ringkasan dan pemahaman

27
RINGKASAN Tugasan: Kata kunci: Ayat tugasan : ialah Isi 1 Selain itu, Isi 2 Seterusnya, Isi 3 Tambahan lagi, Isi 4 Malahan, Isi 5 Selanjutnya, Isi 6

Upload: noor-ain

Post on 01-Jul-2015

3.062 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

RINGKASAN

Tugasan:

Kata kunci:

Ayat tugasan :ialah

Isi 1 Selain itu,

Isi 2 Seterusnya,

Isi 3 Tambahan lagi,

Isi 4 Malahan,

Isi 5 Selanjutnya,

Isi 6

Page 2: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Bahagian A(i)(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kajian menunjukkan bahawa hutan tropika mampu membantu mengurangkan kemusnahan yang besar akibat banjir. Namun, menurut laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, dalam tempoh dua tahun ini pembalakan haram secara besar-besaran menyebabkan sungai menjadi cetek dan berlumpur, seterusnya mengakibatkan banjir dan kehilangan nyawa. Kini, tibalah masanya pihak kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan haram.

Pembangunan yang tidak lestari turut mengundang banjir kilat . Oleh itu , setiap pemaju perumahan seharusnya membuat penilaian kesan alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan dibangunkan. Tragedi ‘Highland Tower’ yang berlaku menunjukkan bahawa kemampuan penguatkuasaan masih boleh dipersoalkan. Dalam hal ini , pihak yang berwajib seharusnya melaksanakan tugas penguatkuasaan dengan amanah agar tragedi banjir yang disebabkan aktiviti manusia tidak berulang lagi.

Kini, di bandar dan di kawasan-kawasan perumahan hampir tiada tanah untuk air meresap kerana kesemua kawasan telah disimen. Satu undang-undang seharusnya digubal bagi memastikan ada kawasan untuk membolehkan air meresap dengan cepat. Jika langkah ini tidak diambil boleh menyebabkan berlakunya banjir jika hujan berterusan. Cadangan untuk mewajibkan pemaju perumahan membuat kolam bagi menampung air seharusnya dilaksanakan segera. Kawasan takungan air ini boleh dijadikan tempat menyimpan air pada waktu kemarau di samping menampung air sewaktu hujan. Sistem perparitan juga perlulah dinaik taraf supaya air dapat mengalir dengan lancar.

Berbagai-bagai kaedah harus dicari untuk mengatasi masalah tersebut termasuk meningkatkan keupayaan manusia untuk menanganinya. Selain itu, pihak media seharusnya membuat liputan tentang sungai bagi memastikan sungai-sungai di negara kita mampu mengalirkan airnya dengan baik. Kempen-kempen cintai sungai kita perlu diteruskan dan diperhebat. Jika langkah-langkah drastik tidak diambil dengan segera pastinya masalah ini akan menjadi rumit pada masa hadapan, seterusnya akan memberi kesan negatif kepada manusia.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Fenomena Banjir Mega’ Dewan siswa, Februari 2007)

Bahagian A(ii)(Markah 10)

1. Apakah maksud kemampuan penguatkuasaan dalam petikan tersebut? ( 2 markah )

2. Nyatakan kesan-kesan pembalakan haram kepada kehidupan manusia? ( 4 markah)

3. Pada pedapat anda, nyatakan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk mengatasi masalah banjir.

( 4 markah )

PENULISAN RINGKASAN LENGKAP.

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

Langkah 8

Page 3: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Ayat tugasan : Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir ialah

Isi 1 pihak kerajaan seharusnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan haram.

Selain itu,

Isi 2 setiap pemaju perumahan perlulah menjalankan penilaian kesan alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan dibangunkan

Seterusnya,

Isi 3 pihak berwajib hendaklah menjalankan tugas penguatkuasaan dengan amanah.

Tambahan lagi,

Isi 4 Satu undang-undang seharusnya digubal untuk memastikan terdapat kawasan yang boleh meresap air dengan cepat

Malahan,

Isi 5 Cadangan mewajibkan pemaju perumahan membina kolam bagi menampung air seharusnya dilaksanakan.

Selanjutnya,

Isi 6 Kempen-kempen cintai sungai perlu kita diterus dan diperhebat.

Nota: Perkataan dan frasa berhuruf condong merupakan perkataan dan frasa yang telah diubah dan sama maksud dengan perkataan dan frasa dalam petikan.

Contoh Jawapan Lengkap:

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir ialah pihak kerajaan

seharusnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan

haram. Selain itu, setiap pemaju perumahan perlulah menjalankan penilaian kesan

alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan dibangunkan. Seterusnya, pihak

berwajib hendaklah menjalankan tugas penguatkuasaan dengan amanah. Tambahan

lagi, satu undang-undang seharusnya digubal untuk memastikan terdapat kawasan

yang boleh meresap air dengan cepat. Malahan, cadangan mewajibkan pemaju

perumahan membina kolam bagi menampung air seharusnya dilaksanakan.

Selanjutnya, kempen-kempen cintai sungai perlu kita teruskan dan diperhebat.

( 80 patah perkataan )

Bahagian A ( ii ): Soalan pemahaman.

Page 4: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Bahagian A(ii)( (Markah 10)

1. Apakah maksud kemampuan penguatkuasaan dalam petikan tersebut? ( 2 markah )

Maksud rangkai kata kemampuan penguatkuasaan ialah keupayaan

tindakan.

2. Nyatakan kesan-kesan pembalakan haram kepada kehidupan manusia ? ( 4 markah )

Kesan-kesan pembalakan haram kepada kehidupan manusia ialah sungai-

sungai akan menjadi cetek dan menyebabkan berlakunya banjir. Selain itu,

bencana ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa manusia.

3. Pada pedapat anda, nyatakan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk mengatasi masalah banjir.

( 4 markah )

Pada pendapat saya, peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk

mengatasi masalah banjir ialah orang ramai tidak membuang sampah sarap di

dalam sungai. Selain itu, ahli masyarakat perlulah melaporkan kegiatan

pembalakan haram kepada pihak berkuasa.

LATIHAN 1

Page 5: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Bahagian A(i)[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ]

[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan pusat sumber sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pusat sumber merupakan satu sistem yang tersusun dan berpusatkan pelajar, fleksibel serta mempunyai pelbagai fungsi. Selain menjadi pusat sumber kepada pelajar, prasarana itu turut mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri selari dengan kehendak penggunanya, khasnya guru dan pelajar. Dalam pengajaran bahasa, pusat sumber berfungsi sebagai tempat untuk merujuk kepada koleksi pemelajaran kendiri pelajar seperti buku.

Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa, , seseorang guru boleh memberi suatu tugasan, sama ada secara individu ataupun kumpulan dan menyediakan sesuatu tajuk untuk dibincangkan. Dalam hal tersebut, pelajar akan mendapatkan maklumat dengan memanfaatkan sumber yang ada di pusat sumber untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Namun demikian, peranan pusat sumber amat berbeza. Peranan pusat sumber bukanlah semata-mata untuk memberikan kemudahan pengajaran yang utama, tetapi berfungsi memberikan bahan pemulihan atau sokongan kepada kaedah pengajaran yang berlainan. Terdapat juga sesetengah pusat sumber yang mengadakan pameran untuk merangsang minat pelajar terutama dalam bidang bahasa. Guru dan pelajar yang menjadi ahli kelab bahasa dapat turut serta dalam pameran tersebut. Selain pameran, aktiviti lain dapat juga dilakukan dalam bentuk kuiz, permainan, soal jawab, perbincangan selaras dengan fungsinya sebagai gedung ilmu.

Selanjutnya, pusat sumber boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran. Penukaran suasana ini, dapat membantu pelajar untuk merangsang minat terhadap sesuatu persekitaran baharu dan berbeza. Jika diamati, biasanya suasana pusat sumber jauh lebih kondusif berbanding bilik darjah. Kadang kala di pusat sumber terdapat kemudahan seperti komputer, projektor paparan hablur cecair dan televisyen. . Oleh itu, kewujudan pusat sumber sekolah sedikit sebanyak membantu tugas guru dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran mereka. Tuntasnya, peranan pusat sumber hendaklah sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa sejajar dengan kepentingannya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa’ Pelita Bahasa, Mei 2009)

Bahagian A(ii): Pemahaman [ 10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud “ lebih kondusif ” [ 2 markah ]

Page 6: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

2. Berdasarkan petikan, nyatakan kaedah yang boleh dilakukan oleh guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber?

[ 4 markah ]

3. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk menarik

minat pelajar ke pusat sumber [ 4 markah ]

Cadangan Jawapan A (i).

1. Tempat untuk merujuk kepada koleksi pemelajaran kendiri pelajar2. Pelajar akan mendapatkan maklumat dengan memanfaatkan sumber yang ada

di pusat sumber untuk melaksanakan tugasan yang diberi.3. Berfungsi memberikan bahan pemulihan atau sokongan kepada kaedah

pengajaran yang berlainan4. Mengadakan pameran untuk merangsang minat pelajar terutama dalam bidang

bahasa5. Fungsinya sebagai gedung ilmu. 6. Pusat pengajaran dan pembelajaran7. Merangsang minat terhadap sesuatu persekitaran baharu dan berbeza8. Membantu tugas guru dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran

Page 7: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Cadangan Jawapan A (ii)

1. Maksud rangkai kata : sangat / amat / sungguh / paling sesuai / baik / selesa

2. Tugasan secara individu atau kumpulan.Menyediakan sesuatu tajuk untuk dibincangkan.

3. Mengadakan minggu pusat sumber.Menyediakan kemudahan pusat sumber yang lebih selesa.Mengadakan program membaca.

Nota: Pilih mana-mana dua jawapan di atas dan jawapan yang difikirkan sesuai.

LARIHAN 2

Bahagian A(i)[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ]

[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan-kebaikan industri pelancongan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan mempunyai tempat-tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Contoh tempat peranginan yang terdapat di Malaysia ialah Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Ketam. Di pulau-pulau tersebut, terdapat banyak terumbu karang yang indah menanti para pelancong. Di samping itu, tempat tersebut tenang dan selamat untuk aktiviti sukan air seperti jet ski, perahu layar dan scuba.

Page 8: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Industri pelancongan ini banyak mendatangkan faedah kepada negara. Antaranya dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan sokongan dan bantuan modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh beroperasi dengan lebih meluas. Keadaan ini menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia dalam industri pelancongan. Secara tidak langsung dapat menambahkan lagi pendapatan negara.

Selain itu, tempat-tempat yang menarik di Malaysia merupakan daya tarikan kepada para pelancong asing. Kehadiran para pelancong boleh memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata dunia. Di samping itu, industri ini juga memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk kampong. Misalnya industri kraf tangan di desa-desa memberi pekerjaan kepada penduduk kampung mengusahakan hasil kraf seperti bakul, rotan, dan tikar mengkuang. Seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain itu, kedatangan pelancong juga menyebabkan pusat-pusat penginapan berkembang dan hal ini dapat memajukan industri perhotelan.

Oleh itu, rakyat Malaysia diseru supaya menyahut seruan kerajaan dengan bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring dengan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan pelancongan terutamanya dari segi pengurusan dan penyediaan infrastruktur yang lebih baik secara tidak langsung memberi keuntungan kepada masyarakat setempat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Faedah Industri Pelancongan” Dewan Siswa, Mei 2007)

Bahagian A(ii): Pemahaman [ 10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud “ mendatangkan faedah ” [ 2 markah ]

2. Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab Malaysia menjadi tempat

pelancong yang menarik? [ 4 markah ]

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan industri

pelancongan? [ 4 markah ]

Page 9: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Cadangan Jawapan A (i)

1. Dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan2. Menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia3. Dapat menambahkan lagi pendapatan negara4. Para pelancong boleh memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum ke serata dunia5. Memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk kampung6. Dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar7. menyebabkan pusat-pusat penginapan berkembang dan hal ini dapat

memajukan industri perhotelan8. Perkhidmatan pelancongan terutamanya dari segi pengurusan dan penyediaan

infrastruktur yang lebih baik secara tidak langsung memberi keuntungan kepada masyarakat setempat

Cadangan Jawapan A (ii)

1. Maksud rangkai kata mendatangkan faedah: Memberikan / Membawa / menyebabkan / MengakibatkanManfaat / kebaikan / kelebihan / kepentingan.

2. Sebab-sebab Malaysia menjadi tempat pelancongan:Malaysia merupakan negara yang indah mempunyai tempat-tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan

3. Cara meningkatkan industri pelancongan:Mengadakan promosi tentang keindahan negara Malaysia di luar negaraMeningkatkan kemudahan sedia ada di kawasan yang menjadi tumpuan pelancongan.Menambah papan tanda menuju ke kawasan pelancongan

Page 10: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Nota: Pilih mana-mana dua jawapan di atas dan jawapan yang difikirkan sesuai.

LATIHAN 3

Bahagian A( i ) [ Masa yang dicadangkan: 40 minit ]

[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang faedah-faedah menguasai bahasa pertama . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 Patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahasa pertama ialah bahasa yang diperoleh secara semula jadi sejak seseorang Itu kecil lagi. Bahasa pertama terdiri daripada bahasa ibunda atau bahasa lain yang diperoleh hasil pendedahan daripada bahasa yang dituturkan oleh keluarga seseorang kanak-kanak itu. Menguasai bahasa pertama mempunyai pelbagai kelebihan. Sejajar dengan itu, program sesuatu bahasa pertama tidak terlepas daripada memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan berbahasa dan pemahaman tentang sistem bahasa. Di samping itu, tujuan menggunakan bahasa pertama adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengamalkan nilai hidup yang murni.

Penggunaan bahasa pertama juga membolehkan seseorang mengetahui unsur budaya Melayu ketika mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Hal ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia yang bertujuan melahirkan warganegara yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan hidup harmoni.

Pada masa yang sama, penguasaan bahasa pertama juga dapat melengkapi seseorang murid dengan aspek keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Hal ini demikian kerana dengan menguasai bahasa pertama seseorang itu akan dapat memenuhi keperluan diri, menjalin perhubungan sosial dan mengendalikan urusan harian. Contohnya, dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia penggunaan bahasa pertama amat diperlukan. Di negara Korea, Jepun dan Rusia, penggunaan bahasa pertama juga ditekankan sebagai bahasa untuk menguasai ilmu bagi melebarkan ilmu pengetahuan moden.

Pada keseluruhannya , dengan menguasai bahasa pertama, seseorang itu dapat mengungkapkan bahasa yang bermakna dan mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran seseorang. Tanpa bahasa seseorang tidak dapat memenuhi keperluan interaksi sesama mereka. Malahan , penguasaan bahasa pertama juga dapat meningkatkan keupayaan

Page 11: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

dan kecekapan komunikatif dalam kalangan murid. Keupayaan komunikatif merangkumi keseluruhan fungsi bahasa yang meliputi komponen makna dan linguistik. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak mampu mempelajari sesuatu dengan lebih baik dalam bahasa ibundanya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah Menguasai Bahasa Pertama’ ,Pelita Bahasa, Februari 2008)

Bahagian A ( ii ) : Pemahaman

[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1 Apakah maksud rangkai kata memenuhi keperluan ?[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, nyatakan dua aspek penguasaan bahasa yang perlu diketengahkan pada murid-murid ?

[4 markah]

3 Pada pendapat anda , nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk memantapkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid ?

[4 markah]

Page 12: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Cadangan jawapan :Bahagian A (i)

1. Menggunakan bahasa pertama adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan

mengamalkan nilai hidup yang murni.

2. Membolehkan seseorang mengetahui unsur budaya Melayu ketika mempelajari

bahasa Melayu di sekolah

3. Melengkapi seseorang murid dengan aspek keterampilan berbahasa dan

berkomunikasi

4. Dapat memenuhi keperluan diri, menjalin perhubungan sosial dan mengendalikan

urusan harian

5. Bahasa pertama juga ditekankan sebagai bahasa untuk menguasai ilmu bagi

melebarkan ilmu pengetahuan moden

6. Dapat mengungkapkan bahasa yang bermakna dan mempunyai kaitan rapat

dengan pemikiran seseorang

7. Penguasaan bahasa pertama juga dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan

komunikatif dalam kalangan murid

8. Mampu mempelajari sesuatu dengan lebih baik dalam bahasa ibundanya.

Bahagian A (ii)

1 Maksud rangkai kata

memenuhi : mengisi / menepati / menyempurnakan / menunaikan

Keperluan : kemestian/ kehendak/ kepentingan / hajat

2 Dua aspek penguasaan bahasa yang perlu diketengahkan oleh murid-murid

ialah aspek kecekapan berbahasa dan pemahaman tentang sistem bahasa

tersebut.

3 Cara-cara untuk memantapkan penguasaan bahasa pertama ialah

- peranan ibu bapa yang mampu bertutur dengan fasih ketika berinteraksi di

rumah dengan menggunakan bahasa pertama.

-Peranan pihak sekolah dalam meningkatkan kemahiran bahasa pertama

-Peranan media massa dalam memartabatkan bahasa pertama.

- Peranan kerajaan melalui kempen penggunaan bahasa pertama.

LATIHAN 4

Bahagian A ( i )

Page 13: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ][ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang punca-punca merokok dalam kalangan remaja . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Merokok merupakan perbuatan yang dikategorikan sebagai kesalahan utama di dalam kawasan sekolah. Apakah nikmatnya ketika merokok? Adakah ilham datang mencurah-curah atau asap rokok itu sebagai illusi yang membawa imaginasi jauh tanpa sempadan? Berdasarkan pemerhatian didapati remaja sudah berani hendak merokok dan membahayakan diri sendiri disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Jika mahu diri mereka diterima dalam kalangan rakan sebaya, mereka haruslah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh rakan lain . Malah, ada juga dalam kalangan remaja yang melihat seseorang yang merokok itu dianggap hebat oleh rakan mereka.

Banyak remaja mengetahui akan bahaya merokok. Mereka sedar tentang larangan merokok dan hukuman yang akan diterima jika tertangkap di kawasan sekolah. Oleh sebab itu, mereka tetap merokok sebagai tanda membantah peraturan tersebut. Mereka tidak takut malah sengaja sebagai tanda protes pihak sekolah dan ibu bapa. Selain itu tanggapan bahawa tabiat merokok sebagai tanda orang yang cepat dewasa telah mendorong mereka untuk merokok.

Peribahasa bapa borek anak rintik menggambarkan pengaruh keluarga terhadap gejala merokok dalam kalangan remaja. Mana tidaknya, anggota keluarga terdekat yang merokok seperti ayah, abang dan kaum keluarga yang lain turut mendorong mereka untuk merokok. Hal ini menyebabkan remaja menganggap bahawa merokok bukan perbuatan yang salah. Ada juga sesetengah remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend terkini. Tingkah laku ini membuktikan mereka sentiasa peka dengan aliran gaya terkini.

Kajian menunjukkan sebanyak 75 peratus punca pelajar merokok adalah untuk mengelakkan tekanan termasuklah bebanan tugasan sekolah, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, ditambah dengan naluri remaja yang mahu mencuba, tunjuk pandai dan mahu bebas daripada kongkongan. Natijahnya ,kesan jangka panjang kepada perokok adalah dari segi kesihatan terutamanya panyakit kanser dan berkaitan jantung. Malahan , gigi kuning berkarat , badan dan nafas berbau akibat banyak merokok.

( Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Jangan Cuba-cuba merokok’ ,Dewan siswa Jun 2007)

Bahagian A ( ii ) : Pemahaman

[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1 Apakah maksud rangkai kata imaginasi menerawang ?

Page 14: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, nyatakan kesan-kesan merokok dalam kalangan perokok tegar ?

[4 markah]

3 Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu mencegah remaja daripada gejala merokok ?

[4 markah]

Cadangan jawapan :

Bahagian A (i):

Punca-punca merokok dalam kalangan remaja,

1 Pengaruh rakan sebaya

2 Ada juga dalam kalangan remaja yang melihat seseorang yang merokok itu

dianggap hebat oleh rakan mereka.

3 Mereka tetap merokok sebagai tanda membantah peraturan tersebut

4 Tanggapan bahawa tabiat merokok sebagai tanda orang yang cepat dewasa

telah mendorong mereka untuk merokok

5 Pengaruh keluarga terhadap gejala merokok dalam kalangan remaja

Page 15: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

6 Remaja menganggap bahawa merokok bukan perbuatan yang salah

7 Remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend terkini

8 Pelajar merokok adalah untuk mengelakkan tekanan

Bahagian A (ii)

1 Maksud rangkaikata membawa imaginasi:

membawa : mendatangkan / mengakibatkan / menyebabkan / melibatkan

imaginasi : daya khayalan / angan-angan / gambaran

2 Dua kesan merokok ialah:

- menghadapi masalah kesihatan seperti sakit kanser dan

- sakit jantung

- badan berbau ,

- nafas berbau

- gigi kuning berkarat

Nota: Pilih mana-mana empat daripada jawapan di atas.

3 Remaja perlu dicegah daripada merokok kerana

1. memperlihatkan tingkah laku yang baik dan berakhlak mulia2. memperlihatkan disiplin diri yang utuh dan kental3. menghindarkan diri daipada gejala social yang lain dan terdorong kepada

gejala dadah akhirnya.4. mengamalkan gaya hidup sihat.

Nota: Jawapan lain yang bersesuaian dan relevan dengan soalan.

LATIHAN 5

Bahagian A(i)(Masa dicadangkan : 30 Minit)

(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentan g punca-punca pencemaran air . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Air merupakan sumber semula jadi yang sangat penting bagi hidupan di muka bumi ini. Manusia merupakan pengguna air yang paling utama , maka tidak hairanlah juga menjadi penyumbang masalah pencemaran air. Pencemaran air diklasifikasi kepada dua jenis iaitu sumber yang disalurkan terus kepada sumber air dan pencemaran yang berlaku daripada perubahan alam sekitar .

Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil mahupun bersekala besar berperanan menyebabkan berlakunya pencemaran air. Pembukaan dan penerokaan tanah menyebabkan hakisan tanah seterusnya mencemarkan air sungai kesan daripada bahan-bahan terampai dan keladak yang dibawa ke dalam sungai. Keadaan ini menjadi serius apabila berlakunya penerokaan hutan secara haram untuk kegiatan pertanian. Menurut Jabatan Alam Sekitar, aktiviti pembukaan tanah menjadi penyebab

Page 16: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

utama pencemaran di 31 lembangan sungai seluruh negara. Selain itu, penggunaan racun serangga dan baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuhan akan meresap dan mengalir ke sungai. Hal Ini berlaku akibat kerakusan tangan manusia tanpa memikirkan kesan sebaliknya.

Di Malaysia masalah pencemaran air yang disebabkan aktiviti perternakan memang sukar dikawal. Contohnya sisa air mandian babi mempunyai kandungan zink dan amoniakal nitrogen yang sangat tinggi, dan memberi kesan kepada pencemaran air. Sikap masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai memburukkan lagi keadaan ini. Dianggarkan bahawa tidak kurang satu juta kilogram sisa buangan dibuang ke dalam sungai setiap hari. Pertambahan pusat pelupusan sampah secara haram seperti yang berlaku di Selangor dan Putrajaya menjadi bukti yang jelas kesan pencemaran air akibat pembuangan sampah yang tidak terurus.

Sikap lepas tangan penguasa kilang mengalirkan sisa buangan yang tidak dirawat terus ke dalam sungai menjadikan air tidak selamat untuk digunakan. Hal ini adalah disebabkan sisa buangan industri yang mengandungi bahan keluli jika tidak dirawat dengan betul akan mencemarkan air dan berbahaya untuk manusia. Dalam masa yang sama juga terdapat pengusaha kilang perindustrian yang gagal mematuhi peraturan Kualiti Persekitaran 1979 Jabatan Alam Sekitar.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Air : Bersyukurkah kita” Dewan siswa April 2009 )

Bahagian A(ii)(Masa dicadangkan : Minit)

(Markah 10)

1. Apakah maksud penyumbang masalah dalam petikan tersebut? [ 2 markah ]

2. Nyatakan kategori pencemaran air yang berlaku di negara kita ? [ 4 markah ]

3. Pada pedapat anda, nyatakan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk mengatasi pencemaran air. [ 4 markah ]

Page 17: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Cadangan Jawapan:

Bahagian A (i)

1. Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil mahupun bersekala besar

berperanan menyebabkan berlakunya pencemaran air

2. Keadaan ini menjadi serius apabila berlakunya penerokaan hutan secara haram

untuk kegiatan pertanian

3. penggunaan racun serangga dan baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuhan

akan meresap dan mengalir ke sungai

4. masalah pencemaran air yang disebabkan aktiviti perternakan memang sukar

dikawal

5. Sikap masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai memburukkan lagi

keadaan ini

6. Pertambahan pusat pelupusan sampah secara haram seperti yang berlaku di

Selangor dan Putrajaya menjadi bukti yang jelas kesan pencemaran air akibat

pembuangan sampah yang tidak terurus

7. Sikap lepas tangan penguasa kilang mengalirkan sisa buangan yang tidak

dirawat terus ke dalam sungai menjadikan air tidak selamat untuk digunakan

8. Dalam masa yang sama juga terdapat pengusaha kilang perindustrian yang

gagal mematuhi peraturan Kualiti Persekitaran 1979 Jabatan Alam Sekitar

Bahagian A (ii)

1. Maksud rangkai kata:

penyumbang : pemberi / pembantu / penyebab

masalah : perkara / isu / kes / hal

2. Kategori pencemaran air di negara kita ialah:

Page 18: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

- sumber yang disalurkan terus kepada sumber air

- pencemaran yang berlaku daripada perubahan alam sekitar

3. Peranan masyarakat:

- Melaporkan aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab kepada pihak berkuasa.

- Mengadakan kempen tentang cintai alam sekitar.

- Mengadakan gotong-royong membersihkan sungai yang tercemar.

Nota: Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai.

LATIHAN 6

Bahagian A(i)(Masa dicadangkan : 30 Minit)

(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang kebaikan Majlis Rumah Terbuka . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Tanggal 22 Disember 2001 merupakan detik sejarah yang paling berharga buat rakyat Malaysia kerana pada hari tersebut Majlis Rumah terbuka Malaysia pertama telah diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Konsep Rumah Terbuka Malaysia dianggap unik sekali kerana tidak diamalkan di kebanyakan negara lain. Selain itu, masyarakat negara Malaysia yang berlainan bangsa akan turut sama-sama merayakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia.

Penganjuran rumah terbuka ini adalah berasaskan semangat untuk mengekalkan satu matlamat memupuk perpaduan pelbagai kaum. Perayaan yang akan diadakan bukannya berbentuk keagamaan yang menyentuh prinsip agama lain. Malahan, menyerahkan kebebasan beragama di negara kita. Rumah tebuka juga bukanlah sekadar program makan-makan, sebaliknya yang lebih penting perayaan tersebut merupakan wadah mengeratkan persefahaman antara pelbagai kaum di negara ini.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya menegaskan, program perayaan rumah terbuka akan diteruskan kerana majlis tersebut merupakan warisan budaya yang akhirnya membawa kepada pembangunan dan kemajuan negara. Beliau juga mengharapkan perayaan kongsi raya akan diteruskan dan tidak lagi dijadikan polemik yang berpanjangan. Menurut beliau juga, Majlis Rumah terbuka biasanya akan dihadiri oleh pelancong dari negara luar seperti Jepun, Itali dan Perancis. Dengan kata lain industri pelancongan di Malaysia akan mendapat sambutan daripada penduduk tempatan dan luar negara. Secara tidak langsung, akan mengharumkan nama Malaysia di Persada antarabangsa. Dalam masa yang sama pula, amalan ini dapat merintis jalan untuk menjalin hubungan harmoni dengan negara jiran.

Pendapat yang mengatakan bahawa sambutan perayaan yang diadakan secara besar-besaran ini merupakan suatu pembaziran adalah satu tanggapan yang tidak berasas sama sekali. Amalan rumah terbuka ini sebenarnya dapat memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia betapa perasaan saling mempercayai harus dipertahankan demi kesejehteraan negara. Hal ini demikian kerana keharmonian antara kaum adalah kunci kejayaan bangsa Malaysia dari dahulu dan hari-hari mendatang. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suatu budaya kebangsaan kepada negara. .Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa Majlis Rumah Terbuka ini merupakan komitmen kerajaan pusat terhadap perayaan-perayaan kaum sebagai asas kepada perayaan nasional.

Page 19: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Rumah Terbuka Malaysia” Dewan siswa Disember 2006 )

Bahagian A(ii)(Masa dicadangkan : 40 Minit)

(Markah 10)

1. Apakah maksud kunci kejayaan dalam petikan tersebut? [ 2 markah ]

2. Mengapakah Majlis Rumah Terbuka di negara ini dianggap unik ? [ 4 markah ]

3. Pada pedapat anda, nyatakan cara-cara untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pendudk di Malaysia? [ 4 markah ]

Page 20: RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Cadangan Jawapan:

Bahagian A (i):

1. Penganjuran rumah terbuka ini adalah berasaskan semangat untuk

mengekalkan satu matlamat memupuk perpaduan pelbagai kaum

2. menyerahkan kebebasan beragama di negara kita

3. merupakan wadah mengeratkan persefahaman antara pelbagai kaum di negara

ini.

4. merupakan warisan budaya yang akhirnya membawa kepada pembangunan dan

kemajuan negara

5. industri pelancongan di Malaysia akan mendapat sambutan daripada penduduk

tempatan dan luar negara

6. Dalam masa yang sama pula, amalan ini dapat merintis jalan untuk menjalin

hubungan harmoni dengan negara jiran.

7. memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia betapa perasaan saling

mempercayai harus dipertahankan demi kesejehteraan negara

8. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suatu budaya

kebangsaan kepada negara

Bahagian A (ii)

1. Maksud rangkai kata:

kunci : punca / sebab / punca

kejayaan : kemenangan / hasil

2. Majlis Rumah Terbuka dianggap istimewa:

- Tidak diamalkan di kebanyakan negara lain.

- Masyarakat negara yang berlainan bangsa turut menyertai perayaan

rumah terbuka.

3. Cara-cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia:

- Menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi.

- Menanamkan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa.

- Mengadakan kempen tentang kepentingan semangat perpaduan

menerusi media massa.

Nota: Terima mana-mana jawapan lain yang difikirkan sesuai.