nota agama gstt

Upload: shin-st

Post on 18-Jul-2015

198 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

NILAI DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN KEPERCAYAANAGAMA ISLAM Latarbelakang Perkataan "Islam" berasal dari bahasa Arab yang kata akarnya sa-la-ma bermaksud tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin, damai, aman dan sejahtera, taat serta menyerah. Islam merupakan nama yang diberi oleh Allah S.W.T kepada agama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad, rasul dan utusan, kepada umat manusia. Bermula di Mekah 400 tahun dahulu. Menerangkan pembangunan manusia. Semua manusia berasal dari satu keturunan- Adam. Manusia hasil gabungan roh dan jasad dan diwujudkan untuk beribadat kepada Allah Ada malaikat (baik) dan Syaitan (Jahat) Allah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk menjaga: o Menjaga agama dan mentadbir dunia dengan aman. Menegakkan Kebenaran, Kedamaian, Menghapuskan kemungkaran dan Menghapuskan penyelewengan untuk mencapai Al-Falah (Kejayaan) di dunia dan akhirat. Oleh itu, manusia mesti berakhlak mulia dalam semua tingkah laku.

Kitab-kitab Islam: 1. Al-Quran kitab Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad dan mempunyai ajaran yang merupakan sumber utama bagi akhlak dalam Islam. Aspek ajaran yang terkandung dalam al-Quran termasuklah: Aspek Keimanan Aspek Jasmani (Ibadah,Muamalat) Aspek Rohani (Dalaman/Akhlak) Aspek Politik Aspek Sejarah

1

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Al-Quran dan Al-Hadis menjadi panduan dalam mengatur kehidupan: Individu Keluarga Masyarakan dan Negara.

Rajah berikut memaparkan pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh al-Quran dalam menyampaikan mesej Allah s.w.t. (khasnya dalam ajaran akhlak) kepada manusia:

1,504 ayat tentang akhlak (Jumlah ayat-ayat al-Quran =6,666) Merupakan sumber utama dan pendidikan akhlak manusia Memberikan sebab dan akibat tingkah laku Banyak memberi contoh teladan yang baik (khasnya para nabi dan rasul)Pendekatan penceritaan

Al-Quran

dengan bahasa yang indah dan menarik

Pendekatan membanding dan perumpamaan Pendekatan ganjaran dan denda

memberi nasihat

Ajaran Islam merangkumi tiga komponen utama iaitu: Akidah Ibadah Akhlak 1. Akidah: Asas ajaran Islam berkaitan dengan keimanan dan keyakinan kepada Allah Iman bermaksud percaya dan yakin dalam hati2

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Orang yang beriman, berpegang teguh kepada Rukun Iman yang enam iaitu: Percaya Kepada Tuhan (Allah) Percaya kepada malaikat Percaya kepada Rasul Percaya kepada Kitab Percaya kepada Hari Akhirat Percaya kepada Qada dan Qadar Orang yang beriman adalah orang yang mempunyai kekuatan akidah yang tinggi.

2. Ibadah: Berperanan sebagai bukti keimanan dan kepercayaan kepada Allah Seseorang yang benar-benar beriman akan berpegang kepada Ilmu Tauhid Ilmu mengesahkan Allah dan mengamalkan ilmu Fekah dan takwa kepada Allah iaitu patuh kepada segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah. 3. Akhlak: Tindak Tanduk mulia seseorang manusia bagi menzahirkan keimanan dan amalan ibadah dalam kehidupan Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang mengamalkan nilai-nilai moral dan tidak melanggar segala larangan Allah. Akhlak Nabi Muhammad adalah contoh akhlak mulia yang sepatutnya diikuti dan diamalkan oleh setiap manusia. Islam menitikberatkan aspek pembangunan dan perkembangan manusia seperti: Fizikal Intelek Sosial Afektif dan Moral Tumpuan utama diberikan kepada perkembangan: tingkah laku Sahsiah Akhlak Hubungan dengan Allah

3

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Matlamat hidup terakhir bagi akhlak mulia ialah supaya orang-orang Islam masuk ke syurga Tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia: Faktor semulajadi yang diatur oleh akhlak Faktor alam sekitar Kemampuan diri sendiri Membenarkan manusia membuat pilihan sendiri Etika: Etika para rasul dipelopori oleh Nabi Adam a.s. Etika yang tertua sekali di muka bumi dan terus disambung oleh para rasul yang lain. Semua rasul membawa risalah Tauhid yang sama dan risalah etika yang satu iaitu beribadat kepada Allah dan melakukan kebaikan serta menjauhi kejahatan. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 25, Surah al-Hadid yang bermaksud; Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan para Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas dan nyata dan Kami telah turunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjankan keadilan. Menurut Islam, akhlak menjadi syarat mutlak kepada kemajuan dan ketertinggian umat dan tamadunnya. Dua cabang akhlak adalah: o Mahmuddah - akhlak yang baik o Mazmummah - akhlak yang keji Sifat-sifat akhlak Mahmuddah yang baik: Amanah Kasih sayang Syukur Sabar Pemaaf Bertanggungjawab Benar Berani Adil Taat dan sebagainya.4

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Sifat-sifat akhlak Mazmummah yang keji: Sombong Dengki Khianat Tamak Minum arak Zalim Berdusta Mencuri Merompak dan sebagainya

AGAMA KRISTIAN Latarbelakang: Diasaskan oleh Jesus Christ atau Yesus Kristus yang dilahirkan di Bethlehem, di selatan Israel atau Palestin. Menurut Al Kitab (Injil) atau "The Bible", Jesus dilahirkan melalui tubuh badan Mariam (Mary) yang pada masa itu merupakan anak dara. Mariam mengandung bayi Jesus akibat daripada mukjizat Tuhan melalui Roh Kudus (Holy Spirit).

Ajaran Asas Jesus Christ: Bahawa Jesus Christ adalah Anak Tuhan yang dikorbankan demi menebus dosa manusia. Melalui Jesus umat manusia dapat diselamatkan daripada dosa mereka dan menikmati kehidupan yang abadi.

Undang-undang Tuhan yang terpenting: mencintai Tuhan dengan sepenuh hati mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri

5

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Satu lagi perintah Jesus Christ yang terpenting ialah: mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia The Golden Rule: Nilai moral ajaran Jesus Christ jelas terpapar dalam Peraturan Emas atau "The Golden Rule", iaitu seseorang patut melakukan apa yang dia kehendaki orang lain melakukan terhadap dirinya. Kitab Injil: Kitab Injil (The Bible) ialah kitab suci orang Kristian dan menjadi panduan Banu Israel. Ia bererti "berita atau khabar baik tentang akan datangnya seorang Penyelamat atau Messiah". Kitab ini memuatkan kejadian cakerawala, sejarah Banu Israel, nyanyian kepada Tuhan, firman dan nubuat Tuhan (Old Testament) serta ajaran Jesus (New Testament). Injil dibahagikan kepada buku-buku yang terdapat dalam Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament).

Perjanjian Lama: Perjanjian Lama mengandungi 39 kitab sebelum kedatangan Jesus Christ. Perjanjian Lama juga merupakan kitab suci kaum Yahudi sehingga sekarang. Dalam kitab ini ada dinyatakan bagaimana Tuhan mencipta alam dalam masa 6 hari dan bagaimana manusia pertama diwujudkan oleh Tuhan (Genesis 1-2). Rukun 10 (The Ten Commandments) juga terkandung dalam buku kedua kitab ini. Rukun 10 menyatakan bahawa:

Rukun 10:6

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

1. Jangan ada padamu Tuhan lain dihadapanKu. 2. Jangan membina apa-apa patung yang menyerupai apa-apa di syurga, bumi atau bawah bumi ini. 3. Jangan menggunakan nama Tuhanmu dengan sebarang tujuan jahat. 4. Tetaplah ingat dan kuduskan hari Sabbath. 5. Hormatlah ayah dan ibumu. 6. Jangan membunuh. 7. Jangan berzina. 8. Jangan mencuri. 9. Jangan buat tuduhan palsu 10. Jangan mengingini apa-apa yang dipunyai oleh jiranmu, jangan berhasrat memiliki isteri atau orang gaji jiranmu, atau apa-apa yang dipunyai jiranmu.

Aspek-aspek Moral dalam Perjanjian Lama: Mereka yang percaya Tuhan dalam hatinya serta menepati prinsip dan etika yang diperitahkan Tuhan akan menerima ganjaran daripada Tuhan. Keadilan dan kesaksamaan - mengamalkan etika yang adil. Kejujuran - membuat baik Perjanjian Lama juga mengandungi nubuat (prophecy) dari Tuhan yang meramalkan kedatangan Jesus Christ Bahagian pengenalan buku proverbs membimbing ke arah kemoralan manusia Merangkumi : Nasihat-nasihat kepada orang muda (advice to young people) Nasihat kebijaksanaan (wisdom calls) amaran-amaran (warnings) 30 ucapan bijak ( The thirty wise sayings

Contoh dalam buku Proverbs: 1. Patuh kepada ibu bapa 2. Elakkan dosa 3. Setia dan jujur 4. Rasional 5. Elakkan Zina 6. Jangan Malas 7. Amanah 8. Murah hati Perjanjian Baru7

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Perjanjian Baru dikumpulkan pada 50 hingga 100 selepas Masehi. Kitab ini mengandungi kesaksian tentang mukjizat Jesus, sejarah perkembangan awal gereja dan surat-surat yang ditulis oleh para rasul untuk memberi ajaran tentang keimanan dan cara hidup orang Kristian, terutamanya Paulus Dalam Buku Matthew kebahagiaan yang sebanar Nilai-nilai lain: rendah diri peramah bersabar tidak tamak kepada kebendaan sifat kesederhanaan keadilan Contoh: You must love others as much as yourself Justice will be the measuring line for the foundation, and honesty will be its plumb-line.

Empat "Gospel" 1. Gospel Mark (di sinilah bermula Gospel Jesus Christ, Anak Tuhan) menerangkan siapakah Jesus dan riwayat hidupNya, khutbahNya sehingga disalib dan dibangkitkan semula pada hari ketiga dan dinaikkan ke syurga. 2. 3. 4. Gospel Mathew memberikan salasiah Jesus, khutbah dan mukjizat. Gospel Luke juga menerangkan riwayat hidup Jesus. Gospel John merakamkan mukjizat dan kata-kata hikmat Jesus.

Letter to Corinthians:8

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Ajaran lain yang penting terdapat dalam dokumen yang penting seperti "Letter to Corinthians" oleh pengkhutbah Paulus. Antara ajaran penting lain ialah: Agama kristian adalah untuk semua manusia Wujud Jesus sebagai Anak Tuhan dan turun ke bumi untuk mengorbankan diri bagi tujuan menebus dosa manusia. Keselamatan manusia dan kehidupan kekal boleh diperoleh melalui keimanan terhadap Jesus Christ. Konsep Tritunggal (Holy Trinity) iaitu Tuhan adalah satu tetapi terdiri daripada 3 entiti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Jesus Christ dan Tuhan Roh Kudus Hakikat Kejadian Insan Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa yang diwarisi daripada Adam dan Hawa. Dosa ini adalah dosa asal manusia. Manusia mesti mempercayai bahawa Jesus mati disalib dan bangkit semula untuk menebus dosa manusia

Gagasan Baik Buruk: Manusia dikehendaki mematuhi segala suruhan dalam Rukun 10 dan menjauhi daipada apa yang dilarang oleh agama Kristian. Gagasan Hidup Terbaik: Seorang Kristian harus mencintai Tuhan dan mencintai jiran seperti diri sendiri. Apabila mengetahui Gagasan Baik Buruk, seseorang itu akan dengan sendirinya mengetahui Gagasan Hidup Terbaik iaitu dengan mematuhi Rukun 10, berbuat baik dan percaya Jesus disalib supaya manusia akan memperoleh kehidupan yang kekal.

AGAMA HINDU9

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Latarbelakang Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar penduduk India. Agama ini dianggap sebagai salah satu daripada agama tertua di dunia. Agama ini memaparkan evolusi pemikiran manusia dari satu zaman ke satu zaman. Ia tidak mempunyai pengasas atau satu kitab suci tertentu. Mula berkembang pada sekitar tahun 2000 S.M. Di dalam Hinduisme terdapat unsur-unsur adat istiadat, budi pekerti dan gambaran hidup orang-orang Hindu sejak zaman tamadun Indus. Hinduisme adalah campuran kepercayaan orang-orang Aryan dari Asia Tengah.

Kitab Hindu Kitab dan ajaran terawal, sekitar 2500 S.M. hingga 2000 S.M., yang ditulis dalam bahasa Sanskrit adalah dalam bentuk empat Veda (Kebijaksanaan daripada Cahaya Putih). Rig Veda Kitab yang tertua dan termashyur. Ia mengandungi 1017 buah nyanyian agama yang digubah oleh penganut di hadapan tuhan mereka seperti Indra, Agni dan Surya Yajur Veda Kitab ini mengandungi ayat-ayat prosa yang dibaca oleh pendita ketika menyerahkan korban. Sama Veda Kitab ini mengandungi nyanyian yang dilagukan oleh penyanyi ketika upacara sembahyang. Athavar Veda Kitab ini mengandungi beberapa makalah sihir, kuasa ghaib dan kepercayaan karut. Setiap Veda mengandungi tiga bahagian: Samhita (teks-teks suci) Brahmana (komentari) Aranyaka (buku rimba) Rig Veda merupakan rekod falsafah Hindu tertua.10

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Mantera-mantera yang paling awal mengandungi elemen penyembahan alam di mana pelbagai kuasa alam seperti api dan angin yang dipersonifikasikan sebagai tuhan. Varuna dan Indra adalah Tuhan utama. Kemudian, (700 S.M. C 600 S.M.) golongan intelektual telah membawa kepada pengubahsuaian Veda mengikut alam persekutuan. Ia dikenali sebagai Upanishad. Upanishad merupakan bahagian akhir Veda. Kebanyakan falsafah India yang lahir selepas ini telah mendapat inspirasi darinya.

Mazhab, Ajaran dan Pemikiran Hindu Dua mazhab yang penting dalam Hinduisme ialah: Mazhab Saivisme penganutnya menyembah dewa Siva Mazhab Vaishnavisme penganutnya menyembah dewa Vishnu Ajaran yang menjadi intisari penting dalam Hinduisme ialah: Veda Tuhan menurut pemikiran Hindu Peraturan Kasta Karma, penyembahan roh, kesatuan wujud dan pembebasan mutlak.

Pemikiran Hindu termasuk: Tiap-tiap satu tabiat sama ada memberi faedah atau membahayakan seperti air, api, sungai dan lain mempunyai tuhannya yang diharapkan semasa kesusahan. Terdapat 3 orang dewa yang dikenali sebagai Trimurti: Brahma (Pencipta) Vishnu (Pelindung) Siva (Pemusnah) Manusia adalah makhluk terpenting yang merupakan gabungan dari dua bahagian iaitu baik dan buruk. Manusia juga mempunyai roh kasar dan roh halus. Persoalan C Apakah roh? Ke manakah perginya roh sesudah manusia mati?

Tentang Roh11

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Filsafat Wedanta mengajar bahawa Atma (roh manusia) merupakan sebahagian daripada Brahma (tuhan atau Jiwa Umum) Filsafat Sankya mengajar bahawa roh manusia itu tidak merupakan sebahagian daripada tuhan sifat roh tidak bermula dan tidak berakhir Tentang roh:

Tentang Karma Hukum Karma adalah penting. Kelahiran semula amat bergantung kepada karma, iaitu kesan perlakuan dan perbuatan seseorang semasa hidupnya. Apabila dalam hidupnya seseorang banyak melakukan dosa maka dia lahir kemudian sebagai manusia yang rendah darjatnya, bahkan mungkin sebagai binatang yang dihina. Sebaliknya jika berperlakuan baik dia akan lahir semula sebagai manusia yang sempurna atau tidak perlu lahir lagi sebagai manusia. Dia akan masuk ke dalam alam Moksa.

Gagasan Baik dan Buruk Baik dan buruk secara langsung berkait dengan Hukum Karma. Persoalan - Apakah kebaikan dan keburukan itu? Gagasan Hidup Terbaik Gagasan ini merujuk kepada tujuan hidup dalam agama Hindu iaitu: Dharma Kewajipan-kewajipan termasuk sopan-santun, kehidupan bermasyarakat Artha Kepentingan hidup sekarang berupa nafkah dengan jalan mencari untung Karma Mokhsa

BUDDHISME12

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha 563 S.M. Buddha mendapat ilham atau kesedaran besar dan mendalam Ajaran Buddha tidak mengandungi sepek-aspek yang berkaitan dengan halhal ketuhanan dan metafizik. Ajaran Buddha merupakan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Dhamma adalah ajaran asas agama Buddha. Ajaran Dhamma terdapat dalam khutbah pertama di Taman Rusa. Perkara yang paling asas dalam Dhamma ialah Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Lapan Lapis Mulia. Menekankan pengikutnya tentang matlamat mencapai nirwana. Nirwana ialah konsep pembebasan daripada kelahiran semula. Ajaran Buddha dikumpul dan diberi judul Khutbah Kebenaran.

Pelbagai isu masyarakat yang mengganggu fikiran SGB: Sistem Kasta Mengorbankan binatang Kuasa besar raja-raja

Mencari jawapan bagi isu lama yang berulang-ulang ke atas manusia tatapi tidak ditemui: Penyakit Penyeksaan Kelahiran Kematian

Empat Kebenaran yang pasti wujud dalam kehidupan manusia ialah: 1. 2. 3. 4. Penderitaan Asas usul penderitaan Cara penghapusan penderitaan Jalan penghapusan penderitaan

Empat Kebenaran Mulia13

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

1

Dukkha (Penderitaan)

2

Dukkha-Samudaya (Punca Penderitaan)

3

Dukkha -Nirodha (Menyingkirkan Penderitaan) Dukkha-Nirodha Marga (Jalan untuk Menghapuskan Penderitaan)

Kebenaran mulia ini adalah berhubung dengan penderitaan. Kehidupan ini adalah satu penderitaan. Kelahiran, usia tua, penyakit dan kematian adalah penderitaan. Punca penderitaan adalah keinginan dan nafsu yang kuat. Keinginan dan nafsu membawa kepada kelahiran semula. Keinginan dan nafsu ini didorong oleh kejahilan Penderitaan dapat diatasi apabila keinginan dan hawa nafsu dihapuskan

4

Kebenaran mulia ini adalah jalan atau cara untuk menghapuskan penderitaan. Dikenali sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia.

Jalan Lapan Lapis Mulia: Penerangan Pandangan atau tumpuan hidup untuk kebahagiaan dengan mengelakkan daripada melakukan kesalahan pengucapan yang benar dan jujur dan tidak bercakap yang bohong dan kosong yang boleh membawa sikap bangga diri perbuatan dan kelakuan yang baik dan mengelakkan daripada melkukan perbuatan yang negatif melkukan pekerjaan yang betul untuk menjalani kehidupan yang bahagia usaha untuk satu kehidupan yang mulia dengan kerajinan, ketekunan tanpa mengamalkan nilai-nilai negatif berdasarkan niat yang baik dengan itu fikiran yang benar dapat menghapuskan tindakan dari keinginan yang negatif kesedran yang benar datang daripada ketenangan fikiran, dengan ini sikap negatif seperti egoistik, marah, dengki dan

1

Samma-sitthi

Pandangan yang benar

2

Samma -vaca

Ucapan yang benar

3

Samma kammanta Samma ajiva

Kelakuan yang benar

4

Cara hidup yang benar Usaha yang benar

5

Samma -vayama

6

Samma- sankappa fikiran yang benar

7

Samma sati

Kesedaran yang benar

14

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

8

Samma -samadhi

Meditasi yang benar

cemburu dapat dielakkan. meningkatkan ketenangan dengan renungan dan membebaskan diri daripada sifat yang negatif

Konsep Karma: Perbuatan baik akan membawa kesan baik manakala pekerjaan jahat akan membawa padah. Ajaran ini menegaskan bahawa setiap perlakuan akan meninggalkan kesan. Segala kesan, baik atau buruk ditimbun ini akan mencorakkan perwatakan sesuatu makhluk sama ada dalam kelahiran semasa ataupun yang akan datang. Apa yang lahir semula itu bukan jiwa tetapi hasil perlakuan sesuatu makhluk atau perwatakannya. Kesan yang ditinggalkan oleh perlakuan akan membawa kelahiran kerana sesuatu makhluk itu hendak menyelesaikan segala ketinggalan (baik atau buruk) hasil perbuatannya. Selagi ia tidak diselesaikan selagi itulah seseorang itu tidak dapat bebas daripada pusingan kelahiran

Panca Sila: Halangan untuk mendapat karma yang baik boleh diatasi dengan mematuhi lima rukun moral (Panca Sila) iaitu: Jangan membunuh Jangan mencuri Jangan berzina Jangan berbohong Jangan mengambil dadah atau arak yang mengelirukan akal

Kerangka Dasar Ajaran Agama Buddha: Ajaran tentang Sradha (keyakinan) Sradha bererti "keyakinan berdasarkan pengetahun yang benar" Keyakinan terhadap Tuhan yang Maha Adanya Boddhisatva dan para Buddh Adanya Hukum Kesunyata Kitab suci dan Nirvana

Ajaran tentang Sila:15

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Budi pekerti dari perlakuan manusia. Tujuannya untuk mencapai suatu kebijaksanaan yang sempurna.

Ajaran tentang Rituil (Bhakti): "Rasa hormat dan sujud kepada sesuatu yang panas dan seharusnya kita hormati dan sujud" Memanjat parita-parita Mengadakan Meditasi Menyanyikan Vihara Gita

Ajaran Buddha yang terkenal; 1. Vinaya-Pitaka peraturan disiplin para sami 2. Sutta Pitaka ajaran asas Buddha 3. Abhidhamma Pitaka DOKTRIN SISTEMATIK Sumber asas pengajian agama Buddha serta menjadi panduan bagi kod etika kelakuan seseorang penganut agama Buddha.

AGAMA SIKHISME Diasaskan oleh Nanak atau Guru Nanak pada tahun 1469-1539. Guru Nanak telah mengambil ciri-ciri Hindu dan Islam untuk membentuk rangka ajarannya. Terdapat satu pertalian antara gerakan Bhakti dalam agama Hindu dengan kebaktian hanya kepada satu Tuhan seperti dalam Islam. Ajaran Guru Nanak diturunkan kepada 9 orang Guru yang lain dan dibukukan Guru Granth Sahib Ji ( Adi Granth atau Sri Guru Granth Sahib) sebagai kitab suci.

16

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Prinsip-prinsip Sikhisme: Tuhan yang disembah Orang Sikh mempercayai Tuhan itu Esa dan bukanlah suatu benda yang ajaib. Tuhanlah punca segala kebenaran. Roh seseorang yang mengikut undang-undang Tuhan sahajalah yang dapat menghubungkan diri dengan Tuhan yang Esa. Konsep Karma (seperti agama Hindu dan Buddhisme) Hanya dengan kelakuan yang baik dan SIMRAN (sentiasa mengingati nama Tuhan WAHIGURU) sahaja, seseorang itu dapat keluar dari kelahiran semula

Hakikat Kejadian Insan: Manusia adalah keturunan Tuhan. Dia boleh binasa apabila menyatukan diri dengan benda-benda dunia yang fana namun tidak akan binasa apabila menyatukan rohnya dengan Tuhan. Menyentuh tentang Hakikat Kejadian Alam Tiada apa-apa melainkan Tuhan Yang Maha Kuasa. Alam dijadikan oleh Tuhan maka ia juga boleh dibinasakan. Alam diumpamakan bayangan Tuhan dan alam ini adalah sesuatu yang baik tetapi boleh menjadi buruk bagi roh yang memilih alam ini lebih dari Tuhan.

Sikhisme menasihati orang supaya mengikis 5 perkara yang tidak baik secara moral. Kam Lobh Moh Krodh Ahankar dorongan hawa nafsu tamak atau haloba keghairahan dengan kehidupan duniawi / percaya menyembah sesuatu yang palsu Kemarahan Keangkuhan

Kelima-lima perkara ini dikatakan akan mengganggu ketenteraman dalam diri seseorang dan mengakibatkan tingkah laku yang tidak bermoral. Kelima-lima perkara ini boleh diatasi hanya dengan mempercayai ajaran agama dan kemuliaan diri sendiri. Keperibadian mulia hanya dapat diperoleh dengan banyak berinteraksi dengan orang yang mulia.

Ciri-ciri keperibadian mulia termasuk:17

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

o o o o o o o o

Kebijaksanaan Keadilan Kesederhanaan Keberanian Kejujuran Bersopan Merendah diri Berpuas hati

Agama Sikhisme o Mementingkan disiplin kehidupan o Mengutamakan kesempurnaan o Kerohanian dan ketenteraman dalam diri o Kewajipan sosial

Identiti penganut Agama Sikh. 5 simbol (5K) yang perlu dimiliki oleh seorang penganut agama Sikh: Kesh Kanggha Kara Kirpan Kashera Berambut dan berjanggut panjang tidak dipotong penyikat kayu yang sentiasa terletak di dalam serban di atas kepala. gelang besi yang dipakai di tangan pedang kecil yang dipakai di pinggang Pakaian yang melindungi martabat

Gagasan Baik Buruk Gagasan Baik Buruk telah ditetapkan sebagai mematuhi suruhan berbuat baik dan taat kepada Tuhan supaya dapat bersatu dengan Tuhan. Gagasan Hidup Terbaik Gagasan Hidup Terbaik adalah taat kepada Tuhan dan melakukan segala kebaikan serta menjauhkan kekayaan, pertalian keluarga, sifat sombong dan lain-lain perkara yang boleh menjauhkan tumpuan kepada Tuhan.

CONFUFUCIANISME18

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Latarbelakang Konfusius (Confucius) atau Kung-Fu-Tze dilahirkan pada 55 S.M. Beliau berasal dari golongan bangsawan dan pernah dilantik menjadi Menteri Keadilan dan kemudian sebagai Perdana Menteri di Wilayah Lu. Selepas meletakkan jawatan, beliau mengembara dari sebuah wilayah ke wilayah lain di China dan menasihati pembesar-pembesar feudal tentang cara pentadbiran baik. Ajaran Konfusius diperoleh daripada buku Klasik Confusius dan Analects atau Lun Yu. Buku-buku ini ditulis setelah menyedari kelemahan-kelemahan yang wujud dalam masyarakat akibat pegawai-pegawai kerajaan yang berlaku curang dan keadaan moral orang ramai yang buruk. Konfusius mengajar bahawa jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan, keadaan negara akan aman. Ajaran beliau menegaskan bahawa adalah perlu untuk menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Manusia mesti mengikut perubahan alam. Keharmonian masyarakat ialah peraturan yang harus diikuti oleh setiap rakyat dan juga pemerintah untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk kehidupan

LAPAN NILAI MURNI (LUN YU)() Lapan nilai murni yang terkandung dalam LUN YU - ialah 1. REN - adalah baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap orang lain. Nilai ini adalah paling penting dan adalah asas kepada nilai-nilai lain. Contohnya, Individu yang mempunyai REN - akan menyayangi dan berbakti kepada ibu bapa 2. CHUNG - bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain. Jika individu ingin berjaya, dia juga harus membantu orang lain untuk berjaya. 3. Shu - (altrusime) meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. 'Jangan buat sesuatu terhadap orang lain yang anda tidak mahu orang itu buat terhadap anda'. Nilai ini disebut dalam19

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

aspek negatif berbanding dengan CHUNG yang disebutkan dalam bentuk positif. 4. YI - bermaksud membuat sesuatu dengan cara yang betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya 5. LI - ialah konsep penting dalam konfusianisme yang bermaksud 'menjadikan korban'. Konsep ini diperluas untuk menunjukkan upacara yang terlibat dalam kegiatan mempersembahkan sesuatu sebagai korban, misalnya sebagai korban kepada nenek moyang yang sudah meninggal. Kemudian LI diperluas lagi untuk menunjukkan upacara semua perbuatan yang mengikut adat, perbuatan yang melibatkan tingkah laku yang berbudi bahasa, terutamanya peraturan-peraturan yang diperkenalkan untuk mengawal tingkah laku pemerintah dan ahli-ahli istana. LI selalunya merujuk kepada pelaksanaan upacara secara betul, kesopanan dan semua tingkah laku mengikut adat 6. XIAO - bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjungi serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Seseorang anak hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang anak dengan menghormati, melayan dan menjaga ibu bapa. 7. MING menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan 8. ZHI bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku. Individu yang menghayati nilai ini tidak boleh menipu diri sendiri atau orang lain, iaitu dia harus memberi pernyataan yang benar dalam segala kelakuannya

Konsep Hubungan:20

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Hubungan Masyarakat Untuk menghasilkan satu kerajaan yang aman dan makmur, pemerintah mesti menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat. Tentang hubungan dalam masyarakat, Konfusius membahagikannya kepada 5 bentuk: Hubungan bapa dengan anak, iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus berkewajipan terhadap orang tua. Hubungan suami isteri, iaitu suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan dengar serta patuh. Hubungan saudara tua dengan saudara muda, iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu dan yang muda harus tunduk dan hormat. Hubungan raja dengan pegawai, iaitu raja mesti bersifat perikemanusiaan dan pegawai harus taat. Hubungan antara sahabat di mana kejujuran menjadi pedoman. Tegasnya hubungan-hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan kebaikan dan sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi keadaan kucar-kacir akan wujud.

Kesimpulan: Konfusius berjaya kerana dia benar pada dirinya dan apa yang diajarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nilai-nilai yang didukung oleh Konfusius seperti kebaikan dan kasih sayang merupakan prinsip asas yang mengikat hubungan antara manusia. Kebajikan kolektif satu-satu kumpulan adalah lebih penting daripada seorang individu. Oleh sebab manusia adalah makhluk yang bersosialisasi, hubungan dengan orang lain adalah lebih penting daripada dirinya sendiri. Terdapat peraturan yang mengawal hubungan manusia dan ia mewakili kod moral. Penekanan ajaran Konfusius kepada persolan morala menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal-ehwal kerajaan dan dalam pembentukan masyarakat yang teratur. Ia muncul sebagai satu falsafah politik yang diterima oleh penganut Buddhisme dan Taoisme.

TAOISME21

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Sifat-sifat pemikiran Taoisme terkandung dalam sebuah karya yang berasal dari Dinasti Zhou (1027-221 S.M.) dikenali sebagai Tao Te Ching. Penciptanya ialah Lao Tzu. Tao Te Ching boleh diterjemahkan sebagai "Jalan (atau Cara) dan Kuasanya". Konsep "Jalan" merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengetepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.

4 konsep penting dalam ajaran Taoisme: 1. Tao melahirkan yang Satu "Tao melahirkan yang Satu" bermaksud Tao ialah sesuatu yang aktif sesuatu tindakan yang semulajadi dan bukan paksaan. Seseorang pemerintah yang bijak akan memerintah dengan cara yang menyebabkan rakyatnya tidak menyedari mereka diperintah, dan rakyat hanya mempercayai apa yang berlaku semulajadi. 2. Yang Satu melahirkan yang Dua "Yang Satu melahirkan yang Dua" merujuk kepada kuasa kembar "Yin dan Yang". Yin dan Yang adalah pasangan yang bertentangan yang dapat dilihat di seluruh alam semesta seperti baik dan buruk, cahaya dan kegelapan, lelaki dan perempuan. Dalam perjuangan berterusan, Yin dan Yang menghasilkan tenaga Chi untuk mewujudkan segala-galanya. Campur tangan manusia menggangu imbangan Yin dan Yang

3. Yang Dua melahirkan yang Tiga "Yang Dua melahirkan Tiga" merujuk 3 serangkai Syurga, Bumi dan Perikemanusiaan 4. Yang Tiga melahirkan semua makhluk "Yang Tiga melajirkan segala makhluk" menggambarkan segala makhluk wujud pada akhir perkembangan kosmos. . (Tao Te Ching dalam Palmer, 1991) . Persoalan Wu-Wei Apakah cara kita mengikuti "Jalan" alam semesta? Apakah yang perlu dibuat untuk memahami serta mengikuti "Jalan" alam semesta?

22

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Jawapan tokoh Taoisme: "Jangan membuat apa-apa dan jangan melakukan sesuatu" Ini tidak bererti kita sama sekali tidak melakukan sesuatu. Taoisme tidak menghalang semua kegiatan dan aktiviti manusia. Prinsip asas wu-wei ialah seseorang itu patut mengharmonikan diri sendiri dengan prinsip-prinsip utama yang berfungsi dalam alam semesta dan tidak harus menentangnya. Semua usaha untuk mencapai sesuatu di luar kemampuan kita adalah tidak betul. Aksi dan perbuatan haruslah spontan. Perkara yang dicadangkan ialah kita tidak patut melakukan sesuatu yang tidak semula jadi dan tidak spontan. Kita tidak harus berusaha untuk melakukan sesuatu atau apa sahaja yang dilakukan perlu dibuat secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Perbuatan yang dilakukan haruslah dibuat tanpa usaha yang keras.

Preskripsi Taoisme: Perbuatan kita mestilah dilakukan secara semulajadi Perbuatan mesti merupakan perbuatan yang diperlukan Lao Tzu mengkritik keganasan dengan sekeras-kerasnya. Baginya, setiap jeneral adalah seorang pembunuh kerana kejayaanya terbina daripada kematian beribu nyawa manusia yang tidak bersalah. Setiap "hero" adalah seorang manusia yang jahat kerana "heroisme" diukur daripada cara bagaimana dia membunuh orang yang lebih ramai dengan lebih cekap.

Kepercayaan Natif (Pribumi) Secara umum masyarakat Orang Asli masih mengamalkan Animisme. Suatu amalan yang menyatakan bahawa setiap benda hidup atau makhluk mempunyai roh tersendiri. Kebanyakan suku Negrito mengamalkan animisme dan percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk yang mempunyai kuasa dan dikenali sebagai Orang Hidup kerana tidak akan mati. Orang Hidup yang paling berkuasa dan mampu melakukan apa-apa sahaja ialah Tok Pendin yang menjadikan alam ini, termasuk alam, binatang, gunung ganang dan tumbuh-tumbuhan. Negrito percaya dewa-dewa seperti Chinoi dan Halak sentiasa menjaga kebajikan manusia supaya tidak melakukan kesalahan yang terkeluar daripada norma-norma kemanusiaan. Tok Pendin mempunyai seorang pembantu bernama Karei yang telah menggalurkan beberapa adat dan pantang larang untuk dijadikan panduan23

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

mereka dan akan menurunkan beberapa bencana sebagai balasan masyarakat yang menyalahinya - hujan lebat, ribut, harimau atau binatangbinatang liar lain. Suku kaum Senoi mempunyai seorang dewata yang maha kuasa. Dewata ini bermacam-macam bentuk. Terdapat empat dewata utama dan tiap-tiap nama dewata berkaitan dengan satu bidang kuasa, iaitu: Engku Karei Hilok Hiwoh Dewata-dewata ini mempunyai kuasa dan berlaku adil. Sesiapa yang melanggar adat akan dihukum dengan kecelakaan manakala yang baik akan dibalas dengan kebaikan juga. Senoi juga percaya dengan kewujudan jin-jin. Ramai dari suku Melayu Asli menganuti Islam (85%). Ada sebilangan yang masih mengamalkan animisme dan juga mempercayai wujudnya hantu, dewa-dewa dan roh yang mendiami dunia ini. Oleh itu suku Melayu Asli mempunyai beberapa peraturan untuk menghindari diri dari melakukan kesalahan seperti pembunuhan atau sebagainya kerana mereka percaya setiap kesalahan akan dibalas Tuhan dengan kecelakaan. Secara umum boleh dikatakan tiap-tiap kumpulan Orang Asli mempunyai sistem kepercayaan yang hampir sama. Mereka menganggap kepercayaan sebagai satu peraturan yang membataskan mereka dari melakukan kejahatan dan tidak boleh melakukan kesalahan diluar norma-norma kemanusiaan dan masyarakat.

Nota Tambahan:

24

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Agama Hindu: Agama tertua di dunia Tiada pengasas dan kitab suci tertentu Kitab dan ajaran awal ditulis dalan Bahasa Sanskrit, dalam bentuk 4 Veda: Peranan Etika dalam Agama Hindu o Menyatukan athman diri dengan Brahman o Cara: mengikuti amalan agama untuk menyucikan jiwa. Individu ... bertindak mengikut etika ...mendapat kebahagiaan jiwa dan rohani. Etika dalam Agama Hindu bergantung kepada prinsip Brahma (Norma yang teratur dan bermatlamat) o Keadilan o Kebaikan o Kesucian o Semua benar - satyam o Semua sederhana - Shivam o Semua indah/suci - sundaram Sumber undang-undang Hindu paling awal dharmasutras 3 kategori Dharma: o Menghormati orang yang lebih tua o Semua peraturan gelagat dan rites (Pencapaian penghargaan khas) o Peraturan yang amat perlu diikuti oleh seseorang KARMA Menerangkan tentang tindakan seseorang akan mempengaruhi kehidupan masa hadapan. Perbuatan baik dibalas baik dan tindakan jahat dibalas sengsara. Upacara agama yang mengajar manusia bertanggungjawab atas setiap tindakan yang dilakukan Dalam Etika Hindu terdapat Prinsip yamas dan niyamas o yamas mengawal diri o niyamas mengamalkannya Merupakan satu peringatan untuk semua aspek pemikiran, sikap dan perlakuan manusia. Etika Hindu diambil daripada Kitab Veda. o Mengandungi ajaran etika dan dasar ketuhanannya. o Ajaran etika - 1. menggalakkan penganuntnya mematuhi disiplin dengan Melaksanakan ajaran agama 2. melaksanakan upacara ibadat kepada tuhan Dianggap etika mulia Tidak patuh dianggap tidak beretika dan hina Tanda beretika mulia: o Kemerdekaan25

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

o Kesihatan o Kekayaan o Kebahagiaan

Ajaran agama Hindu dianggap sebagai sumber etika mulia dan mengutamakan : Nilai Dharma (tanggungjawab) Ahimsa (kasih sayang) Dhruthi (Keberanian dan ketetapan) Kahamma (timbang rasa atau baik hati) Damo (mengawal fikiran) Stheyam (tidak tamak) Keterangan segala tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna dan amanah tiada kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia atau binatang berani dan mempunyai hati yang tetap untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan bertimbang rasa dan baik hati terhadap semua orang serta binatang Tidak bertindak dengan sesuka hati atau mengikut perasaan yang mungkin menyebabkan kecederaan, kecelakaan dan apa-apa yang tidak baik kepada orang lain hidup sederhana dan tidak tamak untuk memperoleh kebahagiaan, sebaliknya akan berasa sedih dan terseksa jika selalu tamak dan bersifat kebendaan. Oleh itu, individu mesti hidup mengikut kemampuannya sahaja kebersihan dari segi mental dan fizikal mengawal perasaan supaya dapat bertindak dengan rasional

1 2 3

4

5

6

7 8

9

10

11 12

Showcha (kebersihan) Mindriya Nigraham (mengawal perasaan) Dheer (membentuk fikiran yang tetap) Vidyaa (ilmu dan pandangan rohani) Maakkrodha (keseimbangan) Sathya (Mencintai kebenaran)

saling berkait dengan nilai mengawal perasaan kerana kedua-dua nilai ini individu dapat bertindak secara rasional mengamalkan ilmu yang diperolehi untuk mencapai kerohanian dan kemakmuran dalam kehidupannya. Keseimbangan dari semua segi seperti emosi, jasmani dan rohani bercakap, berfikir dan bertindak dengan benar. Jika tidak berbuat demikian, individu akan berasa sesat dan mungkin mengikut jalan salah. Abdul Rahman Md. Aroff

Agama Buddha Pengasas : Siddharta Gautama (563-483 S.M)26

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

digelar Buddha (pemberi cahaya) selepas mendapat ilham, pemakluman atau pengajaran agung (enlightenment) Asas ajaran : sesuatu itu tidak kekal dan semua saling bergantung antara satu sama lain. Keinginan yang tidak dikawal akan mengubah cara hidup yang akan dipenuhi dukkha (kesengsaraan) Oleh sebab sesuatu yang wujud itu tidak tetap, kepuasan tidak muktamad dan kehilangannya akan menyeksakan. Kehidupan diserapkan dalam kesengsaraan seperti dalam Empat Kebenaran mulia (Four Noble Truths) Empat Kebenaran Mulia 1. Dukha (Penderitaan) Kebenaran mulia ini adalah berhubung dengan penderitaan. Kehidupan ini adalah satu penderitaan. Kelahiran, usia tua, penyakit dan kematian adalah penderitaan. Dukkha-Samudaya (Punca Penderitaan) Punca penderitaan adalah keinginan dan nafsu yang kuat. Keinginan dan nafsu membawa kepada kelahiran semula. Keinginan dan nafsu ini didorong oleh kejahilan Dukkha -Nirodha (Menyingkirkan Penderitaan) Penderitaan dapat diatasi apabila keinginan dan hawa nafsu dihapuskan. Dukkha-Nirodha Marga (Jalan untuk Menghapuskan Penderitaan) Kebenaran mulia ini adalah jalan atau cara untuk menghapuskan penderitaan. Dikenali sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia.

2.

3.

4.

Jalan Lapan Lapis Mulia 1. Kepercayaan/Pemahaman yang benar (samma sitthi) 2. Pemikiran (tujuan) benar (samma sati) 3. Percakapan benar (samma vaca) 4. Perbuatan benar (samma kammanta) 5. Kehidupan benar (samma ajiva) 6. Usaha benar (samma vayama) 7. Fikiran benar (samma sankappa) 8. Renungan/ tumpuan (kesedaran) benar (samma samadhi)27

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Nirwana konsep pembebasan daripada kelahiran semula Karma alam semesta tertakluk kepada sebab musabab yang semula jadi Kebaktian dan kekurangan individu dalam kewujudan yang lepas akan menentukan keadaan kewujudan kini. Setiap orang bersedia mengalami sebab dan akibat Halangan untuk mendapat karma yang baik boleh diatasi dengan mematuhi lima rukun moral Panca Sila (5 Rukum Moral) 1. Jangan membunuh 2. jangan mencuri 3. jangan berzina 4. jangan berbohong 5. jangan mengambil dadah atau arak

Amalan Agama Buddha Meditasi o menternteramkan pemikiran yang suka melayang-layang o nafsu, hasrat jahat, kemalasan, kepincangan kerunsingan keraguan dihapuskan o kebijaksanaan dikembangkan o kerohanian tercapai Kewajipan penganut Buddha dana(pemberian) o Kepada yang miskin dan memerlukan o Mendapat pahala Perayaan Hari Wesak o Hari merayakan kelahiran, pencapaian pengajran agung dan kewafatan Gautama Buddha.

Agama Sikh Diasaskan oleh Nanak atau Guru Nanak pada tahun 1469-1539.

28

S.Allimalai, JAPIM, KSAH

Guru Nanak telah mengambil ciri-ciri Hindu dan Islam untuk membentuk rangka ajarannya. Terdapat satu pertalian antara gerakan Bhakti dalam agama Hindu dengan kebaktian hanya kepada satu Tuhan seperti dalam Islam. Ajaran Guru Nanak diturunkan kepada 9 orang Guru yang lain dan dibukukan Guru Granth Sahib Ji ( Adi Granth atau Sri Guru Granth Sahib) sebagai kitab suci Kitab Suci ; Guru Granth Sahib ada unsur-unsur kemoralan Ditulis dalam bentuk puisi dengan tiga komponen penting: 1. keperluan perkembangan insan 2. perhubungan antara manusia 3. penyelarasan kewujudan roh (matlamat akhir)

Menasihati orang supaya mengikis 5 perkara yang tidak secara moral. 1. dorongan hawa nafsu kam 2. tamak lobh 3. keghairahan kehidupan duniawi moh 4. kemarahan krodh 5. keangkuhan Ahankar Penganut memiliki 5K o Rambut yang tidak dipotong o Penyikat kayu o Gelang besi o Pedang kecil o Pakaian yang melindungi martabat

Perhatian: Nota ini telah dikumpulkan dari pelbagai sumber dan masih dalam penambahbaikan, dan diedarkan untuk rujukan pelajar-pelajar Pendidikan Moral PPISMP GSTT Ambilan Jan 2012, IPG KSAH sahaja. Hasil Usaha, Puan Allimalai a/p Subramaniam, Pensyarah, Unit Pendidikan Moral, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral IPG Kampus Sultan Abdul Halim

29