nota sejarah tingkatan 5

46

Upload: smktsj2

Post on 22-Nov-2014

6.571 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

SMK.TAMAN SELESA JAYA 2

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sejarah Tingkatan 5
Page 2: Nota Sejarah Tingkatan 5

BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Definisi ImperialismeDasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Faktor-faktor Imperialisme1. Keistimewaan Asia Tenggara

● Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.● Jaminan pasaran yang luas.● Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.● Kaya dengan bahan mentah

2. Revolusi perindustrian.● Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-

besaran.● Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.● Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.

3. Pengangkutan dan Perhubungan● Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.● Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.● Telegraf memudahkan perhubungan.

4. Persaingan kuasa-kuasa barat

● Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.● Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan

5. Alasan Orang Barat● British & Belanda- Beban orang Putih● Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun● Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama

Kristian kepada penduduk di tanah Jajahan.

PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA● Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan

pentadbiran tenpatan.● Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral● Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan

pegawai Belanda.● Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.● Penubuhan Dewan Tempatan● Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.

PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND● Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.● Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.● Penasihat kastam – dari Amerika Syarikat.

Page 3: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Penasihat ketenteraan – dari Perancis● Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat

tertinggi dan kabinet Menteri.● Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.● Kabinet Menteri mengetuai kementerian.● Juruaudit – dari Britain

FAKTOR2 KEMUNCULAN NASIONALISME

1. Dasar Penjajahan Barat● Sistem tanaman paksa di Indonesia● Sistem Polo di Filipina● Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.● Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.● Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.

2. Pengaruh Agama● Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang

penjajahan.● Persatuan Belia Buddha di Burma.● Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut

Kristian berbangsa Sepanyol.

3. Karya Kesusasteraan● Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere● Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda● Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.

4. Sistem Pendidikan● Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri● Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.● Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.● Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.

5. Kemunculan golongan intelektual● Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.● Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.● Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.● Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.

6. Pengaruh Media Massa● Vietnam- Tribune Indigine● Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis● Menyebarkan idea-idea nasionalis● Menanam perasaan anti penjajah.

7. Sistem pengangkutan dan perhubungan● Perkhidmatan telefon dan telegraf● Memudahkan hunungan kalangan nasionalis

Page 4: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Jalanraya dan jalan kereta api● Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.

8. Pengaruh Luar● Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.● Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.● Perjuangan mahatma Gandhi di India.● Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA

Tahap Pertama● Dipimpin – Jose Rizal● Bersifar sederhana● Bergerk cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol● Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo● Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.● Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.● Matlamat perjuangan :

● Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.● Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa

Sepanyol.● Menunntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.

● Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.● Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.● Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.● Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan

pemberontakan.

Tahap Kedua● Penentangan secara radikal● Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio● Matlamat katipunan

● menyatukan bangsa Filipin● mencapai kemerdekaan melalui revolui

● Media cetak iaitu akhbar Kalayan● Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.● Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.● Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.● 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.● Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.● Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.● Aguinaldo ditangkap.● Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.● Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.● Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.● 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan

setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.

Page 5: Nota Sejarah Tingkatan 5

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI IDONESIA

Tahap Pertama● Tumpuan isu pendidikan● Utk ubah nasib penduduk Indonesia● Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita ● Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah

mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.● Pertubuhan penting : Muhammadiyah● Matlamat Muhammadiyah

● Menyebar islam sebenar● Menghindari ancaman sekualrisme barat● Menghindari ancaman agama kristian

● Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua● Perjuangan Parti politik radikal.● Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).● Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.● PNI pimpinan Soekarno paling popular.● Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.● Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.● PNI turut di haramkan.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND

Tahap Pertama● Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.● Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.● Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem

raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.● Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat

tidak puas hati.● 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul

Songram● Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.● Sistem raja berkuasa mutlak tamat● Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua● Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang

Cina.● Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang

untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.● Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.● Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.● Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.● 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud

Tanah Bebas.

Page 6: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu

BAB 2 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Huraikan sebab-sebab penentangan penduduk tempatan terhadap British?

1. Dasar Penaklukan British● Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka spt di Naning, Pahang, Kelantan,

Terengganu, Sarawak dan Sabah.● Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.● Cth. apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi

jajahan takluk British dan membayar ufti.

2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan.● Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan

pemimpin tempatan.● Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan

perdagangan dan perlombongan bijih timah.

3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan.

● British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum.

● Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.

4. Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan.

● British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.

● Cth. Di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.

5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh.

● Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah.

6. Kesulitan Penduduk Tempatan.● Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.● Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan

kehidupan mereka.

Bincangkan Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme di Tanah Melayu.

1. Pengenalan Sistem Politik Barat● British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri

daripada pembesar tempatan.● Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.

Page 7: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka.

2. Perkembangan Sistem Pendidikan.● Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.● Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk

menyedarkan bangsa Melayu.

3. Dasar British.● British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang,

bekerja dan menetap di Tanah Melayu.● Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu.● Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.● British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang

Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan serba kekurangan.● Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar

dengan imigran dan penduduk lain di bandar.

4. Pendudukan Jepun● Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan

negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut.

● Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.

● Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya● PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.● Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong

Jepun.● Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.

6. Kemunculan Mesin Cetak● Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan

terhadap British.● Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat

disebarkan.

7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia● Gerakan Pan-Islamisme – Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk

membangkitkan pemahaman yg lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan.

● Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia.● Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir.● Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang

menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.

● Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.

Page 8: Nota Sejarah Tingkatan 5

8. Kesedaran politik Serantau● Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah

mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.● Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan

masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.● Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka

dapat dihayati oleh masyarakat tempatan.

GERAKAN ISLAH

■ Gerakan Islah – Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

■ Tokoh pendorong gerakan ini – Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.

■ Golongan ini dikenali sbg Kaum Muda.■ Akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh menjadi

medium untuk menyalurkan maklumat gerakan ini.

MATLAMAT PERJUANGAN GERAKAN ISLAH.

■ Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.■ Gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.■ Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.■ Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam

memajukan orang Melayu.

PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH

■ Gerakan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama.

■ Gerakan Islah oleh kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja.■ Di negeri-negeri Melayu terdapat Undang-Undang yang menghalang pengaruh Kaum

Muda.■ Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran

Sultan.■ Undang-undang juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa

masuk ke Negeri-Negeri Melayu.■ Gerakan kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah.■ Di Madrasah diajar Pendidikan Fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.■ Madrasah memberi peluang pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan.

Page 9: Nota Sejarah Tingkatan 5

AKHBAR MAJALAH DAN NOVEL : PENGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN.

1. Nama-nama Akhbar

● Warta Malaya● Lembaga Malaya● Majlis● Utusan Melayu● Warta Negara● Fajar Sarawak

2. Persoalan tentang Sosial/Pendidikan, ekonomi dan Politik yang di bangkitkan.

SOSIAL/PENDIDIKAN

● Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.● Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.● Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja.● Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.● Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja

tangan.● Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.● Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.● Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.● Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.● Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

EKONOMI

● Menggalakkan syarikat kerjasama.● Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam

ekonomi tempatan.● Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang melayu.● Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka.● Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat.● Meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

POLITIK

● Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.● Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan

kepimpinan yang sewajarnya.● Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.● Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) utk melindungi orang

Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.● Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan.● Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.

Page 10: Nota Sejarah Tingkatan 5

3. Nama-Nama Majalah

Majalah Pengarang● Majalah Guru Muhammad Dato’

MudaLinggi.Yusuf AhmadMohd. Sidin Rashid

● Pengasuh Dato’ Nik Mohamad● Bulan Melayu Zainon Sulaiman

4. Persoalan yang dibangkitkan.

● MAJALAH GURU● Pendidikan anak-anak Melayu.● Perpaduan di kalangan org Melayu.● Semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.● Membaiki taraf hidup orang Melayu.● Memajukan bahasa dan sastera Melayu.● Perpaduan dikalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

● PENGASUH● Membincangkan soal pentafsiran Islam yg progresif bagi kemajuan ummah.● Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.● Memperluas ilmu dalam semua bidang.● Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.● Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sikap buruk.

● BULAN MELAYU● Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.● Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan.● Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.● Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

5. Nama-Nama Novel

Novel Pengarang● Keris Melaka Ahmad Bakhtiar● Anak Mat Lela

GilaIshak Haji Muhammad

● Putera Gunung Tahan

Ishak haji Muhammad

● Melor Kuala Lumpur

Harun Aminurrashid

Page 11: Nota Sejarah Tingkatan 5

6. Persoalan yang dibangkitkan.

● Keris Melaka● Semangat perjuangan menentang penjajah Barat spt Portugis.● Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka spt Hang Tuah.● Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat

perjuangan bangsa bagi generasi muda.

● Anak Mat Lela Gila● Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.● Menghargai warisan bangsa sendiri.● Mencintai tanah air.● Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

● Putera Gunung Tahan● Semangar wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa.● Mencintai tanah air.● Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.● Seorang gadis tempatan yg menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu

menjatuhkan maruah bangsa.

● Melor Kuala Lumpur● Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.● Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya.● Membuang pandangan negatif yg boleh menghalang kemajuan bangsa.

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)■ Pengasas – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.■ Didokong oleh golongan berpendidikan Inggeris.■ Tujuan – menjaga kepentingan sosio ekonomi penduduk Melayu Singapura.■ Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.■ Kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan penenpatan khas bagi org

Melayu di Singapura.■ Keberkesanan perjuangan KMS mendorong penubuhan cawangannya di Melaka,

Pulau Pinang dan negeri Melayu yg lain.

2. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)■ Dpimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang spt. S.M Zainal Abidin B.A.■ Tujuan – menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi

memajukan diri sendiri dan bangsa.■ Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di

Semenanjung Tanah Melayu.

3. Persatuan Negeri■ Ditubuhkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor

(1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).

Page 12: Nota Sejarah Tingkatan 5

■ Objektif – mengabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

■ Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu.

4. Persatuan di Sarawak■ Persatuan Melayu Miri (1936) dan Persatuan Melayu Sarawak (1939).■ Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939). Diketuai oleh Datu Patinggi Abang

Haji Abdillah.■ Tujuan – mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya

dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.

5. Persatuan di Sabah■ Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena di Jesselton ( Kota Kinabalu), Labuan dan

Tawau.■ Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai kerajaan dan guru sekolah

Melayu.6. Kesatuan Melayu Muda (KMM)

■ Ditubuhkan pada 1939.■ Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala

Lumpur.■ Objektif – menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan

tahap pendidikan orang Melayu.■ Tujuan penubuhan KMM sebenarnya lebih bersifat politik.

PERKEMBANGAN KMM

■ KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.■ Menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat

propaganda anti-British.■ Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.■ Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM

dengan menyediakan kader-kader yg dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.

■ Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh British pada 1941 dan mereka di penjarakan di Changi Singapura.

7. Kongres Melayu 1939 dan 1940.■ Membincang kemunduran orang Melayu dalam Pendidikan dan layanan pilih kasih

British terhadap anak negeri.■ Disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu.■ Resolusi kongres – mengambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan

sosio ekonomi dan politik mereka yg lemah.■ Akhirnya org Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yg memisahkan mereka

selama ini.

Page 13: Nota Sejarah Tingkatan 5

GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

■ Jepun menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan.■ Menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.■ Hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yg menyokongnya.

Dasar Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.■ Mengharamkan penerbitan semua akhbar.■ Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun. Cth Malai Shimbun untuk

Utusan Melayu.■ Semua Sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.■ Nilai budaya Jepun diperkenalkan.

Pertubuhan-Pertubuhan yg Muncul semasa Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

1. Barisan Pemuda di Perak■ Ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam■ Menyatukan pemuda-pemuda Melayu■ Mereka dilatih sebagai tentera sukarela Jepun.

2. Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)■ Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) utk menentang Jepun.■ Disokong oleh British dengan memberi bantuan senjata.■ Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada org Melayu,

Cina dan India.

3. Force 136■ Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yg bekerjasama dengan British.■ Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang.

4. Pasukan Wataniah Pahang■ Pasukan sukarela menentang Jepun■ Terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan org kampung.

5. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)■ Ibrahim Yaakob meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah melayu

bersama-sama Indonesia.■ Sesuai dgn matlamat asal KMM utk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.■ KRIS ditubuhkan sebagai badan utk melaksanakan tugas tersebut. Kongres pemuda

KRIS di Kuala Lumpur diadakan bagi membincangkan kemerdekaan dengan Indonesia.

■ Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi kerana kekalahan Jepun yg mendadak menyebabkan Presiden Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekannya lebih awal pada 15 Ogos 1945.

■ Dengan itu kemerdekaan di bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya telah gagal.

■ British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945.

Page 14: Nota Sejarah Tingkatan 5

BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA

1. Negara■ Negara – wilayah yg mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yg

berwibawa.■ Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

2. Bangsa■ Merujuk kepada sekumpulan manusia yg mendiami sesebuah wilayah.■ Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman

sejarah.

3. Kerajaan■ Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar

sesebuah negara.■ Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat

sesebuah negara.■ Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan

Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

4. Perlembagaan■ Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yg menjadi rujukan dan

panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.■ Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. Wilayah Pengaruh■ Wilayah - Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.■ Wilayah Pengaruh – kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan

seorang raja.■ Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah

Melayu dan seluruh Timur Sumatera.

2. Kedaulatan■ Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh

dihadkan oleh mana-mana pihak.■ Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan

menguatkuasakan undang-undang.■ Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan,

taklukan atau penjajahan kuasa asing.

3. Lambang-lambang■ Lambang Negara – Simbol atau tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara.■ Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan

bangsa.■ Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam

merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.

Page 15: Nota Sejarah Tingkatan 5

■ Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.

4. Keunggulan Undang-Undang■ Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.■ Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama

dan kerakyatan diterima oleh masyarakat.■ Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis

iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.■ Hukum Kanun Melaka – mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan

pembesar serta pantang larang di kalangan masyarakat.■ Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam

dan undang-undang keluarga.■ Undang-Undang Laut Melaka – berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti

tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

5. Rakyat■ Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-

undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.■ Sebagai tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat

istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.

6. Kerajaan■ Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan,

mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.

■ Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yg dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR.

1. Latar Belakang■ Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.■ Dikuatkuasakan pada tahun 1895.

2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

■ Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta■ Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor.■ Agama Islam sebagai agama negeri.■ Raja hendaklah berbangsa Melayu■ Lelaki■ Beragama Islam■ Merupakan waris pemerintah Johor■ Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada

kuasa atau kerajaan lain.■ Raja berhak memilih menteri Besar.■ Naib menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.

Page 16: Nota Sejarah Tingkatan 5

3. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.

4. Majlis Negeri – mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri – mempunyai kuasa pelaksanaan.

5. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu raja dan Jemaah Menteri mentadbir negeri dan rakyat.

6. Jemaah Menteri teriri daripada 8 hingga 12 org pegawai kanan kerajaan yg menjadi anggota Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu, beragama Isalam dan merupakan rakyat Johor.

7. Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

1. Latar belakang■ Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan

Muhammad 1 (1801-1836).■ Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi

melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan.■ Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam

pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.

2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.

● Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.● Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh

negeri kelantan.● Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang

keadilan dan kehakiman.● Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.● Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.● Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.● Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.● Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan

pembangunan negeri.

Page 17: Nota Sejarah Tingkatan 5

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU

1. Latar Belakang■ Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan

Terengganu.■ Dikenali juga sbg Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada

pemerintah yg berdasarkan keadilan.■ Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di

Terengganu.

2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.

■ Pemerintahan beraja bercorak raja berperlembagaan.■ Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam.■ Berbangsa Melayu.■ Lelaki.■ Merupakan waris Sultan yg memerintah Terengganu.

3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.

4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada sultan dan kerajaan.

5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yg dilantik oleh Sultan.

6. Jemaah menteri berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.

7. Ahli Mesyaurat kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan dengan negeri lain.

8. Waris sultan atau menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah menyerahkan negeri kepada kuasa lain.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL BERIKUT

● Perlantikan Raja● Syarat menjadi Raja● Waris takhta● Tertib Raja● Zuriat Sultan

Page 18: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Raja yang belum cukup umur.● Tegahan kepada raja● Sara hidup kerabat iraja● Menteri● Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri● Tanggungjawab pembesar● Kedudukan Agama Islam● Ketaatan kepada pemerintah● Kesalahan khianat kepada negeri● Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar● Kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan● Mengadakan perjanjian● Hubungan kerajaan denga kerajaan lain.

NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN.

1. Latar Belakang■ Negeri Sembilan teriri drpd 9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu,

Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.■ Paa abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar

dengan gelaran Yamtuan Besar.■ Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan

sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.■ Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu

kedaulatan berada ditangan rakyat.■ Mengikut hieraki Adat Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat

paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.

UNSUR DEMOKRASI DLM SISTEM PEMILIHAN PEMIMPIN DI NEGERI SEMBILAN.

■ Negeri Sembilan dibahagikan kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak.■ Empat luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.■ Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.■ Undang dipertanggungjawabkan melantik Yang Dipertuan Besar.■ Lembaga pula dipilih oleh Buapak.■ Lembaga merupakan ketua suku dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.■ Buapak merupakan Ketua Perut.■ Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.■ Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn adat.■ Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indiviu

mengikut peringkat.

Page 19: Nota Sejarah Tingkatan 5

BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri● British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke

arah membentuk pemerintahan sendiri.

2. Melahirkan Pentadbiran yg licin● British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.● Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari

segi cara pentadbiran.

3. Menjimatkan kos pentadbiran● Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan

NNMTB telah menyulitkan petadbiran.● Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.● Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

4. Membentuk Bangsa Malayan Union.● British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang

dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.● Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan

ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.

5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.● British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin

penguasaan yg berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.● Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION

● Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.

● Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.

● Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.● Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.● Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.● Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.● Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.● Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union

● Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.

● Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.

Page 20: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.● Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan

Union.● Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.● Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.● Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.● Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.● Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.● Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.● Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh

kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.● Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak

sekian lama.

GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION

1 Orang Dagang dan Golongan Melayu Radikal

● Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.

● Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu.

● Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.

● Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

2 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

● Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.

● Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.

3 Angkatan Pemuda Insaf (API)

● Pimpinan Ahmad Boestamam● Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani● Menjadi wartawan● Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955

4 Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )

5 Barisan Tani Malaya (BATAS )

Page 21: Nota Sejarah Tingkatan 5

CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

● Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.● Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan

tandatangan Raja-raja Melayu.● Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.● Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.● Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.● 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan

menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O ).● Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg

Baru Kuala Lumpur.● Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.● Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.● Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah

perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.● Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan

bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.

● Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

1. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu daripada semua golongan.

● Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.

2. Sokongan bekas pegawai-pegawai British

● Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.

● Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.

3. Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British.

● Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans.

4. Sikap politik orang Melayu yang sederhana

● Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British.

● Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata.

5. UMNO tidak menuntut kemerdekaan

Page 22: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Britis memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union.

● Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

6. Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan Union

● Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan Union,

● Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara.

7. Gesaan Piagam Atlantik 1945● Pertubuhab Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945.● PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial

memberikan latihan berkerajaan kepada penduduk tempatan.

CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

● Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri.● Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British● Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan● Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.● Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU JUGA MENJELASKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT.

● Syarat kerakyatan diperketatkan.● Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri

Melayu.● Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat

( Melaka dan Pulau Pinang ).● British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan

Tanah Melayu.● Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas

dalam pentabiran.

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK

● Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan.

● Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan uzur.● Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan

berkesan.● Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan

pembesar Sarawak.

Page 23: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.

● Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan.● Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu

Sarawak.● Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut

menentang.● Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah

dengan Perlembagaan 1941.● Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau

ketua-ketua mereka.● Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM)

Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka.● Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan demosntrasi dan

menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.● Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun

Tiga Belas.● Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi.● Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh

Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.● Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.

PERGERAKAN POLITIK DI SABAH

● Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.

● Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.

● Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan.

● Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja.

BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

SISTEM AHLI

● Sistem Ahli – sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.

CIRI-CIRI SISTEM AHLI

● Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.

● Anggota sistem ahli dikenali sebagai ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.● Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis

Raja-Raja Melayu.

Page 24: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Ahlinya terdiri daripada 9 orang.● 5 orang penduduk Tanah Melayu – 3 Melayu, 1 Cina dan 1 India.● 4 orang pegawai Inggeris.● Ahli – ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

PAKATAN MURNI

● Pakatan Murni – Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

● Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.

BEBERAPA USAHA PAKATAN MURNI SEBELUM PERIKATAN

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum @ Communities Liaison Committee (CLC) pd Januari 1949.

● Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina.● Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang

wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah.

Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui.

● Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.

● Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya – ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.

● Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

1 Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

● Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951.● Cadangan beliau dikecam hebat.● Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.● Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO.

2 Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP).

● Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti.

● IMP terbuka kepada semua kaum.● Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain.● Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah

Melayu.

Page 25: Nota Sejarah Tingkatan 5

3 Penubuhan Persidangan Kebangsaan● Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald● Tujuan – mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di

kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

4 Konvensyen Kebangsaan● Dianjurkan oleh UMNO dan MCA● Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain.● Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

SURUHANJAYA REID

1 Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.

2 Anggota Suruhanjaya Reid● Lord Reid (Hakim British)● Sir Ivor Jennings ● Sir William McKell● Tuan B. Malik● Tuan Abd. Hamid

3 Beberapa isu menjai panduan suruhanjaya ini alam merangka perlembagaan.

● Kerajaan Persekutuan yang kuat● Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.● Kedudukan Raja-raja Melayu.● Hak istimewa orang Melayu.● Pewujuan satu bangsa persekutuan.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.

Antara isi pentingnya termasuklah:

● Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.● Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.● Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan.● Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang,

Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.● Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.● Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.● Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.● Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.● Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara.● Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan

Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.● Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau

dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.

Page 26: Nota Sejarah Tingkatan 5

KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.

● Membolehkan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.● Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan

perpaduan antara kaum.● Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah.● Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara

berdaulat mengikut acuan sendiri.● Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.● Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

1 TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ● Presiden UMNO● Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri.● Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum.● Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

2 TUN ABD RAZAK● Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri● Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd tahun 1956.● Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.● Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956.● Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 1970.

3 TUN H.S LEE● Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan.● MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan

negara pada tahun 1957.

4 TAN CHENG LOCK● Presiden MCA● Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

5 TUN V. T SAMBANTHAN● Presiden MIC● Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.● Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum.● Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi

kepada negara.

Page 27: Nota Sejarah Tingkatan 5

BAB 6 – PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

1961 – Tunku Abd Rahman menyetujui gagasan Malaysia

1959 – Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abd Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu

1956 – Dato Onn Jaafar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang mereka dinamai Malaysia.

1955 – Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan penggabungan.

1948 – Sir Malcolm MacDonald mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. FAKTOR POLITIK

● Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura.

● Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP).

● Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura.

● Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.● Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras

pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.● Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine

Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.

● Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.

● Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.

Page 28: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.

● British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.

2. FAKTOR EKONOMI

● Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.

● Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.

● Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.

REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA

(A) REAKSI DLM NEGERI

1. Reaksi Persekutuan Tanah Melayu● Kebanyakan parti politik menyokong idea ini.● Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara ini

dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Tanah Melayu.● UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan

Singapura.

2. Reaksi Singapura● Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti

berhaluan kiri.● Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu

penjajahan bentuk baru.● Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall.● Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura

mendapatkan pandangan rakyat.● Referendum di adakan pada 1 Sept 1962.● Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan

Singapura.●

3. Reaksi Sarawak dan Sabah● Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia.● Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British.● Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri.● Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad.● SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu.● PESAKA, SNAP, dan UNKO bimbang org bukan Melayu dan peribumi kehilangan

identiti dan dikuasai oleh org Melayu.● Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat.● Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan

terlebih dahulu.● PANAS, BERJASA dan USNO membangkitkan kemajuan ekonomi dan sosial.

Page 29: Nota Sejarah Tingkatan 5

4 Reaksi Sarawak

Parti Pemimpin KeanggotaanSUPP Ong Kee

HuiMajoriti org Cina dan sebilangan Melayu.

PANAS Dato’ Bandar Abang Hj Mustapha

Majoriti Melayu

SNAP Stephen Kalong Ningkan

Org Iban

BERJASA

Abd Rahman Yaakub & Abd taib Mahmud

Majoriti Melayu & Melanau

PESAKA Temenggung Jugah Anak Barieng

Org Cina

SCA William Tan Org Cina

● Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia.● SUPP terus menentang.● Okt 1962, 5 buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN SCA

bergabung membentuk Perikatan Sarawak.● Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia.● Mereka juga bersaha menyekat pengaruh SUPP.

5. Reaksi Sabah

Parti Pemimpin KeanggotaanUNKO Donald

StephenMajoriti Kadazan

USNO Datu Mustapha Datu Harun

Org Islam Sabah

Pasok Momugon

G.S Sundang Dusun/Kadazan

Parti Bersatu Khoo Siak Chew

Org Cina

Parti Demokratik

Peter Chin Org Cina

Page 30: Nota Sejarah Tingkatan 5

● UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan Sabah.

● Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.● Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali

sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.● Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.● Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam

Perlembagaan Malaysia.● Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.● Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk sarawak dan Sabah.● Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri

SemenanjungTanah Melayu.● Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan.● Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :-

● Ketua Negeri● Bahasa Kebangsaan● Agama Islam● Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen● Kerakyatan● Peruntukan Kewangan● Pelajaran.

6. Reaksi Brunei● Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.● Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang.● Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg

terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.● PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme.● A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional

Kalimantan Utara (TNKU).● A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan

Filipina.● Melancarkan pemberontakan pada 1962.● Dapat dipatahkan oleh tentera British.● A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap.● Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.

(B) REAKSI NEGARA LUAR

1. Reaksi Indonesia● Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi.● Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan

satu bentuk neokolonialisme.● Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden

Soekarno.● Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada

20 Jan 1963.● Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia● Antara tindakan Indonesia:-

● menghantar pengintip

Page 31: Nota Sejarah Tingkatan 5

● serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.● Menceroboh ruang udara● Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.● Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.● Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia

Ketiga.

● Tindakbalas Malaysia.● mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New

Zealand dan Kanada.● Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB

berhubung pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

● Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia dan Inonesia.

● Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.

● Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno.

● Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan.

● Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966.

2. Reaksi Filipina● Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.● Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan

Sulu.● Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam

dengan Baron Von Overbeck.● Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan

syarikat perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja daripada British.● Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).● Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.● Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.● Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan

Esmail Kiram pd 22 Januari 1958.● Pd Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina

dan Indonesia.)

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)● JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.● Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah

Melayu) Lee Kuan Yew ( Singapura) dan Tun Datu Mustapa Datu harun ( Sabah).● Peranan JPPK – menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan

pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.● Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada

Suruhanjaya Cobbold.

Page 32: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.

(b) Suruhanjaya Cobbold● Keanggotaan – 3 org pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abbel dan Sir

David Watherston.● Rakyat tempatan – Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.● Tujuan :-

● meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.● Membuat penilaian dan cadangan kepada British.● Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.

● Laporan Suruhanjaya Cobbold:-● 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.● 1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.● 1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.

● Antara cadangan Suruhanjaya ini.● perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu 1957.● Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.● Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.● Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.● Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.● Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

(c) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)● Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun

Abdul Razak.● Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan

Malaysia.● JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam

Malaysia.● Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

(d) MAPHILINDO● Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia,

Indonesia dan Filipina telah diadakan.● Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden

Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.● Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan.● Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB).

INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

● Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.● Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain

bebas diamalkan.

Page 33: Nota Sejarah Tingkatan 5

● Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.

● Bagi Sarwak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.

● Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.

● Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi kawasan parlimen.

● Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu.