan Keselamatan perairan Srivijaya daripada ancaman lanun banyak

    dibantu oleh peranan orang laut sebagai pengawal perairan Selat

    Melaka.

    Kejayaan kerajaan Srivijaya mengatasi ancaman lanun, menarik minatChina untuk mengadakan hubungan dengan Srivijaya.

    Kerajaan Srivijaya telah dijadikan kuasa tambahan kepada China untukmenjaga keamanan diperairan bagi pihak Maharaja China.

    Kerajaan Srivijaya telah menjadikan orang laut sebagai tentera danSrivijaya memiliki tentera laut yang sangat kuat.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    14

    Pusat Kegiatan Keagamaan dan Intelektual Menurut Andaya (1982), berdasarkan sumber China, masyarakat di

    Srivijaya mempunyai pakar matematik tersendiri yang mampu

    mengukur gerhana bulan dan matahari.

    Apabila rahib Buddha, Yiqing tiba di Srivijaya pada 671, beliaumendapati Srivijaya menjadi pusat pengajian agama Buddha yang

    utama di Nusantara dengan mempunyai hampir 1000 orang sami

    Buddha.

    Faktor Kemerosotan Srivijaya

    Perang Srivijaya - Jawa Menurut Andaya (1982), kerajaan Srivijaya menghadapi perang

    dengan kerajaan Sailendra yang berpusat di Jawa Tengah.

    Berdasarkan catatan China, utusan Srivijaya telah datang menghadap

    Maharaja China pada tahun 992M dan bagi meminta perlindungan

    China terhadap pencerobohan Sailendra ke atas Srivijaya.

    Serangan Dinasti Cola Kerajaan Dinasti Cola yang terletak di Selatan India telah menyerang

    Srivijaya dan menawan Maharaja Srivijaya.

    Selain itu, beberapa buah negeri di Selat Melaka diserang olehtentera-tentera Cola termasuklah kerajaan Kedah yang ketika itu

    bernaung di bawah kekuasaan Srivijaya.

    Ancaman lanun Ancaman terbesar terhadap kelemahan Srivijaya adalah ancaman

    lanun yang semakin berleluasa di Selat Melaka pada sekitar 1079 dan

    1082.

    Bagi mengawal pelabuhan Srivijaya daripada ancaman lanun, catatanChina melaporkan bahawa kerajaan Srivijaya terpaksa membina

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    15

    rantaian besi merentangi perairannya bagi mengelakkan serangan

    daripada kapal-kapal lanun.

    Selain itu, kerajaan Majapahit di bawah pimpinan Pateh Gajah Madapada ketika itu turut mengambil kesempatan ke atas kekuatan lanun

    tersebut dengan meminta bantuan lanun untuk menyerang Srivijaya.

    Kerajaan Srivijaya yang semakin melemah akhirnya terpaksamemindahkan pusat pentadbirannya dari Palembang ke Melayu di

    hulu Sungai Jambi.

    Kemunculan Pelabuhan Baru Ancaman lanun yang berterusan di perairan Srivijaya menyebabkan

    para pedagang beralih kepada pelabuhan lain yang semakin

    berkembang maju termasuklah pelabuhan Foloan (Kuala Berang) dan

    pelabuhan Kedah Tua.

    Selain itu, perubahan takhta Maharaja China di bawah Dinasti Songdan Mongol (akhir abad ke -12 hingga 14) telah membenarkan

    perdagangan persendirian China ke luar negara.

    Hal ini menyebabkan para pedagang China lebih gemar untuk mencaripasaran bekalan yang lebih murah tanpa merujuk kepada mana-mana

    pelabuhan entrepot seperti Srivijaya.

    Hubungkait Srivijaya dan Kesultanan Melayu Melaka

    Berdasarkan catatan Tome Pires dalam bukunya Suma Orientaldan berdasarkanSejarah Melayutulisan Tun Seri Lanang, perkaitan di antara Melaka dan Srivijaya

    dijelaskan di mana kedua-dua pengarang menyatakan bahawa pengasas Melaka iaitu

    Parameswara berasal daripada Palembang, dan merupakan putera kepada Raja

    Palembang.

    Menurut Sejarah Melayu, Parameswara dan keturunan pemerintah Palembangberasal dari leluhur Iskandar Zulkarnain yang dianggap sebagai Raja yang Agung.

    Kemudiannya, tiga orang leluhur Iskandar Zulkarnain dikatakan muncul secara tiba-

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    16

    tiba di atas Bukit Siguntang dan salah seorang daripadanya iaitu Sri Tri Buana telah

    diangkat menjadi pemerintah di Srivijaya.

    Parameswara yang cuba membebaskan Palembang daripada kekuasaan Majapahittelah diserang oleh tentera Majapahit menyebabkan baginda dan pengikutnya

    melarikan diri ke Temasik dan kemudiannya turun ke Johor sebelum membina

    kerajaan di Melaka.

    Peranan Srivijaya sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang terkemuka sebelumkejatuhannya telah diambil oleh beberapa buah pelabuhan lain termasuklah

    kerajaan Samudra-Pasai dan Aru. Oleh itu, apabila Melaka diasaskan oleh

    Parameswara, kegemilangan pelabuhan Srivijaya berjaya dikembalikan dengan

    kebijaksanaan Parameswara dan pemerintah yang selepasnya.

    Antara persamaan strategi Melaka yang diambil daripada Srivijaya dalam memajukanpelabuhannya termasuklah:

    1. Hubungan diplomatik dengan China2. Jaminan keselamatan perairan melalui kawalan Orang Laut3. Sistem pelabuhan yang teratur dan moden4. Pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan5. Jaminan keselamatan kepada para pedagang

    c) Zaman Kegemilangan Melaka

    i. Peranan tokoh-tokoh penting

    Kegemilangan Melaka sebagai sebuah empayar yang disegani pada zamankegemilangannya banyak dipengaruhi oleh peranan tokoh-tokoh penting dalam

    pemerintahannya terutamanya Sultan dan Bendahara yang memerintah.

    Antara tokoh penting Melaka termasuklah Parameswara yang menjadi pengasaskepada kewujudan Melaka. Ketokohan Parameswara sebagai seorang Raja yang

    berdaulat dapat dilihat melalui taat setia orang laut ke atas Parameswara sebagai

    Raja Melaka. (Andaya,1982)

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    17

    Seterusnya, sultan-sultan yang menggantikan takhta kerajaan Melaka turutmemainkan peranan penting dalam memimpin Melaka terutamanya bermula zaman

    pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-44) sehinggalah kepada zaman

    pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488).

    Kecekapan pemerintah di Melaka boleh dilihat sejak zaman pengasasannya olehParameswara. Wang Gungwu (1968) seperti yang dipetik oleh Muhammad Yusuf

    Hashim (1989) telah menjatuhkan satu pengadilan moral ke atas Parameswara di

    mana menurut Gungwu, Parameswara adalah tokoh Melayu yang amat istimewa,

    malah ketokohan dan kebolehannya tidak ada tolok bandingannya di Nusantara.

    Mohd. Dahlan Mansoer (1979) ketika menyokong pandangan Gungwu inimenjelaskan bahawa Parameswara bukan sahaja telah berjaya mendirikan Melaka

    tetapi juga berjasa menghidupkan semula tradisi gilang-gemilang orang Melayu di

    laut.

    Parameswara boleh dianggap sebagai Sultan yang telah meletakkan batu asaskepada Melaka, di mana pemimpin yang terkemudian hanya mengikut acuan yang

    telah diwujudkan Parameswara atau hanya menambahbaik sistem yang telah

    ditetapkan itu terutamanya dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran di Melaka.

    Kemuncak kegemilangan Melaka adalah pada zaman pemerintahan Sultan MansorSyah (1456-77) di mana pada ketika itu Melaka muncul sebagai sebuah empayar

    yang menguasai keseluruhan Tanah Melayu, sebahagian besar wilayah kepulauan

    Sumatera, kepulauan Riau-Lingga dan Temasik, selain mengawal perairan dan

    perdagangan di Selat Melaka.

    Walaubagaimanapun, para sejarawan berpendapat antara tokoh yang terpentingyang membawa kepada kegemilangan Melaka adalah Bendahara Seri Paduka Raja

    Tun Perak. Beliau telah berkhidmat sebagai Bendahara di bawah kepimpinan empat

    orang Sultan. (1456-98).

    Ketokohan Tun Perak dapat dilihat semenjak beliau menjadi Penghulu Kelang yangberjaya membantu tentera Melaka pimpinan Tun Hamzah (Tok Bongkok)

    menumpaskan tentera Ayutthaya (Siam) di bawah pimpinan Awi Chakra pada 1445

    di Batu Pahat dan kemudiannya ketika beliau menjawat jawatan Bendahara, beliau

    sekali lagi berjaya menumpaskan angkatan tentera laut Ayutthaya yang menyerang

    Melaka pada 1456 yang dipimpin Awi Chakra (Oya Tekjo). (sulalatus salatin)

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    18

    Pandangan jauh Tun Perak dalam menghapuskan ancaman Ayutthaya ke atas Melakadapat dilihat apabila beliau menasihati Sultan Mansor Syah untuk menjalinkan

    hubungan diplomatik dengan Siam dengan menghantar Tun Telanai sebagai utusan

    ke Siam.

    Hubungan diplomatik Melaka - Siam bukan sahaja berjaya memelihara kedaulatanMelaka, sebaliknya berjaya mewujudkan satu jalinan perdagangan antara kedua

    buah negara. Siam yang kaya dengan beras dan bahan makanan mampu

    menampung keperluan makanan Melaka yang tidak mencukupi akibat pertambahan

    penduduk yang pesat. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2005).

    Selain itu juga, Tun Perak dianggap sebagai The Kings Maker berdasarkanperistiwa pembunuhan anaknya Tun Besar oleh Raja Muhammad putera Sultan

    Mansor Syah.

    ii. Perdagangan

    Melaka muncul sebagai sebuah kuasa perdagangan yang penting di Selat Melakadisebabkan beberapa faktor. Menurut Andaya (1982), antara faktor terpenting yangmenarik kedatangan pedagang asing untuk berdagang di Melaka adalah faktor

    keselamatan.

    Hal ini kerana, kebanyakan pelabuhan yang terdapat di Selat Melaka pada ketika itumengalami masalah ancaman lanun yang serius seperti pelabuhan Riau-Lingga dan

    pelabuhan Haru (Aru).

    Kerajaan Melaka telah berjaya memberikan jaminan keselamatan kepada parapedagang yang singgah di pelabuhan Melaka kerana perairan Melaka dikawal oleh

    orang Laut yang terkenal sebagai pengawal laut yang setia dan berani.

    Selain itu, kemajuan perdagangan di Melaka banyak dibantu oleh dasar perdaganganChina di bawah pemerintahan Maharaja Yung-Lo (Dinasti Ming).

    Kerajaan dinasti Ming telah mewujudkan semula dasar sekatan ke atas perdaganganpersendirian dan kesemua perdagangan mestilah atas nama kerajaan di bawah Biro

    Perdagangan Maritim Antarabangsa China.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    19

    Misi dagang China 1404 yang tiba di Melaka akhirnya memilih Melaka sebagai salahsatu daripada laluan dagang China sebelum ke India.

    Akhirnya, Melaka menjadi pilihan utama misi dagang untuk berlindung ketika tiupanangin monsun, mendapatkan bekalan makanan dan barang dagangan disebabkan

    pengurusan sistematik dalam aktiviti pelabuhan di Melaka seperti pengenalan

    jawatan Syahbandar, pengenalan sistem sukat dan timbang, penyediaan tempat

    tinggal dan gudang, penggunaan matawang dan undang-undang yang mengawal

    aktiviti perdagangan dan perkapalan di Melaka di bawah Undang-undang Laut

    Melaka.

    Menurut Andaya (1982) lagi, kegemilangan perdagangan Melaka banyak dibantuoleh dua faktor iaitu pertama pedagang kain dari India dan pedagang rempah dari

    kepulauan Maluku dan sekitarnya.

    Hal ini kerana, rempah-ratus seperti rempah,cengkih,buah pala dll merupakan bahanyang sangat dikehendaki oleh para pedagang untuk didagangkan di seluruh dunia

    sehingga ke Eropah. Rempah-ratus ini banyak diperoleh di Kepulauan Maluku dan

    Kepulauan Rempah di Indonesia.

    Melaka yang menjadi pusat pengumpulan bahan-bahan tersebut menjadi tumpuanpara pedagang untuk mendapatkan rempah-rempah tersebut untuk

    diperdagangkan.

    Untuk itu juga, kain daripada India menjadi sangat penting terutamanya kain-kaindari Gujerat dan Koromandel yang diperlukan sebagai medium pertukaran untuk

    mendapatkan bahan-bahan seperti rempah dari Nusantara.

    Malah, kain menjadi bahan dagangan barter terpenting kepada Melakaterutamanya dalam mendapatkan bekalan makanan seperti beras dari Siam.

    Oleh itu, kemajuan perdagangan di Melaka bukan hanya disebabkan oleh jaminankeselamatan dan kemudahan yang terdapat di pelabuhan semata-mata, akan tetapi

    kebolehan Melaka dalam memenuhi keperluan (demand) yang dikehendaki oleh

    para pedagang terhadap hasil yang terdapat di sekitar Melaka termasuklah

    rempah,cengkih,bijih timah,emas,hasil hutan dsb.

    iii. Penaklukan

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    20

    Melaka yang pada awalnya adalah sebuah negara kota iaitu tertumpu di kualaSungai Bertam pada waktu pengasasannya oleh Parameswara mulai meluas pada

    zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah melalui dasar perluasan kuasa yang

    diperkenalkan.

    Menurut Menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), dasar perluasan kuasa olehMelaka telah dimulakan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan

    perluasan kuasa ini semakin rancak ketika zaman pemerintahan Sultan Muzaffar

    Syah dan Sultan Mansur Syah. Orang penting di belakang perluasan kuasa ini

    semestinya Bendahara Tun Perak yang berkhidmat di bawah empat orang Sultan.

    Perluasan kuasa yang berjalan hampir 40 tahun ini menyebabkan kerajaan-kerajaandi sepanjang persisiran Selat Melaka dikuasai Melaka seperti kerajaan

    Rokan,Rupat,Siak,Kampar dan Inderagiti di Sumatera; Beruas dan Manjung di

    Semenanjung selain kepulauan Riau-Lingga dan Sumatera.

    Perluasan kuasa ini dibuat dengan pelbagai cara, ada yang dibuat melaluipenaklukan, perkahwinan dan tidak kurang pula kerajaan yang sanggup menjadikan

    kerajaannya bernaung di bawah kerajaan Melaka.

    Misalnya kerajaan Pahang ditakluk oleh Melaka pada zaman pemerintahan SultanMuzaffar Syah apabila baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang

    Pahang bagi dijadikan benteng pertahanan kerajaan Melaka daripada diserang

    musuh di Pantai Timur.

    Kesan penaklukan Pahang ini ke atas Melaka adalah membolehkan kerajaan Melakamenjadikan kawasan Pahang sebagai benteng daripada serangan musuh

    terutamanya Siam.

    Selain itu, Kampar dan Siak juga ditakluk oleh Melaka melalui perperangan.Penaklukan Kampar pada umumnya penting kepada Melaka kerana Kampar adalah

    sebuah wilayah yang kaya dengan emas manakala Siak pula membekalkan Melaka

    lada hitam dan emas.

    Komoditi seperti emas dan lada hitam ini penting sebagai salah satu daripada bahandagangan yang boleh diperdagangkan oleh Melaka di pelabuhan Melaka bagi

    ditukarkan dengan barangan keperluan lain dari seluruh dunia. Hal ini secara tidak

    langsung akan menarik kedatangan pedagang asing ke Melaka.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    21

    Selain penaklukan, proses perluasan kuasa yang dijalankan oleh Melaka turutdilakukan dengan cara perkahwinan. Perkahwinan di sini bermaksud, Sultan Melaka

    akan mengahwinkan anak-anak kerabat diraja Melaka dengan anak-anak kerabat

    negeri naungan mereka.

    Malah, Sultan Melaka sendiri turut mengahwini puteri-puteri dari negeri naunganmereka seperti puteri Pahang, Kelantan, Terengganu dan Rokan. Apabila terdapat

    ikatan perkahwinan diraja ke atas negeri naungannya, Melaka secara tidak langsung

    mendapat manfaat daripada negeri-negeri tersebut.

    Kemudiannya, perluasan kuasa juga berlaku apabila pemerintah di negeri-negeritertentu secara sukarela ingin bernaung di bawah kedaulatan Melaka. Hal ini kerana

    Melaka telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan tidak ada kuasa yang

    dapat menandinginya.

    Misalnya, menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), kerajaan Kedah dan Pattanisecara sukarela datang untuk mendapat nobat daripada Melaka dan tunduk kepada

    kekuasaan Melaka. Selain itu, Jambi dan Lingga juga secara sukarela telah tunduk di

    bawah kekuasaan Melaka.

    Secara umumnya, Melaka telah memperoleh banyak kelebihan dan manfaatdaripada kawasan naungan mereka terutamanya dari segi bekalan barang keperluan,

    tenaga dan tentera.

    Perbendaharaan Melaka juga semakin besar apabila setiap kawasan naungandikehendaki untuk memberikan ufti secara tahunan kepada Melaka kebanyakannya

    dalam bentuk wang emas seperti Kelang, Bernam dan Jugra yang dikehendaki

    membayar 40 000 calains setahun manakala negeri seperti Pahang, Kampar dan

    Indergiri dikehendaki membayar ufti sebanyak 40 kati emas setahun.

    Selain itu, setiap kawasan naungan Melaka juga kaya dengan hasil bumi misalnyaPahang, Kampar dan Siak yang kaya dengan emas, manakala kawasan seperti Kelang,

    Manjung dan Beruas pula kaya dengan bijih timah. Seterusnya, kawasan naungan

    lain juga membekalkan bekalan makanan yang sangat diperlukan oleh Melaka.

    Menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), negeri naungan Melaka membekalkanMelaka dengan hasil hutan, bijih timah dan emas kerana keluaran domestik Melaka

    adalah dalam skala yang kecil dan tidak mampu untuk memenuhi tuntutan eksport

    daripada pedagang asing.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    22

    Oleh itu, dasar perluasan kuasa yang dijalankan Melaka ini banyak memberikanmanfaat kepada Melaka dalam menjamin keperluan domestik dan perdagangan

    mereka.

    iv. Undang-undang

    Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua buah undang-undang yangtelah digunapakai iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka) dan Undang-

    undang Laut Melaka.

    Undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasaraja dan pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke atas

    kesalahan jenayah dan undang-undang keluarga.

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), Undang-undang Laut Melaka pulamelibatkan tatacara jual beli di atas kapal, peraturan pelayaran, bidang kuasa

    nakhoda dan tanggungjawab pelbagai pegawai kapal seperti kiwi, maula kiwi, malim,

    tukang gantung, jurubatu dan serang.

    Di samping itu juga, Undang-undang Laut Melaka merangkumi hal ehwal peraturandan sistem perkastaman, cukai, tanggungjawab Syahbandar Melaka, tatacara jual

    beli dll.

    Beberapa fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka dan undang-undang LautMelaka adalah berdasarkan undang-undang Islam dan menampakkan pengaruh

    Islam dalam pemerintahan Melaka.

    Malah, undang-undang bertulis yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melakamula ditulis pada zaman Sultan Muhammad Syah, iaitu pada zaman penerimaan

    Islam di Melaka. Hal ini kerana, sebelum daripada itu undang-undang di Melaka

    hanyalah dalam bentuk titah perintah bercorak lisan dan resam tentang larangan,

    hak keistimewaan dan tanggungjawab Raja dan para pembesarnya.

    Antara pengaruh Islam yang jelas dalam undang-undang di Melaka adalah hukumhudud seperti hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam Sejarah Melayu

    misalnya ada menyebut hukuman tersebut sebagai kudung tangannya.

    (Muhammad Yusoff Hashim,1989)

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    23

    Walaupun Islam mempengaruhi penggubalan undang-undang Melaka, tradisisetempat masih dikekalkan dalam undang-undang misalnya dalam Hukum Kanun

    Melaka (Fasal 13:3) menyebut sesiapa yang berjual titah (memalsukan titah) akan

    dikenakan samada hukuman bunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepala.

    Hukuman sebegini adalah hukuman tradisi yang diamalkan sejak periode pra-Islam

    dan bukanlah satu daripada ajaran Islam.

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), terdapat lima tunjang utama dalamperlaksanaan undang-undang di Melaka walaupun wujud satu undang-undang

    bertulis termasuklah hukum adat (adat resam, adat setempat), undang-undang

    bertulis, budi bicara pembesar (yakni hakim), undang-undang Islam (syarie) dan titah

    diraja.

    Pemilihan perjalanan undang-undang tersebut melibatkan perkara yang berbezadalam pelbagai hukuman seperti hukuman jenayah, nasib orang berhutang, hukum

    untuk kesalahan dalam agama seperti berzina dan lain-lain hukuman disesuaikan

    mengikut lima tunjang perlaksanaan undang-undang tersebut.

    Walaupun wujud undang-undang bertulis dan hukum adat, titah diraja merupakanhukuman tertinggi dalam menentukan sesuatu perkara kerana kedaulatan Raja itu

    menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), kata-katanya bererti undang-undang.

    v. Sistem pentadbiran

    Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan beraja yang diketuai olehseorang raja yang memakai gelaran Sultan.

    Dalam sistem pentadbiran Melaka, Sultan akan dibantu oleh para pembesarnya danbeberapa komponen penting yang menjadi asas kepada pembentukan sistem

    berkerajaan di Melaka.

    Antara asas penting dalam sistem pentadbiran Melaka termasuklah Sultan, konsepdaulat, sistem pembesar empat lipatan, undang-undang dan susun lapis sosial

    masyarakat.

    Kewujudan Sultan sebagai pemerintah tertinggi adalah asas terpenting kepadapembentukan sebuah kerajaan di Alam Melayu. Menurut Khoo Kay Kim (1986),dalam pemikiran orang Melayu, ada raja barulah ada kerajaan yang berbeza

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    24

    dengan pembentukan kerajaan di Eropah di mana tanah adalah unsur terpenting

    kepada pembentukan negara.

    Hal ini dikukuhkan dengan tulisan Andaya (1982) yang menyatakan bahawa OrangLaut yang mendiami muara Sungai Bertam menjemput Parameswara untuk

    mendirikan kerajaan di kawasan mereka dan berjanji untuk berikrar taat setia,

    sedangkan mereka boleh sahaja mendirikan kerajaan dengan melantik penguasa di

    kalangan mereka.

    Sebenarnya, perkara ini berkait dengan konsep daulat yang dipercayai oleh orangMelayu. Seseorang yang ingin diangkat sebagai Raja perlulah daripada keturunan

    yang mulia dan berdaulat.

    Menurut Andaya (1982), konsep daulat atau sakti wujud sejak era awalberkerajaan di alam Melayu terutamanya pada periode Hindu-Buddha.

    Masyarakat Melayu percaya bahawa kedaulatan seseorang Raja itu bermaksud rajaitu berkuasa mutlak, mempunyai kuasa magis dan merupakan wakil Tuhan di muka

    bumi.

    Kepercayaan ini banyak dipengaruhi oleh mitos turun temurun masyarakat ke ataskehebatan dan kedaulatan raja-raja. Misalnya Sulalatus Salatin karya Tun Seri

    Lanang menceritakan tentang mitos kedaulatan leluhur Raja Melaka sebagai

    keturunan Iskandar Zulkarnain, seorang Raja Agung dalam Islam.

    Menurut hikayat tersebut, tiga bersaudara keturunan Iskandar Zulkarnain munculsecara tiba-tiba di atas Bukit Siguntang dan salah seorang daripadanya iaitu Sri Tri

    Buana diangkat sebagai pemerintah Palembang oleh Demang Lebar Daun.

    Kedaulatan raja tersebut telah mengikat ketaatan rakyat terhadap seseorang Rajadan sesiapa yang menderhaka pasti akan terkena tulah atau disumpah. Misalnya

    Sulalatus Salatin menceritakan bahawa seorang Menteri Parameswara di Temasik

    iaitu Sang Rajuna Tapa dan isterinya disumpah menjadi batu kerana belot ke atas

    Parameswara kerana bersubahat dengan Majapahit dalam menyerang Temasik

    ketika itu.

    Seterusnya, apabila Islam menjadi agama utama di Melaka, konsep daulat inidikekalkan, malah Sultan dianggap sebagai bayangan Allah di muka bumi (zillulah fil

    ardh).

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    25

    Kedaulatan Sultan seterusnya diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan dirajamelalui lambang-lambang khusus, pakaian, alat nobat, bahasa dalam dan pelbagai

    keistimewaan lain yang membezakan antara raja dan rakyat.

    Konsep daulat yang mengikat taat setia ini menjadi tunjang utama dalam membinakerajaan di Melaka.

    Seterusnya, dalam melicinkan urusan pentadbiran negeri, sistem pembesar empatlipatan telah diperkenalkan. Melalui sistem ini, susunan pembesar mengikut

    kekananan dan fungsinya disusun secara berkelompok iaitu kelompok Menteri

    Empat yang utama, diikuti pembesar berlapan, pembesar enam belas dan tiga puluh

    dua.

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), hanya empat pembesar utama sahajayang diketahui jawatan dan fungsinya, dan hanya sebahagian pembesar berlapan

    yang dapat dikaji fungsinya manakala lain-lain pembesar dalam struktur pembesar

    empat lipatan masih kabur dan tidaklah jelas fungsi dan peranannya.

    Walaubagaimanapun, kebanyakan pembesar dilantik daripada kalangan kerabatdiraja Sultan ataupun orang biasa yang diberi kepercayaan oleh Sultan dan jawatan

    tersebut pula kebiasaannya diwarisi secara turun-temurun oleh keluarga pembesar

    tersebut.

    Empat pembesar utama dalam susunan pembesar berempat ialah Bendahara,Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana, di mana susunan kekananan

    mereka adalah mengikut fungsinya yang khusus.

    Bendahara misalnya merupakan pembesar terpenting dalam sistem pentadbiranMelaka. Beliau bertanggungjawab sebagai ketua turus hulubalang di darat dan laut.

    Misalnya Tome Pires dalam Suma Oriental menyebut bahawa jawatan ketua tentera

    sebagai, captains-general whom they call Paduca Raja.

    Selain itu, kuasa Bendahara menurut Tome Pires termasuklah Bemdara(Bendahara)sebagai pengganti Raja ketika baginda berangkat ke luar negara, chief justice(Ketua

    Hakim) dan kuasanya seperti Wizurai iaitu wakil rasmi raja untuk mentadbir.

    Seterusnya, Penghulu Bendahari pula berperanan sebagai ketua istiadat danprotokol di istana, menjadi ketua kepada semua Bendahari raja, mengetuai para

    pegawai yang menguruskan hasil mahsul kerajaan, mengepalai semua Syahbandar

    dan bertanggungjawab mengendalikan hamba-hamba Raja.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    26

    Pembesar ketiga iaitu Temenggung pula bertanggungjawab dalam hal ehwal awamdan dalam bidang ketenteraan. Dalam dunia moden, tugas Temenggung boleh

    dianggap sebagai Ketua Polis.

    Hal ini sesuai dengan Sulalatus Salatin yang menyatakan bahawa adapunTemenggung tugasnya tahafus menafahus (siasat) dan tangkap menangkap orang

    jahat dalam negeri.

    Selain itu, Temenggung juga bertindak sebagai pengawal keselamatan Raja selaindaripada catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa Tumunguo sebagai chief

    magistrate iaitu pendakwaraya kepada setiap pesalah jenayah di Melaka yang

    dihadapkan kepada Bendahara sebagai Ketua Hakim.

    Pembesar keempat pula iaitu Laksamana bertanggungjawab sebagai pemikul pedangdiraja dan pengiring raja ketika baginda menaiki gajah, dan menjadi ketua angkatan

    tentera di laut.

    Sejarah Melayu menyatakan bahawa tugas Temenggung adalah memayar laut, yaknimelakukan rondaan di kawasan perairan Melaka sama seperti catatan Tome Pires

    yang menyatakan bahawa Lasemana is a kind of admiral (ketua angkatan laut).

    Segala yang di laut, termasuk tongkang dan lancara adalah di bawah tanggungjawab

    Temenggung.

    vi. Hubungan diplomatik

    Menurut Andaya (1982), apabila Maharaja Yung-Lo menaiki takhta Dinasti Ming pada1402, baginda telah mengarahkan Biro Perdagangan Maritim Antarabangsa China

    dimajukan semula dan satu laluan perdagangan baru China ke Barat dibentuk.

    Untuk itu, satu misi perdagangan China telah membina laluan perdagangan yangbaru dengan melakukan persinggahan di beberapa buah pelabuhan utama di antara

    China dan India termasuklah di pelabuhan utama di wilayah Nan Yang, jolokan

    pedagang China untuk wilayah kepulauan di Asia Tenggara.

    Misi dagang tersebut tiba di Pelabuhan Samudra-Pasai di Selat Melaka pada lewattahun 1404 kerana kedudukannya sebagai pelabuhan utama di Selat Melaka pada

    ketika itu.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    27

    Apabila rombongan dagang tersebut tiba di Samudra-Pasai, beberapa orangpedagang India Muslim telah memaklumkan kepada mereka tentang kewujudan

    sebuah kerajaan baru iaitu Melaka dan pelabuhan Melaka juga adalah sebuah

    pelabuhan yang sangat berpotensi tinggi.

    Setelah pulang ke China, kewujudan Melaka telah dimaklumkan kepada Maharajadan satu utusan khusus telah dihantar ke Melaka pada 1404 yang diketuai oleh

    Laksamana Yin Ching. Hasil daripada rombongan tersebut, pemerintah Melaka

    bersetuju untuk mejalinkan hubungan diplomatik dengan China dan oleh itu, satu

    utusan telah dihantar Melaka ke China dengan diiringi oleh wakil kerajaan Pasai dan

    Calicut.

    Menurut J.V.G Mills (1970) seperti yang dipetik oleh Abdul Rahman Haji Ismail(2005), hasil daripada kunjungan rombongan dagang China tersebut, kerajaan

    Melaka telah menghantar dua utusan diplomatik ke China pada tahun 1405 dan

    1407 dengan membawa persembahan kepada Maharaja Yung-Lo dan menyatakan

    hasrat Melaka untuk bernaung di bawah kerajaan Ming.

    Hasil daripada lawatan tersebut, Maharaja Yung-Lo telah mengiktiraf kewujudanMelaka dan memberi jaminan untuk melindungi Melaka daripada Siam. Sebagai

    pengiktirafan juga, utusan Melaka telah menjadi utusan luar pertama yang

    menerima inskripsi khas daripada Maharaja China.

    Tambah Mills, walaupun Maharaja Yung-Lo mengiktiraf kewujudan Melaka dalamdua siri utusan diraja tersebut, pengiktirafan Melaka sebagai sebuah kerajaan

    berdaulat hanya diiktiraf apabila Maharaja China menghantar Laksamana Cheng Ho

    ke Melaka pada tahun 1409 yang membawa perkenan Maharaja Yung-Lo untuk

    menaikkan taraf Melaka kepada taraf negara dan rajanya diberi satu persalinan

    pakaian dan cap mohor oleh kerajaaan China.

    Semenjak daripada itu, setiap raja Melaka yang baru menaiki takhta akan berangkatke China atau menghantar utusan bagi mendapatkan pengiktirafan daripada

    Maharaja China.Hal ini menunjukkan bahawa taraf Melaka di sisi kerajaan Dinasti

    Ming di China adalah bertaraf sebuah negeri naungan China.

    Misalnya, dalam catatan Dinasti Ming, Parameswara bersama 540 orang pengikutnyatelah mengadakan satu lawatan rasmi ke China pada tahun 1411 sebagai

    mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Dinasti Ming. Sebagai

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    28

    mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka, Maharaja Yung-Lo telah

    menghadiahkan pelbagai alat kebesaran kepada Parameswara seperti emas,perak,

    sutera dewangga dan lain-lain.

    Hubungan diplomatik antara China dan Melaka ini secara umumnya telahmemberikan kelebihan politik kepada Melaka sekaligus menjadi salah satu faktor

    pemangkin kepada kegemilangannya.

    Hal ini kerajaan China adalah sebuah kerajaan yang kuat dan hampir kesemuakerajaan yang wujud dalam lingkungannya bernaung dan tunduk di bawah

    kekuasaannya.

    Kehebatan China dalam bidang ketenteraan maritim menjadikan tidak ada kuasa lainyang berani menentangnya kerana China memiliki beratus buah kapal perang dan

    hampir 28 000 orang tentera laut. Misalnya, kerajaan Sri Lanka yang tidak mahu

    mengiktiraf kekuasaan China telah diserang pada tahun 1411 dan rajanya telah

    ditangkap dan dibawa ke China.

    Kekuatan China ini menyebabkan kerajaan yang bernaung di bawahnya akan berasaselamat dan mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan.

    Melaka misalnya, telah dijamin keselamatannya oleh Maharaja Yung-Lo daripadaancaman kerajaan Ayutthaya (Siam).

    Selain itu, hubungan diplomatik dua hala Melaka-China ini turut membawakeuntungan kepada Melaka dari segi perdagangan apabila rombongan dagang China

    beralih arah ke pelabuhan Melaka dan berdagang di pelabuhan tersebut.

    Hasil daripada perdagangan dengan China misalnya, Melaka memperoleh bahandagangan seperti sutera, tekstil, bijih besi, kapas dan barang perhiasan.

    Selain China, kerajaan Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengankerajaan Ayutthaya di Siam.

    Di awal kewujudannya, Siam menjadi ancaman terbesar Melaka di mana Melakaterpaksa tunduk kepada Siam dan dipaksa membayar 40 tahil emas setahun sebagai

    ufti kepada Siam.

    Menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), catatan China menunjukkan bahawasebelum pembukaan Melaka oleh Parameswara, kawasan Melaka ketika itu dikenali

    sebagai Pulau Lima yang tidak beraja dan dikehendaki untuk menghantar ufti kepada

    Siam (Hsien-lo).

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    29

    Oleh kerana itulah, apabila Parameswara mengasaskan pemerintahan beraja diMelaka, kerajaan Siam sangat marah kerana kawasan tersebut adalah kawasan

    naungannya. Ini ditambah pula dengan tindakan Parameswara yang pernah

    membunuh wakil Siam iaitu Temagi di Temasik dan menjadi pemerintah di sana. Hal

    ini menambahkan lagi persengketaan Siam terhadap Parameswara.

    Oleh itu, Siam di bawah kerajaan Ayutthaya ketika itu pernah datang menyerangMelaka dan merampas cop kempa kerajaan Melaka di awal pemerintahan Melaka.

    Oleh kerana Dinasti Ming telah memberikan perlindungan kepada Melaka, satu

    aduan telah dibuat oleh kerajaan Melaka terhadap tindakan Siam itu dan pada tahun

    1407 kerajaan Ming akhirnya menghantar Laksamana Cheng Ho ke Siam untuk

    menegah persengketaan Siam dan Melaka tersebut.

    Walaupun telah mendapat jaminan keselamatan daripada China, kerajaan Ayutthayadi Siam masih menunjukkan tanda persengketaannya kepada Melaka. Dua serangan

    yang dibuat pada 1445 dan 1456 telah menyemarakkan semula persengketaan

    Melaka dan Ayutthaya. Hal ini Melaka yang telahpun menjadi kerajaan yang kuat

    ketika itu tidak lagi mahu tunduk kepada Siam dan buktinya Siam telah gagal untuk

    menewaskan Melaka seperti yang pernah mereka lakukan sebelumnya semasa

    zaman awal pembukaan Melaka.

    Sebagai tidak mahu memanjangkan persengketaan tersebut, Bendahara Tun Peraktelah mencadangkan kepada Sultan Melaka untuk berdamai dengan Siam dan

    menjalinkan hubungan dengan kerajaan Ayutthaya.

    Dalam Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang, ada diceritakan mengenai kisahhubungan diplomatik antara Siam dan Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah di

    mana Melaka telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Tun Telanai,

    Menteri Jana Putera dan para pengikutnya bagi menjalinkan satu hubungan dua hala

    antara kerajaan Melaka dan kerajaan Ayutthaya di Siam.

    Maharaja Siam sangatlah gembira dengan hubungan tersebut setelah Tun Telanaidan pengikutnya berjaya membantu Siam menewaskan musuh mereka. Sebagai

    balasannya, Maharaja Siam telah menghadiahkan Sultan Melaka seorang puteri Siam

    yang bernama Onang Minang Lang.

    Selain China dan Siam, kerajaan Melaka turut menjalinkan hubungan diplomatikdengan kerajaan Samudra-Pasai dan kedudukannya dianggap setaraf.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    30

    Malah, Melaka dan Pasai turut mempunyai hubungan kekeluargaan apabila SultanMuhammad Syah mengahwini Puteri Pasai dan hubungan Melaka-Pasai tertumpu

    kepada hubungan dagang dua hala dan hubungan dalam agama Islam.

    Sultan Melaka misalnya banyak merujuk kepada ulama Pasai dalam permasalahanagama kerana kedudukan Pasai yang dianggap abang tua kepada Melaka kerana

    kewujudan mereka yang lebih awal berbanding Melaka.

    Malah, apabila menulis dalam surat utusan diraja, perkataan berkirim salamdigunakan menunjukkan persamaan taraf antara Melaka dan Pasai berbanding

    perkataan berkirim sembah yang digunakan oleh negeri-negeri naungan Melaka.

    Selain itu, Melaka juga turut menjalinkan hubungan diplomatik dua hala dengannegara seperti kerajaan Ryukyu (Jepun), Majapahit, Gujerat dan Kalinga. Misalnya,

    Melaka pernah mengutus surat kepada Maharaja Ryukyu mengenai masalah yang

    ditimbulkan oleh beberapa orang pedagang mereka dan surat tersebut dibalas oleh

    Maharaja Ryukyu yang meminta kebijaksanaan Melaka dalam menghukum mereka.

    vii. Perkembangan agama Islam

    Kegemilangan yang dicipta oleh Kesultanan Melayu Melaka bukan hanya mencakupiaspek politik dan ekonomi semata-mata, tetapi turut merangkumi aspek sosial

    seperti keagamaan dan intelektual.

    Walaupun terdapat permasalahan salasilah dalam salasilah Sultan Melaka yangpertama memeluk Islam, namun pada hakikatnya Melaka telah menerima agama

    Islam sebagai anutan sebahagian besar rakyatnya, bermula dengan pengislaman

    Sultan dan para pembesar.

    Berdasarkan perbahasan dan perbandingan yang telah dibuat oleh para pengkajisejarah seperti Wang Gungwu (1968) yang dipetik dan ditegaskan semula oleh

    Muhammad Yusuf Hashim (1989), bahawa Parameswara (Raja Iskandar Syah) adalah

    orang yang berlainan dengan puteranya Megat Iskandar Syah.

    Oleh itu, raja Melaka yang pertama memeluk Islam adalah Megat Iskandar Syah, rajakedua Melaka yang memeluk Islam dan bukannya Parameswara. Kekaburan salasilah

    ini menyebabkan para pengkaji sejarah adalah bercanggah pendapat mengenaisiapakah Sultan Melaka yang pertama memeluk Islam.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    31

    PENYEBARAN ISLAM KE MELAKA

    Terdapat beberapa pendapat mengenai cara penyebaran Islam ke Melaka iaitupertama melalui perkahwinan Megat Iskandar Syah dengan puteri Raja Pasai.

    Pada waktu itu, Pasai adalah sebuah kerajaan yang telah menerima Islam terlebihdahulu berbanding Melaka. Perkahwinan itu menyebabkan seluruh pembesar dan

    rakyat negeri Melaka memeluk Islam.

    Kedua, terdapat pendapat yang menyatakan bahawa agama Islam tersebar keMelaka melalui pedagang Arab dan pedagang India Muslim dan Sultan Melaka telah

    diislamkan oleh Syeikh Abdul Aziz.

    Walaubagaimanapun terdapat percanggahan pendapat, Melaka secara hakikatnyatelah menerima Islam sebagai anutan rasmi bermula daripada Sultan, pembesar

    sehinggalah golongan rakyat dan hamba.

    Penerimaan Islam sebagai agama di Melaka telah menjadi pemangkin kegemilanganMelaka dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hubungan dagang dengan

    pedagang Islam, menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam selain

    penerapan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan Melaka. Hal ini telah membawa

    kepada kegemilangan Melaka dalam bidang keagamaan.

    Dalam bidang perdagangan misalnya, para pedagang Islam dari Tanah Arab dan Indiatelah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan tumpuan mereka kerana kemudahan

    keagamaan yang ada di Melaka. Hal ini kerana Melaka menjadi tumpuan para ulama

    dan masjid-masjid dibina di Melaka menarik perhatian para pedagang Islam. Malah,

    pedagang Islam adalah mereka yang telah membawa Islam ke Melaka dan bersama

    mereka juga adalah golongan pendakwah yang menyeru masyarakat tempatan

    memeluk Islam. Kebiasaannya, mereka akan diiringi oleh para pendakwah dan

    mubaligh Islam untuk mengajarkan hukum-hakam agama Islam kepada masyarakat

    tempatan.

    Dalam hubungan diplomatik pula, perhubungan Melaka dan kerajaan Samudra-Pasaipada dasarnya banyak diikat dengan ikatan keagamaan. Hal ini kerana Pasai menjadi

    pusat penyebaran Islam di Nusantara di awal penubuhan Melaka, malah

    pengislaman Sultan Melaka adalah disebabkan perkahwinan di antara Sultan Megat

    Iskandar Syah dengan puteri Pasai.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    32

    Pasai telah menjadi rujukan Melaka dalam agama Islam walaupun setelah Melakaberkembang sebagai sebuah pusat pengajian Islam kemudiannya. Misalnya, pada

    zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, baginda telah bertindak mengutuskan

    Tun Bija Wangsa ke Pasai bagi mendapatkan jawapan tentang permasalahan agama.

    Kesungguhan Melaka dalam menyebarkan agama Islam ke Nusantara dapat dilihatpada kurun ke-15 apabila Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian

    Islam.

    Pada zaman Sultan Muzaffar Syah misalnya, baginda telah mengarahkan pembinaanbeberapa institusi agama seperti masjid, madrasah dan surau yang menjadi tempat

    beribadat dan tempat mendalami ilmu agama dalam kalangan masyarakat

    tempatan.

    Pada ketika itu muncul mubaligh-mubaligh Islam yang terkenal di Melaka sepertiSyeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf di Melaka.

    Penyebaran agama Islam oleh kerajaan Melaka dilakukan melalui pelbagai caratermasuklah melalui aktiviti perdagangan, peranan ahli agama, perkahwinan,

    peranan pemerintah dan melalui askar upahan.

    Penyebaran Islam yang dilakukan oleh pendakwah Islam seperti mubaligh, ulamadan ahli sufi dibuat secara berhemah dalam menarik minat masyarakat dalam

    menerima Islam.

    Misalnya, para pendakwah Islam telah menunjukkan tauladan dan keperibadian diriyang baik dalam diri mereka sehingga masyarakat berasa senang dengan mereka.

    Malah, mereka juga telah bertindak bersembahyang di tengah-tengah kalayak ramai

    seperti di pasar bagi memperkenalkan masyarakat dengan Islam.

    Dalam Sejarah Melayu Hikayat Tun Seri Lanang misalnya, penduduk dan Raja Melakaberasa terpegun dan hairan dengan perbuatan para pedagang Islam yang tunggang-

    tonggek bersembahyang di pelabuhan menyebabkan Raja Melaka ketika itu

    berminat untuk mengetahui mengenai perbuatan mereka itu.

    Ahli ulama Islam di Alam Melayu juga tidak mudah menghukum masyarakat dengantradisi dan adat resam mereka yang bertentangan dengan agama Islam. Hal ini

    kerana terdapat sesetengah ulama Islam di Timur Tengah yang keras dalam hukum

    hakam Islam dengan mengharamkan semua perkara yang dilihat bertentangan

    dengan Islam.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    33

    Akan tetapi, ulama Islam di Alam Melayu mengamalkan konsep asimilasi Islam kedalam kebudayaan dan tradisi masyarakat tempatan menyebabkan masyarakat

    berasa Islam adalah sesuatu agama yang mudah dan tidak mengongkong

    penganutnya.

    Selain itu, peranan meyebarkan agama Islam ke kawasan lain di Nusantara banyakdimainkan oleh pemerintah Melaka ke negeri jajahan takluk mereka. Negeri-negeri

    jajahan takluk seperti Pahang, Kelantan, Inderagiri dan Rokan telah menerima Islam

    sebagai anutan mereka sebagai menunjukkan taat setia mereka kepada Melaka.

    Apabila Islam telah diterima di negeri-negeri jajahan takluk Melaka, pemerintah

    Melaka akan menghantar mubaligh dan ulama ke kawasan-kawasan tersebut bagi

    mengajar masyarakat mengenai pengetahuan dan hukum hakam berkaitan Islam.

    Selain itu, penyebaran Islam turut dilakukan melalui perkahwinan diraja sepertiperkahwinan diraja seperti perkahwinan puteri Sultan Mansor Syah dengan putera

    Raja Siak yang membawa kepada pengislaman seluruh kerabat diraja Siak dan

    rakyatnya. Islam juga terkembang dari Melaka ke Pulau Jawa melalui askar-askar

    upahan Melaka yang telah memeluk Islam ketika berkhidmat di Melaka.

    Kemudiannya, apabila pulang ke tempat asal mereka, mereka telah mengajak sanak

    saudara mereka untuk turut menganut agama Islam.

    Seterusnya, Melaka juga telah menjadi pusat keilmuan Islam yang penting diNusantara. Misalnya, Melaka telah muncul sebagai pusat pengajian tasawwuf yang

    terkenal dengan kedatangan ulama tasawwuf terkemuka iaitu Abdul Karim al-Jili

    yang datang menetap dan menyampaikan ilmu di Melaka. Beliau telah mengarang

    banyak kitab mengenai ilmu tasawwuf dan antara kitabnya yang terkenal adalah

    kitab Insan-al Kamil (insanul kamil).

    SYIAR ISLAM DI MELAKA

    Kedatangan Islam ke Melaka telah menyemarakkan syiar Islam di kawasan Nusantaraselain peranan yang telah dibuat oleh kerajaan Samudra-Pasai di Kepulauan

    Sumatera.

    Dalam sistem pemerintahan misalnya, pemerintah Melaka telah menyerap nilai-nilaiIslam dalam pemerintahannya termasuklah penggunaan gelaran Sultan pada

    pangkal nama baginda berbanding penggunaan Raja yang dipengaruhi Hindu-

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    34

    Buddha. Sultan Melaka pertama yang telah menggunakan gelaran Sultan ialah Sultan

    Muhammad Syah, raja Melaka yang ketiga.

    Pengislaman raja Melaka ini juga telah menyebabkan pandangan ahli ulama Islamdiambil kira dalam membuat sesuatu keputusan. Walaupun raja berkuasa mutlak,

    akan tetapi pandangan pembesar dan ulama turut diambil kira oleh raja Melaka. Hal

    ini kerana ulama Islam telah menekankan konsep musyawarah dalam pentadbiran

    Melaka.

    Peranan ulama dalam bidang pentadbiran sangat dekat. Undang-undang Melakamisalnya telah dikarang oleh Makhdum Sadar Syah Johan yang dibuat pada zaman

    Sultan Muhammad Syah. Dalam undang-undang bertulis tersebut, pengaruh Islam

    sangat jelas dalam hal ehwal jinayah (jenayah) seperti hukum hudud dan qisas,

    munaqahat (perkahwinan) dan mudharabah (jual beli).

    Kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga telah menyebabkan penggunaan tulisanKawi telah mula ditinggalkan dan diganti dengan tulisan Jawi, iaitu tulisan yang

    menggunakan abjad-abjad Arab. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh Islam yang kuat

    di Melaka sehinggakan kesemua urusan surat-menyurat dan penulisan menggunakan

    tulisan Jawi.

    viii. Pusat perkembangan budaya dan pemikiran Melayu Islam

    Selain daripada menjadi pusat perkembangan Islam, kegiatan intelektual di Melakajuga berkembang pesat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman

    tersebut, peranan istana dilihat cukup penting dalam menghidupkan bidang

    kesusasteraan.

    Hal ini kerana, golongan ulama, cerdik pandai seperti jurutulis dan pengarang telahberkumpul di istana bagi membincang, mengarang dan menterjemah kitab ke dalam

    Bahasa Melayu.

    Antara karya asing yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu termasuklah HikayatMuhammad Ali Hanafiah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Belah Bulan.

    Kebanyakan hikayat yang diterjemahkan adalah kitab asal daripada bahasa Arab dan

    Parsi.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    35

    Karya-karya Melayu telah mula ditulis pada zaman tersebut seperti Hikayat HangTuah dan Hikayat Bayan Budiman. Malah, sesetengah pendapat menyatakan bahawa

    Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang telah ditulis semenjak zaman Kesultanan

    Melayu Melaka dan Tun Seri Lanang hanyalah penulis yang berjaya melengkapkan

    buku tersebut.

    KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA

    Faktor Kemerosotan dan Kejatuhan Melaka

    Faktor Dalaman1. Perebutan Kuasa

    Perebutan kuasa dalam istana Melaka bermula dengan perlantikan TunMutahir sebagai Bendahara Melaka pada zaman pemerintahan Sultan

    Mahmud Syah. Sebelum perlantikan Tun Mutahir ke jawatan Bendahara,

    jawatan tersebut telah disandang oleh Tun Perpatih Putih selama dua tahun

    sehingga tahun 1500 sebelum beliau meninggal dunia akibat sakit tua.

    Perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara tidak begitu disenangi oleh parapembesar Melayu kerana beliau telah mengamalkan sikap pilih kasih dalam

    pentadbirannya.

    Beliau telah bertindak melantik ahli keluarganya dan mereka yangberketurunan India-Muslim ke dalam jawatan pembesar seperti jawatan

    Temenggung yang diberikan kepada anaknya Tun Hassan.

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), pengaruh keluarga Tun Mutahirsangat mencengkam istana Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud

    Syah. Hal ini disebabkan kekayaan mereka dan pengaruh keluarga kerana

    bonda kepada Sultan Mahmud Syah adalah kakak kepada Tun Mutahir.

    Tambah Muhammad Yusoff, tiga jawatan tertinggi dalam hierarki pembesarempat lipatan telah dikuasai oleh ahli keluarga Tun Mutahir di mana Tun

    Mutahir sebagai Bendahara, anaknya Tun Hassan sebagai Temenggung

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    36

    manakala adiknya, Seri Nara Diraja Tun Tahir dilantik menjadi Penghulu

    Bendahari.

    Oleh kerana usaha yang dilakukan oleh Tun Mutahir untuk membawa masukgolongan India-Muslim ke dalam pentadbiran Melaka dan mengutamakan

    kaum kerabatnya, terdapat satu komplot dalaman yang telah dibuat bagi

    menjatuhkan Tun Mutahir dari jawatan pembesar negeri.

    Satu tipu muslihat terancang telah direncana oleh Raja Mendeliar, salahseorang daripada empat orang Syahbandar di pelabuhan Melaka dengan

    Laksamana Khoja Hasan, satu-satunya jawatan pembesar berempat yang

    tidak dikuasai oleh ahli keluarga Tun Mutahir. Akhirnya, Laksamana Khoja

    Hasan telah memfitnah Tun Mutahir kepada Sultan Mahmud Syah dengan

    menyatakan bahawa Tun Mutahir mempunyai perancangan untuk merampas

    kuasa daripada Sultan Mahmud Syah dan mengangkat dirinya sebagai Sultan

    Melaka yang baru.

    Sultan Mahmud Syah telah mempercayai fitnah terhadap Tun Mutahir itu danberasa sangat murka. Apatah lagi apabila mengetahui bahawa Tun Fatimah

    iaitu puteri Bendahara Tun Mutahir tidak dipersembahkan kepada Sultan bagi

    dijadikan isteri seperti yang dilakukan dalam tradisi Bendahara sebelumnya

    menambahkan lagi konflik antara Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Tun

    Mutahir.

    Tanpa usul periksa, baginda Sultan Mahmud Syah telah mengarahkan TunMutahir dan kesemua ahli keluarganya dibunuh kecuali Tun Fatimah dan Tun

    Hamzah yang masih kecil. Peristiwa ini mengakibatkan Melaka kehilangan

    tiga orang pembesar terpenting secara serentak.

    Malah, Laksamana Khoja Hasan pula kemudiannya telah dipecat oleh SultanMahmud Syah setelah baginda menyesali perbuatan baginda yang telah

    menjatuhkan hukuman tanpa sebarang usul periksa tersebut.

    2. Kelemahan Kepimpinan

    Peristiwa pembunuhan Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya telahmemberikan kesan yang sangat besar kepada Melaka. Dalam pemilihan

    Bendahara misalnya, pengganti kepada Bendahara Tun Mutahir iaitu

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    37

    Bendahara Paduka Tuan sangatlah lemah kerana keadaannya yang uzur dan

    tua.

    Walaupun beliau adalah anak kepada Bendahara Tun Perak yang terkemukasuatu masa dahulu, keadaannya yang telah tua, malah lumpuh tubuh

    badannya sudah tidak mampu untuk menyempurnakan tugasnya sebagai

    Bendahara.

    Ketiadaan pembesar berempat yang berpengalaman dalam menguruskan halehwal Melaka, pentadbiran Melaka telah menjadi kucar-kacir dan

    bermasalah.

    Akibat kekesalan yang sangat besar, Sultan Mahmud Syah telah bertindakturun daripada takhta Sultan Melaka dan menaikkan puteranya Raja Ahmad

    sebagai pengganti baginda.

    Sultan Ahmad pada waktu dilantik menjadi Sultan adalah terlalu muda danmasih mentah dan tidak mampu untuk menguruskan hal ehwal negara.

    Menurut Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang seperti yang dipetik olehMuhammad Yusoff Hashim (1989), sikap Sultan Ahmad yang tidak

    menghormati adat, suka bermain-main dan memandang enteng kepada para

    pembesar tempatan telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pemulihan

    pentadbiran Melaka. Baginda Sultan Ahmad ketika diangkat menjadi Sultan

    pada 1511 hanyalah beberapa bulan sebelum kedatangan Portugis datang

    menyerang Melaka.

    Dalam keadaan kepimpinan Melaka yang masih terumbang-ambing denganpembesar berempat yang bermasalah seperti bendaharanya yang tua dan

    uzur, soal pertahanan tidak begitu ditekankan oleh kerajaan Melaka.

    Malah, pemecatan Laksamana Khoja Hassan dari jawatannya sebagaiLaksamana Melaka telah memberi kesan kepada keselamatan di perairan

    Melaka.

    Selain itu juga, peristiwa pemecatan Laksamana Khoja Hassan sebagaiLaksamana mempengaruhi keselamatan perairan Melaka yang di bawah

    tanggungjawabnya sebelum itu.

    3. Penyelewengan Kuasa

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    38

    Dalam keadaan Melaka yang sedang huru-hara, ditambah pelbagai krisiskepimpinan, ketika itulah penyelewengan dalam kalangan pegawai Melaka

    telah berlaku.

    Di pelabuhan misalnya, pegawai-pegawai Melaka di pelabuhan telahbertindak menyeleweng daripada amalan perdagangan sebelumnya yang

    dilaksanakan di Melaka.

    Para pegawai di pelabuhan dengan sesuka hati telah bertindak menaikkancukai kepada para pedagang yang singgah di Melaka dan tidak kurang pula

    yang meminta rasuah daripada para pedagang dalam menipu sukatan dan

    timbangan.

    Selain itu, kawalan keselamatan di perairan Melaka juga telah mulai longgarkesan daripada pemecatan Laksamana Khoja (Khawaja) Hassan daripada

    jawatannya yang bertanggungjawab menjaga keamanan di laut di mana

    jawatan laksamana dianggap sebagai raja di laut yang menjadi ketua kepada

    armada laut Melaka.

    Keadaan ini menyebabkan para pedagang telah mula mencari pelabuhan lainsebagai alternatif kepada Melaka seperti pelabuhan Acheh yang sedang

    meningkat naik.

    4. Ketenteraan yang Lemah

    Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis turut disebabkan oleh faktorketenteraan yang lemah di pihak Melaka.

    Dalam perang ketika menghadapi serangan Portugis misalnya, askar upahanMelaka dari Jawa telah bertindak melarikan diri ketika diserang Portugis.

    Oleh itu, pertahanan Melaka menjadi rapuh dan mudah ditembusi. Hasilnya,

    tentera Portugis mampu untuk mendarat di persisiran pantai Melaka dan

    kemudiannya membakar jambatan yang menghubungkan bandar Melaka.

    Selain itu juga, kelengkapan persenjataan yang digunakan oleh askar Melakaadalah tidak setanding dengan kelengkapan perang Portugis yang

    mempunyai meriam besar yang mampu untuk menembak dari jarak jauh,

    selain penggunaan senapang dan perisai sedangkan askar Melaka masih

    menggunakan senjata tradisional seperti panah dan tombak.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    39

    Faktor Luaran1. Kedatangan Portugis

    Bangsa Portugis adalah satu bangsa Eropah yang giat merintis jalan ke Timurmelalui laluan laut setelah laluan darat dikuasai oleh orang Islam. Usaha ini

    menerima galakan daripada Putera Henrique, putera kerajaan Portugis.

    Bermula dengan misi pelayaran oleh Bartolomeu Dias yang berjaya belayar

    sehingga ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan dari Eropah, bangsa Portugis

    mengetahui bahawa terdapat jalan laut ke Timur tanpa melalui jalan

    perdagangan darat yang dikuasai oleh orang Islam seperti Laluan Rempah

    dan Laluan Sutera.

    Menyedari bahawa terdapat jalan laut ke Timur, misi pelayaran seterusnyadihantar oleh Raja Manuel I bagi merintis jalan ke Timur. Oleh itu, pelayar

    Portugis Vasco da Gama telah belayar mengikut laluan yang pernah dilalui

    Bartolomeu Dias dan akhirnya berjaya belayar sehingga ke Goa di India pada

    tahun 1498. Kemudiannya, Portugis telah menduduki wilayah Goa di India

    bagi dijadikan pengkalan mereka di Timur. Semenjak itu, bangsa Portugis

    telah menyaksikan banyak pelayaran yang dibuat untuk menjelajah ke

    seluruh dunia seperti Ferdinand Magellan yang menjadi pelayar pertama

    yang mengelilingi dunia, Christoper Colombus dan lain-lain.

    Setelah bertapak di Goa, pelayar-pelayar Portugis mula meneruskan hasratuntuk berlayar sehingga ke China dan hasilnya mereka telah menemui

    Melaka yang menjadi antara pelabuhan yang tersibuk ketika itu.

    Akhirnya, satu misi perdagangan telah diketuai oleh Diego Lopez de Sequeiradengan lima buah kapal telah tiba di Melaka 11 September 1509 ketika

    zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

    Kedatangan pedagang Portugis untuk berniaga di Melaka menjadikan merekapedagang Eropah pertama yang tiba di Melaka dan oleh itu mereka telah

    digelar sebagai Benggali Putih oleh masyarakat tempatan.

    Menurut Andaya (1982), (terjemahan), Abad ke 15 telah dikenali sebagaiAbad Penemuan Bangsa Portugis. Sebab utama pelayaran mereka keluar jauh

    daripada sebuah kerajaan kecil milik mereka di Eropah hingga ke penghujung

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    40

    dunia adalah disebabkan pelbagai matlamat yang bercampur baur; pertama

    semangat Perang Salib Anti-Muslim yang membara; mengumpul emas; bagi

    menyempurnakan impian dan hasrat paderi Kristian untuk menjadi

    pemerintah kepada Benua Hindi dan keinginan untuk menguasai

    perdagangan rempah di Asia.

    Berdasarkan faktor 3G iaitu Gold,Gospel and Glory itulah, bangsa Portugistelah belayar sehingga ke Timur iaitu bagi menguasai perdagangan di Asia

    terutamanya perdagangan rempah yang dikuasai oleh umat Islam,

    meneruskan Perang Salib di Timur dan meluaskan kekuasaan Portugis ke

    kawasan Benua Hindi (Asia).

    Oleh itu, apabila Lopez de Sequeira tiba di Melaka, beliau telahmempersembahkan hadiah berupa kalungan emas kepada Bendahara Seri

    Maharaja Tun Mutahir yang dikatakan hadiah daripada Raja Portugal sebagai

    tanda dan hasrat supaya membenarkan mereka berniaga di pelabuhan

    Melaka.

    Para saudagar India-Muslim dari Gujerat kemudiannya telah memaklumkankepada Bendahara mengenai hasrat tersembunyi orang Portugis yang

    sebenarnya tidak berniat untuk berdagang tetapi sebaliknya mempunyai niat

    dan agenda yang tidak baik dalam menjatuhkan kerajaan Islam di Timur. Hal

    ini kerana para pelayar Portugis telah menggunakan taktik yang sama di India

    sehinggalah mereka berjaya menduduki wilayah Goa dan menjadikannya

    sebagai pengkalan di sana.

    Bendahara yang termakan dengan aduan tersebut telah menangkap kesemuaanak kapal Portugis kecuali Lopez de Sequeira yang berjaya melarikan diri.

    Penangkapan tersebut telah menyebabkan Portugis berasa tercabar dantelah mengatur strategi bagi melepaskan semula anak-anak kapal mereka.

    Hasilnya, Portugis telah menyiapkan satu angkatan bersenjata ke Melakadengan diketuai oleh Wizurai Portugis di Goa iaitu Alfonso de Alburqueque

    dengan dua puluh buah kapal termasuk kapal terbesar yang bernama Flor de

    la Mar.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    41

    2. Kebangkitan Acheh

    Setelah menyedari bahawa amalan perdagangan di Melaka mulaimenyeleweng dengan kenaikan cukai yang tinggi dan salahguna kuasa para

    pegawai Melaka di pelabuhan, para pedagang yang berdagang di Melaka

    mula meninggalkan Melaka dan mencari pelabuhan alternatif lain untuk

    berdagang.

    Pada ketika itulah, Acheh yang sedang meningkat naik mula menjaditumpuan para pedagang asing di Selat Melaka.

    Kesultanan Acheh telah diasaskan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada tahun1496, sebagai mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Samudra-Pasai

    yang telah jatuh akibat persengketaan dalaman dan diserang oleh Kerajaan

    Haru (Aru) sebelumnya yang membawa kepada kedua-dua Pasai dan Aru

    menjadi jajahan takluk Melaka.

    Kawasan Kesultanan Acheh yang meliputi wilayah Acheh sehinggalah kewilayah Pedir, Pasai, dan Aru.

    Kerajaan Kesultanan Acheh yang mewarisi Kesultanan Samudra-Pasai yangpernah mendominasi perdagangan di Selat Melaka sebelum kewujudan

    Melaka telah mengambilalih tempat Melaka sebagai pelabuhan terpenting di

    Selat Melaka.

    Keadaan Melaka yang terumbang-ambing dengan pelbagai masalahmenyebabkan pedagang asing lebih berminat untuk berdagang di pelabuhan

    Acheh yang sedang berkembang maju.

    3. Serangan Portugis

    Setelah misi perdagangan Portugis ditangkap oleh Melaka, satu pasukantentera telah disiapkan oleh Portugis yang diketuai oleh Wizurai Portugis di

    Goa, Alfonso de Alburquerque.

    Pada tahun 1511, angkatan bersenjata Portugis tiba di Melaka dan menuntuttiga perkara daripada kerajaan Melaka iaitu pertama membebaskan kesemua

    tahanan Portugis, kedua membayar ganti rugi kepada Portugis dan ketiga

    membenarkan Portugis membina kubu di Melaka.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    42

    Walaubagaimanapun, Sultan Ahmad Syah telah menolak kesemua tuntutanPortugis menyebabkan Portugis melancarkan serangan pertama ke atas

    Melaka pada 25 Julai 1511 dengan kekuatan 19 buah kapal perang dan 1400

    orang tentera.

    Dalam serangan tersebut, Portugis berjaya menguasai jambatan SungaiMelaka dengan bantuan lima buah tongkang daripada China.

    Malah, perbuatan Si Kitol atau nama sebenarnya Naina Chetu membocorkanmaklumat kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis menyebabkan

    Portugis lebih bersiap sedia dan merangka strategi perang yang lebih teliti.

    Tentera Melaka kemudiannya berundur dan mendapat kembali semangatperang setelah mendengar kisah perjuangan jihad umat Islam dalam kitab

    Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

    Serangan balas tentera Melaka akhirnya berjaya mengundurkan tenteraPortugis dari jambatan Melaka.

    Walaubagaimanapun, serangan semula Portugis ke atas tentera Melakaberjaya mengalahkan Melaka dan akhirnya Portugis menguasai Melaka pada

    24 Ogos 1511.

    Kesan Kemerosotan dan Kejatuhan Melaka

    PolitikKejatuhan Melaka ke tangan Portugis telah menyaksikan kejatuhan sebuah kerajaan

    empayar di alam Melayu. Antara kesan politik akibat kejatuhan Melaka termasuklah:

    1. Kesedaran Semula

    Kejatuhan mengejut Melaka ke tangan Portugis menyebabkan parapemimpin Melaka mulai sedar bahawa kelemahan dan kepimpinan akan

    membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    43

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), Tun Seri Lanang ketikamemperihalkan perwatakan Sultan Mahmud Syah misalnya telah banyak

    berubah pada zaman pemerintahannya di Melaka dan pada

    pemerintahannya yang kedua di Kampar.

    Sultan Mahmud Syah yang dahulunya seorang yang ego, berfoya-foya danbersifat pilih kasih telah berubah menjadi seorang Sultan yang paling cekal

    dan kental terutamanya dalam menangkis serangan Portugis yang bertubi-

    tubi.

    Mungkin akibat kekesalan baginda menitahkan pembunuhan Bendahara TunMutahir, diikuti dengan Sultan Ahmad Syah yang gagal untuk memerintah

    Melaka dengan baik, Sultan Mahmud Syah dilihat lebih matang dan

    bertanggungjawab, malah sebelum kemangkatannya di Kampar kemudiannya

    baginda menitahkan segala anaknya untuk bertakwa kepada Allah dan

    memerintah dengan adil.

    Sebahagian besar pembesar Melaka yang menyedari persengketaan merekadalam pentadbiran di Melaka sebelumnya telah membawa kepada kejatuhan

    mereka, di mana kelekaan mereka dalam merebut kuasa dan

    menyalahgunakan kuasa telah membawa kepada pembelotan dalam

    kalangan para pedagang yang menguasai Melaka seperti Utimuraja dan Naina

    Chetu.

    Dalam keadaan kelam kabut dan belum stabil, Sultan Mahmud Syah dansegala pengikutnya yang berundur ke Muar, Sultan Ahmad Syah telah

    dibunuh dan Sultan Mahmud Syah telah menaiki semula takhta kerajaan

    Melaka.

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), pembunuhan Sultan AhmadSyah adalah disebabkan titah ayahandanya sendiri seperti yang diceritakan

    dalam Sulalatus Salatin, dan apabila Sultan Ahmad Syah mangkat maka

    ayahandanya Sultan Mahmud Syah menjadi Raja.

    Menurut Tun Seri Lanang, adapun Sultan Ahmad Syah diarah bunuh olehayahandanya kerana sikapnya yang telah menimbulkan perpecahan dalam

    kalangan pembesar negeri dengan meminggir dan memperlekeh pembesar

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    44

    yang tua dan bersifat pilih kasih terhadap golongan pembesar muda yang

    digemarinya.

    Sebenarnya, sikap Sultan Ahmad inilah yang menjadi antara faktor kejatuhanMelaka ke tangan Portugis, dan sebagai balasan dan bertanggungjawab ke

    atas kekalahan Melaka, Sultan Ahmad Syah perlu dibunuh.

    Dalam keadaan tersebut, Sultan Mahmud Syah menyusun semula kekuatanMelaka yang masih berbaki dalam kalangan pembesar setianya untuk

    menyerang balas Portugis di Melaka.

    2. Penyusunan semula kerajaan dan kekuatan

    Setelah berundur dari Muar, Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnyaberundur pula ke Pahang dan Bentan sebelum bersemayam di Kampar.

    Dalam keadaan itu, kekuatan Melaka telah dikumpul semula dalammenangkis serangan Portugis dan kadangkala menyerang semula Melaka

    secara mengejut.

    Bagi mengumpulkan kekuatan Melaka, kebanyakan kerajaan naunganMelaka sebelumnya seperti Lingga, Inderagiri, Siak, Aru, Manjung, Klang,

    Kampar dan Sungai Ujong telah menghadap Sultan Mahmud Syah ketika

    di Bentan bagi menyatakan taat setia mereka untuk membantu baginda

    menangkis serangan Portugis.

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), baginda Sultan MahmudSyah telah mengangkat Laksamana Hang Nadim, cucu Hang Tuah untuk

    mengetuai bala tentera Melaka dalam mendepani ancaman Portugis

    dengan dibantu oleh Penghulu Bendahari Tun Hamzah, Temenggung Seri

    Udani, Tun Umar, Tun Mai Ulat Bulu dan ratusan hulubalang Melaka yang

    lainnya.

    Walaupun Portugis telah menawan Melaka tetapi mereka masih lagimenghantar pasukan tentera untuk menyerang Sultan Mahmud kerana

    pada pendapat mereka selagi Sultan Mahmud memerintah maka selagi

    itulah mereka tidak akan duduk diam, ini dapat dibuktikan apabila orang-

  • 5/27/2018 93005772 NOTA SJH1103 Kerajaan Awal Srivijaya Melaka

    Nota SJH1103 Hazmanipda2012

    45

    orang Melayu telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas Portugis

    pada Julai 1512 yang diketuai Laksamana Hang Nadim.

    Antara 1510 - 1518, orang Melayu dibawah kepimpinan Sultan Mahmudtelah menyerang Melaka beberapa kali yang diketui oleh Laksamana Hang

    Nadim.

    Beberapa kali serangan telah dilakukan ke atas Melaka, ini menunjukkanbahawa orang Melayu tak akan duduk diam selagi Melaka berada di

    tangan orang Portugis. Namun, serangan demi serangan telah dilakukan,

    orang Portugis tidak dapat dihalau dari Melaka kerana Portugis telah

    membina kubu yang teguh daripada batu.

    1519 - orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak sampai keMelaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma.

    1520 - Dibawah Paduka Tuan dan Sultan Abdul Jalil (Raja Kampar) orang

    Melayu telah menyerang Portugis di Melaka.

    Kerana siri serangan inilah maka orang Portugis telah mengambil pulatindakan dan menyerang orang Melayu di bawah pimpinan Sultan

    Mahmud iaitu:

    1. Setelah Sultan Mahmud berundur ke Kota Hampar, orang Portugis

    telah menyerang Kota Hampar dan memaksa Sultan Mahmud berundur

    ke Pagoh.

    2. Akhir 1511 - Portugis menyerang Pagoh dengan kekuatan 1300 orang

    Julai/Ogos 1512 -