nota bm

16
iSNIN, 13 APRIL 2009 PERISIAN HBML1103 BM Topik 1: Topik ini akan melihat Teori Huraian Bahasa yang merangkumi Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari Teori Pemerolehan Bahasa yang di dalamnya terangkum topik Teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori Konstruktivisme. Topik ini akan turut melihat Hubungan Teori dengan Pengajaran dan Pembelajaran dengan memberikan fokus kepada Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa Topik 2: Topik ini berkaitan dengan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Di bawah topik ini, akan dibincangkan beberapa topik kecil iaitu pertamanya Strategi Pengajaran yang akan menyentuh tentang konsep strategi, ciri strategi dan pengaplikasian keduaduanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keduanya, topik ini akan melihat penghuraian terhadap Pendekatan Pengajaran dengan memberikan perincian terhadap definisi pendekatan, jenis pendekatan, dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiganya, topik ini akan menghuraikan tentang Kaedah Pengajaran dengan membuat perincian terhadap definisi kaedah, jenis kaedah dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, Topik 2 ini akan melihat Teknik dalam Pengajaran dengan memberikan tumpuan terhadap definisi teknik dan jenis teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Topik 3: Topik ini akan membincangkan Kemahiran Lisan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam topik ini pertamanya akan disentuh tentang Kemahiran Lisan yang di dalamnya mengandungi subtopik Konsep Mendengar, Jenis dan Proses Mendengar serta Peringkat Kemahiran Mendengar. Topik kedua dalam topik Kemahiran Lisan ini akan menyentuh tentang Kemahiran Bertutur yang akan membicarakan Konsep Bertutur, Tujuan Bertutur dan Peringkat Kemahiran Bertutur. Akhirnya, topic ketiga ini akan membicarakan Pengajaran dan Pembelajaran yang di dalamnya merangkumi Perancangan Aktiviti Lisan, Membina atau Memilih

Upload: bagilabahan

Post on 16-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

iSNIN, 13 APRIL 2009PERISIAN HBML1103 BMTopik 1:Topik ini akan melihat Teori Huraian Bahasa yang merangkumi Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari Teori Pemerolehan Bahasa yang di dalamnya terangkum topik Teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori Konstruktivisme. Topik ini akan turut melihat Hubungan Teori dengan Pengajaran dan Pembelajaran dengan memberikan fokus kepada Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Topik 2:Topik ini berkaitan dengan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Di bawah topik ini, akan dibincangkan beberapa topik kecil iaitu pertamanya Strategi Pengajaran yang akan menyentuh tentang konsep strategi, ciri strategi dan pengaplikasian keduaduanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keduanya, topik ini akan melihat penghuraian terhadap Pendekatan Pengajaran dengan memberikan perincian terhadap definisi pendekatan, jenis pendekatan, dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiganya, topik ini akan menghuraikan tentang Kaedah Pengajaran dengan membuat perincian terhadap definisi kaedah, jenis kaedah dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, Topik 2 ini akan melihat Teknik dalam Pengajaran dengan memberikan tumpuan terhadap definisi teknik dan jenis teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Topik 3:Topik ini akan membincangkan Kemahiran Lisan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam topik ini pertamanya akan disentuh tentang Kemahiran Lisan yang di dalamnya mengandungi subtopik Konsep Mendengar, Jenis dan Proses Mendengar serta Peringkat Kemahiran Mendengar. Topik kedua dalam topik Kemahiran Lisan ini akan menyentuh tentang Kemahiran Bertutur yang akan membicarakan Konsep Bertutur, Tujuan Bertutur dan Peringkat Kemahiran Bertutur. Akhirnya, topic ketiga ini akan membicarakan Pengajaran dan Pembelajaran yang di dalamnya merangkumi Perancangan Aktiviti Lisan, Membina atau Memilih dan Menggunakan Bahan Pengajaran kemahiran Lisan dan Penilaian.

Topik 4:Topik keempat ini ialah Kemahiran Membaca. Topik pertama yang akan disentuh ialah Bahagian Pendahuluan yang akan membicarakan tentang Definisi Membaca, Tujuan Membaca dan Proses Membaca. Topik kedua dalam Topik keempat ini adalah berkaitan dengan Jenis Bacaan yang merangkumi Bacaan Mekanis, Bacaan Mentalis, Bacaan Intensif dan Bacaan Ekstensif. Akhirnya, topik ini akan membincangkan tentang Peringkat Kemahiran Membaca yang akan menyentuh tentang Kesediaan Membaca, Prabacaan, Mekanis, Membaca dan Memahami, Bacaan Intensif dan Bacaan Ekstensif.

Topik 5:Topik ini ialah lanjutan daripada topik keempat yang akan membincangkan tentang Kemahiran Membaca. Dalam topik ini, tiga topik yang berkaitan dengannya akan diperkatakan; pertamanya tentang Peringkat Pemahaman Membaca yang secara umumnya terbahagi kepada Peringkat Lateral, Peringkat Intepretasi, Peringkat Inferens dan Peringkat Menilai. Keduanya, Topik ini akan juga melihat Teknik Khusus Bacaan dan Kefahaman yang merangkumi topik Teknik Membaca SQ3R, SQRC, SQ4R, KWLH, dan REAP. Topik terakhir dalam topik kelima ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran yang di dalamnya akan dibicarakan tentang Perancangan Aktiviti Membaca, Memilih/Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran Kemahiran Membaca dan juga Penilaian.

Topik 6:Topik 6 membicarakan tentang Kemahiran Menulis. Dalam topik ini, pertamanya akan dilihat Bahagian Pengenalan yang menyentuh tentang Konsep Menulis, Tujuan Menulis dan Periangkat Kemahiran Menulis. Topik kedua dalan Topik 6 ini adalah tentang Jenis Penulisan yang merangkumi Penulisan Terkawal, Separa Terkawal, Berpandu, Separa Berpandu dan Bebas. Topik terakhir dalam Topik 6 ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran Menulis yang akan menyentuh soal Perancangan Aktiviti Menulis, Pendekatan Pengajaran Menulis dan Penilaian..

Topik 7 :Topik 7 bertopik Sistem Bahasa. Di bawah topik ini, pertamanya akan dilihat Aspek Sistem Bahasa yang merangkumi Tatabahasa, Sistem Ejaan, Sebutan dan Intonasi, Kosa Kata, dan Peribahasa. Topik kedua dalam Topik 7 adalah berkaitan dengan Pendekatan Pengajaran yang akan memperkatakan tentang Pendekatan Induktif, Pendekatan Deduktif, Pendekatan Eklektik, dan Pendekatan Komunikatif. Akhirnya, Topik 7 ini akan menjelaskan tentang Prinsip Pengajaran Berdasarkan Konteks yang menjurus kepada Pengajaran Terancang dan Secara Penyerapan.

Topik 8 :Topik 8 menyentuh tentang aspek Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Topik 8 ini, perkara pertama yang akan dilihat adalah yang berkaitan dengan Bahagian Pengenalan yang menyentuh tentang Konsep Kesusasteraan melayu, Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Bahan Sastera, dan Kriteria Pemilihan Bahan Sastera. Seterusnya Topik 8 ini akan memperkatakan Aspek Bahan Sastera yang akan melihat Penggunaan Bahasa, Penerapan Nilai dan Struktur Karya. Akhirnya, Topik 8 ini akan memperkatakan tentang Teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang mencakupi Lakonan., Teater Pembaca, Teater Bercerita, Kerusi Panas, Simulasi, Improvisasi dan Drama.

Topik 9 :Topik 9 bertopik Bahan Bantu Mengajar. Dalam Topik 9 ini, pertamanya akan dibicarakan Bahagian Pengenalan yang akan membicarakan Konsep Bahan Bantu Mengajar, Kepentingan Bahan Bantu Mengajar, dan Prinsip Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Keduanya, Topik 9 ini akan membicarakan tentang Pemilihan, Penyesuaian dan Penggunaan Bahan yang di dalamnya tercakup Topik Pemilihan Bahan, Penyesuaian Bahan dan Penggunaan Bahan. Akhirnya Topik 9 ini akan melihat Hubungan Bahan Bantu Mengajar dengan Kemahiran Bahasa yang berkaitan dengan Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis dan Kemahiran Sistem Bahasa.

Topik 10:Topik 10 akan membincangkan tentang Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama. Pertamanya, Topik 10 ini akan membicangkan tentang Bahagian Pengenalan yang menyentuh Konsep Bahasa Melayu, Konsep Bahasa Pertama dan Bahasa Keuda, dan Penguasaan Bahasa Pertama. Keduanya, Topik 10 ini akan membicarakan tentang Gangguan Bahasa yang mencakupi topik Gangguan Dialek, dan Gangguan Bahasa Ibunda. Akhirnya Topik ini akan membicarakan Prinsip Pengajaran yang akan melihat Pendekatan dan Kaedah yang Sesuai, Aspek Latar Belakang dan Keadaan Persekitaran Masyarakat dan Proses Pengukuhan dan Pengayaan Bahasa.

AHAD, 12 APRIL 2009Contoh Soalan dan Jawapan HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu - 2BAHAGIAN AARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1Teori Struktural, yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, De Saussure, dan Otto Jespherson; merupakan salah satu daripada Teori Huraian Bahasa Tradisional.Berikan DUA (2) pendapat pelopor teori ini tentang Teori Struktural.[4 markah]i. Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat.ii. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem,arbitrari, dan untuk perhubungan.iii. Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta- fakta yang dilihat.

SOALAN 2Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarnya. Jelaskan secara ringkas Teknik Main Peranan.[4 markah]Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

SOALAN 3Anda bercadang untuk mengajarkan kemahiran bertutur di bilik darjah. Tajuk pengajaran anda ialah Kemajuan Teknologi. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai untuk anda gunakan dalam pengajaran berkenaan?[4 markah]

- Belum ada jawapan lagi -

SOALAN 4Pelajar anda tidak dapat menguasai aspek bacaan secara lantang dengan baik. Cadangkan DUA (2) cara bagi memperbaiki kelemahan ini.[4 markah](a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.(b) Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

SOALAN 5Bahan sumber pengajaran kemahiran menulis boleh didapati daripada pelbagai sumber, seperti internet, digital, audio dan audio visual, gambar, dan filem. Berikan EMPAT (4) ciri bahan sumber pengajaran kemahiran menulis yang baik.[4 markah]a Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaankelas guru semasa mengajar.b Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.c Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.d Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaankelas guru semasa mengajar.e Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.f Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.SOALAN 6Sistem bahasa merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Beri takrifan morfologi dan sintaksis dalam tatabahasa.[4 markah]

Morfologi merupakan bidang yang mengkaji tentang pembentukan kata. Pembentukan kata itu terdiri daripada morfem, jenis morfem, struktur kata, penggolongan kata dan bentuk kata.Sintaksis bermaksud kajian tentang pembentukan ayat. Sintaksis bahasa Melayu merangkumi tajuk-tajuk seperti Frasa, Klausa, Pola Ayat, Jenis Ayat, Bentuk Ayat, Ragam Ayat dan Proses Penerbitan Ayat.

SOALAN 7Pengajaran sistem bahasa boleh dilaksanakan secara terancang dan penyerapan. Jelaskan secara ringkas cara pengajaran sistem bahasa secara penyerapan.[4 markah]a Guru mengenal pasti kemahiran sistem bahasa yang hendak mereka sampaikan kepada pelajar.b Pendekatan induktif, komunikatif dan juga eklektik merupakan antara pendekatan yang sesuai digunakan.c Isi pelajaran disampaikan melalui aktiviti yang dirancang oleh gurud Murid tidak menyedari bahawa mereka sedang diajarkan dengan sesuatu bahagian sistem bahasa.

SOALAN 8Bahan sastera digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Beri DUA (2) sebab kenapakah bahan sastera sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.[4 markah]a memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;b memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;c mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

SOALAN 9Pola suku kata bahasa Melayu terbahagi kepada dua (2). Nyatakan KEDUA-DUA pola suku kata yang berkenaan.[4 markah]

Pola-pola suku kata bahasa Melayu terbahagi kepada :-

Pola suku kata terbuka Pola suku kata tertutup

Pola suku kata tertutup

V+KV : a + pi, i + bu, u + li, e + la.

VK+KVK : am + bil, un + dur, an + ting.

KV+KV : ba + tu, da + du, ka + ki.

KVK+KVK : kan + cil, san + ding, sek +

SOALAN 10Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan, perkara, atau benda yang digunakan oleh guru untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Bagaimanakah bahan bantu mengajar dapat membantu proses pembelajaran di bilik darjah?[4 markah][Jumlah: 40 markah]

(a) menarik minat murid untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sesuatu isi pelajaran dan sekali gus mengelakkan kebosanan dan ketegangan;(b) mengekalkan tumpuan pemerhatian dan pemikiran murid kepada apa yang hendak diajarkan dan sekali gus mengelakkan masalah disiplin dalam semasa di dalam bilik darjah;(c) mencetuskan pemikiran murid dan sekali gus mengelakkan suasana mengantuk dan kebuntuan fikiran;(d) menyeronokkan emosi dan rohani murid dan sekali gus mengelakkan kebosanan di kalangan murid;

BAHAGIAN BARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1Terdapat banyak masalah berhubung dengan pengajaran menulis di sekolah. Masalah ini tidak harus dibiarkan berlanjutan, khasnya apabila pelajar itu hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.(a) Senaraikan EMPAT (4) masalah yang dihadapai dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis.[8 markah](b) Cadangkan langkah yang sesuai bagi mengatasi EMPAT (4) masalah yang telah anda senaraikan.[12 markah][Jumlah: 20 markah]SOALAN 2Bahan bantu mengajar digunakan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, guru perlu memikirkan bahan yang sesuai bagi mengajarkan kemahiran mendengar dan bertutur.(a) Senaraikan EMPAT (4) bahan bantu mengajar dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.[4 markah](b) Jelaskan penggunaan EMPAT (4) bahan bantu mengajar ini untuk membantu guru dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.[16 markah][Jumlah: 20 markah]

SOALAN 3Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula sekali diperoleh dan dikuasai oleh seseorang sejak dia masih kanak-kanak, iaitu sebelum dia mempelajari sesuatu bahasa asing atau bahasa kedua.(a) Jelaskan bagaimana bahasa pertama itu diperolehi oleh seseorang kanak-kanak.[8 markah](b) Di sekolah, kelemahan dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara lain berpunca daripada dua (2) gangguan bahasa yang utama, iaitu gangguan dialek dan gangguan bahasa ibunda. Jelaskan bagaimanakah kedua-dua gangguan ini boleh menjejaskan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.[12 markah][Jumlah: 20 markah]SOALAN 4Baca petikan berikut dan jawab soalan yang berkaitan dengannya.Nadia tidak ambil peduli akan kata-kata Abang Kamal. Bagi Nadia, tindakan Abang Kamal yang sedemikian tidak menjejaskan sedikit pun usahanya untuk memulihkan perusahaan abah. Yang penting, kilang abah mesti diselamatkan. Dan Nadia pasti, abah akan tentu menyebelahinya.Berhati-hati Nadia. Kalau bertindak, biar seperti menarik benang dalam tepung. Benang dapat ditarik, tanpa mengecahkan tepung, peringat abah sewaktu mereka berbincang tentang abang Kamal.Abah tak boleh memecat abang Kamal tanpa sebarang sebab. Itu Nadia tahu kan. Jadi, Nadia kenalah cari bukti tentang salah laku Abang Kamal sebelum abah mengambil tindakan, pesan abah lagi.Itu Nadia faham abah. Dan Nadia pun bukan sengaja nak cari kesalahan Abang Kamal. Tapi kalau tindakannya boleh menjejaskan kilang ini, Nadia rasa kita patut bertindak. Tempatnya perlu digantikan dengan orang lain, balas Nadia kemudiannya.Siapa agaknya yang sesuai soal abah. Nadia tersenyum mendengar pertanyaan abah. Abah hairan melihat reaksi Nadia.

(Dipetik daripada Elby Wahida, 1995, Ceria Kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)Dengan menggunakan petikan di atas, cadangkan aktiviti pengajaran Kemahiran Membaca dengan menggunakan teknik DR-TA.[20 markah]SOALAN 5Sebagai guru Bahasa Melayu, anda berasa bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu perlu dipertingkat di kalangan pelajar di sekolah anda. Hal ini amat penting memandangkan bahawa peranan bahasa Melayu amat signifikan dalam kedudukannya sebagai bahasa rasmi Negara ini. Jelaskan beberapa langkah yang boleh anda laksanakan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar di sekolah anda.[20 markah]

AHAD, 12 APRIL 2009Contoh soalan HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu - 1BAHAGIAN AARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1Terdapat EMPAT (4) peringkat pemahaman membaca iaitu peringkat lateral, peringkat interpretasi, peringkat inferens, dan peringkat menilai. Anda mendapat bahawa murid anda lemah pada peringkat pembacaan lateral. Cadangkan DUA (2) aktiviti pengajaran peringkat lateral yang boleh membantu murid anda dalam memahami pembacaan mereka.[2 markah]SOALAN 2Seorang murid anda masih lagi tidak dapat membentuk huruf dengan betul dan tepat. Cadangkan latihan yang sesuai bagi membantu murid anda itu mengatasi masalah ini.[2 markah]SOALAN 3Terdapat beberapa jenis ayat dalam bahasa Melayu dan setiap satu daripadanya mempunyai ciri yang tersendiri. Huraikan dengan ringkas DUA (2) jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.[2 markah]SOALAN 4Salah satu daripada tujuan penggunaan bahan sastera adalah untuk membantu penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Jelaskan bagaimanakah unsur bahasa yang terdapat dalam bahan sastera dapat membantu anda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid anda di sekolah?[2 markah]

SOALAN 5Nyatakan DUA (2) kepentingan bahan bantu mengajar.[2 markah][Jumlah:-10 markah]

BAHAGIAN BARAHAN:- Terdapat TIGA (3) soalan dalam bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1Pengajaran dan pembelajaran membaca melibatkan tiga peringkat iaitu pertama peringkat perancangan aktiviti, kedua peringkat pemilihan, pembinaan dan penggunaaan bahan, dan akhir sekali peringkat menilai. Bagaimanakah anda melaksanakan ketiga-tiga peringkat itu berdasarkan hasil pembelajaran 5.1 iaitu membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang bertul dan memahami perkara yang dibaca?[10 markah]SOALAN 2Anda telah merancang untuk mengajarkan murid menulis e-mel yang mudah seperti yang dinyatakan dalam hasil pembelajaran 10.1 iaitu menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Jelaskan pelaksanaan pengajaran anda itu dengan mengambil kira ketiga-tiga peringkat pengajaran mengarang.[10 markah]

SOALAN 3Anda bercadang untuk mengajarkan bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda dengan menggunakan pantun yang berikut.Anak buaya terenang-renang, Anak kunci dalam perahu ; Hanya saya terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing belang; Dua tiga hamba mencari, Manakan sama abang seorang.Bagaimanakah anda dapat mengajarkan bentuk kata yang berkenaan?[10 markah]

ISNIN, 30 MAC 2009Contoh soalan Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu Sem Januari 2007BAHAGIAN AARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1Terdapat EMPAT (4) peringkat pemahaman membaca iaitu peringkat lateral, peringkat interpretasi, peringkat inferens, dan peringkat menilai. Anda mendapat bahawa murid anda lemah pada peringkat pembacaan lateral. Cadangkan DUA (2) aktiviti pengajaran peringkat lateral yang boleh membantu murid anda dalam memahami pembacaan mereka.[2 markah]SOALAN 2Seorang murid anda masih lagi tidak dapat membentuk huruf dengan betul dan tepat. Cadangkan latihan yang sesuai bagi membantu murid anda itu mengatasi masalah ini.[2 markah]SOALAN 3Terdapat beberapa jenis ayat dalam bahasa Melayu dan setiap satu daripadanya mempunyai ciri yang tersendiri. Huraikan dengan ringkas DUA (2) jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.[2 markah]SOALAN 4Salah satu daripada tujuan penggunaan bahan sastera adalah untuk membantu penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Jelaskan bagaimanakah unsur bahasa yang terdapat dalam bahan sastera dapat membantu anda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid anda di sekolah?[2 markah]SOALAN 5Nyatakan DUA (2) kepentingan bahan bantu mengajar.[2 markah][Jumlah:-10 markah]

BAHAGIAN BARAHAN:- Terdapat TIGA (3) soalan dalam bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1Pengajaran dan pembelajaran membaca melibatkan tiga peringkat iaitu pertama peringkat perancangan aktiviti, kedua peringkat pemilihan, pembinaan dan penggunaaan bahan, dan akhir sekali peringkat menilai. Bagaimanakah anda melaksanakan ketiga-tiga peringkat itu berdasarkan hasil pembelajaran 5.1 iaitu membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang bertul dan memahami perkara yang dibaca?[10 markah]SOALAN 2Anda telah merancang untuk mengajarkan murid menulis e-mel yang mudah seperti yang dinyatakan dalam hasil pembelajaran 10.1 iaitu menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Jelaskan pelaksanaan pengajaran anda itu dengan mengambil kira ketiga-tiga peringkat pengajaran mengarang.[10 markah]SOALAN 3Anda bercadang untuk mengajarkan bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda dengan menggunakan pantun yang berikut.Bagaimanakah anda dapat mengajarkan bentuk kata yang berkenaan?[10 markah]Dicatat oleh imanndi3/30/2009 05:52:00 PTG,0 ulasanContoh soalan Pengenalan Pendidikan Kesihatan Sem Januari 2007ARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1Apakah tujuan doktor perubatan atau doktor pergigian melakukan pemeriksaan fizikalterhadap pesakit?[2 markah]SOALAN 2Apakah yang menyebabkan malnutrisi?[ 2 markah]SOALAN 3Jelaskan secara ringkas maksud kesenggangan.[2 markah]SOALAN 4Nyatakan faedah atau kebaikan media massa sebagai saluran komunikasi dalamkesihatan.[2 markah]SOALAN 5Nyatakan salah SATU (1) misi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian KesihatanMalaysia.[2 markah][Jumlah:-10 markah]

BAHAGIAN BARAHAN: - Terdapat TIGA (3) soalan dalam Bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1Penyediaan dan penyajian makanan yang bersih dan selamat adalah penting bagimengelakkan berlakunya keracunan makanan. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyedia dan penyaji makanan kantin sekolah bagi menjamin makanan yang disediakan dan disajikan kepada murid-murid sekolah tidak tercemar.[10 markah]SOALAN 2Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Manusia dapat berfungsi dan menjalankan aktiviti hariannya dengan cergas dan berkesan jika mempunyai rehat yang cukup.Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rehat. Jelaskan juga apakah yang dimaksudkan dengan rehat aktif dan rehat pasif. Berikan juga contoh-contoh aktiviti-aktiviti bagi kedua-dua jenis rehat tersebut.[10 markah]SOALAN 3Fizikal, sosial dan gender merupakan aspek-aspek yang saling berkait rapat bagi menentukan taraf kesihatan keluarga. Jelaskan bagaimana aspek-aspek ini saling berkait bagi menentukan taraf kesihatan keluarga.[10 markah]