nota kerohanian

Upload: mr-naj

Post on 30-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    1/18

    Komponen Pendidikan Kerohanian Dan Moral. Satu analisis berasaskan al-quran

    dan al-sunnah.

    (Disediakan oleh Ikmal Firdaus Bin Abdul Wahab)

    10 Pengenalan

    Pendidikan Kerohanian dan Moral prasekolah amat penting bagi pemupukan nilai Islam

    dan nilai-nilai murni masyarakat berbilang kaum. Ianya bertujuan melahirkan rakyat

    yang berakhlak mulia, mampu membezakan baik dan buruk serta mampu menjadi

    benteng dari terjebak dengan perkara-perkara negatif. Pendidikan seumpama ini perluditerap sejak dari kecil kerana ia akan menjadi asas apabila sudah dewasa seperti kata

    pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh kerana pendidikan ini penting,

    maka ia perlu dirangka dengan sebaiknya bagi menjamin keberkesanan dalam

    pelaksanaannya kelak.

    20 Definisi Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral

    2.1 Definisi Kurikulum Pendidikan Islam

    Manhaj atau kurikulum merujuk kepada maksud jalan yang terang atau jalan yang

    dilalui oleh manusia dalam berbagai bidang kehidupan. Dari segi konteks pendidikan,

    Kurikulum (manhaj) adalah cara atau pendekatan yang digunakan oleh pendidik atau

    guru terhadap pelajarnya untuk mengembangkan pengetahuan, membentuk

    ketrampilan dan sikap mereka. Pada masa dahulu, kurikulum dalam pendidikan Islam

    lebih terbatas kepada ilmu-ilmu yang diajar oleh guru-guru di sekolah-sekolah atau

    institusi pendidikan dalam bentuk buku-buku atau kitab-kitab tradisional untuk dikaji

    oleh murid-muridnya (Muhammad Omar al-Toumy al-Syaibany, 1982).

    Menurut Addamarsady dan Munir (1968), kurikulum adalah satu himpunan

    daripada pengalaman-pengalaman yang meliputi bidang pendidikan, sosial, sukan dan

    kesenian yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk pelajarnya di dalam dan di

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    2/18

    luar bilik darjah bertujuan membantu para pelajar berkembang secara menyeluruh dari

    segala aspek serta membentuk tingkahlaku mereka sejajar dengan objektif pendidikan.

    Ianya juga satu jalan yang dibentuk oleh guru untuk menolong para pelajar supaya

    mereka lebih maju dalam pendidikan dan kemahiran-kemahiran tertentu melalui

    pelbagai aktiviti (Muhammad Omar al-Toumy al-Syaibany, 1982).

    2.2 Definisi Kurikulum Pendidikan Moral

    Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang

    bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran

    moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

    Kita melihat pula apakah yang didefinisikan bagi moral. Straughan, R. (1982)

    berpendapat bahawa Pendidikan Moral adalah suatu bidang yang kabur. Damon, W.

    (1988) mengatakan bahawa tiada satu definisi yang universal bagi kemoralan yang

    diterima oleh semua pihak. Terdapat banyak pengertian tentang moral, kemoralan,

    etika, dan nilai. Perbezaan pengertian istilah-istilah ini telah membawa kepada

    pendapat yang berlainan, perselisihan faham, dan juga pertelingkahan tentang konsep

    pendidikan moral. Hal ini menyebabkan pelbagai pendekatan dicadangkan dan

    pelbagai kaedah telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pelbagai pembelajaran

    Pendidikan Moral.

    Bull, H. J. (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita

    sendiri tidak tahu apa itu kemoralan. Oleh itu, sebelum kita mulakan segala

    perbincangan tentang kemoralan dan pendidikan moral, kita perlu mendefinisikan

    perkataan moral dan kemoralan, serta istilah-istilah yang banyak berkaitan dengan

    moral, seperti etika dan nilai. Maksud etimologi bagi perkataan etika (ethics) yang

    berasal daripada perkataan Yunani ethos, ialah adat (customs) atau kegunaan

    (usages). Manakala moral berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa

    erti yang sama dengan etika (Ashmore, R. B. 1987).

    Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang

    kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    3/18

    sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik(Grassian, V. 1981). Menurut Frankena, W,K.

    (1973), etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah

    moral, dan pertimbangan moral. Apakah itu nilai? Menurut Kamus Dewan (Edisi Baru

    1995), antara erti nilai termasuklah taksiran harga, harga sesuatu dibandingkan

    dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian

    (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll).

    Kesimpulannya dari segi bahasa pengertian kurikulum atau manhaj dalam

    pendidikan Islam, bermakna jalan yang terang. Manakala dalam bidang pendidikan ia

    memberi maksud unsur-unsur yang terdapat dalam proses pendidikan yang diikuti oleh

    guru atau pendidik sebagai panduan untuk mengajar dan mendidik para pelajarnya.

    Manakala dari segi kurikulum atau manhaj dalam pendidikan moral, bermakna sukatan

    pelajaran untuk membimbing para pelajar memahami sifat kemoralan. Tetapi yang

    utama, pendidikan moral sepatutnya merupakan proses yang menolong pelajar-pelajar

    itu sendiri menjadi orang yang bermoral. Oleh itu, program pendidikan moral mestilah

    dilihat sebagai suatu usaha merangsangkan pentaakulan para pelajar, membolehkan

    mereka mencapai keputusan dan pertimbangan moral yang sempurna di samping

    memupuk emosi moral dan menggerakkan pelajar-pelajar itu bertingkah laku baik

    berdasarkan pemikiran dan perasaan moralnya.

    3.0 Kepentingan Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral

    3.1 Kepentingan Kurikulum Pendidikan Islam

    Menurut Hasan Lunggulung (1991) ;

    i. Kurikulum Pendidikan Islam adalah sebagai alat untuk mendidik generasi muda

    dengan baik dan menolong mereka untuk membuka dan mengembangkan bakat

    dan potensi diri disamping menyediakan diri untuk masyarakatnya.

    ii. Membentuk masa depan yang lebih berjaya disamping memperbaiki kegagalan

    yang pernah dilalui sebelumnya.

    iii. Menyediakan diri untuk berhadapan dengan suasana kehidupan yang lebih

    mencabar terutamanya untuk memenuhi tuntutan masyarakat.

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    4/18

    iv. Sebagai alat yang terbaik untuk membina masyarakat yang maju dari segi

    memenuhi tuntutan dunia dan juga tuntutan akhirat.

    3.2 Kepentingan Kurikulum Pendidikan Moral

    Kurikulum Persekolahan Kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi

    menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.

    Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran

    pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan

    kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan

    tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Muriddididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta

    dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan

    kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala

    rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras

    untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah dan Menengah. Mata

    pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-

    nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu

    pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat

    dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Rendah dan Menengah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam

    sekitar dan negara.

    4.0 Sistem Pendidikan Prasekolah

    Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian

    pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-

    kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal,

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    5/18

    terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. Kurikulum

    Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap

    keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun

    2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian

    Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran

    yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi

    pengajaran pendidikan Islam di prasekolah, guru yang mengajar pendidikan Islam

    sekolah rendah yang akan menggantikan guru prasekolah untuk menjalankan sesi

    pengajaran. Kekerapan sesi pengajaran sebanyak 4 masa (2 jam) dalam seminggu.

    Guru prasekolah masih boleh menerapkan pendidikan Islam dalam pendidikan

    prasekolah tetapi pendidikan asas sahaja seperti bacaan doa dan nilai murni dalam

    pendidikan Islam. Bagi pendidikan moral pula guru prasekolah boleh menjalankan sesipengajaran dan tidak memerlukan guru yang lain.

    5.0 Falsafah Pendidikan Islam Dan Moral

    Musa Daia (1967) menyatakan, kalimah falsafah merupakan suatu sebutan yang telah

    pun menjadi sebati dalam perbendaharaan kata dan merupakan suatu asimilasi bagi

    mengembang dan mengukuhkan bahasa Melayu di rantau ini. Menurut sejarah

    perkembangan bahasa, perkataan tersebut berasal dari bahasa Yunani iaitu philo

    sophic. Philo bererti cinta atau kaji atau hargai dan sophic bererti hikmat atau

    kebajikan atau kebenaran.

    Kombinasi dari kedua-dua perkataan philo sophic disebut sebagai cinta

    kebenaran. Rangkai kata ini dipindah ke bahasa Inggeris dengan sebutan philosophy.

    Mohd. Sulaiman (1984) memberi erti falsafah berdasarkan kepada perkataan falsafah

    itu sendiri yang bercantum daripada dua perkataan Yunani philo-sophic dengan

    terjemahannya cintakan hikmat.

    Justeru itu, perkataan falsafah dapat diertikan sebagai usaha mencari suatu

    kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan suatu kebenaran atau keyakinan

    yang berhubung dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    6/18

    Dengan kata lain, falsafah adalah mencari atau menganggap sesuatu dengan

    menggunakan kecerdasan akal fikiran dan kebijaksanaan.

    5.1 Falsafah Pendidikan Islam

    Assyaibani mendefinisikan Falsafah Pendidikan Islam sebagai melaksanakan teori dan

    metode falsafah di bidang pengalaman manusia yang dipanggil pendidikan. Oleh itu,

    falsafah pendidikan berfungsi menilai pendidikan, menyelaras dan menganalisa

    permasalahan dan isunya dalam kehidupan. Ia mencakupi pembahasan pemahaman

    yang berbeza dan menjelaskan makna istilah yang digunakan dalam pendidikan. Ia

    juga menentukan perkara pokok yang ada hubungan dengan lapangan lain dalam hidup

    manusia (Haron Din dan Sobri Solomon, 1988).

    Turki Rabib (1982) menyatakan bahawa falsafah pendidikan Islam dibina

    berasaskan kepada empat rukun iaitu:

    i. Iman yang teguh kepada Allah dan rasulnya, malaikatnya, syurganya, nerakanya

    dan hari kebangkitan.

    ii. Akhlak yang baik dan mulia.

    iii. Berilmu dalam erti yang menyeluruh.

    iv. Amal salih di dunia dan di akhirat.

    Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 9 yang bermaksud;

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal

    salih, mereka dibimbing oleh Tuhan kerana keimanannya, di bawah

    mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh

    kenikmatan.

    Falsafah merupakan komponen paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,

    kerana sikap manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada falsafah yang

    disalurkan melalui pendidikan. Pendidikan diertikan oleh cendekiawan sebagai

    pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi sama ada ilmu atau kemahiran,

    sedangkan nilai-nilai itu ditentukan oleh falsafah yang disogokkan melalui sistem

    pendidikan. Oleh itu, falsafah yang berteraskan kebendaan akan melahirkan

    masyarakat yang bersikap kebendaan yang mampu membangunkan kebendaan bagi

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    7/18

    keseronokan hidup di dunia. Bagi mereka dunia ini merupakan matlamat, seperti yang

    dinyatakan dalam Al-Quran. Firman Allah dalam surah Al-Jathiah ayat 24 yang

    bermaksud;

    Dan mereka berkata; Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidupkita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah

    yang membinasakan kita melainkan edaran zaman, pada hal mereka

    tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu, mereka

    hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

    Menurut Al Nahwi, sesuatu falsafah pendidikan mestilah didasarkan kepada asas yang

    kukuh, diyakini dan tidak berubah. Inilah yang dibawa oleh Islam di dalam semua aspek

    kehidupan manusia, termasuklah pendidikan yang diasaskan kepada sumber yangteguh iaitu Al-Quran dan al-sunnah. Firman Alah dalam surah al-maidah, ayat 15-16

    yang bermaksud;

    Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab

    yang menerangkan. Dalam kitab itulah Allah menunjukkan kepada

    orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan yang selamat,

    dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu

    daripada kegelapan kepada cahaya yang terang dengan

    kehendakNya dan menunjukkan mereka jalan yang lurus.

    Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam menerangkan kepentingan kedua-dua sumber

    tersebut;

    Aku telah meninggalkan kepadamu 2 perkara, jika kamu berpegang

    teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat buat

    selama-lamanya, iaitu kitab Allah dan Sunnah NabiNya.

    5.2 Falsafah pendidikan moral

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    8/18

    Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk

    kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai

    murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam

    pelbagai kaum di Negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup

    yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka

    menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan

    dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai

    panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi,

    rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah :

    i. bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;

    ii. berpegang teguh pada ajaran agama;

    iii. prihatin kepada alam sekitar;iv. mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;

    v. bersemangat patriotik;

    vi. menghormati hak asasi manusia; dan

    vii.mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

    Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan

    hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan.

    6.0 Matlamat Pendidikan Islam Dan Moral

    6.1 Matlamat pendidikan islam

    Pendidikan Islam ialah pendidikan yang bersumberkan kepada Al-Quran dan hadis.

    Oleh itu matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan kedua-dua

    sumber tersebut.

    Mohd. Attiah Al-Ibrashi (1969) menyatakan bahawa matlamat pendidikan Islam

    adalah;

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    9/18

    Bertaqarrub kepada Allah, bukan untuk menjadi pemimpin

    bermegah-megah dan berlumba-lumba.

    Beliau juga seterusnya menyatakan bahawa matlamat pendidikan menurut Ibnu

    Khaldun adalah seperti berikut;

    Sebenarnya pendidikan Islam mempunyai dua tujuan iaitu tujuan

    keaagamaan, maksudnya beramal untuk akhirat sehingga

    seseorang itu menemui Tuhannya setelah selesai menunaikan hak-

    hak Allah yang diwajibkan ke atasnya. Kedua, tujuan ilmiah yang

    bersifat keduniaan iaitu apa yang diungkapkan oleh pendidikan

    moden dengan tujuan kemunafaatan atau persediaan hidup.

    Abdul Qadir Ahmad (1980) menyatakan bahawa matlamat pendidikan Islam ialah

    untuk melahirkan individu yang salih dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam

    kehidupan di dunia untuk melahirkan individu yang beramal dengan amalan-amalan

    Islam supaya mencapai kebahagiaan di akhirat.

    Samak (1980) menyatakan bahawa matlamat pendidikan Islam dalam pelbagai

    peringkat pengajarannya adalah menuju ke arah dua matlamat utama. Satu

    matlamatnya tersimpul dalam tujuan am dan satu lagi dalam tujuan khas.

    Langgulung, Hassan (1986) menyatakan bahawa tujuan pendidikan Islam

    sebagai alat untuk menentukan haluan pendidikan yang dapat dilihat melalui tiga

    peringkat iaitu tujuan khas, tujuan am dan tujuan akhir. Apabila digunakan dalam

    kurikulum, ketiga-tiga peringkat ini mencakupi aspek tertentu pada tujuan tersebut.

    Peringkat-peringkat tujuannya adalah seperti berikut:

    i. Murid-murid akan menguasai prinsip-prinsip ilmu tersebut (tujuan khas)

    ii. Murid-murid akan sanggup berfikir secara kritis (tujuan am).

    iii. Murid-murid akan mencapai perwujudan diri (tujuan akhir).

    Jika dilanjutkan lagi maka ia akan berkaitan dengan tujuan hidup manusia iaitu berbakti

    kepada Allah dan mencari kesempurnaan diri.

    6.2 Matlamat pendidikan moral

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    10/18

    Mari kita lihat apakah matlamat pendidikan moral. Matlamat keseluruhan pendidikan

    moral boleh diperjelaskan lagi dan lebih bermakna jika dipandang mengikut matlamat-

    matlamat tertentu terutama:

    i. Untuk menyampaikan kepada para pelajar beberapa pengetahuan fakta yangperlu dan relevan sebagai asas dalam membuat keputusan dan pertimbangan-

    pertimbangan moral.

    ii. Untuk menambahkan kesedaran dan pemahaman para pelajar tentang

    peraturan-peraturan masyarakat serta segala sifat-sifat murni dan baik yang

    diingini diterima dan dipuji dari segi moral.

    iii. Untuk mengembangkan kemahiran para pelajar menggubal prinsip-prinsip moral

    serta menggunakannya dalam situasi-situasi tertentu, membolehkan pelajar-

    pelajar secara bebas membuat keputusan dan pertimbangan-pertimbangan

    moral yang rasional dan betul serta membenarkan mereka berfikir dan menilai

    keadaan sekeliling walaupun mereka mungkin mengkritik perturan-peraturan dan

    prinsip-prinsip yang sedia ada.

    iv. Untuk menyuburkan emosi moral atau sentimen perikemanusiaan para pelajar

    supaya bersifat penyayang, bersikap belas kasihan dan sebagainya.

    v. Untuk menggalak dan merangsang para pelajar agar bertingkah laku dan

    bertindak sukarela, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh mengikut apa

    yang dipertimbangkan atau difikirkannya baik, mulia dan benar dari segi moral.

    Kurikulum Pendidikan Moral juga bermatlamat membentuk individu yang berakhlak

    mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan

    negara serta masyarakat global.

    7.0 Objektif Pendidikan Islam Dan Moral

    7.1 Objektif Pendidikan Islam

    Antara objektif pendidikan Islam ialah memperkukuhkan kemahiran membaca,

    memahami menghafaz ayat-ayat al-quran serta menghayati serta mengamalkan isi

    kandungan dalam amalan kehidupan harian (Huraian KPM, 2005).

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    11/18

    Menurut Mohd Aderi dan Asmawati (2006), objektif pengajaran Tilawah al-Quran

    bukanlah dari susut membetulkan bacaan semata-mata, bahkan ia meliputi bacaan,

    kefahaman, penghayatan dan amalan. Firman Allah di dalam surah al-Anam, ayat 155

    yang bermaksud;

    Dan sebuah kitab (al-quran) yang kami turunkan, yang ada berkatnya

    (banyak manfaatnya). Oleh itu hendaklah kamu menurutnya, dan

    bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oelh Ibn Hibban Rasulullah s.a.w bersabda,

    bermaksud;

    Hendaklah kamu membaca Al-Quran, kerana ia adalah cahaya

    kepadamu di dunia dan perbendaharaan bagimu di langit.

    Objektif pendidikan Islam yang seterusnya ialah memperkukuhkan dan

    memepertingkatkan amalan ibadat solat dan ibadat-ibadat lain serta ke arah memahami

    konsep ibadat dan mengamalkannya dengan betul dan sempurna (Huraian KPM,

    2005). Hasan Langgulung (1991) menyatakan, fokus utama dan terpenting dalam

    pendidikan Islam ialah seseorang pelajar itu perlu dididik sepanjang masa secara

    seimbang iaitu jasmani, rohani, emosi dan intelek yang dijuruskan dalam konteks

    pengabdian diri kepada Allah dan memperolehi keredhaanNya. Oleh itu ibadat

    merupakan perkara yang sangat penting, yang mesti difahami betul-betul oleh setiap

    orang yang beriman kepada Allah dan para Rasulnya, sebelum ia diamalkan dan

    dihayati. Firman Allah di dalam surah al-Anam ayat 162 yang bermaksud;

    Katakanlah : Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku

    semua bagi Allah Tuhan semesta alam.

    Kurikulum pendidikan Islam juga menekankan dan menumpukan tentang ibadat

    solat kerana ia merupakan tonggak kepada ibadat-ibadat lain, Seperti sabda Rasulullah

    s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Tabrani;

    Amal seseorang hamba yang pertama akan dihisab kelak ialah solat,

    maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak.

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    12/18

    Segala amal ibadat dan urusan hidup yang dijalankan mestilah dengan niat

    ikhlas kerana Allah demi mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan

    akhirat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Hakim,

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

    Bertulus ikhlaslah kamu dalam melaksanakan agamamu, nescaya segala

    amalan yang sedikit itu cukup untukmu.

    Selain daripada itu objektif Kurikulum Pendidikan Islam juga adalah untuk

    memperkukuhkan pegangan aqidah Islamiah dan mengaitkan konsep tauhid dalam

    keseluruhan aspek kehidupan. Menurut Musa (1997), aqidah yang kukuh ialah

    kepercayaan yang tertanam kukuh di dalam jiwa tanpa sebarang keraguan bahawa

    tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, seperti firman Allah didalam surah al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud;

    Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya beriman adalah orang-

    orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka tidak

    ragu-ragu.

    Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang

    bermaksud;

    Dari Umar Ibn Khattab r.a, ia berkata : telah bersabda Rasulullah s.a.w :

    Iman ialah bahawa engkau percaya dengan Allah, dengan para

    Malaikatnya, dengan para Rasulnya, dengan Hari Kiamat dan engkau

    percaya dengan Qadar baik dan burukNya.

    Objektif kurikulum pendidikan Islam juga adalah supaya para pelajar dapat

    membina kepribadian serta mengamalkan akhlak mulia, sifat-sifat terpuji dan

    menghindari sifat-sifat yang tercela (Huraian KPM, 2005).

    Menurut Asmawati (2006), pendekatan Islam dalam pendidikan akhlak amat

    menekankan kepada penanaman aqidah atau rohani. Ini kerana aqidah merupakan

    teras Islam yang utama. Kepentingan aqidah dalam Islam dapat dilihat menerusi nas-

    nas al-Quran dan Hadis yang mengaitkan pembentukan akhlak dengan aqidah atau

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    13/18

    iman. Misalnya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w bersabda

    yang bermaksud;

    Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik

    akhlaknya.

    Rasulullah s.a.w. memiliki akhlak yang tinggi dan sempurna, maka Allah menetapkan

    baginda sebagai ikutan yang baik bagi seluruh umat manusia seperti yang termaktub di

    dalam surah al-Ahzab ayat 21, yang bermaksud;

    Pada peribadi Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi

    kamu semua, yang mengharapkan (keredhaan) Allah serta

    (kebahagiaan hidup) di akhirat.

    Pendidikan akhlak yang berteraskan aqidah dan nilai agama adalaah lebih sempurna

    dan terjamin untuk melahirkan insan yang berkualiti (Asmawati, 2006)

    Selain daripada itu, selepas mempelajari kurikulum pendidikan Islam, para pelajar

    akan dapat memahami, menghayati hadis-hadis Rasulullah, mengambil pengajaran dan

    meneladani Sirah Rasulullah dan para sehabat serta Tamaddun Islam, supaya mereka

    dapat mengambil iktibar dan mengamalkan ajaran Islam sebagai satu cara hidup

    (Huraian KPM, 2005). Firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 19 yang

    bermaksud;

    Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam

    Rasulullah s.a.w adalah rahmat Allah untuk manusia sejagat. Firman Allah di dalam

    surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud;

    Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai

    rahmat untuk seluruh alam.

    7.2 Objektif pendidikan moral

    Setalah kita mengetahui objektif pendidikan Islam mari kita lihat apakah objektif

    pendidikan moral. Objektif pendidikan moral ialah untuk membolehkan pelajar:

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    14/18

    i. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;

    ii. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;

    iii. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi

    mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan

    keluarga,masyarakat, negara serta alam sekitar; dan

    iv. Mengembangkan pemikiran moral,perasaan moral dan amalan moral dalam

    membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai

    murni masyarakat Malaysia.

    8.0 Kandungan Sukatan Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral

    8.1 Sukatan kurikulum pendidikan Islam

    Kandungan Sukatan Kurikulum Pendidikan Islam KBSM terbahagi kepada bidang-

    bidang berikut : (1) Tilawah al-Quran (TQ) yang merangkumi bacaan, hafazan dan

    kefahaman serta hadis, (2) Ulum Syariyyah (US) yang merangkumi Aqidah, Ibadah,

    Sirah Rasulullah s.a.w dan tamaddun Islam, dan (3) Adab dan Akhlak Islamiyyah

    (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005).

    Bidang pengajaran TQ, bukan sekadar membetulkan bacaan al-Quran semata-

    mata malah ia bertujuan mendidik pelajar-pelajar supaya sentiasa menghayati ajaran-

    ajaran al-Quran dalam kehidupan individu dan jemaah (Asmawati, 2006). Ini

    bersesuaian dengan firman Allah dalm surah al-Maidah ayat 16 yang bermaksud;

    Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah nur

    (Muhammad) dan kitab yang terang (al-quran). Dengan kitab itu Allah

    memimpin sesiapa yang hendak mengikut keredaanNya ke jalan yang

    selamat dan dikeluarkan mereka dengan izinNya dari kegelapan

    kepada cahaya yang terang dan mereka dipimpinNya ke jalan lurus.

    Bidang pengajaran Ulum Syariyyah, memberi tumpuan kepada

    memperkenalkan asas keimanan dan membiasakan diri pelajar dengan rukun-rukun

    Iman dan Islam serta prinsip-prinsip syariat serta asas-asas pengajaran Islam dengan

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    15/18

    mengenal pasti Islam dari segi aqidah dan ibadah. Ini bersesuaian dengan hadis

    Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Hakim dari Ibn Abbas yang bermaksud;

    Mulakanlah anak-anak kamu dengan kalimah Tiada Tuhan Melainkan

    Allah.

    Menurut Mohd Ali Hashimi (1986), melalui pengetahuan tentang kosep ibadah,

    seseorang itu dapat menjalani ibadah dengan sempurna seperti mana firman Allah di

    dalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud;

    Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka

    beribadah kepadaku.

    Melalui pembelajaran Sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta TamadunIslam dapat memberi pengajaran dan menimbulkan kesedaran tentang kekuatan aqidah

    umat Islam pada masa itu. Peribadi baginda dijadikan Allah sebagai contoh teladan

    bagi sekelian umat Islam. Firman Allah dal surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud;

    Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasulullah kepada kamu

    maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya, maka

    patuhilah larangannya.

    Pengajaran Akhlak Islamiyyah, berkait rapat dengan matlamat pendidikan untuk

    membentuk akhlak manusia menjadi mukmin sejati seperti yang ditegaskan oleh

    Rasulullah di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud;

    Sebaik-baik kamu ialah orang yang terbaik akhlak dan budi

    pekertinya.

    Oleh itu pendidikan Akhlak Islamiyyah berperanan membentuk insan yang

    berpekerti mulia dan soleh. Insan yang berakhlak mulia akan disenangi dan disukai oleh

    orang lain dan insan yang berakhlak mulia juga akan menghindarkan diri dari semua

    perkara yang buruk dan kuat amar makruf nahi mungkarnya iaitu menyeru kearah

    kebaikan dan mencegah kemungkaran.

    8.2 Sukatan kurikulum pendidikan moral

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    16/18

    Sukatan pelajaran bagi pendidikan moral terbahagi kepada tiga lingkungan umur

    iaitu (rendah 6-11 tahun, menengah rendah 12-14 tahun dan menengah atas 15-16

    tahun). Perancang dan pengembang kurikulum (yang terlibat dengan pendidikan moral

    di Malaysia) mengenalkan inovasi terhadap kandungan atau bahan-bahan pengajaran,

    strategi atau teknik-teknik pengajaran dan bantuan serta sumber-sumber lain yang

    perlu digunakan oleh guru pendidikan moral sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

    Guru pendidikan moral di Malaysia menyediakan skim kerja yang bersesuaian dengan

    peringkat perkembangan pelajar. Secara amnya program pendidikan moral dirangka

    untuk membimbing para pelajar memahami sifat kemoralan.

    Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-

    prinsip moral,sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai

    moral disampaikan menerus bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian

    dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan

    dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :

    i. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri.

    ii. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga

    iii. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat

    iv. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar

    v. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara

    Pengajaran nilai harus berfokus pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi tiga

    dimensi moral yang saling berkaitan. Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga

    dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

    Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid supaya memahami nilai-

    nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta

    mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk

    membolehkan seseorang murid mencapai tahap kematangan moral. Teori

    perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang mempertimbangkan ketiga-tiga

    dimensi ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan

    moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi

    kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    17/18

    apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak

    bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikan aspek

    kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral

    tersebut.

    Namun demikian, amatlah rumit bagi sukatan pelajaran pendidikan moral untuk

    menghasilkan orang terdidik yang sempurna dari segi moral seperti yang dianggap atau

    digambarkan di atas. Walaupun guru yang mengendalikan kelas-kelas Pendidikan

    Moral secara formal mungkin berjaya menggalakkan sentimen kemanusiaan dan

    menggerakkan pelajar-pelajarnya supaya berkelakuan moral, lebih realistik jika

    dinyatakan bahawa urusan utama pelajaran Pendidikan Moral ialah untuk

    membolehkan seseorang pelajar mempertingkatkan atau memperbaiki pertimbangandan pentaakulan moralnya .

    Dengan mengambil kira tentang sifat-sifat murid-murid prasekolah, tugas guru

    pendidikan moral semata-mata menyediakan asas yang kemudiannya memungkinkan

    para pelajar mempelajari perkara kemoralan dengan cara yang lebih matang. Pada

    peringkat umur yang rendah, pelajar-pelajar tidak boleh menggubal prinsip-prinsip

    moral untuk untuk digunakan dalam situasi-situasi khusus atau menilai peraturan-

    peraturan yang telah wujud serta membuat pertimbangan moralnya sendiri dengan

    bebas dan rasional.

    Sebenarnya untuk memberangsangkan pentaakulan moral pelajar, dia sendiri

    mesti melalui satu bentuk latihan moral dan didedahkan kepada peraturan-peraturan

    dan standard moral supaya biasa dengan konsep-konsep seperti baik dan jahat, benar

    dan salah. Begitu pun, pelajar-pelajar mesti diberi peluang meneroka pengalaman dan

    perasaannya sendiri, bertanya dan membuat komen serta dalam perhubungannya

    dengan orang lain dalam komuniti prasekolah, mengenali sifat saling menghormati.

    Kesemuanya perlu jika sosiolisasi dan latihan moral yang tidak dapat dielakkan itu

    hendak menyokong pendidikan moral.

    Penutup

  • 8/14/2019 nota kerohanian

    18/18

    Kesimpulannya Kurikulum Pendidikan Islam telah dibentuk berdasarkan al-Quran dan

    al-sunnah. Kurikulum Pendidikan Moral juga telah dibentuk dengan sebaiknya

    berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menepati kehendak falsafah

    tersebut. Sesungguhnya sesuatu perkara itu pasti ada kelemahannya. Itulah sifat

    manusia yang bergelar insan makhluk ciptaan Alllah s.w.t. Kelemahan yang terdapat

    pada Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral ialah dari segi pelakasanaannya kurang

    memberi kesan kepada pelajar sekiranya guru hanya menerapkan kurikulum tersebut di

    dalam kelas sahaja. Untuk menambahkan keberkesannya pihak pentadbir, sekolah,

    semua kakitangan serta guru-guru bersepadu berganding tenaga dalam membentuk

    kerohanian dan moral murid-murid dengan menunjukkan akhlak yang baik

    berlandaskan al-Quran dan al-sunnah dan bagi yang bukan Islam mengamalkan moral

    yang baik dan serta menjaga tatasusila berpakaian. Kita sebagai umat Islam haruslahmenjadi contoh kepada yang bukan Islam kerana agama Islam adalah agama yang

    benar dan lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan. Beruntungla bagi mereka yang

    mengamalkan ajaran agama Islam dengan sempurna.