kerajaan srivijaya

26
1 PENGENALAN: Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan yang muncul selepas kejatuhan kerajaan Funan dan sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka. Srivijaya merupakan sebuah empayar kelautan yang terletak di bahagian hujung sebelah barat Indonesia. Ibu kotanya pula terletak di Palembang. Mengikut kajian Coedes, Srivijaya adalah merupakan sebuah empayar laut Melayu, yang terletak di bahagian Tenggara Sumatera. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyang pada tahun 674 Masihi. Seorang Maharaja empayar tersebut telah menulis kepada Maharaja Sung 1017, yang menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Kelautan iaitu “The King of Ocean Land”. Kegemilangan dan kemunculan kerajaan Srivijaya adalah bermula pada abad ke-7 sehingga sekitar abad ke-13. Srivijaya juga pernah Menguasai Semenanjung Tanah Melayu dalam tempoh masa tersebut. Namun demikian, bukti-bukti pengasasan kerajaan Srivijaya amat kabur kerana rekod yang ada mengenai Srivijaya adalah amat terbatas. Wolters pula berpendapat pada abad ke-5, merujuk kepada utusan yang

Upload: rajchong-merlin

Post on 23-Dec-2015

110 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sejarah kegemilangan kerajaan Srivijaya in Nusantara Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Kerajaan Srivijaya

1

PENGENALAN:

Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan yang muncul selepas kejatuhan kerajaan Funan

dan sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka. Srivijaya merupakan sebuah

empayar kelautan yang terletak di bahagian hujung sebelah barat Indonesia. Ibu kotanya

pula terletak di Palembang. Mengikut kajian Coedes, Srivijaya adalah merupakan sebuah

empayar laut Melayu, yang terletak di bahagian Tenggara Sumatera. Ia diasaskan oleh

Dapunta Hyang pada tahun 674 Masihi. Seorang Maharaja empayar tersebut telah

menulis kepada Maharaja Sung 1017, yang menggelarkan dirinya sebagai Maharaja

Kelautan iaitu “The King of Ocean Land”.

Kegemilangan dan kemunculan kerajaan Srivijaya adalah bermula pada abad ke-7

sehingga sekitar abad ke-13. Srivijaya juga pernah Menguasai Semenanjung Tanah

Melayu dalam tempoh masa tersebut. Namun demikian, bukti-bukti pengasasan kerajaan

Srivijaya amat kabur kerana rekod yang ada mengenai Srivijaya adalah amat terbatas.

Wolters pula berpendapat pada abad ke-5, merujuk kepada utusan yang dihantar oleh

China, kerajaan Kan-ton li (berdekatan Palembang) mempunyai kaitan penting dengan

zaman awal pengasasan Srivijaya. Nama lain bagi Srivijaya mengikut China ialah Che-li-

fo-che dan kemudiaannya ditukar kepada San-fo-t’si. Fo-tsi yang bermaksud vijaya.1

Bukti-bukti kewujudan kerajaan Srivijaya dapat dilihat melalui catatan-catatan dan

prasasti-prasasti yang dijumpai dan mempunyai kaitan dengan sejarah kewujudan

kerajaan Srivijaya. Antara catatan yang ditemui ialah catatan Arab dan China. Di dalam

1 O.W. Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, hlm. 1.

Page 2: Kerajaan Srivijaya

2

catatan sumber Arab, pada abad ke-9, kerajaan ini lebih dikenali sebagai kerajaan Sribuza

atau pun juga di panggil sebagai Al-Zabaj. Menurutnya lagi, raja Srivijaya merupakan

raja yang kaya. Hal ini dapat dilihat melalui upacara membuang emas di sungai yang

bertujuaan untuk memuja kuasa air. Raja Srivijaya juga mempunyai hubungan dengan

orang laut. Manakala dalam catatan sumber China pula melalui catatan I-Ching yang

merekodkan tentang tatabahasa Sanskrit yang dipelajari di Srivijaya adalah sama dengan

yang terdapat di Nalanda. Di dalam rekod Dinasti Tang, Ming dan Sung pula

menceritakan tetang hubungan dengan Srivijaya.2

Srivijaya telah melalui zaman kegemilangannya antara abad ke-8 Masihi sehingga abad

ke-11 Masihi. Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menakluki kerajaan-

kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan

Kepulauan Melayu. Antara kerajaan-kerajaan yang pernah ditakluki oleh Empayar

Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada tahun 775 Masihi,

Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumatera termasuk

Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat. Aspek kegemilangan kerajaan Srivijaya sebagai

sebuah empayar yang agung dalam sejarah Asia Tenggara Awal dapat dilihat dalam

bidang politik, ekonomi dan sosial.3

2 O.W.Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, hlm. 2.3 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2008, hlm. 117.

Page 3: Kerajaan Srivijaya

3

1.BIDANG POLITIK

(1.1) Sistem Pentadbiran Yang Cekap, Sistematik & Kemas

Antara faktor yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah kerajaan sepanjang

tempoh keberlangsungannya adalah berpunca daripada faktor sistem pentadbiran yang

cekap, bersistematik dan kemas yang dimilikinya. Menurut prasasti Telaga Batu, Raja

menduduki hierarki yang tertinggi iaitu berada di puncak kuasa yang tertinggi di dalam

pusat pemerintahan Palembang . Raja pula akan di bantu oleh pembesar-pembesar yang

merupakan keturunan diraja dan bukan diraja. Raja turut menggunakan konsep devaraja

iaitu raja merupakan jelmaan dewa dan berkuasa mutlak. Raja digelar Haji atau Aji yang

bermaksud kuasa tertinggi. Raja Srivijaya juga digelar sebagai penguasa laut dan darat

kerana kepakaran dalam mengatur strategi dalam pemerintahan menyebabkan Srivijaya

berjaya menguasai banyak wilayah. Raja juga dianggap suci iaitu di sebut sebagai “Lord

of The Mountion and Lord of The Island”.

Srivijaya merupakan sebuah kedatuan ataupun empayar yang dibahagikan kepada

beberapa buah mandala ataupun daerah. Setiap mandala yang tertakluk kepada Srivijaya

akan terletak di bawah pemerintahan seorang Datu. Setiap Datu akan mempunyai

pembantunya yang tersendiri untuk membantu dalam hal-hal pemtadbiran mandala dan

pembantu datu diberi gelaran sebagai parvanda ataupun ketua tentera. Datu akan dilantik

daripada kalangan keluarga diraja iaitu putera-putera raja4.

4 Paul Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanjung Malaysia, Yogyakarta: Penerbit Mitra Abadi, 2009, hlm. 166.

Page 4: Kerajaan Srivijaya

4

Dalam hierari kelas sosial dan hierarki pentadbiran di Srivijaya, terdapat 4 kelas anak

raja. Kelas yang paling tinggi diduduki oleh Yuvaraja. Yuvaraja akan berperanan sebagai

Raja Muda ataupun Tengku Mahkota. Kelas yang kedua akan diduduki oleh

Pratiyuvaraja dan putera ini yang akan mengantikan tempat Yuvaraja selepas Yuvaraja

menaiki takhta. Sementara anak raja yang seterusnya ialah Rajakumara. Ketiga-tiga anak

raja daripada kelas ini layak mewarisi takhta kerajaan tetapi perlu mengikut hierarki

kerana mereka berketurunan raja daripada kedua-dua belah iaitu bapa dan ibu. Rajaputra

adalah anak raja yang akan menduduki kelas yang keempat dan tidak layak untuk dilantik

menjadi raja kerana bukan berketurunan raja ataupun anak gundik. Inskripsi yang

diperolehi daripada batu bersurat Kedudukan Bukit yang ditemui di Palembang pada

tahun 682 Masihi jelas memperlihatkan struktur organisasi politik dan sosial kerajaan

Srivijaya dan kewujudan dua kelas utama. Batu bersurat ini mengandungi prasasti yang

menggambarkan akan kewujudan konsep pembahagian pekerjaan secara khusus dalam

kalangan pembesar. Pertamanya adalah kelas daripada golongan diraja termasuk kaum

kerabat dan anak-anak raja. Penghormatan dan status mereka dalam golongan diraja

bergantung kepada kedudukan mereka mengikut hierarki dalam kelas itu.

Di bawah golongan raja terdapat golongan pembesar ataupun pentadbir yang

mempunyai bidang tugas yang masing-masing. Golongan pembesar ini terdiri daripada

senapati, nayaka, pratyaya, hajiprajaya, dan dandanayaka. Tugas senapati ialah sebagai

ketua angkatan tentera bagi wilayah dan fungsinya mungkin sama dengan fungsi

Laksamana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Di bawahnya adanya Pratisara yang

merupakan ketua tentera bagi golongan hamba. Sementara, Nayaka berperanan sebagai

Page 5: Kerajaan Srivijaya

5

penghulu bendahari serta memungut cukai daripada rakyat dan manakala Hajiprajaya

berperanan sebagai temenggung atau ‘Royal Sheriffs’. Dandanayaka iaitu ketua hakim

yang merupakan pentadbir tertinggi. Pratyaya ialah menteri yang bukan berketurunan

Raja yang bertanggungjawab langsung kepada Raja dan mentadbir hartanah diraja5.

Selain daripada golongan pembesar tersebut, terdapat juga golongan pembesar yang

boleh dimasukkan dalan golongan pentadbir ialah murdahaka yang berperanan sebagai

penghulu. Vatakvurah iaitu penyelia perdagangan dan pertukangan di pelabuhan dan

tugasnya adalah seperti syahbandar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Puhawang

ialah pengendali kapal dan nakhoda. Kumaramatya ialah menteri ataupun pembesar yang

bukan berketurunan diraja. Sthapaka ialah golongan sami-sami ataupun ketua bagi

upacara keagamaan diraja dan penasihat diraja dalam hal ehwal keagamaan. Adhyaksa

ialah penghulu bagi rakyat yang berkasta rendah. Pada zaman empayar Srivijaya juga

telah wujudnya golongan orang-orang kaya ataupun Kumaramatya iaitu ‘Non-Royal

Ministers’. Selain itu, terdapat juga kelas pekerja seperti Kayasdpa iaitu berjawatan

sebagai kerani dan Sthapaka iaitu jawatan arkitek. Kelas sosial yang seterusnya ialah

orang merdeka ataupun rakyat dan golongan hamba abdi. Kewujudan kelas orang

merdeka dan hamba abdi jelas kelihatan dalam inskripsi Telaga Batu dimana terdapat

catitan satu jawatan penghulu atau ketua bagi rakyat yang merdeka yang terdiri daripada

kelas kasta rendah. Akhirnya, terdapat juga golongan hamba-hamba raja6.

5 Kenneth R. Hall, Exploration in Early Southeast Asian History: The Origin Of Southeast Asian Statecraft,

Michigan: University of Michigan, 1980, hlm. 70.

6 Paul Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanjung Malaysia, hlm. 168-169.

Page 6: Kerajaan Srivijaya

6

(1.2) Mempunyai Angkatan Tentera yang Kuat dan Pemerintah yang Cekap

Kedudukan kerajaan Srivijaya yang sangat strategik di Palembang membolehkan

kerajaannya untuk mengawal perairan Selat Melaka dan Selat Sunda. Oleh itu,

pemerintah Srivijaya telah menyediakan angkatan tentera yang kuat bagi kerajaannya

untuk menakluk serta menguasai kerajaan-kerajaan di sekitar dengan menguasai

kedudukan yang strategik. Hal ini kerana tentera merupakan tulang belakang yang

penting dalam kerajaan. Jika lemahnya sistem ketenteraan maka musnahlah kerajaaan itu.

Pernyataan ini dikuatkan lagi dengan penemuan batu bersurat yang bertarikh 682 Masihi

di Kedudukan Bukit yang mempunyai inskripsi yang menceritakan perihal kerajaan

Srivijaya mempunyai angkatan tentera dengan sekurang-kurangnya 20000 orang tentera

yang berkebolehan pada masa kegemilangannya.7 Keadaan semulajadi yang strategik

yang dimiliki oleh kerajaan Sriviajaya telah menambah keutuhan benteng pertahanan

Srivijaya.

Kerajaan Srivijaya ini menggunakan taktik peperangan untuk memperluaskan kuasanya.

Sebagai contoh, Srivijaya telah menakluki kerajaan Jawa semata-mata untuk menguasai

Selat Sunda yang berperanan sebagai laluan perdagangan rempah-ratus yang utama pada

masa itu. Kecekapan pemerintah dalam ekspedisi meluaskan tanah jajahan dalam dilihat

kerajaan Srivijaya. Misalnya di bawah pemerintahan Raja Dapunta Hyang, Srivijaya yang

mempunyai angkatan tentera laut yang sangat kuat dan besar sehingga dapat menyerang

dan menguasai Kerajaan Kedah Tua di Semenanjung Tanah Melayu yang pada ketika itu 7 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2008, hlm. 122.

Page 7: Kerajaan Srivijaya

7

sedang berkembang maju sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting di Asia

Tenggara dan juga kerajaan Melayu - Jambi. Srivijaya dapat menguasai kerajaan-kerajaan

kecil di sekitar kerana kekuatan tentera dan kebolehan raja-rajanya.

Di dalam sistem ketenteraan Srivijaya, terdapat dua kelas tentera iaitu tentera di pusat

pemerintahan dan di peringkat wilayah. Di pusat pemerintahan merupakan tentera diraja

yang diketuai oleh Nisamvarddhiku parvvanda. Manakala di peringkat wilayah pula di

ketuai oleh Senapati. Jawatan tentera kemudianya dibahagikan kepada tiga peringkat

utama iaitu Parvanda, Senapati dan Pratisara. Parvanda merupakan angkatan tentera

peringkat pusat. Ia mempunyai hubungan langsung dengan raja dan berperanan memberi

arahan ketenteraan. Di bawah Pravanda pula ialah Senapati dan akhir sekali ialah

Pratisara iaitu ketua tentera bagi golongan hamba. Pratisara dan Senapati

bertanggungjawab terhadap Pravanda iaitu segala tugas yang di arahkan oleh Pravanda

perlulah dilaksanakan.8

Peranan ini dibahagikan adalah untuk memastikan setiap tugas dan pekara yang

dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sistematik. Antara tugas dan peranan utama

angkatan tentera Srivijaya ialah mengawal aktiviti perlanunan. Selain itu, mereka juga

perlu menangani serangan musuh. Hal ini adalah untuk memastikan kemakmuran dan

kelancaran terjamin. Hulun aji atau juga dikenali sebagai hamba raja turut di kerah

menjadi tentera semasa peperangan. Pratisara adalah bertanggungjawab ke atas golongan

hamba raja yang dikerah menjadi tentera. Kekuatan kerajaan akan dibantu oleh kekuatan

8 Kenneth R. Hall, Explorations In Early Southeast Asian History: The Origins Of Southeast Asian Statecraft, Michigan: University of Michigan, 1980, hlm. 73.

Page 8: Kerajaan Srivijaya

8

tentera kerana tentera akan bersikap profesional untuk memastikan negara berada dalam

keadaan yang aman.9

(1.3) Perluasan Kuasa dan Penaklukan

Setiap empayar ataupun kerajaan perlu meluaskan kawasan jajahan takluknya untuk

muncul sebagai sebuah kuasa yang agung dalam lipatan sejarah. Empayar Srivijaya telah

meluaskan kekuasaaan melalui misi-misi ketenteraan di Bangka, Tulang Bawang,

Minangkabau dan Tarumangara (Jawa Barat). Selain itu, Srivijaya juga telah melancarkan

misi perluasan kuasanya sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Srivijaya telah

menakluki Kedah Tua dan Ligor di Pantai Timur. Penguasaan ini penting kerana hal ini

membolehkan Srivijaya menguasai beberapa pusat perdagangan sekunder yang

merupakan pelabuhan entrepot penting di Selat Melaka seperti Jenderam Hilir, Kuala

Selising, Kota China dan Lembah Bujang. Manakala sumber China juga mencatatkan

bahawa Srivijaya telah menguasai sebanyak 14 buah pelabuhan utama di Asia Tenggara

pada abad ke-11 Masihi. Hal ini membolehkan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan

Thallasocracy yang penting di Asia Tenggara.10

(1.4) Penguasaan Terhadap Orang Laut

9 Kenneth R. Hall, Explorations In Early Southeast Asian History: The Origins Of Southeast Asian Statecraft, hlm. 74.10 Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, hlm. 84.

Page 9: Kerajaan Srivijaya

9

Menurut O.W. Wolters dalam bukunya “Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu”

menjelaskan bahawa kejayaan Srivijaya terletak pada kemampuan pemerintahnya

menguasai orang laut.11 Orang Laut merupakan panggilan orang Melayu merujuk kepada

suatu corak budaya manusia daripada satu kumpulan manusia Melayu yang mendiami

persisiran laut di dalam sampan atau perahu dan hidup mereka secara nomad. Penguasaan

ke atas Orang Laut ini amat penting oleh sebab tanpa kawalan itu mereka akan merompak

kapal-kapal yang lalu lalang sebagai mata pencarian. Jadual pelayaran sebuah kapal

China kira-kira tahun 800 Masihi menarik perhatian para pelaut kepada sebuah pulau di

timur laut Srivijaya dan di tempat tersebut terdapatnya ramai perompak lanun dan anak-

anak kapal serta penumpang amat takut kepada mereka.12

Pengembara Cina Buddha bernama Fa Hsien menyebut setelah belayar ke India pada

tahun 413, lautan-lautan yang dilaluinya ‘penuh dengan lanun’ dan para pelaut sentiasa

dalam kebimbangan kapal mereka akan dirompak. Oleh itu, dengan bantuan Orang Laut,

Srivijaya dapat mengawal lanun yang berada di perairan sekitarnya. Hal ini kerana Orang

Laut berpengetahuan mengenai beting karang dan beting pasir yang berbahaya dan ilmu

mereka tentang keadaan angin tempatan membolehkan mereka mengawal jalan-jalan laut

dari angkara perompak lanun dan dengan itu menarik lebih ramai pedagang ke

Srivijaya.13 Orang Laut ini merupakan pasukan perang yang gagah, dan kemahiran

mereka mendayung perahu menjadikan mereka pilihan utama sebagai anak-anak kapal

kerajaan Srivijaya serta menjadi tulang belakang angkatan lautnya. Mereka turut

11 O.W. Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, hlm. 12.12 O.W. Wolters, Early Indonesian Commerce: A Study Of The Origins of Srivijaya, Ithaca New York: Cornell University Press, 1967, hlm. 187.13 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Hong Kong: Macmillan, 1983, hlm. 28-29.

Page 10: Kerajaan Srivijaya

10

menumpahkan taat setia mereka kepada raja-raja dan menjadi tenaga pengimbang kepada

kekuasaan dan kekuatan orang kaya. Oleh sebab mereka tinggal di pulau-pulau dan

sepanjang pantai Palembang dan Jambi, maka mudahlah bagi mereka menyahut perintah

Raja jika timbul sebarang krisis. Mereka dikatakan ‘tidak ada tolok bandingnya di

kalangan bangsa-bangsa lain apabila menentang musuh dan menghadapi maut’. Jelaslah

bahawa orang laut turut memainkan peranan dalam perkembangan kerajaan Srivijaya.14

2. BIDANG EKONOMI:

14 O.W. Wolters, Early Indonesian Commerce: A Study Of The Origins of Srivijaya, hlm. 188.

Page 11: Kerajaan Srivijaya

11

(2.1) Kedudukan Ekonomi yang Kukuh

Srivijaya telah berkembang daripada sebuah pelabuhan kecil menjadi sebuah pelabuhan

antarabangsa dalam sejarah maritim yang mengawal perdagangan antara Timur dan Barat

antara abad ke-8 sehingga abad ke-11. Antara kegiataan ekonomi yang terpenting yang di

jalankan dan menyumbang kepada perkembangang Srivijaya ialah perdagangan. Pada

zaman pertengahan, Srivijaya merupakan pusat perdagangan yang masyhur. Srivijaya

juga telah menguasai pantai yang dianggap istimewa dan telah menarik ahli-ahli

perkapalan melayu yang berulang-alik di pantai itu dan di pulau-pulau yang berhampiran.

Dengan penguasaannya terhadap laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda,

maka Srivijaya memperolehi sumber perdagangan yang lumayan kerana laluan ini

merupakan jalan perdagangan antarabangsa yang terpenting. Perhubungan antarabangsa

dengan negeri-negeri asing ini membolehkan Srivijaya menjalankan perdagangan laut

dengan China. Keagungan Srivijaya dapat diperolehi daripada laporan pedagang Arab

dimana dinyatakan bahawa Srivijaya merupakan bandar yang besar dan mengawal laluan

yang penting. Hal ini dikuatkan dengan laporan daripada sumber China.15

Antara hasil perdagangan yang utama ialah hasil hutan, hasil laut, emas, perak, beras,

besi, tembikar, lacquer, samsu, kapur barus, tanduk badak dan lain-lain. Srivijaya juga

turut kaya dengan sumber semulajadi seperti hasil hutan iaitu kayu cendana, rempah

ratus, kapur barus, damar, sarang burung dan lain-lain lagi. Terdapat juga hasil laut yang

turut membekalkan sumber protein yang berterusan seperti ikan, kulit kura-kura dan lan-

lain. Hasil-hasil ini kemudiaanya di pasarkan di dalam dan luar negeri untuk perdagangan

15 O.W. Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, hlm. 15-19.

Page 12: Kerajaan Srivijaya

12

antarabangsa khususnya dengan China. Bahan-bahan mentah ini turut dibekalkan kepada

pedagang-pedagang luar lain seperti Arab, India, Parsi dan lain-lain. Pelabuhannya juga

mempunyai kemudahan yang baik kepada pedagang-pedagang yang dalam perjalanan

mereka di antara Timur Tengah dengan China. Contoh kemudahan yang disediakan oleh

Srivijaya adalah tempat penyimpanan barang, tempat membaiki kapal dan sebagainya.

Tol dan cukai juga dikenakan kepada para pedagang yang singgah di pelabuhan tersebut.

Terdapat pelbagai rupa kemahiran yang diperlukan untuk memperlengkapi serta

memperbekalkan kapal untuk pelayaran pulang. Pendek kata, Srivijaya berkemampuan

memenuhi tuntutan sebuah pasaran antarabangsa. Satu sumber Arab pada awal kurun ke-

10 menyebut bahawa kekayaan Srivijaya datangnya dari tol dan cukai pelabuhan yang

membuktikan betapa banyaknya kapal yang datang ke situ. Jelaslah bahawa, faktor

ekonomi yang berkembang pesat turut membawa kepada perkembangan kerajaan

Srivijaya hingga membawa kepada kegemilangan.16

3.BIDANG SOSIAL:

(3.1) Pusat Pengajian Agama

16 B. Harrison, Asia Tenggara : Satu Sejarah Ringkas , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966, hlm. 27.

Page 13: Kerajaan Srivijaya

13

Kegemilangan kerajaan Srivijaya juga sering dikaitkan dengan penyebaran agama

Buddha. Hal ini kerana kerajaan Srivijaya merupakan pusat penyebaran agama Buddha

yang terpenting pada ketika itu. Semasa pengembaraan I-Tsing, Palembang adalah

merupakan sebuah pusat agama buddha yang penting. Palembang dikunjungi oleh

mubaligh-mubaligh Buddha dari India dan China. Agama buddha telah berkembang baik

di Kepulauaan Melayu sebelum penghujung abad ke-7. Pengaruh Buddha Mahayana

adalah lebih dominan. Agama Buddha di Srivijaya pada sebahagian besarnya adalah

bermazhab mahayana. Antara bukti yang di temui bahawa kebanyakkan agama Buddha

itu mengikut mazhab mahayana ialah penemuaan patung-patung Bodhisattva. Selain itu,

terdapat juga sebilangan kecil agama buddha yang mengikut mazhab Hinayana di

Palembang ketika itu. Hal ini terbukti melalui penemuaan kitab-kitab di dalam bahasa

sanskrit. Namun demikian perbezaan antara mazhab ini tidaklah sebegitu nyata dan

ketara.17

Menurut sumber dari India iaitu Batu Bersurat Nalanda yang menjurus kepada universiti

Nalanda iaitu pusat pengajian agama Buddha yang sangat penting mencatatkan bahawa

pelajar-pelajar dari China dan Korea akan berada di Srivijaya untuk beberapa seketika

sebelum pergi ke Universiti Nalanda untuk fasa pembelajaran yang seterusnya. Malah,

mubaligh China iaitu I-Tsing yang bersinggah di Srivijaya telah menetap di Srivijaya

antara tahun 645 Masihi sehingga 679 Masihi untuk belajar bahasa Sanskrit dan

menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha. Pengembara Buddha yang masyhor iaitu I-

Tsing pada tahun 671 sewaktu dalam perjalanan ke India mengatakan bahawa terdapat

lebih seribu orang sami Buddha dan segala undang-undang dan upacara-upacara yang

17 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1979, hlm. 60.

Page 14: Kerajaan Srivijaya

14

mereka lakukan adalah sama seperti di India.

Melalui kekayaan yang di peroleh melalui perdagangan, Raja-raja Srivijaya juga telah

membiayai pengajian agama serta membina yayasan-yayasan agama Buddha. Contohnya,

pada tahun 949 Masihi, Raja Rajaputradewa telah membina sebuah kuil di Nalanda.

Sumber China menurut sarjana Leonard & Watson Andaya dalam buku “Sejarah

Malaysia”menjelaskan bahawa seorang raja Srivijaya telah membiayai sebuah kuil Tao

di Kanton manakala seorang lagi telah membina semula tempat pertapaan Buddha di

pusat perhimpunan yang terbesar di Nalanda, India.18

(3.2) Pusat Perkembangan Bahasa dan Kebudayaan

Kerajaan Srivijaya pada masa itu dikatakan mampu dan dapat membentuk masyarakat

Srivijaya yang mempunyai kebudayaan dan tamadun mengikut masa. Sumber China juga

telah menyebut bahawa orang-orang di Srivijaya mahir dalam jurusan ilmu hisab dan

boleh menghitung waktu gerhana matahari dan bulan. Srivijaya juga bertanggungjawab

untuk mengembangkan bahasa Melayu. Hal ini kerana perkataan “Melayu” sebenarnya

berasal daripada nama Kerajaan Malayu yang juga merupakan salah satu ibu kota

kerajaan Srivijaya. Malayu merupakan kerajaan pertama yang diserapkan ke dalam

empayar Srivijaya pada tahun 685 Masihi. Bahasa Melayu yang digunakan pada era

kerajaan Srivijaya adalah Bahasa Melayu lama (old Malay) yang banyak dipengaruhi

oleh bahasa Sanskrit manakala penulisannya menggunakan Aksara Bami. Contoh

penulisan Bahasa Melayu lama di era Srivijaya boleh didapati melalui catitan-catitan

18 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Hong Kong: Macmillan, 1983, hlm. 32.

Page 15: Kerajaan Srivijaya

15

pada batu bukit seperti Batu Bersurat Talang Tuo yang mempunyai tulisan Kawi.

Walaupun ajaran agama Buddha telah mengajar bahasa Sanskrit dan agama Hindu telah

mengajar bahasa Pali tetapi Bahasa Melayu lama dan Jawi tetap digunakan sebagai lingua

franca di Srivijaya.19

(3.3) Hubungan Diplomatik dengan China:

Kerajaan China sememangnya terkenal dalam lipatan sejarah kerana kekuasaan dan

kebesarannya sehingga banyak kerajaan daripada rantau Asia Tenggara menerima

naungannya. Dalam hal ini , kerajaan Srivijaya juga tidak terkecuali. Hsin Tang Shu telah

mencatatkan bahawa Srivijaya telah menghantar utusan yang pertama ke China pada

tahun 670 Masihi untuk mendapatkan naungan ataupun perlindungan daripada kerajaan

China. Perhubungan ini telah menjadi semakin erat selepas Kerajaan China juga telah

mengirimkan seorang pegawainya ke negara Srivijaya pada tahun 683 Masihi. Hal ini

membolehkan keselamatan kerajaan Srivijaya terjamin daripada ancaman kuasa-kuasa

luar yang lain kerana Srivijaya telah berjaya mendapatkan pengaruh daripada kuasa besar.

Justeru itu, Srivijaya telah menghantar lebih banyak utusan untuk menghantar ufti iaitu

pada tahun 695, 702, 716, 728, dan 742 Masihi. Akan tetapi antara tahun 742 sehinggalah

904 Masihi tiada lagi penghantaran ufti melalui utusan ke China berlaku. Hal ini berlaku

kerana besar berkemungkinan Dinasti Tang pada masa itu telah menjadi lemah kerana

menghadapi konflik dalaman ataupun kerajaan Srivijaya telah mencapai tahap yang

setaraf dengan kerajaan China, jadi tidak lagi perlukan perlindungan.20

19 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 56.20 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2008, hlm. 118.

Page 16: Kerajaan Srivijaya

16

KESIMPULAN:

Kelazimannya, setiap yang berada di atas pasti akan jatuh jua. Kegemilangan kerajaan

Srivijaya ini tidak dapat bertahan dengan lebih lama ekoran daripada terdapatnya

beberapa cabaran dari luaran dan dalaman. Cabaran dari luaran contohnya adalah

serangan daripada serangan Dinasti Chola dari India Selatan di bawah pimpinan Rajendra

Chola pada tahun 1025 dan 1068 Masihi, serangan dari Jawa Timur pada tahun 992 dan

1077 Masihi dan akhir sekali tiga kali serangan dari kerajaan Siam yang muncul di

Sukhothai pada tahun 1017, 1025, dan 1068 Masihi. Manakala cabaran dalaman pula,

hubungan kerajaan Srivijaya dengan kawasan kawasan pedalaman yang longgar dan tidak

berjaya mempertahankannya menyebabkan kerajaan tersebut berjaya membebaskan diri.

Kebangkitan kerajaan baru ini telah memberikan saingan terhadap Srivijaya seperti

kerajaan Melayu-Jambi. Kesemua faktor ini telah melemahkan dan membawa kepada

kejatuhan kerajaan Srivijaya yang dahulunya berada pada tahap keagungan dan

membawa kepada kewujudan kerajaan melayu Melaka yang setelah itu mencapai zaman

kegemilangannya di Selat Melaka.

BIBLIOGRAFI :

1. Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd, 2008.

Page 17: Kerajaan Srivijaya

17

2. Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya, Sejarah Malaysia, Hong Kong:

Macmillan, 1983.

3. B.Harrison, Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1966.

4. Hall. D.G.E., Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1979.

5. Hall, Kenneth R., Exploration in Early Southeast Asian History: The Origin of

Southeast Asian Statecaft, Michigan: University of Michigan, 1980.

6. Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979.

7. Paul Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanjung

Malaysia, Yogyakarta: Penerbit Mitra Abadi, 2009.

8. Wolters, O.W., Early Indonesian Commerce: A Study of The Origin of Srivijaya, Ithaca

New York: Cornell University Press, 1967.

9. Wolters, O.W., Kejatuhan Srivijaya dan Sejarah Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,

1990.