nota ringkas hbhe3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran

11
Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran TOPIK 1 • Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967. • Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan trend penyakit. Oleh itu, amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. • Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek Health Promoting School (HPS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. • Projek ini berdasarkan konsep HPS yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berteraskan Piagam Ottawa. • Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996, di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mencadangkan supaya RKS yang sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS ). • Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. TOPIK 2 • Tugas, tanggunggjawab serta peranan sekolah itu penting dalam mewujudkan persekitaran yang ceria di sekolah di samping

Upload: eka-rusmawaty-binti-sujak

Post on 01-Jul-2015

462 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

TOPIK 1

• Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967.

• Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, Malaysia secara khusus telah mengalami banyak

perubahan dari aspek kesihatan dan trend penyakit. Oleh itu, amat wajar RKS dikaji semula

untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.

• Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian

Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek Health Promoting School (HPS) di enam

buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

• Projek ini berdasarkan konsep HPS yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) berteraskan Piagam Ottawa.

• Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996, di antara Kementerian

Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mencadangkan supaya

RKS yang sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah

Sihat (PBSS ).

• Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan

dengan kesihatan sekolah.

TOPIK 2

• Tugas, tanggunggjawab serta peranan sekolah itu penting dalam mewujudkan

persekitaran yang ceria di sekolah di samping dapat memainkan peranan dalam melatih

murid-murid menyayangi dan memahami erti kebersihan yang sebenar.

• Dengan adanya kesedaran ini maka amalan kebersihan di sekolah dapat berjalan dengan

lancar dan sempurna.

• Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen yang terpenting dalam

merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.

Page 2: Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

TOPIK 3

• Melalui program kesihatan sekolah diharap dapat melahirkan insan yang bukan sahaja

cemerlang dalam bidang akademik dan bersahsiah tinggi tetapi dapat melahirkan pelajar

yang dapat menjadikan penjagaan aspek kesihatan sebagai sesuatu yang amat penting

dalam kehidupan mereka.

• Pelbagai program berorientasikan kesihatan dapat memperkasakan pelajar berkaitan

kepentingan penjagaan kesihatan. Ia juga mendorong pelajar mengambil langkah sendiri

dalam memelihara tahap kesihatan diri sendiri.

• Warga sekolah yang sihat diharap mampu menggerakkan negara ke arah pembangunan

yang lebih pesat. Selain itu, masyarakat yang sihat pada hari ini dapat melahirkan generasi

yang sihat pada masa hadapan.

• PROSTAR dan program pendidikan AIDS membentuk pelajar yang berpengetahuan,

bersikap positif serta mengelakkan amalan yang berisiko mendedahkan mereka kepada

jangkitan HIV.

• Program Doktor Muda membentuk sekumpulan Doktor Muda selaku Pembimbing Rakan

Sebaya yang membantu pihak sekolah dalam menjayakan beberapa aktiviti pencegahan dan

pengawalan penyakit.

• Pelaksanaan program melibatkan usaha sama pihak sekolah, ibu bapa, NGO serta pelbagai

agensi awam yang berkaitan.

TOPIK 4

• Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan aspek emosi dan fizikal. Dalam aspek

emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap

gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga, rakan dan masyarakat sekitarnya.

Aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas daripada penderitaan atau kesakitan yang

berpunca daripada kecederaan.

• Keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi

dirinya daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan mental, sebagai gerak balas

terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya serta di sekelilingnya.

• Kemalangan tidak memilih mangsa sekiranya seseorang itu tidak mengambil langkah-

Page 3: Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

langkah pencegahan. Konsep keselamatan bergantung pada di mana, bagaimana dan

kenapa ia berlaku.

• Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan merupakan kaedah kawalan yang penting

setelah langkah-langkah kawalan yang lain dilakukan. Penggunaannya berbeza mengikut

bidang tugas dan persekitaran kerja.

• Salah satu punca utama kes kecederaan dan kemalangan adalah kerana kecuaian. Ia

berpunca daripada sikap sambil lewa atau sikap tidak ambil peduli.

• Prinsip utama apabila anda berhadapan dengan sebarang keadaan kecemasan ialah

mempastikan keselamatan anda terjamin terlebih dahulu sebelum anda membantu orang

lain.

TOPIK 5

• Penjagaan keselamatan bukan setakat menjadi hangat hanya apabila berlakunya sesuatu

kemalangan di sekolah tetapi mestilah menjadi salah satu agenda utama pengurusan

sekolah.

• Bertindaklah sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan bukannya bertindak selepas

sesuatu kemalangan berlaku.

• Infrastruktur bilik darjah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran seseorang

pelajar bukan setakat bersih dan ceria tetapi mestilah selamat.

• Penyelenggaraan alat-alat bantuan mengajar sentiasa menjadi salah satu keutamaan pihak

sekolah. Peralatan yang tidak diselenggarakan secara berkala dan sempurna boleh

mengurangkan jangka hayat penggunaan peralatan tersebut.

• Prosedur keselamatan dalam bilik darjah dan makmal haruslah sentiasa diingatkan dan

dimaklumkan kepada semua warga sekolah. Prosedur keselamatan mengutamakan tiga

perkara yang paling utama iaitu tahu, faham serta buat.

• Persekitaran sekolah yang berteraskan kepada empat elemen iaitu kecantikan, keindahan,

keselamatan dan keselesaan (4K) amatlah berguna dalam membentuk dan menjamin

suasana yang kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kemalangan dan

kecederaan di kawasan persekitaran sekolah dapat dikurangkan dengan kaedah menilai dan

mengawal risiko.

Page 4: Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

• Konsep SAFE dapat menerangkan berkaitan penjagaan keselamatan di sekolah.

TOPIK 6

• Pendidikan Kesihatan Persekitaran dapat dilaksanakan secara formal dan juga tidak

formal. Pendidikan Kesihatan Persekitaran menjamin wujudnya persekitaran sihat yang

membentuk suasana sejahtera bagi warga sekolah.

• Pendidikan Kesihatan Persekitaran boleh dijalankan secara perkongsian bijak dengan

agensi-agensi lain. Agensi-agensi luar dapat memberi sokongan dalam bidang masing-

masing.

• Usaha-usaha perlu untuk menambahbaik aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah untuk

memperkemaskan Pendidikan Persekitaran.

• Menjadikan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai kesepaduan dengan mata

pelajaran akademik yang lain. Warga sekolah khusus para pelajar harus diberi pendedahan

dalam pembelajaran berdasarkan pengalaman bersama agensi-agensi luar.

TOPIK 7

• Air merupakan keperluan utama manusia dan perlu dikekalkan tahap kebersihannya.

• Air terdiri daripada pelbagai jenis seperti air kerpasan, air permukaan dan air bumi.

• Pencemaran air berlaku kerana aktiviti manusia yang gagal mengurus sisa dan sumber

yang menyebabkan air tercemar.

• Kaedah pembuangan sampah perlu dilestarikan agar kita tidak akan ditimpa musibah

akibat sistem pelupusan yang tidak berkesan.

• Air yang bersih menjamin kesihatan.

Page 5: Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

TOPIK 8

• Pencemaran bukan setakat mendatangkan kesan buruk kepada manusia malah kepada

organisma lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

• Pencemaran udara atau atmosfera berlaku apabila bahan beracun atau toksid sama ada

dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara.

• Pencemaran air melibatkan sumber atau punca air seperti tasik, sungai, laut dan air bawah

tanah yang dicemari oleh bahan cemar yang dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti manusia

seperti perkilangan, pertanian, perumahan, penerokaan tanah dan sebagainya.

• Pencemaran tanah berlaku apabila terdapatnya bahan cemar yang dibuang secara sengaja

atau tidak sengaja ke atas permukaan atau ke dalam tanah. Keadaan ini mengganggu

keadaan asal atau semulajadi struktur tanah.

• Peraturan utama yang berkaitan dengan semua aktiviti persekitaran adalah termaktub di

dalam Akta Kualiti Persekitaran (Environment Quality Act, 1974), pindaan tahun 1985 dan

1996 (Azizi Ahmad, 2007). Akta ini turut disokong oleh lain-lain akta yang menjurus kepada

matlamat yang sama iaitu untuk mempelihara dan menjaga alam sekitar.

• Keperluan dan perancangan untuk membina kilang dan pembukaan kawasan baru untuk

industri tertakluk kepada panduan yang tedapat di dalam Akta Kualiti Persekitaran 1974

yang menyediakan rangka kerja berkaitan dengan undang-undang dan peraturan alam

sekitar di Malaysia.

• Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu bebas

daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kumbahan dari kawasan perumahan,

perindustrian, penternakan dan sebagainya.

• Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Ungkapan ini membawa kepada makna

bahawa langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil berat terlebih dahulu dalam aspek

perancangan dan pelaksanaan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan aspek persekitaran.

• Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang ramai atau

masyarakat awam berkaitan maklumat kesihatan. Malah, ia lebih kepada menggerakkan dan

memperkasakan mereka supaya sedar serta mengambil tindakan yang perlu untuk

melakukan langkah-langkah pencegahan terhadap sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.

• Diagnosis awal dan rawatan awal amatlah penting dalam pengendalian sesuatu penyakit.

Dengan membuat pemeriksaan awal, pihak hospital atau klinik boleh mengenal pasti punca-

punca penyakit serta jenis rawatan dan ubat yang boleh diberikan kepada pesakit.

Page 6: Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

• Rehabilitasi atau pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi mengurangkan penyakit

yang dihidapi tetapi juga untuk mengurangkan ketidakupayaan serta mempertingkatkan

kualiti hidup seseorang pesakit itu.

TOPIK 9

• Bakteria adalah mikroorganisma bersaiz kecil di antara 0.3 ke 14 μm. Bakteria tidak boleh

dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.

• Virus adalah mikroorganisma dan hanya dapat hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam

darah atau bendalir dalam badan manusia atau haiwan.

• Kulat atau dalam istilah perubatan disebut Fungi. Kulat adalah mikroorganisma sel

Eukaryotic.

• Protozoa merupakan mikroorganisma yang mempunyai sel Eukaryotic. Protozoa adalah sel

tunggal yang paling kecil dan bersaiz di antara 5 hingga 50 μm.

• Mekanisme pertahanan manusia terbahagi kepada dua iaitu mekanisme pertahanan

luaran dan dalaman.

• Lingkungan jangkitan sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan dengan prinsip

rangkaian jangkitan (chain of infection). Terdapat enam elemen utama dalam rangkaian

jangkitan yang saling berkaitan dalam menyebabkan berlakunya sesuatu jangkitan.

• Apabila Patogen memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya, seseorang itu

dikatakan telah dijangkiti. Sekiranya Patogen itu membiak dan menyebabkan seseorang itu

sakit, dia dikatakan telah menghidap penyakit berjangkit.

• Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera yang mengawal

sesebuah negara dari dicerobohi oleh musuh.

• Teknik Aseptik ialah kaedah khusus serta prosedur tertentu yang digunakan dalam

keadaan yang amat terkawal yang bertujuan mengelak dan mencegah pencemaran oleh

Patogen atau lain-lain mikroorganisma merbahaya.

• Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan cara memutuskan dan

memusnahkan rangkaian jangkitan sesuatu penyakit. Sebahagian organisma tidak secara

serta-merta menyebabkan sesuatu penyakit. Ia bergantung kepada tahap ganas (virulence)

dan tahap menakluki (invasiveness) sesuatu Patogen itu.

Page 7: Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

• Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan jangkitan dapat

dilihat dalam beberapa perkara seperti polisi dan peraturan, kumpulan atau jawatankuasa

pelaksana kawalan jangkitan, pendidikan dan latihan, kemudahan dan kelengkapan serta

persekitaran yang bersih.

TOPIK 10

• Bunyi bising bukan setakat memberi kesan kepada masalah kesihatan secara fizikal malah

dalam aspek mental. Kebisingan diukur dengan Desibel (dB).

• Terdapat beberapa punca bunyi bising. Antaranya ialah punca secara semula jadi dan

buatan manusia.

• Tahap bunyi yang menimbulkan keadaan kacau-bilau dan hingar-bingar kepada seseorang

sama ada di persekitaran kerja atau semasa berehat di rumah boleh dianggap sebagai suatu

bentuk kebisingan. Kebisingan inilah yang dimaksudkan sebagai pencemaran bunyi.

• Kesan bunyi bising kepada manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada telinga

(auditory effect) dan kesan di luar telinga (non-auditory effect).

• Unit Kawalan Mutu Makanan (UKMM) berperanan dalam merancang, melaksana,

memantau serta menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan aspek keselamatan,

kualiti serta kebersihan makanan.

• Matlamat utama Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar (URKAS) adalah untuk

mewujudkan suatu persekitaran sihat dan sesuai serta mampu mendatangkan kebaikan

kepada kesihatan fizikal dan mental penghuni-penghuninya.

• Unit Kesihatan Am (UKA) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap bidang-

bidang kesihatan am yang menyokong unit-unit lain di dalam sesebuah organisasi pejabat

kesihatan.

• Simptom-simptom jangkitan yang berkaitan dengan toksik boleh dilihat dari segi

pendedahan seseorang terhadap bahan tersebut. Terdapat dua jenis pendedahan iaitu

pendedahan yang teruk (acute exposure) dan pendedahan yang kronik (chronic exposure).

• Antara bahan toksid yang boleh menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang

mengandungi Karsinogen. Debu dan habuk yang berterbangan di udara boleh memasuki

saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru.

Page 8: Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

• Kawalan terhadap bahan-bahan toksik memerlukan tahap teknologi dan kos yang tinggi.

Tetapi jika dilihat dari segi keuntungan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan

penduduk, sememangnya pengurusan yang cekap terhadap bahan atau sisa toksik dari

industri merupakan satu langkah yang wajib dilakukan oleh semua pihak.

• Prinsip utama apabila menghadapi penyakit atau masalah kesihatan ialah perlu

mendapatkan rawatan dengan segera.