dicetak oleh pemangku pencetak kerajaan, sabah, … · 2020. 9. 11. · solat berjemaah adalah...

16

Upload: others

Post on 27-Jan-2021

12 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

  • DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

    SABAH, MALAYSIA.2020.

  • Semalam diberitakan peningkatan sebanyak 62 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), merekodkan 9,459 kes positif keseluruhan jangkitan wabak itu dalam negara.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 62 kes baharu yang dilaporkan, 56 kes adalah kes tempatan, manakala baki enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Beliau berkata, 56 kes penularan di dalam negara membabitkan 30 warga Malaysia dan 26 bukan warganegara.

    Apa yang menarik perhatian ialah sebahagian besar membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 51 kes. 50 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu dan Satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dikesan di Hospital Lahad Datu. Dan peningkatan ini tidak mustahil akan bertambah melihat dari jumlah yang telah disaring yang masih menunggu keputusan saringan itu.

    Virus ini boleh berjangkit kepada sesiapa saja walaupun kita merasakan diri kita sihat. Apa yang boleh kita lakukan ialah sentiasa memakai topeng muka. Sekiranya kita tidak sihat seperti batuk atau selesema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Kekal berada di rumah dan menghindari tempat-tempat awam yang sesak, seandainya memerlukan kita untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan kita menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan. Kita juga sangat disaran sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Justeru itu, kerjasama semua kita dalam memastikan wabak ini tidak menulur adalah tanggungjawab bersama, dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan. Kita jaga kita.

    MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

    SIDANG REDAKSIPENAUNG

    Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

    Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

    PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

    PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

    KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

    Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

    TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

    EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

    ([email protected])

    SIDANG PENGARANGAdi Pitang

    ([email protected])Ustaz Asmuni Ali

    ([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

    ([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

    ([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

    Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

    Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

    Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

    Cik Nursyuhada Aspar

    PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

    GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

    JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

    JURUFOTOEncik Jamiun Osman

    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

    Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

    Faks: 088-257358

    Kursus Pemantapan Akidah Siri I, 25 hingga 27 Ogos 2020bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (Kampus Lahad Datu)

    Dari Meja Editor

    SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M 15

    Peristiwa

  • Ibn Sina (w428H) merupakan seorang ilmuan yang tidak asing lagi dalamkesarjanaan Islam. Meskipun beliau dalam karya-karyanya lebih terkenaldengan nuansa Falsafah Islam dan Perubatan, terdapat pelbagai lagikarya-karya lain yang menampilkan personaliti agamawan beliau.Sepertimana dalam karya yang telah diterjemahkan buat julung kalinyake dalam bahasa melayu ini, Risalah Hakikat Zikir.

    Di dalam karya ini khasnya, kita dapat melihat sisi sufi dan maqasidibeliau, di mana beliau mencungkil rahsia zikir dan kepentingannya dalamperjalanan kerohanian seorang hamba menuju kepada Tuhannya. Dengan berzikir, seseorang Muslim itu akan mampu mencapai kemajuan rohaninya,dan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, yang menjadi asbab kepadamemasuki Syurga-Nya yang abadi di akhirat kelak.

    Beliau dalam karyanya ini menegaskan satu pesan, yang saya kira sangat menarik untuk dihayati danwajar dikongsikan sebagai bahan renungan kita sesama muslimin, berkenaan perihal menjaga lisan.

    Kata beliau rahimahullah:

    "Oleh itu, hendaklah dia, untuk memulakannya, dengan zikir lisan, melalui cara menegahnya yaknimujahadahnya (menjaganya daripada kata-kata keji, dan mengisinya dengan zikir). Nescaya, Allah akan membuka hatinya untuk berzikir, dan (memudahkan urusan) muraqabah hati dan mujahadahnya (hati itu)."

    Beliau mengingatkan kita kepada dua rukun dalam Tazkiyah al-Nafs (Penyucian Diri), yakni, al-Tasfiyah(Pemurnian daripada unsur buruk dan keji), serta al-Tahliyah (Mengisinya dengan unsur yang baik danmulia).

    Kedua-dua rukun ini diguna pakai dalam usaha seorang hamba menyucikan pancainderanya dan hatinya.Ditekankan Ibn Sina di sini, ialah, bagaimana lidah yang digunakan sebagai alat untuk berzikir mengingatiAllah SWT, perlulah ditasfiyah dan dimurnikan terlebih dahulu; dengan mencegahnya daripada kata-katakesat, dusta,fitnah, umpat, cela, dan pelbagai jenis kata-kata yang berdosa. Kemudian barulah ditahliyahdan diisi dengan kata-kata baik seperti zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah, Allahu Akbar,La Ilaha illallah, dan seumpamanya.

    Sekiranya kedua-dua rukun ini terlaksana, kata beliau, barulah Allah SWT akan membuka danmeringankan hati sang hamba itu berzikir mengingati-Nya.

    Ia merupakan teguran secara tidak langsung, buat sufi-sufi zaman kini, atau yang mengaku-ngakumenjadi sufi, tetapi tidak menjaga dirinya daripada kata-kata kesat, dan terang-terangan mencelamemfitnah sesama muslimin. Bagaimanakah orang sebegini yang kotor lidahnya boleh mendakwa dirinya sebagai sufi? Perlu kita muhasabahkan bersama.

    ANTARA ZIKIR DAN MENJAGA LIDAH: PESAN IBN SINAOleh:

    Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

    Mesyuarat Pegawai-Pegawai Tadbir Agama bersama Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS dan Tuan Haji Nordin Lossin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan

    dan Kewangan pada 28 hingga 30 Ogos 2020 di Hotel Perkasa Kundasang. Dalam program tersebut juga Datuk Pengarah sempat bertemu dengan para imam-imam kariah Kundasang dan Ranau dan sebelah

    petangnya menyempurnakan Majlis Titian Kasih dan menghulurkan sumbangan barangan keperluan ha-rian kepada 10 keluarga yang kurang berkemampuan bertempat di Masjid Jamek Kundasang, hadir sama

    di majlis tersebut ustazah Zatullifah Mohd Asle, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau

    SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M 3

    Peristiwa Tinta Ilmiah

  • KEUTAMAAN YANG DIABAIKANOleh:

    Anakmalayindo

    Solat berjemaah adalah ibadah yang sangat agung. Tentunya seseorang berharap akan mendapatpahala yang maksimal dalam melaksanakan ibadah ini. Salah satu yang penting untuk diperhatikanadalah berusaha untuk berada di shaf pertama. Namun, apa yang berlaku realitinya masih ramai yanglebih memilih shaf yang paling belakang. Ada pula yang tidak mahu berganjak dari shafnya sama adake depan atau belakang. Dan ada yang seolah-olah sudah membuat tempahan awal pada shaf yang iapilih. Dapat kita lihat setiap kali solat pasti dia lah yang berada di shaf tepat di bawah kipas, berdekatanpintu, berdekatan tiang, berdekatan soket dan lain-lainnya.

    Terdapat keutamaan bagi orang yang berada di barisan pertama dalam solat berjemaah. Andai sajamereka melihat kelebihan orang-orang yang berada di shaf pertama pasti mereka juga menginginkannya.

    Berikut adalah dalil-dalil yang menunjukkan keutamaan shaf pertama. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallambersabda:

    "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang yang solat di shaf pertama."(HR. Abu Dawud, shahih).

    Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga bersabda:

    "Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang terdapat pada adzan dan shaf pertama, kemudianmereka tidaklah akan medapatkannya kecuali dengan diundi, nescaya pasti mereka akan mengundinya." (HR. Muslim).

    Hadis ini menunjukkan adanya keutamaan dan pahala khusus pada shaf pertama, dan bolehnya undian untuk mendapatkannya jika diperlukan. Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga bersabda:

    "Sebaik-baik shaf bagi lelaki adalah yang paling depan, dan yang paling jelek adalah yang palingbelakang. Sebaik-baik shaf bagi wanita adalah yang paling belakang, dan yang paling jelek adalah yang paling depan." (HR. Muslim).

    Hadits ini menunjukkan keutamaan shaf pertama bagi lelaki. Hal ini juga menunjukkan bahawa amal itubertingkat-tingkat yang sekaligus juga menunjukkan bahawa pelaku amal bertingkat-tingkat.

    Imam An-Nawawi rahimahullah menjelasakan bahawa shaf yang jelek pada lelaki mahupun wanitabermaksud sedikit pahala dan keutamaanya kerana berada pada posisi yang semakin jauh dari yangdiperintahkan syariat. Ada pun yang dimaksudkan shaf pertama adalah shaf yang berada di belakangimam, baik orang itu datang ke masjid di awal waktu mahupun datang lewat.

    Marilah kita rebuti peluang ini yang sangat mudah sebenarnya untuk didapatkan. Buang budaya tolakmenolak mempersilakan orang lain mendapatkan shaf pertama.

    DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWTOleh:

    Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

    MAKSUD HADIS:Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad, telah menceritakankepada kami Sulaiman dia berkata: telah menceritakan kepadaku 'Amru bin Abu 'Amru dia berkata: saya telah mendengar Anas bin Malik dia berkata:Nabi SAW mengucapkan (berdoa): "Allahumma Inii A’uudzubika MinalHammi Wal Hazani Wal ‘Ajzi Wal Kasali Waljubni Walbukhli Wadlala'id Daini Waghalabatir Rijaali"(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita, lemah dan malas, pengecut dan bakhildan terlilit hutang serta dikuasai musuh.(Hadith riwayat al-Bukhari)

    HURAIAN HADIS:Di dalam hadis di atas Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kita satu doa memohon perlindungandari Allah SWT dari beberapa sifat mazmumah dan perkara yang tidak baik. Rasulullah SAW menyuruhkita agar sentiasa berdoa bagi melindungi diri kita daripada pelbagai sifat mazmumah dan masalah-masalah yang membelenggu hidup tanpa kita sedari.

    Sifat-sifat yang telah dinyatakan dalam hadis tersebut iaitu perasaan sedih dan dukacita, sifat lemahdan malas serta pengecut dan bakhil merupakan sifat-sifat yang tidak baik yang datang daripada syaitan laknatullah. Hakikatnya, setiap diri manusia tidak akan dapat lari dari salah satu perasaan tersebut.

    Untuk menghapuskan sifat-sifat mazmumah tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianyasudah melekat di dalam diri tanpa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya untuk menghindarkan diri kita daripada sifat-sifat mazmumah tersebutdi samping berdoa kepada Allah SWT agar dijauhi dari sifat-sifat mazmumah tersebut dan masalah-masalah yang membelenggu kita.

    PENGAJARAN HADIS:1. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Dengan berdoa kita akan sentiasa dekat dengan Allah SWT.2. Sifat lemah dan malas serta bakhil adalah sifat buruk yang boleh merosakkan diri kita dan masyarakat.3. Perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang adalah faktor yang menyebabkan hati

    merasa gelisah dan tidak tenang.

    RUJUKAN:● Kitab Mukhtasar Sahih Bukhari, Dr Musthafa Bugha, Perniagaan JAHABERSA, Cetakan Pertama, 2013.

    Sentuhan Hadis

    SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M 13

    Remaja

  • Penulis bersama Dr. Issraq, Dr. Nasran dan Shaukhi,Pensyarah Kanan Program Pendarasan Islam

    ketika penilaian di UMS

    WANITA HAID MASUK KE DALAM MASJIDOleh:

    Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan II

    Masjid ataupun surau ialah tempat beribadat khusus seperti solat, iktikaf dan sebagainya bagi orangIslam. Pada zaman Rasulullah SAW, kemajuan umat Islam juga seiring dengan kemajuan masjid. Masjid dijadikan pusat utama dalam pelbagai aktiviti antaranya, bermusyawarah, pusat pengajian Islam, memanahdan sebagainya. Kita tahu aktiviti tersebut adalah menjurus kepada kemajuan agama Islam. Namun tidak cuma itu, masjid juga digunapakai dalam pelbagai bidang antaranya, perundangan, perdagangan danbermacam-macam lagi. Demikianlah kita digesa untuk mengimarahkan masjid demi mengembalikanzaman kegemilangan masjid di mata masyarakat. Tidak lupa juga atas dasar mengikuti sunnah BagindaSAW. Hal inilah yang mencetuskan pelbagai konfl ik masyarakat dengan isu menjaga kesucian masjidyang hanya tempat beribadah dan aktiviti lainnya adalah lari daripada norma masyarakat. Lain pula isuapabila keadaan wanita yang dalam haid memasuki masjid. Adakah haram ataupun dibolehkan? Soalan sebegini selalu dikemukakan oleh masyarakat dan semestinya menghadirkan rasa kekeliruan disebabkan jawapan yang berlainan daripada individu yang berlainan.

    Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, isu ini terbahagi kepada dua pandangan iaitu pandangan yangmengharamkan dan juga pandangan yang mengharuskan. Jumhur fuqaha’ mengharamkan wanita yanghaid masuk ke dalam masjid bersandarkan dalil daripada al-Quran al-karim surah al-Nisaa’ ayat 43.Merujuk kepada ayat tersebut, Imam al-Syafi e menyatakan bahawa seorang yang dalam keadaan junubtidak boleh duduk dalam masjid dan hanya boleh melaluinya sahaja. Adapun begitu, jika sekadar untuklalu sahaja untuk mengambil sesuatu barang kemudian terus keluar dengan segera, maka hukumnyaharus.

    Pandangan yang kedua pula ialah ulama yang mengharuskan wanita haid masuk ke dalam masjid.Terdapat sebahagian ulama yang berpandangan ini bersandarkan beberapa hadis Nabi SAW, antaranyayang bermaksud; sesungguhnya seorang Muslim itu bukanlah najis. Secara umumnya, dapat difahamibahawa individu muslim itu bukanlah najis dalam apa jua keadaan, maka wnaita haid dibolehkan masukke dalam masjid. Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa hukum tersebut berubahmengikut keadaan semasa. Boleh jadi haram, wajib dan sebagainya atas tuntutan semasa.

    Secara keseluruhannya, adalah lebih selamat jika mengharamkan wanita haid masuk ke dalam masjid.Ini kerana ruang solat akan lebih terjamin dan diyakini oleh jemaah untuk melakukan ibadah. Demikian,kita sebagai individu wanita Muslim mestilah bertanggungjawab ke atas keadaan semasa kita lebih-lebihketika haid. Hal ini adalah demi menjaga kesucian rumah Allah SWT dan juga untuk kepentingansesama umat Islam.

    PENDARASAN ISLAMOleh:

    Adi Pitang

    "Salam Syeikh, minta reply surat penerimaan",Whatsapp dari ustaz Israaq (Dr. Israaq bin Ramli),Ketua Program Pendarasan Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), memintaku membalas surat perlawaan sebagai Pegawai Penilai Luar Program Pendarasan Islam sebagai memenuhi syarat Malaysia Qualitifi cion Agency (MQA). Program Pendarasan Islam ialah program pra siswazah yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendarasan Islam (dengan Kepujian) yang menerima pelajar pertamanya pada sesi pengajian Semester 1 2017/2018 pada September 2017 lalu.

    Ini kali pertama aku dilantik sebagai pegawai Penilai Luar yang mewakili pihak industri. Mungkin kerana program ini ada kaitannya secara langsung dengan kerjaya pelajar-pelajar bila sudah menamatkanpengajian nanti. "Syeikh dengan Dr. Prof. Dr. Mohd Nasran Mohamad, kawan lama syeikh masadi Terengganu dulu..", Maklum Issraq lagi. Nasran adalah kawan belajar semasa di Kolej Sultan ZainalAbidin, Gong Badak, Kuala Terengganu dulu. Hanya setahun kami bersama sebelum aku menerimatawaran ke Akademi Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kali terakhir bertemu secara tidak sengaja kira-kira 2010 lalu, ketika menghantar isteri ke Kolej Yayasan Sabah (sebelum bertukar ke kolejuniversiti), di Sembulan. Itu pun kebetulan gilirannya mengajar pelajar-pelajar separuh masa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam pengajian Islam yang berpusat di institut tersebut.

    Pada tarikh yang ditentukan, sekali lagi aku dapat bersama dengan sahabat lama itu. Ketika aku sampai di perkarangan bangunan Fakulti Kemanusiaan, Nasran dan Issraq telah berada di sana bersama rakan-rakan pensyarah lain. Dalam taklimat Israaq tentang program ini, beliau menjelaskan "Istilah 'pendarasan'merupakan kata asal daripada bahasa Arab iaitu 'darasa' yang bermaksud 'mengaji', sinonim denganmakna belajar berpaksikan disiplin ilmu Islam yang terdiri daripada aspek Usuluddin, Syariah, Dakwah, Akhlak dan Bahasa Arab serta disiplin-disiplin ilmu yang lain, sebab itu mengapa istilah "pendarasan" itu dipilih sebagai nama program ini.

    Penilaian selama 3 hari itu dipenuhi dengan perbincangan di antara para pensyarah program dan penilailuar. Baik pensyarah atau kami sebagai penilai luar mengharapkan program ini akan mendapatpengiktirafan dari MQA. Moga kejayaan berpanjangan buat rakan-rakan program Pendarasan Islam, UMS, khususnya dalam merelisasikan program Pendarasan Islam menjadi sebuah fakulti.

    SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M 5

    Fiqh WanitaBicara Kita

    SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M12

  • Maksudnya: "Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji".

    Dalam ayat ini, Allah SWT menegaskan tujuan dan fungsi yang amat penting diturunkan al-Quran yang merupakan sumber utama ajaran Islam kepada Nabi Muhammad SAW dan umat manusia. Menerusi petunjuk itu ia mampu mengeluarkan manusia dari kegelapan ke cahaya yang terang-benderang, dari kesesatan dan kejahilan ke jalan yang benar hingga diperkaya dengan ilmu pengetahuan serta peradaban yang tinggi, menjadikan manusia sebagai warga dunia yang harmoni.

    Tidak dinafikan begitu ramai orang cuba menafsirkan makna patriotisme yang menjurus kepada lambang kehidupan suatu ummah yang berusaha untuk mempertahankan nilai kemerdekaan dengan mencintai tanah air.

    Di sebaliknya, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri di dalam menterjemahkan falsafah kemerdekaan dan cintakan tanah air. Mencintai dan mempertahankan kedaulatan tanah air adalah sesuatu yang mulia di sisi Islam. Ini dapat dibuktikan menerusi peristiwa Hijrah, Baginda Nabi SAW bersabda sambil melihat ke arah Mekah "Betapa besarnya Kota Mekah, betapa besar cintaku kepadamu dan seandainya kaumku tidak mengusirku nescaya aku tidak akan tinggal di kota selain mu" (HR Tirmidzi).

    Kemerdekaan tidak hanya diukur terbebasnya sebuah bangsa dari cengkaman penjajahan kolonial. Mampu menjadi bangsa merdeka dari penggantungan secara mutlak kepada bangsa lain dalam menentukan hala tuju nasib mereka. Tetapi lebih jauh menjangkau perjalanan kerohanian, fizikal, minda dan akidah mereka ke arah benar-benar menepati kehendak Allah SWT sebagai warga penduduk dunia.

    Patriotisme seharusnya dibangunkan dalam diri watan yang menganggap mereka hidup di sebuah negara yang merdeka. Merdeka dan patriotisme dua elemen yang sering berkait antara satu dengan yang lain. Sebuah negara akan kekal merdeka jika warganya berjiwa patriotisme. Nilai patriotisme akan lebih berharga dan bermakna di sisi Allah SWT jika dihiasi dengan roh Islam.

    Hanya Islam sahaja yang benar-benar mampu memelihara keamanan dan keharmonian warga dunia. Berkarisma membersihkan manusia dari berjiwa khianat, derhaka, hasad dengki, dendam kesumat dan bacul mempertahankan maruah negara. Tepat apa yang dikatakan oleh setengah agamawan mengenai sebuah hadis (Hubbul Watan Minal Iman) "Cinta tanah air termasuk iman"

    AYAT AL-QURAN SURAH IBRAHIM: 1“MENJIWAI PATRIOTISME DENGAN ROH ISLAM”

    Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

    JOM HUSNOZANOleh:

    Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

    Persepsi atau pandang alam seseorang terhadap sesuatu banyak dipengaruhi oleh apa yang dapat ditanggap oleh indera penglihatan, percakapan, perawakan manusia. Penulis buku 7 Habit of Effective People menceritakan tentang satu senario di sebuah tren. Suatu hari dia telah menaiki tren, Keadaan dalam tren tenang sahaja sehinggalah seorang lelaki masuk bersama 3 orang anaknya.

    Budak-budak tersebut masuk menjerit-jerit, malah sampai menganggu ketenteraman penumpang- penumpang yang lain. Anak-anak tersebut melompat dan menjerit sesuka hati sehingga menganggu penumpang yang sedang membaca surat khabar dan buku. Penumpang-penumpang lain termasuk penulis telah mula merasa jengkel dengan kerenah budak-budak tersebut. Majoriti mula berbual tentang sikap bapa yang hanya membiarkan anak-anaknya tanpa kawalan dan penjagaan yang sepatutnya. Ada yang telah membuat kesimpulan mengenai kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak tersebut tentang akhlak dan adab sopan ketika berada di dalam persekitaran orang ramai. Masing-masing mempunyai persepsi negatif mengenai ibu-bapa dan anak-anak tersebut.

    Lantaran tidak dapat tertahan dengan gelagat anak-anak tersebut, penulis terus menegur si bapa. "Tuan, anak-anak tuan sangat mengganggu ketenteraman penumpang-penumpang lain. Boleh tuan nasihat dan kawal anak-anak tersebut" "Tuan kena bertimbang rasa dengan penumpang lain". "Tolong nasihatkan anak-anak tuan."

    "“Si bapa menjawab dengan lembut." "Mohon maaf tuan." "Ya, tuan betul." Saya patut berbuat sesuatu. Saya tidak mengawal anak-anak saya dengan baik. Saya lalai dan terlupa. Sebenarnya kami baru saja balik dari hospital. Emak mereka baru saja meninggal dunia. Fikiran saya agak terganggu dengan apa yang telah berlaku. Lantas saya tidak tahu mau buat macam mana. Saya tidak mau anak-anak saya sugul dan berdukacita atas apa yang telah berlaku. Saya biarkan mereka dengan dunia mereka.

    Setelah mendengar penjelasan sang bapa tiba-tiba sangkaan negatif yang bermain di kepala penulis bertukar kepada simpati. Maklumat yang terdaftar dalam otak penulis sebelum ini terus berubah. Melihat sesuatu secara negatif tidak akan dapat membantu kita memahami kedudukan atau situasi orang lain. Kemungkinan besar peristiwa atau situasi yang kita lihat adalah rentetan peristiwa yang baru berlaku. Ianya bukan suatu budaya yang menjadi amalan subjek yang baru kita lihat.

    Acapkali dalam kehidupan sudut pandang negatif menguasai diri kita. Sudut pandang begini akan sentiasa membuat kita melihat kekurangan orang lain. Mari kita ubah cara kita melihat sesuatu. Lihatlah tiap sesuatu dengan perasaan positif. Ringkasnya sentiasalah berfikiran Husnozan.

    SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M6

    Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

  • AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 6)

    Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

    Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

    Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal RA (W. 231H) berkata bahawa Allah sucidari tempat. Ini dinyatakan oleh Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin 'Ali bin Hajar al-Haithamiyal-Makki al-Misri, al-Fatawa al-Hadithiyyah: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabiy, h.144] berkata:

    Maksudnya: "Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu AbdullahAhmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani bahawasanya beliau(Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah SWTdaripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibnu Hajarberkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahilyang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliaubercakap tentang (Allah SWT) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya."

    Maka jelas di sini bahawa akidah Imam Hanbali berakidah AllahSWT wujud tanpa bertempat dan arah. Puak Pseudo-Salafi (Wahabi) sering menaqalkan kalam kononnya Imam Hanbali mengithbatkan tempat bagi Allah SWT.

    Imam Ahlus Sunnah Wal Jamaah, al-Imam Abu al-Hassan al-Asy'ari radiyallahu 'anhu (W. 324H) sepertimanayang diriwayatkan oleh Ibn 'Asakir al-Dimasyqi (571H) dalam kitabnya (Tabyin Kadhib al-Muftari fi -ma Nusib ilaal-Imam Abi Hasan al-Asy'ari, Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi, h. 150) berkenaan Allah SWT jelas menyatakantentang akidah Allah SWT wujud tidak bertempat:

    Maksudnya: "Allah SWT telah wujud (sejak azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada (pada ketika itu),kemudian Allah SWT mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak memerlukan kepada tempat. Dia wujud setelah menciptakan tempat sebagaimana Dia telah wujud sebelum menciptakan tempat (iaitu tidak bertempat)".

    Kemudian Imam Nasirus Sunnah, al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi RA (W. 33 H) dalam kitabnya al-Tauhid menyatakan:

    Maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT wujud tanpa bertempat. Dia kini sama seperti wujud-Nya sebelumini (tanpa bertempat), dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya (tiada bertempat). Maha suci Allah Ta`ala daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan".

    Maka jelas di sini melalui tekstual kalam ulama-ulama pada zaman Salaf berpegang dengan akidah Allah SWT wujud tanpa bertempat. Kewujudan Allah SWT tidak memerlukan masa dan ruang.

    v Kotoran Manusia Kotoran manusia atau tinja (Tahi, faeces) adalah kotoran berupa zat padat yang keluar dari dubur.

    Kotoran manusia ini harus dikubur hingga tidak tampak zatnya dan tidak tercium baunya serta tidak mengganggu pemandangan. Kerana ia mungkin mengandungi bakteria typhus, para-typhus, dysentri, vibrio kholera, telur cacing dan cacing perut. Untuk mengubur kotoran manusia ini hendaknya dibuat penampungan yang tertutup.

    Orang yang buang air kecil (kencing) dan orang yang buang air besar (tinja) harus bersuci, iaitu membersihkan kubul dan duburnya dengan air bersih yang suci menyucikan. Nabi bersabda:

    "Kebanyakan azab kubur kerana urusan buang air, maka bersihkanlah dari air kencing" (Hadis

    riwayat Al-Bazzar, Ath-Thabrani, Al-Hakim, Ad-daruqutni).

    "Bersihkanlah (sesuatu) dari air kencing kerana umumnya azab kubur kerana urusan buang air"(Hadis riwayat Ad-Daruqutni)

    Untuk menyelsaikan kotoran manusia hendaklah diusahakan adanya tangki kotoran.

    Tangki kotoran adalah penampungan kotoran manusia yang dibuang di jamban. Persyaratan dalam pembuatan yang harus dipenuhi adalah sebagai berikut;

    - Persediaan air bersih cukup

    - Tidak mencemari sumber air minum di sekitarnya, lubang kotoran minimum 10m dari sumur air.

    - Tidak menimbulkan bau ke sekitarnya.

    - Bebas dari serangga (lalat, lipas), parasite dan lain-lain yang dapat menimbulkan penyebaran bibit penyakit, air mahupun udara.

    - Mempunyai struktur yang cukup kuat, tidak mudah runtuh dan air hujan tidak masuk ke dalamtangki kotoran.

    - Memberikan kenyamanan bagi pemakai.

    - Lantai dari bahan yang mudah dibersihkan.

    - Ruang udara berjalan dengan baik melalui ventilasi yang ada.

    JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYAOleh:

    Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

    Islam dan Perubatan

    SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M 7

    Tasawwur

  • EMAS YANG MENGGANGGU SOLATOleh:

    Suatu Ketika, Rasulullah SAW melaksanakan solat asar di Masjid Nabawi, Madinah. Seperti biasa, solat tersebut diikuti oleh banyak orang. Biasanya, selepas mengucapkan salam, Baginda menyambungnya dengan berzikir. Dalam berzikir tersebut, Baginda biasanya mengucapkan, "La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah, lahul-mulku wa lahul-hamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir. Allahumma la mani’a lima a’thaita wa la mu’thiya lima mana’ta wala yanfa’u dzal-jadd minka al-jadd (Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, pemilik kerajaan dan pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah! Tiada yang bisa menghalangi pemberian-Mu, tiada yang mampu memberikan apa yang Engkau halangi, dan kekayaan seseorang tidaklah bererti sama sekali baginya dibandingkan dengan besarnya kemurahan-Mu." Setelah itu, Baginda mengucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

    Namun, dalam solat tersebut, begitu usai mengucapkan salam, Rasulullah SAW bergegas berdiri dan meninggalkan khalayak ramai yang ada di masjid itu, menuju rumah salah seorang isteri baginda. Orang-orang yang ada di masjid pun terkejut dan terpegun melihat begitu cepatnya Baginda meninggalkan mereka. Mereka bertanya-tanya tentang apa yang terjadi. Tidak biasanya Baginda berlaku demikian. Apa lagi sebelum solat dilaksanakan baginda tidak bercerita apa-apa.

    Beberapa saat kemudian, Rasulullah SAW Kembali lagi ke masjid. Mengetahui orang-orang terkejut kerana apa yang baginda lakukan tersebut, baginda pun menjelaskan, "Aku tadi, ketika sedang solat, teringat ada emas sedikit di rumahku. Kerana aku tidak suka emas itu mengganggu ibadahku, aku pun tadi segera pulang ke rumah untuk memerintahkan agar emas itu disedekahkan."

    KHURAFAT MEROSAKKAN AKIDAH(BAHAGIAN 6)

    Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

    Islam melarang umatnya daripada mengaitkan hari tertentu, atau bulan tertentu, atau kejadian tertentu, mahupun angka tertentu kepada sesuatu perkara malang. Hal ini seperti seseorang mengaitkan angka tertentu dengan nasib malang dan sial yang dilaluinya. Begitu juga seperti mengaitkan bulan-bulan tertentu dengan nasib malang lalu menghindari daripada mengadakan majlis-majlis tertentu pada bulan tersebut. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

    Maksudnya: "al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SW menghilangkannya dengan tawakkal." ( Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538) dan al-Tirmizi (1614)).

    Istilah tatayyur atau tiyarah berasal daripada perkataan al-tayr ( ) iaitu bermakna burung. Dalam kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah, apabila mereka akan mengadakan perjalanan, mereka akan terlebih dahulu melepaskan burung. Sekiranya burung itu terbang ke kanan, maka ia dikenali sebagai sa’ih, mereka akan gembira dan perjalanan dibolehkan. Sebaliknya, jika ke kiri barih, ia bermakna sial dan mereka akan bersedih kerana ia memberi petanda musibah akan menimpa lantas mereka akan menangguhkan pemergian. (Rujuk Miftah Dar al-Sa’adah oleh Ibn al-Qayyim, hlm. 584 - 585).

    Tiyarah atau tatayyur atau sial majal tidak hanya terbatas pada rasa sedih atau pesimis terhadap burung semata-mata akan tetapi ia juga berkait dengan nama-nama, ucapan-ucapan, tempat-tempat, hari-hari mahupun angka-angka tertentu.

    Rasulullah SAW melarang daripada menganggap sesuatu itu sial atau malang lalu menyebabkan seseorang membatalkan tujuannya. Mengambil contoh mudah, seseorang ingin keluar dari rumah menuju ke sesuatu destinasi. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, tiba-tiba dia melihat biawak melintas di hadapannya. Lalu dia mengatakan bahawa ini sudah pasti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku sedangkan perkara tersebut bukanlah petanda yang jelas. Akhirnya dia membatalkan tujuannya atau menangguhkan ke hari yang lain. Inilah yang ditegah oleh Rasulullah SAW. Daripada Fadhl bin Abbas, Rasulullah SAW bersabda:

    Maksudnya: "…Sesungguhnya Tiyarah itu adalah yang mana menjadikan kamu terus melangkah, atau yang mana menjadikan kamu menahan niat (dari tujuan kamu)". (Riwayat Imam Ahmad).

    Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW juga bersabda:

    Maksudnya: "Sesiapa yang menangguhkan sesuatu hajat kerana al-Tiyarah maka dia telah berbuat syirik." (Riwayat Imam Ahmad).

    Akidah

    SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 22 - 23 Muharam 1442H/11 September 2020M 9

    Iktibar Kisah