nota sains

4
Sains Tahun 6 HS Tuition_2015 TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B SEMUA MURID PERLU MENGUASAI (MENGHAFAL) CARA MENJAWAB DIBAWAH UNTUK SKOR DALAM SAINS. 1. TUJUAN- Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB. 2. PEMERHATIAN Apa yang dapat kita lihat daripada gambarajah atau keputusan eksperimen 3. PEMBOLEHUBAH a. Pembolehubah dimanipulasi PM- kata kunci: cari perkataan berbeza dalam ayat soalan, biasanya manusia yang menentukannya. b. Pembolehubah bergerakbalas PB- kata kunci : cari perkataan dicatatkan atau direkodkan. c. Pembolehubah dimalarkan : kata kunci : cari perkataan sama dalam soalan atau cari bahan atau radas yang digunakan adalah sama banyak, sama saiz atau sama jenis. 4. INFERENS- Memberikan sebab dan alasan disertai dengan perkataan "kerana". Jawapan biasanya tiada dalam soalan sebaliknya murid perlu fikir sendiri. 5. HIPOTESIS - Jika semakin bertambah/ berkurang PM maka

Upload: nsmrbiz

Post on 12-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ULANGKAJI SAINS

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sains

Sains Tahun 6 HS Tuition_2015

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B

SEMUA MURID PERLU MENGUASAI (MENGHAFAL) CARA MENJAWAB

DIBAWAH UNTUK SKOR DALAM SAINS.

1. TUJUAN-

Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB.

2. PEMERHATIAN –

Apa yang dapat kita lihat daripada gambarajah atau keputusan eksperimen

 3. PEMBOLEHUBAH

     a. Pembolehubah dimanipulasi  PM- kata kunci: cari perkataan berbeza dalam ayat soalan,

biasanya manusia yang menentukannya.

     b. Pembolehubah bergerakbalas  PB- kata kunci : cari perkataan dicatatkan atau

direkodkan.

   c. Pembolehubah dimalarkan : kata kunci : cari perkataan sama dalam soalan atau cari

bahan atau radas yang digunakan adalah sama banyak, sama saiz atau sama jenis.

4. INFERENS- Memberikan sebab dan alasan disertai dengan perkataan  "kerana".

Jawapan biasanya tiada dalam soalan sebaliknya murid perlu fikir sendiri.

5. HIPOTESIS - Jika semakin bertambah/ berkurang PM maka semakin bertambah/

berkurang PB. Ayat ini biasanya digunakan untuk soalan yang ada "value".

6. HUBUNGAN - Boleh guna ayat hipotesis jika ayat tersebut betul. 

7. KESIMPULAN - Boleh guna ayat hipotesis atau pun buat kesimpulan umum contohnya

pengaratan berlaku dengan adanya air dan udara.

Page 2: Nota Sains

Sains Tahun 6 HS Tuition_2015

ISTILAH SAINS

Penyahtinjaan Proses pembuangan tinja daripada badan manusia

Perkumuhan Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan kita

Habitat Tempat tinggal

Pembiakan  Proses penghasilan anak

Panjang Jarak antara dua titik

Luas Ukuran saiz permukaan

Isipadu Jumlah ruang yang diisi oleh sesuatu objek

Jisim  Kuantiti jirim dalam sesuatu objek

Masa  Tempoh antara dua ketika

Bahan Lutsinar Bahan yang membenarkan paling banyak cahayamenembusinya

Bahan Lutcahaya Bahan yang membenarkan sebahagian cahayamenembusinya.

Bahan legap Bahan yang tidak membenarkan sebarang cahayamenembusinya.

Kitar semula Proses pemprosesan bahan buangan untuk menghasilkan produk

baru

Guna semula Menggunakan semula bahan buangan untuk kegunaan lain.

Konduktor Bahan yang mengalirkan elektrik atau haba

Penebat Bahan yang tidak mengalirkan elektrik atau haba

Asteroid Objek batuan yang beredar mengelilingi Matahari

Meteoroid Ketulan batu atau logam yang terapung dan beredar diangkasa

lepas.

Komet Ketulan ais, gas beku dan debu yang beredar mengelilingi

Matahari

Satelit semula jadi Objek yang beredar mengelilingi planet, contohnya Bulan

Herbivor Haiwan yang hanya makan tumbuhan

Karnivor Haiwan yang hanya makan haiwan lain

Omnivor Haiwan makan tumbuhan dan haiwan  lain

Tenaga diperbaharui Tenaga yang dapat diganti apabila habis digunakan

 

1. Mengenalpasti pembolehubah dalam soalan sebelum menjawab soalan

Page 3: Nota Sains

Sains Tahun 6 HS Tuition_2015

a.       Pembolehubah dimaipulasi (PM)

·         Yang tidak sama, A ada B tiada, berbeza, tidak sama dalam semua aktiviti, sebelum aktiviti /

eksperimen dijalankan.

·         Bentuk jadual menegak: disebelah kiri

·         Bentuk jadual baring : disebelah atas

·         Graf : Pada garisan mendatar

b.      Pembolehubah bergerakbalas (PG)

·         Keputusan / hasil eksperimen

·         Yang dilihat selepas eksperimen, yang diperhatikan

·         Bentuk jadual menegak: disebelah kanan

·         Bentuk jadual baring : disebelah bawah

·         Graf: Pada garisan menegak

c.       Pembolehubah dimanipulasi (PM)

·         Yang sama dalam eksperimen yang dijalankan

·         Semasa eksperimen/ bukan selepas eksperimen

·         Tidak berbeza

2. Tujuan / objektif penyiasatan

Untuk mengkaji hubungan diantara ……… (PM) dengan ……………… (PG)

3. Hipotesis / hubungan / kesimpulan

Jika … apa …(PM………..), maka …..apa ………. (PG…………)

Semakin ….apa … (PM………..), semakin….. apa……… (PG…………)

·         (apa = bertambah atau berkurang – mengikut pola)

4. Corak perubahan / pola : bertambah, berkurang, mendatar