tugasan kecergasan dan kesihatan

33
1.0 Pengenalan Bagi tugasan kursus QGJ3033 Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi, kami dikehendaki menyiapkan penulisan artikel berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan fizikal. Mula-mula, definisi kecergasan fizikal, kesihatan dan komponen kecergasan akan diperkenalkan. Selepas itu, saya juga menjelaskan kepelbagaian komponen kecergasan fizikal melalui lakaran grafik secara kreatif. Selain itu, saya juga akan perincikan bagaimana aktiviti kecergasan dapat menghindari penyakit sedentari. Melalui proses mengumpul maklumat, saya lebih memahami tentang gaya hidup sedentari. Rupa-rupanya, gaya hidup sedentari akan menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius. Nasib baik kerajaan dan badan-badan NGO kesihatan telah melaksanakan pelbagai program untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan gaya hidup yang sihat. Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Untuk meningkatkan

Upload: sharon-kim

Post on 14-Apr-2016

108 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

1.0 Pengenalan

Bagi tugasan kursus QGJ3033 Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi, kami

dikehendaki menyiapkan penulisan artikel berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan

fizikal.

Mula-mula, definisi kecergasan fizikal, kesihatan dan komponen kecergasan

akan diperkenalkan. Selepas itu, saya juga menjelaskan kepelbagaian komponen

kecergasan fizikal melalui lakaran grafik secara kreatif.

Selain itu, saya juga akan perincikan bagaimana aktiviti kecergasan dapat

menghindari penyakit sedentari. Melalui proses mengumpul maklumat, saya lebih

memahami tentang gaya hidup sedentari. Rupa-rupanya, gaya hidup sedentari akan

menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius. Nasib baik kerajaan dan badan-

badan NGO kesihatan telah melaksanakan pelbagai program untuk menyedarkan

masyarakat tentang kepentingan gaya hidup yang sihat.

Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan dapat meningkatkan

kecergasan kardiovaskular. Untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular dalam

kalangan pelajar di sekolah, saya akan merancang beberapa aktiviti fizikal selama satu

jam yang sesuai dengan kemampuan pelajar sekolah.

Berdasarkan pengalaman mengajar di sekolah rendah, saya juga akan memberi

pandangan dan cadangan terhadap kesedaran murid dan guru sekolah rendah yang

berhubung dengan kecergasan fizikal.

Page 2: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

2.0 Kecergasan dan Kesihatan Fizikal

2.1 Definisi Kecergasan Fizikal

Menurut Corbin, Lindsey dan Welk (2000), kecergasan fizikal membawa

maksud kebolehan badan berfungsi atau bekerja dengan cekap dan masih

mempunyai tenaga lebihan untuk melakukan aktiviti kesenggangan dan

bertindak semasa kecemasan.

Kata Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek

yang   berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi

seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik

(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-

bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada

fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau

bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya

tahan, kemahiran dan sebagainya.

2.2 Definisi Kesihatan

Menurut Kamus Dewan, kesihatan adalah berhubung dengan sihat,

kesegaran, kebaikan keadaan badan dan lain-lain.

Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu

tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan

yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata

bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Definisi ini menegaskan bahawa

kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi,

Page 3: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan

insan.

2.3 Definisi Komponen Kecergasan Fizikal

Berdasarkan U.S. Dept. of Health and Human Services (1996),

kecergasan fizikal dikenali sebagai satu set ciri-ciri yang berkaitan dengan

kebolehan melakukan aktiviti fizikal. Ciri-ciri ini juga dikenali sebagai komponen-

komponen kecergasan. Komponen kecergasan boleh dikumpulkan mengikut

kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal yang

berasaskan lakuan motor.

Setiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap

maksima.  Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini, seseorang harus baik

dalam tiap-tiap komponen kecergasan.   Program kecergasan fizikal yang

seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya

kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.  Terdapat dua

komponen utama kecergasan iaitu:

Komponen Kecergasan Berasaskan Kesihatan

Kecergasan kardiovaskular

Kekuatan otot Daya tahan otot

Fleksibiliti/ Kelenturan

Komposisi badan

Komponen Kecergasan Berasaskan Lakuan Motor

Kepantasan Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindakbalas

Koordinasi

Page 4: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

2.4 Lakarkan gambarajah tentang kepelbagaian komponen kecergasan fizikal dan nyatakan setiap satunya melalui lakaran grafik

Komponen Kecergasan Fizikal

Komponen Kecergasan Berasaskan Kesihatan

Kecergasan kardiovaskular

Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada:(a) Jantung(b) Paru-paru(c) Rangkaian arteri dan vena

Kecergasan otot

Kekuatan Otot:Kebolehan sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya.

Daya Tahan Otot:Keupayaan sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam jangka masa yang panjang.

Kuasa Otot:Kemampuan otot mengeluarkan daya yang maksima dalam keadaan eksplosif  dalam jangka masa yang terpendek sekali.

Fleksibiliti/ Kelenturan

Kemampuan sendi-sendi tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin

Hasil pergerakan itu pula ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon dan ligamen.

Komposisi badan

Nisbah tisu lemak dan tanpa lemak dalam badan.

Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot-otot dan tulang-tulang.

Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan.

Page 5: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

Komponen Kecergasan Fizikal

Komponen Kecergasan Berasaskan Lakuan Motor

Kepantasan

Keupayaan seseorang individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut sesuatu arah.

Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak.

Imbangan

Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar yang menyokongnya diubah.

Imbangan statik: Kebolehan berada dalam sesuatu posisi tanpa bergerak untuk masa yang lama

Imbangan dinamik :Kebolehan mengekalkan imbangan semasa bergerak

Ketangkasan

Kebolehan seseorang mengubah arah pergerakan secara pantas dan cekap.

Kebolehan melakukan satu siri pergerakan eksplosif dengan cepat dan pada arah berlainan (Bompa & Haff, 2009)  

Kuasa

Gabungan

kekuatan otot dan kelajuan

Keupayaan seseorang melakukan sesuatu pergerakan pantas yang mengejut dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.

Masa tindakbalas

Satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

Ia selalu dikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan pendengaran

Koordinasi

Kebolehan melakukan pergerakan (mudah dan kompleks) dengan tepat dan efisien, mengikut keperluan sukan (Bompa & Haff, 2009).  

Kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki .

Page 6: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

3.0 Sila perincikan bagaimanakah aktiviti kecergasan dapat menghindari penyakit

sedentari yang kini semakin serius melanda rakyat Malaysia? Sejauh mana

program yang dirancang oleh NGO dan kerajaan dapat menyedarkan

masyarakat.

Cara hidup yang tidak aktif itu dikenali sebagai gaya hidup sedentari. Sedentari

merupakan sebuah terma kesihatan mengenai gaya hidup bermalas-malasan dengan

sedikit aktiviti fizikal. Antara gaya hidup sedentari yang popular adalah duduk,

menonton televisyen, menggunakan komputer dan tidur.

Menurut kajian, sedentari boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan yang

serius. Ini termasuk penyakit berkaitan kardiovaskular dan obesiti. Ia juga dikenal pasti

sebagai faktor risiko keempat dalam kadar kematian global.

Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, Kuasa aerobik

atau daya tahan aerobik kerana komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem

tenaga aerobik. Kecergasan karsdiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan

kegemukan. Oleh itu, pencapaian tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi adalah

amat penting kerana gaya hidup masyarakat Malaysia ini kian bertambah sedenteri.

Untuk mencegah penyakit kardiovaskular, kita harus melakukan aktiviti

kecergasan setiap hari. Aktiviti kecergasan yang dilakukan secara tetap dan berterusan

akan mempertingkatkan sistem fisiologi tubuh badan kita. Pada peringkat permulaan,

kadar denyutan jantung anda akan meningkat kepada kadar kerja yang ditetapkan.

Perubahan ini akan mempertingkatkan kekuatan otot jantung untuk mengepam darah

dalam volum yang banyak melalui kadar denyutan yang paling minima. Perubahan juga

Page 7: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

berlaku pada tahap ketahanan denyutan jantung di mana ia mampu melakukan kerja

mengepam darah dalam satu jangka masa yang lama tanpa kepenatan. Dengan itu,

daya tahan aerobik kita juga boleh dipertingkatkan.

Cara hidup sedentari juga turut menyumbang kepada masalah tulang. Menurut

Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Hospital Gleneagles, Dr.

Chin Chee Howe, “Tulang terdiri daripada tisu hidup. Biarpun nampak keras, ia sentiasa

melalui proses penguraian dan pembinaan semula. Kekurangan jisim tulang yang

berterusan boleh mengakibatkan penyakit tulang rapuh atau osteoporosis.”

Melalui aktiviti kecergasan seperti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari dan

mengambil makanan kaya kalsium, kita dapat membantu proses penguraian dan

pembentukan semula tulang. Melakukan aktiviti kecergasan secara tetap juga dapat

menguatkan tulang dengan cara meningkatkan kandungan mineral, sekali gus

mengurangkan risiko mendapat osteoporosis dalam jangka masa panjang.

Berdasarkan Audrey Edward (2013), Malaysia menduduki tempat keenam di

rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara

untuk kedua-duanya; obesiti dan kencing manis. Presiden Persatuan Pemakanan

Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, walaupun obesiti tidak disenaraikan sebagai punca

kematian, ia boleh dianggap sebagai penyakit di Malaysia apabila bercakap tentang

bahaya dan mewujudkan kesedaran kepada orang awam. Ini kerana obesiti adalah satu

faktor utama yang memberi risiko kepada banyak penyakit tidak berjangkit seperti

diabetes, penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.

Page 8: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

Melakukan aktiviti kecergasan boleh membantu mengawal berat badan dengan

lebih baik dan dapat mencegah obesiti atau kegemukan. Ini kerana senaman

membantu membakar lemak badan serta kalori dan menjadikan otot lebih kuat.

Senaman berterusan dan pada masa sama, mengamalkan diet seimbang juga dapat

membantu mengawal masalah berat badan berlebihan. Jika masalah obesiti boleh

dikawal, pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang juga

boleh dikurangkan.

3.1 Kempen Gaya Hidup Sihat & Hari Cintai Alam 2014

Gambar 1 : Kempen Gaya Hidup Sihat & Hari Cintai Alam 2014.

Kempen Gaya Hidup Sihat atau ringkasannya Sihat Selangor telah dilancarkan

sendiri oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor pada

15 Februari 2014 yang lalu di Stadium Kajang. Pada 8 November 2014, tiba pula giliran

Page 9: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melaksanakan agenda Kerajaan Negeri kearah

meningkatkan kesedaran rakyat akan kepentingan menjalani kehidupan sihat dan aktif

yang seterusnya akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan masyarakat.

Pada hari itu, dua Program akan dilaksanakan serentak iaitu Kempen Gaya Hidup Sihat

& Hari Cintai Alam 2014.

Tujuan Kempen Sihat Selangor ini ialah mempromosikan kepentingan hidup

yang cergas dan aktif secara tidak langsung menyumbang kepada pengurangan faktor

dijangkiti penyakit serta dapat megurangkan perbelanjaan rawatan dan perubatan.

Amalan gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.

Program Kempen Gaya Hidup Sihat & Hari Cintai Alam 2014 merupakan satu

platform yang begitu baik untuk masyarakat setempat untuk mengenali antara satu

sama lain. YB Puan Dr Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,

Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi berharap semua penduduk-

penduduk di sini dapat menggunakan kesempatan yang ada ini untuk bersama-sama

berganding bahu untuk membersihkan keadaan sekelling di sini supaya kawasan itu

bertambah bersih agar penduduk-penduduknya dapat menikmati kehidupan yang lebih

sempurna, selesa dan dapat mencegah dari dijangkiti penyakit terutamanya deman

denggi.

3.2 Program 10,000 Langkah

Berdasarkan Berita Selangor (2014), Kerajaan Selangor sedang mempergiat

usaha menggalakkan orang ramai khususnya rakyat di negeri itu supaya menjalani

Page 10: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

hidup sihat melalui pelbagai aktiviti riadah bagi memastikan mereka bebas daripada

sebarang penyakit berjangkit.

Gambar 2 : Logo 10,000 Langkah

Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan melancarkan program 10,000

Langkah di bawah portfolio kesihatan membabitkan semua 12 pihak berkuasa tempatan

(PBT) di Selangor bagi merealisasikan hasrat itu.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr

Daroyah Alwi, berkata ia adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri menjadikan rakyat

Selangor sihat dengan memilih aktiviti paling mudah, murah dan tidak berisiko.

Sebenarnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen

Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB

Menteri Kesihatan pada ketika itu, Dato’ Seri Liow Tong Lai di Taman Wetland

Putrajaya. Ia telah melibatkan hampir 7000 penyertaan peserta. Antara aktiviti yang

dijalankan semasa majlis tersebut adalah acara berjalan beramai-ramai sejauh 1.5 km,

Page 11: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

pameran kesihatan cara hidup sihat, pertandingan mewarna, sukaneka berasaskan

aktiviti fizikal, cabutan bertuah, persembahan tarian, cabutan bertuah dan gerai jualan.

Gambar 3 : Dato’ Seri Liow Tong Lai melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mewar-warkan tentang maklumat berkaitan

aktiviti berjalan 10,000 langkah ini termasuklah kempen menerusi media massa dan

program berjalan 10,000 langkah di peringkat negeri serta daerah. Selain daripada itu,

inisiatif telah diambil untuk mewujudkan trek berjalan 10,000 langkah di setiap negeri. 

Sehingga 2013 terdapat 45 trek 10,000 langkah di seluruh negara.

Page 12: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

3.3 Acara ‘Walk-A-Mile’ Hari Jantung Sedunia 2014

Selain itu, persatuan-persatuan NGO kesihatan juga telah melaksanakan

program-program untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan gaya hidup

sihat. Pada 28 Sept 2014, Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan NESTLÉ® OMEGA

PLUS®  telah menganjurkan acara ‘Walk-A-Mile’ Hari Jantung Sedunia 2014.

Gambar 4 : Peserta acara ‘Walk-A-Mile’

Acara ‘Walk-A-Mile’ yang diadakan bersempena Hari Jantung Sedunia telahpun

menjangkaui edisi ke-13 yang berturut, dan sepanjang tempoh penganjurannya, ia

merupakan acara jalan kaki untuk kesihatan jantung yang paling diraikan di Malaysia.

Kejayaan anjuran ini turut menandakan hubungan kerjasama yang kukuh dan berjaya

antara YJM dan NESTLÉ® OMEGA PLUS®. Kedua-dua pihak telah bergabung tenaga

untuk menganjur bersama acara jalan kaki ini selama 13 tahun.

Sejak 2001, jumlah penyertaan kian meningkat dari tahun ke tahun. Dengan

memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook bagi urusan pendaftaran tahun

Page 13: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

ini, Walk-A-Mile telah berjaya menggandakan angka penyertaan kepada lebih 2,000

peserta untuk tahun ini berbanding dengan 1,200 peserta pada 2013. Lebih penting,

mereka yang mendaftar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tua dan muda, di

samping juga peningkatan dalam penglibatan keluarga.

‘Walk-A-Mile 2014′ adalah tertumpu kepada tema Hari Jantung Sedunia iaitu ‘At

the Heart of Health’, dan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan

rakyat Malaysia supaya mereka mula mengamalkan gaya hidup aktif ke arah memiliki

jantung yang sihat di samping berwaspada dalam pemilihan diet harian untuk

merendahkan paras kolestrol buruk. Dengan kata lain, acara ini bertujuan memastikan

orang ramai berupaya membuat pilihan yang sihat uktuk jantung tidak kira di mana jua

mereka tinggal, kerja dan riadah.

Para peserta juga berkesempatan menjalani pemeriksaan kesihatan secara

percuma, selain aktiviti-aktiviti sampingan seperti persembahan pentas secara

langsung, cabutan bertuah dan agihan sampel percuma NESTLÉ® OMEGA PLUS®,

yang mengandungi ACTICOL® , iaitu sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik

untuk mengurangkan kolesterol.

3.4 Kempen ‘Hidup Sihat Dengan Diabetes'

Tambahan pula, kerajaan dan persatuan NGO juga akan bekerjasama untuk

melaksanakan kempen kesihatan. Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) bersama MSD

Malaysia, syarikat farmasutikal antarabangsa, menganjurkan kempen ‘Hidup Sihat

Dengan Diabetes'.

Page 14: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

Sebanyak sepuluh acara diadakan sepanjang kempen itu untuk menyampaikan

beberapa petua yang penting tentang cara mengurus penyakit berbahaya itu. Acara

yang diadakan sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada 14 November setiap

tahun, juga merupakan sebahagian daripada kempen 'Hidup Sihat Dengan Diabetes'

yang berterusan oleh MSD.

3.2 Fit UTM!

Gambar 5 : Peserta larian program Fit UTM!

Bersempena dengan Festival Konvokesyen ke-53 (Fesko 53), Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) turut menganjurkan Fit UTM! sebagai aktiviti pembukaan

festival berkenaan di Skudai, Johor Bahru baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh berkata, program

tersebut bertujuan menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat dalam kalangan penuntut

khususnya dan orang ramai yang menghadiri sambutan konvokesyen tersebut.

Page 15: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

“Fit UTM! menampilkan acara senamrobik dan larian Fesko 53 yang telah disertai oleh

ramai peserta sebagai salah satu gaya hidup sihat yang digalakkan oleh kerajaan.

Program ini wajar diadakan di semua institut pengajian tinggi seiring seruan gaya hidup

sihat.

  

Page 16: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

4.0 Sila rancang beberapa aktiviti fizikal selama 1 jam yang dapat meningkatkan

kecergasan kardiovaskular dalam kalangan pelajar di sekolah anda.

Saya akan merancang beberapa aktiviti fizikal berdasarkan latihan fartlek.

Latihan fartlek adalah sejenis latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di

negara Sweden. Tujuan dan objektif latihan fartlek ialah meningkatkan daya tahan

kardiovaskular. Latihan ini merupakan satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular

yang berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti:-

a. berjalan pantas

b. lari pecut

c. berjoging

d. berlari dalam kelajuan sederhana

Selain latihan fartlek, terdapat beberapa latihan lompat tali juga dijalankan untuk

meningkatkan daya tahan kardiovaskular

Page 17: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

Aktiviti memanaskan badan, regangan dan menyejukkan badan

Latihan Lompat Tali

Latihan Fartlek

Gambar 6 : Stesen-stesen aktiviti meningkatkan daya tahan kardiovaskular

Murid-murid akan dibahagi kepada 5 orang dalam satu kumpulan. Semua murid

akan menjalankan aktiviti memanaskan badan bersama-sama. Selepas itu, aktivit 2-11

akan dijalankan mengikut kumpulan dan diakhiri dengan aktiviti menyejukkan badan.

Setiap kumpulan mempunyai seorang pencatat masa.

7

1/10

2

3

4

5 6

9 8

Page 18: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

1. Aktiviti memanaskan badan (10 minit)

Aktiviti ini boleh membantu badan murid-murid bersedia untuk melakukan

aktiviti aerobic. Dengan memanaskan badan, sistem pernafasan dan kardiovaskular

akan meningkat secara berperingkat kemudian darah yang mengalir ke otot akan

turut meningkat serta menaikkan suhu badan. Murid-murid akan berjalan pantas dan

berlari perlahan untuk memanaskan badan sebelum memulakan latihan fartlek.

2. Regangan badan (5 minit)

Gambar 7 : Aktiviti regangan

Regangan sangat penting sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan bagi

mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan terasa sakit selepas melakukan

sukan. Ia juga dapat mengelakkan daripada mendapat sebarang kecederaan pada

otot. Aktiviti gambar 7 ada tersedia cara-cara regangan yang biasa dilakukan yang

merangkumi semua bahagian otot yang terdapat pada badan.

Page 19: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

3. Lompat tali secara individu (5 minit)

Lompat tali secara individu adalah skip yang terasas untuk setiap individu. Skip

ini dijalankan secara perseorangan. Lompat tali bukan sahaja dapat meningkatkan daya

tahan kardiovaskular, ia juga boleh mengekalkan berat badan kita. Untuk mendapat

kesan yang optimum, kita mesti melakukanya secara berterusan sekurang-kurangnya

10 minit dan 3 kali setiap minggu dengan setiap hari 30 minit.

4. Lompat tali secara berkumpulan (10 minit)

Page 20: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

5. Lompat tali secara beramai-ramai dalam satu barisan (10 minit)

Lompat tali secara berkumpulan dan beramai-ramai dapat meningkatkan

keseronokkan dan minat murid.

6. Skip ( 5 minit )

Page 21: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

7. Berlari zig zag (5 minit)

8. Berlari sisi (5 minit)

9. Berlari pecut (5 minit)

Page 22: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

10.Aktiviti menyejukkan badan (5 minit)

Aktiviti menyejukkan badan lebih kurang sama seperti memanaskan badan.

Anda terus lakukan aktiviti sukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan dan tidak

lasak. Menyejukkan badan sangat penting untuk atlet sukan yang aktif seperti ahli

marathon. Ia penting untuk menyeimbangkan aliran darah di dalam badan selepas

berlari. Untuk orang biasa, menyejukkan badan hanyalah sebagai aktiviti pelengkap

dalam sesebuah senaman dan bukanlah satu kewajipan. Selepas melakukan aktiviti

berlari pecut, murid-murid akan sejukkan badan dengan terus berjalan pantas

dalam masa 5-10 minit

Page 23: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

5.0 Pemahaman, pandangan dan cadangan anda terhadap kesedaran murid dan

guru sekolah rendah berhubung kecergasan fizikal.

Pada pendapat saya, kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak. Kebanyakan

pelajar di sekolah suka melakukan pelbagai aktiviti fizikal dalam waktu Pendidikan

Jasmani walaupun bukan semua pelajar mahir dalam acara tersebut. Para pelajar

sedar akan melakukan senaman dapat menjamin kesihatan tetapi mereka tidak dapat

membezakan aktiviti fizikal yang berlainan mampu menguatkan komponen-komponen

kecergasan fizikal yang tertentu. Asalkan boleh berlari atau bermain pada waktu

Pendidikan Jasmani, mereka akan berasa puas dan seronok.

Jadi, konsep kecergasan fizikal harus diterapkan oleh guru Pendidikan Jasmani.

Guru yang berkenaan harus merancang dan melaksanakan aktiviti fizikal mengikut

sukatan KSSR yang ditetapkan. Ini disebabkan rancangan sukatan KSSR Pendidikan

Jasmani telah dirancang dengan rapi berdasarkan tahap kecergasan, kemampuan dan

minat pelajar sekolah rendah. Walau demikian, guru-guru masih boleh menerapkan

kemahiran yang berlainan untuk melakukan penambahbaikan mengikut kemampuan

atau minat pelajar dalam kelas tersebut.

Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan seperti yang

kita lihat pada masa kini, ia dianggap sebagai satu mata pelajaran yang kurang penting.

Ini mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang

kepentingan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja di

sekolah malahan di dalam kehidupan manusia itu sendiri. Sebagai pendidik, kami harus

Page 24: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

menjadi role model yang terbaik. Guru juga berperanan penting untuk memberi

kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pelajar hendaklah didedahkan tentang kelebihan

memiliki kesihatan yang baik dan tahap kecergasan yang baik. Kesedaran ini penting

kepada murid supaya mereka lebih menghayati nilai yang akan mereka perolehi

daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Page 25: Tugasan Kecergasan Dan Kesihatan

Rujukan

http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota%201A.pdf

http://zarin58.tripod.com/Kecergasanfizikal.htm

http://ippbm.gov.my/dokumen/faktabelia/04.Kesihatan.pdf

http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota%201A.pdf

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm

http://cikgupjpk.blogspot.com/2013/01/daya-tahan-kardiovaskular.html

http://www.scribd.com/doc/27482072/Kuliah-2-Kecergasan-Fizikal-Berlandaskan-

Kesihatan

http://asiahibrahim.wordpress.com/sukan/jenis-jenis-latihan/

http://pjkkumpulan5.blogspot.com/2012/09/daya-tahan-kardiovaskular-latihan.html

http://d054501koonyinkuan.blogspot.com/2012_10_01_archive.html

http://bhuabcd.blogspot.com/p/unit-1.html

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/02/memanas-dan-menyejukkan-

badan-dalam.html