nota ringkasan dan pemahaman

12

Click here to load reader

Upload: muhammad-fuad-tarmizi

Post on 08-Jul-2015

3.738 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota ringkasan dan pemahaman

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN

DAN

PEMAHAMAN

1. Mengenal pasti tugasan soalan

Dalam soalan ringkasan, tugasan soalan ialah selepas perkataan

tentang sehingga ayat itu berakhir. Lihat soalan contoh di bawah:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis

sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani masalah remaja.

Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

2. Patuhi had perkataan

Calon jangan sekali-kali melebihi had tersebut kerana perkataan yang

melebihi had perkataan TIDAK dinilai oleh pemeriksa

Page 2: Nota ringkasan dan pemahaman

Contoh Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan

tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani

masalah remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak

melebihi 80 patah perkataan.

Skema

1. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk

memahami masalah yang dihadapi

2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan

anak-anak mereka

3. Anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi

yang betul oleh ibu bapa mereka

4. Remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang

sepatutnya oleh guru

Page 3: Nota ringkasan dan pemahaman

5. Remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai

6. Ahli keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa

dengan pakar psikiatri

7. Remaja sendiri juga seharusnya bijak dalam menangani masalah

mereka. ATAU

Remaja perlulah berusaha mengawal tekanan untuk mengelakkan emosi

negatif melalui pelbagai teknik

8. Masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan

undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja.

Page 4: Nota ringkasan dan pemahaman

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN:

1. Penanda wacana yang mesti digunakan.

Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula,

Akhir sekali.

2. Prosedur jawapan:

i. Ayat 1 : Tugasan soalan + Isi Pertama

Contoh:

Cara-cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu

mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah

yang dihadapi.

ii. Ayat 2 : Penanda Wacana + Isi 2

Contoh:

Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong

kebebasan anak-anak mereka.

Page 5: Nota ringkasan dan pemahaman

iii. Ayat 3 : Penanda Wacana + Isi 3

Contoh:

Di samping itu, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi

yang betul oleh ibu bapa mereka.

iv. Ayat 4 : Penanda Wacana + Isi 4

Contoh:

Seterusnya, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya

oleh guru.

v. Ayat 5 : Penanda Wacana + Isi 5

Contoh:

Tambahan pula, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai.

Page 6: Nota ringkasan dan pemahaman

Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan,

bina ayat yang ke-6.

Contoh:

Ayat 1 : 17

Ayat 2 : 10

Ayat 3 : 14

Ayat 4 : 11

Ayat 5 : 9

Jumlah : 61

Masih ada 19 patah perkataan lagi

(Teruskan dengan membina ayat ke-6)

Page 7: Nota ringkasan dan pemahaman

vii. Ayat 6 : Penanda Wacana + Isi 6

Contoh:

Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa

menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja.

61 + (Ayat 6 – 14 patah perkataan) = 75 patah perkataan.

Contoh Rumusan yang lengkap:

Cara-cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu mendekati anak-anak

remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. Selain itu, ibu bapa

tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Di

samping itu, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang

betul oleh ibu bapa mereka. Seterusnya, remaja yang bermasalah wajar diberi

bimbingan yang sepatutnya oleh guru. Tambahan pula, remaja perlu memilih

rakan sebaya yang sesuai. Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu

pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan

kepada remaja.

(75 patah perkataan)

Page 8: Nota ringkasan dan pemahaman

BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN

SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA:

1. Berikan maksud rangkai kata kelainan tingkah laku [ 2 markah]

Skema:

Kelainan : perbezaan/perubahan

Tingkah laku : perangai/sikap

Perhatian:

• Jika calon memberikan maksud 1 perkataan sahaja, beri 1 markah.

Contoh: perbezaan tingkah laku

kelainan perangai

• Jika calon memberikan maksud rangkai kata, satu daripadanya salah, 0

markah

Contoh: perubahan (betul) personaliti (salah)

Page 9: Nota ringkasan dan pemahaman

• Calon memberikan maksud tepat mengikut konteks, tetapi ayat tidak lengkap, 1

markah.

Contoh: perbezaan perangai (tiada ayat)

• Calon memberi jawapan dalam bentuk huraian, 0 markah

Contoh: perbezaan perangai seseorang remaja

• Salah ejaan yang boleh menjejaskan maksud, 0 markah.

Contoh: perbezaan sikat

Sekiranya tidak menjejaskan maksud, diterima.

Contoh: tingkah laku

Page 10: Nota ringkasan dan pemahaman

Jawapan Contoh:

1. Maksud rangkai kata kelainan tingkah laku ialah perbezaan sikap.

SOALAN ANALISIS PETIKAN:

2. Berdasarkan petikan, berikan dua faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat

dalam gejala negatif. [4 markah]

PANDUAN:

a. Jawapan kepada soalan ini terdapat dalam petikan.

b. Jawapan kepada soalan ini juga tidak bertindih dengan isi ringkasan.

Sila rujuk petikan: (Perenggan 1)

Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Kebanyakan remaja

berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Namun begitu, ada juga remaja

yang kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan

ini diburukkan lagi lantaran sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan

kerjaya dan kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak.

Skema:

(i) sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya

(ii) kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak

Page 11: Nota ringkasan dan pemahaman

Jawapan Contoh:

Faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat dalam gejala negatif ialah sikap

sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya. Selain itu, ibu bapa

kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak

SOALAN KBKK:

3. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan

oleh remaja untuk mengisi masa lapang mereka? [4 markah]

Skema:

Beriadah - 2 markah

Membaca - 2 markah

Bermain permainan video - 0 markah

(Terima juga mana-mana aktiviti yang berfaedah)

Jawapan Contoh:

Pada pendapat saya, antara aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh remaja

untuk mengisi masa lapang remaja ialah beriadah bersama keluarga. Selain itu,

remaja juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca.

Page 12: Nota ringkasan dan pemahaman