pendidikan moral - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/dokumenstandardkurikulumpendmoral.… ·...

18
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 DRAF

Upload: ledieu

Post on 05-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010

DRAF

Page 2: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2010

Page 3: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,

Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 4: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

iii

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan iii

Rukun Negara iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan v

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix

Pendahuluan KSSRPK Pendidikan Islam 1

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Pendidikan Moral Tahun Pengukuhan 4

Page 5: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara

Page 7: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

vi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Pendahuluan

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan

individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan

seumur hidup. KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan

seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan

dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru

boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata

pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.

KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua

murid menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini

meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk

memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

Page 8: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

vii

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang

dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, Sikap dan Nilai

3. Kemanusiaan

4. Sains dan Teknologi

5. Perkembangan Fizikal dan Estetika

6. Keterampilan Diri

Page 9: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

viii

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Reka Bentuk Kurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

Page 10: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

ix

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai

oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam

bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Page 11: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

1

KSSRPK PENDIDIKAN MORAL PENDAHULUAN KSSRP Masalah Pendengaran ialah satu program mendidik murid masalah pendengaran supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moral murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat memberi satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah:

Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;

Berpegang teguh pada ajaran agama;

Prihatin kepada alam sekitar

Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;

Bersemangat patriotik;

Menghormati hak asasi manusia; dan

Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

MATLAMAT

Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merialisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara,Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan keharmonian yang kukuh dan bersikap toleransi. Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid masalah pendengaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid masalah pendengaran menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi serta cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Murid masalah pendengaran juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet, CD–Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celik teknologi.

Page 12: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

2

Kurikulum Pendidikan Moral Masalah Pendengaran bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. OBJEKTIF Kurikulum Pendidikan Moral Masalah Pendengaran membolehkan murid:

i. memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

ii. meningkatkan amalan budi pekerti mulia. iii. menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral

dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat,negara serta alam sekitar, dan

iv. mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral, dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

FOKUS Fokus KSSRP Pendidikan Moral Masalah Pendengaran adalah seperti berikut;

i. Pemikiran Moral Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan perasaan moral.

ii. Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan murid bermasalah pendengaran berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan merasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.

iii. Perlakuan Moral Kebolehan murid bermasalah pendengaran mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral.

ORGANISASI KANDUNGAN KSSRP Pendidikan Moral Masalah Pendengaran mengandungi 14 nilai murni untuk di sampaikan dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Nilai-nilai murni ini adalah sesuai untuk disampaikan kepada murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah rendah untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia berakhlak mulia. KANDUNGAN

1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2. Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

4. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

5. Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

6. Hormat-menghormati Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan.

Page 13: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

3

7. Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

8. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

9. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

10. Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

12. Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

Page 14: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN MORAL TAHUN PENGUKUHAN

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1. Kepercayaan kepada Tuhan.

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan

mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan

agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun

Negara.

1.1. Mengetahui keunikan alam

1.1.1 Menunjukkan kepelbagaian ciptaan Tuhan

1.1.2 Mewarna gambar berkaitan keindahan alam

1.1.3 Mengambil bahagian dalam aktiviti menjaga keindahan alam

1.1.4 Melakar keadaan alam di sekitar kawasan sekolah

2. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan

orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral

secara tulus ikhlas.

2.1 Membantu ahli keluarga

2.1.1 Mengetahui cara membantu ahli keluarga

2.1.2 Keperluan membantu ahli keluarga

2.1.3 Menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga

2.1.4 Menghasilkan buku skrap tentang cara-cara membantu ahli

keluarga.

3. Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas

serta kewajipan dengan sempurna.

3.1 Melaksanakan tanggungjawab diri.

3.1.1 Tahu tanggungjawab terhadap diri sendiri.

3.1.2 Melaksanakan tanggungjawab diri.

Page 15: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

5

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

4. Berterima kasih.

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan

penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau

pemberian.

4.1 Mengamalkan sikap berterima kasih

4.1.1 Mengamalkan ucapan terima kasih dalam kehidupan seharian.

4.1.2 Mengenali cara memberi penghargaan.

4.1.3 Memberi penghargaan melalui pelbagai cara.

4.1.4 Menghasilkan kad ucapan / nota/ e-mel hari lahir atau hari istimewa.

5. Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan

seharian.

5.1 Menunjukkan adab dalam tutur kata dan

tingkah laku.

5.1.1 Mengenal tingkah laku yang sopan.

5.1.2 Mengamalkan tingkah laku yang sopan dalam kehidupan seharian.

5.1.3 Membuat lakonan ringkas yang menunjukkan tingkah laku yang

bersopan.

6. Hormat-menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial

dengan memberi layanan yang sopan.

6.1 Menghormati diri

6.1.1 Mengenali cara menjaga diri sendiri

6.1.2 Menghormati diri sendiri

6.1.3 Menghormati setiap individu seperti menghormati diri sendiri.

Page 16: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

6

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

7. Kasih sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

7.1 Menyayangi diri

7.1.1 Menyatakan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri.

7.1.2 Menyatakan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri

7.1.3 Menghargai diri dengan menjaga kebersihan dan keselamatan diri

7.1.4 Mengecam peralatan untuk menjaga kebersihan

8. Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat

sebelah.

8.1 Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.

8.1.1 Mengenali contoh keadilan dalam perlakuan seharian

8.1.2 Tujuan mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.

9. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan

tabah.

9.1 Mengamalkan sikap berani

mempertahankan maruah diri.

9.1.1 Menceritakan perlakuan berani mempertahankan maruah diri

berpandukan gambar.

9.1.2 Main peranan tentang kepentingan berani mempertahankan maruah

diri.

Page 17: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

7

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

10. Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap

perlakuan.

10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam diri.

10.1.1 Mengenal sebab-sebab perlunya bercakap benar.

10.1.2 Mengamalkan sikap bercakap benar dalam perlakuan harian.

11. Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan

bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

11.1 Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan

11.1.1 Mengetahui ciri-ciri diri yang bersikap rajin.

11.1.2 Kebaikan mengamalkan sikap rajin.

11.1.3 Mengamalkan sikap rajin dalam diri.

12. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

12.1 Bersedia memberi kerjasama kepada individu

yang memerlukan

12.1.1 Mengetahui kebaikan bekerjasama

12.12 Mengenal pasti aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama

berdasarkan gambar.

12.1.3 Menjalankan aktiviti bersama-sama rakan

13. Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan

dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan

orang lain.

13.1 Mengamalkan sikap sederhana dalam

Diri

13.1.1 Mengenal perlakuan sederhana dalam diri

13.1.2 Mengetahui kepentingan bersikap sederhana

13.1.3 Mengamalkan perlakuan sederhana dalam kehidupan seharian

Page 18: PENDIDIKAN MORAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDMORAL.… · Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk ... usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

8

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

14. Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur , sabar dan mengawal diri

demi kesejahteraan hidup

14.1 Mengamalkan sikap toleransi dalam diri

14.1.1 Mengamalkan sikap bertolak ansur.

14.1.2 Melakonkan sikap bertolak ansur.

14.1.3 Bercerita kisah berunsurkan sikap tolak ansur.