nota bm topik7 oumh1103

19
PENGENALAN Di dalam sesebuah perpustakaan tradisional, pengguna menggunakan kad katalog untuk mendapatkan bahan-bahan perpustakaan. Justeru, pengumpulan maklumat adalah satu proses yang mudah. Walau bagaimanapun, dengan kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi dan penggunaan sistem berkomputer di dalam perpustakaan, proses pengumpulan maklumat menjadi lebih rumit. Ini adalah kerana, pengguna perlu mengetahui cara untuk menggunakan sistem tersebut terlebih dahulu sebelum mampu mendapatkan maklumat. Oleh itu, program pendidikan pengguna seperti modul ini adalah penting kerana tidak kira betapa canggih sesuatu sistem perpustakaan elektronik itu atau berharganya koleksi yang ada di sesebuah perpustakaan, jika perpustakaan tidak boleh digunakan secara berkesan, ia tidak akan bermakna. Apabila pengguna tidak dapat mengoptimumkan penggunaan perpustakaan, pembelajaran menjadi tidak cekap kerana ketidakupayaan pelajar untuk mengumpul maklumat untuk pelbagai aktiviti pembelajaran. Oleh kerana kualiti pengajian bergantung kepada cara pelajar mengumpul dan memproses Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti enam sebab anda perlukan maklumat; 2. Menghuraikan konsep dan tiga komponen Perpustakaan Digital TSDAS; dan 3. Menjelaskan lima langkah memperoleh maklumat berdasarkan proses aliran maklumat. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 7 7 Proses Memperoleh Maklumat

Upload: azmanawan9

Post on 13-Jul-2015

83 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota bm topik7 oumh1103

� PENGENALAN

Di dalam sesebuah perpustakaan tradisional, pengguna menggunakan kad katalog untuk mendapatkan bahan-bahan perpustakaan. Justeru, pengumpulan maklumat adalah satu proses yang mudah. Walau bagaimanapun, dengan kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi dan penggunaan sistem berkomputer di dalam perpustakaan, proses pengumpulan maklumat menjadi lebih rumit. Ini adalah kerana, pengguna perlu mengetahui cara untuk menggunakan sistem tersebut terlebih dahulu sebelum mampu mendapatkan maklumat. Oleh itu, program pendidikan pengguna seperti modul ini adalah penting kerana tidak kira betapa canggih sesuatu sistem perpustakaan elektronik itu atau berharganya koleksi yang ada di sesebuah perpustakaan, jika perpustakaan tidak boleh digunakan secara berkesan, ia tidak akan bermakna. Apabila pengguna tidak dapat mengoptimumkan penggunaan perpustakaan, pembelajaran menjadi tidak cekap kerana ketidakupayaan pelajar untuk mengumpul maklumat untuk pelbagai aktiviti pembelajaran. Oleh kerana kualiti pengajian bergantung kepada cara pelajar mengumpul dan memproses

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti enam sebab anda perlukan maklumat;

2. Menghuraikan konsep dan tiga komponen Perpustakaan Digital TSDAS; dan

3. Menjelaskan lima langkah memperoleh maklumat berdasarkan proses aliran maklumat.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

77 � Proses

Memperoleh Maklumat

Page 2: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

168

maklumat untuk pengetahuan, langkah-langkah pembelajaran yang terlibat dalam pengumpulan maklumat (mendapatkan, mengumpul, menilai, memilih, menyusun dan menyatukan maklumat) adalah penting. Oleh itu, topik ini akan membantu anda memahami langkah-langkah pengumpulan maklumat tersebut. Topik ini juga membentangkan aliran maklumat yang mewakili langkah-langkah dalam proses pengumpulan maklumat. Langkah-langkah ini adalah berkesan untuk digunakan di dalam Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi.

MENGAPA ANDA PERLUKAN MAKLUMAT?

Untuk lebih fokus terhadap tugasan yang diberikan dalam kursus adalah amat penting untuk anda jika anda mempunyai maklumat yang lengkap berkaitannya. Ini mencerminkan tujuan dan perancangan anda. Sebagai pelajar OUM, anda memerlukan maklumat atas sebab-sebab berikut: (a) Untuk melengkapkan modul kursus anda;

(b) Sebagai persediaan untuk perbincangan di dalam kelas dan tutorial di atas talian;

(c) Menghasilkan tugasan dalam bentuk kertas projek, kajian kes, laporan dan sebagainya;

(d) Persediaan untuk peperiksaan lisan dan bertulis;

(e) Memperluaskan pengetahuan mata pelajaran dan pengetahuan am anda, sekali gus menambahkan nilai kepada pembelajaran anda; dan

(f) Memuaskan rasa ingin tahu dan keperluan anda dalam mencari ilmu. Dalam usaha menjadi seorang pelajar berjaya, anda bukan sahaja perlu menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik tetapi juga perlu berpengetahuan, adalah kreatif, asli dan inovatif dalam pemikiran anda. Cuba anda bayangkan, di dalam kelas yang mengandungi 20 orang pelajar, setiap pelajar diberikan lima buah buku yang sama yang telah ditetapkan oleh tutor. Ini bermakna, semua tugasan anda akan mengandungi maklumat daripada lima buah buku ini sahaja. Ia akan membosankan tutor anda untuk menilai 20 kertas projek yang serupa. Anda pula mungkin akan mendapat gred yang sama dengan rakan sekelas. Walau bagaimanapun, jika terdapat lima pelajar yang membaca lima buku atau artikel-artikel tambahan, maka tugasan

7.1

Page 3: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

169

kumpulan ini akan menjadi lebih asli dan bermaklumat daripada tugasan 15 pelajar lain. Apatah lagi, jika anda seorang sahaja yang membaca lima buku tambahan itu. Tugasan anda berpotensi menjadi yang paling asal dan bermaklumat. Maklumat yang anda telah kumpul daripada kesemua bahan bacaan mestilah kreatif dan inovatif, tidak kira sama ada kertas projek, perbincangan atau peperiksaan. Ini bukan sahaja akan menjadikan pembelajaran anda lebih produktif tetapi juga membolehkan anda maju dan menjadi seorang pelajar yang arif � boleh mengguna dan memproses maklumat dengan bebas dan tidak hanya pasif menerima apa-apa yang telah ditulis oleh orang lain. Ini adalah penting jika anda berhasrat untuk menjadi seorang pelajar yang lebih menonjol.

DI MANA ANDA MENDAPATKAN MAKLUMAT?

Maklumat boleh didapati di mana-mana sahaja secara formal, seperti daripada kuliah, tutorial, buku, surat khabar, ucapan, radio, televisyen dan sebagainya. Ia juga boleh didapati secara tidak formal daripada perbualan, gosip, nota peribadi, memo, khabar angin dan sebagainya. Topik ini akan memberikan tumpuan kepada jenis maklumat yang boleh anda gunakan untuk pembelajaran anda yang pada dasarnya berkaitan dengan kerja kursus dan tugasan anda. Ledakan maklumat telah menghasilkan jumlah maklumat yang besar dan boleh diakses melalui komputer pada bila-bila masa. Maklumat boleh didapati melalui pelbagai media (seperti media cetak, elektronik, CD-ROM, audio-video), format (contohnya buku, jurnal, novel, laporan penyelidikan, laporan syarikat, tesis, kertas persidangan, mikrofom, laman web) dan skrip (contohnya Roman, Arab, Cina, Tamil). Ledakan maklumat ini akan menyukarkan anda untuk mengesan dan mencari maklumat yang diperlukan melainkan jika ia disusun secara teratur dan sistematik. Walaupun maklumat boleh didapati di mana sahaja, tempat yang paling mudah untuk mengumpul maklumat bagi tujuan pembelajaran ialah di perpustakaan. Di OUM, kami mempunyai sebuah perpustakaan digital yang dilengkapi dengan beberapa sumber maklumat yang terbaik. Perpustakaan Digital TSDAS adalah tempat terbaik untuk mengumpul maklumat kerana ia bukan sahaja menghubungkan anda kepada perpustakaan lain di Malaysia dan bahagian lain di dunia, malah ia juga menyediakan pelbagai bahan berkaitan dengan kursus-kursus anda.

7.2

Page 4: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

170

Akhir sekali, oleh kerana ia adalah sebuah perpustakaan digital, anda boleh mengakses koleksi perpustakaan dan sistem tanpa menjejakkan kaki di dalam perpustakaan. Dengan menggunakan perpustakaan digital, anda boleh memperoleh banyak manfaat, terutamanya sebagai pelajar OUM. Sepanjang penggunaan Perpustakaan Digital OUM, anda akan dapat membangunkan dan meningkatkan kemahiran asas seperti berikut: (a) KKemahiran Mengakses Maklumat

(i) Mencari dan mendapatkan semula maklumat yang relevan.

(ii) Menilai dan memilih maklumat. (b) KKemahiran untuk Capaian Maklumat Untuk mengakses koleksi elektronik Perpustakaan Digital TSDAS serta

Internet, anda perlu mempunyai beberapa kemahiran asas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan pangkalan data yang berikut secara kerap dapat membantu membangunkan kemahiran anda dan melengkapkan anda dengan pembelajaran sepanjang hayat untuk mempelajari kemahiran:

(i) Online Public Access Catalog (OPAC);

(ii) Pangkalan data elektronik (e-buku dan e-jurnal); dan

(iii) Laman web Internet.

Berikan secara ringkas, enam sebab mengapa pelajar OUM perlukan maklumat.

SEMAK KENDIRI 7.1

Fikirkan kepentingan maklumat dalam kehidupan anda. Pilih satu hari dalam kehidupan anda dan sediakan senarai tentang cara anda menguruskan maklumat di rumah. Tuliskan esei mengenainya.

AKTIVITI 7.1

Page 5: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

171

MENGGUNA PERPUSTAKAAN DIGITAL TSDAS UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT

Penubuhan Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi (TSDAS) adalah bertujuan menyokong pengajaran and pembelajaran melalui koleksi buku-buku fizikal dan pangkalan data di atas talian yang mengandungi e-buku and e-jurnal. Anda akan didedahkan kepada komponen-komponen Perpustakaan Digital TDAS di dalam subtopik ini.

7.3.1 Apakah Perpustakaan Digital?

Perpustakaan digital menyediakan satu set kandungan digital dan perkhidmatan yang boleh diakses melalui rangkaian sistem elektronik. Pada ketika ini, adalah sukar untuk mencari perpustakaan yang digital sepenuhnya kerana kebanyakannya mempunyai koleksi cetak yang terlalu berharga untuk dibuang atau terlalu mahal untuk didigitalkan. Walau bagaimanapun, Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pilihan buku-buku elektronik yang komprehensif.

7.3.2 Komponen Perpustakaan Digital

Perpustakaan Digital TSDAS terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: (a) Infrastruktur teknikal yang terdiri daripada perkakasan dan perisian;

(b) Pengetahuan pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan data komersial dan in-house; dan

(c) Pendidikan pengguna. Sila lihat Rajah 7.1 untuk maklumat terperinci tiga komponen itu.

7.3

Page 6: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

172

Rajah 7.1: Tiga komponen Perpustakaan Digital TSDAS

ALIRAN MAKLUMAT

Untuk memulakan tugasan atau kertas penyelidikan anda, anda boleh menggunakan Aliran Maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Ia menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil.

7.4

Jelaskan tiga komponen perpustakaan Digital TSDAS.

SEMAK KENDIRI 7.2

Page 7: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

173

Rajah 7.2: Aliran maklumat OUM

Sekarang, mari kita lihat perjalanan langkah-langkah tersebut.

Page 8: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

174

Langkah 1: Mengenal pasti dan menganalisis topik.

Langkah 2: Mengenal pasti sumber-sumber maklumat dan sumber yang berkaitan dengan topik.

Langkah 3: Menggunakan strategi carian yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang maksimum, iaitu bahan maklumat yang paling sesuai.

Langkah 4: Menilai dan memilih maklumat yang relevan dengan topik.

Langkah 5: Membentangkan maklumat yang berkenaan seperti yang dikehendaki oleh topik dalam format bertulis, PowerPoint atau lisan.

7.4.1 Kenal Pasti dan Analisis Sesuatu Topik Tugasan

Dalam mengenal pasti topik tugasan, tanya diri anda apakah isu-isu dan sub isu. Topik tugasan diberikan di sini. Gunakan topik ini untuk membimbing anda secara sistematik melalui Aliran Maklumat.

Berikut adalah apa yang telah dikenal pasti sebagai tajuk utama dan subtopik. Topik utama: Pemasaran Dalam Talian Subtopik: Subtopik 1 � Pemasaran Tradisional Subtopik 2 � Globalisasi Perniagaan Subtopik 3 � Persaingan dalam Perniagaan Setelah melakukan ini, anda boleh bergerak kepada langkah seterusnya, iaitu mengenal pasti maklumat.

Topik: Pemasaran dalam talian membantu prestasi sesebuah syarikat ke arah yang lebih kompetitif berbanding pemasaran tradisional. Bincangkan topik ini dalam konteks perniagaan yang global.

Ilustrasikan cara anda menggunakan Aliran Maklumat bagi menyiapkan tugasan anda. Tajuk tugasan anda ialah „Pembelajaran Sepanjang Hayat Bermula Di Sekolah‰. Bincangkan.

AKTIVITI 7.2

Page 9: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

175

7.4.2 Mengenal Pasti Maklumat

Terdapat dua perkara yang anda perlu ambil berat di sini, iaitu: (a) MMengenal Pasti Sumber Maklumat Dalam seksyen ini, anda akan diajar jenis sumber dan cara untuk mengenali

maklumat.

(i) JJenis Sumber Maklumat Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang anda perlu baca untuk

mengumpulkan maklumat bagi tugasan anda. Ini melibatkan:

� Buku;

� Jurnal artikel;

� Bab di dalam buku;

� Kertas persidangan; dan

� Laman sesawang.

Pada asasnya, sumber-sumber maklumat boleh didapati dalam format bercetak dan digital. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu salah satu daripada yang lain? Lihat Jadual 7.1 dan kenal pasti perbezaan dan persamaan dalam Sumber Maklumat yang didapati dalam format bercetak dan elektronik. Kami cadangkan agar anda lakukan Aktiviti 7.3.

Jadual 7.1: Contoh Senarai Bacaan yang Boleh Dirujuk

Senarai Bacaan Sumber

Buku (format elektronik)

Allen, C., Kania, D., & Yaeckel, B. (Eds.). (2001). One-to-one web-marketing: Build a relationship marketing strategy one customer at a time (2nd ed.). New York: John Wiley. In Ebrary (OUM Digital Collection).

Buku (format bercetak)

Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: How to transform your business-to-business global marketing strategy. London: Kogan Page.

Artikel dalam jurnal (format elektronik)

Kargoankar, P., & Wolin, L. D. (2002). Web usage, advertising and shopping: Relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking and Policy, 12(2), 191-204. In Emerald (OUM Digital Collection).

Bab dalam buku (format elektronik)

Kuegler, T. J., Jr. (2002). Web advertising: Banners and beyond; Chapter 12 in T. J. Kuegler, Jr. (Ed.), Web advertising and marketing (3rd ed.). Boston, Mass.: Premier Press. In Books24x7 (OUM Digital Collection).

Page 10: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

176

Bab dalam buku (format bercetak)

Cruise, J. T., & Shaharuddin Salleh. (1999). Video: Effective use in creating learning material. In J. L. Hunters & M. K. Brown (Eds.), Multimedia: Applications and implications (2nd ed., pp. 98-104). Kuala Lumpur: Pelangi Press.

Kertas persidangan (format elektronik)

Wedde, H., & Lisehka, M. (2001, May). Modular authorization. Paper presented at the 6th ACM Symposium on Access Control Models and Technologies; proceedings. In ACM (OUM Digital Collection).

(b) Mengenal Pasti Pangkalan Data Di dalam Perpustakaan Digital TSDAS, sumber maklumat yang sebenarnya

datang dari pangkalan data yang mengandungi petikan bibliografi. Sumber maklumat adalah dalam bentuk buku atau teks artikel jurnal yang penuh. Pangkalan data dapat dibangunkan di dalam OPAC atau bersifat komersial untuk dilanggan. Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pangkalan data seperti berikut:

(i) PPangkalan Data Tempatan Berikut adalah pangkalan data yang dibangunkan:

� OPAC (ii) PPangkalan Data Elektronik Komersial Berikut adalah pangkalan data elektronik komersial. Ia dibahagikan

kepada e-buku dan e-jurnal. Pangkalan data ini kerap dikemaskinikan. Contoh pangkalan data e-buku ialah Ebrary, Books24x7 dan X referplus (merujuk kepada Jadual 7.2). Pangkalan data ini juga kerap dikemaskinikan. Manakala Jadual 7.3 dan Jadual 7.4 menjelaskan pangkalan data elektronik untuk jurnal serta bahan-bahan lain.

Senaraikan perbezaan antara buku bercetak dengan buku elektronik. Rujuk kepada Jadual 7.1.

AKTIVITI 7.3

Page 11: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

177

Jadual 7.2: Pangkalan Data Elektronik Komersial untuk Buku

Pangkalan Data Liputan

Books24x7 Perniagaan, kewangan, teknologi maklumat dan teknikal.

Credo Reference Bahan rujukan seperti kamus umum, ensaiklopedia dan sebagainya.

Ebrary Pelbagai disiplin seperti bahasa dan teknologi.

Gale Virtual Reference Library

Ensaiklopedia dan rujukan pakar seperti perubatan, sains dan budaya.

InfoSci-Books Pelbagai disiplin seperti bahasa, sains dan teknologi.

InfoSecurityNetBase Kawalan maklumat.

ITKnowledgeBase E-Perdagangan, komputer, aplikasi, dan sebagainya.

MosbyÊs Nursing Consults Informasi dadah, pendidikan pesakit dan berita kejururawatan.

SpringerLink Pelbagai disiplin seperti bahasa, sains dan teknologi.

Jadual 7.3: Pangkalan Data Elektronik untuk Jurnal

Pangkalan Data Liputan

ACM Digital Library Sains komputer, matematik dan kejuruteraan.

CINAHL Database Kejururawatan dan kesihatan terapan.

EBSCO

� Academic Source Premier

� Business Source Premier

� Business Source Complete

� Regional Business News

Perniagaan, pengurusan, kewangan, akaun, ekonomi antarabangsa dan sebagainya.

EBSCO

� Communication and Mass Media

Kemasyarakatan dan sains sosial.

EBSCO

� ERIC

Pendidikan.

EdITLib Teknologi pendidikan dan E-Pembelajaran.

Emerald Pemasaran, sumber manusia, pengurusan maklumat dan perpustakaan.

InformaWorld Pembelajaran jarak jauh.

Page 12: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

178

InfoTrac OneFile Pelbagai disiplin.

OBHE (The Observatory on Borderless Higher Education)

Pendidikan tinggi.

ProQuest

� Education Journals

� ERIC

Pendidikan.

MosbyÊs Nursing Consults Informasi dadah, pendidikan pesakit dan berita kejururawatan.

SpringerLink Pelbagai disiplin.

Jadual 7.4: Pangkalan Data Elektronik untuk Bahan-bahan Lain

Pangkalan Data Liputan

ProQuest Digital Dissertation Tesis dan disertasi bagi semua kursus.

NSTP E-Media Akses daripada penerbitan akhbar New Straits Times.

MediaBanc Akhbar dan majalah tempatan terpilih.

BLIS Pangkalan data Bernama yang khusus untuk pasaran, ekonomi dan perindustrian.

LawNet Teks autoritatif tentang undang-undang Malaysia.

7.4.3 Strategi untuk Capaian Maklumat

Sekarang, anda telah dapat mengenal pasti sumber dan pangkalan data anda. Bagaimanakah anda mencari sumber maklumat tertentu daripada pangkalan data? Langkah pertama untuk mencari maklumat adalah dengan menentukan sama ada maklumat dicari di OPAC atau mana-mana pangkalan data e-buku atau e-jurnal. Untuk melakukannya, anda perlu tahu tentang strategi carian. (a) AApakah Strategi Carian? Strategi carian adalah „pelan tindakan‰ untuk mendapatkan semula

maklumat. Strategi carian yang betul akan dapat menjimatkan masa dan membolehkan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber diambil daripada pelbagai pangkalan data.

Page 13: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

179

Strategi carian adalah kritikal untuk mencari maklumat kerana ia:

(i) Memerlukan anda menganalisa topik;

(ii) Membantu anda mengenal pasti maklumat yang diperlukan; dan

(iii) Membantu anda mencari maklumat yang paling relevan. (b) JJenis Strategi Carian Pada dasarnya terdapat empat jenis strategi carian (lihat Rajah 7.3):

(i) Carian pengarang;

(ii) Carian tajuk;

(iii) Carian subjek; dan

(iv) Carian kata kunci. Anda akan menggunakan empat jenis strategi carian untuk mencari maklumat dalam pangkalan data, iaitu, OPAC, e-buku atau pangkalan data e-jurnal.

Rajah 7.3: Empat jenis strategi carian

(i) CCarian Berdasarkan Pengarang Jika anda tahu nama pengarang, cari nama pengarang itu dengan

menggunakan panduan berikut. Ia boleh digunakan untuk pengarang peribadi dan korporat.

Page 14: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

180

Panduan 1: Pengarang Peribadi CCarian untuk

Nama Barat � Roland S. Barth � BARTH, Roland S.

Nama Cina � Khoo Boo Teik � KHOO, Boo Teik � Francis Loh Kok Wah � LOH, Kok Wah Francis

Nama Melayu � Ahmad Ibrahim � AHMAD Ibrahim � Nik Rahimah � NIK Rahimah Nik Yaacob Nik Yaacob � Tan Sri Abdullah � ABDULLAH Sanusi Sanusi Ahmad Ahmad Tan Sri

Nama India � Ramon V. Navaratnam � NAVARATNAM, Ramon

� P. Sellapan � SELLAPAN, P.

Nama Sikh � Abtar Kaur � ABTAR Kaur � Harjeet Singh � HARJEET Singh � Devindar Kaur Chall � CHALL, Devindar

Kaur Panduan 2: Pengarang Korporat CCarian untuk Jabatan Perangkaan Malaysia � MALAYSIA. Jabatan

Perangkaan

Universiti Malaya � UNIVERSITI Malaya

Bank Negara Malaysia � BANK Negara Malaysia

Institut Pengurusan Malaysia � MALAYSIAN. Institut Pengurusan Malaysia

Institut Strategik dan � INSTITUT Strategik dan Pengajian Antarabangsa Malaysia Pengajian Antarabangsa

(Malaysia) (ii) CCarian Berdasarkan Tajuk Carian berdasarkan tajuk digunakan jika anda tahu tajuk buku

atau jurnal. (iii) CCarian Berdasarkan Subjek Carian berdasarkan subjek dijalankan apabila anda tidak

mempunyai maklumat mengenai pengarang atau tajuk tetapi anda hanya tahu subjek.

Page 15: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

181

(iv) CCarian Berdasarkan Kata Kunci Carian berdasarkan kata kunci adalah strategi carian yang

paling berkesan apabila anda tidak mencari perkara tertentu. Strategi ini adalah sangat berguna untuk mencari pangkalan data elektronik dan maklumat Internet, iaitu mencari maklumat untuk tugasan anda. Sila rujuk Contoh 7.1 yang menunjukkan cara menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat.

Contoh 7.1: Langkah-langkah dalam Merangka Strategi Carian Kata Kunci

1. Memahami Topik Tugasan

� Memahami topik tugasan anda dan fokus topik.

� Kenal pasti perkataan-perkataan dan ungkapan yang sukar. Guna kamus dan ensaiklopedia untuk menerangkan dan memahami topik.

2. Menggubal/Bina Pernyataan Penyelidikan

� Ringkaskan topik dalam satu kenyataan pendek mengenai masalah anda dengan memberikan tumpuan kepada konsep utama sahaja.

Topik Tugasan Pemasaran atas talian akan membantu untuk menjadikan syarikat itu lebih kompetitif daripada pemasaran tradisional. Bincangkan topik dalam konteks globalisasi perniagaan.

Pernyataan masalah: Daya saing pemasaran dalam talian 3. AAnalisis untuk Mengenal Pasti Idea Utama

(a) Pecahkan soalan kepada kkonsep utama. Topik utama boleh dibahagikan kepada beberapa subtopik. Contoh, penyataan masalah boleh dibahagikan kepada dua subtopik seperti digariskan berikut:

Daya saing pemasaran atas talian

(b) MMengenal pasti kata kunci untuk setiap konsep/subtopik:

(i) Membangunkan satu senarai istilah carian dan perkataan yang berkaitan dengan subtopik.

(ii) Menggunakan ensaiklopedia atau tesaurus untuk mendapatkan terma yang berkaitan dan sinonim untuk digunakan dalam carian.

(iii) Menggunakan terma yang lebih luas atau istilah-istilah sains untuk mencapai keputusan yang lebih baik.

Page 16: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

182

Pemasaran Internet DDaya Saing

Pemasaran atas talian Pemasaran jaringan

e-pemasaran e-dagang-pengiklanan

e-perniagaan Penghantaran surat

Kelebihan Daya saing Kelebihan

Strategi Perniagaan Faedah

Keuntungan

Konsep-konsep utama biasanya kata nama dan bukannya kata adjektif 4. PPilih dan Hubungkan Kata Kunci dengan Penyambung Boolean Penyambung Boolean membantu untuk mengecilkan atau meluaskan carian anda

dan memberikan carian yang lebih tepat dengan menggabungkan kata kunci, frasa atau terma. Penyambung Boolean yang paling biasa ialah DAN, ATAU dan BUKAN. Penyambung Boolean DAN, ATAU dan BUKAN digunakan untuk menggabungkan istilah carian bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Anda mungkin tidak perlu untuk menggunakan semua penyambung Boolean dalam satu carian kenyataan. Anda hanya perlu menggunakan penyambung yang terbaik untuk setiap carian.

(a) PPenghubung Boolean DAN Penyambung Boolean „DAN‰ digunakan untuk menggabungkan lebih daripada

satu kata kunci. Sebagai contoh, jika anda mahu maklumat mengenai pemasaran dan internet, anda akan menggunakan „DAN‰. Menggunakan Boolean „DAN‰ akan menghapuskan semua maklumat am mengenai pemasaran dan akan mengecilkan carian anda untuk memilih maklumat mengenai pemasaran internet. Rajah 7.4 memberikan anda gambaran yang lebih jelas.

Rajah 7.4: Penggunaan penyambung Boolean „DAN‰

Page 17: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

183

(b) PPenghubung Boolean ATAU Jika keputusan carian anda adalah terlalu sedikit atau anda mahu artikel atau

buku tambahan, gunakan penyambung Boolean ATAU untuk menyambung sinonim kata kunci. Ini akan meluaskan carian anda dan meningkatkan jumlah maklumat anda. Penyambung Boolean ATAU membolehkan carian dalam konsep yang sama dengan kata-kata yang berbeza. Gunakan kurungan apabila menggunakan penyambung Boolean ATAU dalam satu carian.

Sebagai contoh, anda mahu mencari e-perniagaan dan juga e-dagang. Gunakan

„ATAU‰ untuk meningkatkan keputusan carian (rujuk Rajah 7.5).

Rajah 7.5: Penggunaan penyambung Boolean „ATAU‰

Ini menunjukkan bahawa maklumat mengenai kedua-dua istilah akan diperolehi. Ini akan meningkatkan keputusan carian.

(c) PPenyambung Boolean BUKAN Penyambung Boolean BUKAN juga mengecilkan carian. Ia digunakan untuk mengecualikan aspek-aspek tertentu daripada hasil carian apabila kata kunci tertentu tidak dikehendaki. Gunakan kurungan untuk mengumpulkan perkataan yang mempunyai konsep yang sama. Penyambung Boolean BUKAN akan mencari rekod dengan kata kunci yang pertama dan menghapuskan rekod yang mengandungi kata kunci kedua. Sebagai contoh, anda hanya berminat dalam pencarian yang berkaitan dengan pemasaran. Ini akan mendapatkan maklumat mengenai pemasaran di laman sesawang dan tidak termasuk butiran mengenai aspek peruncitan (lihat hasil akhir carian dalam Rajah 7.6).

Page 18: Nota bm topik7 oumh1103

� TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT

184

Topik 8 akan menerangkan kepada anda cara untuk menggunakan strategi carian yang telah dibincangkan dalam topik ini, untuk in-house (iaitu OPAC) dan pangkalan data komersial (iaitu e-buku dan e-jurnal) di Perpustakaan Digital TSDAS, mahupun di Internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Bagaimana anda tahu bahawa maklumat yang anda telah perolehi adalah relevan? Teruskan bacaan dalam Topik 9. Akhir sekali, cara untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan telah dibincangkan dalam Topik 5. Rujuk kepada topik tersebut untuk mengingat kembali mengenai penyampaian maklumat.

Rajah 7.6: Penggunaan penyambung Boolean „BUKAN‰

Secara ringkasnya, penyambung Boolean melaksanakan fungsi-fungsi berikut seperti dalam Jadual 7.5:

Jadual 7.5: Fungsi-fungsi Penyambung Boolean

Carian Keputusan

Pemasaran DAN internet Memerlukan SEMUA perkataan yang hadir dalam carian. Gunakan DAN untuk konsep yang berbeza.

E-perniagaan ATAU e-dagang APA-APA perkataan ini boleh hadir dalam keputusan. Gunakan ATAU untuk sinonim.

Pemasaran BUKAN peruncitan MENGECUALIKAN dokumen-dokumen dengan „peruncitan‰ daripada carian.

Berikut adalah contoh penyata carian yang menggabungkan penyambung Boolean yang berbeza:

(i) Pemasaran DAN (e-perniagaan ATAU e-dagang); dan

(ii) Internet DAN (pemasaran BUKAN peruncitan).

Page 19: Nota bm topik7 oumh1103

TOPIK 7 PROSES MEMPEROLEH MAKLUMAT �

185

Jika anda ingin demonstrasikan bagaimana penyambung Boolean digunakan dalam pencarian maklumat, lawati:

http://www.waikato.ac.nz/library/learning/wise/Module2/index10.shtml.

� Anda perlukan maklumat dalam pembelajaran untuk melakukan tugasan anda.

� Di OUM, anda mempunyai Perpustakaan Digital TSDAS yang mempunyai sumber maklumat yang terbaik yang dapat membantu anda mengumpul dan mencari maklumat dengan menggunakan pelbagai strategi carian.

� Langkah 3, 4 dan 5 di Aliran Maklumat dibincangkan secara terperinci dalam Topik 5, 8 dan 9.

� Aliran Maklumat membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai topik tugasan.

� Maklumat sumber termasuk buku, jurnal, kertas persidangan dan laman web.

� Maklumat adalah pangkalan data dengan petikan bibliografik.

� Perpustakaan Digital TSDAS menyediakan pangkalan data elektronik yang mengandungi e-buku, jurnal dalam talian, tesis dan sebagainya untuk pelajar.

� Terdapat empat jenis strategi carian � pengarang, tajuk, subjek dan kata kunci.

E-buku

E-jurnal

Online Public Access Catalogue (OPAC)

Pangkalan data elektronik

Penyambung Boolean

Perpustakaan digital

Strategi carian

Sumber maklumat