58804341 nota sains tingkatan 5

36
MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS KEHIDUPAN 1. PENGELASAN Mikroorganisma dikelaskan kepada 5 Kumpulan iaitu bakteria, kulat, virus, protozoa dan alga. Setiap Kumpulan mikroorganisma ini mempunyai bentuk, saiz, cara pembiakan, nutrisi(cara pemakanan) dan habitat(tempat tinggal) yang agak berbeza. Bakteria boleh berbentuk kokus (macam bola ping pong) , rod (macam sosej) , spirilium (macam spring) dan

Upload: nurliana-roslan

Post on 04-Sep-2015

149 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

f5

TRANSCRIPT

  • MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS KEHIDUPAN

    1. PENGELASAN

    Mikroorganisma dikelaskan kepada 5 Kumpulan iaitu bakteria, kulat, virus, protozoa dan alga. Setiap Kumpulan mikroorganisma ini mempunyai bentuk, saiz, cara pembiakan, nutrisi(cara pemakanan) dan habitat(tempat tinggal) yang agak berbeza. Bakteria boleh berbentuk

    kokus(macam bola ping pong) ,

    rod(macam sosej) ,

    spirilium(macam spring) dan

  • vibrio(macam simbol koma (,)) . Virus tidak mempunyai bentuk tertentu dan boleh membentuk hablur.

    Kesemua mikroorganisma membiak secara asek iaitu pembelahan dedua ataupun pertunasan. Yis adalah mikroorganisma dari kumpulan kulat yang boleh membiak secara pertunasan.

    Mikroorganisma mendapatkan nutrisi melalui 3 cara iaitu :-

    i. Saprofit - menyerap makanan dari benda yang reput.ii. Parasit - menyerap makanan dari benda hidup (haiwan & tumbuhan).

    iii. Autotrofit - membina makanan sendiri.

    Kebanyakan bakteria, kulat, protozoa hidup secara saprofit manakala virus hidup secara parasit. Alga adalah autotrofit. Air kolam yang berwarna hijau menunjukkan adanya pertumbuhan alga didalamnya. Dari segi saiz pula mikroorganisma yang paling besar ialah protozoa manakala yang terkecil ialah virus. Bakteria hidup di mana-mana, protozoa boleh hidup dalam kolam dan kulat pula di atas roti basah virus seperti HIV(penyebab AIDS) hidup dalam badan manusia.

    2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AKTIVITI

    Aktiviti mikroorganisma dipengaruhi oleh faktor suhu, kelembapan, nutrien, cahaya dan pH. mikroorganisma suka tumbuh pada suhu 37oC (suhu badan). Sebab itulah kita sering sakit. Saintis mendapati mikroorganisma tidak aktif dalam kedaan sejuk. Pada keadaan yang panas ia akan mati. Sebab itulah makanan yang disimpan dalam peti sejuk boleh disimpan lama kerana mikroorganisma di dalamnya tidak berpeluang membiak. Human being are smart :-).

    Mikroorganisma memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup. Contohnya kulat suka pada kulit yang lembap. Seperti manusia,

  • mikroorganisma memerlukan nutrien untuk hidup. Ia sukakan bahan yang mengandungi kanji dan protein yang tinggi. Tidak seperti tumbuhan, mikroorganisma tidak sukakan cahaya malah sesetengah mikroorganisma senang mati apabila terkena cahaya matahari. Bila kita menjemur pakaian, sebenarnya kita juga menghapuskan mikroorganisma :-).

    3. FAEDAH MIKROORGANISMA KEPADA KITA

    Mikroorganisma memainkan peranan yang penting kepada kehidupan kita. Ia menolong kita (a)mencerna makanan, (b) mereput hasil buangan dan (c) menyumbang kepada bidang perubatan, pertanian dan perindustrian.

    Setengah bakteria memilih usus manusia untuk hidup. Pada masa yang sama ia menolong dalam pencernaan dengan memecahkan zat-zat makanan supaya zat ini boleh diserap oleh usus kita.

    Kebanyakan jenis bakteria dan kulat menolong kita mereputkan bahan buangan seperti sampah sarap. Hasil pereputan ini menjadi baja yang akan diserap semula oleh tumbuhan.

    Dalam bidang perubatan pula sesetengah jenis kulat digunakan untuk membuat antibiotik(ubat). Antibiotik boleh membunuh bakteria dan menyembuhkan penyakit. Walaupun halus, bakteria menolong para petani menyuburkan tanah. Ada sejenis Bakteria istimewa yang hidup dalam akar kekacang. Bakteria ini membuat bahan bernitrogen (baja) dari udara. Baja ini dikembalikan ke dalam tanah. Tanah menjadi subur!!!.

    Yis merupakan sejenis kulat yang sangat penting. Ia digunakan untuk membuat roti. Dalam proses membuat roti, yis itu menggunakan kanji dalam tepung untuk tumbuh Pada masa yang sama ia menghasilkan gas karbon dioksida. Gas ini yang menyebabkan roti itu kembang dan mempunyai rasa yang enak.

    Para saintis sentiasa berusaha menyelidik kegunaan lain mikroorganisma. Mungkin pada suautu hari nanti saintis akan menemui sejenis bakteria yang boleh melawan virus HIV !!! wow..bestnya.

    4. MIKROORGANISMA JUGA BERBAHAYA !

    Kita hendaklah sedar bahawa mikroorganisma boleh menyebabkan penyakit serta merosakkan makanan kita.

  • Jadual berikut menunjukkan beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma.

    KUMPULAN MIKRORGANISMA PENYAKIT

    GEJALA (TANDA-TANDA)

    Bakteria tibi (batuk kering)

    batuk berpanjangan,mengeluarkan kahak kuning kehijauan,mengeluarkan kahak pekat.(lihat imej peparu yang diserang tibi)

    Bakteria taun cirit birit dan muntahProtozoa malaria demam berpanjanganVirus AIDS selalu sakitKulat Kurap kulit gatal-gatal

    Penyakit ini boleh merebak melalui beberapa cara. Tibi merupakan penyakit yang merebak melalui titisan cecair yang tersembur semasa pesakit batuk atau bersin. Mikroorganisma yang terdapat dalam tisisan cecair ini akan memasuki sistem pernafasan mangsa dan menyerangnya.

    Taun pula merebak melalui air yang tercemar. Bakteria penyebab taun hidup dalam tinja(tahi) pesakit. Apabila pesakit "melepas"kan tinja itu ke dalam sungai bakteria akan dibawa sehingga seseorang meminum air itu.

    Malaria ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh protozoa yang di bawa oleh vektor nyamuk. Protozoa ini dipindahkan kepada mangsa lain apabila dia digigit nyamuk itu.

    HIV dipindahkan ke seseorang melalui sentuhan. Apabila seseorang melakukan seks rambang dengan pembawa HIV maka dia akan dijangkiti virus yang berbahaya itu. HIV setersnya menyebabkan mangsa mengidap AIDS. Kurap juga merupakan sejenis penyakit yang di sebabkan sentuhan. ini berlaku apabila seseorang berkongsi pakaian.

    5. MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT

    Bagaimana kita boleh mencegah penyakit ini???

    Secara umumnya terdapat 3 cara mencegah penyakit iaitu :-

  • CARA PENCEGAHAN APA YANG DILAKUKAN

    CONTOH PENYAKIT

    YANG DICEGAH

    KAWALAN "VEKTOR"

    Vektor seperti lalat dan nyamuk dihapuskan dengan racun serangga atau menggunakan ubat jentik-jentik untuk menghapuskan larva.Kitar Hidup NyamukKitar Hidup Lalat

    Denggi dan Malaria

    PENSTERILAN

    SEBATIAN KARBON

    1. APA ITU SEBATIAN KARBON?

    Sebatian karbon ialah bahan kimia yang mengandungi unsur karbon didalamnya. Terdapat 2 jenis sebatian karbon.

    a. Sebatian organik - sebatian karbon yang berasal dari benda hidup (haiwan & tumbuhan

    b. Sebatian tak organik - Sebatian karbon yang buakan berasal dari benda hidup (batu & mineral)

    Protein ialah satu contoh sebatian organik manakala kalsium karbonat ialah sebatian tak organik.

    Hidrokarbon ialah sebatian organik yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen di dalamnya. Hidrokarbon berasal dari petroleum, arang batu atau gas asli.

    2. ALKOHOL SEBAGAI SEBATIAN KARBON

  • Alkohol adalah bahan yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen di dalamnya. Etanol dan propanol adalah contoh alkohol. [nama tersebut berakhir dengan OL] Lihat cara bagaimana menamakan ahli kumpulan alkohol lain

    Alkohol boleh dihasilkan melalui proses "penapaian" [alcoholic fermentation]. Penapaian dilakukan apabila yis menukarkan glukosa menjadi alkohol dan karbon dioksida.

    Alkohol mempunyai sifat istimewa seperti boleh larut dalam air dan senang terbakar untuk menghasilkan nyalaan biru. Alkohol juga boleh bertindak balas dengan asid organik untuk menghasilkan ESTER. Ester ialah bahan kimia berbau wangi yang sering digunakan untuk membuat perisa buah-buahan.

    Alkohol selalunya digunakan untuk membuat minuman keras. Dalam bidang perubatan alkohol boleh digunakan untuk membasmi kuman dan digunakan sebagairamuan ubat batuk. Di sesetengah negara, alkohol digunakan sebagai bahan api kenderaan.

    Pengambilan alkohol boleh memudaratkan kesihatan manusia. Ia menyebabkan gangguan sistem saraf dan menyebabkan seseorang tidak berfikiran waras. Kehadiran alkohol dalam badan boleh merosakkan hati (sirosis hati) dan seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung. Ketagihan alkohol telah menimbulkan banyak masalah sosial seperti penderaan kanak-kanak, kemalangan jalanraya dan kecacatan fetus.

    3. LEMAK JUGA SEJENIS SEBATIAN KARBON

    Seperti alkohol, lemak [FAT] juga mempunyai unsur yang sama iaitu karbon, hidrogen dan oksigen tetapi dalam komposisi yang berlainan.

    Lemak terbahagi kepada 2 jenis iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu.

    Lihat perbezaan antara lemak tepu dan tak tepu dibawah :-LEMAK TEPU LEMAK TAK TEPU

    Berasal dari sumber haiwan seperti lembu, babi dan kambing

    Berasal dari sumber tumbuhan seperti kacang soya dan kelapa sawit

    Keadaan pepejal pada suhu bilik Keadaan cecair

  • Mempunyai takat lebur yang tinggi Takat lebur yang rendah

    Tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak kolestrol

    Tidak memudaratkan kesihatan kerana kandungan kolestrol yang rendah

    Lemak berfaedah kepada badan kerana ia memberi tenaga. Selain daripada itu ia juga membawa vitamin A,D,E dan K yang sangat penting kepada badan. Walau bagaimanapun, kita hendaklah memilih jenis lemak yang kita makan. Lemak tepu yang mengandungi kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung. Kolestrol yang berlebihan itu boleh terenap di dalam lumen arteri yang menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat. Lama kelamaan jantung akan "letih" dan tidak boleh menanggung beban kerja yang lebih. Oleh itu jagalah pengambilan makanan anda.

    4. KELAPA SAWIT SEBAGAI SUMBER LEMAK KITA DAN SUMBER PENDAPATAN NEGARA

    Minyak kelapa sawit berasal dari buah kelapa sawit (gambar atas kiri). Buah kelapa sawit mengandungi sabut, tempurung dan isirung. Minyak kelapa sawit tertumpu di kawasan sabut dan isirung. minyak kelapa sawit yang berasal dari sabut disebut sebagai minyak sawit [palm oil] dan minyak yang berasal dari isirung disebut minyak isirung [palm kernel oil].

    Sila perhatikan struktur buah kelapa sawit berikut :-

  • Pemprosesan Minyak Kelapa sawit melibatkan :-

    a. Pensterilan - Tandan (gambar atas kanan) dan buah disembur dengan stim untuk membunuh mikroorganisma dan melembutkan tandan.

    b. Pengekstrakan - Minyak diperah dari buah kelapa sawit dengan "penekan skru".

    c. Penulenan - Minyak kelapa sawit ditulenkan dengan mengalirkannya kedalam "karbon diaktifkan" untuk membuang bau dan menjernihkannya.

    Minyak kelapa sawit digunakan untuk membuat minyak masak, majerin dan sabun. Ia berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin A dan E yang tinggi.

    Industri kelapa sawit penting kerana ia menyediakan banyak peluang pekerjaan di ladang. Minyak Kelapa sawit juga merupakan sumber pendapatan ekspot negara. Oleh sebab itu penyelidikan dan pembangunan kelapa sawit adalah sangat penting. Semua aktiviti penyelidikan berkaitan dengan industri kelapa sawit dilaksanakan oleh MPOB (Malaysian Palm Oil Board). Potensi kelapa sawit amatlah besar. Minyak kelapa sawit telah dikenal pasti sebagai satu sumber bahan api kenderaan. Ia juga telah dikenal pasti sebagai sumber vitamin A dan E yang baik.

    5. SABUN SEBAGAI SATU PRODUK MINYAK KELAPA SAWIT

  • Sabun diperbuat daripada minyak kelapa sawit. Molekul Minyak kelapa sawit dipecahkan oleh tindakan haba dan alkali pekat (Natrium hidroksida). Sabun yang terhasil dimendakkan oleh garam dan seterusnya ditapis untuk membentuk pepejal sabun. Sabun terbentuk dari molekul gliserol dan asid lemak. "Kepala" Molekul sabun suka kepada air manakala "ekor"nya suka kepada gris. Sifat ini menyebabkan sabun sangat sesuai digunakan sebagai ejen pencuci.

    Mekanisme tindakan pencucian gris dari kain adalah seperti berikut :-

    Ekor molekul sabun melekat pada gris--->Kepala molekul sabun berada dalam air---> Apabila air cucian dikocak, molekul sabun akan menarik gris keluar dari kain----> Kekotoran tertanggal dari kain.

    6. APA ITU POLIMER?

    Tahukah anda nasi yang anda makan setiap hari adalah terdiri daripada glukosa. Para saintis mendapati bahawa beribu-ribu glukosa membentuk rantai panjang. Rantai panjang ini ialah kanji, bahan yang terdapat dalam nasi. Para saintis telah bersetuju memangggil kanji sebagai satu "POLIMER" dan glukosa sebagai "MONOMER". Polimer secara ringkasnya adalah rantai panjang molekul-molekul. Monomer pula ialah molekul yang membentuk polimer itu.

    Dalam dunia kita, terdapat 2 jenis polimer. Polimer asli ialah polimer yang berasal dari benda hidup. Polimer sintetik ialah polimer buatan manusia dengan menggunakan bahan kimia. Seperti contoh di atas, kanji ialah polimer asli kerana ia berasal dari tumbuhan padi. Perspeks ialah polimer sintetik. Ia terbina dari sejenis bahan kimia iaitu metil metakrilat (Puiii...susahnya nak sebut). Metil metakrilat ni sebenarnya ialah monomer bagi perspeks. Perspeks ialah polimer yang keras. Nak lihat apa kegunaannya? Klik kat sini ya... Ha.. dah lihat. Perspek digunakan untuk membuat kerangka basikal. Perspek juga boleh digunakan untuk membuat lampu kereta mewah. Mari kita kaji dengan lebih mendalam sejenis polimer asli yang banyak terdapat di negara kita.

  • 7. POLIMER ASLI

    Imbas kembali sebelum kita teruskan. Monomer ialah molekul kecil. Polimer ialah molekul besar dan panjang monomer-monomer. Getah asli ialah satu contoh polimer yang terdiri dari rantaian monomer "isoprena".

    Pempolimeran ialah proses menyatukan monomer-monomer untuk membentuk polimer. Disebaliknya Penyahpolimeran ialah proses memecahkan polimer untuk menghasilkan monomer.

    Getah asli merupakan polimer semulajadi yang sangat penting kepada manusia. Getah asli merupakan satu lagi sumber pendapatan negara. Getah asli sangat kenyal. Ini adalah disebabkan oleh molekulnya yang mudah menggelongsor antara satu sama lain apabila ditarik. Getah asli boleh diperolehi dari pokok getah. Pokok getah yang ditoreh, mengeluarkan susu getah yang disebut "lateks". Lateks boleh dibekukan (istilah yang sesuai ialah "menggumpal") dengan mencampurkan asid etanoik kedalamnya. Ini memudahkan pengusaha menjadikan ia dalam bentuk kepingan yang mudah dijual. Untuk mencegah penggumpalan pula, larutan ammonia ditambahkan kedalam lateks. Ini membolehkan lateks dihantar ke kilang penggumpalan dengan menggunakan lori tangki.

    Jika latek didedahkan, ia juga boleh menggumpal secara semula jadi. Ini adalah kerana ia mudah diserang oleh bakteria. Bakteria tersebut menghasilkan asid yang seterusnya menggumpalkan lateks. Kepingan getah asli seterusnya diproses untuk menghasilkan barangan lain seperti tayar, sarung tangan dan kondom. Proses "Pemvulkanan" getah digunakan untuk mengeraskan getah asli. Ia dilakukan dengan memasak getah asli dengan serbuk sulfur. Atom sulfur boleh mengikat molekul getah untuk membentuk "rangkai silang sulfur". Rangkai silang ini menghalang rantaian molekul getah dari menggelongsor. Getah menjadi keras. Getah asli telah divulkankan [getah tervulkan] sesuai digunakan untuk membuat tayar. Ini menyebabkan industri getah boleh menyumbangkan pendapatan yang lumayan kepada negara.

    8. PENGARUH SEBATIAN KARBON KEPADA KEHIDUPAN

    Sebatian karbon mempunyai banyak kegunaan kepada manusia. Ia digunakan sebagai sumber bahan api, makanan,minuman dan tayar.

  • Oleh sebab itu ramai ahli sains telah berkecimpung dengan aktifnya dalam aktiviti penyelidikan sebatian karbon. Teknologis polimer menyelidik dan cuba memperluaskan kegunaan sebatian karbon seperti polimer. Pembangunan produk baru penting supaya hidup manusia lebih sejahtera. Kita hendaklah berterima kasih terhadap sumbangan mereka. Bayangkanlah jika kenderaan anda tidak bertayar. Apa akan terjadi???

    NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN

    1. AMALAN NUTRISI YANG BAIK

    Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai "nilai kalori"(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

    KELAS MAKANAN NILAI KALORI(kilokalori) SUMBER

    Karbohidrat 4 nasiLemak 9 minyak masakprotein 4 ikan dan daging

    Rujuk nilai kalori makanan-makanan di Malaysia

    Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak.

    Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.

  • Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.

    MASALAH KESIHATAN PUNCA GEJALA

    CARA MENCEGAH

    CARA MERAWAT

    Malnutrisi Kekurangan kaloriSangat kurus dan tidak bertenaga

    Makan makanan seimbang dan mencukupi

    Memberi zat tambahan

    Anoreksia

    Tabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badan

    Terlalu kurus Pendidikan Kaunseling

    Kegendutan Pengambilan kalori berlebihan

    Kelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit

    Mengawal pengambilan makanan

    Bersenam atau mengambil ubat dari doktor

    Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

    Makan makanan berlemak berlebihan

    Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal

    Mengurangkan makanan berlemak

    Pembedahan dan pengambilan ubat

    "Piramid makanan" merupakan satu carta yang boleh menolong kita menyelia jenis makanan yang kita makan. Kita hendaklah mengurangkan makanan yang terdapat di atas piramid dan makanan yang tersenarai di bawah bolehlah diambil dalam kuantiti yang lebih banyak.

    2. TUMBUHAN SEBAGAI "PENGELUAR MAKANAN"

    Tumbuhan adalah kawan kita !. Ini adalah kerana ia menghasilkan makanan melalui satu proses yang digelar "fotosintesis" (Photosynthesis).

    Semasa fotosintesis tumbuhan menukarkan air dan karbon dioksida kepada makanan. Makanan ini kebanyakannya dalam bentuk kanji.Pada masa yang sama tumbuhan juga menghasilkan gas oksigen. Proses fotosintesis ini berlaku dengan bantuan cahaya matahari (foto).

  • Seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan nutrien(zat makanan) tertentu untuk terus hidup. Nutrien yang larut air itu diserap dari tanah melalui akar. Nutrien terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

    Makro nutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Mikro nutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.

    Berikut adalah beberapa contoh Makronutrien dan Mikronutrien.

    JENIS CONTOH

    Makronutrien Karbon (C) Hidrogen (H) Oksigen (O) Nitrogen (N) Fosforus (P) dan Kalsium (Ca)Mikronutrien Boron (B) Zink (Zn) dan Kuprum (Cu)

    Kekurangan nutrien akan menjejaskan pertumbuhan tumbuhan. Jadual berikut menunjukkan kesan kekurangan nutrien N,P dan K.

    UNSUR KESAN KEKURANGANNYANitrogen (N) Daun menjadi kuning

    Fosforus (P) Akar sedikit dan lemah.Bunga dan buah sedikit, daun menjadi unggu

    Kalium (K) Tompok perang pada daun.Batang lemah.

    3. "KITAR NITROGEN" (NITROGEN CYCLE)

    Nitrogen di atmosfera boleh dikitar semula. Pengikatan nitrogen dari udara berlaku melalui 2 cara iaitu tindakan kilat dan aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Nitrogen ini ditukar kepada ion nitrat yang akan diserap oleh tumbuhan.

    Apabila tumbuhan dan haiwan mati ia akan reput. Pereputan dilakukan oleh bakteria saprofit untuk menghasilkan sebatian ammonium.

    Sebatian ammonium seterusnya ditukarkan menjadi nitrit dan nitrat. Nitrat akan diserap oleh tumbuhan semula.

  • Terdapat sejenis bakteria yang istimewa bernama "Bakteria Pendenitratan". Ia boleh menukarkan nitrat dalam tanah menjadi nitrogen. Nitrogen ini akan dibebaskan ke udara semula.

    Kitar ini menyebabkan kandungan nitrogen dalam udara dan bumi sentiasa seimbang.

    klik disini untuk melihat kitar nitrogen

    4. PELIHARA TUMBUHAN SUPAYA HIDUP SEJAHTERA

    seperti yang anda sudah ketahui, tumbuhan memainkan peranan yang amat penting ke atas kehidupan manusia. Oleh itu kita hendaklah sama-sama menjaga dan memelihara tumbuhan dengan baik. Kita tidak boleh menebang pokok-pokok dengan sewenang-wenangnya kerana tanpa pokok tiadalah oksigen.

    5. JANGAN MEMBAZIR !

    Pada masa yang sama kita harus bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan makanan yang cukup untuk kita. Kita hendaklah menjaga dan menghargai

  • sumber makanan kita dan pembaziran hendaklah dielakkan. Jika terlebih makanan, ia boleh diproses supaya boleh digunakan semasa kekurangannya.

    GERAKAN

    1. JISIM DAN INERSIA

    Jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung dalam sesuatu benda. Jisim sesuatu benda tidak berubah walaupun dibawa ke bulan. Inersia pula merupakan satu sifat semulajadi sesuatu benda yang ingin mengekalkan kedudukannya. Pernahkah anda terfikir kenapa penumpang dalam bas terhumban ke hadapan apabila bas itu berhenti tiba-tiba? Penumpang itu mempunyai inersia, iaitu mereka cenderung untuk terus bergerak ke hadapan walaupun telah diberhentikan.

    Para saintis telah mendapati satu perhubungan yang amat menarik berkaitan dengan jisim dan inersia. Melalui pemerhatian, mereka mendapati bahawa lebih banyak jisim sesuatu benda maka ia juga mempunyai inersia yang tinggi. Penumpang yang mempunyai badan lebih besar (berjisim besar) akan terhumban lebih jauh. Sebab itulah kita mesti menggunakan tali pinggang keselamatan apabila menaiki kenderaan.

    Cuba anda perhatikan senario dua orang budak yang bermain buaian di padang permainan. Anda sudah pastilah akan melihat budak yang lebih besar akan berhayun lebih lama berbanding budak yang kecil.

    2. KENDERAAN DARAT

    Terdapat 2 jenis kenderaan di darat. Kenderaan tidak berenjin dan kenderaan berenjin. Kenderaan berenjin yang paling popular ialah motosikal dan kereta (macam kereta Proton kita tu!!!). Kenderaan tidak berenjin termasuklah kereta lembu dan basikal (bujang lapuk).

    Basikal digerakkan oleh kaki kita. Apabila injak (pedal) dikayuh, ia akan menggerakkan gegancu (gear) yang akan menarik rantai. Rantai yang dihubungkan dengan hab (gear belakang) akan menggerakkan hab ini. Putaran hab ini menyebabkan tayar belakang berpusing dan seterusnya menggerakkan

  • basikal ke hadapan. Pew !!!!...teruknya nak menjelaskan. Mengayuh basikal lebih senang kan???.

    Kenderaan berenjin pula mendapat tenaga dari pembakaran bahan api seperti petrol dan diesel. Pembakaran bahan api berlaku dalam enjin. Pada masa kini terdapat 2 jenis enjin, iaitu 2 lejang(two stroke) atau 4 lejang(four stroke).

    Enjin 2 lejang mempunyai 2 lejang iaitu lejang ke atas dan lejang ke bawah.

    Enjin 4 lejang pula mempunyai lejang Aruhan, Mampatan Kuasa dan Ekzos. Keempat-empat lejang ini mempunyai gabungan kedudukan omboh dan injap-injap yang berbeza seperti ditunjukkan dalam jadual dibawah.

    LEJANGKEDUDUKAN

    OMBOH (PISTON)

    KEDUDUKAN INJAP

    MASUK

    KEDUDUKAN INJAP EKZOS

    ARUHAN turun terbuka tertutupMAMPATAN naik tertutup tertutupKUASA turun tertutup tertutupEKZOS naik tertutup terbuka

    Walaupun petrol dan diesel boleh digunakan sebagai bahan api, enjin yang menggunakan bahan api ini adalah berbeza.

    ENJIN PETROL 4 LEJANG

    ENJIN DIESEL 4 LEJANG

    STRUKTURmempunyai palam pencucuh sebagai sumber bunga api.

    mempunyai pemancit.

    PEMBAKARAN lebih efisien kurang efisienPENGHASILAN JELAGA kurang lebih berjelaga

    PENGGUNAAN kenderaan kecil seperti motosikal dan keretakenderaan berat seperti lori dan bas

    Enjin petrol 2 lejang dan 4 lejang juga berbeza sedikit.

    ENJIN PETROL 2 LEJANG

    ENJIN PETROL 4 LEJANG

    INJAP injap tidak berasingan injap berasingan

  • PEMBAKARAN tidak efisien efisienSAIZ kecil besar

    PENGGUNAAN pam air atau pemotong rumput (bush cutter) kereta dan motosikal

    Pergerakan omboh ke bawah dan ke atas akan memutarkan aci engkol. Gear yang menyambungkan aci pacu (drive shaft) membenarkan aci pacu berputar. Putaran aci pacu menyebabkan gandar yang berhubung dengan roda berputar dan menghasilkan gerakan ke hadapan.

    3. APA ITU LAJU, HALAJU DAN PECUTAN

    Laju ialah jarak pergerakan sesuatu dalam masa tertentu. Unitnya ialah meter per saat (ms-1). Halaju pula berbeza sedikit dengan laju kerana ia mempunyai unsur arah. Pecutan pula ialah kadar perubahan laju yang disukat dalam unit meter per saat per saat (ms-2). Bagi sesebuah kereta, laju boleh dibaca dengan menggunakan "speedometer"..

    Kita boleh mengira pecutan sesuatu objek bergerak jika kita tahu laju awal dan laju akhir.

    pecutan=(laju akhir - laju awal)/masa perubahan laju

    Jika sebuah kereta bergerak dari keadaan pegun (0 ms-1) sehingga ke laju 20 ms-1 dalam masa 5s, maka pecutan ialah :-

    pecutan = (20-0)/5

    Pecutan = 4 ms-2

    4. MOMENTUM

    Momentum ialah jisim sesuatu benda bergerak darab halajunya. Sebagai contoh, sebuah kenderaan yang berjisim 100 kg bergerak dengan kelajuan 10ms-1. Momentumnya ialah :-

    100 x 10 = 1000 kgms-1

    Saintis telah menyatakan satu prinsip yang menarik berkaitan momentum. "Prinsip Keabadian Momentum" menyatakan bahawa jumlah momentum 2

  • objek yang bergerak adalah dikekalkan sehinggalah ia diganggu oleh daya dari luar.

    Penemuan konsep momentum mempunyai kesan yang mendalam terhadap kehidupan manusia. Dalam sesuatu perlanggaran kereta, penumpang yang lebih berat (berjisim tinggi) akan mengalami kecederaan yang teruk. Reka bentuk bampar kereta yang senang menyerap hentakan telah menyelamatkan banyak nyawa. Walau bagaimanapun kita hendaklah berhati-hati supaya kemalangan tidak berlaku.

    5. TEKANAN

    Tekanan ditakrifkan sebagai daya dibahagi luas.

    Tekanan = Daya/luas (Nm-2)

    Tekanan boleh dikurangkan jika kita menambah luas permukaan kasut apabila berjalan dalam lumpur. Ini boleh mengelakkan kita dari terbenam dalam lumpur.

    Tekanan juga boleh berlaku dalam cecair. Penggunaan tekanan dalam bendalir menolong dalam operasi sistem hidraulik.

    6. SISTEM HIDRAULIK

    Apabila sesuatu tekanan dikenakan keatas bendalir, tekanan tersebut akan dipindahkan sama rata dalam bendalir tersebut. Konsep digunakan dalam sistem hidraulik.

    Tekanan yang dikenakan keatas omboh kecil akan dipindahkan ke omboh besar. Tekanan yang dipindahkan ke omboh besar ini digunakan untuk menggerakkan beban yang besar. Sistem hidraulik digunakan dalam jek hidraulik (digunakan untuk mengangkat lori bila tayar rosak). Selain itu ia juga digunakan dalam sistem brek lori.

    7. GERAKAN DI AIR

    Kapal, kapal selam dan hoverkraf merupakan kenderaan di air. Setiap kenderaan ini mempunyai prinsip gerakannya yang tersendiri.

  • Kapal digerakkan oleh bebaling yang diputarkan oleh enjin. Bebaling (propeller) menolak air kebelakang untuk menghasilkan

    momentum yang menolak kapal ke hadapan.

    Hoverkraf pula mempunyai karung yang memerangkap udara hasil tolakan enjin. Udara yang terperangkap dalam karung ini mengurangkan seretan (seolah-olah hoverkraf itu terapung). Kipas menolak udara ke belakang dan menghasilkan "daya tujah" ke hadapan.

    Oleh kerana pergerakan di air menghasilkan daya geseran yang tinggi maka kenderaan air telah direka supaya mempunyai bentuk "larus" (streamline). Bentuk ini menyerupai bentuk ikan.

    Terdapat seorang ahli sains bernama Archimedes yang suka mengkaji sifat bahan di dalam air. Beliau telah menemui beberapa prinsip yang penting. "Prinsip Archimedes" menyatakan bahawa bila satu benda direndam dalam air, daya tujah keatas adalah sama dengan berat bendalir yang tersesar keluar. Prinsip ini adalah merupakan asas pergerakan tenggelam dan timbulnya kapal selam.

    Apabila air dimasukkan ke dalam tangki balast, kapal selam akan tenggelam. Bila air dipam keluar dari tangki balast ini, kapal selam akan timbul.

    8. KENDERAAN UDARA

    Kapal terbang, roket dan helikopter merupakan kenderaan udara.

    Kapal terbang mempunyai enjin jet yang menolak udara pada kelajuan tinggi ke belakang. ini menyebabkan momentum yang akan menolak kapal terbang ke hadapan pada kelajuan yang amat tinggi.

    Daya angkat kapal terbang adalah disebabkan struktur sayap yang dikenali sebagai "aerofoil". Pergerakan udara yang amat tinggi di atas sayap kapal terbang menghasilkan satu kawasan tekanan rendah. Tekanan tinggi dari bawah

  • sayap menolak sayap ke atas untuk menghasilkan satu daya angkat. Prinsip ini dikenali sebagai prinsip "Bernoulli".

    Roket merupakan kenderaan udara dan angkasa yang menggunakan cecair oksigen dan cecair hidrogen sebagai sumber bahan api. Pembakaran dua bahan ini menghasilkan gas panas yang tertolak ke bawah pada kelajuan tinggi. Momentum yang terhasil menolak roket ke atas. Sumber oksigen diperlukan kerana ruang angkasa tiada oksigen yang boleh digunakan untuk pembakaran.

    9. TERIMA KASIH SAINTISKU"

    Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada saintis yang telah menolong manusia merekacipta kenderaan. Kenderaan di darat, air dan udara telah banyak mengubah cara hidup manusia. Kehidupan manusia lebih selesa kerana boleh bergerak kemana-mana bahagian dunia dengan pantas dan selamat. Terima kasih saintisku. "We salute you".

    BAB 5

    PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

    1. KESEIMBANGAN ALAM

    Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah :-

    Kitar karbon Kitar Nitrogen kitar air

  • Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.

    Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam. Letupan gunung berapi(volcano), gempa bumi(earth quake), kemarau(drought), Kebakaran hutan(forest fire), banjir(flood) dan taufan(tornado) boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat.

    Antara kesan bencana alam ini ialah :-

    a. merosakkan habitat(tempat tinggal haiwan)b. menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhanc. Mengganggu kitar semula jadid. Pencemaran alam sekitar

    2. KESAN PENCEMARAN

    Selain daripada bencana alam, manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil(petrol dan diesel) menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.

    Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia.

    Jika hendak disenaraikan punca pencemaran, amatlah banyak sehinggakan website ini tak cukup untuk menampung senarai tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan punca pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti manusia.

    3. MELINDUNGI ALAM SEKITAR

  • Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. Antaranya ialah :-

    a. Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House Effect).

    b. Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas Klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.

    Kita hendaklah melindungi alam sekitar kita. banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini.

    i. Mencari sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar.ii. Mengurangkan pembakaran.

    iii. Menukar CFC kepada HCFC yang lebih selamat.iv. Menanam pokokv. Perhutanan semula(reforestation)

    4. MENGURUS SUMBER ALAM YANG TERHAD

    Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan kita juga sedang diancam oleh kekurangan sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan sumber alam yang kian berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan penggunaan yang tidak terancang.

    Adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk mengurus sumber alam ini supaya ia kekal lebih lama untuk digunakan oleh generasi yang akan datang. Beberapa langkah yang praktikal ialah :-

    a. Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang matang sahaja. Kayu kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tidak harus ditebang.

    b. Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan terumbu karang (coral reef).

    c. Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci berkaitan kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

  • d. Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk menggunakan bekas lombong.

    5. UBAH SIKAP KITA !

    Kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Ini dapat dicapai jika kita mengubah sikap kita. Sebagai contoh kita hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak perlu menuai hasil petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif.

    "MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMELIHARA DAN MEMULIHKAN ALAM SEKITAR KITA"

    SILA BACA Pemanasan Global Penipisan Lapisan Ozon Kesan Rumah Hijau Tenaga Alternatif Pembalakan Terpilih Kesan DDT

    BAB 6

    PENINGKATAN PENGELUARAN DAN TEKNOLOGI MAKANAN

    1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN

    Penduduk di negara kita sangat untung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan itu ialah :-

    menggelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. memudahkan pencernaan. memperbaiki rupa makanan dan

  • mencegah jangkitan penyakit.

    Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan makanan. Mari kita tinjau satu persatu seperti jadual dibawah. Phuii...jadual lagi. Tak putus-putus dengan jadual ya..

    KAEDAH CARACONTOH MAKANA

    NKEBAIKAN KELEMAHAN

    PENGETINAN[CANNING]

    makanan diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu 116oC - 121oC, ditutup dan dipateri.

    Kari Daging, Ayam dan tuna

    Makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa kemana-mana.

    Tin mahal dan jika tin kemek boleh menyebabkan makanan terdedah kepada jangkitan mikroorganisma serta bahan toksik dari tin.

    PEMPASTEURAN[PASTEURIZATION]

    Pemanasan cecair pada suhu 63oC selama 30 min atau 72oC selama 15 s

    Susu, Wain dan Jus

    Kemusnahan vitamin adalah sedikit dan kebanyakan mikroorganisma berbahaya dibunuh

    Waktu simpanan adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja.

    PENDEHIDRATAN[DEHYDRATION]

    Sama maksud dengan "pengeringan". Makanan dijenur dibawah cahaya matahari atau meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan.

    Ikan Masin, Bunga Kekwa, Teh dan Sayur

    Jisim makanan kurang dan senang dibawa. Makanan tahan lama dan tidak mudah dijangkiti mikroorganisma.

    Rasa berubah dan kebanyakan vitamin termusnah.

    PENYEJUKBEKUAN[FREEZING]

    Simpanan dalam peti

    Ikan, Daging

    Makanan boleh

    Makanan susah untuk

  • sejuk dibawah -18oC

    Lembu, Sosej dan Ais krim

    disimpan lama.

    dibawa dan memerlukan kos yang tinggi.

    PENDINGINAN[CHILLING]

    Simpanan dalam peti sejuk bersuhu 0oC - 5oC

    Sayur-sayuran, Buah-buahan, Mentega dan Telur

    Vitamin boleh dikekalkan dan tahan lebih lama

    Susah dibawa dan memerlukan kos yang tinggi

    PEMBUNGKUSAN VAKUM [VACUM PACKAGING]

    Makanan disimpan dalam plastik kedap udara setelah udara didalamnya disedut keluar.

    Kacang tanah, Sosej, Keropok dan Daging disejukbeku

    Tahan lama dan mengurangkan ruang simpanan.

    Kos yang mahal dan memerlukan mesin pemvakuman yang mahal.

    PENYINARAN[RADIATION]

    Makanan didedahkan kepada sinaran radioaktif untuk membunuh serangga dan memperlahankan percambahan.

    Biji Benih, Bawang dan kentang

    Vitamin tidak termusnah.

    Mungkin mendatangkan kesan sampingan dan memerlukan kos yang mahal.

    Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu :-

    BAHAN KIMIA FUNGSI

    CONTOH BAHAN KIMIA

    CONTOH MAKANAN

    Bahan AwetMenyebabkan makanan tahan lama

    Garam dan Gula Buah-buahan kering dan sos

    PewarnaMenyebabkan makanan kelihatan sedap

    pandan (hijau), karamel (Coklat) Kaya dan kicap

    PerisaMenambahkan rasa supaya lebih sedap

    Monosodium glutamat (MSG) nama pasaran ialah "ajinomoto"

    Makanan ringan dan mee

  • Penstabil

    Mencegah makanan dari termendap ke bawah

    gam akasia (yak!!!..apa benda ni?)

    Sos dan mayonis (yang burgerboy selalu bubuh lam burger tu lah...)

    Pengantiokida

    Mencegah makanan berlemak menjadi busuk

    Vitamin E dan BHT Minyak masak

    Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.

    2. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN

    Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.

    Penggunaan baka bermutuUsaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.

    Penggunaan Teknologi ModenSelain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat

  • menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.

    Makanan "Gergasi" [Monster Food]Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar.

    Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.

    3. TANPA MAKANAN ?

    Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintis-saintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah menggunakan teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.

    4. PILIHAN BIJAK

    Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

  • Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula. Semoga kita sama-sama berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat banyak pilihan makanan.

    BAB7

    BAHAN BUATAN DALAM PERINDUSTRIAN

    1. APA ITU POLIMER SINTETIK

    Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer.

    Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan menggunakan sumber asli seperti petroleum.

    Polimer Sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran. Getah sintetik dan plastik merupakan 2 jenis polimer sintetik yang penting di negara kita.

    2. GETAH SINTETIK

    Getah sintetik [Synthetic Rubber] ialah getah yang hampir serupa dengan getah asli. Ia bukan berasal dari pokok getah. Bahan yang dibuat dari bahan petrokimia (bahan petroleumlah tu..) ini adalah lebih keras, lebih kenyal dan tahan terhadap haba dan kimia.

    Nampak gaya ianya lebih baik dari getah asli. Satu persaingan bagi industri getah kita. Walau bagaimanapun ianya sangat mahal dan hanya mempunyai kegunaan yang tersendiri [specific usage] seperti digunakan untuk membuat tayar dan hos.

    3. PLASTIK

  • Pernah tengok "plastic men"?. Sifat plastic men adalah sama dengan bahan plastik iaitu mudah dibentuk dan dilenturkan. Keluarga plastik juga merupakan bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia.

    Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis. Termoplastik [Thermo Plastic] dan Plastik Termoset [Thermoset Plastic]. Jadual berikut memuatkan maklumat tentang kedua-dua jenis plastik ini.

    JENIS PLASTIK TERMOPLASTIK PLASTIK TERMOSET

    SIFAT

    Boleh diacu (dibentuk) berulang kali melalui proses pemanasan dan penyejukan.

    Tidak tahan haba.

    Boleh diacu hanya sekali sahaja.

    Tahan haba.

    CONTOH (KEGUNAAN)

    Politena untuk membuat beg plastik.

    Polisterina untuk membuat bekas makanan sejuk (Ta Pau).

    Polivinil Klorida/PVC untuk membuat paip air.

    Bakelit untuk membuat soket elektrik.

    Melamina untuk membuat pinggan mangkuk.

    Gam Epoksi untuk membuat gam industri.

    4. MASALAH PENCEMARAN

    Kedua-dua polimer sintetik diatas tahan lama dan tidak mudah mereput [Non Biodegradable]. Oleh itu ia sangat mencemarkan alam sekitar jika tidak diurus dengan baik.

    Pencemaran yang berasal dari polimer sintetik menyebabkan :

    Longkang tersumbat yang seterusnya mengakibatkan banjir kilat serta pembiakan nyamuk.

    Kehidupan laut mati. Penyu yang menyangka bahan plastik adalah makanan boleh menyebabkan ia tercekik dan mati. Hidupan laut yang berharga itu akan pupus.

    Pencemaran udara. Apabila bahan plastik dibakar ia akan menghasilkan gas toksik (beracun). Gas toksik ini menyebabkan

  • penyakit seperti kanser. Gas ini juga menyebabkan penipisan lapisan ozon.

    Pembuangan serta penggunaan polimer sintetik perlu diurus dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti :

    Kitar Semula. Semua polimer sintetik yang telah digunakan boleh dibawa kekilang untuk diproses semula kepada bahan yang berguna. Beg plastik boleh diguna semula.

    Menghadkan penggunaan plastik serta memilih untuk menggunakan bahan yang mudah "terbiodegradasi" (mereput jika dibuang) seperti kertas. Kerusi kayu boleh menggantikan kerusi plastik.

    Membakar bahan plastik dalam insinerator [Incinerator] supaya gas toksik yang dikeluarkan dapat dikurangkan.

    5. KEPENTINGAN POLIMER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

    Walaupun polimer sintetik telah dikenalpasti sebagai bahan pencemar ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu pilihan dalam pembuatan bahan yang tahan lama dan dengan ini sangat murah. Ciri-ciri istimewanya seperti ringan telah menyebabkan terciptanya alat-alat seperti baldi, pasu bunga dan kerusi yang mesra pengguna.

    Oleh kerana negara kita menghasilkan bahan petroleum maka industri petrokimia telah menyumbangkan kepada pendapatan negara. Industri hiliran yang berasasaskan polimer sintetik penting dan telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada ekspot negara.

    BAB 8

    ELEKTRONIK DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • 1. GELOMBANG RADIO DAN SIFATNYA

    Pernahkah anda pergi ke tepi pantai untuk melihat gelombang air laut menghempas pantai?. Anda mungkin memerhatikan bentuk gelombang itu yang turun naik. Gelombang ini dinamakan gelombang mekanikal kerana ia mempunyai medium iaitu air.

    Apakah persamaan gelombang air laut dengan gelombang radio. Anda sudah pastilah tidak dapat melihat gelombang radio dengan mata kasar kerana ia bergerak dalam atmosfera dan angkasa (dalam bentuk vakum agaknya). Tahukah anda bahawa kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh gelombang radio. Kita akan menilai dengan lebih mendalam tentang gelombang yang sangat istimewa ini.

    Dengan menggunakan alat tertentu kita boleh melihat bentuk gelombang radio. Lihat profil gelombang di bawah.

    Amplitud mewakili tenaga yang di bawa oleh gelombang itu. Panjang gelombang merupakan jarak antara 2 puncak gelombang itu. Oleh kerana gelombang ini bergerak, kita boleh mengira halajunya dengan menggunakan rumus :

    Halaju gelombang (v) = Frekuensi (f) X Panjang gelombang

    dimana frekuensi ialah bilangan gelombang lengkap yang terbentuk dalam masa 1 saat.

    Gelombang radio ialah sejenis gelombang elektromagnet. Ia sesuai digunakan dalam komunikasi kerana ia mempunyai sifat istimewa seperti boleh membawa maklumat bunyi dan gambar. Ia juga boleh bergerak dalam ruang angkasa yang vakum (tiada udara). Pergerakannya sangat jauh dan pantas. Gelombang radio

  • pada frekuensi tertentu mempunyai kegunaan tersendiri. Gelombang radio dalam bentuk gelombang panjang, gelombang sederhana dan gelombang pendek sesuai untuk siaran radio. Satu lagi gelombang radio iaitu gelombang mikro sesuai untuk pancaran TV, Satelit dan Telefon.

    Jadual berikut menunjukkan beberapa kegunaan biasa gelombang radio. AM = Amplitude

    modulation FM = Frequency

    modulation VHF = Very High

    Frequency UHF = Ultra High

    Frequency

    Mikro = Mikro Wave

    KEGUNAAN JENIS

    RADIO

    AM - untuk penyiaran radio tempatan.FM - untuk penyiaran radio berkualiti tinggi

    TV VHF, UHF dan MikroKOMUNIKASI SATELIT Gelombang mikro

    2. KOMUNIKASI RADIO

    Satu daripada alat komunikasi yang sangat penting ialah radio. Tahukah anda apakah komponen yang terdapat dalam kotak radio anda?

    Berikut ialah beberapa komponen asas radio. Anda mungkin telah belajar bahagian ini dalam KHB tingkatan 3.

  • Perintang digunakan untuk mengawal jumlah arus yang mengalir dalam litar.

    Kapasitor mempunyai sifat istimewa iaitu ia boleh menyimpan cas dan tenaga elektrik.

    Diod hanya membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.

    Transistor boleh meguatkan arus elektrik serta bertindak sebagai suis automatik.

    Transformer meningkatkan atau mengurangkan voltan arus ulang alik.

    Induktor dapat menyimpan tenaga dalam medan magnet.

    Sistem komunikasi radio terbahagi kepada 2. Pemancar radio dan Penerima radio (Radio set).

  • Dalam studio, suara seseorang yang diterima oleh mikrofon ditukarkan kepada isyarat audio(bunyi).Pengayun pula menghasilkan gelombang pembawa. Isyarat audio dan gelombang pembawa digabungkan dalam modulator membentuk gelombang radio. Anda bolehlah membayangkan bahawa gelombang pembawa itu sebagai kuda manakala isyarat audio itu sebagai koboi. Isyarat radio ini seterusnya diperkuatkan oleh amplifier supaya ia boleh disebarkan oleh aerial.

  • Di rumah, apabila seseorang memainkan radio, aerial radio tersebut menerima isyarat radio yang dipancarkan dari studio tadi. Oleh kerana studio yang berlainan memancarkan gelombang radio yang berlainan maka kita menggunakan litar penala untuk memilih gelombang yang dikehendaki. Gelombang radio yang mengandungi isyarat audio dan gelombang pembawa tadi melalui litar pengesan. Dalam litar ini kedua-dua isyarat itu diasingkan. Gelombang pembawa dialirkan ke bumi manakala isyarat audio diperkuatkan dalam amplifier. Isyarat itu kemudiannya dialirkan ke pembesar suara yang menghasilkan bunyi.

    3. TEKNOLOGI PENGHANTARAN MAKLUMAT

    Perkembangan teknologi maklumat telah bermula pada kurun ke-19 apabila terciptanya mesin telegraf oleh Samuel Morse yang terkenal pada masa kini dengan bahasa isyarat "morse code". Alexander Graham Bell pula mencipta telefon.

    Pada masa kini kita mempunyai banyak alat penghantaran maklumat yang canggih ,cepat serta berteknologi tinggi seperti telefon bimbit, mesin faks serta satelit. Kabel optik (optic cabel) telah mempercepatkan penghantaran isyarat yang banyak pada sesuatu masa.

    Satu daripada alat penghantaran maklumat yang tercanggih pada masa kini ialah satelit. Satelit perhubungan Malaysia yang pertama ialah MEASAT. Satelit ialah alat yang dilancarkan ke orbit (laluan) tertentu di angkasa. Ia merupakan alat perhubungan perantaraan yang menghubungkan satelit bumi ke satelit bumi yang lain. Satelit sangat sesuai digunakan dalam siaran langsung.

  • Sebagai contoh apabila perlawanan bola sepak FA Cup di England disiarkan secara langsung ke Malaysia perhubungan satelit digunakan dengan berkesan. Isyarat dari stesen TV di England menghantar isyarat ke Satelit Bumi di sana. Satelit Bumi ini seterusnya memancarkan isyarat ke satelit angkasa kita. Satelit angkasa pula memancarkan isyarat terus ke rumah kita atau ke stesen TV tempatan.

    Selain daripada kegunaan perhubungan, satelit juga digunakan dalam penyelidikan angkasa lepas. Terdapat beberapa satelit yang digunakan sebagai teleskop angkasa, menyukat kandungan ozon serta suhu bumi. Satelit juga telah digunakan dalam bidang ketenteraan (macam nak sepai orang lainlah tu....)

    4. SAINTIS YANG TERLIBAT DALAM PENCIPTAAN ALAT KOMUNIKASI

    Perkembangan penghantaran maklumat dengan menggunakan alat komunikasi yang moden telah menyumbang kepada pembangunan negara. Maklumat yang dihantar dengan cepat dan tepat itu telah menyebabkan produktiviti penduduk meningkat. Sebagai contoh perdagangan dalam dan luar negeri dapat dipercepatkan.

    Kita harus berterima kasih kepada jurutera-jurutera yang bertanggungjawab dalam pembinaan infrastruktur komunikasi negara. Saintis yang sentiasa berusaha mencipta alat komunikasi canggih seperti komunikasi G3 dan serta gelombang jalur lebar (Broadband Wave) harus dihargai.

    MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS KEHIDUPAN1. PENGELASAN2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AKTIVITI3. FAEDAH MIKROORGANISMA KEPADA KITA4. MIKROORGANISMA JUGA BERBAHAYA !5. MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT

    SEBATIAN KARBON1. APA ITU SEBATIAN KARBON?2. ALKOHOL SEBAGAI SEBATIAN KARBON3. LEMAK JUGA SEJENIS SEBATIAN KARBON4. KELAPA SAWIT SEBAGAI SUMBER LEMAK KITA DAN SUMBER PENDAPATAN NEGARA5. SABUN SEBAGAI SATU PRODUK MINYAK KELAPA SAWIT6. APA ITU POLIMER?7. POLIMER ASLI8. PENGARUH SEBATIAN KARBON KEPADA KEHIDUPAN

    NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN1. AMALAN NUTRISI YANG BAIK2. TUMBUHAN SEBAGAI "PENGELUAR MAKANAN"3. "KITAR NITROGEN" (NITROGEN CYCLE)4. PELIHARA TUMBUHAN SUPAYA HIDUP SEJAHTERA5. JANGAN MEMBAZIR !

    GERAKAN1. JISIM DAN INERSIA2. KENDERAAN DARAT3. APA ITU LAJU, HALAJU DAN PECUTAN4. MOMENTUM5. TEKANAN6. SISTEM HIDRAULIK7. GERAKAN DI AIR8. KENDERAAN UDARA9. TERIMA KASIH SAINTISKU"

    PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR1. KESEIMBANGAN ALAM2. KESAN PENCEMARAN3. MELINDUNGI ALAM SEKITAR4. MENGURUS SUMBER ALAM YANG TERHAD5. UBAH SIKAP KITA !

    PENINGKATAN PENGELUARAN DAN TEKNOLOGI MAKANAN1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN2. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANANPenggunaan baka bermutuPenggunaan Teknologi ModenMakanan "Gergasi" [Monster Food]

    3. TANPA MAKANAN ?4. PILIHAN BIJAK

    BAHAN BUATAN DALAM PERINDUSTRIAN1. APA ITU POLIMER SINTETIK2. GETAH SINTETIK3. PLASTIK4. MASALAH PENCEMARAN5. KEPENTINGAN POLIMER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

    ELEKTRONIK DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT1. GELOMBANG RADIO DAN SIFATNYA2. KOMUNIKASI RADIO3. TEKNOLOGI PENGHANTARAN MAKLUMAT4. SAINTIS YANG TERLIBAT DALAM PENCIPTAAN ALAT KOMUNIKASI