bahan temuduga spp

24
Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai strategi “Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” (MBMMBI) baru-baru ini. Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru

Upload: nurul-jane

Post on 05-Jul-2015

133 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: bahan temuduga spp

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.  Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai strategi “Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” (MBMMBI) baru-baru ini.

Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu

belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan

program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas

penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan

penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-

istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut

Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk

melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah

bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-

guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif

khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia

untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris

juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang

murid, untuk meningkatkan “contact-time” antara guru dan murid. Dengan

mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih

boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa

Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan

mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru

untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan

bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa

penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk

Page 2: bahan temuduga spp

mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda

untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa

Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak

mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini. Keupayaan

negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa

Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik.

Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan

pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian

Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa

Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi

bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi

kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah.

Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa

Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha

Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa

Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara.

Dengan pelaksanaan keputusan ini komponen Bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar di Tahap 1 sekolah kebangsaan meningkat daripada 60

peratus kepada 75.6 peratus, manakala di Tahap 2 meningkat daripada 60

peratus kepada 80 peratus. Peningkatan yang sama juga berlaku di peringkat

sekolah menengah.

Melihat ke hadapan, dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan

bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan

sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di

negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan

persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa

menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses

transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-landing akan diambil

untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI

tidak akan terjejas.

Page 3: bahan temuduga spp

Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai

persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini

bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum,

penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. InsyaAllah, berkat

kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam

menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat

menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi

kepentingan masa depan negara.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, 11 January 2010 17:49 Khairul Hazman Othman

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam

Page 4: bahan temuduga spp

Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

i Daftar Kandungan i

Misi Pendidikan Negara ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii

Kurikulum Kebangsaan iv

Visi Dan Misi Jemaah Nazir Sekolah v

Hasrat Jemaah Nazir Sekolah vi

Kata Alu-aluan Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia vii

Kata Alu-aluan Y.Bhg. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia viii

Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah ix

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Bab I : Pengenalan 1 Latar Belakang 1 Pengolahan SKPM 2 Pemakai SKPM 5 Pengukuran Standard 7 Bab II : Pernyataan Standard 8 Elemen 1 : Visi dan Misi 8 Elemen 2 : Kepimpinan 9 Elemen 3 : Struktur Organisasi 12 Elemen 4 : Perancangan 13 Elemen 5 : Iklim 13 Elemen 6 : Pengurusan Dan Pembangunan Sumber 14 Elemen 7 : Pengurusan Maklumat 16 Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid 16 Elemen 9 : Pengajaran Dan Pembelajaran 17 Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid 19 Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid 20 Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,

Page 5: bahan temuduga spp

Kokurikulum dan Sahsiah 20 12.1 : Kemenjadian Murid Prasekolah 20 12.2 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah 22 12.3 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah Menengah 23 Rujukan 26 Proses Aliran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah

SKPMPERNYATAAN STANDARD 1 1

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA BAB I : PENGENALAN 1. Latar Belakang 1.1

Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme untuk

memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan

meningkat secara berterusan ke tahap

yang tinggi. Mekanisme tersebut dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard

Tinggi Kualiti Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP.

SPPSTKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a) Akta Pendidikan 1996 yang

memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran

yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan(an adequate standard of teaching is developed and maintained in educational institutions). 1.2 Bagi membantu sekolah dan institusi

pendidikan melaksanakan

SPPSTKP, sebanyak tujuh dokumen telah diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan

bantuan kerajaan seperti yang berikut:

a) Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan; b)

Page 6: bahan temuduga spp

Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP); c) Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP); d) Lembaran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan; e) Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (IPPSTKP)

SKPMPERNYATAAN STANDARD 2 2

f) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman; dan g) Instalasi

Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman (Versi

Yang Dipermudahkan).

1.3

Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada warga pendidik menerusi suatu siri promosi yang telah

dijalankan oleh JNS dengan kerjasama pelbagai pihak khasnya Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah-

sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafan kendiri

berpandukan tatacara dan instrumen yang terkandung dalam dokumen PKSBSTKP.

1.4

Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sekolah- sekolah menghadapi masalah

melaksanakan SPPSTKP sepenuhnya.

2. Pengolahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) [SKPM-Sekolah] 2.1

Maklum balas dan pandangan pelbagai pihak khasnya pengetua, guru besar dan guru-guru di sekolah

sebagai pengguna dan pelaksana SPPSTKP jelas memperlihatkan keperluan sistem ini dikaji semula

Page 7: bahan temuduga spp

supaya mudah difahami dan lebih mesra pengguna. Menyedari hakikat tersebut dan selaras dengan

prinsip penambahbaikan berterusan dalam sistem kualiti, maka JNS telah mengolah semula SPPSTKP.

Hasil pengolahan semula ini ialah Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia (Sekolah) atau ringkasnya SKPM

SKPMPERNYATAAN STANDARD 3 3

2.2

SKPM digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta

Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya, Surat Pekeliling Am Jabatan

Perdana Menteri, Surat Pekeliling Am Jabatan

Perkhidmatan Awam, Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran

Awam (PKPA), Arahan Kerajaan (seperti Arahan Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-

lain), Perintah Am, Surat-Surat Pekeliling (seperti Surat Pekeliling Pentadbiran, Perbendaharaan,

Kewangan, Ikhtisas, dan surat- surat pekeliling lain) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh

Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Selain itu, dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-

2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan yang diterbitkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia juga telah dirujuk.

2.3 Pelaksanaan SKPM-Sekolah diperincikan dalam tiga dokumen iaitu: 2.3.1 SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Pernyataan Standard 2.3.2 SKPM2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Instrumen Pemastian Standard (IPS) 2.3.3 SKPM3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) 2.4 SKPM-Sekolah digubal dan diolah berlandaskan prinsip- prinsip berikut: a) Keupayaan sekolah hendaklah dibangunkan ke tahap yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya

Page 8: bahan temuduga spp

SKPMPERNYATAAN STANDARD 4 4

b) Sekolah bertanggungjawab merealisasikan

misi Kementerian Pendidikan

iaitu untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan

potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. Perkembangan potensi individu

sepenuhnya yang termaktub dalam misi tersebut hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan

bersepadu seperti yang dizahirkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

c)

Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha meningkatkan standard

kualiti pendidikan;

d) Kemenjadian murid dalam bidang

akademik, kokurikulum dan

pembangunan sahsiah adalah petunjuk

utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi; e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan hendaklah ditadbir urus berpandukan teori-teori pengurusan moden; f)

Proses mikro dalam pendidikan hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pengajaran terkini,

dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan;

g)

Page 9: bahan temuduga spp

Pendekatan membuat keputusan dan merancang program-program pendidikan hendaklah berasaskan

maklumat dan fakta yang tepat

SKPMPERNYATAAN STANDARD 5 5

h)

Skop dalam standard seboleh-bolehnya bersifat tuntas (exhaustive) berpandukan dokumen autentik

serta praktikal untuk dilaksanakan;

i)

Elemen-elemen standard hendaklah diperihalkan secara mesra pengguna, jelas, eksplisit dan mudah

difahami; dan

j)

Program-program kecemerlangan lain yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian

(PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

sesungguhnya merupakan usaha-usaha yang selari dengan hasrat SKPM.

3. Pemakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 3.1

SKPM ini disediakan khusus untuk dilaksanakan di sekolah- sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan

yang menyediakan dan melaksanakan program pendidikan dari peringkat prasekolah hinggalah ke

Tingkatan 6 sekolah menengah.

3.2

JNS akan menggunakan SKPM apabila melakukan pemeriksaan di sekolah-sekolah. Agensi-agensi lain

di bawah KPM seperti Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD boleh menggunakan SKPM ini

sebagai panduan ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

3.3

Page 10: bahan temuduga spp

SKPM diperihalkan dalam 12 elemen yang perlu berlaku dan diamalkan di sekolah sebagai asas untuk

mengupayakan sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan memberi penekanan kepada

pembangunan potensi individu murid.

SKPMPERNYATAAN STANDARD 6 6

3.4 Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat dimensi seperti yang berikut : DIMENSII : HALA TUJU KEPIMPINAN Elemen 1 : Visi dan Misi Elemen 2 : Kepimpinan DIMENSIII : PENGURUSAN ORGANISASI Elemen 3 : Struktur Organisasi Elemen 4 : Perancangan Elemen 5 : Iklim Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber Elemen 7 : Pengurusan Maklumat DIMENSII II: PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid DIMENSIIV : KEMENJADIAN MURID Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah 4. Pengukuran Standard 4.1 Pencapaian sekolah dalam pelaksanaan SKPM diukur dengan menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS). 4.2 Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh tahap dan tujuh taraf seperti yang berikut

SKPMPERNYATAAN STANDARD

Page 11: bahan temuduga spp

7 7

Tahap Taraf Pencapaian Sekolah (%) 7 Gemilang 90 – 100 6 Cemerlang 80 – 89 5 Harapan 70 – 79 4 Sederhana 50 – 69 3 Lemah 35 – 49 2 Sangat Lemah 25 – 34 1 Lampau Lemah 0 – 24 4.3

Tatacara penggunaan instrumen tersebut diperjelaskan secara berasingan dalam dokumen Instrumen

Pemastian Standard.

SKPM PERNYATAAN STANDARD 8 8

BAB II: PERNYATAAN STANDARD Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang dikelompokkan kepada empat dimensi.

Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sekolah

hendaklah memastikan kesemua elemen berikut diamalkan di sekolah:

DIMENSII : HALA TUJU KEPIMPINAN Elemen 1 : Visi Dan Misi

Sekolah hendaklah mengadakan visi, iaitu pernyataan yang menggambarkan hala tuju sekolah yang

cekap menghasilkan murid yang sempurna.

Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau

Page 12: bahan temuduga spp

kaedah merealisasikan visi tersebut. 1.1 Penggubalan visi dan misi hendaklah: a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020 dan perkembangan semasa; b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti setempat; dan c. dibuat secara kolektif

SKPM PERNYATAAN STANDARD 9 9

1.2 Visi dan misi yang digubal hendaklah: a. dihayati oleh warga sekolah; b. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan kerja harian warga sekolah; c. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang munasabah; d. memberi impak kepada warga sekolah; dan e. dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan. Elemen 2 : Kepimpinan 2.1

Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah

pencapaian visi dan misi dengan cara:

a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi;

b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi (misalnya dengan mengambil kira latar

belakang warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);

c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja secara sepasukan dengan semangat kekitaan

Page 13: bahan temuduga spp

(A). KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul

al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Transformasi Kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

KSSR

ORGANISASI

KANDUNGAN

BENTUK

BAHAN

PENGURUSAN KURIKULUM

Page 14: bahan temuduga spp

Hasrat Pendidikan

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Cabaran Abad Ke-21

- Dasar Pendidikan Kebangsaan - Model Baru Ekonomi (MBE)

- Wawasan 2020 - Teori Pembelajaran

- Rangka Rancangan Jangka Panjang - 4 Pillars of Education

CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental) Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional

PERUNTUKAN MASA

PEDAGOGI

PENTAKSIRAN

Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi:

• Berilmu Pengetahuan • Berketrampilan • Percaya kepada Tuhan • Berakhlak Mulia • Berkeyakinan • ‘Independent learner’Warga Negara Bertanggung jawab :

• Berbudi • Bersatu padu • Patriotik • Adil • Penyayang • Berbakti

Pekerja Berilmu:

• Inovatif • Kreatif • Dahagakan Ilmu • Menguasai Kemahiran

Teknologi Maklumat & Komunikasi

• Creator of Technology• Belajar Sepanjang Hayat

‘Global Player’:• Daya Saing

• Daya Tahan

• Kemahiran Berkomunikasi

• Jati Diri

Page 15: bahan temuduga spp

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

Berasaskan Prinsip KBSR:

- Pendekatan bersepadu- Perkembangan individu secara menyeluruh- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid- Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilaiKemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,

negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH /ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Page 16: bahan temuduga spp

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul

Bahasa MalaysiaMendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris Able to respond to:a. Book coversb. Pictures in booksc. Characters with guidance

Matematik Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik Menamakan nombor hingga 100:a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan

objek sebagai mewakili kuantiti.

Mengapa Standard? • Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. • Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. • Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Page 17: bahan temuduga spp

6   strategi laksana Dasar 1 Murid 1   Sukan May 19, 2010

Posted by admin in Sukan. trackback

JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan enam strategi selaras pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan mulai tahun depan, bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar berkenaan akan turut memfokuskan untuk mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dengan penyertaan seorang murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sepanjang tahun itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebuah jawatankuasa ad-hoc dipengerusikan beliau sudah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan memutus akan melaksanakan enam strategi bagi menjayakan dasar itu.

“Antara enam strategi dipersetujui ialah memberi bantuan kewangan sukan kepada sekolah, mewajibkan pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan, mengenal pasti program sukan sekolah untuk dilaksana sepanjang tahun, menubuhkan Bahagian Sukan secara berasingan, elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan mengenal pasti lima Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk melatih guru sukan.

“Melalui Dasar 1Murid 1Sukan ini, lengkaplah skop pembangunan sukan di sekolah kerana program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) yang khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang sudah dilaksanakan sejak Julai 2008,” katanya ketika merasmikan majlis pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-52 di Stadium Larkin di sini, malam tadi.

Muhyiddin berkata, selaras transformasi pendidikan, sudah sampai masa kementerian mempunyai kerangka penilaian yang lebih komprehensif dalam mengukur keberkesanan pelaksanaan setiap agenda pendidikan termasuk kegiatan sukan.

“Jika setiap tahun kita mampu memberi penilaian terhadap prestasi akademik murid dalam pencapaian mereka, maka sewajarnya kita juga mampu memberi laporan prestasi dalam bidang lain termasuk sukan.“Dengan ini, pandangan mengatakan kementerian terlalu menumpu bidang akademik saja dapat disangkal dan ditangani,” katanya.

Mengulas mengenai Kejohanan MSSM, beliau berkata, kejohanan itu pada asasnya adalah sebahagian daripada program SPTS yang bertindak sebagai platform terbaik memberi peluang kepada atlit sekolah mempamerkan kebolehan serta kehandalan masing-masing.

Katanya, kejohanan tahunan itu membabitkan kira-kira 15,104 atlit bertanding pada peringkat kebangsaan, manakala 5,152 guru akan menguruskan pasukan masing-masing, di samping menjadi pegawai sukan.

Beliau berkata, angka serta bilangan penyertaan akan menjadi lebih besar sekiranya jumlah pertandingan dipertingkatkan membabitkan sekolah-sekolah melalui Dasar 1Murid 1Sukan.

“Kita menjadi tuan rumah kepada Sukan Sekolah-Sekolah Asean Kedua Julai ini… oleh itu kita perlu melakukan persediaan rapi dalam menyediakan atlit kita supaya mampu menjuarai temasya tahunan ini,” katanya.

Page 18: bahan temuduga spp

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan melalui setiap hari dengan ceria di samping dapat melaksanakan tugas dengan ceria.

Pertama sekali, terima kasih kerana anda masih terus mengunjungi laman ini. Saya amat menghargai kunjungan anda.

Baiklah. Kita terus pergi kepada topik yang hendak saya bicarakan dalam entri pada kali ini iaitu berkaitan LINUS (LI = Literasi atau bahasa, NUS = Numerasi atau Nombor).

Secara umumnya, dalam dasar NKRA (National Key Result Area / Bidang Keberhasilan Utama Negara), ada enam teras yang utama iaitu :

1. Mengurangkan kadar jenayah2. Membanteras rasuah3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan4. Meningkatkan standard keluarga berpendapatan rendah5. Meningkatkan infrastruktur di kawasan pedalaman6. Menambah baik pengangkutan di kawasan bandar

NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam ‘ranking’ yang ketiga. Salah satu programnya adalah LINUS. Program LINUS adalah salah satu perkara yang dipandang serius oleh Perdana Menteri kerana ramai murid-murid tahun 1 yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira. Atas dasar itulah satu program (LINUS) telah dibentuk bagi tujuan mengatasi masalah ini.

Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu :

LITERASI

NUMERASI

LITERASI

Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.

Objektif pengajaran litarasi ini adalah seperti yang berikut :

1. Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung,’dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI

Page 19: bahan temuduga spp

Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.

Objektif pengajaran numerasi ini adalah seperti yang berikut :

1. Keupayaan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian.

Pelaksanaan LINUS di sekolah :

Program LINUS ini wajib dilaksanakan ke atas semua sekolah SK, SJK(T), dan SJK(C)

Terdapat 3 peringkat saringan:

1. Saringan  (di tahun 1) ada 3 peringkat saringan.2. Saringan  (di tahun 2)3. Saringan  (di tahun 3)

Dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, Matematik dan Guru Pemulihan

Instrument dibina dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil-Bahasa Inggeris.

Semua murid tahun 1 yang dikenal pasti tiada masalah pembelajaran akan menduduki saringan pertama LINUS untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mereka pada awal tahun setiap tahun.

Pada tahun ini, ada 3 saringan yang perlu dilalui oleh murid tahun 1 yang akan bermula pada bulan MAC, JUN dan SEPTEMBER. Sekiranya murid gagal melepasi saringan 1, mereka akan ditempatkan di kelas LINUS. Kemudian, murid ini akan diuji lagi pada bulan Jun dan September dalam saringan berikutnya.

Murid tahun 1 yang melepasi Saringan 1 akan di masukkan ke kelas perdana. dan tidak perlu lagi menduduki ujian saringan.  Walau bagaimana pun, apabila mereka sudah naik ke tahun 2, sekali lagi semua murid ini akan menjalani ujian saringan.

Sekian,