solat berjemaah dan kaifiyat masbuq dan muafiq

29
DISEDIAKAN OLEH : HERWAND BIN NAHARI (761018-12-5765) MOHD. ZAMBRI BIN CHE EMBI (780116-02-6035) WAN MOHD KHAIRUL REZUAN BIN WAN MUDA (831009-11-5283) KPLI-SR (PENUH MASA) K1.6

Upload: wandze

Post on 11-Jun-2015

4.533 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

Slide pembentangan untuk subjek pendidikan islam

TRANSCRIPT

Page 1: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

DISEDIAKAN OLEH :

HERWAND BIN NAHARI (761018-12-5765)MOHD. ZAMBRI BIN CHE EMBI (780116-02-6035)

WAN MOHD KHAIRUL REZUAN BIN WAN MUDA (831009-11-5283)

KPLI-SR (PENUH MASA) K1.6

Page 2: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

SOLAT BERJEMAAH

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah

zakat dan rukuklah (sembahyang) bersama-sama orang yang rukuk”.

(surah Al-Baqarah: 43)

Page 3: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

SOLAT JEMAAHSOLAT JEMAAHSolat jemaah adalah solat yang dilakukan

tidak kurang daripada 2 orang atau beramai-ramai yang dipimpin oleh seorang yang dipanggil imam dan yang mengikut ma’mum.

Ada pelbagai solat yang boleh dilakukan secara jemaah antaranya ialah:

Solat 5 waktu (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak)

Solat Jumaat Solat Tarawikh, Aidilfitri, Aidiladha dsbgnya.

Page 4: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Illustrasi Solat BerjemaahIllustrasi Solat Berjemaah

Page 5: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Bagaimana untuk melakukannya?Bagaimana untuk melakukannya?

Berniat di dalam hati untuk melakukan solat kemudian diikuti ingin menjadi makmum atau imam.

Ma’mum hendaklah mengikuti imam dan tidak dibenarkan mendahului imam.

Imam dan ma’mum harus berada dalam satu jarak yang tidak terputus oleh sungai atau tembok.

Imam hanyalah seorang dan mempunyai syarat-syarat untuk menjadinya.

Page 6: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Hadis Riwayat Imam Ahmad dan MuslimHadis Riwayat Imam Ahmad dan Muslim

Dari Abdullah bin Masud,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:”menjadi imam dari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al Qurannya.Bila semuanya sama bagus hendaklah diimamkan yang paling alim akan sunnah Rasul.Kalau semuanya sama alim maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah.Kalau mereka sama dulu hijrah maka imamkanlah mereka yang lebih tua usianya”.

Page 7: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Syarat-syarat berimamSyarat-syarat berimam

Ada persamaan sembahyang antara dua pihak.

Sembahyang fardhu boleh berimam dengan orang yang sembahyang sunat.

Ma’mum mesti mengikut Imam dan tidak mendahului Imam.

Kedudukan ma’mum hendaklah dibelakang Imam.

Ma’mum berniat mengikut Imam.

Page 8: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Samb…Samb…

Janganlah Imam kurang kebolehannya daripada ma’mum.

Imam adalah seorang lelaki.Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri

dan tidak ma,mum sebagai orang lain.Imam mestilah bersih daripada hadas dan

najis.

Page 9: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Kedudukan saf dalam solat jemaahKedudukan saf dalam solat jemaah

imam

Barisan lelaki dewasa

Barisan kanak-kanak lelaki

ma’mum

Ω Ω Ω Ω Ω Barisan perempuan dewasa

Ю Ю Ю Ю ЮBarisan kanak-kanak perempuan

Page 10: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Hadis al-bukhari, muslim dan abu daudHadis al-bukhari, muslim dan abu daud

Daripada Anas r.a. berkata “Adapun Nabi s.a.w. akan melihat kepada kami sebelum memulakan solat seraya berkata: Rapatkanlah (saf) dan luruskan barisan kamu sekelian”. al-Bukhari & Muslim

Anas r.a. juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: “Luruskan barisan kamu (kerana) barisan yang lurus itu daripada kesempurnaan solat”. Abu Daud

Page 11: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

FAEDAH-FAEDAH SEMBAHYANG FAEDAH-FAEDAH SEMBAHYANG BERJEMAAHBERJEMAAH

Allah SWT mensyariatkan agar umat Islam berkumpul pada waktu-waktu tertentu

Untuk beribadat kepada Allah dalam bentuk jemaah Dapat berkasih sayang dan cinta-mencintai(mahabbah) Kenal-mengenali antara satu sama lain Dapat melahirkan suatu lambang kebesaran Islam Bagi melahirkan kemuliaan dan kehebatan orang-orang

Islam Mengajari orang-orang yang tidak mengetahui agama Memberi galakan kepada orang yang tidak sembahyang

berjemaah Mengembalikan umat Islam hidup bersatu padu Mengembalikan manusia kepada pengawalan diri

Page 12: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAHKELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

Mendapat ganjaran lebih daripada Allah S.W.TSembahyang berjemaah melebihi sembahyang

seorang diri dengan 27 darjat (Riwayat Al-bukhari dan Muslim)

Melatih diri bersifat disiplinMengeratkan tali persaudaraan dan bertukar fikiranMenunjukkan kekuatan dan kesepaduan islamMenimbulkan perasaan sama rata sesama orang

islamMelatih sikap bekerjasama dalam melakukan

sesuatu kebaikan

Page 13: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

RUMUSAN SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah ialah sembahyang beramai-ramai yang sekurang-kurangnya 2 orang, seorang menjadi imam dan seorang menjadi ma’mum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar fadhilat pahalanya. Tuntutan sembahyang jemaah pada lima waktu dan hukumnya fardu kifayah.

Page 14: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

MASBUQ DAN MUAFIQ

Page 15: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas seseorang ma’mum pada mana-mana sahaja rakaat sembahyangnya, dan kadangkala berlakunya kepada ma’mum muwafiq menjadi ma’mum masbuq pada rakaat berikutnya. Setiap ma’mum wajib mengetahui dan memahami tentang kedudukan ma’mum muwafiq dan masbuq untuk menjamin sembahyangnya sah dan tidak terbatal.

Page 16: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

APA ITU MASBUQ?

Masbuq: seorang ma’mum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam telahpun rukuk atau hampir-hampir rukuk kemudian ma’mum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah.

Page 17: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

APA ITU MUAFIQ?

Muafiq: Seorang ma’mum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam dengan bacaan yang sederhana.

Page 18: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

BILA BERLAKU?

Ia boleh berlaku ke atas seseorang ma’mum kepada empat rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat keempat.

Page 19: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

HUKUM ORANG MUAFIQ

Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud.

Page 20: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

CONTOH DAN GAMBARAN MUAFIQ

Seorang ma’mum yang muafiq sedang solat berjemaah, sebelum imam berdiri tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk. Maka ma’mum berkenaan mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.

Seorang ma’mum yang muafiq sedang berjemaah sebelum imam duduk tasyahud akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.

Page 21: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa ma’mum berkenaan masih lagi berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun keempat. Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa rukun-rukun yang jarak antara ma’mum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira

daripada: Rukuk Sujud yang pertama Sujud yang kedua

Page 22: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

HUKUM ORANG MASBUQ

Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh ma’mum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.

Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”.

(hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

Page 23: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ

ma’mum itu pada mulanya dia adalah muafiq, di dalam menunaikan peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk, hukum ma’mum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah.

Page 24: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

CONTOH-CONTOH MASBUQImam terlalu cepat membaca bacaan di dalam

solat. Apabila ma’mum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas ma’mum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu.

Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.

Page 25: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

MASBUQ JUMAAT

Solat jumaat diwajibkan dengan berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat kecuali dengan berjemaah sekurang-kurangnya dengan 40 puluh orang yang berakal, cukup umur(baligh), merdeka dan bermastautin.

Bagi seorang ma’mum masbuq yang ingin mendapat jumaat, dia hendaklah sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai tamakninah. Kemudian dia hendaklah menambah satu lagi rakaat selepas salam imam dan disunatkan membaca fatihah dan bacaan ayat qur’an yang sunat dengan nyaring.

Page 26: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

MASBUQ JUMAAT samb...

Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat kedua itu, maka hendaklah ia menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.

Page 27: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

RUMUSAN MUWAFIQ DAN MASBUQ

Muwafiq ialah ma’mum yang sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan sederhana ketika qiam imamnya sebelum rukuk imamnya.

Masbuq ialah ma’mum yang tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan sederhana dalam qiam imamnya seperti ketika dia masuk berjemaah itu imamnya sudah hampir rukuk atau sedang rukuk.

Page 28: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq
Page 29: Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

Bahan Rujukan

Ahmad & Mohd Farid. (2008). Islam Agama Rabbani: Dasar Pendidikan Islam Teras. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdul Al-Qari. (2003). Kewajipan & Keunggulan Sembahyang Jemaah: menurut Al-Quran & As-sunnah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Hanafi Mohamed. (1999). 40 Fadhilat Sembahyang Berjemaah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Hassan Ahmad. (1990). Masalah Muwafiq dan Masbuq. Kota Bharu: Syarikat Jaafar Rawas.