nota rujukan untuk persediaan kertas 3 sejarah spm 2014

14
TUGASAN UMUM SEJARAH SPM KERTAS 3 2014 CADANGAN SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN 1. Tema: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat . 2. Batasan Kajian: Sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 5/Bab 7. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen sehingga Negara Persekutuan. 3. Cadangan soalan dan cadangan jawapan: a) Konsep/maksud demokrasi berparlimen. (5 markah)/ms 161-162 Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada. Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat. b) Latar belakang perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. (5 markah)/ms 161-162. Malaysia memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada. Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat. Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. c) Ciri-ciri demokrasi berparlimen. (30 markah)/ms 162-180. Konsep Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.

Upload: tuisyen-geliga

Post on 23-Jun-2015

1.355 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

Bahan kertas 3 Sejarah SPM 2014 - Credit untuk Blog TanyaCheguSejarah.Blogspot.com

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

TUGASAN UMUM SEJARAH SPM KERTAS 3 2014CADANGAN SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN

1. Tema: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat .

2. Batasan Kajian: Sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 5/Bab 7. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen sehingga Negara Persekutuan.

3. Cadangan soalan dan cadangan jawapan:

a) Konsep/maksud demokrasi berparlimen. (5 markah)/ms 161-162 Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada. Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat.

b) Latar belakang perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. (5 markah)/ms 161-162.

Malaysia memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada. Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat. Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

c) Ciri-ciri demokrasi berparlimen. (30 markah)/ms 162-180.

Konsep Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada

pembentukan sesebuah kerajaan. Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk

melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.

Page 2: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara.

Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama.

Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan

persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan

Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri

Keluhuran perlembagaan Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu

sendiri. Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan

Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen,

jemaah Menteri, dan mahkamah Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia

adalah tidak sah

Sebab-sebab pindaan Perlembagaan Melindungi kepentingan rakyat. Menjaga keselamatan Negara. Melicinkan urusan. Supaya sentiasa releven. Sesuai dengan keperluan semasa. Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang

individu daripada bercakap sewenang-wenangnya. Mengelakkan perbalahan kaum. Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada

peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.

Page 3: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan

Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan

bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan

raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Tujuan Pilihan Raya Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan

Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan

Undangan Negeri diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana

kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian,

peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia

dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

Proses Pilihan Raya di Malaysia Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR). Penamaan calon. Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding. Pelancaran kempen pilihan raya. Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR. Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih

kepada pengundi di tempat pengundian. Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan

kertas tersebut ke dalam peti undi. Pembuangan undi. Pengiraan undi. Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Kelayakan Calon Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik

yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara

Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang

Page 4: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.

Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.

Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

Kelayakan Pengundi Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan

dalam Senarai Daftar Pemilih. Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang

berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.

Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.

Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

Kempen Pilihan Raya Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya

umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.

Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang

berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.

Kepentingan Pilihan Raya Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan

demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik

semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta

menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH

Badan kehakiman Menentukan kesahihan undang-undang Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.

Page 5: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Perkara sivil berkaitan dengan saman. Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah

yang disaksikan oleh seorang peguam). Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.

Sistem mahkamah Berkuasa mentafsir perlembagaan negara. Mentfsir undang-undang. Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri. Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-

undang. Melaksanakan undang-undang Tidak boleh meminda undang-undang.

CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF) Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen. Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara Merupakan dewan tertinggi Mengandungi 69 orang ahli. Mewakili setiap negeri. Ahli digelar Senator. Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen. Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman. Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti

perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan. Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah

Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang

telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.

Dewan Rakyat Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting. Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli. Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya. Tempoh keanggotaannya lima tahun. Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan

Rakyat.

Page 6: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Jemaah Menteri Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan. Pembuat dasar tertinggi negara. Diketuai oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau

beberapa kementerian.

Kementerian Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.

Menteri Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan

Setiausaha Politik. Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai

Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN). Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK). KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan

awam. Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.

Badan Berkanun Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan. Mempunyai kuasa autonomi tertentu. Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri

yang berkenaan.

Suruhanjaya Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin. Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan

Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.

Page 7: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian. Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. Pembacaan pertama di Dewan Negara dan Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja. Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan. Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat

jawatankuasa di Dewan Rakyat. Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke

Dewan Negara. Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan

Rakyat Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada

DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor. Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.

d) Manfaat/faedah pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara. (15 markah)

Mengekalkan kestabilan politik. Mengekalkan keamanan dalam negeri. Menjamin kemakmuran ekonomi. Melicinkan pentadbiran. Rakyat dapat hidup dalam rukun perpaduan. Rakyat bebas dan berhak menentukan kerajaan. Mengekalkan kedaulatan negara. Membentuk kerajaan yang adil serta stabil. Dapat menjalankan pemerintahan secara perkongsian kuasa melalui Badan

Legislatif, Eksekutif dan Judiasari. Menjamin hak-hak istimewa orang Bumiputera tanpa mengabaikan hak-hak kaum

lain. Mengekalkan institusi Raja-Raja Melayu. Suara rakyat dapat disampaikan kepada perwakilan di Parlimen/DUN untuk

dibincangkan dan diselesaikan. Rakyat bebas menjalankan urusan harian tanpa disekat. Sistem pemerintahan yang mengambil kira kepentingan semua pihak. Mana-mana jawapan yang munasabah.

e) Kepentingan warganegara Malaysia memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen. (15 markah)

Rakyat dapat tahu perjalanan dan kaedah serta proses (selok belok) pemerintahan. Rakyat dapat memilih perwakilan yang adil dan saksama/tepat. Sebagai tanda cintakan kepada negara Taat kepada raja.

Page 8: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Perpaduan sebagai asas kekuatan negara/masyarakat. Sebagai pengisian kemerdekaan yang bermakna. Rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara seperti

mempertahankan negara serta mengundi. Untuk menyemai rasa patriotik terhadap negara. Mengetahui undang-undang serta peraturan dan mematuhinya. Membentuk identiti bangsa Malaysia. Membentuk semangat kekitaan/kebersamaan walaupun banyak perbezaan dari segi

sosioekonomi. Setia kepada negara. Menyemaikan semangat kerjasama sesama atau antara kaum. Rakyat yang terlibat dengan politik dapat berpolitik secara sihat. Segala kritikan terhadap kerajaan dapat disampaikan melalui saluran yang betul dan

berhemah. Kebebasan asasi dapat digunakan secara berhemah dan bijaksana. Mana-mana jawapan yang munasabah.

f) Kejayaan Malaysia kesan/hasil daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. (15 markah)-Politik:

Kestabilan politik. Tiada perbalahan berlaku walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat, ideologi, agama dan etnik.

Persaingan politik berlaku dengan sihat walaupun terdapat parti kerajaan dan pembangkang.

Berjaya mengekalkan institusi beraja serta hak-hak istimewa orang Melayu. Keamanan dalam negara dapat dikekalkan kerana penjiwaan rakyat terhadap

keluhuran perlembagaan. Malaysia juga diiktiraf antara tempat paling selamat didiami di dunia.

Dapat mematahkan serangan-serangan anasir luar terhadap kedaulatan negara seperti yang berlaku dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah.

Membentuk sebuah negara persekutuan yang kuat serta mapan. Mana-mana jawapan yang munasabah.

-Ekonomi: Kekayaan negara dapat dikongsi bersama. Pembelaan terhadap golongan

berpendapatan sederhana dan rendah. Meyakinkan pelabur asing melabur dalam pelbagai sektor di negara kita kerana

kestabilan politiknya. Meningkatkan serta memajukan ekonomi negara disamping menjadikan negara

berpendapatan tinggi. Ekonomi pasaran bebas menjadikan Malaysia tumpuan utama rakan-rakan dagang

antarabangsa.

Page 9: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang pesat membangun serta memilki acuan yang tepat untuk menjadi negara maju.

Wujudnya pelbagai koridor pembangunan ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Iskandar Johor, Wilayah Pembangunan Negeri Pantai Timur dan sebagainya.

Mana-mana jawapan yang munasabah.-Sosial:

Pelbagai infrastruktur awam dibina untuk kemudahan orang ramai seperti jalan raya, jalan keretapi, premis-premis kerajaan

Pengukuhan perpaduan rakyat yang pelbagai kaum. Rakyat bebas menjalankan urusan seharian tanpa gangguan dan sekatan. Pelbagai mercu tanda negara dibina seperti Tugu Negara, Menara Berkembar

Petronas, Litar F1 Sepang, KLIA dan sebagainya. Kebebasan beragama walaupun agama rasmi persekutuan ialah agama Islam. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sementara bahasa ibunda boleh

diamalkan. Membentuk identiti Bangsa Malaysia walaupun terdapat perbezaan, etnik, kaum,

bahasa dan agama. Membentuk masyarakat Satu Malaysia yang berlandaskan perpaduan dan

kebersamaan sama ada semasa situasi senang atau sukar. Menjadikan warganegara Malaysia yang patriotik, setia dan cinta kepada negara. Mana-mana jawapan yang munasabah.

g) Bukti sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia telah menjadi kunci kepada kestabilan politik. (15 markah)

Tiada perbalahan berlaku walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat, ideologi, agama dan etnik.

Persaingan politik berlaku dengan sihat walaupun terdapat parti kerajaan dan pembangkang.

Berjaya mengekalkan institusi beraja serta hak-hak istimewa orang Melayu. Keamanan dalam negara dapat dikekalkan kerana penjiwaan rakyat terhadap

keluhuran perlembagaan. Malaysia juga diiktiraf antara tempat paling selamat didiami di dunia.

Dapat mematahkan serangan-serangan anasir luar terhadap kedaulatan negara seperti yang berlaku dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah.

Membentuk sebuah negara persekutuan yang kuat serta mapan Pemerintahan negara yang berdasarkan pengasingan kuasa demi memastikan

pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Meneruskan amalan sistem pemerintahan beraja melalui konsep raja

berpelembagaan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia dijadikan dokumen rasmi dan sebagai panduan

untuk mentadbir negara.

Page 10: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Kerajaan Malaysia merupakan sebuah kerajaan dari suara rakyat untuk rakyat. Rakyat berhak menentukan kerajaan.

Parti-parti politik dibenarkan bergerak dan berjalan mengikut undang-undang. Sejak Tragedi Rusuhan Kaum 13hb Mei 1969, tiada lagi peristiwa rusuhan kaum yang

mengancam keselamatan negara. Mana-mana jawapan yang munasabah.

h) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasinya. (15 markah)-Cabaran:

Sebilangan rakyat yang tidak faham konsep pemerintahan demokrasi berparlimen sehingga menimbulkan kekacauan yang mengancam keharmonian negara.

Terdapat undang-undang/akta yang tidak releven dengan masa kini. Terdapat penjawat awam yang tidak menjalankan tugas dengan amanah. Terdapat parti politik yang sanggup melakukan politik kotor untuk mencapai

matlamat politik. Kebebasan asasi telah disalahgunakan dengan membelakangi undang-undang. Kerenah birokrasi dalam pentadbiran. Pentadbiran yang tidak cekap. Sesetengah pihak mempertikaikan isu-isu sensitif dalam perlembagaan sehingga

boleh mencetuskan sikap perkauman. Mana-mana jawapan yang munasabah.

-Cara mengatasi: Pendidikan kesedaran sistem politik negara perlu ditekankan sejak di bangku

sekolah lagi melalui mata pelajaran Sivik, Sejarah, Pendidikan Moral dan sebagainya.

Meminda semula akta yang sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman.

Penekanan integriti dalam menjalankan tugas untuk semua penjawat awam dalam pelbagai sektor kerajaan. Penubuhan badan berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia membolehkan pemantauan dijalankan terhadap penjawat awam supaya menjalankan tugas dengan amanah.

Menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk membanteras aktiviti politik kotor dan juga kepada pihak-pihak tertentu yang mengancam keharmonian negara atas nama kebebasan.

Melaksanakan sistem piagam pelanggan yang mengutamakan pelanggan. Menetapkan KPI sebagai kayu ukur dalam melaksanakan tugasan penjawat awam. Mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba

mempertikaikan/menyentuh isu-isu sensitif.

Page 11: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Mana-mana jawapan yang munasabah.

i) Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (10 markah)

Cinta kepada negara. Bangga kepada negara. Setia kepada negara. Kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam situasi sukar dan senang. Kesaksamaan ekonomi. Kebajikan rakyat dibela melalui pelbagai bantuan seperti BRIM, bantuan awal

persekolahan dan sebagainya. Perpaduan teras kekuatan bangsa Malaysia. Amalan bekerjasama dan juga toleransi yang menjadi teras keharmonian rakyat

pelbagai kaum di Malaysia. Sanggup berkorban demi negara. Rakyat harus menunaikan tanggungjawab sosial kepada negara. Amanah dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai penjawat awam. Berpolitik secara sihat. Menghormati institusi beraja di Malaysia. Menghormati hak-hak setiap individu walaupun berbeza latar belakang, budaya,

agama dan bahasa. Mana-mana jawapan yang munasabah.

j) Buktikan amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara bangsa Malaysia. (10 makah)

Mengekalkan institusi beraja di Malaysia seperti institusi Yang di Pertuan Agong dan pengekalan sultan dan raja sebagai ketua negeri.

Identiti nasional Bangsa Malaysia diwujudkan dan diperkukuhkan dengan nilai perpaduan.

Membentuk negara bangsa yang mengikut acuan sendiri dengan tidak meminggirkan budaya dan agama bangsa.

Konsep 1 Malaysia diterapkan sebagai semangat kekitaan, kebersamaan dan kesepaduan pelbagai bangsa dalam mengharungi situasi sukar dan senang.

Kerajaan yang dibentuk melalui pakatan murni melibatkan masyarakat yang berbilang kaum dengan meletakkan asas toleransi sebagai tunjang pemerintahan dan pentadbiran.

Semangat permuafakatan melalui persekutuan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia.

Mewujudkan bangsa Malaysia yang kuat serta teguh kesetiaan kepada raja dan negara.

Perkongsian bijak antara kaum dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.

Page 12: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Kesediaan setiap warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap tolak ansur dan kesederhanaan.

Perkongsian kebudayaan melalui semangat kebangsaan seperti menyambut perayaan bersama.

Mana-mana jawapan yang munasabah.

k) Peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem demokrasi berparlimen. (10 markah)

Menganggotai mana-mana parti politik. Mendaftar sebagai pemilih. Menjadi calon pilihan raya. Bertanding atas parti atau calon bebas. Memilih pemimpin yang bertanggungjawab. Memilih pemimpin yang amanah. Memilih pemimpin berwawasan. Memilih pemimpin yang mesra rakyat. Tidak menyertai demonstrasi haram. Tidak menganggotai pertubuhan haram. Memilih pemimpin. Menghormati hak asasi manusia. Patuh pada undang-undang Negara. Bertolak ansur. Mana-mana jawapan yang munasabah.

l) Mengapakah sistem demokrasi Malaysia dianggap unik dan istimewa? (10 markah) Menerimapakai konsep raja berpelembagaan di peringkat persekutuan dan juga

negeri. Ketua negara ialah Yang di Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan dan

payung negara. Yang di Pertuan Agong dipilih 5 tahun sekali. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik melalui pilihan raya. Kuasa pemerintahan negara dijalankan berdasarkan konsep pengasingan kuasa

untuk mengelakkan pembolotan kuasa melalui Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judiasari.

Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada melalui pilihan raya.

Demokrasi di Malaysia bersifat penyertaan tidak langsung kerana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihanraya dan wakil ini yang menganggotai Dewan Rakyat.

Sejarahnya yang bermula hasil pakatan murni iaitu usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

Parti politik yang menang pilihanraya akan membentuk kerajaan. Ini mencerminkan kerajaan adalah di bawah kuasa tangan rakyat.

Politik di Malaysia melibatkan pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi.

Page 13: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Mana-mana jawapan yang munasabah.

m) Mengapakah Malaysia memilih amalan demokrasi berparlimen sebagai asas pemerintahan dan pentadbiran negara? (10 markah)

Selari dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia/termaktub dalam undang-undang.

Pemerintahan berasaskan konsep toleransi dan musyawarah. Rakyat boleh memilih perwakilan mereka yang akan menyampaikan suara mereka di

Parlimen. Sesuai dengan rakyat yang berbilang kaum yang berbeza latar belakang sosio-

ekonomi. Dianggap satu bentuk pemerintahan yang lengkap dan mencakupi semua

kepentingan kaum. Rakyat akan berpuas hati dan tidak melakukan penentangan terhadap kerajaan.

Konsep pengasingan kuasa melalui Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judisiari dapat mengelakkan pembolotan kuasa.

Mengekalkan institusi beraja sebagai simbol kedaulatan dan payung negara. Memberi peluang kepada kerajaan yang baru dibentuk untuk menjalankan

pentadbiran dan pemerintahan negara serta mendahulukan rakyat. Ia bertepatan dengan slogan “Sebuah Kerajaan Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat”. Rakyat akan menilai prestasi kerajaan dan membuat keputusan sama ada ingin mengekalkan atau menukarkan kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

Pemerintahan Malaysia banyak dipengaruhi/mengambil contoh pentadbiran kolonial British dan kemudian disesuaikan mengikut acuan Malaysia.

Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dapat melicinkan pentadbiran Malaysia.

Mana-mana jawapan yang munasabah.

n) Rumusan (5 markah):

Pengetahuan: Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan

pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.

Iktibar Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara. Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan

kemakmuran ekonomi. Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam

negara.

Page 14: Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.

Harapan Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya

dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia.

Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran.

Peringatan:

Sila buat esei yang lengkap dalam tugasan spesifik. Sila teliti dan fahami dahulu soalan spesifik sebelum menggunakan dapatan kajian ini. Ini adalah sekadar cadangan jawapan. Calon boleh menggunakan/menambah dengan dapatan

kajian lain.

Disediakan oleh:

Che’gu Sejarah(Salehuddin bin Mohd Rokani)