nmk lwn mfd - jakess.gov.my perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan...

13
DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH. 1 NMK lwn MFD [Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Saman No.: 10010-055-0557-2018 (Tuan Norhazli Bin Rahim, HMRS)] [18 Zulkaedah 1439H bersamaan 31 Julai 2018] Undang-Undang Keluarga Islam Tuntutan Cerai secara Fast Track Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 Lafaz Cerai Talaq Sepuluh Tanpa Kebenaran Mahkamah Fakta Kes [1] Plaintif, NMK dan Defendan, MFD telah bernikah pada 4hb September 2005. Sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan tidak dikurniakan cahayamata. [2] Pada 31 Julai 2018 Plaintif telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan bagi memfailkan satu tuntutan cerai secara fast track di bawah peruntukkan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (2003) Negeri Selangor. [3] Sewaktu prosiding fast track dijalankan, Plaintif telah mengesahkan bahawa Plaintif berada di dalam keadaan suci daripada haid, tidak mengandung. Plaintif dan Defendan juga tidak pernah bercerai sama ada di luar atau di dalam mana-mana Mahkamah Syariah sebelum ini. Plaintif dan Defendan dengan rela dan suci hati serta tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak bersetuju untuk bercerai pada hari tersebut.

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

42 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

1

NMK lwn MFD

[Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Saman No.: 10010-055-0557-2018 (Tuan Norhazli Bin Rahim, HMRS)]

[18 Zulkaedah 1439H bersamaan 31 Julai 2018]

Undang-Undang Keluarga Islam – Tuntutan Cerai secara Fast Track – Seksyen 47

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – Lafaz Cerai Talaq

Sepuluh Tanpa Kebenaran Mahkamah

Fakta Kes

[1] Plaintif, NMK dan Defendan, MFD telah bernikah pada 4hb September 2005.

Sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan tidak dikurniakan

cahayamata.

[2] Pada 31 Julai 2018 Plaintif telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala

Selangor, Selangor Darul Ehsan bagi memfailkan satu tuntutan cerai secara fast

track di bawah peruntukkan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

(2003) Negeri Selangor.

[3] Sewaktu prosiding fast track dijalankan, Plaintif telah mengesahkan bahawa

Plaintif berada di dalam keadaan suci daripada haid, tidak mengandung. Plaintif

dan Defendan juga tidak pernah bercerai sama ada di luar atau di dalam mana-mana

Mahkamah Syariah sebelum ini. Plaintif dan Defendan dengan rela dan suci hati

serta tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak bersetuju untuk bercerai

pada hari tersebut.

Page 2: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

2

[4] Setelah Mahkamah berpuashati dengan alasan-alasan Plaintif untuk bercerai serta

setelah mendapat persetujuan secara lisan daripada Defendan untuk menceraikan

Plaintif pada hari tersebut, Mahkamah telah membenarkan dan mengarahkan

Defendan untuk melafazkan cerai talak satu.

[5] Satu salinan teks “lafaz cerai talak satu” telah diberikan kepada Defendan sebagai

panduan bagi Defendan melafazkan cerai. Walaubagaimanapun, Defendan telah

mengubah lafaz bacaan teks “lafaz cerai talak satu” tersebut dengan melafazkan

“Bahawa saya MFD menceraikan isteri saya NMK dengan talaq sepuluh”.

Lafaz tersebut telah direkodkan oleh Mahkamah pada jam 10.20 pagi.

Diputuskan

Kes ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif dan kehadiran Defendan.

SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH

DIHAKIMKAN seperti berikut;

1) Mahkamah menolak permohonan ini berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan meminda permohonan ini

kepada Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)

2003.

2) Mahkamah mensabitkan lafaz yang dibuat tanpa kebenaran Mahkamah oleh

Defendan pada 31 Julai 2018 dengan lafaz “Bahawa saya MFD menceraikan isteri

saya NMK dengan talaq sepuluh” adalah sah dan menjatuhkan talaq.

3) Mahkamah memutuskan mulai tarikh tersebut, jatuhlah talaq tiga kali pertama

berjumlah tiga talaq secara talaq ba-in kubra terhadap Plaintif dengan ber’iddah

selama tiga kali suci.

Page 3: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

3

4) Mahkamah memerintahkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama

Islam Daerah Kuala Selangor dan Surat Perakuan Nikah No. XXXXXX Bilangan

Daftar Nikah XXX/05 Negeri Selangor dibatalkan.

Peguam Syarie

Plaintif : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie

Defendan : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie

Surah Al-Qur`an Yang Dirujuk

1. Surah Al-Baqarah : ayat 229.

2. Surah Al-Ahzab : ayat 28.

Kitab Yang Dirujuk

1. Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuh – Dr. Wahbah Az-Zuhaili,( juzuk 9, muka surat

6927- 6935 Dar Al-Fikr 1997 ).

2. Al-Mufassol Fi Ahkam al-Mar`ah wal-Baitil Muslim Fi al-Syariah al-Islamiyyah

– Dr. Abdul Karem Zaidan ( Juzuk 8 , Terbitan 1997 oleh Muassasah Al-Risalah).

3. Al-Muwatthā, Jilid 2, halaman 79

4. Al-Umm, Jilid 5, halaman 138

5. Muhammad bin Muhammad al-Khotēb al-Syarbini, Imam. 1994. Mughnī al-Muhtāj

ilā Macrifati Maācnī alfāz al-Minhāj – Juzuk 4. Beirut : Dar al-Kutub al-

Ilmiyyah.hlm.

6. Nizhom al-Usrah fi al-Islam – Dr. Muhammah Uqlah Juzuk ketiga, Maktabah Al-

Hadithah 1990 ).

Page 4: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

4

7. Syarah Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah – Ust. Dr. Mahmud Ali As-Sarthowi,

(Darul Fikr 1997 ).

8. Tafsir Ayat al-Ahkam min Al-Qur`an – Muhammad Ali al-Sobuni ( Juzuk pertama,

Terbitan Dar Ihya` al-Turath al-Arabi )

9. Taqiyuddin Abī Bakr bin Muhammad, Imām. 199. Kifāyah al-Akhyār fī HillĪ Ghāyah

al-Ikhtisōr . Juzuk 2. Beirut : Dar al-Khair.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 61(3)(b)(i), 62(2)(b).

2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 4, s. 47

Kes-Kes Yang Dirujuk

1. Zainuddin Kamaruzzaman lwn Khairuzita Khairuddin, [2006] 1 CLJ (Sya) 366.

PENGHAKIMAN TUAN NORHAZLI BIN RAHIM, HMRS:

Isu Pertama: Bidang kuasa Mahkamah

[6] Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar

dan memutuskan memutuskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 62(2)(b)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 yang

memperuntukkan seperti berikut :

"Mahkamah Rendah Syariah, dalam bidangkuasa Mal ; boleh mendengar dan

memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi dibenarkan

mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang

Page 5: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

5

dipertikaikan tidak melebihi Seratus Ribu Ringgit atau yang tidak dapat

dianggarkan dengan wang ".

Seksyen ini dibaca bersama Seksyen 61(2)(b)(i) Enakmen yang sama yang

memperuntukkan bahawa :

“Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dalam bidangkuasa Mal mendengar dan

memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang

Islam dan berkaitan dengan :

(i) Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan

( fasakh ), atau perpisahan ( faraq ).

[7] Selain daripada itu, berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 yang mana secara khususnya memberi kuasa

kepada Mahkamah Syariah untuk memberi kebenaran kepada pasangan yang ingin

bercerai secara persetujuan bersama. Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 memperuntukan:

“Perceraian dengan talaq atau dengan perintah

47. (1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah

menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam

borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang

mengandungi –

(a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina

anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan itu;

(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang member bidang kuasa kepada

Mahkamah di bawah seksyen 45;

(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal

ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding

itu;

Page 6: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

6

(d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;

(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah

langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;

(f) syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat

kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada,

peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari

perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa asset yang

diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, atau, jika

tiada, sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon

mengenai hal-hal itu; dan

(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta.

(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah

hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi

itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang

dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu

lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah

menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap

perceraian itu.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan

Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan

itu telah pecah belah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah

menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.”

[8] Mahkamah juga merujuk kepada tempat tinggal Plaintif dan Mahkamah mendapati

Plaintif tinggal di alamat No.40, Jalan Telaga Tujuh 4, Taman Telaga Tujuh, 45000

Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Ini berdasarkan salinan kad pengenalan

Plaintif yang telah dilampirkan bersama-sama Saman dan Surat Akuan.

Page 7: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

7

[9] Oleh yang demikian permohonan Plaintif adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah

Syariah Negeri Selangor berdasarkan Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [EUUKIS 2003] yang menyatakan bahawa

:

: kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini

hendaklah dipakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam negeri Selangor

dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam negeri Selangor tetapi

tinggal di luar Selangor.

[10] Maka berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah dijelaskan diatas, Mahkamah

ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan ini.

Isu Kedua: Sama ada lafaz talaq Defendan tersebut telah memenuhi rukun-rukun

talaq

[11] Isu seterusnya adalah bagaimana mahkamah hendak menentukan sah atau tidak

sesuatu perceraian itu sebagaimana yang telah dilafazkan oleh Defendan terhadap

Plaintif. Untuk tujuan ini, mahkamah merujuk kepada kitab حاشية إعانة الطالبين juzuk

4, muka surat 3, terbitan Dar Al-Fikr (1998) ada menyatakan matan Fath Al-Muin

yang bermaksud : “ Dan adapun rukun talaq itu ada lima, iatu suami, lafaz yang

digunakan, diqasadkan talaq,kepada siapa talaq itu ditujukan ataupun isteri dan

talaq dijatuhkan dengan kekuasaan suami ”.

[12] Dalam kes ini, Defendan telah memenuhi rukun pertama iatu suami yang sah, Islam

yang mukallaf dan aqil baligh. Mengenai rukun talaq yang kedua pula iatu as-

sighah atau lafaz yang digunakan,sebagaimana yang terdapat di dalam kitab كفاية

juzuk kedua, muka surat 388, terbitan Dar Al-Khair 1994 األخيار في حل غاية اإلختصار

ada disebutkan iatu :

Page 8: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

8

( الطالق ضربان، صريح وكناية )

bermaksud :

“Talaq itu ada dua bahagian, iatu yang nyata (soreh) dan yang sindiran

(kinayah).”

Lafaz cerai dengan perkataan talaq adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam

Surah Al-Baqarah ayat 229:

تان فإمساك بمعروف أو تسريح بإحسان ﴿ ﴾ الطالق مر

Maksudnya :

“Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu boleh ia (rujuk

dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang makruf (sepatutnya) atau

melepaskan (menceraikan) dengan cara yang baik.”

Manakala lafaz cerai dengan perkataan sarahah (lepas) pula sebagaimana firman

Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 28:

يا ن ياة الد ح ن ال د ر ن ت ت ن ن ك ك إ اج و ز بي قل أل ا الن يه يا أ

يال م ا ج اح ر ن س ك ح سر أ ن و ك ع ت م ن أ ي ال تع ا ف ته ين ز و

Maksudnya:

Wahai nabi (Muhammad s.a.w.) katakanlah kepada isteri-isteri mu, jika kamu

sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya

kuberikan kepadamu mut`ah dan aku lepaskan (cerai) kamu dengan cara yang

baik.

Page 9: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

9

[13] Di dalam kes ini, berdasarkan lafaz yang dilafazkan oleh defendan adalah soreh,

terang serta jelas. Lafaz soreh yang dinyatakan adalah sepertimana yang telah

dilafazkan oleh Defendan di dalam Mahkamah berpandukan teks “lafaz cerai talak

satu” yang diberikan serta yang telah direkodkan oleh Mahkamah pada jam 10.20

pagi yang berbunyi “Bahawa saya MFD menceraikan isteri saya NMK dengan

talaq sepuluh”

Imam Taqiyuddin bin Abu Bakar ada juga menjelaskan bahawa lafaz talaq yang

soreh tidak lagi berhajat kepada niat, iatu dengan memetik pendapat Syeikh Abu

Sujak;

) فالصريح ثالثة ألفاظ، الطالق والفراق والسراح. وال يفتقر صريح الطالق إلى

النية (

Bermaksud:

Lafaz talaq yang soreh itu ada tiga; At-Thalaq, Al-Firaq (pisah) dan As-Sarah

(lepas).Talaq soreh juga tidak berhajat kepada niat.

[14] Manakala rukun ketiga perceraian iatu qasad, oleh kerana lafaz talaq tersebut

adalah soreh, jelas dan terang serta wujudnya perkataan “cerai” dan “talaq” yang

dilafazkan oleh Defendan, dan ianya cukup untuk membayangkan serta

mencerminkan niat Defendan bagi menceraikan Plaintif. Mengikut pendapat

Mazhab As-Syafi'e, jika suami melafazkan dengan terus terang (soreh) dikira jelas

dan jatuh talaq walaupun tanpa niat.

[15] Mengenai rukun keempat bagi perceraian iaitu kepada siapa lafaz tersebut

ditujukan. Melalui lafaz yang telah dilafazkan oleh Defendan serta panduan teks

‘lafaz cerai talak satu’ yang telah dibacakan dan dilafazkan oleh Defendan di

Mahkamah, adalah jelas lafaz talaq itu sememangnya ditujukan kepada Plaintif,

Page 10: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

10

NMK iaitu isteri yang sah kepada Defendan yang ketika itu berada dalam keadaan

suci daripada haid dan tidak mengandung. Tambahan lagi ini adalah merupakan

tuntutan cerai secara fast track yang mana Plaintif dan Defendan hadir ke

mahkamah semata-mata bertujuan untuk bercerai.

[16] Berkenaan rukun kelima, iatu Wilayah `Alaih (keupayaan suami menceraikan

isteri), Defendan ketika melafazkan talaq tersebut, Defendan berada keadaan

berakal, siuman, baligh serta faham tentang implikasi lafaz cerai tersebut dan

melafazkan dengan kerelaan sendiri.

[17] Oleh yang demikian Mahkamah berpuashati di dalam kes ini bahawa rukun-rukun

perceraian telah dipenuhi oleh kedua-dua pihak dan perceraian yang berlaku adalah

kali pertama bagi pasangan ini.Seterusnya, Mahkamah mensabitkan telah berlaku

dan jatuh talaq keatas Plaintif.

Isu Kedua : Sama ada lafaz talaq sepuluh di dalam satu majlis perlu disabitkan

dengan talaq 1 atau 2 atau 3.

[18] Berkaitan dengan lafaz talaq yang telah dilafazkan oleh Defendan, lafaz tersebut

berbunyi “Bahawa saya MFD menceraikan isteri saya NMK dengan talaq

sepuluh”. Dalam perkara ini Mahkamah merujuk kepada Kitab al-Umm, jilid 5,

halaman 138:

Bermaksud:

“Imam Syafi’i berkata: telah menceritakan kepada kami Sa’id dari Ibnu Juraij,

bahwasannya’Atha dan Mujahid berkata: seorang laki-laki mendatangi Ibnu

Page 11: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

11

‘Abbas dan berkata: saya telah mentalak istri saya dengan talak seratus. Ibnu

‘Abbas berkata: ambillah tiga dan tinggalkan yang 97”.

Dari pernyataan Ibnu ‘Abbas di atas dapat difahami bahwa talak seratus hanya jatuh

tiga.

Di dalam kitab “Al-Muwatha’” karangan Imam Malik pada jilid II, halaman 79

diterangkan fatwa Ibnu ‘Abbas sebagai berikut:

Bermaksud:

“seorang laki-laki bertanya kepada ‘Abdullah bin ‘Abbas: saya telah mentalak istri

saya dengan 100 talak, bagaimana pendapat engkau terhadap saya? Ibnu ‘Abbas

menjawab: perempuan itu telah tertalak darimu tiga kali. Dan yang 97 engkau

mempermainkan ayat Allah”.

[19] Berpandukan hukum syarak iaitu jika talaq seperti beribu atau sebanyak bintang di

langit sekalipun ianya hanya akan dikira sekadar tiga sahaja iaitu jumlah yang

maksima yang dibenarkan hukum syarak. Mahkamah merujuk kepada satu kes

yang telah dilaporkan iaitu Zainuddin Kamaruzzaman lwn Khairuzita

Khairuddin, [2006] 1 CLJ (Sya) 366, hakim bicara di dalam kes tersebut telah jelas

menyebut berpandukan hukum syarak iaitu jika taklik seperti beribu atau sebanyak

bintang di langit sekalipun ianya hanya akan dikira sekadar tiga sahaja iaitu jumlah

yang maksimum yang dibenarkan hukum syarak

[20] Mengikut pendapat Jumhur Fuqaha` (Imam-Imam Mazhab yang empat dan Az-

Zhohiriyyah) gugur tiga talaq sekiranya suami melafazkan cerai dengan talaq tiga,

Page 12: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

12

iatu dengan satu lafaz samada sebelum melakukan hubungan suami isteri atau

sebaliknya dan walaupun dalam satu majlis.

[21] Dalam masa yang sama Mahkamah tidak pula menafikan pendapat lain (Ibn

Taimiyyah, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dan Az-Zaidiyyah serta Az-Zhohiriyyah )

yang mengatakan talaq tiga dengan sekali lafaz adalah dikira gugur satu talaq

sahaja. Mahkamah berpendapat dan berpegang bahawa setiap pendapat ada dalil-

dalil dan hujah-hujah yang tersendiri berdasarkan prinsip yang digunapakai dalam

sesuatu mazhab. Oleh itu pada pendapat mahkamah semua pendapat yang

dibincangkan dan diputuskan oleh para Fuqaha` adalah benar dan betul semuanya

dengan meraikan juga prinsip yang digunapakai dalam menentukan

(mengistinbatkan) sesuatu hukum berlandaskan samada Al-Qur`an dan As-Sunnah

bagi setiap Mazhab. Sebagaimana yang dimaklumi didalam kes permohonan ini,

Plaintif dan Defendan adalah orang Melayu dan beragama Islam. Maka dalam kes

ini wajarlah sekiranya Mahkamah putuskan bahawa persoalan mengenai talaq

adalah mengikut Mazhab Al-Syafi`e memandangkan pernikahan pihak-pihak juga

dijalankan mengikut mazhab yang sama.

[22] Setelah Mahkamah merujuk dalil-dalil hukum syarak beserta kes yang telah

diputuskan seperti yang telah dinyatakan di atas maka, Mahkamah berpuashati di

dalam kes ini bahawa rukun-rukun perceraian telah dipenuhi oleh kedua-dua pihak

dan perceraian yang berlaku adalah kali pertama bagi pasangan ini. Seterusnya,

Mahkamah mensabitkan lafaz talaq yang telah dilafazkan oleh Defendan dan jatuh

talaq tiga keatas pihak Plaintif.

KEPUTUSAN

Kes ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif dan kehadiran Defendan.

SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH

DIHAKIMKAN seperti berikut;

Page 13: NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur

DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.

13

1) Mahkamah menolak permohonan ini berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan meminda permohonan ini

kepada Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)

2003.

2) Mahkamah mensabitkan lafaz yang dibuat tanpa kebenaran Mahkamah oleh

Defendan pada 31 Julai 2018 dengan lafaz “Bahawa saya MFD menceraikan isteri

saya NMK dengan talaq sepuluh” adalah sah dan menjatuhkan talaq.

3) Mahkamah memutuskan mulai tarikh tersebut, jatuhlah talaq tiga kali pertama

berjumlah tiga talaq secara talaq ba-in kubra terhadap Plaintif dengan ber’iddah

selama tiga kali suci.

4) Mahkamah memerintahkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama

Islam Daerah Kuala Selangor dan Surat Perakuan Nikah No. XXXXXX Bilangan

Daftar Nikah XX/05 Negeri Selangor dibatalkan.