no. rujukan : mk.uitm.fpm.01 manual no. keluaran : 03 ... · 9001:2008. manual ini mengandungi...

66
MANUAL KUALITI No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01 No. Keluaran : 03 No. Pindaan : 00 Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016 Muka Surat : 1/66 1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI 1.1 PENDAHULUAN Manual Kualiti ini adalah berdasarkan keperluan dokumentasi Seksyen 4.2.2 ISO 9001:2008. Manual ini mengandungi Maklumat Organisasi, Dasar Kualiti, Objektif Kualiti dan Prinsip Asas Kepastian Kualiti bagi memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran kepada pelanggan untuk memandu Fakulti Pengurusan Maklumat ke arah memenuhi keperluan Standard ISO 9001:2008. Manual Kualiti ini disokong oleh dua puluh lima (25) Prosedur Kualiti, yang terdiri dari lapan (8) Prosedur Pengurusan dan tujuh belas (17) Prosedur Operasi beserta Arahan Kerja, Carta Aliran Kerja dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya. Dokumen Sokongan antara lain meliputi: Akta Institut Teknologi MARA ( Pindaan) 2000 Akta A1073 dan pindaanya Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 Akta 174: (2012) Perlembagaan UiTM (Pindaan) 2000 Peraturan Akademik (Pindaan 2015, bil. 1) Kod Amalan JK IPTA, KPM, 2004 Surat Pekeliling & Arahan Perkhidmatan Surat Pekeliling & Arahan Perbendaharaan Pelan Perancangan Strategik Fakulti Buku Panduan Staf (2000) Kod Etika Pensyarah Garis Panduan Pengurusan Akta Rahsia Rasmi Prospertus UiTM Dasar Plagiarism UiTM (2012) Buku Panduan Syarat Kemasukan Program Akademik UiTM Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) (2009) Code of Practice for Institutional Audit (COPIA) (2008)

Upload: vulien

Post on 30-Jul-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016

Muka Surat : 1/66

1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI

1.1 PENDAHULUAN

Manual Kualiti ini adalah berdasarkan keperluan dokumentasi Seksyen 4.2.2 ISO

9001:2008. Manual ini mengandungi Maklumat Organisasi, Dasar Kualiti, Objektif

Kualiti dan Prinsip Asas Kepastian Kualiti bagi memberi perkhidmatan pengajaran dan

pembelajaran kepada pelanggan untuk memandu Fakulti Pengurusan Maklumat ke

arah memenuhi keperluan Standard ISO 9001:2008.

Manual Kualiti ini disokong oleh dua puluh lima (25) Prosedur Kualiti, yang terdiri dari

lapan (8) Prosedur Pengurusan dan tujuh belas (17) Prosedur Operasi beserta

Arahan Kerja, Carta Aliran Kerja dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya.

Dokumen Sokongan antara lain meliputi:

Akta Institut Teknologi MARA ( Pindaan) 2000 Akta A1073 dan pindaanya

Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 Akta 174: (2012)

Perlembagaan UiTM (Pindaan) 2000

Peraturan Akademik (Pindaan 2015, bil. 1)

Kod Amalan JK IPTA, KPM, 2004

Surat Pekeliling & Arahan Perkhidmatan

Surat Pekeliling & Arahan Perbendaharaan

Pelan Perancangan Strategik Fakulti

Buku Panduan Staf (2000)

Kod Etika Pensyarah

Garis Panduan Pengurusan Akta Rahsia Rasmi

Prospertus UiTM

Dasar Plagiarism UiTM (2012)

Buku Panduan Syarat Kemasukan Program Akademik UiTM

Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) (2009)

Code of Practice for Institutional Audit (COPIA) (2008)

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016

Muka Surat : 2/66

1.2 TUJUAN

Manual Kualiti ini adalah bertujuan untuk:-

a) Menerangkan maklumat am mengenai organisasi Fakulti Pengurusan Maklumat

(yang mana selepas ini dirujuk sebagai FPM);

b) Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang

berlandaskan piawaian ISO 9001:2008 dan COPIA dalam perancangan,

penyediaan dan perlaksanaan agenda dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, penyelidikan dan pengkomersilan serta hubungan komuniti dan

jaringan industri di setiap peringkat dan mod pengajian yang ditawarkan oleh

FPM yang mana selepas ini dirujuk sebagai Program;

c) Menggariskan dasar dan prinsip jaminan kualiti bagi setiap aktiviti dan proses

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan

pengkomersilan serta hubungan komuniti dan jaringan industri, dalam

memenuhi keperluan ISO 9001: 2008 dan COPIA dan

d) Menjelaskan proses yang dijalankan serta batasan aplikasi dalam memenuhi

keperluan ISO 9001:2008 dan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

1.3 KANDUNGAN MANUAL

Manual ini mengandungi lapan (8) bahagian yang meliputi perkara-perkara berikut :

Bahagian 1 - Pengenalan Kepada Manual Kualiti

Bahagian 2 - Maklumat Organisasi

Bahagian 3 - Skop Sistem Pengurusan Kualiti

Bahagian 4 - Keperluan Dokumentasi Sistem Pengurusan

Kualiti

Bahagian 5 - Tanggungjawab Pengurusan

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016

Muka Surat : 3/66

Bahagian 6 - Pengurusan Sumber

Bahagian 7 - Pengzahiran Produk

Bahagian 8 - Pengukuran, Analisis dan Penambahbaikan Sistem

Pengurusan Kualiti

1.4 PENYEDIAAN, PENGUATKUASAAN DAN CAPAIAN

Manual Kualiti ini hanya terpakai dan berkuatkuasa setelah diluluskan dan

ditandatangani oleh Dekan FPM. Manual Kualiti ini adalah Dokumen Terkawal yang

diselia dan diselenggara oleh Pegawal Dokumen. Pegawai berkenaan yang

memperolehi salinan manual ini bertanggungjawab menyimpan dengan selamat dan

mengemaskinikan Manual Kualiti ini mengikut arahan pengemaskinian yang

dikeluarkan oleh Wakil Pengurusan dari masa ke semasa.

1.5 PENYELARASAN PINDAAN

Pegawai Dokumen bertanggungjawab untuk menyelaraskan pindaan ke atas manual

ini seperti mana keperluan Seksyen 4.2.3. Mana-mana bahagian daripada dokumen

ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan

dokumen ini.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016

Muka Surat : 4/66

2.0 MAKLUMAT ORGANISASI

2.1 SEJARAH DAN LATARBELAKANG

Fakulti Pengurusan Maklumat telah ditubuhkan pada tahun 1972. Pada ketika itu

ianya dikenali sebagai Kajian Sains Perpustakaan, dan matlamat penubuhannya

adalah untuk menyediakan profesional terlatih untuk perpustakaan-perpustakaan di

Malaysia. Tahun 1978 memperlihatkan penyerapan elemen Sains Maklumat ke

dalam kurikulum Kajian selaras dengan perkembangan dan kehendak semasa.

Lantaran itu, nama Kajian telah ditukar pada tahun 1981 kepada Kajian Sains

Perpustakaan dan Maklumat. Bermula pada tahun 1992, kursus-kursus berkaitan

pengurusan rekod dan arkib telah masukkan ke dalam program sedia ada. Program

tersebut telah dilanjutkan dari tiga kepada empat tahun dan menjadi Diploma Lanjutan

yang diiktiraf sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian. Lanjutan

daripada itu pada tahun 1996, program Diploma Lanjutan tersebut telah dikenali

sebagai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perpustakaan. Pada tahun 1997 pula

nama Kajian telah ditukar kepada Fakulti Pengajian Maklumat.

Program Pengurusan lepasan ijazah juga telah dimulakan pada tahun yang sama

bermula dengan program Sarjana Sains Pengurusan Maklumat. Ijazah Kedoktoran

dalam bidang Pengurusan Maklumat pula telah diperkenalkan pada bulan Disember

1999. Seterusnya dengan mengikut perkembangan semasa program sarjana baru

diperkenalkan pada Julai 2003 iaitu Sarjana Sains Pengurusan Pengetahuan dengan

kelulusan Kemeterian Pendidikan. Fakulti seterusnya berkembang dengan

menawarkan program-program diploma dan sarjana mudanya di kampus-kampus

cawangan iaitu Machang (Kelantan), Segamat (Johor), Merbok (Kedah) dan

Samarahan (Sarawak). Dua kursus peringkat sarjana lain juga diperkenalkan iaitu

Sarjana Sains Perpustakaan dan Sarjana Sains Pengurusan Rekod.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016

Muka Surat : 5/66

Penyelidikan merupakan tumpuan Fakulti Pengurusan Maklumat selain daripada

pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripadanya pada tahun 1984 Fakulti telah

berjaya membangunkan sebuah perisian aplikasi perpustakaan yang dinamakan

sebagai SISPUKOM (Sistem Perpustakaan Berkomputer). Aplikasi ini telah

dinaiktarafkan dari ‘host based’ kepada ‘client server’ pada tahun 1994 dan ditukar

namanya kepada ILMU (Integrated Library Management Utility). Pada masa ini

terdapat 15 pengguna SISPUKOM dan 124 pengguna ILMU di seluruh Malaysia. Di

antara anugerah yang telah dimenangi oleh perisian ini adalah 1st runner up’ untuk

kategori perisian sempena pameran ITX 1990; dan ‘Anugerah Inovasi Penyelidikan

Bersama Sektor Awam Sektor Swasta’ kelolaan Jabatan Perdana Menteri pada tahun

1993.

2.2 VISI FAKULTI

FPM berusaha untuk sama-sama mendokong visi UiTM untuk menjadikan pusat

pendidikan, penyelidikan dan khidmat profesional unggul bertaraf dunia dalam bidang

pengurusan maklumat dengan melahirkan graduan yang beretika dan kompetitif

diperingkat global.

2.3 MISI FAKULTI

Misi FPM adalah untuk memperkasa kecemerlangan akademik golongan bumiputera

yang bertaraf antarabangsa melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan

khidmat profesional, keusahawanan dan kepimpinan dalam bidang Sains Maklumat

bagi merangsang transformasi negara.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016

Muka Surat : 6/66

2.4 DASAR KUALITI

Dasar kualiti FPM adalah untuk menyediakan program Diploma, Sarjana Muda,

Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang berkualiti dalam bidang Pengurusan Maklumat

bagi melahirkan graduan yang beretika, berdaya saing dan profesional. Melalui

sistem pengurusan kualiti yang cekap, FPM berazam untuk melahirkan graduan yang

kompeten dalam bidang pengurusan maklumat dan berkaitan dengannya melalui

amalan pengurusan kualiti yang berterusan. FPM juga berazam untuk menjadi

sebuah universiti awam unggul yang mengamalkan sistem kualiti berterusan dalam

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengkomersilan

dan hubungan komuniti dan jaringan industri.

2.5 OBJEKTIF KUALITI

Objektif Kualiti FPM adalah seperti berikut:

a) Memastikan sekurang-kurangmya 89% pelajar peringkat Diploma dan Sarjana

Muda sepenuh masa bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan menjelang

tahun 2020.

b) Memastikan secara berperingkat sekurang-kurangnya 78% graduat berstatus

bekerja pada sesi konvokesyen menjelang 2020

c) Memastikan semua kurukulum bersifat kerjakursus disemak setiap 4 tahun bagi

program yang tempoh pengajiannya 3 tahun atau kurang dan setiap 5 tahun

bagi program yang tempoh pengajiannya adalah 4 tahun

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016

Muka Surat : 7/66

d) Mencapai penghasilan penerbitan berkualiti pensyarah FPM pada kadar 0.5 dari

jumlah keseluruhan pensyarah FPM

2.6 CARTA ORGANISASI

Fakulti Pengurusan Maklumat diterajui oleh Dekan dan dibantu oleh tiga orang Timbalan

Dekan, enam orang Ketua Pusat Pengajian, seorang Penolong Pendaftar Kanan

(Pentadbiran) dan seorang Penolong Pendaftar Kanan (Akademik) serta dua orang Pegawai

Eksekutif. Carta organisasi adalah seperti Rajah 2.6

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 5/4/2016

Muka Surat : 8/62

2.6 Carta Organisasi Menunjukkan Kedudukan Pegawai

Setiausaha Pejabat

TIMBALAN DEKAN (Akademik)

TIMBALAN DEKAN (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni)

TIMBALAN DEKAN (Pelajar)

PENOLONG PENDAFTAR KANAN

(PENTADBIRAN)

KPP IM244

Koordinator Penyelidikan

Kerja Kursus

Koordinator FLP

Pensyarah IM244

Pensyarah IM245

Pensyarah IM246

Pensyarah IM247

Pegawai Eksekutif

Catatan:

IM244 : Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) - (Pengurusan Perpustakaan & Maklumat) IM245 : Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) - (Pengurusan Sistem Maklumat) IM246 : Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) - (Pengurusan Rekod) IM247 : Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) - (Pengurusan Pusat Sumber)

Pembantu Tadbir

Juruteknik Komputer

Penolong Jurutera

Pembantu Operasi N11 (1 Org)

PENOLONG PENDAFTAR KANAN

(AKADEMIK)

KPP IM245 KPP IM246 KPP IM247

KPP Pascasiswazah

KPP E-PJJ

Pegawai Eksekutif

Pembantu Tadbir

DEKAN

Unit Kualiti

Rajah 2.6 Carta Organisasi FPM

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 9/66

Program-program ditawarkan oleh FPM adalah:

i) Doktor Falsafah Pengurusan Maklumat dan Sarjana Sains Pengurusan

Maklumat (Penyelidikan);

ii) Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (Kerja Kursus) (Sepenuh Masa dan

Separuh Masa);

iii) Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (Kerja Kursus) (Pembelajaran

Fleksibel);

iv) Sarjana Sains Pengurusan Pengetahuan (Kerja Kursus) (Sepenuh Masa

dan Separuh Masa);

v) Sarjana Sains Perpustakaan (Kerja Kursus) (Sepenuh Masa dan Separuh

Masa);

vi) Sarjana Sains Pengurusan Rekod dan Dokumen (Kerja Kursus)

vii) Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) (Pengurusan

Perpustakaan dan Maklumat);

viii) Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Sistem

Maklumat);

ix) Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Rekod);

x) Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Pusat

Sumber Maklumat);

xi) Diploma Pengurusan Maklumat;

xii) Diploma Sains Perpustakaan

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 10/66

xiii) Pengajian Luar Kampus;

2.7 DEFINISI

a) Pelanggan

Pelanggan boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu :-

Pelanggan misi

Ibubapa/Penjaga, Penaja Pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia dan

Lembaga Pengarah UiTM.

Pelanggan proses

Pelajar yang berdaftar dan mengikuti Program Diploma, Ijazah Sarjana

Muda, Sarjand dan Ijazah Kedoktoran di Fakulti Pengurusan Maklumat.

Pelanggan dalaman

Staf yang berkhidmat di Fakulti Pengurusan Maklumat

Pelanggan luar

Universiti (selain UiTM), Industri, Agensi Kerajaan, masyarakat dan lain-

lain

b) Produk

Produk akhir dari proses perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran FPM

adalah graduan, iaitu pelajar yang tamat program.

Produk akhir dari proses penyelidikan dan pengkomersilan FPM adalah

penghasilan bahan bercetak bagi penerbitan di dalam jurnal berindeks /

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 11/66

SCOPUS/ ISI / ERA maupun MyRA, atau penghasilan produk yang boleh

didaftarkan hak milik IP dan dikomersilkan.

Produk akhir proses hubungan komuniti dan jaringan industry adalah dalam

bentuk khidmat masyarakat mahupun kerjasama dengan pihak industry dari

segi usahasama, penajaan, latihan industry dan sebagainya.

c) Program

Program merujuk kepada program Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan

Ijazah Kedoktoran yang ditawarkan oleh FPM secara sepenuh masa atau

separuhmasa.

d) Staf Fakulti Pengurusan Maklumat

Staf Fakulti Pengurusan Maklumat terdiri daripada Staf Akademik dan Staf

Pentadbiran. Staf Akademik terdiri daripada Profesor, Profesor Madya, dan

Pensyarah.

e) Pengurusan Atasan

Pengurusan Atasan terdiri dari Dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-

ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus Fakulti dan Timbalan / Penolong

Pendaftar.

f) Wakil Pengurusan

Wakil Pengurusan adalah staf yang dilantik oleh Naib Canselor UiTM untuk

menyelaras Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Fakulti Pengurusan

Maklumat bagi membangun, melaksana dan menyelenggara Sistem

Pengurusan Kualiti Fakulti Pengurusan Maklumat selaras dengan keperluan

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 12/66

ISO 9001:2008 dan dokumen COPIA mengikut keperluan Agensi Kelayakan

Malaysia (MQA). Wakil Pengurusan FPM adalah Timbalan Dekan

(Akademik).

g) Ketua Unit Kualiti

Staf yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor

(Akademik & Antarabangsa) UiTM bagi merancang, melaksana dan

menyelaras inisiatif kualiti FPM dalam menyokong dan memantapkan

Sistem Pengurusan Kualiti fakulti seperti dinyatakan dalam dalam Dasar

Jaminan dan Pengukuhan Kualiti.

h) Pengawal Dokumen

Pengawal Dokumen FPM terdiri dari Timbalan/Penolong Pendaftar

Akademik/Pentadbiran sepertiman yang dinyatakan dalam Dasar Jaminan &

Pengukuhan Kualiti yang bertanggungjawab untuk menyelia dan

menyelenggara dokumen SPK FPM.

2.8 SINGKATAN

UiTM - Universiti Teknologi MARA

FPM - Fakulti Pengurusan Maklumat

MQA - Malaysian Qualification Agency

COPIA - Code of Practice for Institutional Audit

COPPA - Code of Practice for Programme Accreditation

CSPI - Centre for Strategic Planning

ICRESS - Integrated Course Prgistration & Echeduling System

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 13/66

OBE - Outcome-based Education

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

WP - Wakil Pengurusan

SPK - Sistem Pengurusan Kualiti

JAF - Jawatankuasa Akademik Fakulti

MKSP - Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan

LPU - Lembaga Pengarah Universiti

KUK - Ketua Unit Kualiti

PNG - Purata Mata Nilai Gred

HPNG - Himpunan Purata Mata Nilai Gred

SISPUKOM - Sistem Perpustakaan Berkomputer

ILMU - Integrated Library Management Utility

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 14/66

3.0 SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI

3.1 SKOP PELAKSANAAN

Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti Pengurusan Maklumat Kampus

Puncak Perdana, meliputi penyediaan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran semua

program yang ditawarkan di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA.

Ianya turut merangkumi pengurusan bidang pemyelidikan dan pengkomersilan, serta

hubungan komuniti dan jaringan industri.

3.2 AKTIVITI TERAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat lapan (8) aktiviti teras bagi proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti

Pengurusan Maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran FPM adalah berdasarkan

sistem ”Outcome-based Education” atau OBE seperti yang ditetapkan oleh MQA.

3.2.1 Rekabentuk dan Semakan Program

Rekabentuk program baru dan sedia ada adalah proses pembangunan

berasaskan panduan dan ketetapan KPM, MQA, Badan Profesional dan

UiTM. FPM hendaklah mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan rekabentuk dan pembangunan kurikulum program baru serta

semakan semula program sediada, verifikasi dan validasi setiap rekabentuk

dan peringkat pembangunan program mengikut kesuaian.

3.2.2 Pendaftaran Program

Pendaftaran program adalah proses pendaftaran kemasukan pelajar ke

program akademik FPM. Selepas pelajar mendaftar program yang

ditawarkan pada tarikh yang telah ditetapkan, pelajar dikehendaki

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 15/66

mengikuti Taklimat Fakulti untuk diberi penerangan mengenai peraturan

akademik, struktur pengurusan serta keperluan program akademik dan

lain-lain perkara yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

3.2.3 Pendaftaran Kursus

Pelajar dikehendaki mendaftar kursus mengikut pelan pengajian program

yang telah ditetapkan oleh Senat pada semester berkenaan secara atas

talian (online). Penentuan kursus yang akan ditawarkan disediakan oleh

fakulti sebelum semester bermula. Ianya dilakukan bangii merancang

penjadualan aktiviti akademik dan keperluan fasiliti pengajaran dan

pembelajaran berdasrkan kepada bilangan pelajar berdaftar.

3.2.4 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran topik-topik dalam sesuatu kursus dibuat berdasarkan kepada

Maklumat Kursus (Course Information) dan Skima Kerja (scheme of Work).

Kleas dijadulkan menggunakan sistem ICRESS sebelum semester bermula

dan kawalan dari segi penyelarasan dilakukan melalui sistem lantikan

Pakar Rujuk (Resource Person) bagi setiap kod kursus. Pengajaran secara

’blended learning’ meliputi sekurang-kurangnya 30& dari keseluruhan

kursus yang ditawarkan.

3.2.5 Penilaian

Bagi kursus Diploma dan Sarjana Muda, penilaian dilakukan berdasrkan

kerja kursus, latihan praktik, projek akhir dan peperiksaan akhir semester.

Manakala bagi program Sarjana dan Ijazah Kedoktoran, penilaian secara

berterusan menueut kaedah yang ditentukan fakulti dan tertakluk kepada

kelulusan senat.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 16/66

3.2.6 Pengendalian Penilaian

Hasil pembelajaran pelajar (Student Learning Outcome) dinilai mengikut

kriteria penilaian berdasarkan kerja kursus, latihan praktik, projek sarjana

muda dan peperiksaan akhir semester atau mana-mana gabungan

daripada penilaian ini sebagaimana yang ditetapkan dan direkodkan serta

disahkan. Penilaian yang dilaksanakan direkodkan dan dilaporkan status

kemajuan pelajar bagi tujuan penganugerahan ijazah.

3.2.7 Pengurusan Keputusan

Proses ini melibatkan pemarkahan, penggredan, pengumpulan dan

pembetulan keputusan. Hebahan markah kepada pelajar dibuat setelah

kelulusan Senat diperolehi.

3.2.8 Pengijazahan

Semua pelajar yang telah memenuhi syarat penganugerahan dan

diperakukankan oleh Senat UiTM akan dianugerahkan Diploma, Sarjana

Muda, Sarjana maupun Ijazah Kedoktoran pengijazahan di Majlis

Konvokesyen UiTM.

3.3 Aktiviti Teras Penyelidikan, Penerbitan, Inovasi dan Pengkomersilan

Terdapat dua (2) aktiviti teras bagi proses penyelidikan dan pengkomersilan di

Fakulti Pengurusan Maklumat.

3.3.1 Penyelidikan

Pensyarah digalakkan memantapkan praktis penyelidikan dan penerbitan di

peringkat fakulti secara umumnya berdasarkan geran yang boleh didapati

secara dalaman (UiTM) maupun dari pihak luar. Penerbitan perlu

dipergiatkan melalui penerbitan berindeks SCOPUS atau ISI.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 17/66

3.3.2 Pengkomersilan

Projek berbentuk pengkomersilan adalah penghasilan produk berbentuk

perundingan samada dalam menjalankan penyelidikan maupun latihan

berdarkan kepakaran yang terdapat di FPM.

3.4 Aktiviti Teras Hubungan Komuniti dan Jaringan Industri

Terdapat dua (2) aktiviti teras bagi proses jaringan industri dan hubungan

masyarakat di Fakulti Pengurusan Maklumat.

3.4.1 Jaringan Industri

Jaringan bersama industri diwujudkan dari segi kerjasama mengikut bidang

pengkhususan setiap program yang ditawarkan di FPM. Penglibatan

industry secara khusus adalah bagi mendapatkan maklumbalas dari segi

keperluan dan kehendak industri semasa.

3.4.2 Hubungan Masyarakat/Komuniti

Program bersama masyarakat sering diterapkan dalam pelbagai aktivi yang

terjadi melalui proses perkongsian ilmu dalam pelbagai aspek.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 18/66

4.0 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

4.1 Keperluan Am

Sistem Pengurusan Kualiti FPM diwujud bagi memastikan satu Sistem Pengurusan

Kualiti dapat dibentuk, didokumen, dilaksana dan diselenggara dengan cekap dan

berkesan yang juga merangkum penambahbaikan berterusan selaras dengan

kehendak pelanggan dan keperluan piawaian ISO 9001: 2008 serta keperluan

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengurusan FPM akan :-

a) Mengenalpasti proses yang diperlukan untuk Sistem Pengurusan Kualiti

serta pelaksanaannya secara menyeluruh di Fakulti Pengurusan Maklumat.

b) Menentukan urutan (sequence) proses yang betul dan hubung kait dengan

proses-proses yang terlibat.

c) Menentukan kriteria, kaedah operasi dan kawalan proses yang berkesan.

d) Memastikan terdapat keupayaan sumber dan ketepatan maklumat untuk

menyokong keberkesanan operasi dan pemantauan proses.

e) Memantau, mengukur dan menganalisis pencapaian proses.

f) Melaksanakan tindakan pembetulan dan pencegahan serta menambahbaik

proses secara berterusan.

Semua proses ini akan diuruskan oleh Sistem Pengurusan Fakulti Pengurusan

Maklumat dengan mematuhi keperluan piawaian ISO 9001: 2008 serta keperluan

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Jika sumber dan perkhidmatan luar diperlukan,

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 19/66

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan memastikan semua kehendak dan

keperluan piawaian yang ditetapkan oleh ISO 9001 : 2008 serta keperluan Agensi

Kelayakan Malaysia (MQA) dipatuhi dan terkawal.

4.2 Keperluan Dokumentasi

Dokumentasi proses pengurusan dan operasi sistem kualiti FPM merangkumi pemyediaan

dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran program, penyelidikan dan

pengkomersilan, hubungan komuniti serta jaringan industri yang ditawarkan di fakulti

adalah perlu bagi mengenalpasti, memahami dan memenuhi kehendak pelanggan.

4.2.1 Am

Sistem dokumentasi merangkumi penyataan Dasar Kualiti, Objektif Kualiti,

prosedur-prsedur dan rekod-rekod yang ditetapkan oleh piawaian ISO 9001: 2008.

Ianya bertujuan untuk memastikan perancangan, operasi dan kawalan proses

adalah berkesan. Struktur dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti

Pengurusan Maklumat adalah berdasarkan kepada rajah 4..2.1 di bawah:

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 20/66

4.2.2 Manual Kualiti

Manual Kualiti adalah dokumen pernyataan dasar dan komitmen pengurusan FPM

bagi penyediaan dan pengendalian perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran

semua program yang ditawarkan, penyelidikan dan pengkomersilan, hubungan

komuniti serta jaringan industry di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak

Perdana. Manual kualiti ini merupakan sumber rujukan utama bagi sistem

pengurusan fakulti FPM menurut ketetapan piawaian ISO 9001: 2008.

TANGGUNGJAWAB

Dekan Fakulti Pengurusan

Maklumat, Wakil Pengurusan,

Timbalan Dekan, Timbalan

Pendaftar

Ketua Pusat Pengajian,

Koordinatur KursusKetua

Program/Pegawai Eksekutif,

Penyelaras, Staf Akademik

Timbalan Pendaftar, Penolong

Pendaftar / Ketua Pusat

Pengajian, Koordinator kursus,

Penyelaras, Pegawai Eksekutif,

Pensyarah Juruteknik Kanan

Manual Kualiti

(Dasar, Objektif)

Prosedur Wajib /

Pengurusan & Operasi

Dokumen Sokongan

(Arahan kerja, Carta Alir, Senarai

Semak, Dokumen Luar)

PENERANGAN Dasar, objektif dan manifesta

Perancangan Sistem Kualiti

Dokumen Dasar dan

Perancangan

Dokumen berkaitan Aktiviti

Pengurusan dan Operasi

Dokumen Terperinci mengenai

Tugasan Tertentu

Dokumen Lain Yang menjadi

sokongan kepada Sistem

Kualiti

Rajah 4.2.1: Struktur Dokumentasi ISO 9001: 2008 FPM

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 21/66

Manual kualiti FPM meliputi:

a. Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti FPM

b. Dasar kualiti dan Objektif Kualiti FPM

c. Rujukan kepada prosedur dan lain-lain dokumen sokongan

d. Huraian pertalian antara pross dalam Sistem Pengurusan Kualiti FPM

(sila rujuk 2,4 & 2.5)

4.2.3 Prosedur Kualiti

Prosedur Kualiti adalah dokumen yang menyatakan segala proses pengurusan dan

operasi Fakulti Pengurusan Maklumat. Pengurusan FPM bertanggungjawab untuk

menyedia dan melaksanakan prosedur ini secara konsisten dan mengikut piawaian

ISO 9001:2008 serta keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sehubungan dengan itu, Fakulti Pengurusan Maklumat mewujudkan lima (5)

Prosedur Wajib iaitu :

i. Kawalan Dokumen

ii. Kawalan Rekod

iii. Audit Dalam

iv. Kawalan Produk yang tidak memenuhi Spesifikasi

v. Tindakan Pembetulan

vi. Tindakan Pencegahan, dan

Tiga (3) prosedur tambahan; iaitu:

vii. Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan

viii. Aduan dan Maklumbalas Pelanggan

ix. Pengurusan Latihan

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 22/66

Di samping itu terdapat tujuh belas (14) Prosedur Operasi disediakan untuk

memantapkan lagi pelaksanaan Sistem Kualiti di Fakulti Pengurusan Maklumat.

4.2.4 Dokumen Sokongan, Luaran dan Arahan Kerja

Dokumen Sokongan adalah dokumen yang boleh dijadikan bahan rujukan bagi

pelaksanaan sesuatu proses. Ia mestilah disimpan dan diselenggarakan oleh

Pengurusan Atasan FPM sebagai rujukan dan sokongan kepada Sistem Pengurusan

Kualiti. Manakala Arahan Kerja adalah dokumen yang menjelaskan proses kualiti

khusus secara terperinci dan diwujudkan mengikut keperluan aktiviti yang

menyokong sesuatu Prosedur Kualiti, jika perlu.

Dokumen Sokongan:

1. Visi & Misi UiTM

2. Viisi & Misi FPM

3. Dokumen OBE

4. Malaysian Qualification Framework (MQF)

5. Code of Practice for Institutional Audit (COPIA)

6. Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA)

7. Garis Panduan Penyeldikan IRMI

8. Garis Panduan Masyarakat dan Jaringa Industri (ICAN)

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 23/66

4.2.5 Kawalan Dokumen

4.2.5.1 Kawalan ke atas Dokumen

a) Dokumen yang perlu dikawal ialah Manual Kualiti, Prosedur Kualiti,

Arahan Kerja, Pelan Kualiti dan Dokumen Sokongan meliputi bahan

pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengkomersilan,

hubungan komuniti serta jaringan industri yang diperlukan serta garis

panduan berkaitan. Dokumen ini perlu mendapat kelulusan sebelum

disedarkan mengikut keperluan ISO 9001: 2008.

b) Satu Senarai Induk yang mengandungi semua dokumen yang

digunakan dalam Sistem Kualiti berkenaan akan disediakan. Senarai

ini akan dikemaskini dari masa ke semasa apabila berlaku sesuatu

perubahan atau pindaan.

c) Semua Dokumen akan diberikan kod rujukan identifikasi, nombor

keluaran dan pindaan serta tarikh keluaran. Pemegang Dokumen dan

nombor salinan dokumen dikenal pasti melalui Senarai Pemegang

Dokumen Terkawal.

d) Manual dan Prosedur Kualiti asal yang diluluskan akan ditandakan di

kulit luar sebagai ‘DOKUMEN INDUK’. Salinan Dokumen Induk tidak

akan membawa perkataan ”DOKUMEN INDUK”. Salinan yang

diedarkan kepada Pemegang Dokumen Terkawal akan ditanda dengan

cop ‘SALINAN DOKUMEN TERKAWAL’.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 24/66

e) Pegawal Dokumen bertanggungjawab memastikan Dokumen Kualiti

yang dirujuk dalam Sistem Kualiti ini diselenggara dengan baik dan

terkini serta ditempatkan di lokasi yang selamat dan mudah dirujuk.

f) Pernyataan Visi, Misi serta Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti FPM,

Senarai Dokumen Induk dan Manual Kualiti boleh dicapai melalui laman

web FPM.

g) Semua salinan cetak yang dimuat naik dari laman web ini adalah

dianggap sebagai Salinan Dokumen Tidak Terkawal

4.2.5.2 Pindaan Dokumen

a) Setiap staf Fakulti Pengurusan Maklumat boleh memberikan cadangan

pindaan kepada Dokumen yang dikawal. Cadangan pindaan hendaklah

dikemukakan kepada Wakil Pengurusan dengan menggunakan borang

khas yang disediakan secara elektronik atau secara bercetak.

b) Sebarang pindaan Dokumen mestilah mendapat kelulusan daripada

Dekan atau Wakil Pengurusan terlebih dahulu.

c) Semua pindaan yang dibuat hendaklah dicatat dalam Rekod Pindaan

dan salinan induk Dokumen berkenaan dikemas kini sepenuhnya.

Pindaan Dokumen dibuat dengan menggantikan muka surat yang

terlibat. Nombor pindaan dan nombor keluaran dikemas kini dan tarikh

kuatkuasa yang baru diberikan. Pindaan yang melebihi 50%

keseluruhan Dokumen akan diganti seluruhnya dengan nombor

keluaran terbaru diberikan dan tarikh kuatkuasanya dimaklumkan.

Fakulti Pengurusan Maklumat boleh menggunakan budibicara untuk

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 25/66

menyediakan dokumen baru walaupun kandungan pindaan tidak

mencapai 50%.

d) Pengurusan Atasan FPM bertanggungjawab mengedarkan semua

pindaan kepada Pemegang Dokumen Terkawal dan staf yang

berkaitan.

e) Pemegang Dokumen Terkawal dan staf berkenaan bertanggungjawab

mengemas kini dan memasukkan semua pindaan berkaitan dan

mengeluarkan dokumen yang dibatalkan serta melupuskannya

mengikut kaedah yang ditetapkan.

f) Jika keseluruhan Dokumen Terkawal dipinda, dokumen asal perlu

dikembalikan kepada Pengurusan FPM dan digantikan dengan

Dokumen Terkawal yang terkini.

g) Satu salinan Dokumen Terkawal asal yang tidak dipinda perlu disimpan

dan ditanda ‘BATAL’. Senarai Pindaan yang berkaitan juga perlu

dikemas kini.

4.2.5.3 Kawalan Rekod Kualiti

Fakulti Pengurusan Maklumat akan menyedia dan menyelenggara Prosedur

Kawalan Rekod. Satu senarai induk rekod disediakan untuk mempermudah

pengesanan dan penyelenggaraan rekod. Satu sistem kod rujukan akan

ditentukan menurut kategori rekod.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 26/66

Semua rekod disimpan dengan selamat supaya mudah dikenalpasti dan dirujuk.

Jika disimpan secara elektronik, satu sistem sokongan (back-up) bagi storan

rekod berkenaan akan diadakan. Pegurusan Atasan FPM akan mengambil

tindakan mencegah kehilangan data dengan merencanakan pelan pengurusan

risiko yang bersesuaian.

Rekod hendaklah disimpan secara sistematik untuk rujukan semula sekurang-

kurangnya 6 tahun sebelum dilupuskan menurut kaedah yang ditetapkan oleh

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat.

DOKUMEN RUJUKAN

1) PK.UiTM.FPM(P).01 Prosedur Kawalan Dokumen

2) PK.UiTM.FPM(P).02 Prosedur Kawalan Rekod

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 27/66

5.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN

5.1 KOMITMEN PENGURUSAN ATASAN

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan sentiasa komited kepada

pembangunan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 Fakulti

Pengurusan Maklumat, dan sentiasa berusaha secara berterusan untuk

menambahbaik sistem bagi menjamin keberkesanannya dengan :-

a) Memastikan semua staf Fakulti Pengurusan Maklumat memahami dan

menghayati akan pentingnya kehendak pelanggan dipenuhi serta keperluan

perundangan dan peraturan dipatuhi;

b) Mewujud dan meluluskan Dasar dan Objektif Kualiti (rujuk Seksyen 2.4 dan

2.5)

c) Mengadakan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan bagi menyemak dan

memantau prestasi Sistem Pengurusan Kualiti FPM

d) Memastikan sumber dan maklumat yang perlu adalah mencukupi.

5.2 KEUTAMAAN PELANGGAN

Pengurusan Atasan Fakulti Pengurusan Maklumat akan memastikan keperluan

pelanggan dikenalpasti, difahami dan dipenuhi dengan tujuan memberi dan

mempertingkatkan lagi kepuasan pelanggan. Fakulti Pengurusan Maklumat akan:-

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 28/66

a) mewujudkan kaedah bagi menerima aduan atau maklumbalas serta

cadangan daripada pelanggan berhubung dengan program yang

dikendalikan.

b) mengkaji semula kehendak pelanggan bagi memastikan sebarang

perbezaan di antara program yang ditawarkan dan pindaan semasa

pelaksanaannya dapat dijelaskan.

c) memastikan pengendalian program adalah sesuai dengan keperluan dan

perkembangan semasa serta masa depan.

d) memastikan sebarang pindaan dan keperluan tambahan yang ditetapkan

oleh Lembaga Pengarah UiTM dan Fakulti Pengurusan Maklumat

direkodkan.

5.3 DASAR KUALITI

Pengurusan FPM akan memastikan Dasar Kualiti adalah sentiasa :-

a) bersesuaian dengan matlamat Fakulti Pengurusan Maklumat dengan

mengambilkira kehendak pelanggan

b) disebar kepada semua staf supaya dihayati dan mudah difahami oleh

semua

c) merangkumi komitmen Pengurusan untuk memnuhi keperluan-keperluan

sistem pengurusan kualiti dan meningkatkan keberkesanannya Sistem

Pengurusan Kualiti secara berterusan

d) dikawal dan dikaji semula bagi menjamin kualiti yang berterusan mengikut

kesesuaian

e) menjadi asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula Objektif Kualiti.

Sila rujuk para 2.4 & 2.5 untuk Dasar dan Objektif Kualiti FPM

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 29/66

5.4 PERANCANGAN

5.4.1 Objektif Kualiti

Pengurusan Atasan akan memastikan Objektif Kualiti Fakulti Pengurusan Maklumat

disediakan bersesuaian dengan halatuju dan perancangan fakulti dan akan

berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan. Sila rujuk para 2.5 untuk objektif

kualiti FPM. Setiap Objektif Kualiti mestilah boleh diukur dan selaras dengan Dasar

Kualiti FPM.

5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan memastikan:-

a) Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan mengikut

keperluan para 4.1 dan Objektif Kualiti. Satu struktur unit kualiti

hendaklah digunapakai untuk mengukukan SPK FPM dengan

bersandarkan kepada perancangan strategik FPM.

b) Sistem Pengurusan Kualiti disediakan bagi melicinkan dan

menambahbaik secara berterusan perlaksanaan perancangan

Program FPM.

c) Perancangan Kualiti FPM yang digariskan adalah berdasarkan

Manual Kualiti, Prosedur Kualiti, Arahan Kerja, Dokumen

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 30/66

Perancangan Sistem Kualiti dan Dokumen Sokongan Pengajaran

yang berteras kepada ISO 9000:2008 seperti yang dokumenkan.

d) Objektif Kualiti yang ditetapkan dapat dicapai dan dikajisemula untuk

memenuhi kehendak pelanggan dan keadaan semasa.

e) Semua staf Fakulti Pengurusan Maklumat memahami serta

berupaya melaksanakan Perancangan Kualiti tersebut.

5.5 TANGGUNGJAWAB, BIDANG KUASA DAN KOMUNIKASI

5.5.1 Tanggungjawab dan Bidang Kuasa

Pengurusan Atasan FPM hendaklah mengenalpasti dan memaklumkan

tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing kepada semua Staf Fakulti

Pengurusan Maklumat, melalui Carta Organisasi serta Senarai Tugas yang terkini.

.

5.5.2 Wakil Pengurusan

Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat akan melantik Timbalan Dekan Akademik

sebagai Wakil Pengurusan (WP) yang bertanggungjawab mengenai perkara

berikut:-

a) Memastikan keperluan proses Sistem Pengurusan Kualiti diwujud,

dilaksana dan diselenggarakan.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 31/66

b) Melapor kepada Pengurusan Atasan Fakulti Pengurusan Maklumat

mengenai kemajuan Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti Pengurusan

Maklumat serta sebarang keperluan penambahbaikan.

c) Memastikan Staf Fakulti Pengurusan Maklumat diberi kesedaran

mengenai keperluan pelanggan bagi penambahbaikan berterusan

Sistem Kualiti Fakulti Pengurusan Maklumat.

d) Bertanggungjawab sebagai pegawai perhubungan dengan pihak luar

dalam hal yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti

Pengurusan Maklumat.

e) Melapor kepada Pengurusan Atasan FPM sekiranya keperluan

sumber tidak mencukupi.

f) Menyelaras penilaian dan pengurusan risiko.

5.5.2.1 Ketua Unit Kualiti

Dekan dan Wakil Pengurusan (WP) akan melantik seorang Ketua Unit

Kualiti (KUK) dari kalangan staf fakulti FPM yang terdiri dari gred DM52 ke

atas. Ketua Unit Kualiti ini bertanggungjawab seperti berikut:

a) Merangka, merancang dan mengurus pembangunan dan pelaksanaan

matlamat, dasar, objektif, prosedur dan system yang berkaitan dengan

pengurusan dan jaminan kualiti.

b) Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti dan inisiatif kualiti yang

menyoong dan memantapkan proses dan Sistem Pengurusan Kualiti

FPM dan UiTM

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 32/66

c) Membantu Wakil Pengurusan dalam penyediaan laporan berkaitan

dengan SPK seperti laporan prestasi kualiti dan pencapaian objektif

kualiti.

d) Membantu Wakil Pengurusan dalam perancangan Mesyuarat Kaji

Semula Pengurusan.

e) Menubuhkan pasukan Juruaudit Dalaman dalam persetujuan Wakil

Pengurusan dan Dekan.

f) Membantu Wakil Pengurusan dalam merancang penambahbaikan

berterusan dan pengurusan risiko

g) Membuat perancangan tahuan keperluan latihan staf yang berkaitan

program kualiti FPM.

5.5.2.2 Pengawal Dokumen

Pengawal Dokumen adalah terdiri dari Ketua Pentadbiran

(Timbalan/Penolong Pendaftar Akademik/Pentadbiran) yang

bertanggungjawab seperti berikut:

a) Mengedar semua prosedur/dokumen yang telah diluluskan dan

didaftarkan dalam SPK ISO 9001:2008

b) Menyediakan Senarai Induk Dokumen ISO, Senarai Induk Dokumen

Luaran, Senarai Edaran dan Penerimaan

c) Merekodkan senarai penerima dokumen dalam senarai Edaran

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 33/66

d) Memaklumkan pemegang prosedur melalui memo atau e-mel, sekiranya

terdapat pindaan atau dokumen/prosedur yang ingin diwujudkan

e) Memastikan borang-borang yang digunakan oleh kakitangan adalah

borang yang terkini dan digunapakai di dalam dokumen SPK

ISO9001:2008

f) Memaklumkan kepada semua unit/jabatan/ketua jabatan sekiranya

terdapat pekeliling, dokumen luaran, dokumen dalaman, borang, atau

rujukan baru yang dikeluarkan atau diterima supaya boleh dimaklumkan

kepada keseluruh kakitangan melaui memo atau email.

g) Menyimpan rekod-rekod kawalan dokumen yang berkaitan apabila

diarahkan oleh Wakil Pengurusan.

h) Memastikan semua rekod yang dinyatakan di dalam prosedur

ditempatkan di kawasan selamat.

i) Memaklumkan melalui memo atau emel kepada seluruh kakitangan

mengenai penggunaan prosedur baru dan memastikan prosedur lama

dihapuskan terus atau dikembalikan kepada pengawal dokumen untuk

pelupusan.

j) Memaklumkan melalui emel atau memo sekiranya terdapat

dokumen/prosedur baru atau pindaan yang telah diluluskan untuk

perlaksanaan organisasi.

k) Memaklumkan melalui memo atau emel kepada seluruh jabatan

sekiranya berlakunya pertukaran carta organisasi (Dekan, Timbalan

Dekan, Ketua Pusat Pengajian, Wakil Pengurusan, Juruaudit Dalaman

dan yang berkaitan)

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 34/66

l) Menyelaras sebarang perubahan dokumen yang digunapakai

5.5.3 Komunikasi Dalaman

Pengurusan Atasan Fakulti Pengurusan Maklumat akan memastikan sistem

komunikasi dalaman yang berkesan diwujudkan melalui :-

a) Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti (JAF)

b) Mesyuarat Pengurusan Fakulti (Work in Progress)

c) Mesyuarat Akademik Fakulti

d) Sesi Taklimat

e) Notis Papan Kenyataan

f) Pekeliling Fakulti

g) Perbincangan Kumpulan

h) Sistem Aduan dan Maklumbalas Pelanggan

i) Surat menyurat/memo fakulti

j) E-mel

DOKUMEN RUJUKAN

1 Fail Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti

2 Fail Mesyuarat Pengurusan Fakulti

3 Fail Mesyuarat Akademik Fakulti

4 Fail Papan Kenyataan

5 Fail Pekeliling Fakulti

6 Fail Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 35/66

7 Fail Memo Jabatan

5.6 KAJI SEMULA PENGURUSAN

5.6.1 Am

Pengurusan Atasan Fakulti Pengurusan Maklumat akan mengkaji semula Sistem

Pengurusan Kualiti Fakulti Pengurusan Maklumat sekurang-kurangnya dua kali

dalam tempoh 12 bulan. Mesyuarat kaji Semula Pengurusan (MKSP) akan

dilakukan setelah tiga minggu proses audit dalam dijalankan. MKSP bertujuan

menilai peluang-peluang penambahbaikan serta keperluan perubahan atau pindaan

kepada Dasar Kualiti serta Objektif Kualiti dan Sistem Pengurusan Kualiti FPM

secara keseluruhannya. Mesyuarat MKSP FPM akan menjalankan Kajisemula

Pengurusan sepertimana yang disyaratkan dalam dokumen ini. Minit mesyuarat

MKSP hendaklah disimpan sebagai rekod kualiti.

Keanggotaan dalam Mesyuarat Kajisemula Pengurusan Fakulti Pengurusan

Maklumat adalah seperti berikut :-

Pengerusi Dekan

Wakil Pengurusan Timbalan Dekan Akademik

Setiausaha Timbalan/Penolong Pendaftar

Ahli Timbalan Dekan, Ketua Unit Kualiti, Ketua Sistem Audit,

Ketua Pusat Pengajian, Timbalan/Penolong Pendaftar,

Koordinator Kursus/Program

Jemputan (Turut

hadir mengikut

keperluan)

Penolong Bendahari, Wakil Pejabat Pengurusan Fasiliti

Wakil Pejabat Pembangunan

Wakil Infotech/ICT

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 36/66

Penyelaras Risiko

Penyelarasa/Wakil CSPI Fakulti

Penyelaras Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan

5.6.2 Input Kaji Semula Pengurusan

Input kepada kaji semula pengurusan ini hendaklah meliputi maklumat mengenai:

a) Pencapaian Objektif Kualiti FPM

b) Penemuan Hasil Audit Dalam

c) Aduan dan Maklumbalas Pelanggan

d) Prestasi Proses dan Keakuran Produk (Prestasi Pelajar)

e) Status Tindakan Pembetulan dan Pencegahan

f) Tindakan Susulan daripada Kajian Semula Pengurusan yang lepas

g) Perubahan-perubahan yang boleh memberi kesan kepada sistem

pengurusan kualiti seperti hal-hal yang memberi kesan kepada

pengendalian program-program seperti latihan, kewangan, sosial, alam

sekitar dan pindaan peraturan serta statut

h) Cadangan-cadangan penambahbaikan

5.6.3 Hasil Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan

Hasil Kaji Semula Pengurusan ini hendaklah meliputi keputusan dan tindakan yang

merangkumi perkara berikut :-

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 37/66

a) Penambahbaikan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti

Pengurusan Maklumat dan proses yang terlibat.

b) Penambahbaikan perkhidmatan berkaitan dengan keperluan

pelanggan.

c) Keperluan sumber meliputi aspek perancangan sumber manusia dan

pembangunan fizikal termasuk gunaruang, kemudahan peralatan

pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, pengkomersilan,

hubungan masyarakat dan jaringan industri.

Semua dokumen Kaji Semula Pengurusan akan direkod, disimpan dan

diselenggara oleh WPPengawal Dokumen untuk memudahkan rujukan.

DOKUMEN RUJUKAN

1. PK.UiTM.FPM(P).06 Prosedur Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 38/66

6.0 PENGURUSAN SUMBER

6.1 PENYEDIAAN SUMBER

Pengurusan atasan FPM akan memastikan dan menyediakan peruntukan sumber dengan

secukupnya termasuk perkara berikut bagi :-

a) Melaksana dan menyelenggara Sistem Pengurusan Kualiti di samping

meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.

b) Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dengan sentiasa peka untuk

memenuhi keperluan pelanggan.

DOKUMEN RUJUKAN

1. Area 6.1, COPIA

2. Piawaian Program Sains Maklumat (MQA)

6.2 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

6.2.1 Am

Pengurusan Atasan FPM akan memastikan bahawa semua staf yang

melaksanakan tugas memberi kesan keakuran kepada keperluan perkhidmatan

(produk) adalah staf yang kompeten, mahir, berpengalaman dan terlatih bagi

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 39/66

menjamin perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti tercapai. Semua keperluan

sumber manusia akan dirancang mengikut kaedah yang ditetapkan oleh FPM.

6.2.2 Kompetensi, Kesedaran dan Latihan

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan:-

a) memastikan semua staf yang diperolehi mempunyai keakuran kepada

keperluan perkhidmatan mempunyai kelayakan, kemahiran dan

pengalaman yang diperlukan selaras dengan keperluan tenaga kerja

Fakulti dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,

penyelidikan dan pengkomersilan, serta menjalin hubungan komuniti

dan industri dengan mematuhi ketetapan FPM.

b) memastikan semua staf diberi latihan dalam bidang pengkhususan

dan lain-lain bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 42 jam

setahun.

c) Menilai keberkesanan latihan yang dinyatakan di para (a) dan (b) di

atas.

d) memastikan staf mempunyai kesedaran yang tinggi dan memberi

keutamaan dalam pencapaian Objektif Kualiti Fakulti Pengurusan

Maklumat UiTM.

e) Mengemaskini dan menyimpan rekod latihan, kompetensi dan

pengalaman staf yang terlibat.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 40/66

DOKUMEN RUJUKAN

1. Prosedur Pengurusan Latihan

2. Prosedur kawalan Rekod

3. Area 5, COPIA

4. Area 8, COPIA

6.3 Infrastruktur

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat komited dalam menyediakan kemudahan

infrastruktur yang diperlukan untuk menghasilkan produk yang memenuhi spesifikasi.

Kemudahan infrastruktur termasuk :-

a) ruang pejabat pentadbiran, bilik pensyarah, bengkel, bilik kuliah/tutorial,

makmal, dewan kuliah dan maklmal

b) Peralatan,perkakasan dan perisian termasuklah OHP, LCD, VCR,

televisyen, komputer dan lain-lain alat pandang-dengar serta perisian yang

bersesuaian.

c) kemudahan dan sokongan staf yang diperlukan; (sistem bekalan air dan

elektrik, system komunikasi dan teknologi maklumat)

d) penyelenggaraan (a, b dan c)

DOKUMEN RUJUKAN

1. Area 2, COPIA

2. Area 6.1, COPIA

3. Piawaian Program (MQA)

6.4 Persekitaran Kerja

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 41/66

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan memastikan dan menyediakan

persekitaran kerja yang kondusif dan selesa serta mengamalkan budaya dan etika kerja

yang cemerlang. Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan memastikan

penyelenggaraan dan pengurusan ruang pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

sepertimana keperluan yang ditetapkan mengikut peraturan am keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja. Kemudahan persekitaran kerja termasuk:

i) Sistem pencahayaan

iii) Sistem ventilasi dan penghawa dingin

iv) Tempat kerja yang ergonomik

v) Sistem keselamatan dan pencegah kebakaran

vi) Inventori kebersihan ruang

vii) Kemudahan interaksi social

DOKUMEN RUJUKAN

1 Prosedur Penyelenggaraan Peralatan dan Ruang

2 Prosedur Perolehan Peralatan Pejabat dan Storan

3 Prosedur Pengendalian dan Penyelenggaraan Dokumen dan Peralatan

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 42/66

7.0 PENZAHIRAN PRODUK

7.1 PERANCANGAN BAGI PENZAHIRAN PRODUK

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menentukan Objektif Kualiti dan

proses dikenalpasti serta didokumenkan bagi memastikan keperluan pelanggan

sentiasa dipenuhi secara konsisten (sila lihat 4.1)

Bagi menzahirkan produk yang diperlukan oleh pelanggan, Pengurusan Fakulti

Pengurusan Maklumat akan menentukan pendekatan proses bagi penyediaan

perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan

pengkomersilan serta hubungan masyarakat dan jaringan industri seperti berikut :-

a) Objektif Kualiti dan keperluan untuk membangunkan produk

b) Keperluan untuk menentukan proses yang terlibat, dokumen dan

penyediaan sumber serta kemudahan infrastruktur berkaitan Program.

c) Keperluan verifikasi, validasi, pemantauan serta penilaian pengajaran dan

pembelajaran bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan dapat

menguasai ilmu yang dipelajari.

d) Rekod yang diperlukan sebagai bukti dari pelaksanaan Sistem Pengurusan

Kualiti ISO 9001:2008 Fakulti Pengurusan Maklumat dalam memenuhi

keperluan pelanggan.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 43/66

Proses yang terlibat di dalam penzahiran produk ditunjukkan secara ringkas melalui Pelan

Kualiti Fakulti Pengurusan Maklumat seperti berikut :

Rajah 7.1 Pengzahiran Produk ( Pengajaran dan Pembelajaran FPM)

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM

Pendaftaran

Kursus

Pengendalian

Kursus

Pengurusan

Peperiksaan

Pengurusan

Keputusan Perolehan Peralatan/Bahan

Pengajaran dan Storan

Penyelenggaraan

Ruang/Makmal

Perolehan Perkhidmatan

Pengajaran

Penyediaan Sistem

Pengajaran

Penyediaan Sistem

Penilaian

Pengijazahan

Pengurusan Markah

Pengkelasan

Penyediaan

Program

Pendaftaran Kursus

GRADUAN

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 44/66

7.2 PROSES BERKAITAN PELANGGAN

7.2.1 Penentuan Keperluan Yang Berkaitan Dengan Program

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat telah mengenalpasti keperluan

pelanggan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan pengajaran dan

pembelajaran yang merangkumi perkara berikut:-

a) Perancangan Program (Kajian Pasaran dan lain-lain)

b) Perancangan keperluan kursus

c) Promosi

d) Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar

e) Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan

sumber yang diperlukan menepati Pelan Kualiti, Rajah 7-1

f) Penilaian semula produk bagi pengesahan sebelum digunapakai

g) Memenuhi keperluan status dan perundangan dan kod Amalan

Jaminan Kualiti Institut Perjanjian Tinggi Awam, Kementerian

Pendidikan, MQA dan pihak pemegang taruh yang berkaitan dengan

produk

h) Pemantauan dan pengukuran pelanggan

i) Ketetapan dan syarat-syarat lain, jika ianya berkepentingan kepada

pihak FPM dan UiTM

7.2.2 Kaji Semula Keperluan Berkaitan Produk

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 45/66

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan mengkaji semula keperluan

yang berkaitan dengan produk. Kaji semula ini akan dilakukan sebelum

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat membuat komitmen untuk

membekalkan perkhidmatan, program kepada pelanggan, dan akan

memastikan bahawa :-

a) keperluan produk dikenalpasti.sebarang perubahan kepada

keperluan yang telah dinyatakan, diambil tindakan pembetulan dan

diatasi.

b) Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat berupaya untuk

memenuhi keperluan yang dinyatakan.

Jika berlaku sebarang perubahan kepada keperluan produk, perkhidmatan,

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan memastikan semua

dokumen yang berkaitan dipinda sewajarnya dan semua staf yang terlibat

dimaklumkan tentang perubahan yang telah dibuat.

DOKUMEN RUJUKAN

1. Area 2 & 3, COPIA

2. Bab 19 – Pengurusan Semakan Kurikulum, Manual Pengurusan Akademik untuk

pentadbir

3. Prosedur Pengurusan Kualit

7.2.3 Komunikasi Dengan Pelanggan

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menyediakan perantara bagi

kemudahan komunikasi yang terancang dan berkesan dengan pelanggan melalui :

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 46/66

a) Buku Panduan FPM, helaian program, pamplet dan papan kenyataan.

b) Pamplet, poster, skema kerja dan nota kuliah

c) Perjumpaan berkala seperti kuliah, perbincangan, taklimat, forum, seminar,

syarahan dan tutorial.

d) Mesyuarat dan sesi pembentangan.

e) Surat - menyurat dan memo jabatan.

f) Borang maklumbalas aduan atau cadangan pelanggan.

g) Laman web

h) Mesyuarat dan bengkel

Dokumen Rujukan

1. Area 2.3, COPIA

2. Area 3.2, COPIA

3. Area 4.2 & 4.5, COPIA

4. PK.UiTM. FPM (P).08 Prosedur Maklumbalas Pelanggan

7.3 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

7.3.1 Perancangan Rekabentuk dan pembangunan kurikulum

Fakulti Pengurusan Maklumat membuat perancangan dan mengawal aktiviti

rekabentuk serta membangunkan kurikulum programnya berdasrkan syarat-syarat

dan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia, MQA, badan professional dan

garis panduan pihak Hal Ehwal Akademik UiTM. FPM hendaklah mengenalpasti

aktiviti yang berkaitan dengan rekabentuk dan pembangunan kurikulum program

serta semakan semula, verifikasi dan validasi setiap rekabentuk dan peringkat

pembangunan yang bersesuaian.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 47/66

Perancangan dan penyediaan kurikulum program akan disemak dan dikaji dalam

beberapa peringkat pembangunan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kecil

Kurikulum FPM.

Pihak FPM mestilah mengenalpasti tanggungjawab dan bidang kuasa untuk

rekabentuk dan pembangunan program. Semakan cadangan kurikulum dibuat bagi

memantapkan program dan juga mengurus komunikasi di antara pihak yang terlibat

di samping memastikan komunikasi yang jelas dan berkesan dalam pembahagian

tanggungjawab.

Hasil dari perancangan rekabentuk dan pembangunan program hendaklah

dikemasikini selaras dengan kemajuan rekabentuk dan pembangunan program.

7.3.2 Input kepada Rekabentuk dan Pembangunan Program

FPM hendaklah mengenalpasti input yang bersesuaian bagi penyediaan kurikulum

program dan rekod mengenainya disimpan. Input akan meliputi :

a) Keperluan pelaksanaan dan fungsinya (didapati melalui kajiselidik Industri,

pasaran kerja, maklumbalas atau cadangan dari pelanggan – sila nyatakan)

Dokumen Rujukan 4. Area 1.3, COPIA 5. Area 2, COPIA 6. Bab 13 – Penawaran Baru Program Sedia ada, Manual Pengurusan Akademik

untuk Pentadbir, 2013 7. Bab 18 – Pelaksanaan Kurikulum OBE-SCL, Manual Pengurusan Akademik

Untuk Pentadbir, 2013 8. Bab 19 – Pengurusan Semakan Kurikulum, Manual Pengurusan Akademik

Untuk Pentadbir 2013

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 48/66

b) Keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dari Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), MQA, badan-badan profesional dan Bahagian

Hal Ehwal Akademik, UiTM.

c) Maklumat mengenai rekabentuk dan pembangunan seumpamanya yang telah

seia ada atau yang terdahulu yang seakan sama

d) Keperluan lain untuk rekabentuk atau pembangunan kurikulum program

7.3.3 Hasil Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program

FPM hendaklah memastikan penawaran sesuatu program akademik telah

memperolehi kelulusan dari pihak-pihak tertentu, serta menepati syarat dan kriteria

bagi penawaran dan pengendalian program. Hasil atau output dalam pembentukan

program akademik hendaklah didokumenkan mengikut format yang ditetapkan bagi

tujuan penyemakan dean pengesahan oleh pihak pengurusan atasan, MQA dan

KPT sebelum ditawarkan kepada pelanggan. FPM perlu memastikan sesuatu

program yang ditawarkan menepati :

a) Syarat-syarat kelayakan untuk sertai program

b) Pelan pengajian program

c) Tempoh pengajian program

d) Tempoh program ditawarkan

Dokumen Rujukan 1. Area 2.3 & 2.4, COPIA 2. Bab 15 – Proses dan kelulusan Cadangan Program Baru, Manual Pengurusan

Akademik untuk Pentadbir, 2013

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 49/66

e) Akreditasi

f) Memenuhi semua kriteria input yang ditetapkan terdahulu (contohnya: sumber

tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran dan peralastan, ruang

dan infrastruktur dan keperluan industri dan sebagainya)

7.3.4 Semakan ke atas Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program

Fakulti Pengurusan Maklumat hendaklah melakukan semakan kurikulum secara

konsisten iaitu 4 - tahun sekali untuk :

a) Menilai program yang ditawarkan memenuhi keperluan pengajaran dan

pembelajaran yang telah ditetapkan

b) Mengenalpasti masalah dan mencadangkan tindakan yang sesuai bagi untuk

mengatasi masalah berkenaan

c) Mengenalpasti dan mencadangkan tindakan penambahbaikan yang sesuai

Ahli Jawatankuasa Kecil Kurikulum (JAF) akan diwakili oleh staf yang

bertanggungjawab ke atas setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan dengan

rekabentuk dan pembangunan yang disemak. Hasil penyemakan dan tindakan

yang diambil hendaklah direkodkan dan disimpan.

Dokumen Rujukan 1. Pekeliling HEA 2. Area 2, COPIA 3. Area 4, COPIA 4. Area 5, COPIA 5. Area 6, COPIA 6. Bab 8 – Pengiktirafan Program, Manual Pengurusan Akademik Untuk

Pentadbir, 2013

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 50/66

7.3.5 Verifikasi ke atas Rekabentuk dan Pembangunan Program

FPM harus memastikan verifikasi penyemakan kurikulum program dijalankan

mengikut perancangan yang ditetapkan (lihat para 7.3.1). Verifikasi haruslah

dilaksanakan mengikut perancangan yang ditentukan untuk memastikan output

rekabentuk dan pembangunan memenuhi keperluan input melalui:

a) Khidmat pakar rujuk (resource person)

b) Pembentangan di peringkat program

c) Pembentangan diperingkat fakulti

Rekod hasil verifikasi dan tindakan pembentulan akan disimpan dan diselenggara.

7.3.6 Validasi Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program

Laporan dan semakan kurikulum program hendaklah dibentangkan kepada

jawatankuasa Induk Kurikuluk Universiti (JKIKU) dan diperakukan oleh Senate

Universiti (SU) dan LPU UiTM. Setelah diluluskan, ianya akan diangkat ke dan

diserhkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk kelulusan

penawaran. Hari keputusan validasi dan tindakan penambahbaikan hendaklah

direkoddan disimpan.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 51/66

7.3.7 Kawalan ke atas Pindaan Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum

Program

Pindaan yang berlaku ke atas rekabentuk dan pembangunan proses pemberian

perkhidmatan hendaklah dikenalpasti dan rekod mengenainya disenggara.

Pindaan ke atas rekabentuk dan pembangunan kurikulum program perlu disemak,

disahkan serta diluluskan sebelum pindaan dilaksanakan. Semakan ini akan

meliputi penilaian ke atas kesan pindaan sebahagian atau keseluruhan

perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan. Rekod dan hasil dari pindaan

yang dilakukan dan tindakan pembentulan akan disimpan dan diselenggara.

7.4 PEROLEHAN

7.4.1 Pelaksanaan Perolehan

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat bertanggungjawab memastikan

perolehan bekalan bahan dan perkhidmatan memenuhi keperluan kualiti FPM..

Ianya mestilah mematuhi Peraturan Kewangan UiTM yang ditetapkan.

Fakulti Pengurusan Maklumat perlulah menilai dan memilih pembekal

bahan/perkhidmatan berdasarkan keupayaan mereka membekalkan keperluan

yang telah ditetapkan. Kriteria pemilihan, penilaian dan penilaian semula (jika

Dokumen Rujukan 1. Area 2, COPIA 2. Bab 18 – Perlaksanaan Kurikulum OBE-SCL, Manual Pengurusan Akademik

Untuk Pentadbir, 2013 3. Bab 19 – Perlaksanaan Kurikulum OBE-SCL, Manual Pengurusan Akademik

Untuk Pentadbir, 2013 4. Pekeliling berkaitan

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 52/66

berkaitan) prestasi pembekal akan ditentukan oleh FPM. Hasil penilaian, penilaian

semula, dan tindakan pembetulan akan direkod dan disimpan.

Perkhidmatan yang diberikan oleh pembekal hendaklah dipantau oleh pengurusan

FPM dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan menepati kehendak. Kaedah

perolehan merangkumi :-

a) panjar wang runcit

b) belian terus

c) sebutharga

d) tender

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menggugurkan pembekal yang

tidak memberi perkhidmatan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

DOKUMEN RUJUKAN

1. PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Perolehan Peralatan Pejabat dan Storan

2. PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Perolehan Perkhidmatan Staf Akademik Pihak

Luar UiTM

3. PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengambilan Staff Tetap dan Kontrak

4. Area 6, COPIA

7.4.2 Maklumat Bagi Perolehan

Dokumen perolehan yang digunakan oleh FPM hendaklah mengandungi semua

maklumat yang menjelaskan bahan yang hendak diperolehi termasuk:

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 53/66

a) Keperluan/tatacara kelulusan produk, perkhidmatan, presedur, proses dan

peralatan mengikut garispanduan FPM dan UiTM

b) Keperluan kelayakan staf

c) Keperluan Sistem Pengurusan Kualiti

d) Harga dan bayaran perkhidmatan yang ditawarkan

Semua butiran dalam dokumen perolehan handaklah dikaji dan dipastikan

memenuhi keperluan perolehan dan diluluskan oleh pengurusan FPM sebelum

disampaikan kepada pembekal.

7.4.3 Verifikasi ke atas Bekalan dan Perkhidmatan

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat mestilah mengesahkan perkhidmatan

yang diperolehi, untuk memastikan ianya memenuhi spesifikasi sebagaimana

ditetapkan. Fakulti Pengurusan Maklumat perlu memantau dan mengesahkan

produk atau perkhidmatan yang diberikan di premis perkhidmatan sebelum

diperakukan untuk terimaan jika perlu. Sekiranya pengurusan FPM bercadang

menjalankan verifikasi di premis pembekal, maka cara verifikasi dan kaedah

pengesahan penerimaan hendaklah dinyatakan dalam dokumen perolehan.

7.5 PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7.5.1 Kawalan Perkhidmatan Pengajaran & Pembelajaran

Dokumen Rujukan 1. Prosedur (O) Perolehan dan penyelenggaraan Peralatan Pembelajaran 2. Prosedur (P) Prosedur Kawalan produk yang tidak memenuhi spesifikasi 3. Pekeliling Perlantikan Pensyarah Sambilan UiTM 4. Area 6, COPIA 5. Pekeliling berkaitan

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 54/66

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat bertanggungjawab mewujud dan

menyelenggarakan prosedur untuk mengawal semua proses perlaksanaan

Program yang ditawarkan.

Fakulti Pengurusan Maklumat akan menentukan semua proses penyediaan dan

pengendalian Program dijalankan di bawah keadaan terkawal yang meliputi:

a. Penyediaan maklumat yang menerangkan ciri-ciri program

b. Panduan pematuhan kurikulum

c. Penyediaan penawaran kursus, maklumat penjadualan dan

pengagihan tenaga pengajar

d. Panduan mengenai proses pengendalian pengajaran

e. Panduan penggunaan peralatan pengajaran tertentu

f. Penyediaan dan penggunaan kaedah pengukuran dan pemantauan

g. Pelaksanaan kaedah pemantauan dan penilaian pencapaian proses

pengajaran dan pembelajaran

h. Penentuan status akademik dan pengijazahan

DOKUMEN RUJUKAN

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Penyediaan Portfolio Pengajaran

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengendalian Kuliah

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Projek/Tesis Sarjana Muda

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengendalian Latihan Praktik

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Penilaian Latihan Praktik

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengendalian Makmal

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Penyediaan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengendalian Peperiksaan Akhir

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Penilaian Peperiksaan Akhir

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengendalian Kerja Kursus

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Penilaian Kursus Tanpa Peperiksaan AKhir

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengurusan Markah

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 55/66

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengurusan Keputusan

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Pengkelasan dan Pengijazahan

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Perolehan Perkhidmatan Staff Akademik Pihak Luar UiTM

PK.UiTM.FPM(O) Prosedur Perolehan Peralatan Pejabat dan Storan

7.5.2 Validasi Proses Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran

Validasi proses pengajaran dilaksanakan melalui proses kawalan silibus dan skema

kerja, proses pemantauan keberadaan kuliah, proses semakan dan kelulusan

jadual waktu dan juga ATP pensyarah. FPM juga hendaklah melaksanakan proses

validasi ke atas penyediaan kertas soalan peperiksaan akhir bagi memenuhi

keperluan kursus dan program yang ditawarkan.

Manakala validasi proses pembelajaran dilaksana dengan proses penilaian

berterusan terhadap pelajar dan pemantauan kedatangan pelajar. Validasi

pembelajaran dan pencapaian pelajar ditentukan dengan pencapaian keputusan

peperiksaan akhir dengan sistem pengurusan markah Himpunan Purata Nilai Gred

(HPNG) pelajar dan pengijazahan. Jika terdapat produk/pelajar/program yang tidak

menepati atau memenuhi syarat dan ketetapan selepas validasi, FPM perlulah

melaksanakan langkah dan tindakan kawalan produk yang tidak memenuhi

spesifikasi.

Dokumen Rujukan 1. Prosedur (O) Penyediaan Jadual Waktu 2. Prosedur Pengendalian Pengajaran & Pembelajaran 3. Prosedur Pengurusan Peperiksaan 4. Prosedur Kawalan Produk tidak memenuhi kawakan spesifikasi 5. Polisi penilaian akademik Pelajar UiTM, 2014 6. Manual pengurusan peperiksaan 7. Pekeliling HEA yang berkaitan 8. Dasar Plagiarism 9. Area 3, COPIA 10. Manual pengurusan akademik untuk Pentadbir, 2013

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 56/66

7.5.3 Identifikasi dan Kebolehkesanan

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat bertanggungjawab mewujudkan kaedah

identifikasi dan kebolehkesanan produk pelanggan, fail dan rekod bagi mengesan

operasi dan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Setiap pelajar diberi satu nombor pendaftaran. Setiap kursus serta bahan

pengajaran berkaitan dikenalpasti dengan kod dan namanya.

7.5.4 Harta Pelanggan

Pengurusan FPM hendaklah memastikan bahawa maklumat seta harta benda

pelanggan dikendalikan dan dijaga dengan selamat sepanjang dlam kawalan fakulti

dan universiti. Hasil kerja pelajar dari proses pengajaran dan pembelajaran

berbentuk tesis, hasil penyelidikan, skrip jawapan ujian/peperiksaan yang

diserahkan kepada FPM untuk memenuhi syarat untuk bergraduat adalah

diklasifikasikan sebagai harta intelek university dan hak cipta pelanggan. FPM

hendaklah memastikan harta intelek ini dikawal dan dijaga mengikut perundangan

sedia ada; termasuk juga penggunaan perisian computer dan teknologi maklumat.

Dokumen Rujukan 1. Prosedur (P) Prosedur Kawalan Rekod 2. Bab 5 - Manual pengurusan akademik untuk Pentadbir, 2013 3. Bab 27 – Manual pengurusan akademik untuk Pentadbir, 2013

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 57/66

7.5.5 Pemeliharaan Produk

Fakulti Pengurusan Maklumat bertanggungjawab mewujudkan kaedah

pengendalian dan pemeliharaan produk pelanggan bagi menjamin kualiti

pengajaran dan pembelajaran adalah terkawal. Produk pelanggan meliputi slip

pendaftaran dan keputusan, bahan pengajaran, skrip jawapan, hasil kerja kursus

dan buku log yang disediakan. Produk pelanggan ini akan disimpan dan dipelihara

di tempat yang selamat.

Fakulti Pengurusan Maklumat juga bertanggungjawab mewujudkan kaedah untuk

pengendalian produk pelanggan dengan cara yang boleh mencegah kerosakan,

kehilangan, kemerosotan atau penyalahgunaan.

7.6 KAWALAN PERALATAN BAGI PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN

Pengurusan FPM hendaklah mengenalpasti pemantauan dan pengurusan yang perlu

dilaksanakan beserta dengan perlatan (termasuk penialain dan soalselidik) dalam kawalan

fakulti sebagai bukti kepatuhan produk kepada keperluan atau syarat yang telah

ditetapkan. Pihak pengurusan FPM hendaklah mengenalpasti proses yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan pemantauan supaya ianya

dilaksanakan selaras dengan keperluan pemantauan dan pengukuran. Pemantauan dan

pengukuran akan dilaksana kepada:

a) Sistem pembelajaran dan pengajaran

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 58/66

b) Sistem pemarkahan kertas skrip jawapan peperiksaan akhir

c) Sistem pengredan pencapaian pemarkahan pelajar

d) Sistem pengijazahan untuk bergraduat

e) Sistem kawalan penggunaan perisian komputer

Bagi mencapai hasil keputusan yang sahih, peralatan pengukuran perlu:

a) Disemak dan disahkan secara berkala, atau sebelum digunapakai dengan piawaian

yang ditetapkan oleh Fakulti dan UiTM, atau piawaian yang ditetapkan oleh pihak yang

berkaitan seperti Kementerian Pendidkan Malaysia dan MQA. Jiak tiada piawaian

yang sedia ada, maka asas kawalan peralatan pengukuran perlu dinyatakan dan

direkod sebagai bukti rujukan.

b) Diubahsuai menikut kepeluan semasa apabila perlu

c) Mempunyai pengenalan/tanda bagi menentukan status kesahihan peralatan

d) Dikawalselia dari pindaan yang menjejaskan dan merosakkan kesahihan hasil

pengukuran

e) Dilindungi dari kerosakan dan kemusnahan semasa penggunaan penyelenggaraan

dan simpanan

Jika terdapat situasi di mana peralatan pemantauan dan pengukuran didapati tidak shih

dan berlaku kesilapan dalam hasil pengukuran; pihak fakulti hendaklah menyemak semula

dan menilai semua hasil pengukuran yang terdahulu; dan tindakan pembetulan dan

pencegahan hendaklah diambil bagi memperbetulkan peralatan dan produk yang terlibat.

Pihak fakulti hendaklah menyimpan semua rekod pengesahan dan validasi hasil

pemantauan dan pengukuran sebagai rekod

Dokumen Rujukan 1. Area 2, COPIA 2. Prosedur (P) Kawalan Rekod 3. Bab 18 – Pelaksanaan Kurikulum OBE-SCL, Manual pengurusan akademik

untuk Pentadbir, 2013

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 59/66

8.0 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENGURUSAN

8.1 PANDUAN AM

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan merancang, mewujud dan melaksanakan

proses pemantauan bagi pengukuran, analisis dan penambahbaikan Sistem Pengurusan

Kualiti.

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menyediakan kaedah pemantauan

prestasi proses perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan bagi

memastikan Sistem Pengurusan Kualiti mempunyai proses penambahbaikan secara

berterusan.

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan mengenalpasti penggunaan kaedah

statistik yang sesuai bagi mengesan kekurangan yang terdapat dalam Sistem Kualitinya

dengan tujuan untuk membantu Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat melaksanakan

penambahbaikan yang berterusan serta peningkatan dalam Sistem Pengurusan Kualiti.

8.2 PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN

8.2.1 Kepuasan Pelanggan

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menyediakan kaedah bagi

mengukur kepuasan pelanggan terhadap penyediaan perkhidmatan Program.

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 60/66

Pemantauan dan pengukuran persepsi pelanggan akan dibuat berasaskan

Kajiselidik, Aduan dan Maklumbalas Pelanggan, Audit Dalam dan Kaji Semula

Pengurusan.

8.2.2 Audit Dalam

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan melatih Juru Audit Dalam dan

pihak pengurusan UiTM akan melantik Juru Audit Dalam untuk menjalankan Audit

Dalam sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun untuk memastikan Sistem

Pengurusan Kualiti memenuhi perkara-perkara berikut:-

a. Selaras dengan perancangan kualiti dan Objektif Kualiti Fakulti Pengurusan

Maklumat

b. Sistem Pengurusan Kualiti dilaksana dan diselenggara dengan berkesan

mengikut kehendak-kehendak ISO 9001 : 2008 dan keperluan Agensi

Kelayakan Malaysia (MQA).

c. Mengesan kelemahan dalam Sistem Pengurusan Kualiti

d. Penemuan audit terdahulu diambil tindakan pembetulan yang berkesan.

e. Penambahbaikan berterusan kepada sistem pengurusan kualiti dari masa

ke semasa.

Audit Dalam hendaklah dijalankan oleh pegawai terlatih secara berjadual dan

Laporan Penemuan Hasil Audit Dalam dibentangkan dalam Mesyuarat Kaji

Dokumen Rujukan 1. Prosedur (P) Pengendalian Aduan dan Maklumbalas 2. Pekeliling SuFO, ReSuFO, Kajian pengesanan graduan/tracers studied dll 4. Bab 17 – Pemantauan Professiona (ProPens) 5. Laporan Latihan Praktik 6. Laporan Audit Dalam 7. Minit Mesyuarat MKSP 8. Area 7, COPIA

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 61/66

Semula Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat. Hasil Audit Dalam direkod

dan disemak oleh Ketua Sistem Audit Fakulti Pengurusan Maklumat. Sebarang

ketidakpatuhan dan perakuan pemerhatian hasil dari Audit Dalam hendaklah

diambil tindakan pembetulan dengan kadar segera demi menjamin keberkesanan

pengurusan sistem kualiti Fakulti Pengurusan Maklumat . Audit susulan akan

dijalankan untuk mengesan keberkesanan tindakan pembetulan yang dibuat dan

dimaklumkan semula pencapaiannya kepada Pengurusan Atasan Fakulti

Pengurusan Maklumat secara berkala.

8.2.3 Pemantauan dan Pengukuran Proses

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menjalankan pemantauan dan

pengukuran ke atas Sistem Pengurusan Kualiti bagi semua proses dan produk

akhir yang terlibat. Kaedah yang sesuai akan dilaksanakan bagi menentukan

proses yang dirancang menghasilkan produk yang ditetapkan. Sekiranya hasil

yang dirancang tidak dicapai, tindakan pembetulan akan dilaksanakan bagi

memastikan pematuhan kepada perancangan yang ditetapkan.

8.2.4 Pemantauan dan Pengukuran Produk

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menyediakan prosedur untuk

memantau dan mengukur ciri-ciri produk untuk memastikan keperluan-keperluan

produk telah dipenuhi. Kriteria bagi produk yang dimaksudkan merujuk kepada

parameter berikut:-

a) mencapai Objektif Kualiti yang ditetapkan

b) memenuhi spesifikasi yang dapat memberikan kepuasan pelanggan

Dokumen Rujukan 1. Prosedur Audit Dalam

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 62/66

c) memenuhi piawaian yang ditetapkan.

8.3 KAWALAN PRODUK YANG TIDAK MEMENUHI SPESIFIKASI

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menyediakan prosedur bagi mengawal

produk yang tidak memenuhi spesifikasi di setiap peringkat proses melalui pengasingan

dan tindakan pembetulan. Produk tersebut disemak atau diuji semula bagi menentukan

ianya memenuhi keperluan sebelum diterima mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menentukan tindakan pembetulan yang

diambil adalah bersesuaian dan berkesan. Semua laporan tindakan pembetulan yang

diambil akan direkodkan dan disimpan.

8.4 ANALISIS DATA

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan menyediakan prosedur bagi

mengenalpasti, mengumpul dan menganalisis data-data yang berkaitan dalam menentukan

Dokumen Rujukan 6. Area 7, COPIA 7. Peraturan Akademik Universiti 2015

Dokumen Rujukan 1. Prosedur (P) Kawalan Produk Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi 2. Bab 4 – Pendaftaran Kursus Pelajar Bermasalah, Manual Pengurusan

Akademik Untuk Pentadbir 2013 3. Bab 9 – Status ZZ kepada Pelajar, Manual Pengurusan Akademik Untuk

Pentadbir 2013 4. Bab 4 – Status FD kepada Pelajar, Manual Pengurusan Akademik Untuk

Pentadbir 2013 5. Bab 4 – Gugur Taraf, Manual Pengurusan Akademik Untuk Pentadbir 2013

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 63/66

kesesuaian dan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualitinya. Ini merangkumi data yang

terhasil dari maklumbalas pelanggan yang diperolehi pada setiap semester lazim. Data

akan dianalisis bagi memastikan tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan

adalah berkesan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti Pengurusan Maklumat .

Analisis data melibatkan maklumat berikut:-

a) Tahap kepuasan pelanggan (Sufo & Propens

b) Pematuhan kepada keperluan produk

c) Ciri-ciri proses dan produk termasuk peluang untuk langkah

pencegahan (CDL, EE survey)

d) Prestasi perkhidmatan akademik (pensyarah sambilan)

8.5 PENAMBAHBAIKAN

8.5.1 Penambahbaikan Berterusan

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan sentiasa menambahbaik

keberkesanan Sistem Pengurusan Kualitinya dengan berasaskan kepada Dasar

Kualiti, Objektif Kualiti, Laporan Penemuan Hasil Audit Dalam, Analisis Data,

Tindakan Pembetulan, Tindakan Pencegahan dan Kaji Semula Pengurusan.

Dokumen Rujukan 1. Area 7, COPIA 2. Area 9, COPIA

Dokumen Rujukan 1. Area 9, COPIA

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 64/66

8.5.2 Tindakan Pembetulan

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan mengambil tindakan pembetulan

untuk menghapuskan punca kepada sesuatu produk yang tidak memenuhi

spesifikasi dan merancang langkah bagi memastikan ketidakpatuhan tidak

berulang.

Pengurusan FPM akan mendokumenkan prosedur bagi memastikan tindakan

pembetulan akan dilaksanakan berdasarkan kepada perkara berikut:-

a) Ketidakpatuhan yang dikesan melalui Audit Dalam

b) Maklumbalas pelanggan

c) Menilai keperluan kepada tindakan pembetulan bagi memastikan

ketidakpatuhan tidak berulang

d) Mengenalpasti dan melaksanakan tindakan pembetulan yang diperlukan

e) Merekod semua keputusan yang berkaitan dengan tindakan yang telah

diambil

f) Kaji semula keberkesanan tindakan pembetulan yang telah diambil.

8.5.3 Tindakan Pencegahan

Dokumen Rujukan 1. Prosedur (P) Prosedur Tindakan Pembetulan 2. Area 9, COPIA

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 65/66

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan mengambil tindakan yang sesuai

untuk menghalang punca kemungkinan berlakunya sesuatu permasalahan.

Tindakan pencegahan akan dilaksanakan berpandukan antara lain kepada Laporan

Penemuan Hasil Audit Dalam, Analisis Aduan dan Maklumbalas Pelanggan serta

pandangan Pemeriksa Luar dan industri.

Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat akan mendokumenkan prosedur untuk

mengenalpasti keperluan bagi perkara berikut:-

a) Mengenalpasti kemungkinan berlakunya sesuatu permasalahan serta

puncanya.

b) Mengkaji keperluan untuk menghalang kemungkinan berlakunya sesuatu

permasalahan.

c) Mengenalpasti dan melaksanakan tindakan pencegahan yang diperlukan.

d) Merekod semua keputusan berkaitan dengan tindakan pencegahan yang

telah diambil.

e) Mengkaji semula keberkesanan tindakan pencegahan yang telah diambil.

DOKUMEN TAMAT

Dokumen Rujukan 1. Prosedur (P) Prosedur Tindakan Pencegahan 2. Peraturan Akademik Universiti, 2015 3. Area 9, COPIA

MANUAL

KUALITI

No. Rujukan : MK.UiTM.FPM.01

No. Keluaran : 03

No. Pindaan : 00

Tarikh Kuatkuasa : 15/3/2016

Muka Surat : 66/66