nota sce3107

8

Click here to load reader

Upload: siti-haslinda

Post on 08-Apr-2016

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sce3107

http://fastnote.wordpress.com/2011/05/17/biodiversiti-dan-peranannya/

Biodiversiti dan Peranannya

Indahnya bumi Malaysia

Biodiversiti dan Peranannya Terhadap Keseimbangan Alam Sekitar

Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan menjadi warisan kepada generasi akan

datang. Mendengar istilah biodiversiti mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas mengenai

takrifannya. Perkataan biodiversiti sebenarnya merupakan perkataan singkatan bagi ‘biological

diversity’ ataupun kepelbagaian biologi yang mana ia didefinisikan sebagai keanekaan di antara

organisma hidup daripada pelbagai sumber baik daratan mahupun samudera dan lain-lain yang

melangkaui ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks yang termasuk di

dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.Biodiversiti terbahagi kepada tiga

peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem.o Kepelbagaian genetik merupakan kepelbagaian di dalam spesies yang diukur mengikut

variasi dalam gen setiap tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan di antara populasi sesuatu spesies. Bagi kepelbagaian spesies pula ia merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem pula adalah merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik yang lain.

o Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga kerana memiliki negara yang sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Kebanyakan daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-negara lain di dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang mendiaminya, namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini.

o Bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata. Walaupun jumlah bagi spesies tumbuhan dan haiwan vertebrata darat adalah tidak seberapa sebagaimana yang dimiliki oleh empat buah lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan yang terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Kita patut bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk keperluan kehidupan seharian kita. Malah rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

o Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud “Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi

Page 2: Nota Sce3107

rezeki”. Justeru, dalam konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa.

o Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Bagaimanakah biodiversiti dikatakan membantu dalam proses keseimbangan alam sekitar? Jika kita amati, biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran; tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang sekaligus akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia.

o Setiap kejadian yang Allah S.W.T. ciptakan di atas muka bumi ini mempunyai alasan tersendiri. Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, dan penciptaannya bukan sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan mengawal tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak. Didapati kira-kira 99% potensi serangga perosak tanaman adalah dikawal oleh pelbagai jenis organisma merangkumi serangga, burung dan fungi (kulat) selain spesies reptilia yang disebutkan di atas.

o Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi kebanyakan tumbuh-tumbuhan berbunga, pembiakannya bergantung kepada beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, kelawar dan sebagainya dalam membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah lebih daripada satu per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada pendebungaan semulajadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang mendiami hutan kita juga turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi tambahan dalam pembiakan tumbuhan melalui penyebaran biji benih. Di sini sangat jelas menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam mengekalkan keseimbanagn alam sekitar secara semulajadi.

o Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak sebagai gedung kepada karbon yang membantu memperlahankan pembangunan karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu menyumbang kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsung ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke atmosfera melalui hutan hujan menyebabkan hujan ribut malar dan akan menghadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu kawasan dan membantu mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim sejuk ekosistem hutan bertindak sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu mengurangkan kesan suhu dingin.

o Biodiversiti bukan sahaja penting dalam proses menstabilkan iklim, malah ia juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengurangkan kesan bencana alam. Hutan dan padang rumput misalnya sangat membantu dalam melindungi landskap daripada hakisan, kehilangan nutrien dan tanah runtuh melalui tindakan cengkaman akar. Bagi sesetengah ekosistem pantai seperti paya masin, paya bakau dan sebagainya sangat membantu dalam menghalang berlakunya hakisan pinggir pantai dan mengurangkan kesan bencana alam seperti tsunami.

o Selain itu, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam penjanaan tanah dan pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti mikrobiologi oleh spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama, mentibang dan cacing yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah kepada bahan organik dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup. Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam kitaran elemen seperti nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan bukan hidup dalam biosfera.

Page 3: Nota Sce3107

o Selain penting dalam proses penjanaan tanah, ia turut memainkan peranan dalam mengekalkan kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan mengawal kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis partikel-partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri.

o Bukan itu sahaja, malah biodiversiti juga penting dalam mengekalkan kualiti air. Ekosistem tanah lembap(kawasan paya) misalnya membantu menyerap dan mengitar semula nutrien-nutrien penting, merawat kumbahan dan membersihkan sisa tanah. Di dalam sistem muara pula, moluska (binatang berbadan lembut dan bercangkerang) membantu menyingkirkan nutrien daripada air bagi menghalang pengayaan melampau nutrien dan mengelakkan kehadiraan masalah seperti terjadinya eutrofikasi (proses peningkatan laju input bahan organik ke muara atau secara umumnya adalah proses penyuburan perairan secara berlebihan disebabkan oleh kemasukan bahan organik) daripada proses penyalinan baja. Pokok-pokok dan tanah hutan pula bertindak membersih air yang mengalir melalui ekosistem hutan. Dalam proses menghalang tanah daripada dihanyutkan, ekosistem hutan juga berperanan membantu menghalang pemendapan kelodak berbahaya ke sungai dan empangan yang wujud daripada hakisan dan tanah runtuh.

Begitulah besarnya peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Justeru

itu, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu bagi memastikan keseimbangan dan

kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara. Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya

biodiversiti kepada pembangunan umah dan negara perlulah dipupuk dari masa ke semasa agar

keselamatan biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan

biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah tersebut untuk turut

dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh yang demikian, kita perlu mewujudkan satu garis panduan

yang dapat melahirkan satu interaksi sihat antara manusia, biodiversiti dan alam sekitar yang didiami

agar khazanah yang sangat berharga ini akan terus terpelihara.

Page 4: Nota Sce3107

HTTP://WWW.SAFEPROJECT.NET/MS/SCIENCE/

SAINS

Apakah yang sedang kami lakukan?

Projek SAFE adalah satu kajian dan projek penyelidikan jangkapanjang berpusat di hutan hujan tropika

Borneo Malaysia. Projek ini menghala kepada pemahaman kesan modifikasi hutan (pembalakan,

fragmentasi dan penerokaan kawasan hutan kepada perladangan kelapa sawit) terhadap kepelbagaian bio,

fungsi ekosistem dan pembekalan perkhidmatan ekosistem. SAFE merupakan program intergrasi sains

yang pertama di dunai, yang terdiri daripada sekumpulan saintis antara disiplin daripada beberapa

institusi tersohor dunia yang sedang melaksanakan penyelidikan lapangan, yang menumpu kepada tujuh

bidang utama:

Para saintis di Projek SAFE sedang menjalankan satu penyelidikan yang menyeluruh mengkhusus kepada pemahaman bagaimana

ekosistem hutan hujan tropika berfungsi.1. Kepelbagaian dan Komuniti Haiwan

Haiwan invertebrat merupakan kumpulan haiwan dalam hutan hujan tropika yang mempunyai ciri

yang pelbagai. Di sini kita akan mengkhusus kepada dua kumpulan haiwan yang amat penting

dari segi ekologikal – kumbang dan semut. Para ahli biologi akan memantau perubahan kepesatan

dan kepelbagaian spesis ini, menyiasat mengapa sesuatu spesis itu mudah pupus berbanding yang

lain, bagaimana jaringan makanan hutan berubah dan menyesuaikan diri pada ketika spesis

melalui kepupusan, dan bagaimana ia menentukan kestabilan jangkapanjang komuniti hutan

hujan dan kefungsian ekosistemnya.

Kepelbagaian itu bukan sahaja berkenaan berapa spesis wujud pada satu ketika, tetapi yang lebih

penting adalah berapa banyak spesis yang berlainan dapat ditemui pada kawasan baru itu. Di

ladang kelapa sawit, kita bertemu spesis yang sama di merata tempat, tetapi di dalam hutan hujan

tropika kita kerap menjumpai lebih banyak spesis-spesis berbeza dalam kita meluaskan pencarian

kita di kawasan yang lebih besar.Ruang kepelbagaian ini digelar ‘kepelbagaian beta’, dan oleh itu,

memahami bagaimana modifikasi hutan mengubah kepelbagaian beta adalah satu matlamat

penting Projek SAFE.

Impak modifikasi hutan ke atas haiwan yang besar juga diberi perhatian penting, iaitu kawasan

hutan yang didiami spesis tersendiri dan menarik seperti enggang dan orang utan. Bagi

memahami impak ke atas spesis ini, kami akan menanda-tangkap semula binatang yang mewakili

Page 5: Nota Sce3107

kelompok spesis pelbagai secara meluas. Haiwan yang tersingkir akibat pembasmian hutan akan

dijejak untuk mengetahui berapa jauh pengembaraan mereka sebelum berjumpa kawasan baru,

sejauhmana haiwan-haiwan ini terhimpit dalam satu kawasan apabila keluasan hutan menjadi

kecil, dan bagaimana pembasmian hutan dan kesesakan ini memberi kesan terhadap tahap

tekanan serta beban parasit mereka. Penemuan daripada kajian akan membantu para saintis

membentuk strategi yang lebih baik dalam memelihara spesis-spesis utama ini dikala persekitaran

sedang mengalami perubahan yang begitu cepat.

2. Kepelbagaian dan Komuniti Tumbuhan

Pokok membentuk dasar struktur sesuatu hutan, membekalkan makanan dan perlindungan

kepada haiwan, serta menyimpan karbon dari atmosfera. Namun pada hakikatnya, pokok jugalah

yang secara langsung terjejas akibat kegiatan pembalakan dan pembasmian hutan. Untuk

memahami bagaimana komuniti pokok mengalami kesan dan mengapa beberapa spesis dapat

bertahan walaupun di dalam pecahan hutan yang kecil, kami akan mencatat pola kepelbagaian

pokok dan bagaimana pola ini berubah mengikut masa sejurus modifikasi hutan. Ini termasuklah

kajian bagaimana modifikasi hutan mengubah cara spesis pokok berinteraksi, seperti menentukan

sejauhmana liana menjerut pokok-pokok di hutan yang dibalak. Penemuan daripada kajian ini

akan membantu para saintis membentuk strategi yang lebih baik dalam memelihara spesis-spesis

utama ini dikala persekitaran sedang mengalami perubahan yang begitu cepat.

3. Kitaran Nutrien

Kadar putaran nutrien di dalam hutan membataskan produktiviti hutan. Para ahli biologi akan

memantau kadar dalam perubahan ekosistem hutan hujan bagi memahami bagaimana modifikasi

hutan mengubah kadar kitaran nutrien. Ini termasuklah mengukur berapa banyak dan kecepatan

dedaun gugur dari pokok, cepat mana dedaun terurai dan mereput, kepantasan bahan mereput

diserap ke dalam tanah dan bagaimana secara berkesan tumbuh-tumbuhan mengekstrak nutrien

dari tanah. Penemuan daripada kajian akan membantu para saintis membentuk strategi yang lebih

baik dalam memelihara spesis-spesis utama ini dikala persekitaran sedang mengalami perubahan

yang begitu cepat.

4. Tanah

Tanah adalah komponen penting untuk kedua-dua hutan dan juga ekosistem pertanian, maka di

dalam Projek SAFE kami akan cuba memahami bagaimana penerokaan hutan kepada pertanian

mengubah sifat tanah. Para ahli ekologi akan memantau perubahan struktur tanah, kesuburan

tanah, nutrien yang terkandung di dalam tanah dan kecepatan kitaran nutrien. Kami juga akan

menjejak kadar hakisan, di mana ia akan dihubungkait dengan suatu pemantauan berterusan

mengenai beban endapan dalam anak-anak sungai dan sungai-sungai. Penemuan daripada kajian

ini akan membantu para saintis menyatakan kuantiti tahap pembasmian hutan yang akan

menjamin supaya kelangsungan pertanian tidak terjejas.

Page 6: Nota Sce3107

Keluasan data yang dikumpul dalam Projek SAFE akan membolehkan kita menyiasat bagaimana komponen-komponen yang

berbeza dalam ekosistem tropika berinteraksi sesama sendiri, dan bagaimana interaksi ini berubah apabila hutan primer dibalak,

difragmen dan diteroka menjadi kawasan perladangan secara intensif. Memahami pertalian antara bahagian-bahagian berbeza

ekosistem adalah asas kepada matlamat kami agar ekosistem diurus dengan berkesan di masa depan.5. Air

Bekalan air yang bersih merupakan satu perkhidmatan ekosistem yang penting yang dibekalkan

oleh hutan untuk manusia. Menjamin kebersihan bekalan ini dikala hutan mengalami modifikasi

bukanlah mudah. Para ahli hidrologi daripada Projek SAFE akan terus memantau aliran air,

beban endapan, dan pencemaran nitrat dan fosfat daripada baja pertanian yang meresap ke dalam

anak-anak sungai dan sungai-sungai. Penemuan daripada kajian ini akan membantu para saintis

menyatakan kuantiti tahap pembasmian hutan yang akan menjamin supaya kelansungan hasil

pertanian tidak menjejaskan bekalan air yang bersih.

6. Kitaran Karbon

Pencemaran pengeluaran karbon yang berpunca daripada manusia adalah penyebab utama

perubahan iklim global, manakala pembasmian hutan tropika dipercayai menyumbang 15-20%

pencemaran hasil perbuatan manusia. Pada masa yang sama, pokok hutan hujan dan tanah

menyimpan banyak karbon, ia menyerap karbon dari ruang atmosfera sehingga tidak berupaya

mengimpak iklim. Projek SAFE mengumpul para ahli ekologi dan ahlis saintis atmosfera untuk

menjejak perubahan di dalam stok dan aliran karbon di dalam hutan yang terubah, termasuk

pengeluaran CO2 ke atmosfera akibat pembersihan hutan dan tanah akibat pembasmian hutan,

berapa cepat pokok yang bertumbuh menyingkir karbon dari atmosfera, sehinggalah kepada kadar

pernafasan setiap pokok. Penemuan dari kajian ini akan membantu para saintis mereka strategi

yang lebih baik dalam meminimumkan pengeluaran karbon akibat modifikasi hutan.

7. Mikroiklim

Mikroiklim memainkan peranan penting dalam kefungsian ekosistem hutan, dengan secara

langsung mempengaruhi proses-proses perpeluhan tanah, kitaran nutrien, pemulihan tumbuh-

tumbuhan dan kadar kematian invertebrat. Para ahli ekologi akan menjejak perubahan-perubahan

pada keadaan mikroiklim hutan, menyiasat bagaimana kanopi hutan hujan yang masih ada itu

menampan suhu dan kelembapan di atas tanah dan di dalam tanah, di mana di sinilah

kepelbagaian bio hutan hujan dunia dan kebanyakan proses ekologi yang menjamin hutan tropika

Page 7: Nota Sce3107

itu tertumpu. Kajiselidik ini akan meneliti bagaimana perubahan pada struktur hutan akan

mengurangkan keupayaan kanopi hutan hujan menampan mikroiklim dalamannya, satu faktor

utama dalam menentukan kepekaan ekosistem hutan terhadap perubahan iklim global. Penemuan

dari kajian ini akan membantu para ahli saintis mereka strategi yang lebih baik untuk mengurus

hutan yang telah diubah dikala persekitaran sedang mengalami perubahan yang begitu cepat.

MENGAPA KAMI MELAKUKAN INI?

Pengumpulan dan analisis data sepanjang Projek SAFE akan memberi manfaat penting terhadap

persekitaran dan kemasyarakatan. Bersama-sama, dengan menggabungkan data daripada pelbagai aspek

ekosistem akan membolehkan kita menjelaskan dan mengukur kesan alam sekitar akibat modifikasi

hutan, dan memutuskan peri-pentingnya mengekalkan tompok-tompok hutan di dalam satu lanskap

perladangan. Lebih spesifik lagi, tujuan utama Projek SAFE adalah:

1. Menyediakan dasar saintifik untuk pemeliharaan dan pengurusan hutan hujan yang sediakala

wujud sebagai tompok-tompok hutan di dalam kawasan perladangan

2. Memutuskan peranan yang dimainkan oleh hutan hujan yang difragmen dalam mengekalkan

kepelbagaian bio dan khidmat ekosistem.

3. Membentuk garispanduan yang jelas bagaimana membangun dan mengurus perladangan

kelapa sawit (perladangan yang baru dan yang sedia wujud) untuk meminimakan kesan alam

sekitar

4. Mengukur daya ketahanan dan kestabilan jangkapanjang ekosistem hutan yang terubah dalam

mengalami perubahan alam sekitar global

Page 8: Nota Sce3107