solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

31
Solat Berjemaah Masbuq, Muwafiq, Istikhlaf & Mufaraqah.

Upload: asilahani

Post on 22-Jan-2018

1.919 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Solat Berjemaah Masbuq, Muwafiq, Istikhlaf & Mufaraqah.

Page 2: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Solat Berjemaah

Takrif solat:Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah swt:

و اقم الصل ة ان الصل ة تنهى عن الفحشاء و المنكر"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)

Takrif solat berjemaah:

Solat yang di kerjakan bersama-sama, salah seorang di antaranya sebagai imam dan yang lain sebagai makmum. Hukum solat berjemaah bagi lelaki yang sihat dan tidak dalam perjalanan ialah sunnat muakad kecuali dalam solat jumaat hukumnya wajib.

Page 3: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Dalil saranan solat berjemaah

ال (ص) قال: صل ة الجماعة تفضل عن ابن عمر رضي ال عنهما: أن رسول.صل ة الفذ بسبع و عشرين درجة

Diriwayatkan dari ibn umar, Rasullulah (S.A.W) pernah bersabda: darjat solat berjemaah dua puluh lima kali lebih utama daripada solat bersendirian. (hadis riwayat bukhari)

Dalil lain:

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: solat berjemaah itu lebih utama pahalanya daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Page 4: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Hukum Solat Berjemaah

1. Sebahagian ulama mengatakan fardhu ain.

2. Sebahagian yang lain mengatakan fardhu kifayah.

3. Sebahagian yang lain pula berpendapat sunat muakkad dan inilah pendapat imam syafii.

4. Apabila dalam satu kawasan terdapat sekumpulan orang muslim dan mereka tidak mendirikan solat secara berjemaah maka berdosalah mereka semuanya.

5. Namun solat berjemaah boleh di tinggalkan sekiranya terdapat keuzuran . Ini berdasarkan dalil berikut:

من سمع النداء فلم يأته فل صل ة له ال من عذرMaksudnya: Barangsiapa yang mendengar azan tetapi tidak hadir maka

tidaklah sempurana solatnya kecuali dengan keuzuran.

(Riwayat Ibn Majah)

Page 5: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

keuzuran utk meninggalkan solat berjemaah

Solat berjemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali sekiranya terdapat keuzuran, sebagaimana sabda Rasulullah (S.A.W):

من سمع النداء فلم يأته فل صل ة له ال من عذرMaksudnya: Barangsiapa yang mendengar azan tetapi tidak hadir maka tidaklah sempurana solatnya kecuali dengan keuzuran. (Riwayat Ibn Majah)

Sebab-sebab keuzuran itu adalah:

1) Hujan Lumpur2) Angin 3) kuat / Ribut4) Malam yg gelap5) Siang yg panas6) Terlampau sejuk7) Terpaksa membuang air besar / kecil8) Lapar / Dahaga9) Takut10) sakit

Page 6: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Syarat Sah Mengikut Imam

1. Berdiri dibelakang imam.

2. Makmum hendaklah mengetahui perpindahan imam.

3. Mengikut imam dalam segala perbuatannya.

4. Hendaklah jarak antara imam dengan makmum tidak melebihi 300 hasta (135 meter).

5. Berada di tempat yang sama.

6. Hendaklah solat imam itu sah.

7. Janganlah ketinggalan jauh daripada imam.

Page 7: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Syarat Sah Menjadi Imam

1. Imam itu hendaklah qari’

2. Memiliki lidah yang fasih.

3. Janganlah imam itu sedang mengikut imam yang lain.

4. Baligh.

5. Berakal.

6. Lelaki.

7. Imam hendaklah lebih berilmu daripada makmum.

8. Sihat tubuh badan.

9. Suci daripada najis dan hadas.

Page 8: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Susunan Makmum / Saf

1) Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang makmum.

IMAM

MAKMUM LELAKI

Apabila dalam solat jemaah yang akan dilakukan itu hanya terdiri daripada seorang imam dan seorang makmum, maka disunatkan makmum berdiri di

sebelah kanan imam dan agak terkebelakang sedikit.

Page 9: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

2) Apabila jemaah itu terdiri daripada dua

orang makmum.

IMAM

MAKMUM – MAKMUM LELAKI

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam dan dua orang makmum, maka disunatkan makmum berdiri disebelah

kiri imam. Setelah itu hendaklah imam ke hadapan dan kedua orang makmum merapatkan semula saf.

Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian yang pertama mundur kebelakang untuk

menyamai saf.

Page 10: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

3) Apabila jemaah terdiri dariapada seorang imam, makmum kanak-kanak lelaki.

IMAM

MAKMUM KANAK-KANAK

Apabila kanak-kanak yang belum baligh bersembahyang dengan imam sedangkan kanak-kanak itu seorang diri sahaja, maka samalah ia seperti orang dewasa.

Page 11: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

4) Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang imam, makmum lelaki dan

makmum wanita.

IMAM

MAKMUM LELAKI

MAKMUM PEREMPUAN

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam, seorang makmum lelaki dan seorang makmum wanita, maka makmum wanita itu

hendaklah berdiri dibelakang sebelah kiri saf lelaki.

Page 12: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

5) Apabila jemaah terdiri dari lelaki dewasa dan kanak-kanak.

IMAM

MAKMUM LELAKI

MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI

MAKMUM KANAK-KANAK

PEREMPUAN

Apabila makmum terdiri dari lelaki dewasa dan melebihi satu, maka di saf pertama hendaklah orang yang pandai-pandai, dan yang di saf kedua ialah orang yang kurang pandai. Manakala kanak-kanak hendaklah berdiri di belakang mereka.

Namun jika kanak-kanak itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka kanak-kanak perempuan hendaklah berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki

Page 13: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

6) Apabila jemaah terdiri daripada lelaki dewasa, kanak-kanak, dan khunsa.

IMAM

MAKMUM LELAKI

MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI

MAKMUM KHUNTHA

Apabila didalam jemaah itu terdapat golongan khunsa mushkil maka hendaklah mereka berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki atau dihadapan saf kanak-

kanak perempuan.

Page 14: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

7) Apabila jemaah terdiri daripada semua peringkat dan golongan.

IMAM

MAKMUM LELAKI

MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI

MAKMUM KHUNTHA

MAKMUM KANAK-KANAK

PEREMPUAN

MAKMUM PEREMPUAN

Apabila makmum terdiri daripada semua peringkat dan golongan, maka kaum lelaki hendaklah berada di saf yang paling depan, kemudian kanak-kanak lelaki,

kemudian khunsa mushkil, kemudian kanak-kanak perempuan, kemudian kaum perempuan.

Page 15: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

8) Apabila jemaah terdiri daripada wanita sahaja.

IMAM

MAKMUM PEREMPUAN

Apabila imam dan makmum terdiri daripada wanita sahaja maka imam akan berdiri ditengah diantara jemaah wanita yang lain.

Page 16: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Hikmah Solat Berjemaah1) Melatih umat islam mematuhi ketua.

2) Melatih umat islam berdisiplin.

3) Menimbulkan rasa persamaan antara umat islam.

4) Membuka peluang berkenal-kenalan.

5) Memupuk persaudaraan.

6) Menumbuhkan rasa sosial.

7) Menunjukkan bagaimana sikap kepimpinan dalam islam.

8) Menunjukkan sikap demokrasi yang bertnggungjawab.

Page 17: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Masbuq

Takrif Masbuq:

Merujuk Kamus Istilah Fiqh, masbuq bererti orang yang datang lambat ketempat solat berjemaah, sedangkan imam sudah menyelesaikan satu rakaat lebih, tetapi belum mengucapkan salam.

Menurut Al Ustaz Dato’ Hj Ismail Kamus, masbuq ialah, makmum yang ketinggalan (tidak sempat takbiratul ihram bersama imam) dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca fatihah bersama imam. Ini di sebabkan semasa ia masuk berjemaah, imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk.

Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah

Page 18: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Dalil Masbuq

Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat sewaktu kami sujud, hendaklah ikut sujud dan janganlah

kamu hitung itu satu rakat. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama

imam, maka ia telah mendapat satu rakaat."(H.R. Abu Daud).

Page 19: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

1. Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal, dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Jika makmum tidak sempat menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud, atau duduk tahiyyat dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq").

2. Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir, tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir. Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua. Setelah solat berakhir dan imam memberi salam maka makmum tersebut hendaklah bangun dan menyelesaikan solatnya dengan menambah rakkatnya yang tertinggal.

Perbahasan Masbuq

Page 20: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

3. Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam, maka makmum ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam, dan imam telahpun selesai solatnya. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah sembahyang itu.

4. Dalam solat Subuh, makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi.

5. Dalam solat Jumaat pula, sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua dengan ia sempat rukuk bersama imam, maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. Tetapi sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat, maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat.

6. Kesimpulannya orang yang masbuq tidak wajib membaca fatihah melainkan kalau ia berkesempatan untuk membacanya, maka hendaklah ia membaca dalam kadar semampunya hingga imam rukuk.

Page 21: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Muwafiq

Takrif Muwafiq:

Menurut Ibn Muhammad El-Fandahari, di dalam bukunya kaifiyat solat, muwafiq ialah orang yang solat di belakang imam setelah imam mengucapkan takbiratul ihram dan memperoleh waktu hanya sekadar membaca Al-Fatihah.

Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, tulisan Muhammad Firdaus, Nurul Huda, dan Muhammad Ramzi Omar, mendefinisikan muwafiq sebagai,orang yang sempat bersama imam dalam satu rakaat sama ada rakaat pertama atau lainnya sekadar dapat menyelesaikan bacaan fatihah.

Page 22: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Perbahasan

1. Jika sekiranya ia (muwafiq) masih belum selesai membaca Al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan Al-Fatihah itu sehinggalah imam selesai sujud dan bangun dari sujud yang kedua.

2. Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah pun bangun berdiri ataupun duduk tahiyat akhir, maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah (mufaraqah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak diambil kira. Kalau tidak berbuat salah satu di antara kedua hal tersebut maka batallah solatnya.

Page 23: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Istikhlaf.Takrif istikhlaf:

Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka, disebabkan keuzuran imam pertama itu.

Menurut Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, istikhlaf bermaksud melantik salah seorang daripada makmumnya yang sesuai menjadi imam untuk menggantikannya bagi menyempurnakan solat, disebabkan keuzuran yang berlaku kepada imam.

Page 24: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Bila Berlakunya Istikhlaf?

Istikhlaf berlaku apabila imam keluar daripada solat disebabkan berhadas atau kerana telah terbatal solatnya

biarpun tanpa sebab.

Maka jika ini terjadi maka diharuskan bagi salah seorang makmum untuk menggantikan kedudukan imam tersebut.

Page 25: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Syarat Sah Istikhlaf.1) Makmum yang menggantikan imam (mustakhlif) mestilah orang yang

layak menjadi imam.

2) Mustakhlif adalah orang yang berada di saf pertama dan di belakang imam.

3) Berlaku serta-merta.

4) Makmum yang lain tidak perlu untuk berniat semula.

Page 26: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Jenis-Jenis Mustakhlif.Mustakhlif Muwafiq

Makmum yang ada bersama-sama imam dan mengikuti tertib imam bermula dari awal solat hingga imam terbatal solatnya.

Mustakhlif Umum

Imam digantikan oleh orang luar, (bukan dari kalangan makmum)

Menurut imam Nawawi & Jumhur ulama sah solatnya dgn syarat dia masuk pada rakaat pertama atau ketiga.

Mustakhlif Masbuq

Makmum masbuq yang menggantikan kedudukan imam yang keluar kerana telah terbatal solatnya. Mustakhlif iniharuslah menjaga tertib imam yang awal tadi.

Page 27: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Cara Perlaksanaan Istikhlaf. • Imam memegang pakaian salah seorang makmumnya (walaupun yg masbuq) dan

menariknya ketempat imam, lalu dia berundur kebelakang dengan menundukkan dirinya sambil memegang hidung seolah-olah ada darah yang keluar daripadanya.

• Istikhlaf boleh berlaku secara lisan & pergerakkan dan orang yang menggantikannya hendaklah menyambung di mana tempat imam itu berhenti, samaada pada rukuk fi’li atau kauli.

• Mustakhlif hendaklah maju setapak kehadapan atau memenuhkan tempat imam bagi membezakan keduudkannya dengan makmum. Sementara makmum memenuhkan saf yang kosong itu.

• Jika imam batal pada ketika duudk antara dua sujud / duduk tahiyyat awal / akhir, mustakhlif tidak perlu maju ke hadapan cukup dengan memberi arahan di tempatnya sahaja dengan menggunakan isyarat suara.

• Jika imam terbatal solatnya ketika sedang sujud maka dia perlu menggunakan suaranya untuk membangunkan makmumnya danselepas itu barulah imam boleh memberi isyarat bahawa solatnya telah batal & barulah dia beredar.

Page 28: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Istikhlaf Dalam Solat Jumaat• Imam keluar selepas membaca dua khutbah & tidak sempat mengangkat takbir, maka imam harus

diganti oleh mustakhlif yang ada bersama mendengar khutbah.jika tidak maka tidak perlu dia menggantikannya.

• Jika imam keluar setelah mengangkat takbirratul ihram pada rakaat pertama dan tidak sempat rukuk pada rakaat kedua maka harus dia digantikan oleh makmum yang ada bersama –sama imam sebelum dia keluar.

• Jika di tidak bersama imam sebelum imam keluar daripada jamaah maka tidak harus baginya untuk menggantikan imam kerana dia buka ahli jumaat.

• Jika imam keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua solat jumaat, maka imam tidak harus di ganti oleh mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum imam keluar dari solat jumaat. Namun jika mustakhlif itu ada bersama imam sebelum imam keluar, tetapi tidak bersamanya ketika sebelum rukuk rakaat kedua( mustaklif masbuq) maka difardhukan baginya untuk solat zuhur.

• Bagi makmum pula mereka haruslah mengikuti imam yang di fardhukan untuk solat zuhur itu tadi, sementara mustakhlif haruslah menjaga tertib imam pertama. Bagi makmum ada dua pilihan sama ada mahu berniat mufaraqah atau menunggu imam dan memberi salam bersamanya.

Page 29: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Mufaraqah

Takrif mufaraqah:

Bahasa: Mengasingkan diri.

Istilah syarak: perbuatan makmun mengasingkan diri daripada imam atau membatalkan niat untuk menjadi makmum dan meneruskan solat secara bersendirian.

Menurut Datuk Hassan Din Al-Hafiz, mufaraqah adalah perbuatan makmum Keluar daripada solat berjemaah dan makmum tidak lagi mengikut imam.

Hukum mufaraqah:

Hukum mufaraqah adalah harus.

Page 30: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Sebab-sebab Berlakunya Mufaraqah.

Mufaraqah terjadi disebabkan tiga perkara, iaitu:

1) Bilamana makmum mendapati imam melakukan perkara yang membatalkan solat.

2) Bilamana makmum mendapati ada terdapat najis pada imam. Sama ada pada pakaian / diri / tempat solat.

3) Bilamana makmum mendapati bacaan imam tidak betul sama ada dari segi tajwid / bahasa / makhraj hingga boleh merosakkan solat.

Page 31: Solat berjemaah masbuq, muwafiq, istikhlaf & (1)

Sekian Terima Kasih&

Selamat Beramal