disiplin dan kerohanian - kanmanie, jing, chyn ing, shoba, vignes

36
Disiplin dan Kerohanian KANMANIE A/P SANKER (PRA PISMP SEM 3) LEE XUE JING (TESL SJKC PISMP SEM 3) SHOBANA A/P S. VIJAYAKUMAR (PRA PISMP SEM 3) SIA CHYN ING (PSV 2 PISMP SEM 3) VIGNES A/P ANNADURAI (PRA PISMP SEM 3)

Upload: mimimichellemichael

Post on 08-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Disiplin dan Kerohanian

Disiplin dan KerohanianKANMANIE A/P SANKER (PRA PISMP SEM 3)LEE XUE JING (TESL SJKC PISMP SEM 3) SHOBANA A/P S. VIJAYAKUMAR (PRA PISMP SEM 3)SIA CHYN ING (PSV 2 PISMP SEM 3)VIGNES A/P ANNADURAI (PRA PISMP SEM 3)

Disiplin dan KerohanianPersetiaan dan Undang-undang PertubuhanLagu-lagu Patriotik & PertubuhanDoa-doa & kata-kata hikmah

Persetiaan dan undang-undang pertubuhanPersetiaanMenurut Kamus Pelajar Edisi Ke-dua : perjanjian yg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia

setia(adjektif)1.Bersinonim denganteguh hati:tetap hati,cekal,tabah,bulat hati,bulat fikiran,

2.Bersinonim denganpatuh:taat,tawaduk,boleh diharap.Ikrar BSMMBahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar akan taat setia pada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan pemerintah-pemerintah di negeri kami berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukunegara. Ikrar BSMMBahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan Bulan Sabit Merah Malaysia walau di mana kami berada. Ikrar BSMMBahawa kami berikrar akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kepada yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan kepada prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut : KEMANUSIAANKESAKSAMAANKEBERKECUALIANKEBEBASANKHIDMAT SUKARELAKETUNGGALANKESEJAGATAN

Undang-Undang BSMM

PengenalanPengasas Palang Merah berpendirian undang-undang dapat digunakan dalam peperangan. Ia mampu memberi pelindungan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang tidak berdaya. Konvensyen Geneva Pertama bagi membantu dan menyelamatkan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang dihasilkan pada tahun 1864 Konvensyen 1 & 2(luka dan cedera di darat atau di laut)Anggota tentera yang sakit cedera (yang tidak bersenjata) tidak boleh diserang. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera.Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mencari mereka yang cedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya.Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri.

Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka dibenarkan merawat orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan.Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka.Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.

Konvensyen 3(tawanan perang)Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini dihantar kepada kuasa-kuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka.Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat.Tawanan perang tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains.Konvensyen 3(tawanan perang)Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh.Tawanan perang dibenar mengamalkan suruhan agama mereka.Tawanan perang dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan.Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan.

Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang.Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan perang.Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa akan dihantar pulang.Tawanan perang dihantar pulang selepas tamat peperangan.

Konvensyen 4(orang awam)Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran.Rumah sakit awam dan anggotanya hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan.Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan, bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan.Tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim atau mereka dengan keluarga akibat peperangan diberi keperluan. Konvensyen 4(orang awam)Orang awam berhak dihormati mengenai agama, adat dan kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur.Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang awam untuk mendapatkan maklumat.Adalah dilarang mencuri harta awam atau mengambil tebusan. Orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan di mahkamah.

Protokol tambahanProtokol tambahan 1

Protokol tambahan 2

Protokol tambahan 1(1977)Orang awam tidak boleh diserangAdalah dilarang menggunakan senjata dan cara peperangan yang menyebabkan kecederaan yang berlebihan ataupun penderitaan.Objek-objek seperti kerja-kerja pengairan dan ternakan yang mustahak bagi kehidupan penduduk-penduduk awam tidak boleh diserangBinaan yang ada unsur-unsur berbahaya seperti empangan atau loji kuasa nuklear tidak boleh diserangProtokol tambahan 1(1977)Objek kebudayaan seperti tugu peringatan dan tempat-tempat agama tidak boleh diserangAlam semula jadi perlu dilindungiDilarang memerintahkan musuh yang ditawan dan dibunuhDilarang menyalahgunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Protokol 2(1977)Perjanjian ini adalah berkaitan dengan peperangan saudara atau konflik dalaman yang tidak diliputi oleh Konvensyen Geneva:

Tawanan politik, mereka yang ditahan kerana kepercayaan politik merekaDeraan adalah dilarangPeruntukan terperinci bertujuan melindungi mereka yang cedera, sakit, karam di laut, harta awam dan khusus orang awam yang dilucutkan kebebsan merekaAnggota-anggota perubatan di bawah naungan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah hendaklah dilindungiPeraturan dan Undang-Undang PersatuanPeraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asasPeraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli sepenuhnyaAhli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib akan di ambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan\peraturan semasaTindakan disiplin adalah mengikut Amaran Lisan dan Amaran BertulisAhli yang tidak berpuashati terhadap tindakan ke atasnya,boleh membuat surat rayuan dan semakan salah laku melalui guru penasihat dan keputusan berikutnya adalah muktamad.Lagu-lagu Patriotik & Pertubuhan

Lagu NegarakuNegaraku Tanah tumpahnya darahkuRakyat hidup bersatu dan majuRahmat bahagia Tuhan kurniakanRaja kita selamat bertakhtaRahmat bahagia Tuhan kurniakanRaja kita selamat bertakhta.

Lagu Kebangsaan TerengganuAllah daulatkan Tuanku SultanTerengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku SultanSejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku SultanMemerintah rakyat aman

Lagu IPGInstitut Pendidikan Gurukami sentiasa bersedia,menjulang etika kerjaberkorban jiwa ragamenjunjung aspirasibangsa negara tercinta

Berwibawa,berintegriti,keunggulan peribadi,berteraskan keimanan,mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru,kerjaya dihormatitidak jemu menimba ilmubakti setulus hati yang murni,

IPG Malaysia berikrar,membentuk guru berkualiti,penyayang,berakhlak mulia,mendukung visi misi IPG

Lagu BSMMBulan Sabit Merah di MalaysiaGiat berjasa untuk negaraTidak kira kaum dan agamaWaktu Aman atau Bahaya

Di mana jua adanya sengsaraDi sana ada kitaDi darat dan laut kita bersediaWalau diancam bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan SeduniaMembantu semua yang menderitaBadan Sukarela BerkhidmatDengan tabah dan bersemangat

Doa-doa & kata-kata hikmah

Doa-Doa

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami, perbaikilah hubungan di antara sesama kami, tunjukkanlah kami kepada jalan-jalan keselamatan, selamatkanlah kami dari kegelapan menuju cahaya, jauhkanlah kami dari perbuatan-perbuatan keji yang nampak maupun yang tersembunyi.Ya Allah, berkahilah untuk kami pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, hati-hati kami, istri-istri kami, dan anak keturunan kami! Ampunilah kami karena sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang! Jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmat-Mu, memujinya, menerimanya, dan sempurnakanlah nikmat-Mu tersebut untuk kami.

Kata-kata HikmahAnda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada orang yang tak berusaha sama sekali. J. Douglas

Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia. Tan Sri Hanif Omar

Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. Lukman Hakim Kebebasan bererti tanggungjawab,tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha seseorang itu adalah tidak ternilai harganya. Tun Abdul Razak Hussin Kita tidak harus bersifat negatif kepadakegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya. Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad

Berpadu ialah satu permulaan, terusberpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu ialah kejayaan. Henry Ford Ada empat jenis manusia, iaitu :-

a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahubahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.Oleh itu berilah mereka peringatan.

b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawadia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.Oleh itu, tinggalkanlah mereka.

c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.

d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -Rujukanhttp://www.icrc.org/eng/war-and-law/treaties-customary-law/geneva-conventions/http://ms.wikipedia.org/wiki/Konvensyen_Genevahttp://www.youtube.com/watch?v=zEwwOPtCeWIhttp://armadrafar.wordpress.com/kata-kata-hikmah/

TAMAT SEKIAN, TERIMA KASIH