nota rujukan exam pegawai tadbir diplomatik

Upload: munirah

Post on 17-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    1/12

    PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)-INFO YANG WAJIB ANDA TAHU

    Anda berada di sini kerana anda bercita-cita dan mahu menjadi Pegawai Tadbir

    Diplomatik (PTD)bukan?

    Ianya merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana

    dan melaksanakan dasar-dasar negara.

    Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi

    kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat

    milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan juga badan-badan antarabangsa.

    Anda calon Peperiksaan Online PTD 2016? KLIK

    SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN EXAMLENGKAP!

    Sejarah Awal

    Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik diwujudkan sebagai kesinambungan daripada

    jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan.

    Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits

    Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British

    untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

    http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://3.bp.blogspot.com/-mnw4_DJgXzI/Vo-y9CylnxI/AAAAAAAAADo/td7iU8RIYJk/s1600/blog+1.pnghttp://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407
  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    2/12

    Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai

    oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service

    (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya.

    Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil

    pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah PegawaiTadbir Diplomatik..

    Tugas-tugas Utama ..

    Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik,secara asasnya anda bertanggungjawab:

    1.Merancang,menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan

    sumber tenaga manusia dan organisasi,sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan

    pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah.

    2.Perancangan dan pentadbiran sosial.

    3.Hubungan anatarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar

    negeri).

    4.Keselamatan/ketahanan.

    5.Pengurusan teknologi maklumat.

    (Sumber:spa.gov)

    Syarat Kelayakan..

    Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)bukanlah sesuatu yang

    semudah yang disangka.

    Oleh kerana itu, ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada

    kelas yang tersendiri.

    Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak

    untuk memohon menjadiPegawai Tadbir Diplomatik.

    Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd,mungkin ada masalah dengan

    kelulusan anda.

  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    3/12

    Syarat Kelulusan:

    Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi

    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji

    Permulaan : RM2,253.00 ] atau

    Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi

    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan :

    RM2,564.14 ] atau

    Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi

    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji

    Permulaan : RM2,875.48 ] dan

    Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan D iplomatikyang ditetapkan;

    Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam

    Negara (INTAN); dan

    Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi

    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada

    peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan.

    (Sumber:spa.gov)

    Proses Pemilihan dan Ujian

    Proses pemilihannya boleh dikategorikan sebagai salah satu proses yang agak ketat dan

    sukar berbanding dengan jawatan-jawatan kerajaan yang lain.

    Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus

    melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.

  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    4/12

    1.Ujian Bertulis/online oleh SPA

    Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang

    secukupnya kerana uji an ptdmenuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat

    penting.

    Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah

    persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

    Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang

    pengetahuan. Bagi exam tahun 2016, format telah ditukar dan tidak sama seperti

    sebelum ini. Format terbaru adalah seperti berikut:

    Seksyen APengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.

    Seksyen BDaya menyelesaikan masalah.

    2.PTD Assesement Centre

    Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessement Centre untuk dinilai dengan

    lebih dekat.

    Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil

    untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC) yang

    dikendalikan oleh Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN)

    PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap

    kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk

    tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

    Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi

    yang akan diuji adalah seperti berikut:

    Tatakelakuan

    -Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya

    ketimuran.

    Penampilan

    -Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan

    disenangi dalam sebarang suasana

  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    5/12

    Keyakinan Diri

    -Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya

    tahan(tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi

    (mental dan fizikal)

    Penggerak Kumpulan

    -Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan

    Potensi Kepimpinan

    -Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik

    Pengetahuan dan Kematangan Idea

    -Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima

    Kemahiran berkomunikasi

    -Berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesanP

    Pengucapan awam/Public speaking

    -Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan

    berkesan

    Debat ala parlimen

    -Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

    Selain itu,calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan

    kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

    3.Sesi Temuduga

    Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak

    diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.

    Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia

    dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

    Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya

    akan dibentang serta diserahkan kepada SPA.

    Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar

    berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki

    ke perkhidmatan PTD.

  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    6/12

    Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran

    pelantikan sebagai pegawai PTD.

    Untuk menjadikan para pegawai muda ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran

    dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus dan latihan pegawai ptd

    yang baru dilantik telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut

    Kesimpulannya..

    Pemilihan untuk menjawatjawatan PTDtidak lah semudah yang disangka. Tapi kalau

    anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda

    layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik.

    Anda calon Peperiksaan Online PTD 2016? KLIKSINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN LENGKAPEXAM PTD!

    http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407http://semakan.info/ptd/5407
  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    7/12

    KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI

    TADBIR DIPLOMATIK

    Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam

    yang diminati oleh lulusan universiti dan para graduan baru.Sekiranya pelajar

    berminat menceburi kerjaya ini, mereka perlulah mempunyai kelayakan akademik

    yang baik, dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa

    hadapan negara.

    Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan

    Profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Jawatan ini

    agak unik berbanding jawatan lain di sektor awam kerana calon-calon perlu melalui

    beberapa tahap penilaian sebelum dilantik ke jawatan ini secara tetap. Calon-calon

    yang memohon serta layak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki

    peperiksaaan perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik. Selepas itu, mereka akan

    dipanggil untuk sesi temuduga.

    Peringkat seterusnya ialah apabila berjaya melalui proses temuduga calon akan

    dilantik ke jawatan itu secara sementara. Di peringkat ini, calon perlu mengikuti

    latihan di institut tadbiran awam negara. Selepas menamatkan pengajian, bakal PTD

    akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Awam. Selepas mendapatkan Diplomatersebut barulah calon dilantik secara tetap sebagai PTD.

    http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/5407http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/5407
  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    8/12

    TUGAS-TUGAS UMUM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)

    Secara umumnya, diantara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD

    termasuklah :

    Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusansumber tenaga manusia dan organisasi

    Sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah,

    tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

    Selain itu, mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi:

    Hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara,keselamatan, Pertahanan negara serta

    pengurusan teknologi maklumat.

    Untuk melayakkan calon mendapat peluang berkhidmat di kedutaan dan Pesuruhjaya

    Tinggi Malaysia, calon perlulah mempunyai ciri kepimpinan PTD yang ideal.

    8 BIDANG TUGAS UTAMA PTD

    Tanggapan seorang PTDhanya melakukan kerja-kerja berkaitan politik juga perlu

    dikikis. Ini kerana tugas PTD pelbagai. Terdapat 8 bidang tugas utama PTD dan

    seorang calon perlu groom diri masing-masing untuk 8 bidang yang telah

    dikhususkan ini.

    Berikut merupakan 8 bidang tugas utama PTD sekiranya anda hendak menjadi PTD.

    1. Pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi

    2. Pengurusan kewangan

    3. Keselamatan dan pertahanan negara.

    4. Pengurusan teknologi maklumat

    5. Perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur

    6. Pentadbiran dan pembangunan wilayah /perbandaran/tanah/daerah/tempatan

    7. Pengurusan ekonomi

    8. Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.

  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    9/12

    Peranan seorang PTD dan bidang tugas PTD berubah dari masa ke semasa mengikut

    keperluan dan perubahan negara. Perubahan ini dipengaruhi struktur politik,

    keselamatan, ekonomi dan sosial negara.Perkembangan pesat teknologi dan maklumat

    kini mungkin akan mempengaruhi tugas dan peranan seorang PTD.

    KENAPA NAK JADI PTD?

    Untuk pengetahuan anda,soalan ini merupakan soalan penting yang tidak kurang

    popular dalam sesi temuduga PTD.

    Sebut sahaja kerja sebagai Pegawai Tadbir dan D iplomatik (PTD), pasti ia menjadi

    jawatan idaman kebanyakan graduan lepasan universiti. Tidak mengira jenis

    pengajian atau jurusan yang diambil, pasti jawatan PTD menjadi pilihan semasa

    mengisi permohonan kerja melalui SPA. Hebat bukan? Itu penangan jawatan ini.

    Ramai beria-ia mengisi kekosongan jawatan eksklusif kerja kerajaan ini.

    Jika soalan yang sama diajukan kepasa anda calon PTD, apa jawab anda? Adakah

    kerana skim gaji yang ditawarkan? Atau kerana taraf prima jawatan ini?

    JADI KENAPA ANDA HENDAK MENJADI PTD?

    Sebagai seorang calon dalam panggilan sebelum ini,maka ini jawapan saya:

    Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kerja ini adalah satu kerja dan profesion

    yang begitu tinggi nilainya dan mereka yang terpilih merupakan calon best of the best.

    Terbaik dari segi intelektualnya, terbaik dari segi penampilanya, terbaik dari segi

    percakapannya dan terbaik dari segala segi yang dicari sebagai seorang pegawai tadbir

    dan diplomatik. Ratanya yang menjawat jawatan ini mempunyai ciri kepimpinan

    terbaik sebagai seorang PTD.

    Untuk mereka yang ingin menjadi PTD atas faktor kewangan atau skim gaji yang

    ditawarkan, maka PTD bukan solusi yang tepat. Namun dalam jangkamasa panjang

    sudah tentu jawatan PTD boleh memberi kelegaan dalam hal ini.

    LULUS PEPERIKSAAN, LEPASI DAN DIPANGGIL TEMUDUGA

    Untuk menjadi PTD, calon perlu lulus halangan peperiksaan, PAC dan temuduga

    terlebih dahulu. Itu halangan awal anda. Calon tidak layak akan disisihkan melalui

    halangan peringkat awal.

  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    10/12

    Lulusnya peperiksaan online PTD akan melayakkan anda menghadiri PSC.Lulus PAC

    barulah anda akan dipanggil temuduga dan seterusnya menjawat jawatan ini.Untuk

    mendapatkan panduan peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik pastikan anda,

    Klik sini:

    KLIK SINI NAK DAPATKAN CONTOH SOALAN

    MAKLUMAT JAWATAN : GAJI, SYARAT LANTIKAN DAN DESKRIPSI TUGASPTD

    Jika anda benar-benar berminat dengan kerj aya PTD,maka anda perlu ketahui tentang

    maklumat jawatan, gaji, syarat lantikan dan deskripsi tugas PTD. Persediaan awalsedikit sebanyak akan menbantu anda menjawat jawatan ini.

    Deskr ipsi Tugas PTD:

    Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-asar awam mengenai pengurusan

    sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan

    pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial,

    hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.

    Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

    Kem./Jab : Jabatan Perkhidmatan Awam

    Jadual : Rm 2,252.80 (gaji minumum)

    Syarat lantikan:

    Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi

    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang iiktiraf setaraf dengannya (gaji

    permulaan RM2,252.80) atau

    http://infotambahan.com/ptd/5407http://2.bp.blogspot.com/-ZVH-BIZ9q4s/Vo-Injt6iXI/AAAAAAAAADA/_CUwiWn1KVU/s1600/GAMBAR+LETAK+BLOG.jpghttp://infotambahan.com/ptd/5407
  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    11/12

    Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan:

    dan

    Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yangdiiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Perhatian : calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan

    memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri Assesment

    Centre di INTAN. Hanya calon yang melepasi assesment itu akan ditemuduga. Calon-

    calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk

    perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti Diploma Pengurusan

    Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam

    perkhidmatan.

    Di atas sedikit sebanyak yang pihak kami dapat kongsikan mengenai maklumatjawatan: Gaji , syarat lantikan dan deskripsi tugas PTD. Semoga anda, calon dan

    bakal calon PTD Malaysiamendapat sedikit maklumat dalam persediaan menjawat

    pilihan anda.

    Untuk lebih maklumat, sila rujuk contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir

    diplomatikyang kami kongsikan ini.

    DOWNLOAD SINI

    http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/5407http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/5407http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/5407
  • 7/23/2019 NOTA RUJUKAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    12/12

    SUMBER RUJUKAN:

    1.http://examptdinfo.blogspot.my/

    2.http://pegawai-tadbir-diplomatik-m41.blogspot.my/

    3.http://exam-ptd-m41.blogspot.my/

    4.http://rujukan-exam-ptd.blogspot.my/

    5.http://tipsexamptdm41.blogspot.my/

    http://examptdinfo.blogspot.my/http://examptdinfo.blogspot.my/http://examptdinfo.blogspot.my/http://pegawai-tadbir-diplomatik-m41.blogspot.my/http://pegawai-tadbir-diplomatik-m41.blogspot.my/http://pegawai-tadbir-diplomatik-m41.blogspot.my/http://exam-ptd-m41.blogspot.my/http://exam-ptd-m41.blogspot.my/http://exam-ptd-m41.blogspot.my/http://rujukan-exam-ptd.blogspot.my/http://rujukan-exam-ptd.blogspot.my/http://rujukan-exam-ptd.blogspot.my/http://tipsexamptdm41.blogspot.my/http://tipsexamptdm41.blogspot.my/http://tipsexamptdm41.blogspot.my/http://tipsexamptdm41.blogspot.my/http://rujukan-exam-ptd.blogspot.my/http://exam-ptd-m41.blogspot.my/http://pegawai-tadbir-diplomatik-m41.blogspot.my/http://examptdinfo.blogspot.my/