nota kaedah dan teknik pengajaran bahasa

12
Nota kaedah dan teknik

Upload: miss-iza

Post on 13-Jun-2015

18.641 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

Nota

kaedah

dan teknik

Page 2: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

pengajaran

bahasa

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL

• Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat

bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman

mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-

pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilohan kata-kata

dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul

supaya tergambar makna yang betul.

• Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori

pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan

memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi

menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu

bahasa yang betul.

Page 3: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

• Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah

berlandaskan prinsip pengajaran berikut:

a) Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap2 gerak

balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi.

b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar

pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur

AKTIVITI PENGAJARAN BERTUTUR BAGI PENDEKATAN SITUASI

LATIH TUBI

Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola

yang digunakan oleh guru.

Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi

sebutan tersebut.

Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus

ulanginya lagi.

Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi

fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.

Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat

menghasilkan makna digunakan.

Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu.

DIALOG DAN NYANYIAN

• Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan

lisan.

• Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat

menyuruh murid meniru dan menghafal dialog.

Page 4: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

• Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan

kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut

rentak, nada yang betul.

LATIHAN PANDANG DAN SEBUT

• Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan.

• Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan

gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.

• Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan.

• Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang

baik.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui

teknik permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar

memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat

dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis.

Page 5: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan

murid.

Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid.

Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekpaan bahasa mereka

serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan

dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara

khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam

permainan bahasa tersebut iaitu :

merangsang interaksi verbal pelajar

menambah kefasihan dan keyakinan

menyediakan konteks pembelajaran

bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TUJUAN TEKNIK PERMAINAN

Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan

menggembirakan

Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan

semasa bermain

Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh

murid-murid

Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi

dengan rakan sebaya mereka.

Page 6: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas

yang diberi.

CONTOH PERMAINAN

Permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan.

Permainan yang berasaskan huraian atau meneka.

Permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu

Permainan kad

Permainan dam

PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI

1. Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan.

2. Dibawak konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan

oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran.

3. Dengan kata lain, aktiviti- mengandungi segala tindakan dalam P&P.

4. Aktiviti- suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden.

5. J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid.

Page 7: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

6. Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh

dan seimbang.

7. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik.

8. Didalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang

boleh digunakan di sekolah.

Antaranya aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang,

membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.

9. Penggunaan pelbagai aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkan

beberapa kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian

masalah, kaedah perbincangan dan sebagainya.

10.Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti.

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

Terhasil daripada huraian ahli-ahli tatabahasa tradisional atau klasik.

Kaedah yang paling awal digunakan dalam pengajaran bahasa.

Ahli bahsa tradisional lebih mengutamakan penulisan dalam kajian mereka

daripada lisan.

Oleh itu, yang terhasil daripada huraian bahasa ini juga mengutamakan

penulisan daripada lisan.

Page 8: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

Unsur-unsur sebutan tidak dipentingkan

Pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini amat terikat dengan

penggunaan buku teks.

Bahan-bahan bahasa yang diajar iaitu bahan bacaan dan terjemahan diambil

daripada buku teks.

Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-murid akan dilengkapi dengan satu

senarai kata yang perlu dikuasai.

Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut murid-murid diberi terjemahan

dalam bahasa ibunda.

Di samping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berdasarkan

peraturan-perturan nahu yang telah diajar

Aktiviti membaca merupakan asas untuk mecerakinkan nahu serta

menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda

ataupun sebaliknya.

Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis

tentang bahan-bahan yang dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.

Kelebihan kaedah tatabahasa terjemahan

Amat berkesan dalam kelas yang mempunyai murid-murid cerdas yang berminat

untuk menaakul konsep-konsep abstrak.

Murid-murid tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami segala huraian

bahasa yang diajar serta dapat mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan

perbendaharaan kata yang diajar.

Tidak memerlukan persediaan yang teliti dalam menyediakan bahan dan bantu

mengajar kerana hanya melibatkan bahan bacaan sahaja.

Page 9: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

Tegasnya, dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam perancangan dan

pelaksanaan teknik pengajaran.

Guru hanya perlu menggunakan kapur dan papan hitam bagi menghuraikan

nahu dan perbendaharaan kata.

Kebanyakan bahan pengjarannya terdiri daripada buku teks.

Dapat diajar dalam jumlah pelajar yang ramai.

KAEDAH TERUS

Terbentuk pada abad ke 20, sebagai reaksi terhadap kaedah nahu terjemahan.

Menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing dilaksanakan melalui

penggunaan bahasa sasaran semata-mata.

Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini.

Page 10: Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

Kaedah ini beranggap bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan

cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian

melibatkan diri dalam perbualan tersebut.

Asas pengajaran ini adalah selari dengan cara kanak-kanak mempelajari bahasa

ibunda mereka seperti tanggapan ahli-ahli behavioris.

Kaedah ini berpendapat, kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka dengan

cara mendengar, meniru serta mengulangi perlakuan bahasa yang mereka

dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa.