nota keelektromagnetan

2

Click here to load reader

Upload: mohamad-aizat

Post on 16-Apr-2015

198 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Keelektromagnetan

KEELEKTROMAGNETAN

Magnet- 3 ciri utama bahan magnet ialah medan magnet, fluks magnet dan kutub magnet. * Medan magnet wujud di kawasan sekeliling

magnet dan ruangnya dipenuhi fluks magnet * Fluks magnet ialah lingkaran garis urat daya

magnet. * Kutub magnet terdiri daripada kutub utara

dan kutub selatan.

Ciri-ciri fluks magnet - Garis fluks - kutub utara arah keluar & kutub

selatan arah masuk - Garis fluks tidak bersilang - Garis fluks mudah membentuk & elastik - Garis fkuks sama arah bergabung & menarik - Garis fluks lawan arah akan menolak - Fluks akan padat, ketumpatan fluks tinggi dan kesan magnet kuat apabila : * Pada bahagian kutub * Pada kawasan berhampiran magnet

Ciri-ciri kutub magnet- Kutub yang sama akan menolak .- Kutub yang berlawanan akan menarik

Kesan MagnetKesan magnet yang dihasilkn dengan menggunakan arus elektrik dikenali sebagai keelektrogmanetan.Kekuatan keelektromagnetan bergantung kpd : - Saiz pengalir (Besar) - Nilai arus (Tinggi) - Bentuk pengalir (Lengkung/gegelung) - Jenis teras ( Teras besi lembut) - Bilangan lilitan pengalir ( Banyak)

a) Dawai pengalir lurus b) Lengkung - Arah fluks & arah arus dapat ditentukan

dengan menggunakan Petua Genggaman Tangan Kanan & Petua Skru Maxwell.

i) Petua Genggaman Tangan Kanan Ibu jari ----- arah arus Genggaman jari ----- arah fluks

ii) Petua Skru Maxwell Arah pacuan skru ----- arah arus Arah putaran skru ----- arah fluks

c) Gegelung * Pengalir bertebat dililit rapat antara satu

sama lain sehingga garis fluks disekeliling setiap pengalir bergabung lalu menghasilkan satu medan magnet yang kuat & berkutub.

* Arah fluks & arah arus dapat ditentukan dengan menggunakan Petua Genggaman Tangan Kanan iaitu ibu jari untuk arah kutub utara dan genggaman tangan untuk arah arus.

Prinsip Keelektromagnetan1) Hukum Faraday : DGE teraruh pada pengalir diperolehi

dgn 2 cara : i) Pengalir memotong fluks ii) Fluks memotong pengalir.

2) Hukum Lenz : Arus teraruh sentiasa membina fluks yang melawan gerakan yang menghasilkan arus tersebut.

3) Petua Tangan Kiri Fleming : Menentukan arah daya tolakan, arah arus elektrik dan arah fluks magnet kutub.

Ibu jari ------- Daya tolakan Jari telunjuk ------- Arah fluks magnet kutub Jari hantu ------ Arah arus

Penggunaan Prinsip KeelektromagnetanPenggunaan keelekromagnetan yang perlu dipelajari adalah berkaitan dengan prinsip kendalian gegelung. Gegelung merupakan bahagian utama bagi solenoid, geganti dan loceng elektrik.

a) Kendalian Solenoid - Apabila bekalan dihidupkan arus mengalir melalui gegelung - Medan magnet terbentuk pada gegelung. - Teras pegun dan teras pelocok akan berkutub. - Kutub teras pegun akan menarik teras pelocok yang juga

bekutub tetapi berlawanan. - Pegas akan termampat. - Apabila bekalan terputus pegas menolak semula pelocok.

b) Kendalian Geganti - Apabila bekalan dihidupkan arus mengalir melalui gegelung - Medan magnet terbentuk pada gegelung. - Teras pegun dalam gegelung akan berkutub. - Teras pegun akan menarik angker sesentuh ke bawah. - Sesentuh C akan menyentuh NO manakala NC akan

terputus sambungan dengan C. - Keadaan akan kembali asal jika bekalan diputuskan.

b) Kendalian Loceng Elektrik - Apabila bekalan dihidupkan arus mengalir melalui gegelung - Medan magnet terbentuk pada gegelung. - Teras pegun dalam gegelung akan berkutub. - Teras pegun akan menarik angker pemukul mendekatinya. - Tarikan itu menyebabkan pemukul mengetuk gong. - Loceng akan berbunyi. - Pada ketika pemukul mengetuk gong, sesentuh skru pelaras

terbuka. - Arus litar terputus dan menyebabkan gegelung hilang kesan

kemagnetan. - Angker balik ke tempat asal. - Proses berulang selagi bekalan dihidupkan.

Page 2: Nota Keelektromagnetan