unit 3 nota dan latihan

13
PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/1 NAM/KKJU/2012 OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mengetahui takrifan rintangan, unit piawai, simbol rintangan, saiz, kadaran kuasa, jenis perintang dan faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan. Mengaplikasi rintangan dalaman menggunakan formula. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :- Menulis semula maksud rintangan dalam litar elektrik Menulis semula unit piawai dan simbol rintangan Menyenaraikan saiz dan kadaran kuasa bagi perintang Menamakan jenis-jenis perintang dan kegunaannya. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan

Upload: hanim-husaif

Post on 04-Aug-2015

413 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/1

NAM/KKJU/2012

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :

Mengetahui takrifan rintangan, unit piawai,

simbol rintangan, saiz, kadaran kuasa, jenis

perintang dan faktor-faktor yang mempengaruhi

rintangan.

Mengaplikasi rintangan dalaman menggunakan

formula.

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-

Menulis semula maksud rintangan

dalam litar elektrik

Menulis semula unit piawai dan

simbol rintangan

Menyenaraikan saiz dan kadaran kuasa

bagi perintang

Menamakan jenis-jenis perintang dan

kegunaannya.

Menyenaraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi rintangan

Page 2: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/2

NAM/KKJU/2012

Mengira nilai rintangan dalaman

menggunakan formula.

3.0 PENGENALAN

Di dalam litar elektronik, rintangan tambahan diperlukan untuk

mengawal kadar aliran arus. Komponen yang memenuhi kehendak

tersebut dinamakan sebagai perintang.

Perintang ialah sejenis komponen pasif yang kerap digunakan di dalam

litar disamping komponen yang lain.

Rajah 3.1 Perintang

Page 3: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/3

NAM/KKJU/2012

3.1 TAKRIFAN RINTANGAN DALAM LITAR ELEKTRIK

Rintangan ialah tentangan yang diberikan oleh sesuatu bahan kepada

pengaliran arus yang melaluinya.

3.2 UNIT PIAWAI DAN SIMBOL RINTANGAN

Rintangan diukur dalam unit Ohm (Ω)

Simbol bagi rintangan ialah R

Pecahan unit ohm (Ω) adalah seperti berikut:

1000 Ohm () = 1 Kilo Ohm (1 k)

100000 Ohm () = 100 Kilo Ohm (100 k)

1000000 Ohm ()= 1 Mega Ohm (1 M)

1.5 juta Ohm () = 1.5 Mega Ohm (1.5 M)

Jadual 3.1 Nombor piawai bagi unit

UNIT SIMBOL UNIT NOMBOR PIAWAI

Giga G 1 x 109

R

atau R

atau R

R

Rajah 3.2 Perintang Tetap

Rajah 3.3 Perintang Boleh Ubah

Page 4: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/4

NAM/KKJU/2012

Mega M 1 x 106

Kilo k 1 x 103

mili m 1 x 10-3

mikro µ 1 x 10-6

nano n 1 x 10-9

piko p 1 x 10-12

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi

di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

a) Nyatakan maksud perintang ?

b) Nyatakan maksud rintangan ?

c) Tukarkan nilai perintang yang diberi kepada Ohm ()

i) 6.8 Mega Ohm

ii) 6.8 Kilo Ohm

Masa untuk menjawab aktiviti…….

Selamat Maju Jaya !!!!!!

Page 5: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/5

NAM/KKJU/2012

iii) 6.8 Giga Ohm

3.3 SAIZ DAN KADARAN KUASA PERINTANG

Kadar kuasa perintang bergantung pada saiz fizikalnya. Semakin besar

saiz diameter perintang, semakin besar kuasa yang mampu

ditanggungnya.

Nilai kuasa perintang adalah antara 0.25 W hingga 100 W. Rajah 3.4

menunjukkan perintang dengan kadar kuasanya.

Rajah 3.4 Perintang dengan kadar kuasa

Page 6: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/6

NAM/KKJU/2012

3.4 JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYA

Terdapat 2 jenis perintang yang sering digunakan.

3.4.1 Perintang tetap

Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah

nilai rintangannya.

Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan

perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya.

Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan

menggunakan kod warna perintang.

Contoh perintang tetap ialah seperti berikut.

Perintang komposisi karbon

Perintang berselaput karbon

Perintang belitan dawai

Rajah 3.5 Perintang karbon

3.4.2 Perintang Boleh Ubah

Selain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis

perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar

elektronik seperti reostat, meter upaya dan praset.

Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut

kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor.

Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan

suhu dan voltan.

Jadual 3.2 menunjukkan simbol, bentuk fizikal dan ciri-ciri

perintang boleh ubah.

Page 7: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/7

NAM/KKJU/2012

Jadual 3.2 Simbol, bentuk fizikal dan ciri perintang boleh ubah.

Perintang boleh

ubah

Simbol

Bentuk fizikal

Ciri-ciri

Reostat

Nilai rintangan boleh diubah

dengan melaraskan tombol boleh

laras.

Meter upaya

Praset

Nilai rintangan boleh diubah.

Termistor

Termistor pekali positif – nilai

rintangan bertambah dengan

pertambahan suhu.

Termistor pekali negatif – nilai

rintangan berkurang dengan

pertambahan suhu.

Page 8: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/8

NAM/KKJU/2012

Varistor

Digunakan sebagai pengawal

voltan pusuan iaitu kenaikan

voltan yang berlaku secara tiba-

tiba yang disebabkan oleh

pensuisan, kilat dan perubahan

beban yang mendadak.

Gariskan jawapan yang betul pada kenyataan yang diberikan.

1) Kadar kuasa perintang bergantung kepada ( saiz , bahan ) fizikalnya.

2) Terdapat ( 3 , 2 ) jenis perintang yang sering digunakan.

3) ( Perintang boleh ubah , Perintang tetap ) boleh diubah nilainya

mengikut kehendak pengguna.

Mari cuba buat

aktiviti…

Page 9: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/9

NAM/KKJU/2012

4) Kod warna perintang boleh digunakan untuk menentukan nilai rintangan

( perintang boleh ubah , perintang tetap ).

3.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

RINTANGAN

Terdapat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai sesuatu

rintangan. Antaranya ialah seperti di bawah :

1. Panjang sesuatu pengalir iaitu berkadar terus dengan

rintangan. R α ℓ.

2. Luas keratan rentas pengalir iaitu berkadar songsang dengan

rintangan R α 1/A

3. Kerintangan bahan yang digunakan.

4. suhu bagi pengalir.

3.6 NILAI RINTANGAN DALAMAN DENGAN FORMULA

R = ρℓ

A

Page 10: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/10

NAM/KKJU/2012

Dengan

R = Rintangan ρ = Kerintangan

ℓ = Panjang A = Luas keratan

Contoh 3-1

Carikan rintangan bagi karbon sekiranya kerintangannya adalah 3.5 x 10-5

Ωm dengan luas muka keratan rentas adalah 0.2 m² dan panjangnya adalah

0.3 m.

ρ = 3.5 x 10-5 Ωm A = 0.2 m² ℓ = 0.3 m

Penyelesaian

R = ρ ℓ

A

= (3.5x10-5) (0.3)

0.2 m²

= 5.25 x 10-5Ω

Contoh 3-2

Carikan panjang bagi karbon sekiranya rintangannya adalah 3x10-5 Ω

dengan luas muka keratan rentas adalah 0.3 m².

ρ = 3.5x10-5 Ωm R = 3x10-5 Ω A =0.3 m²

Penyelesaian

ℓ = RA

ρ

= (3x10-5 Ω) (0.3m²)

3.5x10-5 Ωm

Page 11: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/11

NAM/KKJU/2012

= 9x10-6 Ω

3.5x10-5m

= 0.257m

1) Carikan rintangan bagi karbon sekiranya kerintangannya adalah

3.5x10-5Ωm dengan luas muka keratan rentas adalah 0.5 m² dan

panjangnya adalah 1 m.

2) Carikan panjang bagi karbon sekiranya rintangannya adalah 5x10-5Ω

dengan luas muka keratan rentas adalah 0.7 m².

3) Carikan luas permukaan bagi karbon sekiranya rintangannya adalah

5.5x10-5 Ω dengan panjangnya adalah 1m .

Page 12: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/12

NAM/KKJU/2012

PERINTANG

Ukur dalam unit

ohm (Ω)

Rintangan :-

tentangan yang

diberikan oleh

sesuatu bahan

kepada pengaliran arus

yang melaluinya.

Semakin besar saiz

diameter perintang

semakin besar

kuasa yang mampu

ditanggungnya.

Faktor yang

mempengaruhi rintangan

Jenis

perintang

Perintang boleh ubah

Nilai rintangan

Page 13: Unit 3 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 3/13

NAM/KKJU/2012

UNIT 3

Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Semoga maju jaya.

PENILAIAN 3-1

a) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rintangan.

b) Namakan unit bagi perintang.

c) Lakarkan simbol bagi

i. Perintang tetap

ii. Perintang boleh laras

d) Perintang mempunyai kadar kuasa di dalamnya. Apakah yang

menyebabkan besar atau kecilnya kadar kuasa ini.

PENILAIAN 3-2

a) Terdapat 2 jenis perintang. Namakan perintang-perintang tersebut.

b) Senaraikan 4 faktor yang mempengaruhi rintangan.

c) Carikan rintangan bagi karbon sekiranya kerintangannya adalah

3.5x10-5Ωm dengan luas muka keratan rentas adalah 0.8 m² dan

panjangnya adalah 0.5 m.

? ? ?