rahsia pengiraan tarikh lahir metafizik

24

Click here to load reader

Upload: chlim398

Post on 24-Nov-2015

181 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

RAHSIA PENGIRAAN TARIKH LAHIR METAFIZIK

CARA PENGIRAAN TARIKH LAHIR

Misalnya : 22 April 1980 bersamaan dalam angka 22/04/1980pengiraannya ialah:

(A+B) + (C+D) , (E+F) + (G+H)I ) + ( J ) , ( K ) + ( L )M ) + ( N )O )

untuk melihat kecenderungan pula ialah dengan :

(I + M) = (U)(J + M) = (V)(U + V) = (S)

(K + N) = (W)(L + N) = (X)(W + X) = (T)

(N + O) = (P)(M + O) = (Q)(P + Q) = (R)

(2+2) + (0+4) , (1+9) + (8+0) ;4 ) + ( 4 ) , ( 1 ) + ( 8 )8 ) + ( 9 )8+9 = 17 = (1+7) = 8 )=(8) ini adalah nombor asas bagi tarikh lahir di atas..iaitu nombor 8.

(4 + 8) = (12 = 1+2 = 3)(4 + 8) = (12 = 1+2 = 3)( 3 + 3 = 6)

(1 + 9) = (10 = 1+0 = 1)(8 + 9) = (17 = 1+7 = 8)( 1 + 8 = 9)

(9 + 8) = (17 = 1+7 = 8)(8 + 8) = (16 = 1+6 = 7)( 8 + 7 = 15 = 1+5 = 6)

keputusannya ialah : memiliki nombor asas 8kecenderungan pula : 336, 189 dan 786

Nombor Asas adalah 1.Elemennya adalah Logam.

Anda adalah seorang leader. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.

Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.

Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.

Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.

Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.

Nombor Asas adalah 2,Elemen adalah Air.

Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.

Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah follower, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.

Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.

Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah confuse untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan tidak kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Nombor Asas adalah 3,Elemen adalah Api.

Anda dikaitkan dengan karektor serba boleh (all-rounder). Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.

Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.

Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

Nombor Asas adalah 4dan Elemen adalah Kayu

Analisa Umum:

Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan Perancangan. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.

Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.

Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.

Potensi dan Kapasiti Berdasarkan Nombor Kombinasi

Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu

Nombor Asas adalah 5.Elemen adalah Tanah

Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.

Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.

Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi centre of attraction. Tak suka berangan-angan.

Tetapi, anda juga adalah yang suka boasting atau jual minyak. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.

Individu nombor 5 ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Nombor asas adalah 6dan elemen adalah Logam/Besi

Penyesuaian Diri adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda terror untuk adjust dalam setiap perkara.

Anda selalu memainkan peranan pendamai kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.

Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.

Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.

Nombor asas adalah 7.Elemen anda adalah AIR

Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah Pencari . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.

Ada kekuatan 6th Sense. Sukakan originality. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang sensitif, berangin dan suka berahsia yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.

Nombor Asas adalah 8.Elemen adalah Api

Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.

Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.

Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.

Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Huraian Nombor Kombinasi Di Piramid Nombor:336, 189 dan 786

Nombor Asas adalah 9.Elemen adalah Kayu

Anda mempunyai kebolehan sebagai penghibur. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.

Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.

Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.

Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

11 - Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Jadi, berwaspada selalu56 - Sangat berhati-hati dengan wang67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan71 - Mudah ditipu orang73 - Orang/pengikut mudah datang dan pergi.73 - Orang / Kawan mudah datang dan pergi156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation.189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif.786 - Orang suka beri tanggungjawab123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru dan usahawan123 - Mempunyai kekuatan pada suara. Bagus jadi guru, buat sales, buat marketing, penyanyi atau usahawan.123 - Kekuatan pada suara. Karier sebagai guru, penyanyi, salesman dan usahawan adalah digalakkan.123 - Kekuatan pada suara. Boleh jadi penyanyi, guru, buat sales, marketing dan usahawan.235 - Beremosi, mudah terusik dan baran235 - Beremosi, mudah terusik dan baran246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama393 - Cepat berjaya, tetapi tak tahan lama.426 - Pandai dalam syarahan dan ceramah426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah.459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense459 - Memiliki gerak hati atau muslihat. Ilham yang tinggi573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan kenamaan.573 - Mudah bergaul dengan orang atasan dan kenamaan. Mungkin ada di sabotaj oleh orang lain.666 - Sangat berhati-hati dengan wang729 - Mudah yakinkan orang, jadi tarikan orang.729 - Mudah menyakinkan orang. Menjadi tarikan orang729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan729 - Menarik, menawan dan menjadi tarikan orang. Mudah yakinkan orang729 - Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan orang. Juga pelaris. Sesuai untuk jadi ahli politik729 - Pelaris, Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan wanita.729 - Sangat menawan & mudah yakinkan orang.777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa. Tetapi, banyak idea dan inovatif843 - Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah bosan dan sentiasa ingin tukar citarasa843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah bosan dalam satu-satu perkara.888 - Hiperaktif933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi

966 - Mudah untung dan usahawan adalah kerjaya yang sesuai966 - Mudah untung, jika mahu. Sesuai untuk jadi usahawan. Lepas tu boleh jadi dermawan, macam Syed Mokhtar atau BillSynys Gates966 - Mudah untung (bagus untuk menjadi usahawan)999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian

Nombor 1:ADA CIRI-CIRI KEPIMPINAN. KEMUNGKINAN SEMASA ALAM PERSEKOLAHAN ATAU SELEPAS ANDA DILANTIK MENJADI KETUA ATAU PENOLONG ATAU DALAM PERSATUAN. KEMUNGKINAN JUGA ANDA MENOLAK PERLANTIKAN DALAM JAWATAN TERSEBUT.

Nombor 2 :ANDA PUNYAI KOMUNIKASI ATAU PENYAMPAIAN YANG BAIK. SUARA ANDA KEDENGARAN LANTANG DAN JELAS. MUNGKIN JUGA ANDA SUSAH ATAU MALU NAK MULA BERCAKAP NAMUN APABILA SUDAH MULA ANDA KELIHATAN MESRA.

Nombor 3:PERGERAKAN ANDA SANGAT CEPAT ATAU LAIN KATA ANDA TIDAK SUKA BERTANGGUH DALAM SESUATU PERKARA.

Nombor 4:ANDA SUKA MERANCANG DAN JUGA ANDA SUKA KEPADA ILMU PENGETAHUAN.

Nombor 5:ANDA SEORANG YANG PUNYAI PRINSIP SENDIRI. CONTOH JIKA ANDA KATA A, ALAH JAWAPANNYA, JIKA B, BLAH JAWABNYA. ATAU ANDA TIDAK TERUS MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA MERTA DAN ANDA AKAN FIKIR DAHULU DAN JAWAPAN AKAN DIBERI KEMUDIAN.

Nombor 6:ANDA MEMPUNYAI SIFAT KEKELUARGAAN ATAU AMBIL BERAT TENTANG KELUARGA. INI MEMBUATKAN ANDA BAGUS DALAM PERANCANGAN KEWANGAN.

Nombor 7:ANDA PUNYAI RAMAI KAWAN ATAU MUDAH MENDAPAT PENYOKONG. INI MEMBUATKAN HIDUP ANDA NAMPAK BERTUAH.

Nombor 8:ANDA SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB SAMA ADA TERHADAP KELUARGA ATAU KERJAYA.CONTOH DALAM KERJAYA ATAU PERSEKOLAHAN JIKA DIBERI TUGAS ATAU KERJA RUMAH ANDA AKAN SELESAIKANNYA WALAUPUN MEMAKAN MASA.

Nombor 9:ANDA SUKA MENGEJAR KEJAYAAN ATAU ASET. MUNGKIN JUGA ANDA MEMIKIRKAN PERNIAGAAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN.

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada...

Contoh:

12 April 197412 + 4 + 1974 = 19901 + 9 + 9 + 0 = 191 + 9 = 101 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)30 ogos 198130+8+1981=20192+0+1+9=121+2=3( jadi number laHIR ADALAH 3)Keterangan nombor lahir

1. KetulenanHadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. PendamaiDilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,WolfgangAmadeus Mozart.

3. CeriaGolongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. KonsevatifGolongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. PerintisMereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasiyang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. RomantikGolongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. IntelektualGolongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. PenyelesaianGolongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. PelakonGolongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT HARIBULAN

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya seriussuka melihat kelemahan orang dan suka mengkritikpeka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungansuka smart, kemas dan teratursensitif, berfikiran mendalampandai mengambil hati orang lainpendiam kecuali setelah dirangsangagak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggimudah mendisiplinkan diri sendiribadan sehat tetapi mudah diserang selesemabersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanyacukup sayang kepada kanak-kanaksuka duduk di rumahsetia pada segalanyarajin belajar dan kemahiran sosialsikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstaraksukakanbenda yang realiti dan abstrakinteligent, bijak dan geniusberpersonaliti yang mudah berubahmudah menawan orang lainagak pendiam, pemalu dan rendah dirijujur dan setia pada segalanyakeras hati untuk mencapai matlamattidak suka dikongkongmudah memberontak jika dikongkongsuka kegiatan lasakemosinya mudah terluka dan sangat sensitifmudah mempamirkan marahnyatidak suka kepada benda remeh temehsuka berkawan tapi kurang mempamerkanyasangat berani dan suka memberontakbercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanyapemerhatian yang tajamsuka hiburan dan sukansuka benda yang bersifat senisangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaranberkecenderungan kepada benda yang tahyulamat mudah dan boleh menjadi terlalu borosbelajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpersonaliti menarik dan menawanmudah didampingisangat pemalu dan pemendam rasasangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpatisangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaransuka pada kedamaiansangat peka kepada orang lainsesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang laintidak cepat marah dan sangat amanahtahu balas budi dan kenang budipemerhatian dan penilaian yang sangat tajamkecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawalsuka berangan-angansuka melancongsangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggikelam kabut dalam memilih pasangansuka dengan hiasan rumahtanggapunya bakat seni dalam bidang muzikkecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

sangat aktif dan dinamikcepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesalsangat menarik dan pandai manjakan diripunya daya mental yang sangat kuatsuka dapat perhatiansangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalahsangat berani dan tiada perasaan takutsuka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurahemosi cepat terusik jika tidak terkawalberkecenderungan bersifat dendamagresif, kelam kabut untuk membuat keputusankuat daya ingatangerak hati yang sangat kuatpandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lainberpenyakit di sekitar kepala dan dadasangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

keras hati dan degilkuat semangat dan bermotivasi tinggipemikiran tajammudah marah jika tidak dikawalpandai menarik hati orang lain dan menarik perhatianperasaan yang sangat mendalamcantik dari segi mental dan fizikaltidak perlu dimotivasikantetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lainmudah dipujukbersikap sistematik ( otak kiri )suka berangankuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lainmudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasandaya khayalannya tinggipemikiran yang tajampandai berdebatfizikal yang baiksuka sastera, seni, muzik dan melancongtidak berapa suka duduk dirumahtidak boleh duduk diamtidak punya ramai anakrajin dan bersemangat tinggiagak boros

JUN

berfikiran jauh dan berwawasanmudah ditawan kerana sikap baikperangai lemah lembutmudah berubah sikap, sangat banyak ideabersikap sensitifotak sentiasa aktif berfikirsukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguhsikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewetcepat marah dan cepat sejuksuka bercakap dan berdebatsuka buat lawak dan bergurauotak cerdas dan berangan-ranganmudah dan pandai berkawanorangnya sangat tertibpandai mempamerkan sikapmudah kecil hatimudah terkena selesemasuka berkemascepat rasa bosankurang pamerkan perasaanlambat sembuh bila terluka hatisuka barangan berjenamamudah jadi eksekutifkedegilan yang tidak terkawalsiapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

seronok didampingibanyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )agak pendiam kecuali diransangada harga dan maruah diritidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkanmudah dipujuk dan bersikap lurussangat menjaga hati orang lainsangat peramahemosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulihberjiwa sentimentalkurang berdendammudah memaafkan tetapi sukar melupakantidak suka benda remeh temehmembimbing cara fizikal dan mentalsangat peka, caring dan mengasihi serta penyayanglayanan serupa kepada semua orangtinggi daya simpatipemerhatian yang tajamsuka manilai orang lain dengan pemerhatianmudah dan rajin belajarsuka muhasabah dirisuka mengenang peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan diri dan duduk di rumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksalemah dari kesihata bahagian perutmudah menjadi gemuk jika tak dikawalminta disayangiterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawakmudah tertawan kepadanyasopan santun, caring terhadap orang lainberani dan tidak tahu takutagak tegas dan bersifat berkepimpinanpandai memujukterlalu pemurah dan bersikap egonilai harga diri sangat tinggidahagakan pujiansemanagt juang yang luar biasacepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawansangat cemburudaya permehatian tajam dan teliticepat berfikir dan berdikarisuka memimpin juga dipimpinsuka barangan-anganberbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silatsangat sensitif tetapi tak mudah merajukmudah mendapat penyakitsentiasa belajar untuk relaxkelam kabutromantik, pengasih dan penyayangsuka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat besopan santun dan betolak ansursangat cermat, teliti, dan teratursuka menegur kesilapan orang lain dan mengkritikpendiam tetapi pandai bercakapsikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpatisangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujursensitif kepada sesuatu yang tidak diketahuibanyak berfikirdaya penakakulan yang baikotak bijak dan mudah belajarsuka mencari maklumatmengawal diri dari selalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsiasukakan sukan, hiburan, dan melancongkurang menunjukkan perasaanlama menyimpan jika terluka hatiterlalu memilih pasangansukakan benda yang luasbersistematik

OKTOBER

suka sembangsuka orang sayang padanyasuka ambil jalan tengahsangat menawan dan sopan santunkecantikan luar dan dalamtidak pandai berbohong dan berpura-puramudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawansentiasa berkawanhati mudah terusik, tetapi meraju tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong orang jika tidak dimintasuka melihat dari perspektif sendiritidak suka terima pandangan orang lainemosi mudah terusiksuka berangan-angan dan pandai bercakapemosi yang kelam kabutdaya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )suka melancong, bidang sastera, dan senipengasih, penyayang, dan lemah lembutromantik dalam percintaanmudah terusik hati dan cemburuambil berat tentang orang lainsuka kegiatan luarorang yang adilboros dan mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkaraperangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubahotak dan pemikiran yang sangat tajamcara berfikir lain dari orang lainberfikiran kehadapan, unik, dan bijakbanyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesrapenuh dengan idea-idea baru yang luar biasasukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnyasifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsiaamanah, jujur, setia, dan pandai berahsiadaya firasat sangat halus dan tinggibagus sebagai doktorcermat dan telitipersonaliti dinamiktidak hargai pujianbercita-cita tinggiterlalu degil dan keras hatiapabila hendak akan diusahakan sehingga berjayasangat rajin dan berkemampuan tinggikekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendakpandai mendorong diri sendiriberani, pemurah, setia, dan banyak kesabaranmudah ambil berat terhadap orang laintak suka marah kecuali tergugatpandai muhasabah diriromantiktidak pasti dengan imbangan kasih sayangsuka duduk di rumahtidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

sangat setia dan pemurahbersifat patriotiksangat aktif dalam permainan dan pergaulanbercita-cita tinggisuka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasiseronok didampingipandai buat lawak dan berfikiran dengan lojiksuka bercampur dengan orangsuka dipuji, diberi perhatian, dan dibelaisangat jujur, amanah, dan bertolak ansurtidak pandai berpura-puracepat marahsikap kurang sabar dan tergesa-gesaperangai yang berubah-ubahtidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggibenci pada kongkongan

Terdapat beberapa jenisLaporan Rahsia Tarikh Lahiruntuk anda pilih :

1 - Laporan Ringkas Peribadi - RM10.002 - Laporan Kerjaya Yang Sesuai - RM15.003 - Laporan Kesihatan - RM10.004 - Laporan Arah Kejayaan, Kekayaan dan Tuah - RM25.005 - Laporan Keserasian Pasangan - RM25.006 - Laporan Carta 5 Tahun - RM25.007 - Laporan Lengkap Tarikh Lahir - RM96.00

PROMOSI :DapatkanLaporan Ringkas Peribadi,Laporan Kerjaya Yang Sesuai, Laporan KesihatansertaLaporan Arah Kejayaan, Kekayaan dan TuahhanyaRM30.00sahaja.

UntukPELAJARyang berusia 18 tahun kebawahPOTONGANharga sebanyak50%diberikan.

PERCUMAperisian Pengiraan Tarikh Lahir(yang bernilai RM434.00)bagi setiap pembelian RM50.00 dan ke atas.

Untuk memesan sila hantar maklumat berikut:1 - Nama2 - Tarikh Lahir dan masa3 - Jenis Laporan4 - Email Anda (kami akan email kepada anda)5 - Tarikh Pembayaran6 - Masa Bank-in kepada kami 012-3696954 atau email [email protected]

Sila bank-in MAYBANK : 1621 0697 4760

Anda juga boleh membuat pembayaran melaluiPAYPALdanKad Kreditdengan menghantar emel anda kepada kami untuk urusan tersebut. Kami akan hantarkan link pembayaran Kad Kredit kepada anda. Pembayaran PAYPAL kepada [email protected]

Contoh SMS atau Email :Nama :Siti Haliza binti Che DinTarih Lahir :11 Jan 1981Jenis Laporan :1Email :[email protected] Bank-in :6 Mac 2008Masa :9.05 am

Anda pasti teruja dengan ketepatan sehingga 90%.

Terima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami.