nota pendidikan islam t5 solat berjemaah

1

Click here to load reader

Upload: aminuddin-mohamad

Post on 14-Jun-2015

807 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

nota ringkas pendidikan islam tahun 5 tajuk solat berjemaah.

TRANSCRIPT

Page 1: Nota pendidikan islam t5 solat berjemaah

SOLAT BERJEMAAH

1. PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah bermaksud solat yang

dilakukan lebih daripada seorang, atau secara

beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik)

daripada solat bersendirian dengan 27 kali

darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

BERJEMAAH.

Syarat-syarat sah solat berjemaah:

Berniat mengikut/menjadi imam.

Mengetahui segala apa yang dikerjakan

oleh imam.

Tiada dinding yang menghalangi antara

imam dan makmum, kecuali bagi

makmum perempuan di masjid hendaklah

dibataskan dengan kain.

Tidak mendahului imam dalam takbir dan

tidak pula melambatkannya.

Tidak mendahului imam dalam rukun-

rukun sembahyang.

Kedudukan imam ialah di hadapan

makmum, sekurang-kurangnya di takat

tumit. Makmum tidak boleh berada di

hadapan atau sebaris dengan imam.

Solat makmum harus sama dengan solat

imam, misalnya sama-sama solat Zuhur,

Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.

Makmum lelaki tidak mengikut imam

perempuan.

3. HUKUM SOLAT BERJEMAAH

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam

Islam.

Fardu Kifayah: Keatas orang lelaki

disesuatu tempat bagi semua solat fardu

kecuali solat jumaat.

Fardu A’in: Keatas setiap lelaki bagi

solat Jumaat.

Sunat: Bagi solat-solat sunat seperti

Solat Hari Raya.

4. KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH.

Mendapat pahala 27 kali ganda

berbanding solat bersendirian.

Dapat mengukuhkan persaudaraan

sesama umat Islam.

Membantu menambah khusyuk didalam

solat.

Hidup diberkati Allah S.W.T.

Berpeluang menambah Ilmu.

5. LAFAZ NIAT SOLAT BERJEMAAH

6. PERBEZAAN ANTARA MAKMUM

MUAFIQ DAN MAKMUM MASBUQ

Makmum Muafiq : Makmum yang

sempat membaca surah Al-Fatihah

bersama-sama imam pada rakaat

pertama.

Makmum Masbuk: Makmum yang tidak

sempat membaca Al-Fatihah bersama-

sama imam pada rakaat pertama dan

tidak dikira rakaatnya.

Info Fekah :

Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada jemaah perempuan sahaja.

Kanak-kanak yang sudah mumaiyiz boleh menjadi imam solat.