nota metafizik

4
Ibn Maskawaih: Pengasas Teori Evolusi 16 August 2006 Oleh SMAHADZIR IBN Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang tersohor. Beliau juga merupakan cendekiawan Islam yang mengasaskan teori evolusi. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah tokoh-tokoh selepasnya. Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan sahaja menjadi asas pemikiran kepada ilmuwan Islam yang lain seperti Ibnu Khaldun tetapi juga para sarjana Barat. Teori evolusi yang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Charles Darwin yang kemudiannya menerbitkan buku “Origin of Species” mengenai kejadian dan asal-usul manusia. Dalam buku tersebut, Charles Darwin telah menyatakan bahawa manusia berkembang secara evolusi daripada spesies hidupan yang paling ringkas kepada yang kompleks. Perkembangan itu berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama. Hasil daripada kajian dan pemerhatiannya terhadap pelbagai spesies hidupan dan fosil di beberapa buah benua, beliau akhirnya membuat keputusan bahawa manusia sebenarnya berasal daripada beruk melalui proses evolusi. Teori evolusinya telah menjadi kontroversi dan mendapat tentangan daripada pihak gereja kerana dia menafikan peranan Tuhan dalam menjadikan kehidupan di muka bumi ini. Bagaimanapun, teori berkenaan telah menjadikan Darwin terkenal dan dianggap sebagai pelopor teori evolusi yang digunakan oleh para sarjana dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam menghuraikan sejarah serta perjalanan manusia serta perkembangan masyarakat. Padahal teori evolusi telah lama digunakan oleh Ibn Maskawaih dalam kajiannya mengenai perabadan manusia. Menurutnya, kecerdikan manusia tidaklah mengatasi kepintaran yang dimiliki oleh beruk. Tetapi manusia menjadi lebih cerdik kerana pengalaman yang mereka peroleh dalam kehidupan bermasyarakat. Bagi Ibn Maskawaih, manusia itu ialah sebuah dunia yang kecil dan padanya terdapat gambaran mengenai segala yang ada di dunia ini. Setiap manusia mempunyai peranannya yang tersendiri sama ada sebagai individu ataupun anggota masyarakat. Pendapat beliau ini menepati ´Teori Fungsi´ yang dikemukakan oleh seorang ahli sosiologi Perancis yang bernama Auguste Comte.

Upload: rohayu-abd-ghani

Post on 01-Feb-2016

66 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

falsafah pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Metafizik

Ibn Maskawaih: Pengasas Teori Evolusi16 August 2006

Oleh SMAHADZIR

IBN Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang tersohor. Beliau juga merupakan cendekiawan Islam yang mengasaskan teori evolusi. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah tokoh-tokoh selepasnya.

Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan sahaja menjadi asas pemikiran kepada ilmuwan Islam yang lain seperti Ibnu Khaldun tetapi juga para sarjana Barat. Teori evolusi yang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Charles Darwin yang kemudiannya menerbitkan buku “Origin of Species” mengenai kejadian dan asal-usul manusia. Dalam buku tersebut, Charles Darwin telah menyatakan bahawa manusia berkembang secara evolusi daripada spesies hidupan yang paling ringkas kepada yang kompleks. Perkembangan itu berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.

Hasil daripada kajian dan pemerhatiannya terhadap pelbagai spesies hidupan dan fosil di beberapa buah benua, beliau akhirnya membuat keputusan bahawa manusia sebenarnya berasal daripada beruk melalui proses evolusi. Teori evolusinya telah menjadi kontroversi dan mendapat tentangan daripada pihak gereja kerana dia menafikan peranan Tuhan dalam menjadikan kehidupan di muka bumi ini.

Bagaimanapun, teori berkenaan telah menjadikan Darwin terkenal dan dianggap sebagai pelopor teori evolusi yang digunakan oleh para sarjana dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam menghuraikan sejarah serta perjalanan manusia serta perkembangan masyarakat.

Padahal teori evolusi telah lama digunakan oleh Ibn Maskawaih dalam kajiannya mengenai perabadan manusia. Menurutnya, kecerdikan manusia tidaklah mengatasi kepintaran yang dimiliki oleh beruk. Tetapi manusia menjadi lebih cerdik kerana pengalaman yang mereka peroleh dalam kehidupan bermasyarakat.

Bagi Ibn Maskawaih, manusia itu ialah sebuah dunia yang kecil dan padanya terdapat gambaran mengenai segala yang ada di dunia ini. Setiap manusia mempunyai peranannya yang tersendiri sama ada sebagai individu ataupun anggota masyarakat. Pendapat beliau ini menepati ´Teori Fungsi´ yang dikemukakan oleh seorang ahli sosiologi Perancis yang bernama Auguste Comte.

Sekiranya setiap anggota masyarakat melaksanakan peranan dan fungsinya, maka masyarakat itu akan berada dalam keadaan yang stabil dan bersatu padu serta membolehkannya berkembang dengan teratur. Manakala sebarang gangguan terhadap fungsi itu akan mengakibatkan berlakunya konflik dan pergolakan dalam masyarakat. Secara tidak langsung akan membawa keruntuhan kepada masyarakat tersebut.

Jadi, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Ibn Maskawaih juga merupakan pengasas kepada Teori Fungsi yang digunakan oleh para penganalisis sosial yang menjalankan kajian tentang masyarakat kuno dan moden. Walaupun beliau terdidik dalam bidang perubatan, tetapi minatnya yang mendalam terhadap ilmu, telah mendorongnya mempelajari kesusasteraan, falsafah, kimia, bahasa, dan ilmu klasik

Page 2: Nota Metafizik

yang lain.

Beliau menguasai dan mempunyai kepakaran setiap bidang yang dipelajarinya. Ibnu Maskawaih juga ahli sejarah dan ilmuwan akhlak yang handal. Semua ilmu pengetahuan itu tidak dipelajari sekali gus seperti yang sering dilakukan oleh sarjana Islam yang lain. Beliau mempelajarinya secara berperingkat-peringkat dan akhirnya mendapati bidang falsafah sesuai dengan dirinya sebagai seorang pemikir. Memulakan kerjayanya sebagai doktor sebelum dilantik menjadi setiausaha kepada beberapa orang menteri seperti Mueiz al Daulah.

Pengalaman tersebut memberikan beliau peluang yang luas untuk mendampingi masyarakat dan orang ramai. Selepas kematian Mueiz, beliau dilantik oleh Menteri Ibnu Amid menjadi ketua perpustakaan. Kesempatan ini telah digunakan untuk menelaah berbagai-bagai buku yang ditulis oleh para ilmuwan Islam dan Yunani. Selepas itu, beliau dilantik pula sebagai Ketua Pemegang Amanah Khazanah yang bertanggungjawab menjaga Perpustakaan Malik Adhdud Daulah yang memerintah dari tahun 367-372H. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya, Ibn Muskawaih telah berjaya membina ketokohannya sebagai seorang ilmuwan yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.

Banyak teori telah dihasilkan oleh beliau dan tidak terbatas kepada bidang falsafah semata-mata. Beliau menulis berbagai-bagai kitab yang membicarakan pelbagai persoalan. Antaranya, kitab “al-Fauz al-Saghir” yang menumpukan pembicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizik iaitu tentang Allah, kerasulan dan jiwa.

Kebanyakan pandangannya mengenai perkara ini disesuaikan daripada pandangan ahli falsafah Yunani. Kesan pemikiran falsafah Yunani terhadap Ibn Muskawaih dapat dilihat pada pandangannya mengenai jiwa. Semasa mengungkap persoalan ini, beliau menyatakan bahawa jiwa merupakan roh yang berlainan daripada tubuh dan tidak mungkin dapat dilihat dan disentuh oleh pancaindera. Baginya, jiwa sesuatu yang dapat menerima dua perkara pada satu masa yang sama seperti keadaan hitam dan putih pada satu waktu.

Beliau juga telah mengemukakan teori akhlak dalam kitabnya yang berjudul “Tahzib al-Akhlaq”. Dalam kitab itu, beliau menyebut kemuncak akhlak ialah apabila lahirnya perbuatan-perbuatan baik yang dilakukan secara teratur. Oleh itu, akhlak yang baik hanya akan lahir daripada jiwa yang bersih dan begitu juga sebaliknya.

Untuk mendapat jiwa yang bersih maka anak-anak sejak kecil lagi harus didedahkan dengan nilai-nilai yang baik. Nilai-nilai buruk pula hanya akan mengganggu proses tumbesaran dan menyebabkan mereka membesar tanpa menghiraukan tatasusila. Anak-anak perlu dilatih pada peringkat awal tumbesaran supaya bersikap dan bertindak mengikut nilai-nilai ini agar sebati dengan diri serta sanubari mereka.

Ibn Maskawaih turut menulis beberapa buah kitab yang lain seperti al´Adwiah al-Mufra-dah tentang ubat-ubatan, Uns al´Farid sebuah antologi cerpen, Tajarub al´Umarn sebuah catatan mengenai sejarah, al-Tabikh mengenai kaedah memasak, al´Asyribah yang membicarakan tentang minuman, al´Fauz al-Kabir, dan Tajrib al´Um.

Berdasarkan banyak kitab yang ditulisnya maka ketokohannya sebagai ahli falsafah dan pengarang tidak dapat dinafikan. Idea dan pandangannya jelas mendahului zaman menjadikannya sebagai salah seorang ilmuwan serta sarjana Islam yang tiada tolok bandingan pada zamannya. Sesungguhnya Ibn Maskawaih yang dilahirkan pada 330H (941M) di kota Rhages itu akan terus dikenang sebagai seorang ahli falsafah

Page 3: Nota Metafizik

yang kaya dengan teori-teorinya.

KHGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

Immanuel Kant (1724-1804) seorang ahli falsafah Jerman dilahirkan di Konigsberg. Beliau menuntut di Universiti Konigsberg, mengajar kemudiannya di universiti tersebut sehingga menjadi profesor dalam bidang logik dan metafizik di universiti yang sama dalam tahun 1770. Kehidupan seharian beliau banyak bertumpu di Konigsberg, jarang berjalan jauh daripada 64 km. Kehidupan beliau juga amat teratur dan rutin. Ini menimbulkan pertanyaan bagaimana Kant berupaya menghasilkan karya-karya yang begitu hebat dan masyhur. Namun pembacaan beliau yang meluas membantu pemahaman beliau tentang falsafah, logik, metafizik dan juga estetika.

Karya-karya Kant yang termasyhur antaranya ialah Observation on the Feeling of the Sublime and the Beautiful (1764), Critique of Pure Reason (1781), Critique of Practical Reason (1788), Critique of Judgement (1790), Metaphysics of Morals (1797) dan Contest of the Faculties (1798). Teori cita rasa susunan Kant adalah sebahagian daripada sistem falsafah metafiziknya. Dalam pembicaraan falsafahnya, Kant cuba menunjukkan kemungkinan manusia mempunyai sedikit pengetahuan yang pasti dan tidak hanya bersandar kepada pengalaman.

Ini menolak sedikit sebanyak pendirian David Hume dan pendapat ahli falsafah dan ahli-ahli estetik empirisme yang mengatakan bahawa pengetahuan manusia (tentang apa sahaja bentuk pertanyaan yang melingkari hidup manusia baik nyata atau ghaib) didapati hanya dari pengalaman dan manusia tidak akan merasa pasti tentang apa-apa jua pun. Ahli falsafah dan ahli estetik empirisme menanggap falsafah cita rasa sebagai tinjauan empirikal dengan matlamatnya mencapai ciri-ciri psikologi umum tentang resmi manusia. Namun Kant melihat falsafah cita ras sebagi tinjauan ke dalam asas-asas jaiz akli badihi – pengetahuan yang akan menunjukkan mengapa penilaian keindahan bersifat sejagat dan perlu.

Menurut Kant, cita rasa adalah fakulti menilai sesebuah objek atau karya melalui rasa puas atau tidak puas namun tidak dipengaruhi oleh minat. Ini bermakna minat atau kecenderungan tidak akan sama sekali mempengaruhi cita rasa dalam menilai sesebuah karya seni. Yang dikatakan indah, keindahan, beauty dalam sesebuah karya seni akan melahirkan rasa puas ketika menghayatinya. Contohnya seseorang yang melihat, mendengar dan menghayati sesebuah karya seni akan merasa puas tanpa bersandar kepada sebarang kualiti lain seperti minat atau kecenderungan fizikal.

Ini bermaksud untuk seseorang memiliki sikap estetik, kita hanya perlu menghayati sesebuah karya seni tanpa mengambil kira hal-hal sampingan seperti nilai positif atau negatif (baik atau buruk sesebuah karya itu); tanpa sebarang keinginan untuk memiliki atau menggunakannya (keinginan fizikal atau gunaan); dan sebarang rasa tanggungjawab terhadap kewujudan existence karya yang ditatap. Penilaian estetik semestinya bebas daripada estetik yang bersifat jagat kerana apabila kita membuat pernyataan, misalnya bunga mawar ini cantik, kita sebenarnya membuat pengakuan akan wujudnya persetujuan jagat tentang kecantikan bunga mawar walaupun mungkin pada dasarnya sesuatu yang menarik pada saya, mungkin tidak menarik bagi anda.

Ini melahirkan pula suatu sikap bahawa penilaian estetik adalah penilaian yang dibuat berdasarkan hanya satu objek dan tidak melibatkan anggota pada satu kelas atau kategori tertentu. Misalnya apabila kita mengatakan bangunan KLCC indah atau bunga mawar itu indah. Bangunan KLCC dan bunga mawar dianggap unik namun tidak mewakili kategori atau kelas bangunan dan bunga. Maka itu keindahan objek tidak dapat dibuktikan melalui rumusan logik atau dipastikan melalui bukti empirikal.

Keindahan dan kesempurnaan juga adalah dua hal dan perkara yang berbeza. Ketika kita menilai bahawa sesuatu objek atau sesebuah karya seni itu indah, kita melihat keindahannya yang tidak bersandar pada mana-mana konsep atau peniruan pada mana-mana objek tertentu. Sesuatu yang indah tidak seharusnya dijadikan contoh pada rupa atau bentukan tertentu. Contohnya, satu bulatan yang sempurna tidak dapat dinilai sebagai indah tetapi dinilai sebagai sempurna. Ini membezakan sesebuah karya seni dari objek selain karya seni. Sesebuah karya seni yang dikatakan indah tidak semestinya akan dinilai sebagai sempurna kerana karya tersebut tidak bersandar kepada apa-apa rupa atau bentukan yang pernah kita kenal. Ini memisahkan indah sesebuah karya seni dengan indah ketika menghayati alam.

Immanuel Kant membahagikan keindahan kepada dua kategori iaitu:1. Keindahan Bebas/Tulen – Memiliki objek semula jadi seperti flora, fauna dan unsur-unsur alam yang lain seperti kulit kerang dan sebagainya. Sewaktu kita menilai objek-objek sebegini, kita menilai tanpa sebarang konsep kesempurnaan atau kegunaannya. Objek-objek lain yang juga memiliki keindahan bebas atau keindahan tulen ini ialah seni yang tidak meniru objek atau realiti fizikal (non-representational) seperti karya seni abstrak, arabes, muzik instrumental;

2. Keindahan Sandaran – Iaitu keindahan yang menyedarkan kita akan kesempurnaan sesuatu objek yang berhubung dengan idea yang telah tersedia ada/wujud sebelumnya terhadap jenis dan kegunaannya. Keindahan yang wujud pada seseorang manusia atau sesebuah bangunan misalnya dianggap sebagai keindahan sandaran kerana keindahan itu disandarkan kepada konsep kesempurnaan manusia atau kegunaan sesebuah bangunan.Kant menganggap keindahan bebas/tulen sebagai penilaian estetik yang unggul kerana penilaiannya terpisah daripada sebarang konsep kesempurnaan atau kegunaan (keindahan tanpa bersandar kepada sifat sempurna atau sebarang kegunaan fizikal). Kant memisahkan kegunaan dalaman dan kegunaan luaran daripada ruang

Page 4: Nota Metafizik

lingkup estetik. Kegunaan dalaman dapat dimaksud sebagai sifat menjadi contoh yang baik pada sesuatu jenis dan kegunaan luaran ialah kesesuaian untuk sesuatu tujuan.