nota agama

Upload: fadila-hanim

Post on 13-Jul-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1 ADAB BERMUSAFIR1. Pengertian Musafir : perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat yang tertentu dengan tujuan kebaikan dan memberikan manfaat 2. Hukum Bermusafir

HukumWajib Sunat Harus Makruh Haram

SituasiOrang Islam yang mampu menunaikan ibadah haji di Mekah Menziarahi MasjidilHaram, Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa, dan menziarahi kaum keluarga serta orang sakit Hukum asal serta bagi tujuan yang diharuskan oleh syarak Musafir tanpa tujuan atau matlamat Ke tempat-tempat haram/maksiat atau bertujuan melakukan maksiat

3. Adab-adab BermusafirSebelum Bermusafir Berdoa memohon petunjuk Menyediakan keperluan asas Berniat untuk kebaikan Ketika Memulakan Musafir Mengucapkan selamat tinggal Berdoa ketika menaiki kenderaan Melakukan solat sunat musafir dan membaca doa musafir Melantik seorang ketua

Semasa Bermusafir

Mengerjakan solat secara jamak atau qasar Tidak merosakkan alam sekitar Sentiasa mengingati Allah

4. Hikmah Beradab Semasa Bermusafira. Memperoleh keberkatan dan keselamatan daripada Allah SWT. b. Matlamat musafir tercapai c. Terhindar daripada perkara maksiat dan kejahatan d. Dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan saling menghormati. e. Alam sekitar tidak akan tercemar

5. Implikasi Tidak Beradab Semasa Bermusafira. Terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. b. Terdedah kepada maksiat atau kejahatan c. Jiwa tidak tenteram dan gelisah kerana tidak melaksanakan tuntutan agama. d. Perjalanan yang tidak lancar dan ditimpa dengan pelabagi masalah.

BAB 2 ADAB BERNEGARA1. Konsep Bernegara :a. Takrif Negara: Suatu masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan b. Negara yang harmoni, stabil dan maju hasil daripada komitmen semua lapisan rakyat. c. Rakyat pula dapat hidup dengan aman damai dan terjamin hasil daripada negara yang stabil dan maju

2. Adab-adab Bernegara

AdabMenjaga nama baik negara

Cara mengharumkan nama Negara tidak memburukkan imej Negara mencipta kejayaan

Cintakan negara

menjaga keamanan mempertahankan Negara bekerjasama dengan kerajaan untuk memaju dan membangunkan Negara

Bekerjasama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara

menghindari perbuatan yang boleh menggugat keamanan tidak melakukan perkara yangboleh mencetuskan pergaduhan berusaha mewujudkan perpaduan

Berbakti kepada negara

Sanggup berkorban untuk menjaga keselamatan negara Berkorban harta untuk membantu Berusaha memajukan negara

3. Faedah Menjaga Adab Bernegaraa. Negara akan maju dan membangun b. Nama baik Negara akan harum c. Negara terpelihara dari ancaman musuh d. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni e. Melahirkan rakyat yang cintakan Negara dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan Negara. f. Membentuk rakyat yang mempunyai sifat bertanggung jawab.

4. Implikasi Tidak Memelihara Adab Bernegaraa. Rakyat hidup dalam keadaan berpecah belah b. Ekonomi dan politik Negara tidak stabil. c. Negara akan terdedah kepada ancaman musuh d. Negara akan dipandang hina, merosot dan mundur.

5. Persiapan Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti.a. Memeperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan peredaran masa b. Membina kemantapan iman dalam diri c. Membina jati diri melalui akhlak yang mulia d. Membina infrastruktur yang sesuai untukmembina dan melatih modal insan.

BAB 3 ADAB DENGAN PEMIMPIN1. Konsep Pemimpina. Takrif Pemimpin : orang yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin atau mengetuai sesebuah organisasi atau Negara. b. Pemimpin Negaraberperanan penting memastikan kestabilan dan perlaksanaan undang-undang Negara terlaksana c. Menurut Islam, hukum mentaati pemimpin (UlulAmri) adalah wajib selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah. d. Ciri-ciri pemimpin yang baik : i. Beriman dan bertakwa ii. Berilmu iii. Adil dan amanah iv. Tegas melaksanakan syariat Allah v. Berwawasan dan bercita-cita tinggi

2. Tanggung jawab Pemimpina. Menjaga agama agar Islam dapat dilaksanakan dalam pengurusan pentadbiran Negara. b. Berlaku adil. c. Menyediakan keperluan asas kepada rakyat d. Menjaga keselamatan Negara dari ancaman musuh e. Berusaha untuk membangunkan Negara.

3. Adab Rakyat Terhadap Pemimpin

a. Wajib mentaati pemimpin. b. Bekerjasama dan membantu pemimpin untuk mencapai wawasan Negara c. Memberi sokongan padu kepada pemimpin d. Rakyat berhak menasihati dan menegur pemimpin dengan cara yang baik dan mengikut saluran yang betul. e. Melaksanakan dasar kerajaan demi kebaikan umum.

4. Faedah Beradab Terhadap Pemimpina. Masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap kestabilan dan pembangunan Negara b. Memupuk hubungan yang baik antara rakyat dan pemimpin c. Rakyat hidup aman dan harmoni d. Pembangunan dalam negara dapat dilaksanakan e. Dapat meningkatkan imej Negara di mata dunia.

5. Implikasi Tidak Beradab Terhadap Pemimpina. Berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan b. Pembangunan Negara sukar dicapai kerana ekonomi terjejas c. Memberi peluang kepada musuh Negara d. Kemanan tergugat dan akhirnya Negara akan musnah.

BAB 4 ADAB BERJIHAD

1. Konsep Berjihada. Takrif jihad: usaha yang dilakukan oleh seseorang Muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam demi mendapatkan keredhaan Allah SWT b. Jihad utama : perjuangan menegakkan Islam c. Jihad-jihad lain yang digalakkan oleh Islam : i. Meningkatkan prestasi pelajaran ii. Membangunkan Negara iii. Meningkatkan ekonomi/ mencari rezeki yang halal iv. Melakukan perkara kebaikan.

2. Peringkat-peringkat jihad dan cara

PeringkatMembaiki Diri Mempelajari Islam

Cara

Mengamalkan jaran Islam Menyebarkan ilmu Sabar dan ikhlas dalam berdakwah MelawanSyaitan Melawan dan menghapuskan waswas Menjauhkan diri daripada mengikut hawa nafsu dan perkara-perkara maksiat Melawan Kafir Harbi dan Munafik MenghapuskanKezaliman da Hati: benci dengan amalan buruk n Kemungkaran Lidah: menjelaskan kebenaran Amar makruf dan nahi munkar

3. Kelebihan Berjihad

a. Ganjaran pahala yang besar b. Mendapat ganjaran syurga c. Disukai oleh orang sekeliling d. Maju dalam sebarang bidang diceburi

4. Adab-adab Berjihada. Ikhlas b. Sanggup berkorban apa sahaja c. Sentiasa beriltizam dan beristiqamah dalam pejuangan d. Mematuhi arahan ketua dan mempunyai semangat berpasukan

5. Faktor Semangat Jihad Hari Ini Semakin Pudara. Kurang memahami tentang tuntutan jihad menurut Islam yang sebenar b. Leka dengan hiburan dan kesenangan dunia c. Tiada matlamat hidup, hanya mementingkan keseronokan sahaja d. Iman yang kurang mantap e. Perasaan takut yang menguasai diri.

6. Cara-cara Memupuk Semangat Jihad a. Menambah ilmu pengetahuan supaya dapat memahami maksud dan konsep jihad yang sebenar. b. Menceritakan kisah-kisah perjuangan umat Islam terdahulu sebagai motivasi kepada generasi hari ini. c. Menyuburkan semangat jihad dengan ibadah-ibadah sunat seperti qiamullail.

BAB 5 ADAB MEMELIHARA ALAM SEKITAR1. Konsep Alam Sekitara. Alam ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah b. Allah menjadikan alam ini untuk kemudahan dan kegunaan manusia c. Menjadi tanggung jawab manusia untuk memelihara dan memulihara alam supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

2. Kepentingan Menjaga Alam Sekitara. Manusia dapat menikmati keindahan alam semulajadi b. Manusia dapat memanfaatkan segala kejadian alam dengan baik c. Terhindar daripada pelbagai penyakit d. Mengelakkan berlakunya bencana alam. e. Menjaga alam supaya tidak tercemar dan selamat untuk dihuni.

3. Bentuk-bentuk Pencemaran Alam

JenisPencemaran Huraian Pencemaran Definisi :apabila terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yangterkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan

Udara

kehidupan atau bahan-bahan lain Punca berlaku : . Bertambah bilangan kenderaan bermotor (karbon monoksida) . Asap daripada kilang . Pembakaran terbuka . Asap rokok

Pencemaran Air Definisi : perubahan yang berlaku pada kandungan, keadaan, dan warna airsehingga tidak selamat untuk kehidupan air dan kegunaan manusia Punca berlaku : . Sisa bahan buangan kilang yang berbahaya . Pembuangan sampah dan sisa kumbahanatau tumpahan minyak . Penerokaan hutan yang tidak terkawal hakisan sungai

PencemaranTan Definisi : perbuatan yang dilakukan terhadap sesuatu kawasan sehingga ah terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah.Punca berlaku : . Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal . Pembuangan sampah sarap merata-rata . Penggunaan racun serangga.

PencemaranBun Definisi : bunyi yang berlebihan sehingga mengganggu keselesaan hidup. yi Tahap kebisingannya melebihi 80(A) decibel (dB)Punca berlaku : . Kenderaan berenjin . Mesin dan jentera . Kauri memecah batu . Kerja-kerja pembinaan

4. Bukti Alam Ini Rosak Berpunca Daripada Perbuatan Manusiaa. Menganggap bahawa menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab pihak berkuasa b. Sikap megambil mudah/jalan mudah dengan melakukan pembakaran terbuka atau pembuangan sisa c. Sikap tamak dan ingin mendapat keuntungan yang lebih pembalakan haram

5. Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alama. Menanam kesedaran tentang kepentinganpenjagaan alam sekitar b. Menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai menjaga alam sekitar c. Mengadakan aktiviti gotong royong d. Peguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas e. Program menghijaukan alam.

6. Akibat Pengabaian Penjagaan Alam Sekitara. Alam sekitar akan tercemar dan memberi kesan buruk kepada hidupan bumi. b. Berlaku bencana alam c. Generasi baru tidak akan dapat menikmati keindahan alam flora dan fauna d. Penganiayaan terhadap hidupan lain e. Tiada keseimbangan ekosistem hidupan di muka bumi.

BAB 6 ADAB MEMBERI DAN MENERIMA SEDEKAH1. Konsep Hadiah Dan Sedekaha. Takrif : Sedekah Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah Hadiah Sesuatu pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian.

b. Islam amat menggalakkan umatnya agar memberikan hadiah dan bersedekah :Sabda Rasulullah s.a.w: Saling memberi hadiah akan menimbulkan perasaan kasih sayang

2. Hukum Memberi Hadiah DanSedekah a. Sunat 3. Kelebihan Memberi HadiahDan Sedekah a. Mendapat ganjaran pahala b. Disukai oleh orang sekeliling c. Rezeki akan bertambah 4. Jenis-Jenis Sedekah

Jenis sedekahSenyuman Amar Makruf dan Nahi Munkar Menyelesaikan Masalah Orang Membuang Perkara Yang Menghalang di Jalan Wang Atau Harta

HuraianIkhlas dapat merapatkan ukhuwwah Kerana kita telah menyelamatkan saudara Islam daripada api neraka Dapat mengatasi kesusahan dan kesempitan mereka Seperti duri, paku atau apa sahaja yang boleh menghalang laluan Pakaian, makanan, atau tempat tinggal dan sebagainya

Khidmat

Memberikan pertolongan, bantuan tenaga atau perkhidmatan.

5. Adab-Adab Memberi HadiahDan Sedekaha. Memberi dengan hati yang ikhlas b. Memberi barang yang disayangi c. Tidak mengungkit pemberian d. Tidak menunjuk-nunjuk sedekah yang diberi

6. Perkara yang membatalkan Sedekaha. Mengungkit atau menyebut tentang sedekah agar mendapat pujian b. Ria / menunjuk-nunjuk ketika bersedekah c. Menyakiti hati orang yang menerima hadiah melalui perkataan atau perbuatan.

BAB 7 ADAB BERNIAGA1. Konsep Berniagaa. Definisi berniaga : i. Bahasa: berdagang atau berjual beli ii. Istilah syarak : pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu

2. Galakan Berniagaa. Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan b. Sebab Islam menggalakkan umatnya berniaga : i. Melahirkan masyarakat yang aman ii. Mengelakkan penipuan dan penindasan iii. Mewujudkan ukhuwwah dan kasih sayang iv. Mendapat keredhaan Allah

3. Cara Untuk Mendapatkan Keberkatan Dalam Perniagaana. Jujur dan amanah menjual barangan yang berkualiti b. Berlaku ihsan terhadap pembeli jangan mementingkan keuntungan semata-mata c. Berniaga untuk mendapat keredhaan Allah

4. Adab-adab Berniagaa. Amanah tidak melakukan penipuan dalam urusan jual beli b. Ihsan melakukan urusan jual beli untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan mengambil kira aspek kemanusiaan di samping mendapat keuntungan c. Bekerjasama - penjual dan pembeli saling bertolak ansur sekiranya timbul perkara yang tidak diingini. d. Tekun bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan e. Menjauhi perkara yang haram contohnya riba, menjual barang yang diharamkan atau mengurangkan timbangan f. Melindungi hak-hak penjual dan pembeli penjual dan pembeli perlu saling melindungi hak masing-masing, contohnya pembeli berhak membuat pilihan semasa proses jual beli.

5. Faedah Beradab DalamBerniagaa. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera b. Tidak berlaku penindasan atau penipuan c. Mendapat keuntungan yang diberkati Allah d. Mewujudkan sifat kerjasama dan saling membantu.

6. Bentuk-bentuk Perniagaan Yang Diharamkan Oleh Islam :a. Jual beli barang maksiat atau yang mendatangkankeburukan, contohnya arak, dadah dan sebagainya b. Jual beli barang yang tidak dimilii dengan sempurna, seperti menjual ikan di lautan c. Menjual daging dengan daging, seperti menjual daging kambing dengan seekor lembu d. Menjual buah-buahan yang masih muda dan di atas pokok, kecuali yang sudah nyata masaknya.

BAB 1 KERAJAAN BANI ABBASIYYAH1. Pengenalan Kerajaan Bani Abbasiyyaha. Dinamakan sempena nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w, iaitu alAbbas b. Tujuan penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang beranggapan tampok pemerintahan hanya layak disandang oleh keturunan mereka. c. Diasaskan oleh Abu al-Abbas Abdullah as-Saffah atau dikenali sebagai asSaffah d. Diperintah oleh 37 orang khalifah dalam tempoh lebih 5 kurun, iaitu bermula pada tahun 132H/750M hingga 650H/1258M e. Pusat pentadbiran :Baghdad

2. Struktur Kerajaan Bani Abbasiyyaha. Sistemnya diadaptasi daripada sistem pentadbiran Kerajaan Parsi. Ini kerana ramai orang parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam pentadbiran. b. Sistem pentadbiran Kerajaan Abbasiyyah :

Al-Khalifah (Ketua Negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam) Al-Wazir Perdana Menteri (Ketua Pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri) Al-Dawarin Jabatan Kerajaan Dibawah pengawasan sekratari (Al-Kuttab)

3. Khalifah-khalifah Yang Terkenal Pada Zaman AbbasiyyahKhalifah Abu al-Abbas Abdullah AsSaffah Bermula tahun 132H/ 750M hingga 136H/754M Abu Jakfar al- Saudara kandung as-Saffah Mansur Memerintah selama 22 tahun, bermula 136H/ 754M hingga 158H/775M Membuat saliran-saliran Menyediakan pasar Harun arRasyid Khalifah yang paling warak dan terkenal Mengarahkan Abu Yusof menulis buku tentang percukaian (al-Kharraj) Memperbaiki sistem cukai Baghdadsebagai ibukota dan membangunkannya. bulan Menghapuskan pemberontakan Biodata Sumbangan

Memerintah selama 4 tahun 9 Pengasas kerajaan

Memerintah selama 23 tahun Menubuhkan jawatan ketua hakim 1 bulan, bermula 170H/786M hingga 192H/ 809M. Menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan ilmu Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan Membina prasarana: rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian. Al-Makmun Namanya : Abdullah Abu alAbbas al-Makmun Putera Harun ar-Rasyid Memerintah selama 20 tahun, bermula 198H/813M hingga 218H/833M Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang (Qadhi al-Qudhah)

4. Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abbasiyyah

Faktor Dalaman yang tertarik dengan Islam

Faktor Luaran

Keinginan daripada penduduk setempat Pembukaan wilayah baru Penggunaan bahasa arab secara meluas yang Galakkan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari baitul mal untuk para ulamak dan pendakwah Hubungan diplomatik antara kerajaan Dasar kerajaan Abbasiyyah yang menyamakan kedudukan bangsa arab dan bukan arab Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti perdagangan mereka Abbasiyyah dengan negara-negara luar mendorong kepada pemahaman al-Quran dan alHadis

5. Kesan Penyebaran Islam pada Zaman AbbasiyyahAspek Akidah Huraian Berubah daripada menyembah berhala / api (majusi) atau lembu (saibah) kepada menyembah Allah Yang Esa. Masjid menjadi tempat ibadah dan pusat dakwah Usaha-usaha ulamak memurnikan akidah Islamiyyah daripada falsafah Yunani Kuno, contohnya al-Ghazali dengan kitabnyaTahafut al-Falasifah Ilmu Pengetahuan Pelbagai bidang ilmu yang baru diterokai kerana islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardu ain dan kifayah Prasarana yang disediakan oleh kerajaan juga mendorong kepada penerokaan ilmu baru Kebudayaan Budaya asal mereka yang tidak bertentangan dengan Islam terus diamalkan Islam yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan budaya ini telah membentuk budaya Islam yang berbentuk sejagat. Contohnya : seni bina masjid Sistem Kemasyarakatan Islam mengemukakan konsep keadilan sosial tanpa mengira bangsa atau warna kulit. Penghapusan perhambaan dan penindasan

6. Bukti Kerajaan Abbasiyyah Mengamalkan Dasar Liberal Dalam Pemerintahannya.a. Memberi peluang kepada orang bukan arab yang berkelayakan untuk menjawat jawatan yang penting dalam negara.Contohnya Yahya albarmaki yang berbangsa Parsi telah dilantik sebagai perdana menteri. b. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar c. Penganut agama lain diberikan kebebasan mengamalkan agama masingmasing serta mendapat layanan yang baik. Contohnya Kerajaan mengarahkan agar gereja yang telah dirobohkan dibina semula.

7. Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyyaha. Memeprluaskan skop jihad yang mencakupi jihad dimedan perang dan jihad dalam bidang ilmu pengetahuan untuk meneroka bidang-bidang baru. b. Umat Islam telah berjaya meletakkan tamadun Islam hingga ke tahap yang lebih agung berbanding tamadun Rom dan Parsi c. Bukti semangat jihad yang tinggi, umat Islam berjaya melebarkan empayar Islam hingga melebihi 2/3 keluasan dunia dan mengekalkan kerajaan Islam selama 13 kurun.

BAB 2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN 1. Faktor Perkembangan IlmuPengetahuana. Usaha dan galakkan para khalifah b. Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu c. Kestabilan politik dan kewangan d. Dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan e. Kreativiti ulamak f. Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji g. Hubungan diplomatik dengan negara-negara luar h. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa

2. Institusi PendidikanInstitusi Masjid Huraian Sebagai tempat ibadah juga dipenuhi dengan halaqah-halaqah ilmu Contoh: Masjid Jami al-Mansur terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu Istana Khalifah Sebagai tempat ulamak bermuzakarah dan menyampaikan ilmu Perpustakaan Baitul Hikmah adalah perpustakaan yang terkenal sebagai : Pusat pertemuan sarjana,Pusat penterjemahan,Pusat sumber,Pusat penyelidikan ilmiah,Pusat latihan Perpustakaan lain : Darul Hikmah di Kaherah, Mesir Pusat Pengajian Dibina oleh Nizam al-Muluk, salah seorang menteri berketurunan saljuk, meninggal tahun 485H/1092M Antara yang terkenal : Madrasah an-Nizamiyyah(457H/1065M)

3. Bidang Ilmu Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah a. Ilmu Yang Berteraskan WahyuBidang Ilmu Ilmu Tafsir Tokoh dan Hasil Karya 1. Yahya b Ziyad penyusun ilmu tafsir yang pertama dalam kitabnya Maani al-Quran 2. Ibnu Jarir at-Tabari kitabnya : Tafsir at-Tabari Ilmu Hadis 1. al-Bukhari Sahih al-Bukhari 2. Imam Muslim Sahih Muslim 3. Penyusun Kitab Sunan/al-Kutub as-Sittah: a. Abu Dawud b. At-Tirmidzi c. An-Nasai d. Ibnu Majah Ilmu Fekah 1. Imam Abu Hanifah Mazhab Hanafi 2. Imam Maik-Mazhab Maliki 3. Imam as-Syafie-Mazhab as-Syafie 4. Imam Ahmad b Hanbal Mazhab Hanbali Ilmu Tauhid Perkembangan ilmu falsafah yang bersumberkan falsafah Yunani telah memberikan kesan buruk terhadap akidah umat Islam. Antara ulamak yang berusaha memurnikan akidah Islamiyyah : 1. 2. Imam Abu al-Hassan al-Asyari Imam al-Ghazali

b. Ilmu Yang Berteraskan AkalBidang Ilmu Matematik Tokoh, Penemuan & Hasil Karya 1. Muhammad b Musa al-Kharizmi Memperkenalkan sistem angka dalam abjad arab Memperkenalkan bilangan sifar (0) Algebra Buku : Hisab al-Jabri wa al-Muqabalah Ilmu Falak 1. Al-Batani: Menemui cara mengukur jarak antara bumi dan matahari Jadual pergerakan bulan dan bintang Orang yang pertama mencipta alat pengukur sudut (astrolabe) Ilmu Kimia 1. Jabir b Hayyan : Penemuan asid sulfurik Teori penghasilan petroleum dan alkohol Membaiki proses pembuatan kaca Ilmu Fizik 1. Al-Hassan b al-Haitham Menghuraikan proses pembalikan cahaya pada retina Mencipta cermin mata Menjelaskan lapisan-lapisan mata serta proses penglihatan Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya Geografi 1. As-Syarif al-Idrisi Orang yang pertama menghasilkan peta dunia dalam bentuk globe Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan muka bumi Ilmu Perubatan 1. Ibnu Sina

Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit Menjelaskan teori jangkitan virus Mencipta ubat untuk penyakit kronik Mencipta picagari ubat bius dan benang khusus untuk menjahit luka pembedahan

4. Kepentingan Ilmu Pengetahuana. Kesepaduan ilmu antara fardu ain dan kifayah melahirkan umat yang kuat fizikal dan mental. b. Untuk mencapai kejayaan dan kemajuan

5. Kesan Perkembangan Ilmu Abbasiyyah kepada Eropaha. Perkembangan ilmu telah memberi kesan kepada Eropah hingga tercetusnya zaman Pembaharuan(Renaissance) b. Perkembangan ini juga mendorong orang-orang Eropah untuk memulakan perlayaran mereka, terutamanya ke negara-negara Islam untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru diterokai. c. Hasil karya umat Islam telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Hebrew dan Latin.

BAB 3 PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH 1. Latar belakang Perkembangana. Pada zaman ini ramai cendekiawan dan saintis muslim muncul b. Andalus dan Kota Sicily di Itali menjadi pusat tumpuan ilmuan. c. Penguasaan sains dan teknologi berjaya dirampas daripada kuasa Rom, Parsi dan Yunani. d. Penemuan-penemuan sains yang baru banyak diterokai.

2. Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi

Faktor1. Aktiviti penterjemaha n

Huraian Aktiviti ini sangat giat dan terancang, dengan penubuhan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara. Antara tokoh : Yuhana b Masawaih dan Hunain b Ishak

2. Galakkan khalifah

1. Usaha khalifah untuk memajukan bidang sains dan teknologi: 1. Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan dunia 2. Menyediakan peruntukan yang banyak untuk penyelidikan sains dan teknologi 3. membina pusat penyelidikan sains.Contohnya : - al-Makmun membina balai cerap - al-Muktasim membina makmal pembedahan yang pertama 2. Antara bukti kecintaan Khalifah terhadap ilmu: 1. Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera Rom yang ditawan 2. Mereka juga menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab

3. Globalisasi ilmu

3. Perdagangan dan pembukaan wilayah baru membuka ruang yang luas untuk perkembangan ilmu 4. Sicily dan Andalus muncul sebagai pusat pengembangan ilmu 5. Di Andalus sahaja terdapat 700 buah masjid, 1 universiti, 70 buah perpustakaan yang menyimpan 500 ribu manuskrip

3. Kesan Penemuan Sains dan Teknologia Mengubah cara hidup dan status umat Islam b Umat Islam hidup lebih maju daripada umat lain yang telah menguasai bidang sains dan teknologi sebelum ini, contohnya Rom dan Parsi c Umat Islam dipandang tinggi dan disegani sehingga ramai orang bukan Islam yang tertarik untuk memeluk Islam.

4. Kepentingan Menguasai Ilmu Sains dan Teknologia Hari ini sains dan teknologi semakin mendominasi kehidupan manusia, sekiranya ketinggalan kita akan terkeluar dari arus perdana b Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam dahulu, umat Islam hari ini perlu menguasai kecanggihan sains dan teknologi yang diadun mengikut Syariat c Untuk menjadi umat Islam yang maju sama ada dari aspek spiritual atau material, mereka perlu mengintegrasikan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

BAB 4 PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN KEMAJUAN KERAJAAN ABBASIYYAH 1. Kelebihan Baghdad sebagai pemangkin ekonomi :a. Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat b. Terdapat sebuah pasar yang dikenalisebagai Suq Baghdad yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi c. Terdapat ladang-ladang pertanian dan perternakan serta sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq al-Baqar

2. Sektor Ekonomi Yang Utama :SumberUta ma Pertanian Usaha khalifah untuk memajukan pertanian : a. membina saliran, melebarkan sungai dan terusan serta membuat empangan b. membuka tanah pertanian baru c. membuat penyelidikan dalam bidang pertanian Wilayah pertanian : Mesir, Syam,Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus Hasil pertanian : Jenis Bijirin Buahan Sayuran Ternakan Perindustrian Hasil Gandum, barli, beras Anggur,limau,kurma Timun,kubis,tebu Lembu,ayam,lebah Huraian

Jenis-jenis Industri Jenis Tenunan, permaidani Pinggan Pengeluar Baghdad dan Asfahan Mesir dan Syam

mangkuk Barangan kaca Barangan kulit dan senjata Perhiasan dan batu permata Kertas Perdagangan

Baghdad, Mesir dan Syam Mesir, Andalus dan Maghribi Yaman, Khurasan, dan Lubnan Iraq, Mesir dan Andalus

Faktor perkembangan: 1. pembukaan wilayah baru, maka banyak ruang pasaran 2. kemajuan pesat industri perkapalan 3. penghasilan kitab perniagaan sebagai galakkan.

3. Sumber Kewangan Kerajaan AbbasiyyahSumber Zakat Definisi Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi had minimum(nisab) menurut syarat-syarat tertentu. Kharraj Cukai tanah milik orang bukan Islamatau tanah milik orang Islam yang diperoleh dalam peperangan. Kadarnya adalah berdasarkan keadaan tanah Ghanima Harta rampasan melalui peperangan.80% diberikan kepada tentera Islam. h Fai Jizyah Usyur Harta rampasan bukan melalui peperangan , contohnya apabila musuh menyerah kalah. Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami Negara Islam. Cukai 10% yang dikenakan ke atas kapal dagangan bukan Islam yang menggunakan perlabuhan Islam untuk berdagang.

4. Baitul Mala. Definisi : insititusi kewangan terbesar Negara.

b. Peranan Baitul Mal Pengurus sumber-sumber pendapatan negara,Mengawal perbelanjaan negara

5. Kesan PembangunanEkonomia. Taraf hidup rakyat meningkat b. Menyediakan banyak peluang pekerjaan c. Pelbagai kemudahan asas untuk rakyat dapat disediakan

BAB 5 PERKEMBANGAN KETENTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH1. Pembaharuan Dalam Bidang Ketenteraana. Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab, contoh: turki dan parsi b. Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan c. Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera.

2.Sruktur organisasi

Bahagian Majlis at-Taqrir (Bahagian Kewangan Latihan) Al-Massahun (Bahagian Peninjau) Diwan at-Tasnif (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tugas Menguruskan hal-hal gaji dan imbuhan, pengurusan ketenteraan dan perbelanjaan. baru Membuat panduan dan nasihat topografi Menguruskan kenaikan pangkat dan penyusunan tentera mengikut pasukan. Penyusunan tentera : 1. Pasukan pengawal khalifah 2. Pasukan bergaji tetap 3. pasukan sukarelawan

Majlis al-Muqabalah (Bahagian Menguruskan pengambilan dan latihan kepada tentera

Diwan al-Ardh (Depot Simpanan)

Menguruskan setor dan kelengkapan persenjataan

Al-Jawasis (Bahagian Perisikan) Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera Islam Dairah al-Muhanddisin (Bahagian Kejuruteraan) Al-Bahriyyah (Bahagian Tentera Laut) Bertanggung jawab dalam pembinaan kem-kem tentera dan kubu pertahanan Mengawasi perairan, kerja-kerja pembinaan kapal perang dan penyusunan angkatan tentera

3. Fungsi KetenteraanTugas Utama 1. Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar 2. menentang musuh negara 3. menghadapi sebarang keadaan darurat Tugas Bantuan 1. Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan. 2. membantu pihak berkuasa awam dalam bantuan mala petaka dan pembangunan negara.

4. Faktor Kejayaan Tentera Islam

a. Dasar ketenteraan yang terbuka kepada semua bangsa b. Pemimpin yang berkaliber yang memberi perhatian terhadap kebajikan tentera, contohnya gaji dan imbuhan yang lumayan c. Peralatan ketenteraan yang canggih pedang, lembing, panah, manjanik (ballista), dabbabah (kayu pelantak) barud (gun powder) dan kapal perang. d. Strategi peperangan yang berkesan, termasuklah membahagikan tentera kepada 5 ketumbukan (al-karadis) e. Keimanan dan semangat jihad tentera Islam yang tinggi.

5. Struktur Pasukan Tentera Islam Zaman Abbasiyyaha. Al-Amir (Laksamana) b. Al-Qaid (Panglima Perang) c. An-Naqib (Kapten) d. Al-Arif (Koperal)

6. Kepentingan Keselamatan Untuk Pembangunan dan Kemajuan Negara a. Pembangunan negara dapat dilaksanakan. b. Perkembangan ekonomi yang menggalakkan. c. Mengelakkan daripada ancaman musuh dan penjajahan. d. Negara mencapai tahap kemajuan yang memberangsangkan.

BAB 6 KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYYAH1. Faktor Kegemilangan:Faktor 1. Kestabilan Politik :menghapuskan pemberontakan 2. Dasar politik Kerajaan Abbasiyyah .Layanan adil kepada semua rakyat . Hubungan diplomatik 3. Kedudukan Kota Baghdad yang strategik Tengah laluan pedagang timur dan barat Tempat pertemuan para cendekiawan 4. Perpaduan antara kaum 5. Penghayatan konsep kerja sebagai ibadah 2. Faktor Kemerosotan Kerajaan Abbasiyyah

1. Kelemahan pemerintahan Kerajaan 2. Perpecahan wilayahwilayah dalam kekuasaan Kerajaan 3. Perebutan Kuasa 4. Kegawatan ekonomi 5. Perselisihan aliran fahaman keagamaan 6. Serangan dari luar

Khalifah menyerahkan kuasa kepada pegawai Turki

Politik dikuasai oleh Turki dan Parsi, mereka mengambil peluang untuk membina kerajaan sendiri Memberi peluang kepada pegawai/menteri Turki untuk menguatkan kedudukan Negara tidak stabil mendorong pedagang ke tempat yang lebih selamat. Pemberontakan Khawarij dan Syiah Serangan dari Georgia dan Armenia Dari sebelah barat: menghadapi tentera salib Serangan Moghul di bawah pimpinan Hulagu Kgan pada 656H/1258M

3. Iktibar dari sejarah kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah :a. Kemajuan yang dicapai hari ini adalah hasil daripada sumbangan umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah. b. Orang-orang barat telah memindahkan penemuan umat Islam dalam pelbagai bidang ke negara mereka dan menterjemahkannya ke dalam bahasa mereka. c. Umat Islam perlu mengembalikan semua kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang.

4. Iktibar dari sejarah kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah :a. Umat Islam perlu bersatu padu untuk menyelamatkan negara dari ancaman musuh. b. Aliran fahaman yang berbagai membawa kepada perpecahan dan melemahkan umat Islam c. Keselamatan dan kestabilan negara adalah tanggung jawab kita bersama.

5. Peranan Generasi Hari ini.a. Mengembalikan kegemilangan umat Islam yang pernah dicapai b. Bersungguh menuntut ilmu dan meningkatkan pembangunan diri dan agama. c. Mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian. d. Mengamalkan cara hidup Islam