nota persediaan interview spp - rujukan outdated

Upload: h-s

Post on 04-Jun-2018

490 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    1/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    INDEX

    * Untuk membuka "link"mengikut BAB di bawah DI INTERNET, Sila tekan tulisan berwarna BIRU.

    BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA

    1.1 : Rukun Negara

    1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan1.3 : Wawasan 2020

    1.4 : Islam Hadhari

    BAB 2 : KEMENTERIAN

    1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia

    1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

    BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA

    1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

    1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

    BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI1.1 : Pendidikan Pra Sekolah

    1.2 : Program PERMATA

    1.3 : Pendidikan Rendah

    1.4 : Pendidikan Menengah

    1.5 : Pendidikan Khas

    1.6 : Program Pendidikan Khas

    1.7 : Sekolah Sukan

    1.8 : Sekolah Seni

    1.9 : Pembestarian Sekolah

    2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)

    2.1 : Institusi Pengajian Tinggi

    2.2 : Pendidikan Swasta2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    2.4 : Sekolah Kluster

    2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

    * Tambahan penkhususan bidang di UTHM

    BAB 5 : KURIKULUM

    1.1 : Teori Pendidikan

    1.2 : Kurikulum Prasekolah

    1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah

    1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

    1.6 : Pengurusan Kurikulum1.7 : Program JQAF

    1.8 : Kia2M

    BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

    1.1 : Asrama

    1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks

    1.3 : Biasiswa dan Pinjaman

    1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat

    1.5 : Program Pemakanan Sekolah

    1.6 : Bimbingan dan Kaunseling

    1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)

    1.8 : PIBG

    1.9 : Skim Baucer Tuisyen

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    2/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum

    1.2 : Sekolah Harapan Negara

    1.3 : Hari Guru

    1.4 : Projek Nilam

    1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

    1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

    BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN

    1.1 : Perintah-Perintah Am

    1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993

    1.3 : Arahan Perbendaharaan

    1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

    1.5 : Arahan Perkhidmatan

    1.6 : Akta Acara Kewangan

    1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

    BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU

    1.1 : KSSR1.2 : KSSM

    1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    1.4 : MBMMBI

    1.5 : 1 Murid 1 Sukan

    1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional

    1.7 : NKEA

    1.8 : NKRA Pendidikan

    BAB 10 : BAB TAMBAHAN

    A : Dasar, Kurikulum & Sistem

    1.1 : SBPA

    1.2 : LINUS & PROTIM1.3 : Tonggak 12

    1.4 : PPSMI

    1.5 : RMK - 10 ( Pendidikan)

    B : Isu Semasa Pendidikan

    2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar

    2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik

    2.3 : Isu Penempatan GSTT

    2.3 : Majlis Bahasa Inggeris

    2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah

    2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

    C : Isu Semasa Negara

    3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )

    3.2 : Isu Adam Adli

    3.3 : BR1M

    3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik

    3.5 : Bajet 2012

    D : Teori Pendidikan

    4.1 : Taksonomi Bloom

    E : Lain-Lain

    5.1 : SPP

    5.2 : JPA

    5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    3/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP

    BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA

    1.1 : Rukun Negara

    1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan1.3 : Wawasan 2020

    1.4 : Islam Hadhari

    1.1 : RUKUN NEGARA

    Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-

    cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    (1)Kepercayaan kepada Tuhan

    (2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara

    (3)Keluhuran Perlembagaan

    (4)Kedaulatan Undang-undang(5)Kesopanan dan Kesusilaan

    Kepercayaan kepada Tuhan

    Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan

    beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

    Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan

    kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam

    Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah

    dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan

    kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian

    seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggotamasyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam

    Rukun Negara.

    Kesetiaan kepada Raja dan Negara

    Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda

    Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja

    mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-

    negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang

    perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah

    menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di

    peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempatmereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

    Keluhuran Perlembagaan

    Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan

    Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk

    memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai

    warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud

    dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah

    digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan

    satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau

    mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di

    negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,

    kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    4/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Kedaulatan Undang-undang

    Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang

    negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan

    kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup

    bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi

    kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal danmewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin

    kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana

    semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas

    asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan

    Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan

    kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

    Kesopanan dan Kesusilaan

    Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah

    untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan

    Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling

    bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagaikaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu

    dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat

    yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau

    menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah

    kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi

    panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa

    dan nilai-nilai murni.

    1.2 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar

    kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia

    mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan

    mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa

    berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,

    emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa

    tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih

    penting daripada intelek atau sebaliknya.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

    rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat dan negara."

    Unsur-Unsur Penting FPK

    Menjadi warganegara Malaysia yang baik

    Unsur intelek

    Unsur rohani dan emosi

    Unsur jasmani

    Memperkembangkan potensi individu

    Menyeluruh dan bersepadu

    Insan yang seimbang

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    5/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Kepercayaan kepada Tuhan

    Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

    Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

    Implikasi Terhadap Kurikulum.

    Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program

    bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari

    berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini

    adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang

    seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan

    untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan

    yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan

    berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula

    diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

    Implikasi Terhadap Pendidik.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada

    membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan.

    Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab

    membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru

    mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT

    untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru

    mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan

    mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang

    sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan

    pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja

    yang diusahakan oleh guru.

    Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

    Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah

    supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan

    jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah

    untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan

    mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu

    yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk

    melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

    Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan

    dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

    secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

    melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab

    dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    * Nota Tambahan pengkhususan bidang ;

    Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia

    Falsafah Pendidikan Negara

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    6/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

    "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

    emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

    rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

    negara"

    Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan

    ciri-ciri:

    a. Percaya dan patuh kepada tuhan

    b. Berilmu pengetahuan

    c. Berakhlak mulia

    d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

    e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.

    f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

    Falsafah Pendidikan Guru

    "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

    menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat

    yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

    1.3 : WAWASAN 2020

    Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika

    itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara majusepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi,

    tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara

    lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup,

    nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

    Cabaran utama

    Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia,

    Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

    Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti

    menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian,bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan

    politik dan dedikasi kepada negara.

    Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan

    sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai

    masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar

    akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

    Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk

    demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi

    contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

    Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai

    agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    7/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas

    mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan

    kesetiaan mereka kepada satu negara.

    Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan

    berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepadatamadun sains dan teknologi masa depan.

    Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan

    masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang

    perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

    Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan

    pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap

    rakyat dalam perkembangan ekonomi.

    Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

    Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan

    masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti

    memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

    Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

    Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun.

    Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad

    1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK

    pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada

    20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan

    pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamatyang bukannya tidak mungkin.

    KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar

    (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar

    purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan

    diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan

    kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat

    makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih

    besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

    1.4 : ISLAM HADHARI

    Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysiapimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru

    dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut

    yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

    Tujuan

    Visi:

    Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

    Misi:

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    8/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju,

    bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

    Objektif:

    Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material,

    mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa

    secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

    Prinsip

    (1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.

    (2) Kerajaan Adil dan Beramanah.

    (3) Rakyat Berjiwa Merdeka.

    (4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.

    (5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.

    (6) Kehidupan Berkualiti.

    (7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.

    (8) Keutuhan Budaya dan Moral.

    (9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.(10) Kekuatan Pertahanan.

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    9/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    BAB 2 : KEMENTERIAN

    Kementerian Pelajaran Malaysia|

    Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untukmembangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi

    memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negaraMalaysia. Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan

    bersatu padu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,berketerampilan, dan sejahtera menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluankemajuan negara memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

    Malaysia.

    Pendidikan wajib

    Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapawarganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapaiumur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah

    selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

    Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapamemastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi

    undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidakmelebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Senarai Menteri Pelajaran Malaysia

    # NamaTempoh

    perkhidmatan

    1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1955 - 1957

    2 Mohamed Khir Johari 1957 - 1959

    3 Abdul Rahman Talib 1959 - 1965

    4 Mohamed Khir Johari 1965 - 1968

    5 Tun Hussein bin Dato' Onn 1970 - 1973

    6 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1974 - 1978

    7 Tun Musa Hitam 1978 - 1981

    8 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 - 1984

    9 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1984 - 1986

    10 Tun Abdul Rahman Yakub 1969-1970

    11 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 1986 - 199112 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 - 1995

    13 Najib bin Tun Haji Abdul Razak 1995 - 1999

    14 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad 1999 - 2004

    15 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2004 - 2009

    16 Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 - Kini

    Menteri:Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

    Timbalan Menteri: 1

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    10/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

    Timbalan Menteri: 2Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

    Ketua Setiausaha

    Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed

    Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaY.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

    Pengkhususan Negeri Terengganu

    Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,En.Razali bin Daud

    Pegawai Pelajaran Daerah Marang

    Encik Md. Yasin bin Mohd Salleh

    Pengkhususan Bahagian Teknik & Vokasional

    PengarahTuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab

    Timbalan Pengarah Pengoperasian SekolahEn. Zainuren Bin Mohd Nor

    Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik

    Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut

    Timbalan Pengarah Pembangunan

    Puan Hajah Zalihar Bt. Abd. Ghani

    Timbalan Pengarah Pembangunan Kejurulatihan PTVTuan Haji Zakaria Bin Md Noor

    Kementerian Pengajian Tinggi

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Iaadalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan

    membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaituKementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteriyang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie Salleh dan kinidisandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004, KementerianPengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan KerajaanPersekutuan Putrajaya.

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-

    jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT)

    dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektorpengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    11/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :

    Objektif

    Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagaiantara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaandisenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.

    Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di

    peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan,kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.

    Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awammempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30%

    pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana,Doktor Falsafah atau setaraf denganya.

    Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna

    tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat

    pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamatpengajian.

    Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik

    pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlahpelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah

    Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggikepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi

    semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain

    dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universitidan 70% oleh kerajaan.

    Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding

    dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak

    mendapat akses kepada pengajian tinggi.

    Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggitempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi

    penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan,pembangunan dan pengkomersilan.

    Lima Teras Utama

    Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.

    Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.

    Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi. Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa. Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

    Senarai Menteri

    Datuk Shafie Mohd Salleh 20042006

    Dato' Mustapha Mohamed 20062008

    Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin2008Kini

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    12/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    BAB 3 : Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia

    1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

    1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

    Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

    Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan

    negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

    Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);

    Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);

    Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);

    Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan

    Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

    Zaman pramerdeka (sebelum 1957)

    Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah

    Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya

    sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul

    kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk

    mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

    1. Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;

    2. Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina;

    3. Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan

    kebangsaan; dan

    4. Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupukperpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama

    bagi semua sekolah.

    Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

    Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan.

    Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang

    mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji

    semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada

    penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada

    semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

    Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan

    percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan

    tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan

    peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus

    meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara

    berperingkat mulai tahun 1992.

    Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara

    pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini,

    pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan

    menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu

    dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    13/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan

    Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta

    Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa

    Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat

    jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah

    bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

    Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet MengkajiPelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk

    memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut

    ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat

    pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk

    pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

    Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan

    bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang

    berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;

    Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

    1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;

    2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;

    3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;

    4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan

    5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

    Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

    Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi

    maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan

    pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: AktaPendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan

    Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah

    Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF

    diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai

    Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003);

    dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

    Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian

    Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan

    kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan

    guru.

    1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

    Lihat 7 Dasar Baru KPM

    1. KSSR

    2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    3. MBMMBI

    4. 1 Murid 1 Sukan

    5. Transformasi Pendidikan Vokasional

    6. KSSM

    7. NKEA

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    14/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI

    1.1 : Pendidikan Pra Sekolah

    1.2 : Program PERMATA

    1.3 : Pendidikan Rendah

    1.4 : Pendidikan Menengah

    1.5 : Pendidikan Khas1.6 : Program Pendidikan Khas

    1.7 : Sekolah Sukan

    1.8 : Sekolah Seni

    1.9 : Pembestarian Sekolah

    2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)

    2.1 : Institusi Pengajian Tinggi

    2.2 : Pendidikan Swasta

    2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    2.4 : Sekolah Kluster

    2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

    1.1 : Prasekolah

    Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki

    sekolah.

    Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia

    menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun

    memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

    Latar belakang

    18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan

    program prasekolah.27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

    Akta Pendidikan 1996

    Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

    Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Matlamat pendidikan prasekolah

    Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,

    menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

    KonsepPendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang

    berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

    Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah

    pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

    Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya

    meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan

    asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

    Objektif

    Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi

    menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk

    sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    15/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Lokasi

    Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.

    Pengurusan

    Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi

    pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

    Murid

    Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk

    memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun

    had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

    Kurikulum

    Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan

    kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran

    kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah

    mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Kriteria Pemilihan Sekolah

    Tiada operator tadika lain. Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang

    mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.

    Kriteria Pemilihan Murid

    Warganegara Malaysia. Berumur 5 dan 5+ tahun. Setiap kelas 25 orang murid.

    1.2 : PERMATA

    Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan kadar jenayah dan

    masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka Seri Rosmah cuba memikirkan jalan

    penyelesaian kepada masalah-masalah itu.

    Pada pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar daripada didikan

    semasa usia kanak-kanak.

    Kerana begitu terganggu, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

    Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar. Itulah yang membawa kepada tercetus

    idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.

    Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara, apabila idea itu datang, beliau tidak teragak-

    agak untuk melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah mahu melahirkan modal insan terbaik kepada

    negara dan satu lagi kerana tidak mahu lagi terganggu dengan laporan-laporan jenayah disiarkan hampir

    saban hari.

    Lantas, 25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari untuk sama-sama

    mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat murni berkenaan. Kumpulan profesional ini

    bukan calang-calang orang dan mereka juga senada

    bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal lagi

    Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar belakang, pendidikan

    dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat

    memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    16/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    dijadikan input bagi pembangunan konsep pendidikan sedemikian.

    Dan bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan bersepadu yang

    melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli

    politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih

    berjaya dan membanggakan.

    Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran

    dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA

    Negara.

    Kurikulum PERMATA

    Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara

    holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam

    kurikulum PERMATA:-

    1.3 : Pendidikan Sekolah Rendah

    Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal anak-anak mereka dari

    pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang diwajibkan di Malaysia bermula dari pendidikan

    sekolah rendah.

    Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini, satu kurikulum yang

    seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan nasional merangkumi subjek-subjek asas

    dan penting. Untuk mengukur prestasi kemajuan pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai

    UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.

    Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan mengambil masa enam

    tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah. Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-

    anak mereka di mana-mana sekolah rendah berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Iniadalah untuk memastikan tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi sekolah-

    sekolah yang berdekatan di kawasan anda.

    Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas alasan-alasan tertentu.

    1.4 : Pendidikan Sekolah Menengah

    Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana asas pendidikan yang

    telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi sebagai

    persediaan untuk menghadapi pendidikan tinggi ataupun latihan vokasional.

    Pendidikan di tahap ini di kawal oleh Kementerian Pelajaran. Satu kurikulum yang seragam telah diaturkan bagi

    memastikan pembelajaran yang konsisten. Pada tahap ini, prestasi kemajuan para pelajar akan dinilai melalui

    beberapa peringkat peperiksaan am.

    Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun dan berlanjutan sehingga enam

    tahun. Peralihan pelajar di dalam transisi daripada peringkat rendah ke menengah memerlukan pendaftaran

    yang berdasarkan pendidikan rendah mereka.

    Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain jika mempunyai alasan-

    alasan yang kukuh.

    1.5 : Pendidikan Khas

    Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas,

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    17/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan

    pelajar:-

    Perkembangan mental

    Kestabilan emosi

    Integrasi sosial

    KANAK-KANAK KHAS

    Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai

    mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

    Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2)

    keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi

    (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-

    amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh

    berkembang sehingga kemampuan yang maksimum .

    1.6 : Program Pendidikan Khas

    Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

    1. Sekolah Khas

    2. Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)

    3. Pemulihan Khas

    4. Program Disleksia

    5. Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

    KATEGORI PENDIDIKAN KHASKanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk

    belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

    Masalah Pembelajaran

    Masalah Pendengaran

    Masalah Penglihatan

    Sekolah Pendidikan Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

    Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

    Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalahpembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa

    rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran

    dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

    Di antara program yang ditawarkan ialah:

    Prasekolah

    Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

    berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan

    orang lain.

    Pelajaran RendahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

    berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    18/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    orang lain

    Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di

    peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program

    Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

    Pelajaran MenengahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

    Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan

    orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

    Pendidikan Teknik dan Vokasional

    i) Sekolah Khas

    Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional

    (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran

    Malaysia.

    ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran

    Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru

    Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah

    Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor

    Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak

    Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan

    Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

    Tempoh Pengajian

    Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.

    Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.

    Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah

    atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

    1.7 : Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

    Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang

    berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan

    akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian

    Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

    1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

    2. Sekolah Sukan Bandar Penawar

    Sistem Pembelajaran

    Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza

    sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.

    Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.

    1.8 Sekolah Seni Malaysia

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    19/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi dan bakat pelajar

    dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor

    Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

    Visi Sekolah Seni Malaysia ini ialah untuk "menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan

    bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia".

    Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah diputuskan dalam

    Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004. Y.B Dato Seri Hishamuddin

    Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di

    bawah Rancangan Ke-9 iaitu di negeri Sarawak dan Johor.

    Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid. Kurikulum kesenian

    di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni

    Visual. Selain empat komponen ini, kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum,

    persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskankepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan nilai . Mata pelajaran yang

    ditawarkan ialah seperti berikut:

    1. Bahasa Malaysia

    2. Bahasa Inggeris

    3. Sejarah

    4. Pendidikan Islam

    5. Sains

    6. Matematik

    7. Geografi

    8. Seni Visual

    9. Seni Tari10. Seni Muzik

    11. Seni Teater

    12. Kreativiti

    Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:

    1. Sekolah Seni Johor Bahru

    2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak

    1. 9 : Pembestarian Sekolah

    Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalampendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P),

    keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga

    memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka

    semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk

    membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah

    berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses

    Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,

    kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-

    accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

    Pengenalan Pembestarian

    Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan

    komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya modal insan yang

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    20/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    dilahirkan mampu berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan

    satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial

    serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan

    menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan

    pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi

    pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

    Sekolah bestari

    Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada

    pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia

    merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi

    sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi

    komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

    Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,

    akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik

    pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian

    yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi

    sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang

    ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di

    bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak

    dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya

    dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing

    apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

    2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)

    Takrif Pendidikan Tertiari - PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas tamat pendidikan menengah, sebelum

    ke peringkat pendidikan tinggi.

    PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan selepas pendidikan

    menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan pada peringkat ini merangkumi program

    pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institut latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta,

    universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

    Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara memerlukan 1.2 juta

    tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang termasuklah bidang teknikal, perubatan,

    kesihatan dan perguruan untuk terus berdaya maju dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum

    mencapai sepenuhnya taraf negara maju sedekad kemudian dalam tahun 2020.

    Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru ini, Kementerian

    Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan segera dalam menghasilkan

    sumber manusia yang mampu menangani cabaran-cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap

    negara maju sepenuhnya.

    Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah penubuhan kolej komuniti di setiap

    kawasan Parlimen menjelang tahun 2010 setelah penubuhan 12 kolej sedemikian di kawasan Parlimen terpilih

    sebagai pelaksana rintis pada tahun ini.

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    21/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara tahun 2006 sehingga 2010

    serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap satu politeknik sedia ada. Sejajar dengan itu penubuhan

    lebih banyak universiti awam untuk menampung 1.05 juta pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar pada

    tahun 2010 juga akan dilaksanakan segera.

    Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang sedia ada segera dilaksanakan

    selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej universiti melalui peningkatan taraf IPTS bukan bertarafuniversiti dan menambah bilangan kolej universiti serta universiti swasta baru.

    2.1 : IPTA

    Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan percambahan ilmu di

    rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti

    Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysia sudah bermula.

    Penubuhan IPTA di Malaysia

    Universiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:

    Universiti Malaya (UM) - Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripada kertas cadangan Suruhanjaya Carr-

    Saunders yang bertujuan mewujudkan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat

    bersama.

    Universiti Sains Malaysia (USM)- Penubuhan USM bermula dengan persetujuan Dewan Undangan Negeri

    Pulau Pinang terhadap resolusi penubuhan sebuah kolej universiti di negeri tersebut. USM ditubuhkan pada

    tahun 1969.

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- Penubuhan UKM pada tahun 1970 membuktikan bahawa Bahasa

    Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti dengan terbuktinya beberapa

    kejayaan yang telah dikecapi oleh universiti ini.

    Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di Malaysia

    Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka, kerajaan telah

    mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti dan bidang pengajian yang baru bagi

    menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan perkembangan industri di negara ini.

    Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:

    1. Universiti Penyelidikan

    2. Universiti Komprehensif

    3. Universiti Berfokus

    Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh universiti-unversiti

    tersebut kepada para pelajarnya.

    Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Unversiti

    Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti awam di Malaysia. Dengan pencapaian

    ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang

    tahun 2020.

    Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti awam perlu berdaya saing

    untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saing dan berpengetahuan luas bagi membantu dalam

    meningkatkan lagi ekonomi serta pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian

    Tinggi Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.

    Latar Belakang

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    22/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan bermatlamat membangun serta

    mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul,

    melahirkan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara dan

    antarabangsa.

    KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di institusi pengajian tinggiawam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Semua institusi ini

    merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan melahirkan para pemikir,

    ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

    Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan institusi pengajian tinggi

    iaitu:

    1. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS

    2. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik

    3. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan Kolej Komuniti

    Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting dalam pengajian

    tinggi iaitu:

    Malaysian Qualification Agency (MQA) - badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan

    akreditasi pendidikan tinggi negara

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang mengurus pembiayaan untuk tujuan

    pendidikan tinggi.

    Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

    Teras Utama PSPTN

    Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan menggariskan tujuh (7) teras

    utama iaitu:

    Teras 1

    Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti

    Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari; 33%

    tenaga kerja berpendidikan tertiari)

    Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar

    cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)

    Teras 2

    Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

    Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri

    Penambahbaikan kurikulim berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggerisdiperluaskan

    Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran

    100,000 PhD atau setaraf

    Teras 3

    Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi

    Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja)

    6 buah Universiti Penyelidikan

    20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa

    Budaya inovasi di kalangan pelajar

    10% hasil penyelidikan dikomersialkan

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    23/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Teras 4

    Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi

    Satu (1) atau dua (2) buah Universiti Apex daripada kalangan IPT dalam tempoh terdekat

    Tiga (3) IPT di antara 100 universiti terbaik dan satu di antara 50 universiti terbaik di

    dunia

    Kuasa autonomi mengikut KPI

    75% pensyarah berkelayakan PhD

    Penarafan IPT mengikut KPI

    Teras 5

    Mempergiat Pengantarabangsaan

    Jaringan kolaborasi di kalangan IPT luar negara

    Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa

    5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif

    Pelajar pasca kedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)

    Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di Universiti Penyelidikan

    Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit

    Biasiswa Antarabangsa Malaysia

    Teras 6

    Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

    Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui MQF

    Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu

    Peningkatan penyertaan golongan dewasa

    Laluan alternatif dan mobiliti program

    Teras 7

    Mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi

    KPT sebagai pemudah cara

    Sistem penyampaian terbaik

    Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan

    KPI - berdasarkan prestasi

    Perbelanjaan berhemah

    Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit

    2.2 : Pendidikan Swasta

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan segala kemudahan untuk proses pengajaran danpembelajaran kepada semua kanak-kanak di Malaysia khususnya di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan

    kerajaan. Antara kemudahan-kemudahan yang dimaksudkan termasuklah keselesaan bangunan, kerusi meja,

    buku teks, makmal komputer dan guru bertauliah serta bilangan guru yang mencukupi.

    Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk semua, sektor swasta turut sama

    menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi pendidikan swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di

    seluruh negara bagi menyediakan peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara

    antarabangsa.

    Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi

    pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.

    Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah AktaPendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    24/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    SEJARAH PERKEMBANGAN :-

    Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada ketika itu banyak sekolah pondok

    didirikan untuk mengajar pelajar-pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri

    khususnya dalam bidang agama. Pada awal 1970an, perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem

    pendidikan telah mewujudkan sekolah swasta bagi menampung pelajar-pelajar untuk meneruskan pelajaran di

    peringkat menengah.

    Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana pendidikan swasta turut sama

    menyediakan peluang pendidikan di peringkat pendidikan tinggi sebagai alternatif kepada mereka yang tidak

    terpilih memasuki institusi-institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di Malaysia

    telah berkembang dengan begitu pesat dengan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta

    (IPTS) dan IPS.

    KATEGORI INSTITUSI :-

    Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi daripada peringkat prasekolah hinggalah kepada peringkat

    pendidikan tinggi. Institusi pendidikan swasta secara amnya terdiri dari dua kategori utama yang dibahagikanmengikut peringkat pendidikan yang ditawarkan.

    Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa, tadika, pusat-pusat kemahiran

    termasuk pusat bahasa, pusat tuisyen, pusat latihan komputer, pusat kemahiran teknikal dan pusat

    perdagangan adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau bagaimanapun proses

    penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPS adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan

    1996.

    Kategori kedua merupakan institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri dari institusi pendidikan bertaraf

    kolej, kolej universiti dan universiti yang terletak di bawah kawalan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Ringkasnya dua kategori utama institusi tersebut adalah terdiri daripada Institusi Pendidikan Swasta yang di

    bawah seliaan KPM, dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang di bawah seliaan KPTM. Kesemua

    institusi pendidikan berkenaan perlu berdaftar dengan Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum dibenar

    beroperasi.

    Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah,

    sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang

    perlu didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran termasuklah:

    1. Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia2. Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang

    dicadangkan

    3. Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan

    4. Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran

    5. Sekolah Ekspatriat

    6. Sekolah Antarabangsa

    7. Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut Kurikulum

    Kebangsaan

    8. Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan, sekolah gaya pos dan lain-lain

    2.3 : PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

    1.Membina bangsa negara

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    25/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    2.Membangunkan modal insan

    3.Memperkasakan sekolah kebangsaan

    4.Memartarbatkan profesion keguruan

    5.Merapatkan jurang pendidikan

    6.Melonjakkan kercermerlangan institut pendidikan

    Pendahuluan

    Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara

    mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan

    daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan

    memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem

    pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk

    melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.

    PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di

    Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina

    Negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang

    pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

    1. Membina negara bangsa

    Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia

    adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas

    bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai

    negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme,

    lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.

    Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan bagi melahirkan

    warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan

    local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti

    memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lainialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas

    terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina

    negara bangsa ialah :

    Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.

    Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.

    Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan,

    pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.

    Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

    Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk

    meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkansemangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti

    masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat

    kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia

    (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui

    kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan,

    Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman

    yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar

    dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.

    2. Membangunkan modal insan

    Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan sertakepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar

    akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    26/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,

    mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin

    berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan

    modal insane sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah :

    Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar

    KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan.Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata

    pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan

    ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

    Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran

    Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji

    semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk

    dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada

    dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian

    Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital

    (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan

    diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran danpembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP)

    dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti

    program F1 Technology Challenge dan Robotik.

    Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan

    Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan

    secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar

    menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan

    dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur

    pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan

    pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akandiperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan

    Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

    Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

    KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau

    daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan

    dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem

    semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti

    system pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan

    dengan standard negara lain.

    Memantapkan program kokurikulum dan sukan

    Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta

    peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program

    pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan

    Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari

    peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan

    menengah.

    Memperkukuh disiplin pelajar

    Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa

    dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    27/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam

    mata pelajaran bahasa Melayu.

    Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin denganmempelbagaikan saluran aduan terus.

    Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

    Memantapkan kurikulum

    Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu,

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan

    sekolah menengah.

    Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi. Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai

    aktiviti bagi membangunkan modal insan.

    3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

    Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK

    berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkatawal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :

    Infrastruktur lengkap dan berkualiti.

    Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.

    Beraspirasi nasional.

    Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.

    Pencapaian akademik cemerlang.

    Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.

    Iklim dan budaya sekolah yang sihat.

    Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.

    Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.

    Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

    4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

    PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan

    pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan

    mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan

    Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah

    bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan

    perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid

    dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan

    minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

    5. Memartabatkan profesion perguruan

    Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan

    diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik

    insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain

    menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG)

    secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.

    Ia akan memberi focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan,

    Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total

    Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010

    dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk

    kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasanpedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

  • 8/13/2019 Nota Persediaan Interview SPP - Rujukan Outdated

    28/192

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

    Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan negara, dasar KPM adalah

    untuk mengadakan pendekatan, piawaian

    dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikanyang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat

    pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh

    akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk

    membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia

    Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan

    cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut :

    Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).

    Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan kewangan yang

    cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).

    Kesimpulan

    Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal

    insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan

    murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda

    dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya.

    Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan

    yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.

    2.4 : Sekolah Kluster

    Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sehingga kini,beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.

    Latar Belakang

    Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah

    dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu

    untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya

    dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur

    menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti

    pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun

    kecemerlangan.

    DefinisiSekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya

    daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan

    melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh

    dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

    Tujuan

    Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

    Pelaksanaan

    Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan ba