nota bm stpm bab 4: bahasa melayu moden

42
BAHASA MELAYU #Rusydi Rosli #Arif Shuid #Nadzirul #Amirul Asri

Upload: muhammad-syafiq

Post on 11-Feb-2016

1.378 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

Nota stpm bahasa melayu bab 4 iaitu bahasa melayu moden. Nota ini hanya meliputi zaman pramerdeka sahaja, termasuklah sumbangan tokoh tokoh asing seperti R.Owinstedt dan juga tokoh tokoh temparan seperti za'ba.

TRANSCRIPT

Page 1: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

BAHASA MELAYU#Rusydi Rosli#Arif Shuid#Nadzirul

#Amirul Asri

Page 2: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

BAHASA MELAYU MODEN

Page 3: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

PERANCANGAN BAHASA MELAYU

PERANCANGAN BAHASA MELAYU

PERANCANGAN TARAF

AKTA

PERANCANGAN KORPUS

KODIFIKASI BAHASA

PEMUPUKAN

Page 4: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

PERANCANGAN TARAF BAHASA

PERANCANGAN TARAF BAHASA

BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA RASMIBAHASA PENGANTAR

Page 5: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

1. Perlembagaan Malaysia(Perkara 152)-Bahasa Melayu=Bahasa Kebangsaan. Bertujuan untuk menyatupadukan warganegara.2. Bahasa Melayu sebagai lambang identiti negara/kebangsaan(pelbagai kaum/etnik).3. Penduduk Melayu lebih ramai berbanding kaum lain.4. Lingua franca sejak dahulu lagi.

BAHASA KEBANGSAAN

Page 6: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

BAHASA RASMIDefinisi: Bahasa yang digunakan

untuk urusan rasmi negara.Fungsi: Alat komunikasi dalam

pemerintahan/pentadbiran, perundangan, pendidikan, perdagangan, dan perusahaan.

Page 7: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

BAHASA RASMIFUNGSI BAHASA MELAYU DALAM URUSAN

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRANBahasa lisan kakitangan kerajaan.Media urusan surat-menyurat dalam dan

antara jabatan kerajaan.Digunakan dalam semua rekod kerajaan.Media untuk menulis undang-undang dan

peraturan negara.Digunakan dalam semua jenis borang

urusan rasmi kerajaan.

Page 8: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

BAHASA PENGANTAR Definisi: Bahasa yang digunakan untuk

menyampaikan maklumat. (Pendidikan) Bahasa pengantar utama di sekolah

rendah/menengah dan pusat pengajian tinggi. BM telah dinaikkan martabatnya sebagai bahasa

ilmu, bahasa perhubungan utama dan bahasa sarana budaya tinggi serta untuk membina sahsiah diri.

Selaras BM sebagai bahasa pengantar, konsep/ilmu pengetahuan turut berkembang.

Pelbagai bidang ilmu dapat diwujudkan bagi meningkatkan kosa kata bahasa Melayu.

Page 9: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

PEMBINAAN KORPUS BAHASA

PEMBINAAN BAHASA

PEMUPUKANPENGEKODAN/ KODIFIKASI

Page 10: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KONDIFIKASI BAHASA

KONDIFIKASI BAHASA

EJAAN

ISTILAH

PERKAMUSAN

SEBUTAN

TATABAHASA

Page 11: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

EJAANKAEDAH EJAAN PRAMERDEKA

KAEDAH EJAAN KINI

Page 12: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAEDAH EJAAN PRAMERDEKAKedatangan orang Eropah membawa

tulisan Rumi. Bukti pertama- menerusi senarai perkataan bertarikh 1521 yang merupakan cacatan perjalanan seorang lelaki Itali-Antonio Pigafetta.

Senarai perkataan tersebut mengandungi 426 kosa kata BM. Berjudul Vocaboli de Popoli Mori (Perbendaharaan Kata Orang-orang Moorish[Melayu])

Guna sistem ejaan bahasa Itali. Contoh: matta(mata), poranpoan(perempuan).

Page 13: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAEDAH EJAAN PRAMERDEKA

SISTEM EJAAN CORNELIS DE HOUTMAN

Terdapat dalam senarai perkataan yang berjudul The First Dutch-Malay Vocabulary (1595).

Ditulis menggunakan tulisan rumi yang menggunakan ejaan Belanda.

Contoh: # penot = perut # chynta = cinta # tyma = timah

Page 14: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAEDAH EJAAN PRAMERDEKASISTEM EJAAN BOWREY

Dapat dilihat dalam kamus A Dictionary English and Malayo, Malayo and English(1701).

Kosa kata BM dieja dalam sebutan Inggeris.

Contohnya: #perbooroooawn=pemburuan

#camee poonea= kami punya #parasch= paras

Page 15: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAEDAH EJAAN PRAMERDEKASISTEM EJAAN MARSDEN

Dicatat menerusi kamusnya iaitu, A Dictionary of the Malayan Language(1812).

Dianggap sebagai sistem ejaan Rumi yang tersusun lengkap oleh penutur bahasa Inggeris pada abad ke-19.

Beliau juga mewujudkan sistem kelarasan vokal bagi BM yang terdiri daripada dua suku kata.

Contoh: vokal a-i : habis-salib : vokal a-e : tasek-ayer : vokal i-I : pinggir-chinchin

Page 16: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAEDAH EJAAN PRAMERDEKA

Pada tahun 1904, Kerajaan Melayu menerusi jawatankuasa ejaan telah menghasilkan buku yang berjudul Romanised Malay Spelling. Buku ini dijadikan panduan untuk menulis BM dalam tulisan Rumi.

Aturan ejaan ini dinamakan Sistem Ejaan Wilkinson kerana dipengerusikan olehnya dan seterusnya dijadikan sebagai dasar bagi Ejaan Sekolah.

Page 17: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAEDAH EJAAN PRAMERDEKA

SISTEM EJAAN RUMI ZA’BADisusun oleh Za’ba dan ditulis dalam

beberapa buah buku pedoman bahasa yang diterbitkan Pejabat Karang Mengarang, SITC, iaitu menerusi buku Ilmu BM Penggal 1(1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1(1941), dan Daftar Ejaan Melayu(Jawi-Rumi)(1949).

Dijadikan sebagai Ejaan Sekolah dan ejaan rasmi kerajaan hingga tahun 1970-an.

Page 18: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAEDAH EJAAN PRAMERDEKASISTEM EJAAN FAJAR ASIA

Digunakan semasa pendudukan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu.

Merupakan sistem ejaan rasmi yang digunakan dalam akhbar Fajar Asia.

Sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai pedoman untuk menulis BM oleh ASAS 50 dalam karya mereka.

Page 19: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAEDAH EJAAN KINIDalam Kongres Bahasa dan Persuratan

Melayu Ketiga(1956), persoalan ejaan telah ditimbulkan semula, terutamanya dari segi penyatuan sistem ejaan Rumi Tanah Melayu dan Indonesia.

1959-Sebuah jawatankuasa telah dibentuk dan dipengurusikan oleh Tuan Syed Nasir Ismail (Pengarah DBP). Indonesia-Diketuai oleh Slametmuljana. Sistem Ejaan Malindo terbentuk.

Pelaksanaan sistem ini terbantut akibat konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Page 20: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

1972-Malaysia-Indonesia sekali lagi mengadakan sistem ejaan bersama iaitu Sistem Ejaan Baharu. Diisytiharkan rasmi di kedua buah negara pada 16 Ogos 1972.

DBP telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu BM(rujukan masyarakat) (mempunyai masalah). Menerusi Majlis BM Indonesia-Malaysia(MBIM) dan kini Majlis BM Brunei-Indonesia-Malaysia(MABBIM) telah diwujudkan kerjasama serantau untuk mantapkan ejaan BM.

MABBIM telah mengeluarkan pedoman umum ejaan yang dianggap sebagai lengkap untuk kegunaan negara terlibat. Dikenali ‘Daftar Ejaan Baharu’ (Malaysia)

Page 21: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

Daftar Ejaan Baharu ini membincangkan 6 aspek utama, iaitu:HURUF-HURUF BM-26 huruf (a-z)HURUF VOKAL-a,e,i,o,u.

-e (pepet/taling) :emak/enak.HURUF KONSONAN-26 huruf.

-5 huruf gabung :gh, kh, ng, ny, sy.

HURUF DIFTONG-gabungan 2 huruf vokal. -3 bunyi (ai, au, oi)

Page 22: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

SUKU KATA• a-bu, i-kanV• om-bak, ga-ulVK• se-lat, tem-ba-kauKV• pin-tu, hi-tamKVK• kri-tik, pro-jekKKV• prak-ti-kal, stan-

dardKKVK

• eks-portVKK

Page 23: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KELARASAN VOKALKelarasan vokal ialah peraturan vokal dalam 2

suku kata akhir pada kata dasar. Ini bermakna, huruf vokal dalam suku kata praakhir menentukan huruf vokal dalam suku kata akhir sesuatu kata dasar.

Kata dasar pula mestilah kata dasar tertutup dan mempunyai sekurang-kurangnya dua suku kata. Dalam sistem ejaan BM, terdapat 18 pola kelarasan vokal, iaitu, a-a, a-i, a-u, e(pepet)-a, e(pepet)-i, e(pepet)-u, e(taling)-a, e(taling)-e(taling), e(taling)-o, i-a, i-i, i-u, o-a, o-e(taling), o-o, u-a, u-i, dan u-u.

Terdapat kekecualian dalam kelarasan vokal yang melibatkan kata pinjaman bahasa Inggeris dan Indonesia/Jawa.

Page 24: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

ISTILAH Dibentuk oleh Jawatankuasa Istilah(JKI), DBP. JKI

pertama ialah JKI Kerajaan(15/1/1957). Tahap awal, pembentukan istilah tidak

mempunyai sebarang pedoman. JKI amalkan sikap tulen. Istilah yang dicipta perlu pertahankan sifat BM. Contoh: psychology (ilmu jiwa), mathematics (ilmu hisab), geomorphology (kaji bentuk bumi).

Pembentukan istilah seperti ini menyebabkan istilah yang dicipta tidak dapat membawa konsep istilah asal.

Tugas pembentukan istilah seterusnya diberi kepada Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu(JKTBM)(5/6/1972).

Page 25: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

Pembentukan istilah yang standard pula bermula apabila Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM(PUPIBM) dirumuskan oleh Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia(MBIM)(1972)(dikuatkuasa 1975)

PUPIBM dijadikan paduan dasar untuk menggubal istilah. (peraturan istilah)

Istilah dibezakan daripada tatanama; istilah membawa makna, konsep, proses, keadaan/sifat bagi sesuatu ilmu, berbeza daripada tatanama yang melibatkan kumpulan nama dalam ilmu tertentu.

Istilah yang dibentuk perlu mengutamakan BM dan bahasa yang serumpun dengannya. Pinjaman kosa kata asing dilakukan sebagai pilihan terakhir. Istilah diberikan perlulah tepat dan tidak mempunyai konotasi buruk.

DBP di bawah JKTBM telah berjaya menghasilkan istilah dalam pelbagai bidang sepeti falsafah, agama, dll. DBP turut bekerjasama dengan pusat pengajian tinggi(UM, UKM, USM) untuk bertukar-tukar bahan/selaras istilah.

Page 26: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

SEBUTANBertujuan untuk mengisierti taraf

yang diberikan kepada BM, iautu sebagai bahasa kebangsaan/rasmi/ilmu. Sebutan baku perlu digunakan dalam urusan rasmi.

Usaha pembakukan sebutan BM dimulakan dalam Kongres Bahasa & Persuratan Melayu ke-3. Asraf yang mewakili ASAS 50 telah kemukakan cadangan menerusi kertas kerjanya bertajuk “Bunyi BM dalam Ucapan)(kurang dapat sokongan).

Page 27: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

1984-Sebutan baku dilaksanakan apabila Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Sri Adib Adam mengumumkan bahawa sebutan baku akan dilaksanakan di RTM. Persatuan Linguistik Malaysia(PLM) turut gesa sebutan baku dilaksanakan.

1988-Sebutan baku telah dilaksanakan di sekolah apabila Kurikulum Baru Sekolah Menengah dimulakan.

Sebutan baku beerti sebutan BM perlu didasarkan kepada ejaannya (sebutan fonemik).

Page 28: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

Sebutan fonemik: kata-kata dieja sama seperti diucapkan dan diucapkan sama seperti yang dieja.

Berdasarkan sebutan fonemik ini, semua huruf perlu dilafazkan mengikut huruf itu sendiri. Contohnya, apabila melafazkan vokal <a>, vokal ini perlu diucapkan sebagai bunyi [a] tanpa mengira posisinya dalam sesuatu perkataan.

Page 29: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

PERKAMUSANPenyusunan kamus merupakan usaha

kodifikasi bahasa yang penting dalam proses pembinaan, pengembangan dan pembakuan bahasa.

Di tugaskan oleh DBP. Dalam matlamat ke-5 undang-undang DBP(1959), Bahagian(5) menyatakan bahawa DBP perlu susun & terbit sebuah kamus bahasa kebangsaan. Tiga program utama penyusunan kamus ialah program penyusunan kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus istilah.

Page 30: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAMUS EKABAHASA KE yang pertama ialah Kamus Dewan. Mula susun(1963), diterbitkan(1970). Tujuan: untuk merakamkan perkembangan kosa kata

BM moden. (1950-1970). Disusun oleh penyusun kamus yang diketuai Teuku

Iskandar. Mendapat khidmat pakar, A. Teeuw (Universiti Leiden, bayaran UNESCO)

Kamus ini sentiasa dikemaskini untuk memperbaiki ejaan, takrif, dan kesesuaian dengan perkembangan yang dialami BM.

Meliputi pelbagai bidang. Dimuatkan kata dialek/slanga, berkaitan etnik dan kaum.

DBP turut terbitkan Kamus Pelajar (1975).

Page 31: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAMUS DWIBAHASAKamus Inggeris-melayu Dewan

(KIMD).Diterbitkan pada 14 Februari 1992.Dikatakan setaraf dengan kamus

Eropah.Jumlah entri: 38 000 kata entri

dimuatkan dalam KIMD ini.

Page 32: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

KAMUS ISTILAH Tujuan: untuk cepat/luaskan penggunaan

istilah yang tepat dan terkini. Kamus Istilah Sains Am, Kamus Biologi

KBSM, Kamus Kimia KBSM, Kamus Fizik KBSM, Kamus Hidrogeologi, Kamus Hidrologi, Kamus Istilah Kejuruteraan Petroleum, Kamus Perhutanan, Kamus Perakuanan, Kamus Mekanik Gunaan dan Kamus Ekologi.

Kamus istilah petingbagi memperkayakan dan memantapkan BM mengungkapkan ilmu sains mutakhir.

Page 33: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

Selain DBP, kamus juga diusahakan oleh orang perseorangan dan organisasi penerbitan.

Antara maklumat yang dimuatkan dalam sebuah kamus ialah:Kata entri.Maklumat tatabahasa.Makna kata.Contoh pemakaian kata.SebutanEtimologi kata.

Page 34: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

TATABAHASAPERINGKAT PERANCANGAN BAHASA

Penyeragaman tatabahasa perlu bagi membolehkan pengguna bahasa menggunakan tatabahasa yang betul dan seragam, sama ada dalam bentuk tulisan atau pertuturan.

Peringkat awal-Buku Pelita BM Penggal 1(Za’ba). Dijadikan sumber rujukan utama tatabahasa(1960-1980). Isi kandunganya-BAIK. Cara olah/istilah-ketinggalan zaman.

Page 35: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

DBP telah terbitkan buku tatabahasa yang baharu- Tatabahasa Dewan. Penghasilannya diketuai Nik Safiah Karim, ditulis bersama Farid M. Onn, Abdul Halim Mahmood, dan Hashim Musa.

Diterbitkan dalam 2 jilid, iaitu Jilid 1 Ayat(1986) dan Jilid 2 Perkataan(1989). Digabungkan dan diterbitkan sebagai Edisi Baharu(1993).

Dijadikan buku Tatabahasa Pegangan-menjadi rujukan umum/pelajar. Dapat seragamkan tatabahasa BM.

Dalam bidang tatabahasa, terdapat 2 bahagian utama, iaitu morfologi dan sintaksis.

Page 36: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

BIDANG MORFOLOGI Melibatkan pembentukan kata dan

penggolongan kata. Pembentukan kata-melibatkan kata tunggal,

kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Penggolongan kata-melibatkan kata nama, kata

kerja, kata adjektif dan kata tugas. Penyeragaman dari sudut morfologi dapat

dilihat misalnya dalam hukum p,t,k, dan s. Menerusi hukum ini apabila imbuhan meN- bertemu dengan kata dasar asli berawalan p,t,k, dan s, maka huruf pertama kata dasar tersebut akan berubah menjadi m,n,ng,dan ny.

Page 37: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

Contoh:Awalan meN- Kata Dasar Kata Terbitan

meN- Pakai-makai Memakai

meN- Tarik-narik Menarik

meN- Kurung-ngurung

Mengurung

meN- Sapu-nyapu menyapu

Page 38: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

BIDANG SINTAKSIS Melibatkan binaan frasa, jenis, bentuk, ragam,

susunan, dan proses penerbitan ayat. Binaan frasa bererti frasa yang membina bahagian-bahagian ayat yang terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Jenis pula melibatkan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, atau ayat tanya. Bentuk ayat melibatkan bentuk ayat tunggal dan bentuk ayat majmuk. Ragam melibatkan ragam aktif dan ragam pasif.

Susunan pula melibatkan susunan biasa atau susunann songsang. Proses penerbitan ayat melibatkan proses pengguguran, proses penyusunan semula, atau proses peluasan.

Page 39: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

Penyeragaman tatabahasa, terdapat cara-cara tertentu untuk membina ayat, misalnya ayat pasif. Bagi membina ayat pasig dengan ganti nama orang pertama dan kedua, kedua-dua ganti nama itu perlu hadir di hadapan kata kerja pasif. Rumusnya, kata ganti nama+frasa kerja.

Contoh:Akhbar itu saya baca.Akhbar itu anda baca.

Page 40: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

Jika ganti nama yang terlibat ialah ganti nama diri orang ketiga, rumusnya: di+ frasa kerja+oleh+frasa nama.

Contoh: Akhbar itu dibaca oleh beliau.

Oleh itu, dalam BM telah terdapat keseragaman struktur untuk membina ayat pasif.

Page 41: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

PEMUPUKAN Maksud: menumpukan perhatian kepada usaha-usaha

untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling menterjemah dengan bahasa moden lain. Hal ini dilaksanakan dengan pemupukan istilah-istilah bahasa, khususnya istilah-istilah dalam bidang teknikal.

Melalui pemupukan ini BM mampu memperkatakan pelbagai bidang ilmu dalam displin-displin yang berbeza.

Melalui perancangan bahasa, ejaan, kosa kata, istilah, tatabahasa, dan perkamusan telah berjaya diseragamkan. BM berkembang dengan baik dan mampu menjalankan fungsinya sebagai bahasa moden.

Page 42: Nota BM STPM Bab 4: Bahasa melayu moden

SEKIAN,TERIMA KASIH.