nota kemahiran sains

47
Kemahiran Sains Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan dan pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003). Kemahiran Proses Sains Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran mengelas,

Upload: noor-mardiana-mat-omar

Post on 05-Dec-2014

268 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

untuk semua

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kemahiran Sains

Kemahiran SainsKemahiran Manipulatif

            Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan

sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan

sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan

cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul

dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan

dan pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003).

  

 Kemahiran Proses Sains

            Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari

jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia

merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada

kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat

Perkembangan Kurikulum 1999). Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal

pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran

mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat

inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran

menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula

ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, kemahiran

Page 2: Nota Kemahiran Sains

mengawal pembolehubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran

mengeksperimen.

           

            Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran

proses sains bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum

kemahiran proses sains bersepadu dapat digunakan dengan berkesan. Kemahiran

proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada

tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.

Page 3: Nota Kemahiran Sains

Terangkan bagaimanakah Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran

Manipulatif boleh dikembangkan dalam diri pelajar melalui kerja-kerja amali.

(10 markah)

_____________________________________________________________

_

     Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri

dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk

menyisat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir

serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil

penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan

murid memperkembangkan sikap yang positif.

        Pembelajaran sains menggalakkan sikap saintifik dan nilai murni

termasuk semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, tabah dan prihatin terhadap

hidupan dan menghargai alam sekitar. Apabila murid melaksanakan amali,

mereka telah bersedia dengan langkah-langkah yang akan dijalankan. Murid-

murid juga akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran

proses sains semasa membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal

pembolehubah, menggunakan radas dan spesimen dan semasa proses

mengumpul data serta membuat kesimpulan.

      Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk

menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti

eksperimen,

penyelidikan, dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran

saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

Page 4: Nota Kemahiran Sains

kemahiran manipulatif.

        Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran

proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.

Aktiviti amali Kemahiran Proses Sains

MemerhatiMenggunakan deria penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa atau bau

untuk mengumpulkan maklumat tentang

objek dan fenomena.

Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek

atau fenomena kepada kumpulan masing

masing berdasarkan kriteria tertentu

seperti

ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah

berdasarkan ciri atau sifat sepunya

Mengukur dan

menggunakan nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan nombor dan alat

berunit piawai atau alat yang di

Page 5: Nota Kemahiran Sains

seragamkan sebagai unit rujukan.

Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih

jitu.

Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau idea

dalam pelbagai bentuk seperti tulisan,

lisan,

jadual, graf, rajah atau model.

Mendefinisi operasi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep

dengan menyatakan perkara yang

dilakukan dan diperhatikan.

Mengawal

pembolehubah

Mengenal pasti pemboleh ubah

dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak

balas dan pemboleh ubah yang

dimalarkan.

Dalam sesuatu penyiasatan satu

pemboleh

ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan

hubungannya dengan pemboleh ubah

yang

bergerak balas. Pada masa yang sama

Page 6: Nota Kemahiran Sains

pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum

tentang hubungan antara pemboleh ubah

yang difikirkan benar bagi menerangkan

sesuatu perkara atau peristiwa.

Pernyataan

Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang

munasabah, yang mungkin benar atau

tidak

benar, untuk menerangkan sesuatu

peristiwa atau pemerhatian

Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu

peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

pengalaman yang lalu atau data yang

boleh

dipercayai.

Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk

menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan

data, mentafsirkan data sehingga

mendapat

rumusan daripada aktiviti itu.

Mentafsir data Memberi penerangan yang rasional

Page 7: Nota Kemahiran Sains

tentang

objek, peristiwa atau pola daripada data

yang dikumpulkan

KEMAHIRAN MANIPULATIF MERUPAKAN KEMAHIRAN PSIKOMOTOR DALAM PENYIASATAN SAINS YANG MEMERLUKAN MURID

MELAKUKAN PERKARA YANG BERIKUT SEMASA AMALI DIJALANKAN:1.    MENGGUNAKAN DAN MENGENDALIKAN PERALATAN

DAN BAHAN SAINSDENGAN BETUL.2.    MENYIMPAN PERALATAN DAN BAHAN SAINS

DENGAN BETUL DANSELAMAT.3.    MEMBERSIHKAN PERALATAN SAINS DENGAN CARA

YANG BETUL.4.    MENGENDALIKAN SPESIMEN DENGAN BETUL DAN CERMAT.

5.    MELAKAR SPESIMEN, PERALATAN DAN BAHAN SAINS DENGAN TEPAT

Page 8: Nota Kemahiran Sains

Definisi istilah

Dalam kajian ini, beberapa istilah yang digunakan didefinisikan seperti berikut

dan mengikut format Creswell (1994) dengan penomboran dan pengarisan pada

istilah.

1.6.1 Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran

manipulatif sains yang telah dikenalpasti untuk diperkembangkan dalam kalangan

murid sekolah rendah melalui Kurikulum Sains Sekolah Rendah. Dalam hal ini,

sebanyak tujuh kemahiran proses sains asas, lima kemahiran proses sains bersepadu

dan lima kemahiran manipulatif sains telah dikenalpasti. (PPK, 1993).

1.6.2 Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan

kemahiran proses sains bersepadu. 11

1.6.3 Kemahiran manipulatif sains merupakan kemahiran psikomotor dalam

menjalankan aktiviti sains. Ia melibatkan:-

• Penggunaan dan pengendalian peralatan dan bahan sains dengan betul

• Penyimpanan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat

• Pembersihan peralatan sains dengan cara yang betul

• Pengendalian spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat

• Pelakaran spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat dan berkadaran

betul.

1.6.4 Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati, mengelas, mengukur

dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan

menggunakan perhubungan ruang dan masa.

• Memerhati (observing)-Proses mengumpul maklumat tentang objek dan

fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. Alat

Page 9: Nota Kemahiran Sains

atau instrumen yang dicipta atau direka boleh juga dilaksanakan untuk

membantu deria. Pemerhatian yang dilakukan mungkin pemerhatian kualitatif,

pemerhatian kuantitatif atau pemerhatian perubahan.

• Mengelas (classifying)-Pengumpulan objek berdasarkan ciri-ciri sepunya yang

boleh diperhatikan ke dalam kumpulan yang sama.

• Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)-

Pemerhatian yang dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan

atau alat berunit piawai.

• Membuat inferens (inferring)-Kenyataan tentang sesuatu objek atau peristiwa

berdasarkan pemerhatian yang merupakan penerangan. Penerangan tersebut

mungkin betul atau tidak. 12

• Meramal (predicting)-Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang

akan datang berasaskan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data

yang boleh dipercayai.

• Berkomunikasi (communicating)-Cara untuk mengemukakan idea atau

menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, model,

jadual, graf, gambarajah, carta, peta, simbol, persamaan matematik dan

sebagainya.

• Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space/time relationship)-

Satu proses memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz

sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

1.6.5 Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi mengintepretasi data,

mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan

mengeksperimen.

• Mengintepretasi data (intepreting data)-Mengorganisasikan data dalam bentuk

graf dan membuat kesimpulan berdasarkan graf

• Mendefinisi secara operasi (defining operationally)-Proses memberi definisi

tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan

Page 10: Nota Kemahiran Sains

diperhatikan. Ia membolehkan pembezaan di antara contoh dan bukan contoh

bagi konsep yang dihuraikan.

• Mengawal pembolehubah (identifying variables)-Mengenalpasti pembolehubah

yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen iaitu pembolehubah bersandar,

memalarkan pembolehubah lain dan memanipulasikan pembolehubah tidak

bersandar.

• Membuat/ menyatakan hipotesis (making/stating hypothesis)-Menyatakan hasil

eksperimen yang dijangka berdasarkan data yang ada 13

• Mengeksperimen/ mereka bentuk penyiasatan (experimenting/ designing

investigation)- Mengendalikan suatu eksperimen termasuk mengemukakan

soalan yang relevan, menyatakan hipotesis, mengenalpasti dan mengawal

pembolehubah, mendefinisikan pembolehubah secara operasi dan

mengintepretasikan hasil eksperimen.

1.6.6 Penyeliaan merangkumi penyeliaan klinikal yang bermaksud penyeliaan

sebelum, semasa dan selepas pengajaran pembelajaran.

1.6.7 Bilik darjah merangkumi bilik darjah yang biasa dan juga makmal untuk

pengajaran Sains, Biologi, Kimia dan Fizik.

1

Page 11: Nota Kemahiran Sains

Sains menitikberatkan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah harian dan kemahiran saintifik memainkan peranan yang utama dalam dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah.

APAKAH KEMAHIRAN SAINTIFIK?

Kemahiran saintifik diperlukan oleh seseorang pelajar untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara sistematik.Kemahiran saintifik terdiri daripada Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Kemahiran Proses Sains (Science Process Skills)

Kemahiran proses sains (KPS) merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis, dan sistematik. Terdapat 12 KPS yang harus diperkembangkan dalam kurikulum Sains adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Page 12: Nota Kemahiran Sains

Berdasarkan Teori Peringkat Perkembangan Kognitif, KPS dapat dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB).

Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Asas (Basic Process Skills) mampu

mengembangkan logik dan memahami konsep pengabadian serta dapat membuat pengelasan berasaskan lebih daripada satu ciri pada satu masa. Lazimnya, pelajar yang mempunyai KPSA adalah golongan murid sekolah rendah yang berusia antara 7 hingga 11 tahun (Peringkat Operasi Konkrit).

Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Bersepadu (Integrated Process Skill)pula lebih

pula lebih matang dan dapat menguasai pemikiran yang lebih abstrak serta memahami keperluan untuk mengawal pemboleh ubah apabila menjalani suatu eksperimen. Rata-rata pelajar yang mempunyai KPSB merupakan pelajar yang berusia antara 11 hingga 15 tahun (Peringkat Operasi Formal). Rajah 3 berikut menunjukkan model KPS yang lebih terperinci.

Page 13: Nota Kemahiran Sains

Jadual berikut memberikan definisi bagi komponen-komponen KPS yang telah dibincangkan di atas.

Page 14: Nota Kemahiran Sains

Kemahiran Manipulatif Sains (Science Manipulative Skills)

Kemahiran manipulatif (KMS) ialah kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan pelajar…..

Page 15: Nota Kemahiran Sains

….. menggunakan dan mengendalikan peralatandan bahan sains dengan betul.….. menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.….. membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.….. mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.….. melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Page 16: Nota Kemahiran Sains

Sains merupakan bidang yang menekankan kepada

pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran.  Alam

sekitar merupakan makmal utama  untuk murid menguasai

kemahiran proses sains.   Kepentingan penguasaan kemahiran

proses sains termaktub dalam kurikulum sains sekolah rendah.

”Kurikulum sains sekolah rendah memberikan penekanan

kepada penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik

di samping kepada pemahaman prinsip asas sains serta

pemupukan sikap saintifik.  Strategi pengajaran dan

pembelajaran kurikulum ini menyarankan pendekatan inkuiri

yang menegaskan  pembelajaran melalui pengalaman”...(p. iii)

Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran

membantu murid menguasai kemahiran proses sains.  

Kejayaan menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan

murid sekolah rendah bergantung kepada strategi dan

penyampaian guru semasa pengajaran.  Menurut Kementerian

Pelajaran Malaysia (2006) matlamat sains sekolah rendah

untuk membangunkan perkembangan, minat dan kreativiti

pelajar melalui pengalaman harian dan penyiasatan yang dapat

Page 17: Nota Kemahiran Sains

menggalakkan mereka  untuk menguasai kemahiran berfikir

dan kemahiran saintifik. Penguasaan kemahiran proses sains

dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah harian

mereka.

Dalam melaksanakan pengajaran, guru menggunakan

pelbagai pendekatan agar kandungan dan kemahiran dapat

dikuasai oleh murid.  Fenomena seperti ini akan berlaku

sekiranya guru menyedari kepentingan kemahiran proses sains

dan bersedia mengamalkannya semasa pengajaran di bilik

darjah.  Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya, di

mana penekanan guru adalah terhadap isi pelajaran dan

berorientasikan peperiksaan.  Fenomena ini turut menular

dalam kalangan guru pelatih sains semasa praktikum.

2.0   Penyataan Masalah

Kepentingan kemahiran proses sains dalam pengajaran

sains di sekolah tidak dapat dinafikan lagi.  Walaupun demikian

kemahiran tersebut dianggap sukar untuk dilaksanakan dalam

kalangan guru pelatih pengkhususan sains.  Ini dikukuhkan lagi

dengan kebanyakan guru pelatih Institut Perguruan Kota Bharu

sejak 10 tahun yang lalu menunjukkan masalah dalam

Page 18: Nota Kemahiran Sains

penguasaan kemahiran proses sains semasa melaksanakan

program sepanjang tempoh praktikum.

Menurut Martin, Sexton, Wagner, Gerlovish (1994), 

kemahiran proses sains dalam kalangan guru sekolah rendah.  

Kajian yang dijalankan di Barat Australia menunjukkan  guru-

guru sains lemah dalam penguasaan kemahiran proses sains

dan kurang jelas kelihatan pelaksanaannya dalam pengajaran

sains di sekolah rendah.  Kelompangan dalam penguasaan

kemahiran proses sains ini menimbulkan pelbagai masalah-

masalah lain dalam pengajaran sains.  Manakala Miller (1996)

menyokong pendapat Willian dengan menegaskan bahawa

kemahiran proses sains  akan digunakan dalam pengajaran

sains yang berkesan.  Kemahiran ini juga merujuk kepada

langkah. Prosedur atau aktiviti yang dirancangkan oleh guru

kepada pelajar agar pelajar dilibatkan secara aktif dalam

pembelajaran.

Kemahiran proses sains merupakan salah satu aspek 

penting yang diberikan penekanan dalam pengajaran sains

dalam kalangan guru pelatih sebelum mereka ke sekolah untuk

menjalani praktikum.  Kemahiran proses sains asas yang terdiri

daripada kemahiran memerhati, membuat pengkelasan,

Page 19: Nota Kemahiran Sains

kemahiran mengukur dengan menggunakan nombor,

kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal, kemahiran

berkomunikasi dan kemahiran perhubungan ruang dan masa. 

Manakala kemahiran proses sains bersepadu terdiri daripada

kemahiran mentafsir data, kemahiran mendefinisi secara

operasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran

membuat hipotesis dan kemahiran mengeksperimen.

Walaupun pada peringkat sekolah rendah tidak kesemua

kemahiran proses itu perlu dilaksanakan dalam pengajaran

agar pelajar dapat menguasainya.  Namun guru pelatih telah

didedahkan kesemua kemahiran proses tersebut secara teori

dan amali dengan harapan mereka dapat melaksanakan dalam

pengajaran sains semasa praktikum yang bersesuain dengan

kemampuan pelajar.  Bagi guru pelatih sains terdapat beberapa

kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan praktikum

iaitu kurang berjaya menerapkan kemahiran proses tersebut

dalam pengajaran sains.  Oleh yang demikian, kajian ini ingin

melihat sejauhmana  guru pelatih melaksanakan  kemahiran

proses sains dalam pengajaran mereka.

http://zoharimuda.blogspot.com/2012/07/aplikasi-kemahiran-proses-sains-guru.html

Page 20: Nota Kemahiran Sains

KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS4. Kemahiran membuat inferens

Takrif          Membuat kesimpulan awal yang logik , yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa.Biasanya kesimpulan awal ini, dibuat berdasarkan pengalaman yang lalu.

Anda perlu menguasai kemahiran ini supaya anda boleh...membuat penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian.membina satu hipotesis untuk penyiasatanmengguna bukti-bukti yang ada untuk membuat penerangan awal.melalui proses pemikiran semasa hendak menerangkan  sesuatu pemerhatian.

Anda sedang menginferens apabila.....cuba membuat kesimpulan awal tentang pemerhatian.membuat satu kesimpulan daripada sesuatu data.membuat kesimpulan daripada sesuatu maklumat.membuat satu tanggapan awal.mencari jawapan kepada soalan yang bermula dengan ;      Mengapakah .....?,  Bagaimanakah...?  Nyatakan sebab...

Aktiviti 1: Sekumpulan murid darjah lima sedang menjalankan projek mengkaji kesan penggunaan baja terhadap pertumbuhan pokok. Ketinggian pokok dan banyaknya baja yang diguna telah direkod dalam jadual 1.

Page 21: Nota Kemahiran Sains

Jadual 1 

Apakah inferens yang boleh anda buat?

Aktiviti 2

                  Perhatikan kedua-dua gambar di bawah. Apakah inferens yang boleh anda buat?

Page 22: Nota Kemahiran Sains

1.    Kaedah penyiasatan fizik bermula dengan menanya soalan-soalan yang sesuai tentang suatu fenomena yang diterokai (biasanya soalan tentang apa, mana, bila, mengapa dan bagaimana).

2.    Penaksiran awal dilakukan terhadap soalan-soalan ini dan proses ini dikenali sebagai membuat inferens.

3.    Membuat inferens bermaksud mentafsir atau menerangkan apa yang diperhatikan. Contohnya, apabila jarum galvanometer yang disambung kepada suatu gelung dawai terpesong, inferens yang dapat dibuat ialah arus teraruh dalam gegelung itu.

4.    Inferens merupakan kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan pemerhatian. Kesimpulan awal yang dibuat ini mungkin benar ataupun salah. Untuk mengesahkannya, pemerhatian lanjut perlu dilakukan.

5.    Dalam penyiasatan saintifik, membuat inferens untuk menerangkan sesuatu pemerhatian merupakan satu titik permulaan untuk membuat hipotesis dan seterusnya melekukan eksperimen untuk menguji hipotesis tersebut.

6.    Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

       (a)    Mengenal pasti masalah

       (b)    Membuat hipotesis

       (c)    Merancang eksperimen

               (i)    mengawal pemboleh ubah

Page 23: Nota Kemahiran Sains

               (ii)   menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

               (iii)  menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan

                      data dan menganalisis data

       (d)    Menjalankan eksperimen

       (e)    Mengumpulkan data

       (f)     Menganalisis data

       (g)    Mentafsirkan data

       (h)    Membuat kesimpulan

       (i)     Membuat pelaporan

MENGAPA “MEMBUAT INFERENS?”

Kemahiran Membuat Inferens adalah merupakan salah satu daripada kemahiran proses sains yang

bertujuan untuk: Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

3 – 4 Oktober 2005/ Pej. Pelajaran Gabungan Bhg Sri Aman & MP Batu Lintang, Kuching,

Sarawak

81

i. menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat pemerhatian awal yang

munasabah;

ii. membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian; dan

iii. menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan.

Oleh itu, saya mendapati bahawa kemahiran membuat inferens amat penting dikuasai oleh murid

sekolah rendah kerana ia merupakan soalan yang popular dan sentiasa diuji dalam Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR), mata pelajaran Sains Bahagian B.

Page 24: Nota Kemahiran Sains

Membuat Hipotesis

1.    Hipotesis merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah.

2.    Ciri-ciri hipotesis ialah:

(a)    Hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah

 dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas apabila pemboleh ubah

 yang lain dimalarkan.

(b)    Hipotesis mesti berasaskan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa

hipotesis itu perlu dibuktikan.

(c)    Hipotesis itu mesti boleh diuji.

Page 25: Nota Kemahiran Sains

(d)    Hipotesis mesti ringkas dan jelas.

3.    Contoh hipotesis ialah semakin panjang ladung (pemboleh ubah dimanipulasikan),

semakin lambat ayunannya (pemboleh ubah bergerak balas).

 1 Pengertian Hipotesis

Hipotesis adalah usulan keterangan untuk gejala.

Dalam metode hipotetik-deduktif, hipotesis sebaiknya falsifabel, berarti bahwa mungkin bahwa itu bisa diperlihatkan bahwa itu adalah salah, biasanya oleh pengamatan.

Sebagai contoh, seorang pembaca yang menemukan artikel yang bermutu tinggi di Wikipedia mungkin membentuk hipotesis bahwa artikel Wikipedia hanya bisa diredaksikan oleh sangat memenuhi syarat profesor dengan Ph.D lipat ganda. Ini bisa dianggap sebagai hipotesis, karena falsifabel; bisa disalahkan dengan menyadari bahwa siapa saja bisa meredaksikan artikel Wikipedia, menggunakan pautan "Sunting halaman ini" di atas semua halaman. Suatu eksperimen sehubungan dengan ini adalah dengan mengklik pautan itu, meredaksikan halaman, dan menyimpannya. Jika halaman yang diganti muncul, dan anda tidak mempunyai ini Ph.D ganda, hipotesis anda disalahkan, dan eksperimen berakhir.

2. Cara Membuat Hipotesis Yang Baik

Membuat Hipotesis yang Baik Posted in 21:05 Persyaratan untuk Membuat Hipotesis yang Baik yaitu :- Berupa pernyataan yang mengarah pada tujuan penelitian dan dirumuskan dengan jelas.- Berupa pernyataan yang dirumuskan dengan maksud untuk dapat diuji secara empiris. Menunjukkan dengan nyata adanya hubungan antara dua variabel atau lebih. - Berupa pernyataan yang dikembangkan berdasarkan teori-teori yang lebih kuat dibandingkan dengan hipotesis rivalnya dan didukung oleh teori-teori yang dikemukakan oleh para ahli atau hasil penelitian yang relevan. 

Menurut bentuknya, Hipotesis dibagi menjadi tiga 1. Hipotesis penelitian / kerja: Hipotesis penelitian merupakan anggapan dasar peneliti terhadap suatu masalah yang sedang dikaji. Dalam Hipotesis ini peneliti mengaggap benar Hipotesisnya yang kemudian akan

Page 26: Nota Kemahiran Sains

dibuktikan secara empiris melalui pengujian Hipotesis dengan mempergunakan data yang diperolehnya selama melakukan penelitian. Misalnya: Ada hubungan antara krisis ekonomi dengan jumlah orang stress 2. Hipotesis operasional: Hipotesis operasional merupakan Hipotesis yang bersifat obyektif. Artinya peneliti merumuskan Hipotesis tidak semata-mata berdasarkan anggapan dasarnya, tetapi juga berdasarkan obyektifitasnya, bahwa Hipotesis penelitian yang dibuat belum tentu benar setelah diuji dengan menggunakan data yang ada. Untuk itu peneliti memerlukan Hipotesis pembanding yang bersifat obyektif dan netral atau secara teknis disebut Hipotesis nol (H0). H0 digunakan untuk memberikan keseimbangan pada Hipotesis penelitian karena peneliti meyakini dalam pengujian nanti benar atau salahnya Hipotesis penelitian tergantung dari bukti-bukti yang diperolehnya selama melakukan penelitian. Contoh: H0: Tidak ada hubungan antara krisis ekonomi dengan jumlah orang stress. 3. Hipotesis statistik: Hipotesis statistik merupakan jenis Hipotesis yang dirumuskan dalam bentuk notasi statistik. Hipotesis ini dirumuskan berdasarkan pengamatan peneliti terhadap populasi dalam bentuk angka-angka (kuantitatif). Misalnya: H0: r = 0; atau H0: p = 0

3. Ciri-Ciri HipotesisCiri-Ciri Hipotesis yang Baik Karakteristik Hipotesis yang BaikSebuah hipotesis atau dugaan sementara yang baik hendaknya mengandung beberapa hal. Hal – hal tersebut diantaranya :1) Hipotesis harus mempunyai daya penjelas2) Hipotesis harus menyatakan hubungan yang diharapkan ada di antara variabel-variabel-variabel.3) Hipotesis harus dapat diuji4) Hipotesis hendaknya konsistesis dengan pengetahuan yang sudah ada.5) Hipotesis hendaknya dinyatakan sesederhana dan seringkas mungkin.

Berikut ini beberapa penjelasan mengenai Hipotesis yang baik :- Hipotesis harus menduga Hubungan diantara beberapa variabelHipotesis harus dapat menduga hubungan antara dua variabel atau lebih, disini harus dianalisis variabel-variabel yang dianggap turut mempengaruhi gejala-gejala tertentu dan kemudian diselidiki sampai dimana perubahan dalam variabel yang satu membawa perubahan pada variabel yang lain.

- Hipotesis harus Dapat DiujiHipotesis harus dapat di uji untuk dapat menerima atau menolaknya, hal ini dapat dilakukan dengan mengumpulkan data-data empiris.

- Hipotesis harus konsisten dengan keberadaan ilmu pengetahuan-Hipotesis tidak bertentangan dengan pengetahuan yang telah ditetapkan sebelumnya. Dalam beberapa masalah, dan terkhusus pada permulaan penelitian,

Page 27: Nota Kemahiran Sains

ini harus berhati-hati untuk mengusulkan hipotesis yang sependapat dengan ilmu pengetahuan yang sudah siap ditetapkan sebagai dasar. Serta poin ini harus sesuai dengan yang dibutuhkan untuk memeriksa literatur dengan tepat oleh karena itu suatu hipotesis harus dirumuskan bedasar dari laporan penelitian sebelumnya.

- Hipotesis Dinyatakan Secara SederhanaSuatu hipotesis akan dipresentasikan kedalam rumusan yang berbentuk kalimat deklaratif, hipotesis dinyatakan secara singkat dan sempurna dalam menyelesaikan apa yang dibutuhkan peneliti untuk membuktikan hipotesis tersebut.

MENGUJI HIPOTESISSuatu hipotesis harus dapat diuji berdasarkan data empiris, yakni berdasarkan apa yang dapat diamati dan dapat diukur. Untuk itu peneliti harus mencari situasi empiris yang memberi data yang diperlukan. Setelah kita mengumpulkan data, selanjutnya kita harus menyimpulkan hipotesis , apakah harus menerima atau menolak hipotesis. Ada bahayanya seorang peneliti cenderung untuk menerima atau membenarkan hipotesisnya, karena ia dipengaruhi bias atau perasangka. Dengan menggunakan data kuantitatif yang diolah menurut ketentuan statistik dapat ditiadakan bias itu sedapat mungkin, jadi seorang peneliti harus jujur, jangan memanipulasi data, dan harus menjunjung tinggi penelitian sebagai usaha untuk mencari kebenaran.

KEMAHIRAN MEMBINA HIPOTESIS11. Kemahiran Membina Hipotesis

Takrif         membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan          beberapa siri pemerhatian dan inferens.

Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam .....

1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau    merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf.2. mentafsir inferens dan data secara tepat3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data

Page 28: Nota Kemahiran Sains

5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu    hipotesis8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji9. membezakan inferens daripada hipotesis

Bila dan mengapa perlu membina hipotesis?1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen.2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam   eksperimen.3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam   merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara   bagaimana menganalisis data.4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara   pembolehubah.5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir   eksperimen

Bagaimana membina hipotesis?Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balasdan pembolehubah malarTulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yangdimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimanapembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian

Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panasberbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis,

Page 29: Nota Kemahiran Sains

"Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"

Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali denganmenggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yangdiketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisiair sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas samadengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidakdisokong  oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,

"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens

Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik.Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas.Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turutbertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelungbertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medanelektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferensialah,"Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."

Page 30: Nota Kemahiran Sains

Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong ataumenyangkal hipotesis tersebut.

Bagaimana menilai hipotesis anda?

Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimenmenyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesistersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.

Aktiviti

Anda dikehendaki menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasakkentang. Beri empat faktor dan bagi setiap faktor bina hipotesis yang boleh anda uji.

Mengeksperimen Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.Merupakankemahiran proses sainsperingkat tinggi.Petunjuk Mengeksperimen o Membuat pemerhatiano Mengemukakan soalan serta membuat inferenso Membuat hipotesis yang boleh diujikano Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secaraoperasi

Page 31: Nota Kemahiran Sains

o Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatueksperimeno Menjalankan eksperimen dan memerhati sertamerekod datao Menganalisis dan mentafsir datao Membuat kesimpulano Melapor keputusan eksperimen yang telahdijalankano dalam keempat-empat strategi ni, sy suka kejadian bercanggah, sebab1.menarik minat

murid2.menimbulkan persoalan dari murid3. sifat ingin tahu murid bertambah4.hasil daripada

persembahan kejadian bercanggah, ini akan membuatkan murid untuk menjalankan

penyiasatan, seterusnya Eksperimen!5. sesudah murid menguasai akan sesuatu kejadian bercanggah,

mereka akanmenjalankan demonstrasi kepada ibu bapa dan rakan.6. pemahaman bertambah

apabila murid diminta memberi penjelasan kepada kejadiantersebut.

o

 

A Discrepant Event is something that surprises, startles, puzzles, or astonishes the

observer. Often, a discrepant event is one that does not appear to follow basic “rules

of nature” and the outcome of a discrepant event is unexpected or c

ontrary to what onewould have predicted. The event throws the child "off balance"

intellectually whichmost likely will motivate them to further investigate the science concept.

This strategyis often used in elementary science classes because most children feel the need

to havequestions answered, and there are many discrepant events that occur in the realm

of scientific knowledge. This will promote problem-solving skills on part of the child.The

child will be guided while finding a solution, but he or she will discover thereason for the

discrepant event. Discrepant events can be used:

• to engage students in inquiry• as a demonstration followed by discussion to introduce a new

topic• to engage students in science processes skills• as a small grou

p lab activity

• as a mind

Page 32: Nota Kemahiran Sains

-on warm-up to stimulate critical thinking

• as a take home lab activity• as a challenge for students to create investigative lab activites to

find out more about

the eventDE sebanarnya adalah "pendapat yang bercanggah"... Bebudak merasakan pemikiranmereka betul

contohnya, belon akan pecah kalau terkena benda tajam atau contoh dariDimitry hari tuh,

budak-budak fikir bahawa "glove" menghasilkan haba...DE ini membetulkan secara terang

pendapat yang salah... hmm...

 

 Acara berbeza-beza adalah sesuatu yang kejutan, startles, teka-teki, ataumengagumkan

pemerhati. Biasanya, satu peristiwa yang berbeza-beza adalah salahsatu yang tidak

kelihatan untuk mengikuti asas "kaedah-kaedah semula jadi" dan hasil daripada

peristiwa yang berbeza-beza yang tidak diduga ataubertentangan dengan apa yang telah

diramalkan. Acara ini membuang kanak-kanak itu"hilang imbangan"

intelektual yang paling mungkin akan mendorongmereka untuk terus menyiasat konsep sains.

Strategi ini sering digunakan dalam kelassains asas kerana kebanyakan kanak-kanak merasakan keperluan

untuk mempunyaisoalan yang dijawab, dan terdapat banyak peristiwa yang berbeza-beza yang

berlakudi alam pengetahuan saintifik. Ini akan menggalakkan masalah

kemahiranmenyelesaikan sebahagian daripada kanak-kanak itu. Kanak-kanak

itu akanberpandukan pada masa yang sama mencari penyelesaian, tetapi dia akan menemuisebab untuk acara

berbeza-beza. Peristiwa berbeza-beza boleh digunakan:

• melibatkan pelajar dala

m siasatan

• sebagai demonstrasi yang diikuti oleh perbincangan untuk memperkenalkan topik 

baru

• melibatkan pelajar dalam kemahiran proses sains• aktiviti makmal kumpulan kecil•

pemikiran minda

-on memanaskan badan untuk merangsang kritikal

• a

ktiviti makmal rumah mengambil

• sebagai satu cabaran kepada pelajar untuk mewujudkan aktiviti

-aktiviti makmalpenyiasatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai walaupunDE sebanarnya

adalah "pendapat yang bercanggah"... Bebudak merasakan pemikiranmereka betul contohnya, belon akan

pecah kalau terkena benda tajam atau contoh dariDimitry hari tuh, budak-budak fikir bahawa

Page 33: Nota Kemahiran Sains

"glove" menghasilkan haba...DE ini membetulkan secara terang pendapat yang salah...

hmm...

o

 

Sebelum memulakan sesi kuliah, En.Donatus telah melakukan set induksi

denganmenjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Discrepant Event

(KejadianBercanggah). Aktiviti yang dijalankan secara berpasangan ialah belon dan

jarum,meniup kertas dan dirikan kotak mancis. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan

berdasarkantajuk kuliah kami pada hari itu. En.Donatus memberitahu kami bahawa aktiviti-

aktivitiini boleh dilakukan kepada murid sekolah rendah apabila kami mengajar kelak.

Ianya juga dapat memperkembangkan kognitif kanak-kanak dan menarik minat merekauntuk

mempelajari sains.Ini juga merupakan pengalaman baru bagi saya kerana sebelum ini saya

tidak pernahmengetahui tentang discrepant event. Selepas itu, En.Donatus menerangkan

dengankami tentang empat strategi pengajaran dengan berbincang di ruang forum dari

LamanRespositori Pengajaran Sains beliau. Banyak yang kami bincangkan di dalam ruang

 

forum ini. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa dan semua soalan kami terjawab.Di

samping itu juga percambahan ilmu berlaku secara tidak langsung. Di dalamLaman

Respositori Pengajaran Sains, semua nota telah disediakan dan guru pelatihdibenarkan untuk

muat turun nota tersebut.Di dalam perbincangan tersebut, banyak persoalan yang ditimbulkan

pensyarahmengenai strategi discrepant event dan eksperimen. Selain itu, En.Donatus

telahmenerangkan bahawa kejadian bercanggah ini merupakan suatu demonstrasi yangdireka

untuk memperlihatkan suatu situasi atau fenomena yang mempamerkan hasilyang luar biasa.

Ianya juga merupakan suatu teknik inkuiri yang dikembangkan olehRichard Suchman (1962).

Kejadian bercanggah ini merupakan strategi pembelajaranberpusatkan murid dan ia boleh

digunakan untuk menarik perhatian murid, tetapiobjektif utamanya ialah untuk mengajar

suatu konsep atau prinsip sains yang penting.Seterusnya, pembelajaran menggunakan

discrepant event ini merupakan satu jenispembelajaran koperatif.Di samping itu, eksperimen

juga merupakan satu strategi pengajaran yang baik untuk diaplikasikan kepada murid sekolah

rendah. Eksperimen adalah satu kaedah yanglazim dijalankan dalam pelajaran sains. Kaedah

saintifik digunakan semasaeksperimen yang dilakukan ialah kemahiran berfikir murid dapat

dikembangkan,kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Seterusnya guru perlulah

memberipeluang kepada murid untuk membentuk eksperimen sendiri, di mana murid

Page 34: Nota Kemahiran Sains

sendiriyang merangka cara eksperimen yang boleh dijalankan, data yang boleh

diukur,bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh

dilakukansecara bersendirian atau secara berkumpulan. Di samping itu juga, sikap

saintifik dannilai-nilai murni dapat diterapkan dalam aktiviti eksperimen ini.Dalam tutorial

minggu ketujuh ini, kami diminta untuk melakukan satu demonstrasiyang berkaitan dengan

konsep sains yang diajar di sekolah rendah. Demonstrasi iniadalah guru yang menunjukkan

langkah-langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid. Kaedah ini melibatkan

penerangan guru, pendengaran, penglihatandan percubaan murid. Demonstrasi ini sesuai

digunakan untuk membantu muridmenguasai kemahiran manipulatif, merangsang minat

murid dan mengaplikasikan apayang telah dipelajari ke dalam situasi baharu dengan

memperkembangkan pemahamandengan pengalaman baharu.Strategi yang terakhir ialah

penyiasatan, En.Donatus telah menerangkan bahawapenyiasatan saintifik ini ialah suatu

kaedah saintifik untuk mencari pengetahuan yangmelibatkan mengenalpasti dan menerbitkan

formula untuk suatu masalah,pengumpulan data melalui pemerhatian atau eksperimen,

membuat hipotesis danmenguji dan mengesahkan (atau menolak) hipotesis itu.Akhir sekali,

banyak dapatan baru yang saya perolehi daripada hasil perbincangansaya dengan rakan-rakan

serta pensyarah pembimbing. Strategi-strategi ini amat sesuaidigunakan untuk menarik

perhatian murid untuk mempelajari sains.

Sains sebagai suatu mata pelajaran dilaksanakan di semua sekolah rendah diseluruh Malaysia mulai tahun persekolahan 1994/1995. Unsur sains didedahkan diTahap 1 (Tahun 1-3) melalui penyepaduan mata pelajaran bahasa pengantar danmatematik dan diperkenalkan sebagai suatu mata pelajaran di Tahap II (Tahun 4-6).Langkah ini dijangka memberi persediaan yang sesuai dan mencukupi untuk muridmuridmengikuti pendidikan sains di peringkat sekolah menengah.Dalam kurikulum sains sekolah rendah (KSSR), penekanan diberi kepadapenguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, pemahaman kepada prinsip

Page 35: Nota Kemahiran Sains

asas sains, pemupukan sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusipengalaman yang relevan kepada kehidupan harian murid.

Kemahiran saintifik diberi tumpuan utama dalam kurikulum sains di samping isi kandungan sains. Kemahiran saintifik yang dimaksudkan dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah ini terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (PPK, 1994).

Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran prosessains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980).

Kemahiran proses sains asas (KPSA) merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa.

Manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula merangkumi mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Kemahiran proses sains asas perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum seseorang dapat menguasai kemahiran proses sains bersepadu (Roadrangka et al,1996).

 Menurut Parker dan Roy (1991) kemahiran-kemahiran proses sains yangdisebutkan itu merupakan subset kepada kemahiran berfikir yang digunakan olehsama ada seorang ahli sains, guru ataupun pelajar apabila mempelajari sains.

Page 36: Nota Kemahiran Sains

Kemahiran proses sains digunakan oleh ahli-ahli sains untuk menyiasat danmeneroka (Roadrangka, Muhamad Nor Ahmad & Said Manap, 1996) dan hanya akanmemainkan peranannya apabila digunakan dalam kontek aktiviti sains sepertipenyiasatan dan diintepretasikan dengan pemahaman saintifik (Woolnough, 1994;Maloney, 2007).

Kemahiran proses sains ini perlu digunakan oleh guru dalammenyampaikan pengajaran fakta-fakta sains dengan berkesan. Hal ini adalah keranasains bukan hanya merupakan ilmu pengetahuan sahaja malahan ia merupakan suatucara untuk memahami alam persekitaran secara sistematik.

Kemahiran proses sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenai dunia sains dan teknologinya dengan lebih mendalam.  Guru-guru perlu mengetahui dan menguasai kemahiranproses sains ini terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat diajarkan kepadamurid. Justeru, guru dengan tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran prosessains yang berlainan akan mengajarkan kemahiran proses sains dalam pengajarandan pembelajaran Sains dengan kualiti yang berbeza.  Apabila seseorang guru telah menguasai kemahiran proses sains dengan baik, adalah diharapkan bahawa mereka dapat melaksanakannya dengan berkesan semasa pengajaran sains di kelas. Untuk penguasaan yang berkesan, kaedah penyampaian kemahiran proses sains harus menekankan aktiviti hands-on yang menarik (Maloney, 2007). Strategi inkuiri yang berpusatkan murid dengan aktiviti, penyiasatan dan eksperimen akan memupuk dan mengasah kemahiran-

Page 37: Nota Kemahiran Sains

kemahiran proses sains. Seterusnya, kemahiran berfikir murid juga akan dipertingkatkan. Kajian yang dijalankan oleh Padilla, Okey dan Dillashaw (1983) menunjukkan bahawa kemahiran proses sains khasnya bersepadu mempunyai korelasi dengan kemahiran berfikir aras formal sepertiyang dikemukakan oleh Piaget. Kemahiran berfikir ini adalah penting kerana terdapatkajian yang menunjukkan bahawa ramai orang dewasa belum dapat mencapai kebolehan menaakul pada peringkat formal (Chiapetta, 1976).