nota sains bab 7 tingkatan 2

5
BAB 7 DINAMIK (DYNAMICS) Daya Daya (force) merupakan tolakan (push) atau tarikan (pull) yang bertindak ke atas sesuatu objek. Aksi seperti mengangkat, regangan, berpusing dan menekan adalah melibatkan tolakan dan tarikan. Pelbagai jenis daya Daya adalah suatu tindakan yang boleh mengubah kedudukan objek pegun (tidak bergerak) atau objek yang bergerak di dalam garis lurus. Daya tidak boleh dilihat atau dirasai tetapi kehadirannya boleh diperhatikan sebagai kesan-kesan daya (effects of force). Daya boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti: Daya geseran Daya geseran (frictional force) adalah suatu daya yang menentang gerakan antara dua objek yang bersentuhan. Daya geseran boleh; memperlahankan objek yang sedang bergerak. memberhentikan objek yang sedang bergerak. mengelakkan sesebuah objek pegun daripada bergerak. Daya geseran bertindak menentang arah gerakan objek. Sebagai contoh, daya geseran antara permukaan jalan dan tayar motorsikal membolehkan sesebuah motosikal itu untuk bergerak di atas jalan raya.

Upload: kalaimani25

Post on 06-Dec-2015

382 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Nota ini merangkumi sains bab 7 Tingkatan 2

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sains Bab 7 Tingkatan 2

BAB 7 DINAMIK (DYNAMICS)

Daya

Daya (force) merupakan tolakan (push) atau tarikan (pull) yang bertindak ke atas sesuatu

objek.

Aksi seperti mengangkat, regangan, berpusing dan menekan adalah melibatkan tolakan dan

tarikan.

Pelbagai jenis daya

Daya adalah suatu tindakan yang boleh mengubah kedudukan objek pegun (tidak bergerak)

atau objek yang bergerak di dalam garis lurus.

Daya tidak boleh dilihat atau dirasai tetapi kehadirannya boleh diperhatikan sebagai kesan-

kesan daya (effects of force).

Daya boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti:

Daya geseran  

Daya geseran (frictional force) adalah suatu daya yang menentang gerakan antara dua objek

yang bersentuhan.

Daya geseran boleh;

memperlahankan objek yang sedang bergerak. 

memberhentikan objek yang sedang bergerak.

mengelakkan sesebuah objek pegun daripada bergerak.

Daya geseran bertindak menentang arah gerakan objek. Sebagai contoh, daya geseran antara

permukaan jalan dan tayar motorsikal membolehkan sesebuah motosikal itu untuk bergerak di

atas jalan raya.

Page 2: Nota Sains Bab 7 Tingkatan 2

Daya graviti

Daya graviti (gravitational force) ialah daya yang tertarik ke pusat bumi. Daya ini menyebabkan

semua benda yang dilambung akan jatuh semula ke bawah.

Daya elektrik

Daya elektrik dihasilkan apabila elektron (cas negatif) bergerak melalui satu konduktor.

Daya elektrostatik

Daya elektrostatik (electrostatic force) adalah disebabkan oleh cas yang terbentuk pada objek

yang telah digosok. Objek dengan cas yang sama akan menolak antara satu sama lain,

manakala objek dengan cas yang berbeza akan menarik antara satu sama lain.

Page 3: Nota Sains Bab 7 Tingkatan 2

Daya magnet

Daya magnet (magnetic force) ialah daya tarikan antara magnet dan bahan-bahan magnetik

seperti paku. Daya magnet tinggi pada kedua-dua kutub utara dan selatan. Magnet dengan

kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain, manakala magnet dengan kutub yang

berbeza akan saling menarik.

Daya elektromagnet

Daya elektromagnet (electromagnetic force) adalah magnet yang dibuat dengan memagnetkan

sekeping teras feromagnet dengan membenarkan arus elektrik mengalir melalui gegelung

konduktor sekeliling teras tersebut.

Elektromagnet boleh menarik bahan magnet seperti keluli dan besi selagi mana arus elektrik

dibekalkan.

Daya elektromagnet digunakan untuk menarik besi berat.

Daya elektromagnet juga digunakan untuk mengendalikan keretapi Maglev (Maglev train) untuk

mengurangkan geseran antara keretapi dan rel besi di bawahnya.

Page 4: Nota Sains Bab 7 Tingkatan 2

Penyukatan Daya

Daya (force) disukat dalam unit newton (N).

Daya boleh disukat dengan menggunakan neraca spring (spring balance).

1 N yang ditunjukkan pada neraca spring adalah lebih kurang sama dengan 100 g.

Berat 100 g = 1 N

Berat 1 kg = 10 N

Penyukatan magnitud daya dengan menggunakan neraca spring.