nota edu 3108

Upload: noor-najihah

Post on 16-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

N

TRANSCRIPT

BAB 5 PERANAN GURU DI SEKOLAH

1) PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN

Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi. Pengamal ilmu membawa maksud mencintai, menguasai, sentiasa mencari & meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasikannya dalam pelbagai aspek kehidupan. Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai. Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid. Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru. Guru perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar, sentiasa meningkatkan penguasaan ilmu melalui pelbagai cara seperti:- pembacaan - menjalankan penyelidikan - menghadiri kursus/seminar/forum- kolaborasi dengan rakan sejawat

Guru perlu menjadi pelajar sepanjang hayat kerana: perkembangan ilmu berlaku secara berterusan guru dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid dapat menggunakan ilmu untuk membawa kebenaran dan menegakkan keadilan serta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat & negara. 2) PEMBIMBING

Menurut Crow dan Crow(1983): Dalam konteks pendidikan, bimbingan merujuk kpd pemberian bantuan atau pertolongan yg betul kpd murid.

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBIMBING menyemai minat & motivasi terhadap mata pelajaran agar dapat meningkatkan prestasi murid. Membimbing pelajar mengenalpasti kekuatan & kelemahan diri serta minat terhadap bidang yg diceburi, agar potensi murid dapat dioptimumkan. Mengenalpasti & membantu pelajar2 yg mengalami masalah pelajaran, sosio emosi dan kesihatan agar dapat membuat penyesuaian peribadi dlm aspek sosial, emosi, mental & fizikal. Membimbing pelajar menjadi insan yg positif & dapat memberi sumbangan kpd masyarakat.

PENDEKATAN2 YG PERLU DIBERI PERTIMBANGAN OLEH GURU DLM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMBIMBING Bimbingan untuk perkembangan murid. Bimbingan sebagai langkah pencegahan Bimbingan untuk pemulihan Bimbingan menghadapi krisis

3) PENGAMAL REFLEKTIF

Dewey (1975) : Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif,teliti dan bersungguh-sungguh terhadap kepercayaan atau sesuatu yang didakwa sebagai pengetahuan,berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan. Meningkatkan tahap profesional guru. Menambahbaik aktiviti P&P. Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif. Akan bertanyakan soalan-soalan seperti berikut kepada dirinya :

4) PENYELIDIK

Dapat meningkatkan kualiti P&P. Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P. Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan. Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual.

Aspek Yang Boleh Dikaji Penggunaan bahan2 pelajaran Penggunaan strategi, kaedah dan teknik mengajar Pengurusan bilik darjah Masalah disiplin

Ciri-Ciri Penyelidikan Tindakan Pendekatan untuk membaiki amalan dalam tugas harian Fokus utama ke atas amalan untuk memahami dan membaiki Merujuk kpd situasi sebenar Tindakan praktis untuk mengatasi masalah Amalan kpd teori yg bersesuaian Dilaksanakan secara berterusan

Kebaikan Penyelidikan Tindakan Merapatkan jurang antara teori dgn praktis dalam aktiviti P&P Mengesan & memperbaiki kelemahan dalam sesi pengajaran Meningkatkan keberkesanan proses P&P Meningkatkan ilmu & pemahaman amalan bilik darjah Hasil penyelidikan dapat dimanfaatkan oleh semua guru, khususnya jika seseorang guru itu menghadapi masalah yg hampir sama.

5) AGEN SOSIAL Sosialisasi dari sudut pandangan masyarakat adalah proses penyelarasan individu2 baru anggota masyarakat ke dalam pandangan hidup yg terorganisasi & mengajar mereka tradisi2 budaya masyarakatnya.

Guru Sebagai Agen Sosialisasi memberi peluang kpd murid untuk menguasai pelbagai ilmu & kemahiran yg difikirkan sesuai untuk perkembangan diri & masyarakat. memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid yg sempurna selaras dgn kehendak masyarakat. Memastikan perubahan & perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma & kehendak masyarakat. Bertanggungjawab untuk memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang untuk meningkatkan perkembangan & kemajuan negara. Mempunyai hubungan rapat dgn masyarakat & boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai2 positif kpd ahli masyarakat. turut terlibat dgn aktiviti2 kemasyarakatan yg dianjur oleh komuniti setempat seperti aktiviti kebudayaan, gotong-royong, kelas bimbingan dll.

6) AGEN PERUBAHAN

Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru. Guru berperanan mengawal kepincangan ini. Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid. Menerapkan nilai kepimpinan demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi Menggunakan strategi pemusatan murid Mengawal sikap penyayang Bersikap proaktif Bersedia menghadapi perubahan

7) PENGGANTI IBU BAPA

Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya. Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid. Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi.

8) PEMBENTUK TINGKAH LAKU Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid. Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).

9) PENGURUS PEMBELAJARAN Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial. Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar. Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar. Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi. Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar. Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid. Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini. Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.