nota sains tahun 4.doc

40
1.1 KEPERLUAN ASAS MANUSIA 1. Manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup. 2. Keperluan asas manusia ialah: (a) makanan. (b) air. (c) udara. (d) tempat perlindungan. 3. Manusia akan mati jika tidak mendapat keperluan asasnya. 1.2 MANUSIA MEMERLUKAN MAKANAN, AIR, UDARA, DAN TEMPAT PERLINDUNGAN Manusia Memerlukan Makanan 1. Manusia memerlukan makanan untuk: (a) tumbesaran. (b) mendapat tenaga bagi menjalani aktiviti harian. (c) mendapat haba bagi memanaskan badan. 2. Manusia memerlukan gizi seimbang untuk hidup sihat. 3. Manusia mendapat makanan daripada tumbuhan dan haiwan. Gizi seimbang Manusia Memerlukan Air 1. Air amat penting kepada manusia. 2. Manusia memerlukan air untuk membantu dalam: (a) mengawal suhu badan. (b) pengedaran darah ke seluruh badan. (c) pengangkutan makanan tercerna dan oksigen ke seluruh badan. (d) penyingkiran bahan kumuh dari badan. (e) pencernaan makanan. (f) penyahtinjaan. Manusia Memerlukan Udara 1. Manusia bernafas dengan menyedut udara. 2. Dengan udara yang disedut, manusia dapat menjalankan proses-proses hidup. 3. Tanpa udara, manusia akan mati. 4. Semasa bernafas, dada kita kelihatan bergerak ke atas dan ke bawah. Bidang Pembelajaran 1: Keperluan Asas Hidupan UNIT 1 KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Upload: a-razie-as-saratoki

Post on 11-Aug-2015

2.579 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota sains tahun 4.doc

1.1 KEPERLUAN ASAS MANUSIA

1. Manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup.

2. Keperluan asas manusia ialah:(a) makanan.(b) air.(c) udara.(d) tempat perlindungan.

3. Manusia akan mati jika tidak mendapat keperluan asasnya.

1.2 MANUSIA MEMERLUKAN MAKANAN, AIR, UDARA, DAN TEMPAT PERLINDUNGAN

Manusia Memerlukan Makanan1. Manusia memerlukan makanan untuk:

(a) tumbesaran.(b) mendapat tenaga bagi menjalani

aktiviti harian.(c) mendapat haba bagi memanaskan

badan.2. Manusia memerlukan gizi seimbang untuk

hidup sihat.3. Manusia mendapat makanan daripada

tumbuhan dan haiwan.

Gizi seimbang

Manusia Memerlukan Air1. Air amat penting kepada manusia.2. Manusia memerlukan air untuk membantu

dalam:(a) mengawal suhu badan.(b) pengedaran darah ke seluruh badan.(c) pengangkutan makanan tercerna dan

oksigen ke seluruh badan.(d) penyingkiran bahan kumuh dari badan.

(e) pencernaan makanan.(f) penyahtinjaan.

Manusia Memerlukan Udara1. Manusia bernafas dengan menyedut

udara.2. Dengan udara yang disedut, manusia dapat

menjalankan proses-proses hidup.3. Tanpa udara, manusia akan mati.4. Semasa bernafas, dada kita kelihatan

bergerak ke atas dan ke bawah.

Manusia memerlukan udara untuk hidup

Manusia Memerlukan Tempat Perlindungan1. Manusia juga perlukan tempat perlindungan

untuk hidup.2. Tempat perlindungan diperlukan untuk

melindungi diri daripada bahaya, sinaran matahari, dan hujan.

3. Terdapat pelbagai jenis tempat perlindungan untuk manusia seperti pondok, rumah teres, rumah pangsa, dan banglo.

Pelbagai jenis tempat perlindungan manusia

Bidang Pembelajaran 1: Keperluan Asas Hidupan

UNIT 1 KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Pondok Rumah teres

Rumah pangsa Banglo

Page 2: nota sains tahun 4.doc

2.1 KEPERLUAN ASAS HAIWAN

1. Haiwan memerlukan keperluan asas untuk hidup.

2. Keperluan asas haiwan ialah:(a) makanan.(b) air.(c) udara.(d) tempat perlindungan.

2.2 HAIWAN MEMERLUKAN MAKANAN, AIR, UDARA, DAN TEMPAT PERLINDUNGAN

Haiwan Memerlukan Makanan1. Haiwan memerlukan makanan untuk:

(a) membantu tumbesarannya.(b) mendapat tenaga bagi menjalankan

aktiviti-aktiviti harian.(c) hidup sihat.

2. Haiwan mendapat makanannya daripada tumbuhan dan haiwan lain.

Harimau mendapat makanannya daripada haiwan lain

Haiwan Memerlukan Air1. Air amat penting untuk hidupan.2. Haiwan memerlukan air untuk membantu

dalam:(a) mengawal suhu badan.(b) pengedaran darah ke seluruh badan.(c) pengangkutan makanan tercerna dan

oksigen ke seluruh badan.(d) penyingkiran bahan kumuh dari badan.(e) pencernaan makanan.(f) penyahtinjaan.

Seekor rusa perlu minum untuk membantunya membesar dengan sihat

Haiwan Memerlukan Udara1. Haiwan bernafas dengan menggunakan

udara.2. Dengan udara sedutan, haiwan dapat

menjalankan proses-proses hidup.3. Haiwan akuatik menggunakan udara terlarut

dalam air.

Ikan bernafas menggunakan udara terlarutdalam air

2.3 Jenis-jenis Tempat Perlindungan Haiwan

1. Haiwan perlukan tempat perlindungan untuk melindunginya daripada bahaya, sinaran matahari, dan hujan.

2. Haiwan yang berbeza mempunyai jenis tempat perlindungan yang berbeza seperti:(a) sarang.(b) gua.(c) lubang bawah tanah.

3. Sesetengah haiwan membuat tempat perlindungannya daripada kayu, daun, dan lumpur.

Bidang Pembelajaran 1: Keperluan Asas Hidupan

UNIT 2 KEPERLUAN ASAS HAIWAN

Page 3: nota sains tahun 4.doc

Haiwan seperti burung dan ayam membuat Sarang

Kelawar hidup di dalam gua

3.1 KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN

Keperluan asas tumbuhan ialah:(a) air.(b) udara.(c) cahaya matahari.

Tumbuhan Memerlukan Air1. Air amat penting kepada tumbuhan.2. Tumbuhan memerlukan air untuk:

(a) menjalankan fotosintesis.(b) mengawal suhunya.(c) menjalankan proses-proses kimia.

3. Jika tumbuhan tidak mendapat air, tumbuhan akan mati.

selepas dua minggu

(Plant A) disiram air tumbuhan masih hidup

selepas dua minggu

(Plant B) tidak disiram tumbuhan matidengan air

Tikus hidup di dalam lubang bawah tanah

Tumbuhan Memerlukan Udara1. Tumbuhan memerlukan udara untuk:

(a) membakar makanan untuk menghasilkan tenaga.

(b) menghasilkan makanan melalui fotosintesis.

2. Apabila tumbuhan bernafas, tumbuhan menyerap oksigen dari udara.

3. Apabila tumbuhan berfotosintesis, tumbuhan menyerap karbon dioksida dari udara.

4. Tumbuhan akan mati jika tidak mendapat udara.

selepas dua minggu

(Plant A) mendapat tumbuhan masih hidup udara

selepas dua minggu

(Plant B) tidak mendapat tumbuhan matiudara

Tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari1. Tumbuhan hijau dapat membuat

makanannya sendiri.

Bidang Pembelajaran 1: Keperluan Asas Hidupan

UNIT 3 KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN

selepas duaminggu

selepas duaminggu

selepas duaminggu

selepas duaminggu

Page 4: nota sains tahun 4.doc

2. Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui fotosintesis.

3. Selain air dan udara, tumbuhan perlukan cahaya matahari untuk berfotosintesis.

4. Tumbuhan menghasilkan makanan yang dikenal sebagai glukosa melalui fotosintesis.

5. Glukosa disimpan sebagai kanji di dalam daun.

6. Jika tumbuhan tidak mendapat cahaya, tumbuhan akan kekuningan dan seterusnya akan mati.

4.1 MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA

1. Manusia bernafas.2. Apabila manusia bernafas, manusia:

(a) menggunakan oksigen.(b) membebaskan karbon dioksida.

3. Manusia memerlukan udara untuk bernafas.

Bagaimana Manusia Bernafas1. Organ pernafasan manusia ialah peparu.

2. Proses pernafasan terdiri daripada sedutan udara dan hembusan udara.(a) Apabila kita menyedut udara, udara

dibawa masuk melalui hidung atau mulut ke peparu.

(b) Apabila kita menghembus udara, udara dikeluarkan dari peparu melalui hidung.

selepas dua minggu

(Plant A) terdedah tumbuhan masih hidupkepada cahaya

selepas dua minggu

(Plant B) disimpan tumbuhan matidi tempat gelap

3. Aliran udara yang disedut masuk dandihembus keluar melalui laluan seperti yangberikut.

(Hidung → (kerongkong) → (peparu)Atau mulut)

Perbezaan antara Sedutan dengan HembusanUdaraSedutan udara Hembusan udaraMempunyai lebih oksigen

Mempunyai kurang oksigen

Mempunyai kurang karbon dioksida

Mempunyai lebih karbon dioksida

4.2 PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN PADA MANUSIA (UPSR ‘03/OBJ)

Perkumuhan1. Manusia berkumuh.2. Manusia berkumuh untuk menyingkirkan

bahan buangan yang dihasilkan daripada pelbagai aktiviti badan.

3. Bahan buangan itu adalah bahan bertoksin.4. Bahan buangan bole meracuni badan jika

tidak disingkirkan.5. Oleh yang demikian, manusia perlu

menyingkirkan bahan buangan untuk hidup sihat.

MELAYARI INTERNEThttp://www.inhs.uiuc.edu/chf/pub/tree_kit/student/lesson6.html

Bidang Pembelajaran 2: Hidupan Menjalankan Proses Hidup

UNIT 4 PROSES HIDUP MANUSIA

selepas duaminggu

hidung

lubang hidung

mulut

kerongkong

peparu

Page 5: nota sains tahun 4.doc

Penyahtinjaan1. Manusia perlu penyahtinjaan secara teratur

(sekurang-kurangnya dua kali seminggu).2. Manusia menyahtinja untuk menyingkirkan

bahan makanan tidak tercerna daripada badan.

3. Sisa makanan tidak tercerna dalam badan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit.

4. Oleh itu manusia perlu menyingkirkan bahan makanan tidak tercerna untuk kekal sihat.

Hasil-hasil Perkumuhan1. Semasa mengumuh, manusia menghasilkan:

(a)air kencing.(b) peluh.(c)air.

2. Air kencing, peluh, dan udara hembusan mengandungi bahan-bahan yang tidak diperlukan lagi oleh badan.

3. Bahan-bahan ini adalah air yang berlebihan, garam mineral dan urea.

4. Air juga dikumuhkan melalui pernafasan, pemeluhan, dan air kencing.

5. Semasa menghembuskan nafas, manusia mengeluarkan udara yang mengandungi air.

6. Air tersebut adalah dalam bentuk wap air.

Hasil-hasil Penyahtinjaan1. Semasa menyahtinja, manusia menghasilkan

tinja.2. Tinja ialah sisa makanan yang tidak

dicernakan oleh badan.3. Manusia menyingkirkan tinja melalui dubur.

4.3 MANUSIA BERGERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

1. Manusia mempunyai lima organ deria.2. Organ deria dapat mengesan rangsangan.3. Tindak balas terhadap rangsangan dapat

membantu manusia melindungi dirinya daripada bahaya.

4.4 PEMBIAKAN MANUSIA

1. Manusia tidak dapat hidup selama-lamanya.2. Oleh itu manusia perlu membiak untuk mengha-

Organ deriaRangsangan yang dapat dikesanMataCahaya Contoh: Manusia akan menutup mata serta-merta apabila suatu lampu suluh bernyala dihalakan depan mata.

TelingaBunyiContoh: Manusia akan menutup telinga dengan tangan serta-merta apabila terdengar bunyi yang amat kuat.

HidungBahan kimia yang mempunyai bauContoh: Manusia dapat mengesan bau makanan dari dapur.

LidahBahan kimia yang mempunyai rasa manis, masam, masin, dan pahitContoh: Manusia dapat membezakan rasa makanan yang dimakan.

KulitSentuhan, panas, sejuk, sakit, dan tekananContoh: Apabila tersentuh cerek air panas, manusia akan manarik tangannya dari cerek tersebut serta-merta.

Page 6: nota sains tahun 4.doc

5.1 TABIAT YANG MEMUDARATKAN PROSES HIDUP MANUSIA

1. Tabiat tertentu mempunyai kesan buruk ke atas badan manusia.

2. Contoh tabiat-tabiat buruk adalah:(a)merokok.(b) penggunaan alkohol.(c)mengambil dadah.

3. Semua tabiat tersebut mempunyai kesan buruk kepada proses hidup manusia.

5.2 KESAN MEROKOK KE ATAS PEPARU

1. Asap rokok mengandungi banyak bahan-bahan beracun.

2. Semasa manusia merokok, bahan-bahan beracun termendap dalam peparu.

3. Bahan-bahan ini akan merosakkan peparu dan mendatangkan kesan negatif kepada peparu dalam pengambilan masuk oksigen.

4. Merokok adalah buruk terhadap kesihatan manusia.

5. Merokok boleh menyebabkan penyakit dan masalah kesihatan seperti:(a)kanser peparu.(b) penyakit jantung.

silkan anak dari generasi ke generasi. 3. Pembiakan memastikan penyambungan spesies

manusia di dunia ini.4. Manusia membiak melalui kelahiran anak.

Bidang Pembelajaran 2: Hidupan Menjalankan Proses Hidup

UNIT 5 TABIAT YANG BOLEH MENGGANGGU PROSES HIDUP

Peparu seorang Peparu seorang perokok bukan perokok (Bahan dalam asap rokok menyebabkan peparu menjadi hitam)

Cabang keluarga bagi tiga generasi

Generasi pertama

Generasi kedua

Generasi ketiga

atuk nenek

bapa saudarabapa emak

abang

emak saudara

kakak saya adik

Page 7: nota sains tahun 4.doc

(c)batuk teruk.(d) kesukaran bernafas.

5.3 DADAH DAN ALKOHOL BOLEH MELAMBATKAN GERAK BALAS SESEORANG TERHADAP RANGSANGAN

1. Mengambil dadah dan alkohol boleh membawa keburukan kepada badan manusia.

2. Dadah dan alkohol melambatkan tindak balas seseorang terhadap rangsangan.

3. Orang yang mengambil dadah dan alkohol tidak dapat berjalan lurus.

4. Seorang pemandu mabuk atau pemandu yang khayal dadah boleh mengakibatkan kemalangan.

Pemandu yang mabuk boleh mengakibatkan kemalangan

5. Penagih dadah yang mengambil jumlah dadah berlebihan biasanya akan memendekkan hidupnya.

6. Penggunaan jumlah alkohol yang berlebihan dalam jangka masa panjang akan merosakkan hati dan otak.

5.4 KEMPEN TIDAK MENGGALAKKAN MEROKOK, PENGAMBILAN DADAH

DAN ALKOHOL 1. Kita boleh membantu dalam membanteras

merokok, penagihan dadah dan penggunaan alkohol dengan menlancarkan kempen tidak menggalakkan tabiat-tabiat ini.

6.1 PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN DALAM HAIWAN

1. Perkumuhan ialah proses hidup untuk menyingkirkan hasil pembuangan daripada badan kita melalui organ perkumuhan.

2. Hasil pembuangan yang disingkirkan daripada badan dikenal sebagai hasil perkumuhan. UPSR ’04 OBJ

3. Hasil perkumuhan haiwan adalah karbon dioksida, wap air, dan air kencing.

2. Aktiviti-aktiviti dalam kempen termasuk:(a)Menjemput pegawai kesihatan untuk memberi

ceramah tentang kesan merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol.

(b)Mengadakan pertandingan poster anti merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol.

Contoh-contoh poster kempen anti merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol.

(c)Mengadakan pertandingan ceramah atau penulisan esei tentang mengapa kita harus mengelakkan merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol.

(d)Menontong video tentang bagaimana merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol boleh menjejaskan kesihatan kita.

(e)Mengadakan pameran untuk menunjukkan bahawa merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol memudaratkan kesihatan.

4. Penyahtinjaan ialah proses hidup di mana makanan tidak tercerna, tinja disingkirkan daripada badan melalui dubur.

5. Haiwan mengumuh dan menyahtinja. Haiwan mengumuh untuk menyingkirkan hasil perkumuhan dan menyahtinja untuk menyingkirkan makanan tidak tercerna daripada badannya.

Bidang Pembelajaran 2: Hidupan Menjalankan Proses Hidup

UNIT 6 PROSES HIDUP HAIWAN

Page 8: nota sains tahun 4.doc

6. Haiwan berlainan akan mengumuhkan hasil perkumuhan dalam cara berlainan. Contohnya, ikan menyingkirkan hasil perkumuhan seperti karbon dioksida melalui insang. Monyet mengumuhkan hasil perkumuhan seperti karbon dioksida melalui peparu.

7. Perkumuhan dan penyahtinjaan adalah proses hidup penting untuk mengekalkan kesihatan badan.

8. Hasil perkumuhan dalah sebatian beracun. Sebatian ini boleh memudaratkan sel-sel badan jika ia tidak disingkirkan daripada badan. Tinja perlu disingkirkan untuk mengekalkan kesihatan badan.

6.2 STRUKTUR PERNAFASAN HAIWAN (UPSR’02/OBJ)1. Haiwan bernafas untuk hidup.2. Haiwan bernafas menggunakan struktur

pernafasannya.3. Gambar-gambar yang berikut menunjukkan

struktur pernafasan haiwan tertentu.

Struktur pernafasan haiwan.

4. Struktur pernafasan untuk haiwan berlainan jenis adalah berbeza.

6.3 PEMBIAKAN DALAM HAIWAN1. Haiwan membiak untuk memastikan

kemandirian spesiesnya.

2. Haiwan berlainan membiak dengan cara yang berbeza.

3. Sesetengah haiwan melahirkan anak sementara haiwan lain bertelur.

Anak ayam menetas dari telur.

Zirafah melahirkan anak.

4. Jadual yang berikut menunjukkan sesetengah haiwan dikelaskan kepada dua kumpulan mengikut cara pembiakannya.

Melahirkan anak BertelurMonyetIkan pausLembuBadak sumbuKelawarHarimauSingaKangaruGajahKucing

KatakPenyuIkanCicakUlarBelalangSemutLabah-labahItikBurung

6.4 KITAR HIDUP HAIWAN YANG

burung ikan

belalang labah-labah

katakmonyet

Page 9: nota sains tahun 4.doc

BERBEZA1. Haiwan boleh mempunyai kitar hidup yang

berlainan.2. Gambar-gambar yang berikut menunjukkan

beberapa contoh kitar hidup haiwan.

Kitar hidup rama-rama.

Kitar hidup katak.

Kitar hidup tikus belanda.

3. Dalam setiap peringkat kitar hidup haiwan yang berlainan, terdapat perubahan saiz dan rupa bentuk badan.

4. Contohnya, pada setiap peringkat kitar hidup tikus belanda, saiz badan tikus belanda bertambah dari peringkat anak hingga ke peringkat dewasa.

5. Perubahan rupa bentuk berlaku dalam kitar hidup rama-rama. Setiap peringkat kitar hidup, daripada telur hingga ke peringkat dewasa, perubahan bentuk berlaku dalam pertumbuhannya.

7.1 GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP RANGSANGAN

1 Tumbuhan bergerak balas terhadaprangsangan seperti air, graviti, cahayamatahari, dan sentuhan.

2 Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan3 hanya melibatkan sesetengah bahagian

tumbuhan sahaja iaitu pucuk, akar, atau daun.

Gerak Balas Tumbuhan terhadap Air1 Akar tumbuhan akan bertumbuh ke arah

sumber air. 2 Hal ini boleh ditunjukkan melalui

eksperimen yang berikut.

Awal eksperimen.

Akhir eksperimen.Di akhir eksperimen, akar anak pokoktumbuh ke arah sumber air.

Gerak balas Tumbuhan terhadap Graviti (UPSR’04 /OBJ)1 Pucuk tumbuhan akan bertumbuh ke arah

graviti.2 Hal ini boleh ditunjukkan melalui

eksperimen di bawah.

Bidang Pembelajaran 2: Hidupan Menjalankan Proses Hidup

UNIT 7 PROSES HIDUP TUMBUHAN

pupadewasa

larva telur

telur

berudu

dewasa

tikus belanda selepas dilahirkan

anak tikus belanda

dewasa

diseram setiap hari

anak pokok

pasu

tanah lembap

selepas seminggu

anak benih akar

pucuk

Page 10: nota sains tahun 4.doc

A BGerak balas tumbuhan terhadap graviti.

(a) Rajah A menunjukkan susunan radas di awal eksperimen.

(b) Selepas satu minggu, akar biji benih tumbuh ke bawah iaitu ke arah graviti seperti yang ditunjukkan pada Rajah B.

Gerak balas Tumbuhan terhadap Cahaya Matahari1 Pucuk tumbuhan akan bertumbuh ke arah

cahaya matahari.2 Hal ini boleh ditunjukkan melalui

eksperimen di bawah.

P QGerak balas tumbuhan terhadap cahaya

matahari.(a) Rajah P menunjukkan susunan

radas di awal eksperimen.(b) Selepas beberapa hari, pucuk

tumbuh dan membengkok ke arah cahaya matahari yang menyinar melalui lubang seperti yang ditunjukkan pada Rajah Q.

Gerak balas Tumbuhan terhadap SentuhanSesetengah tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan. Contohnya, daun-daun pokok semalu menguncup apabila disentuh.

Gerak balas pokok semalu terhadap sentuhan.

7.2 PEMBIAKAN DALAM TUMBUHAN1 Tumbuhan membiak untuk memastikan

kemandirian spesiesnya.

2 Tumbuhan membiak dalam pelbagai cara seperti:(a) melalui biji benih.

durian jagung

(b) melalui spora.

paku pakis cendawan

(c) melalui sulur/anak pokok.

pokok pisang nanas

(d) melalui keratan batang.

pokok ubi kayu tebu

(e) melalui daun.

Bryophyllum Begonia(f) melalui batang bawah tanah.

kotak

lubang

kotak

semalu

daun tertutup jika disentuh

spora

Page 11: nota sains tahun 4.doc

ubi kentang halia

Page 12: nota sains tahun 4.doc

8.1 CIRI-CIRI KHAS DAN PERLAKUAN HAIWAN BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA BAHAYA

1 Haiwan perlu melindungi dirinya daripadadimakan atau diserang oleh musuh.

2 Haiwan mempunyai ciri-ciri khas untukmelindungi dirinya daripada musuh.

Ciri-ciri khas Contoh haiwan Mempunyai sengat berbisa

Kala jengking, labah-labah

Mempunyai racun berbisa

Ular

Mempunyai kuku cengkam yang tajam

Harimau, singa, helang

Mempunyai duri-duri tajam

Landak

Mempunyai cangkerang keras

Kura-kura, siput, kerang

Mempunyai kaki yang panjang dan berotot

Kuda, kancil, kuda belang

Badan diliputi dengan sisik-sisik yang keras

Tenggiling, buaya

3 Sesetengah haiwan mempunyai perlakuankhas untuk melindungi dirinya daripadamusuh.

Perlakuan khas Contoh haiwan Menyamar diri Sesumpah, kuda

belang, kupu-kupuHidup berkelompok Gajah, monyetMenggulungkan diri Ulat gonggok,

tenggilingBerpura-pura mati KumbangMemancutkan dakwat hitam

Sotong

Menanggalkan ekor CicakMengeluarkan bau busuk

Skunk, pepijat, lipas

Ulat gonggok cicak menggolongkan menanggalkan badannya. ekornya.

8.2 CIRI-CIRI KHAS DAN PERLAKUAN HAIWAN BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA CUACA YANG TERLALU PANAS DAN SEJUK (UPSR’02/ STR)

1 Haiwan juga perlu melindungi dirinyadaripada cuaca yang melampau.

2 Haiwan mempunyai ciri-ciri khas untukmelindungi dirinya daripada cuaca yangmelampau.

3 Haiwan yang hidup di kawasan yang sangatsejuk mempunyai ciri-ciri yang berikut.

(a) mempunyai bulu tebal Contohnya: beruang kutub, musang artik

(b) mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit Contohnya: paus, penguin, anjing laut, beruang kutub

Beruang kutub4 Unta hidup di kawasan gurun.5 Cuaca di gurun adalah sangat panas dan

kering.6 Bagi menyesuaikan dirinya dengan

persekitaran, unta mempunyai cirri-ciri yang berikut:(a) mempunyai bonggol di atas badannya untuk menyimpan makanan dan air.(b) mempunyai bulu untuk

melindungi badannya daripada haba matahari di waktu siang.

(c) mempunyai kebolehan untuk minum banyak air

(d) mempunyai bulu mata yang panjang untuk menghalang pasir daripada memasuki mata semasa rebut pasir.

Unta

Bidang Pembelajaran 3: Haiwan dan Tumbuhan Melindungi Diri

UNIT 8 HAIWAN MELINDUNGI DIRI

Page 13: nota sains tahun 4.doc

7 Sesetengah haiwan mempunyai perlakuankhas untuk melindungi dirinya daripadacuaca yang melampau.

Perlakuan khas aiwan untuk melindungi dirinya daripada cuaca panas

Perlakuan khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada cuaca sejuk

(a) berkubang dalam lumpurContoh: badak, kerbau

(a) bermigrasi daripada kawasan sejuk ke kawasan panas Contoh: burung layang-layang, bangau

(b) bersembunyi di tempat teduh atau di dalam tanahContoh: tikus, biawak

(b) berhibernasi sepanjang musim sejukContoh: beruang, tupai, tikus

8.3 CIRI-CIRI KHAS DAN PERLAKUAN HAIWAN UNTUK MEMBOLEHKANNYA BERMANDIRI

1 Haiwan perlu melindungi dirinya daripadabahaya dan cuaca yang melampau.

2 Oleh itu, setiap haiwan mempunyai ciri-ciridan perlakuan khas.

3 Tanpa ciri-ciri dan perlakuan khas,haiwan mungkin akan mati apabila:(a) haiwan diserang oleh musuh.(b) terdedah kepada unsur-unsur cuaca

yang melampau.4 Ciri-ciri dan perlakuan khas haiwan

membolehkan haiwan terus bermandiri dialam ini.

9.1 CIRI-CIRI KHAS TUMBUHAN UNTUK MELINDUNGI DIRINYA DARIPADA MUSUH

1 Tumbuhan tidak dapat bergerak dari satutempat ke satu tempat untuk melindungidirinya daripada musuh.

2 Oleh sebab itu, tumbuhan mempunyai ciriciri khas untuk melindungi dirinyadaripada musuh.

Ciri-ciri khas tumbuhan

Contoh tumbuhan

Mempunyai batang, daun atau buah berduri

Pokok ros, durian, kaktus, nanas

Mempunyai kulit tebal dan keras

Angsana, pokok getah

Mempunyai buah, batang atau daun yang berbulu halus yang boleh menyebabkan kegatalan

Buluh, buah labu, pokok lalang

Menghasilkan susu getah

Pokok getah, pokok betik, pokok cempedak

Menghasilkan bahan beracun

Sesetengah jenis keladi

pokok ros pokok labu

9.2 CIRI-CIRI KHAS TUMBUHAN UNTUK MELINDUNGI DIRINYA DARIPADA KEHILANGAN AIR YANG BERLEBIHAN

1 Semasa cuaca panas, tumbuhan cenderungkehilangan banyak air ke persekitaran.

2 Tumbuhan kehilangan air melalui daun.3 Oleh itu, daun sesetengah tumbuhan

disesuaikan dengan ciri-ciri khas untukmengurangkan kehilangan air yangberlebihan.

4 Contohnya:(a) pokok rhu mempunyai daun berbentuk

jarum.(b) pokok tembikai dan pokok labu

mempunyai daun yang berbulu(c) pokok keladi dan pokok pandan

mempunyai daun yang berlilin yang kalis air.

MELAYARI INTERNEThttp://www.sciencemadesimple.com/animasl.html

Bidang Pembelajaran 3: Haiwan dan Tumbuhan Melindungi Diri

UNIT 9 TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI

duri

bulu halus

Page 14: nota sains tahun 4.doc

(d) pokok pisang dan pokok jagung menggulungkan daun pada cuaca panas.

(e) pokok getah meluruhkan daun pada musim kering.

pokok getah pokok keladi

5. Pokok kaktus hidup di gurun yang sangat panas dan kering.

6. Untuk mengelakkan kehilangan air yang berlebihan, kaktus mempunyai ciri-ciri khas seperti yang berikut:

(a) daun kecil berbentuk duri untuk mengurangkan kehilangan air.

(b) batang yang boleh menyimpan air(c) akar yang panjang untuk menyerap air ke

dalam tanah

Kaktus mempunyai akar yang panjang untuk menyerap air ke dalam tanah

9.3 CIRI-CIRI KHAS TUMBUHAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA ANGIN KENCANG

1. Apabila tumbuhan ditiup angin kencang, tumbuhan cenderung tumbang.

2. Untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku, tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada angin kencang.

(a) Mempunyai akar sokongan

pokok beringin

(b) Mempunyai akar banir

pokok semarak api

(c) Mempunyai batang yang mudah melentur

pokok buluh

(d) Mempunyai daun yang berbentuk jarum

pokok ru

MELAYARI INTERNEThttp://www.units.muohio.edu/dragonfly/trees.htmlx

daun berlilin

akar

akar sokomgan

akar banir

daun

Page 15: nota sains tahun 4.doc

10.1CARA –CARA BERLAINAN UNTUK MENGUKUR PANJANG

1. Panjang adalah jarak di antara dua titik atau dua tempat.

2. Terdapat banyak cara untuk mengukur panjang.

3. Pada zaman dahulu, orang menggunakan anggota –anggota badan untuk mengukur panjang.

4. Gambar –gambar berikut menunjukkan beberapa cara untuk mengukur panjang dengan menggunakan anggota-anggota badan kita.

Cara-cara untuk mengukur panjang dengan menggunakan anggota-anggota badan

5. Pengukuran panjang dengan menggunakan anggota badan adalah tidak tepat kerana orang berbeza mempunyai saiz badan yang berbeza.

6. Kita boleh juga menggunakan objek-objek lain seperti penyedut minuman, benang, mancis dan klip kertas untuk mengukur panjang.

Panjang buku itu adalah sama dengan 6 keping klip kertas.

Panjang kotak pensel itu adalah sama dengan 2 batang penyedut.

Tinggi meja itu adalah sama dengan 4 batang pensel, lebar meja itu adalah sama dengan 5 batang pensel.

10.2ALAT PENGUKUR DAN UNIT PIAWAI

1. Alat pengukur seperti pembaris dan pita ukur adalah alat piawai yang digunakan untuk mengukur panjang.

pita ukur pembaris2. Unit piawai bagi panjang yang diukur oleh

pembaris ialah sentimeter ( cm) dan milimeter (mm).

3. Unit piawai bagi panjang ditunjukkan seperti berikut:

4. Panjang bagi satu garis lengkung boleh diukur dengan menggunakan benang dan pembaris.

5. Jadual berikut menunjukkan alat pengukur yang sesuai digunakan untuk mengukur panjang bagi objek yang berbeza.

Panjang yang diukur

Alat pengukur

Unit piawai

Panjang bagi sebatang

Pembaris Milimeter dan sentimeter

10 milimeter = 1 sentimeter100 sentimeter = 1 meter1 000 meter = 1 kilometer

Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran

UNIT 10 MENGUKUR PANJANG

langkah

depa

kaki hastaIbu jari

kotak pensel

Page 16: nota sains tahun 4.doc

penselPanjang bagi sebuah meja guru

Pembaris meter, Pembaris setengah meter

Meter

Lebar dan panjang bagi sebuah bilik darjah

Pembaris meter, pita ukur

Meter

Tinggi bagi seorang murid

Pembaris meter,pita ukur

Meter

10.3TEKNIK PENGUKURAN PANJANG YANG BETUL

1. (a) Gambar di bawah ini menunjukkan teknik pengukuran panjang yang betul bagi suatu objek.

Teknik pengukuran panjang yang betul bagi sebatang pensel.

(b) Mata patut diletakkan secara tegak di atas tanda yang dibaca.

2. Untuk mengukur panjang garis lengkung, letakkan benang disepanjang garisan itu. Kemudian luruskan benang tadi dan ukur panjangnya menggunakan pembaris.

Teknik pengukuran panjang yang betul bagi suatu garis lengkung

4. Panjang bagi objek-objek lain seperti sebiji bola atau sebuah kereta mainan boleh diukur secara tepat dengan menggunakan sebatang pembaris dan dua blok kayu.

Teknik pengukuran panjang yang betul bagi sebuah kereta mainan.

11.1 KONSEP BAGI LUAS1. Luas bagi sesuatu permukaan adalah saiz

bagi permukaan itu.2. (a) Gambar-gambar yang berikut

menunjukkan dua bentuk yang berbeza, iaitu suatu segi empat sama dan suatu segi empat tepat.

segi empat sama segi empat tepat

(b) Berdasarkan gambar-gambar tersebut, segi empat tepat mempunyai luas yang lebih besar daripada segi empat sama.

(c) Ini dapat dibuktikan dengan menggunakan kad-kad yang setiapnya dapat mengukur 1 cm x 1 cm ( 1 cm 2)

(d) Isikan segi empat sama dan segi empat tepat itu dengan kad-kad 1 cm2 ini dan kira jumlah bilangan kad yang digunakan.

(e) Segi empat sama itu akan menggunakan empat keping kad 1 cm2 ini manakala segi empat tepat itu akan menggunakan enam keping.

(f) Perhatikan bahawa jumlah bilangan kad yang digunakan untuk mengisi suatu

Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran

UNIT 11 MENGUKUR LUAS

kedudukan mata yang salah

kedudukan mata yang salah

kedudukan mata yang betul

pensel

garis lengkung

benang

blok kayu kereta mainan

pembaris

blok kayu

2 cm

2 cm

2 cm

3 cm

Page 17: nota sains tahun 4.doc

bentuk adalah sama dengan hasil darab panjang dengan lebar bagi bentuk itu.

(g) Oleh itu, untuk mengukur lebar bagi suatu bentuk yang seragam, formula yang berikut boleh digunakan:

Luas = panjang x lebar

3. Luas sesuatu permukaan diukur oleh alat berunit piawai.

4. Luas bagi suatu permukaan yang kecil diukur dalam milimeter persegi ( mm2 ) atau sentimeter persegi ( cm2).

5. Luas bagi suatu permukaan yang besar diukur dalam meter persegi ( m 2 ) atau kilometer persegi ( km2).Contoh 1Gambar yang berikut menunjukkan suatu segi empat tepat yang mempunyai panjang 5 cm dan lebar 4 cm. Hitungkan luas bagi segi empat tepat itu.

PenyelesaianLuas = panjang x lebar

= 5 cm x 4 cm = 20 cm2

Contoh 2Kemudian isikan segi empat tepat di atas dengan kad-kad yang setiapnya mengukur 1 cm2. Berapakah keping kad yang digunakan ?Penyelesaian

Bilangan kad 1 cm2 yang digunakan

= 20 keping= 20 cm2

11.2TEKNIK PENGUKURAN LUAS YANG BETUL

1. Pada asasnya, untuk mengukur saiz bagi segi empat sama atau segi empat tepat, gunakan formula yang berikut:

2. Contoh-contoh yang berikut menunjukkan kiraan luas.Contoh 1Hitungkan luas bagi bentuk di bawah ini.

PenyelesaianLuas bagi segi empat sama A= 3 cm x 3 cm= 9 cm2

Luas bagi segi empat tepat B= 3 cm x 2 cm= 6 cm2

Luas bagi bentuk itu = Luas bagi segi empat sama A + Luas bagi segi empat tepat B= 9 cm2 + 6 cm2

= 15 cm2

Contoh 2Hitungkan luas bagi kawasan berlorek di bawah ini.

Penyelesaian

Luas = 25 segi empat sama

Luas= panjang x lebar = 1 cm x 1 cm = 1 cm2

Luas = panjang x lebar

4 cm

5 cm

1 cm

1 cm

3 cm

3 cm

3 cm

2 cmBA

1 cm

1 cm

Page 18: nota sains tahun 4.doc

= 25 x 1 cm2+

= 25 cm2

12.1 Menyukat Isi Padu Pepejal

1. Isi padu ialah saiz sesuatu ruang.2. Objek yang lebih besar mempunyai isi padu

yang lebih besar.3. (a) Rajah di bawah menunjukkan dua objek

yang berlainan, sebuah kubus dan kuboid.

(b) Isi padu kubus dan kuboid yang diberi diukur menggunakan kubus yang berukuran 1 cm1 cm 1 cm sebagai unit ukuran isi padu piawai.

(c) Bilangan kubus yang berukuran 1 cm 1 cm 1 cm yang mempunyai isi padu yang sama dengan kubus yang diberi dikira. Bilangan ini memberikan isi padu bagi kubus itu. Isi padu kuboid juga boleh dikira menggunakan cara yang sama.

4. Isi padu pepejal yang berbentuk seragam boleh disukat menggunakan rumus :

Isi padu = panjang lebar tinggi

5. Unit piawai bagi isi padu ialah: milimeter padu (mm3) sentimeter padu (cm3) meter padu (m3)

Contoh Kira isi padu objek berikut

Penyelesaian :Isi padu = panjang lebar tinggi

= 4 cm 3 cm 2 cm = 24 cm3

12.2 Menyukat Isi Padu Cecair

1. Isi padu cecair boleh disukat menggunakan alat berunit piawai seperti bikar dan silinder penyukat.

Silinder penyukat2. Silinder penyukat biasanya digunakan untuk

menyukat isi padu sesuatu cecair.3. Silinder penyukat boleh menyukat isi padu

cecair dalam unit sentimeter padu (cm3)

4. Rajah di bawah menunjukkan teknik yang betul semasa mengambil bacaan pada silinder penyukat.

1 sentimeter padu = 1 mililiter1 cm3 = 1 ml

Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran

UNIT 12 MENGUKUR ISI PADU

1 cm

1 cm

1 cm

4 cm

4 cm

4 cm2 cm

8 cm

kuboidkubus

4 cm

3 cm

2 cm4 cm

(X)

()

(x)

Page 19: nota sains tahun 4.doc

Cara mengambil bacaan yang betul semasa membaca isi padu cecair

5. Semasa menyukat isi padu cecair menggunakan silinder penyukat, pastikan:(a) Silinder penyukat diletakkan di atas

permukaan yang rata

(b) Bacaan diambil pada aras bahagian bawah meniskus(c) Mata sama aras dengan bahagian bawah meniskus

13.1 Alat Pengukur dan Unit Piawai

1. Semua objek mempunyai jisim.2. Jisim boleh diukur menggunakan alat-alat

berikut:(a) neraca tuas

(b) neraca mampatan

3. Unit piawai bagi jisim dalam sistem metrik adalah milligram (mg), gram (g) dan kilogram (kg).

4. Hubungan antara kesemua unit adalah seperti berikut:

5. Jisim yang besar diukur menggunakan neraca yang mempunyai skala yang besar dan isi padu yang kecil diukur menggunakan neraca yang mempunyai skala yang kecil.

6. Sebagai contoh, jisim sebiji tembikai diukur dalam kilogram (kg), jisim sebuah buku latihan diukur dalam gram (g) dan jisim

sebatang jarum diukur dalam milligram (mg).

13.2 Teknik Mengukur Jisim yang betul

Berikut menunjukkan teknik yang betul semasamengukur jisim menggunakan neraca mampatan.(a) Sebelum mengukur jisim sesuatu objek,

pastikan penunjuk neraca berada pada kedudukan kosong.

Penunjuk neraca ialah pada kedudukan kosong.

(b) Letakkan objek secara perlahan ke atas piring neraca. Jangan tolak neraca menggunakan objek atau jatuhkan objek secara tiba-tiba ke atas piring neraca.

Durian diletakkan perlahan-lahan ke atas piring neraca

(c) Semasa mengambil bacaan pada neraca, pastikan kedudukan mata adalah berserenjang dengan kedudukan skala.

1 kilogram (kg) = 1000 gram (g)1 gram (g) = 1000 miligram (mg)

Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran

UNIT 13 MENGUKUR JISIM

penunjuk

kedudukan mata yang betul

Page 20: nota sains tahun 4.doc

Contoh

Bacaan awal = 0 kg

Bacaan akhir = 5 kgJadi, jisim bagi empat buah buku = 5 kg

14.1 Cara yang Berbeza untuk MengukurMasa

1. Masa ialah tempoh antara dua ketika.2. Masa boleh diukur berasaskan proses

yang berulang secara seragam.3. Proses yang ditunjukkan berulang secara

seragam, jadi proses ini boleh digunakan untuk mengukur masa.

Proses yang berulang secara seragam

14.2 Alat Pengukur dan Unit Piawai

1. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan proses yang berulang secara seragam untuk mengukur masa.

2. Berdasarkan prinsip ini, mereka telah mereka cipta alat untuk mengukur masa.

3. Alat-alat di bawah digunakan oleh manusia pada zaman dahulu untuk mengukur masa.

Jam yang digunakan pada zaman dahulu untuk mengukur masa

4. Pada masa sekarang, jam yang berunit piawai dicipta untuk mengukur masa.

5. Unit piawai bagi masa ialah :(a) saat(b) minit(c) jam

6. Semua unit piawai ini membolehkan kita mengukur masa dengan tepat.

7. Hubungan antara semua unit masa adalah seperti berikut:

Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran

UNIT 14 MENGUKUR MASA

ayunan bandul

titisan air denyutan nadi

jam mataharijam pasir

jam air jam lilin

Page 21: nota sains tahun 4.doc

8. Jam yang ditunjukkan di bawah digunakan pada zaman sekarang untuk mengukur masa.

Jam yang digunakan pada zaman sekarang9. Jam randek digunakan untuk mengukur

masa yang pendek dengan tepat.(a) Ja, randek menyukat masa dalam saat

dan minit(b) Jam randek selalu digunakan di dalam

makmal dan pertandingan sukan.

15.1 Keperluan Menggunakan Unit Piawai

1. Pada zaman dahulu, manusia tidak menggunakan unit piawai untuk mengukur kuantiti fizikal seperti panjang, jisim, isi padu dan masa.

2. Mereka menggunakan anggota badan mereka untuk mengukur kuantiti fizikal.

3. Sebagai contohnya mereka menggunakan jengkal dan depa untuk mengukur panjang.

4. Kaedah-kaedah ini menghasilkan ukuran yang berbeza bagi setiap individu.

5. Tanpa unit piawai, ahli sains tidak dapat berkongsi ilmu pengetahuan mereka atau berbincang mengenai penemuan mereka.

6. Oleh sebab itu, penggunaan unit piawai adalah penting dalam kehidupan harian.

7. Jadual berikut menunjukkan kuantiti fizikal dan unit piawainya.

Kuantiti Fizik Unit PiawaiPanjang Meter (m)Luas Meter persegi (m2)Isi padu Meter padu (m3)Jisim Kilogram (kg)Masa Saat (s)

16.1 Pengelasan Objek Berdasarkan BahanBuatannya

1. Sekeliling kita terdapat pelbagai jenis objek.2. Objek-objek ini diperbuat daripada pelbagai

bahan. 3. Jadual berikut menunjukkan pengelasan

objek berdasarkan bahan buantannya.

60 saat = 1 minit60 minit = 1 jam24 jam = 1 hari

Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran

UNIT 15 KEPENTINGAN MENGGUNAKAN UNIT PIAWAI

Bidang Pembelajaran 5: Sifat-sifat Bahan

UNIT 16 SIFAT-SIFAT BAHAN

jam dinding jam randek

jam digitaljam tangan

Page 22: nota sains tahun 4.doc

Bahan Contoh objekKaca Guli, botol, cermin, pinggan, mentol,

pasu, cermin kereta, mangkukGetah Pemadam, tayar, tilam, gelang getah,

belon, sarung tangan, bola, selipar

16.2 SIFAT-SIFAT BAHAN

1. Bahan yang berlainan mempunyai sifat-sifat yang berbeza.

2. Sifat-sifat beberapa bahan ditunjukkan di bawah.

Sifat BahanMengkonduksikan tenaga e-lektrik

Logam

Mengkonduksikan haba Logam, kacaTerapung di atas air Kayu, plastikMenyerap air Kain, kertasBoleh diregangkan GetahMembenarkan cahaya mela-luinya

Plastik, kaca

Konduktor dan Penebat1. Konduktor adalah bahan yang membenarkan

tenaga elektrik dan haba untuk melaluinya dengan mudah.

2. Penebat adalah bahan yang tidak membenarkan tenaga elektrik untuk melaluinya. Penebat juga tidak membenarkan haba melaluinya dengan cepat.

3. Kebiasaannya konduktor adalah logam seperti besi, emas, perak, aluminium, dan kuprum.

4. Penebat adalah bukan logam seperti getah, kayu, plastik dan kaca.

5. Jadual berikut memberikan contoh-contoh konduktor dan penebat.

Konduktor PenebatKunci, syiling, jarum, paku, klip kertas, paku tekan, cincin emas, pembaris keluli, dawai, sudu keluli

Kertas, kain, pembaris plastik, penyedut minuman, rod kaca, benang, gelang getah, pemadam, beg plastik

Objek Lut Sinar, Lut Cahaya dan Legap (UPSR’04/OBJ)1. Sesetengah bahan membenarkan cahaya untuk

melaluinya, tetapi sesetengahnya tidak. 2. Berdasarkan kepada sifat ini, bahan-bahan

boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu:(a) bahan lut sinar.(b) bahan lut cahaya(c) bahan legap

Bahan lut sinar Bahan lut cahaya Bahan legap

Bahan yang membenarkan seluruh cahaya malaluinya

Bahan yang membenarkan hanya sebahagian cahaya melaluinya

Bahan yang tidak membenarkan sebarang cahaya untuk melaluinya

Objek boleh dilihat dengan jelas melalui bahan lut sinar

Objek boleh dilihat dengan samar-samar melalui bahan lut cahaya

Objek tidak boleh dilihat melalui bahan legap

Contoh:Bikar, silinder penyukat, kepingan lut sinar

Contoh:Cermin tingkap, kertas surih, kertas tisu

Contoh:Tuala, buku, tin aluminium, sapu tangan

Bahan Contoh objekKayu Pensil, katil, meja, kerusi, rumah,

almari, kertas, bot, bukuPlastik Botol, sudu, garpu, pinggan, cawan,

pen, pembaris, penyedut minuman, baldi, bakul, alat mainan

Logam Kunci, paku, pisau, gunting, senduk, periuk, sudu, barang kemas, dawai kokot

Page 23: nota sains tahun 4.doc

16.3MENGAPLIKASIKAN PENGETAHUAN TENTANG SIFAT BAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

1. Pengetahuan tentang sifat bahan boleh memanfaatkan kita dalam pelbagai cara.

2. Dalam kehidupan seharian, kita menggunakan penebat haba untuk mengekalkan kepanasan atau kesejukan benda.

3. Gambar dibawah menunjukkan cara untuk mengekalkan kepanasan benda.

Bekas polisterina mengekalkan kepanasan makanan dan susu.

Membalut botol susu dengan tuala mengekalkan kepanasan susu.

Dinding kaca, lapisan vakum, dan penutup plastik dalam kelalang termos mengekalkan kepanasan air.4. Gambar di bawah menunjukkan Cara untuk

mengekalkan kesejukan benda.

Kotak polisterina menghalang ais daripada melebur dengan mudah. Ini boleh digunakan untuk mengkalkan kesejukan minuman dan ikan.

Melapisi ais dengan habuk kayu mengekalkan kesejukan ais, jadi ais tidak melebur dengan mudah.

16.4KEGUNAAN BAHAN BERDA-SARKAN SIFAT MEREKA

1. Bahan yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza.

2. Apabila memilih bahan untuk membuat sesuatu objek, kita sepatutnya mempertimbangkan sifat-sifat bahan.

3. Contoh:

Objek Bahan SifatKuali Logam Keras dan kuat

Tidak menyambar api Mengkonduksikan haba, jadi makanan boleh

dimasak dengan lebih cepatPlastik Ringan

Menebat haba, jadi pemegang tidak panas dengan mudah

Tuala Kapas Lembut Menyerap air

makanan

susu panas

bekas polisterina

tuala

air panas

penyumbat plastik

dinding kaca

vakum

minuman sejuk

kotak polistirena

ais

aishabuk kayu

plastik

logam

Page 24: nota sains tahun 4.doc

Jendela Kaca Keras Tidak menyerap air Membenarkan cahaya melaluinya Tidak tergores dengan mudah

17.1BAHAN SEMULA JADI DAN BAHAN BUATAN MANUSIA

1. Terdapat berjuta-juta bahan yang berguna kepada manusia.

2. Manusia menggunakan beberapa bahan untuk mencipta objek baru.

3. Semua objek dan benda yang digunakan oleh manusia adalah diperbuat daripada bahan semula jadi dan bahan buatan manusia.

4. Sesetengah objek berasal daripada kedua-duanya: bahan semula jadi dan buatan manusia.

5. Bahan semula jadi berasal daripada tanah, batuan, tumbuhan, haiwan dan logam.

6. Bahan semula jadi tidak dibuat oleh manusia.

Objek Bahan semula jadiKerusi KayuTilam GetahSyiling LogamBeg tangan KulitPasu bunga Tanah liatSkaf SuteraBaju sejuk Bulu

7. Bahan buatan manusia adalah bahan semula jadi yang diproses menjadi bahan baru.

Objek Bahan buatan manusiaPembaris PlastikBotol plastikPinggan plastik/kacaCawan plastik/kacaJala NilonStoking Kain sintetik

17.2KEPERLUAN UNTUK MEMULIHARA BAHAN

1. Semua objek diperbuat daripada bahan semula jadi atau bahan buatan manusia

2. Penggunaan bahan-bahan ini secara berterusan akan menyebabkan kuantiti bahan-bahan ini berkurangan.

3. Oleh sebab itu, kita perlu memulihara bahan-bahan ini kerana bahan semula jadi dan bahan buatan manusia adalah terhad dan mungkin kehabisan jika tiada usaha untuk memuliharakannya.

4. Berikut adalah beberapa cara untuk memelihara bahan.i. Guna semulaii. Kitar semulaiii. Mengurangkan

5. Guna semula bermaksud mengguna semua objek sekali lagi.

6. Kitar semula bermaksid memproses semua objek buangan kepada objek baru.

7. Mengurangkan bermaksud menghadkan penggunaan objek yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan bahan buatan manusia.

8. Contoh objek yang boleh diguna semula ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Objek Kegunaan baruBotol dan tin plastik Bekas air

Pasu Bekas pen

Tayar buruk Barang perhiasan Tempat pembiakan

ikan

9. Jadual di bawah menunjukkan beberapa objek yang kita boleh kitar semula.

Objek lama Objek baru

UPSR ’03 OBJ

Bidang Pembelajaran 5: Sifat-sifat Bahan

UNIT 17 KEPENTINGAN DALAM MENGGUNA , MENGURANG, DAN MENGITAR SEMULA BAHAN

kaca

Page 25: nota sains tahun 4.doc

10. Berikut adalah beberapa faedah daripada kitar semula, guna semula dan pengurangan.

i. Boleh menyelamatkan hutan

ii. Boleh menyelamatkan sumber bahan kita

iii. Boleh menjimatkan sumber tenaga kita

iv. Boleh mengurangkan pencemaran

18.1OBJEK BERKARAT DAN OBJEK TIDAK BERKARAT

1. Sesetengah objek berkarat selepas dibiarkan beberapa lama tetapi sesetengah objek pula tidak berkarat.

2. Karat terbentuk kerana tindak balas sesetengah logam dengan air dengan kehadiran udara.

3. Objek-objek yang diperbuat daripada besi boleh berkarat.

4. Objek- objek yang diperbuat daripada kayu, kulit, kaca, plastik dan tanah tidak boleh berkarat.

5. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh objek –objek yang boleh berkarat dan objek –objek yang tidak boleh berkarat.

Objek yang boleh berkarat

Objek yang tidak boleh berkarat

Pintu pagar Sudu plastikPisau cukur Pinggan kacaPaku Pasu seramikCangkul Kerusi kayutin Cincin emasNat dan palang Kertas surat khabar

6. Karat ialah bahan perang – kemerahan yang terbentuk pada permukaan sesuatu objek.

18.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENGARATAN

1. Pengaratan hanya akan berlaku apabila suatu objek itu terdedah kepada air dan udara. 2. Pengaratan tidak akan berlaku apabila salah satu antara tersebut tidak hadir.

Susunan radas di dalam eksperimen untuk mengkaji faktor –faktor pengaratan.

Keputusan eksperimenTabung uji

Keputusan kehadiranAir Udara

A Berkarat B Tidak

berkarat ×

C Tidak berkarat

×

D Tidak berkarat

× ×

E Berkarat

18.3 BEBERAPA CARA MENCEGAH PENGARATAN DAN FAEDAHNYA

Beberapa Cara Mencegah Pengaratan1. Pengaratan sesuatu objek dapat dicegah.

Hal ini dapat dilakukan dengan mencegah air dan udara dari bersentuhan dengan objek.

2. Antara cara –cara untuk mencegah pengaratan:(a) mengecat(b) menyalut objek dengan logam lain yang

tidak berkarat(c) menyapu objek dengan gris, minyak

dan tar(d) menyalut objek dengan bahan yang

tidak berkarat seperti plastik dan kertas(e) menggalvani dengan zink

Bidang Pembelajaran 5: Sifat-sifat Bahan

UNIT 18 BAHAN-BAHAN BERKARAT

paku

air

airdidih

minyakkalsium kloridakontang

udara

minyak

A B C D E

Page 26: nota sains tahun 4.doc

Matahari

Zuhrah Marikh

asteroid Pluto

Neptun Musytari Utarid Bumi Uranus

Zuhal

Mengecat pagar besiFaedah Mencegah Pengaratan1. Pengaratan menyebabkan objek mudah

rosak.2. Objek yang berkarat rapuh dan mudah

patah.

3. Oleh itu, banyak wang diperlukan untuk membaiki objek yang berkarat.

4. Mencegah pengaratan banyak kelebihannya kerana:(a) membuatkan objek logam lebih cantik(b) ia mencegah objek logam dari kelihatan

haus dan reput.(c) boleh mengelak dari kemungkinan

mendapat penyakit tetanus.

19.1 JUZUK-JUZUK SISTEM SURIA1. Matahari adalah suatu bintang. Matahari

terletak di tengah-tengah di dalam sistem solat.

2. Planet-planet adalah objek yang mengelilingi Matahari pada jarak yang berbeza.

3. Terdapat sembilan planet di dalam sistem solar.

4. Planet-planet disusun mengikut jaraknya dari Matahari iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.

5. Rajah di bawah menunjukkan sembilan planet yang mengelilingi sistem solar.

Sembilan planet yang mengelilingi Matahari di dalam Sistem Suriar.

6. Tarikan daripada daya graviti Matahari mengekalkan semua planet di dalam orbit masing-masing.

7. Semua planet bergerak di dalam orbit bujur.

8. Lebih jauh suatu planet dari Matahari, maka lebih besar orbit planet tersebut.

9. Selain dari planet-planet, sistem solar juga terdiri daripada objek yang lain seperti

satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet.

Satelit Semula jadi

1. Bulan adalah satelit semula jadi kerana ia adalah objek semula jadi yang mengelilingi planet- planet. 2. Planet-planet mempunyai bilangan satelit semula jadi yang berbeza yang mengelilinginya.

Planet Bilangan satelit semula jadi

Utarid 0Zuhrah 0Bumi 1

Marikh 2Musytari 16

Zuhal 23Uranus 15Neptun 8Pluto 1

Asteroid1. Asteroid adalah batu –batu kecil atau

objek berlogam yang banyak bertaburan di dalam sistem solar.

2. Asteroid banyak dijumpai di dalam lingkaran yang terletak di antara orbit Marikh dan Musytari.

Bidang Pembelajaran 6: Sistem Suria

UNIT 19 SISTEM SURIA

Musytari Asteroid

Marikh

Matahari

Page 27: nota sains tahun 4.doc

bola jaring

guli kacabiji saga

Lingkaran asteroidMeteor1. Meteoroid adalah batu yang kecil atau objek

berlogam yang terapung di angkasa lepas.2. Meteor adalah coreng cahaya yang

dihasilkan apabila meteoroid memasuki lapisan atmosfera Bumi.

Meteor3. Meteoroid adalah objek semula jadi dari

angkasa lepas yang menghentam permukaan planet Bumi atau planet –planet yang lain.

4. Meteoroid yang menghentam permukaan Bumi akan membentuk kawah . Contoh kawah ialah yang terdapat di Arizona, Amerika Syarikat.

Komet1. Komet adalah ketulan-ketulan kecil ais

dan debu yang terdapat pada orbit yang mengelilingi Matahari.

2. Komet mempunyai kepala dan ekor yang panjang.

3. Sesetengah komet bersinar dengan cahaya yang istimewa apabila mereka menghampiri Matahari dan ais terbakar sebagai gas yang membentuk ekor sehingga mencapai 300 juta km panjang.

19.2 HUBUNG KAIT ANTARA SAIZ DENGAN JARAK BUMI, BULAN, DAN MATAHARI

1. Matahari adalah lebih besar dari Bumi dan Bulan.

2. Matahari kelihatan lebih kecil di langit kerana ia terletak sangat jauh dari Bumi manakala Bulan kelihatan lebih besar berbanding Matahari kerana Bulan terletak lebih hampir dengan Bumi.

3. Jarak antara Matahari dan Bumi adalah lebih kurang 150 juta kilometer, sementara jarak antara Bulan dan Bumi ialah lebih kurang 384 000 kilometer.

4. Diameter Matahari ialah 110 kali ganda lebih besar dari Bumi dan 400 kali ganda lebih besar dari diameter Bulan.

5. Bumi lebih kurang 50 kali ganda lebih besar dari Bulan. Diameter Bulan ialah ¼ daripada diameter Bumi.

6. Saiz Bulan, Bumi dan Matahari adalah dalam nisbah yang berikut:

7. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan antara saiz Bumi, Bulan, dan Matahari.

Bulan Bumi Matahari

Perbandingan antara saiz Bumi, Bulan, dan Matahari

19.3 MENGHARGAI KEDUDUKAN BUMI YANG IDEAL DI DALAM SISTEM SURIA

1. Jarak antara Bumi dari Matahari adalah adalah sangat sesuai untuknya menerima tenaga haba yang cukup untuk menyokong kehidupan.

2. Planet yang lain samada menerima terlalu banyak haba atau terlalu sedikit haba.

3. Permukaan Bumi mengandungi bekalan air yang cukup untuk benda hidup meneruskan kehidupannya.

4. Bumi juga mengandungi gas di dalam komposisi yang sesuai untuk menyokong kehidupan.

5. Setakat ini, hanya Bumi sartu-satunya planet di dalam sistem solar yang mengandungi benda hidup.

6. Hal ini adalah kerana Bumi satu-satunya planet yang terdapat air, udara dan haba yang sesuai untuk benda hidup meneruskan kehidupan.

Bulan : Bumi : Matahari1 : 4 : 400

Bidang Pembelajaran 7: Teknologi

UNIT 20 KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Page 28: nota sains tahun 4.doc

20.1HAD KEUPAYAAN MANUSIA DAN PERALATAN UNTUK MENGATASINYA(UPSR’00/OBJ)

1. Manusia berupaya untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan otak, anggota badan dan organ deria.

2. Walau bagaimanapun, terdapat had keupayaan pada manusia untuk melakukan kerja.

3. Had keupayaan pada manusia antaranya termasuklah:(a) tidak mampu mengingati semua senarai

nombor-nombor telefon tanpa menulisnya.

(b) tidak mampu untuk melompat mencecah syiling dan menyentuhnya

(c) tidak mampu untuk membaca tulisan yang sama dari jarak yang berbeza.

4. Manusia menggunakan kepandaian mereka untuk mengatasi had keupayaan.

5. Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh peralatan

yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia.

PeralatanHad keupayaan yang diatasi oleh peralatan

tersebutKanta pembesar Membolehkan seseorang

melihat objek dengan lebih jelas

Mikroskop Membolehkan seseorang memerhatikan sesuatu objek secara teliti

PeralatanHad keupayaan yang diatasi oleh peralatan

tersebutMikrofon dan pembesar suara

Membolehkan seseorang bercakap dengan kuat untuk didengari pada jarak yang jauh

Basikal

Kereta

Kapal terbang

Membolehkan seseorang bergerak pada jarak yang jauh

Teleskop Membolehkan seseorang melihat objek yang berada sangat jauh

Kalkulator/ mesin kira-kira

Membolehkan seseorang melakukan pengiraan dengan lebih cepat dan lebih tepat

21.1 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

1. Teknologi berkembang dengan peredaran masa.

2. Manusia mencipta banyak peralatan untuk membantu mereka melakukan kerja seharian.

3. Perkembangan teknologi mengubah kehidupan manusia dalam bidang

Bidang pembelajaran 7: Teknologi

UNIT 21 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Page 29: nota sains tahun 4.doc

komunikasi, pengangkutan, pertanian dan pembinaan.

Perkembangan Teknologi dalam Komunikasi

Memukul gendang Menggunakan burung Penciptaan telefon oleh Penciptaan telefon merpati sebagai utusan Alexander Graham Bell selular

Perkembangan Teknologi dalam PengangkutanDarat

Penggunaan penggelek Penciptaan roda dan gandar Penciptaan kereta

Udara

Belon udara panas “Flyer” Kapal terbang moden

Air

Rakit Kapal layar Kapal moden

Perkembangan Teknologi dalam Pertanian

Page 30: nota sains tahun 4.doc

Menggunakan cangkul untuk Menggunakan haiwan Menggunakan jenteraMembuat lubang untuk membajak pembajak moden

Perkembangan Teknologi dalam Pembinaan

Bangunan

Gua Pondok Rumah papan Banglo (rumah batu)Jambatan

Jambatan ringkas Jambatan kayu Jambatan konkrit

21.2 PENYELESAIAN MASALAH YANGDIHADAPI MANUSIA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

1. Manusia menghadapi banyak masalah dalam kehidupan seharian.

2. Walau bagaimanapun, masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan menggunakan teknologi.

3. Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian, terutamanya di sekolah. Cuba selesaikan masalah tersebut dengan melakukan aktiviti yang berikut.

21.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKANTEKNOLOGI KEPADA MANUSIA

1. Teknologi mempunyai kebaikan dan keburukan.

2. Manusia perlu menggunakan teknologi secara bijaksana supaya ia memberikan kebaikan.

3. Perkembangan teknologi boleh memudaratkan manusia jika teknologi tidak digunakan secara bijaksana.

Kebaikan Teknologi1. Perkembangan teknologi membantu

manusia dengan memudahkan sesuatu kerja dilakukan.

2. Teknologi telah mengubah kehidupan manusia.

3. Perkembangan teknologi dalam kesihatan dan perubatan telah meningkatkan taraf kesihatan manusia.

4. Perkembangan teknologi menjadikan komunikasi antara dua individu yang berada jauh lebih mudah dan lebih cepat.

5. Lebih banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh manusia sebelum ini dapat dilakukan dengan lebih mudah disebabkan penciptaan lebih banyak mesin.

AKTIVITI1. Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh

murid-murid dalam kehidupan seharian, seperti kehilangan pensil atau pen setiap masa ataupun ketidakmampuan untuk mengawal habuk yang berterbangan semasa membersihkan papan hitam.

2. Lakukan sesi sumbang saran bagi menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti.

3. Reka dan bina alat untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti.

4. Gunakan bahan-bahan yang dikitar semula untuk membuat alat tersebut.

5. Persembahkan ciptaan di dalam kelas.

Page 31: nota sains tahun 4.doc

6. Perkembangan teknologi dalam bidang angkasa lepas membantu manusia mengkaji dan memahami angkasa lepas.

Keburukan Teknologi1. Perkembangan teknologi bermaksud lebih

banyak peralatan dan mesih dicipta dan digunakan dalam pelbagai bidang. Oleh sebab itu, peralatan moden dan mesin menggantikan manusia di tempat kerja. Hal ini menyebabkan lebih ramai kehilangan kerja.

2. Jika teknologi ketenteraan tidak dikawal, lebih banyak senjata yang berbahaya dan bom nuklear akan dicipta dan lebih ramai manusia akan terbunuh di medan peperangan.

3. Perkembangan teknologi juga boleh menyebabkan peningkatan masalah sosial terutamanya di bandar-bandar besar.

4. Dengan perkembangan teknologi, lebih banyak kilang akan dibina. Aras pencemaran akan meningkat.

5. Perkembangan teknologi juga boleh menyebabkan manusia menjadi lebih malas kerana lebih banyak kerja dilakukan oleh mesin atau robot.