nota rujukan novel kembara amira

14
NOVEL KEMBARA AMIRA (Amer Hmzah L.Kadir) Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan Malique. Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai. Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung. Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia. Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira Sinopsis

Upload: razana-rastam

Post on 02-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

NOVEL KEMBARA AMIRA(Amer Hmzah L.Kadir)

Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira

telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya.

Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan

tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah

menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan

Malique.

Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di

hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan

tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan

diterokai.

Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari

pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan

akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung.

Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah

mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia.

Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof.

Zaidah. Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik

dan tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile

disk milik Malique. Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan

tersebut.

Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala

rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga

berbulu. Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada

Malique (Sabi). Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan

bahawa Itai adalah adik Malique.

Sinopsis

Page 2: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula

melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang

perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.

Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini

digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti

persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak

kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique

dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan

melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari

Amira di Gunung Gua Gajah.

2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara

ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat

menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu

kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa

dengan keluarganya.

3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan

melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan

khazanah hutan untuk mencari emas.

4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap

dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau

kawasan tersebut akan musnah.

Tema

Persoalan

Page 3: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam

keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah

meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya

menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang

menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang

mengalami keretakan tulang tangannya.

7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang

berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Pembinaan Plot

(i) Permulaan

Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya

untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii) Perkembangan

Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan

oleh Itai.

Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari

salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.

Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan

tamadun awal manusia.

Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.

Plot

Page 4: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

(iii) Klimaks

Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang

mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga

untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus

mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.

(iv) Peleraian

Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala

Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.

Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah

yang harus dilindungi.

1. Pemerian

Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah,

khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah

khemah dapur.

2. Dialog

“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak

“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.

3. Imbas kembali

Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah

ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu

Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

Teknik Penceritaan

Page 5: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

4. Kejutan

Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak

kepada Tau.

5. Suspens

Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan

untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah

manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa

manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.

Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan

setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan

melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.

Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik

merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan

rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu

yang berharga dalam kajian mereka.

Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah

kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan

itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan O’Hara?

Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan

O’Hara yang berkulit putih.

Page 6: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

Watak Utama

Amira

Pelajar sekolah swasta.

Anak Profesor Zaidah.

Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.

Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung

Gua Gajah walaupun berbahaya.

Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia

menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.

Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama

pelajar-pelajar ibunya.

Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja

lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

WATAK SAMPINGAN

1. Jacinta

Berkulit cerah.

Berbangsa Cina.

Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.

Anak seorang jutawan.

Telah kematian ibunya empat tahun lalu.

Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya

yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.

Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya

diungkit.

Watak dan Perwatakan

Page 7: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani

Amira dalam apa-apa jua keadaan.

2. Itai

Berkulit gelap.

Berbadan tegap.

Anak orang asli yang bersekolah di bandar.

Anak kepada Tau.

Bakal ketua kampung.

Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya

Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan

Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.

Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu

Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk

dijadikan loket.

Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu

yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan

kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan

tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

3. Profesor Zaidah

Wanita pertengahan usia

Ibu kepada Amira

Pensyarah universiti

Meminati bidang arkeologi

Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk

Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari

Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Page 8: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah

tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.

Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani

dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga

terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

4. Tau

Seorang yang tinggi lampai.

Berbadan tegap.

Bapa kepada Malique dan Itai.

Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).

Adik kepada Ludin.

Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar

ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.

Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya

Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.

Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa

Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan

mereka.

5. Malique (Sabi)

Berkulit gelap.

Berambut kasar.

Anak Tau dengan Ipah.

Abang kepada Itai.

Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh Malique

menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.

Page 9: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus

sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari

emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus,

sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

1. Simile

Contoh:

Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

2. Personifikasi

Contoh:

Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada

haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

3. Hiperbola

Contoh:

“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia.

Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”

4. Sinkope

Contoh:

“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik

perhatian Jacinta

Gaya Bahasa

Page 10: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

5. Inversi

Contoh:

Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua

boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.

6. Kata Ganda

Contoh:

Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru

Samantha.

7. Peribahasa

Contoh:

Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.

1. Nilai bekerjasama

Contoh:

Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan

projek yang dijalankan berjaya.

2. Nilai kasih sayang

Contoh:

Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan

memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika

sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Nilai

Page 11: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

3. Nilai keberanian

Contoh:

Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua

masyarakat orang asli.

4. Nilai cinta akan alam sekitar

Contoh:

Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata

untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan

tersebut.

5. Nilai semangat bermasyarakat

Contoh:

Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang

berbangsa Cina.

6. Nilai kesopanan

Contoh:

Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah

menambat hati Prof. Zaidah.

7. Nilai ketaatan

Contoh:

Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke

kawasan lubuk emas.

8. Nilai amanah

Contoh:

Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau

bertahun-tahun lamanya.

Page 12: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

9. Nilai keikhlasan

Contoh:

Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat

Raya.

10. Nilai tolong-menolong

Contoh:

Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan

yang berlaku bersama Pak Lias.

1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya

kepada anak-anak.

Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah

membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan

diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh

Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang

disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang

boleh memusnahkan hutan tersebut.

3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat.

Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk

memastikan projek yang dijalankan berjaya.

4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan

hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya,

dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang

berbangsa Cina.

Pengajaran

Page 13: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

5. Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam

kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang

tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

1. Jelaskan tiga persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira.

2. Jelaskan tiga perwatakan Prof. Zaidah.

1. Persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira ialah persoalan

kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui

sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di

Gunung Gua Gajah. Persoalan kedua ialah persoalan perkahwinan kedua

menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui

konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya

yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah

menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

Persoalan ketiga pula ialah persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam

sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan

pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

Latihan

Jawapan

Page 14: Nota Rujukan Novel Kembara Amira

2. Prof. Zaidah ialah watak sampingan novel Kembara Amira. Perwatakan beliau ialah

beliau seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan

memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang

mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Beliau juga seorang yang tegas.

Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi

arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Selai itu beliau juga seorang

yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan

pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas,

namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.