lwn - jakess.gov.my 2019/snay lwn nm.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana...

30
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH SNAY lwn LM [Dalam Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Saman No: 10010-010-0746-2017 (Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad, HMRS)] [21 Rabiulakhir 1439H bersamaan 9 Januari 2018M] Undang-Undang Keluarga Islam - Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan - Seksyen 12, Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Selangor - Seksyen 31, Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Selangor - Seksyen 109 Undang-Undang Tatacara Mal - Jadual Kedua - Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang, Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Selangor (Pengakuterimaan paterniti) Undang-Undang Keterangan - Seksyen 28, Seksyen 29, Seksyen 44(1)(e), Seksyen 57, Seksyen 61(1)(e) FAKTA KES [1] Pemohon dan Responden dalam kes ini telah berkahwin dan butir-butirnya seperti berikut: 1. Dilangsungkan pada 02/08/2017 seperti yang dinyatakan dalam NIKAH NAMA yang dieksibitkan sebagai SNA-4 dalam afidavit Pemohon. 2. Pernikahan dilangsungkan di Haijadi, Araihazar District of Narayanganj, Bangladesh.

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

31 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

SNAY

lwn

LM

[Dalam Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Saman No: 10010-010-0746-2017 (Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad, HMRS)]

[21 Rabiulakhir 1439H bersamaan 9 Januari 2018M]

Undang-Undang Keluarga Islam - Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan - Seksyen 12,

Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Selangor -

Seksyen 31, Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Selangor -

Seksyen 109

Undang-Undang Tatacara Mal - Jadual Kedua - Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang

dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang, Pengiktirafan perkahwinan yang

diijabkabulkan di luar Negeri Selangor (Pengakuterimaan paterniti)

Undang-Undang Keterangan - Seksyen 28, Seksyen 29, Seksyen 44(1)(e), Seksyen 57, Seksyen

61(1)(e)

FAKTA KES

[1] Pemohon dan Responden dalam kes ini telah berkahwin dan butir-butirnya seperti

berikut:

1. Dilangsungkan pada 02/08/2017 seperti yang dinyatakan dalam NIKAH NAMA yang

dieksibitkan sebagai SNA-4 dalam afidavit Pemohon.

2. Pernikahan dilangsungkan di Haijadi, Araihazar District of Narayanganj, Bangladesh.

Page 2: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

2 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

3. Pernikahan Pemohon telah didaftarkan oleh Kazi MD. Unous Ali, Nikah Registrar &

Kazi Hhaijadi Union Araihazar Narayanganj pada 02/08/2017 dan satu Marriage

Certificate dengan catatan Reged No 37 Date 06.08.17 dieksibitkan bersama dalam

SNA-4.

4. Permohonan ini telah dikemukakan oleh Pemohon melalui satu surat dari Pendaftar

Perkahwinan, perceraian dan Rujuk Orang Islam Pejabat Agama Islam Daerah Kuala

Selangor (Muhammad Nazmi Bin Narowi) yang dieksibitkan bersama SNA-4.

5. Pemohon adalah pemastautin dalam Negeri Selangor yang beralamat di No. 8 Jalan

Tok Empat Yusof 45700 Bukit Rotan Selangor.

6. Responden dalam kes ini adalah suami kepada Pemohon dan merupakan seorang

Warganegara Bangladesh yang datang ke Malaysia sebagai pelancung dan memegang

visa melawat selama 30 hari bermula 16 Ogos 2017.

Diputuskan

[2] Pada 9 Januari 2018, saya telah memutuskan Pernikahan pemohon dan Responden adalah

sah mengikut Hukum Syarak dan Pernikahan Pemohon dan Responden tidak boleh

didaftarkan di bawah Enakmen. Di sini saya nyatakan alasan saya berbuat demikian.

Peguam Syarie

1. Peguam Pemohon : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie

2. Peguam Responden : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie

Surah Al-Quran Yang Dirujuk

1. Surah An-Nahl ayat 43

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.

2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003.

Page 3: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003.

Kes-Kes Yang Dirujuk

1. Zainal Abidin Bin Mohamed lwn Norziah Binti Mohd Nor Jurnal Hukum 1998 JLD.XII BHG

1.

2. Haji Mohamed lwn Bahrunnasran dan Mazliani binti Mohamed Jurnal Hukum 1998 JLD.XII

BHG 1.

3. Noh Bin Atan v. Shakila JH (1998) JLD.XII BHG 1

Penghakiman Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad, HMRS:

[3] Pemohon dalam prosiding ini telah merujuk Seksyen 12 (2) Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Di sini saya nyatakan peruntukan penuh bagi

Seksyen tersebut seperti berikut:

Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan

12. (1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak

boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan subseksyen 40 (2),

sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana

peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh

didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah.

Persoalan Pertama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah

[4] Dalam menentukan sesuatu perkahwinan itu boleh atau tidak boleh didaftarkan di bawah

Seksyen 12 ini, mahkamah perlu terlebih dahulu memastikan cara perkahwinan itu

diupacarakan. Adakah ia satu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen seperti

yang dinyatakan dalam Seksyen 12(1) atau perkahwinan itu diupacarakan berlawanan

Page 4: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

4 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini (Bahagian 2) seperti yang dinyatakan di

dalam seksyen 12(2).

[5] Dua Persoalan Undang-undang telah timbul dalam kes ini iaitu:

Pertama, sama ada pernikahan Pemohon dan Responden bersalahan dengan Enakmen?

Kedua, Sama ada pernikahan Pemohon dan Responden diupacarakan berlawanan dengan

mana-mana peruntukan Bahagian 2 Enakmen tetapi sah mengikut Hukum Syarak?

(Bahagian 2 adalah peruntukan seksyen 7 hingga Seksyen 24 Enakmen)

[6] Jika diteliti dengan betul, Bahagian 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri

Selangor 2003 menghendaki Perkahwinan Di Negeri Selangor / Dalam Negeri Selangor

(bukan luar Negeri Selangor) hendaklah mengikut peruntukan Enakmen dan Hukum

Syarak seperti dinyatakan dalam Seksyen 7:

Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan

7. (1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Selangor hendaklah mengikut

peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum

Syarak...

[7] Manakala Seksyen 16 Enakmen pula menghendaki akadnikah sesuatu perkahwinan

dalam negeri Selangor hendaklah diupacarakan dalam kariah masjid di mana pihak

perempuan bermastautin di dalam Negeri Selangor. Seksyen tersebut menyebut:

Permohonan untuk kebenaran berkahwin

16. (1) Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu

perkahwinan dalam Negeri Selangor tiap-tiap satu pihak kepada

perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang

yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar bagi kariah

masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin.

Page 5: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

5 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[8] Mahkamah seterusnya merujuk kepada satu peruntukan di bahagian 2 ini iaitu Seksyen

20 yang memperuntukkan:

Tempat perkahwinan

20. (1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam

kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar

atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah Seksyen

17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu

diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Selangor atau

dalam mana-mana Negeri.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam

kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.

(3) walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu

bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah

masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika---

(a) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam negeri

selangor, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu telah

diberi di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk

perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu

telah diberi di bawah subseksyen (1); atau

(b) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu

negeri, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan

kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah

masjid yang lain itu telah diberi oleh pihak berkuasa yang hak

bagi Negeri itu.

Page 6: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

6 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[9] Peruntukan Seksyen 20 ini merupakan satu peruntukan yang agak tricky dan perlu kepada

satu pemahaman yang mendalam. Ia menjadi punca kepada salah tafsir dan salah

fahaman yang mengakibatkan salah amalan di dalam menguruskan hal ehwal

perkahwinan di Negeri Selangor ini. Seksyen tersebut memperuntukan tentang Pendaftar

boleh membenarkan sesuatu perkahwinan itu diupacarakan diluar kariah masjid tempat

bermastautin perempuan di dalam negeri selangor atau di kariah masjid lain di Luar

Negeri Selangor. Perlu difahami terlebih dahulu, kebenaran melangsungkan aqadnikah di

luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh

diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan sahaja dan ia hanya diberi

selepas satu kebenaran berkahwin di kariah masjid tempat bermastautin perempuan di

dalam Negeri Selangor diperolehi oleh pihak-pihak dari Pendaftar di bawah seksyen 17

atau Hakim Syarie di bawah seksyen 18. semua kehendak bahagian ini memerlukan

urusan perkahwinan itu diuruskan dalam Negeri Selangor menggunakan undang-undang

Negeri Selangor.

[10] Walaupun begitu, apa yang perlu dibaca terlebih dahulu adalah general rules yang

ditetapkan di dalam seksyen 20(1) yang mana menghalang sesuatu perkahwinan

diakadnikahkan di luar kariah masjid tempat mastautin perempuan. Peruntukan yang

datang kemudiannya adalah satu bentuk klausa pengecualian (exception clause) yang

membolehkan Pendaftar memberi kebenaran itu sekiranya pihak-pihak berhasrat

melangsungkan majlis akadnikah di luar kariah masjid tempat mastautin perempuan atau

mana-mana Negeri selain Negeri Selangor. Ilustrasi yang boleh diberi sebagai contoh

adalah apabila seorang perempuan yang berasal dari Negeri Selangor, tinggal dan

menetap di Negeri Selangor semasa permohonan berkahwin dibuat, berhasrat untuk

melangsungkan majlis aqadnikahnya di tempat bakal suami yang berasal dari Kelantan,

maka seksyen ini terpakai.

[11] Ia boleh dibezakan dengan situasi di mana seorang perempuan yang dilahirkan di Negeri

Selangor, tinggal dan menetap di Negeri Selangor bersama keluarganya tetapi

kemudiannya berhijrah ke Negeri Kelantan berasama ibu bapanya dan menetap di

Page 7: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

7 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Kelantan selama 2 tahun dan berhasrat untuk berkahwin. Maka, perlukah perempuan ini

balik ke Selangor untuk memohon kebenaran berkahwin? Jawapannya tidak perlu kerana

perempuan tersebut boleh membuat perakuan pemastautinan mengikut Undang-Undang

Negeri Kelantan dan berkahwin mengikut Undang-Undang Negeri Kelantan. Sekiranya

tidak di buat begitu, urusan perkahwinan perempuan itu akan rumit dan menyusahkan

kerana terpaksa berulang alik dengan walinya ke Negeri Selangor untuk berkahwin dan

balik semula ke tempat mastautinnya di kelantan. Mahkamah melihat roh Undang-

Undang itu tidak dicipta begitu. Jika dilihat, ini adalah satu jenis pernikahan oleh

pemastautin negeri selangor yang diaqadnikahkan di Luar Negeri Selangor dan tidak

menggunakan Undang-Undang Negeri Selangor. Jelas sekali perempuan itu

menggunakan Undang-Undang Negeri Kelantan untuk tujuan berkahwin kerana dia telah

menetap di kelantan kerana faktor penghijrahan keluarganya. Oleh itu, pernikahan

perempuan itu tidak termasuk dalam maksud Bahagian 2 Enakmen Negeri Selangor

kerana tidak diupacarakan mengikut Undang-Undang Negeri Selangor.

[12] Seksyen 20 ini hanya memperuntukkan tentang tempat berkahwin. Tiada satu peruntukan

khusus disebut di dalam seksyen tersebut tentang seseorang yang ingin berkahwin di luar

negeri Selangor hendaklah mendapatkan kebenaran dari Pendaftar atau Mahkamah. Apa

yang ada hanyalah bagi mereka yang telah mendapat kebenaran berkahwin di negeri

selangor dan berhasrat untuk melangsungkan akadnikah mereka di luar negeri selangor

boleh dibenarkan oleh pendaftar atau Hakim. Hal ini berbeza dengan kebenaran di bawah

seksyen 23 (Poligami) di mana dalam peruntukan seksyen 23(3) jelas menyebut

Seseorang lelaki itu perlu mendapat kebenaran untuk berkahwin Poligami sama ada

pernikahan itu diakadnikahkan di dalam atau di luar negeri selangor. Seksyen tersebut

memperuntukkan:

Poligami

23.(1) ...

(2) ...

Page 8: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

8 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Selangor seseorang

lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Selangor dan perkahwinan di

luar Negeri Selangor seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri

Selangor.

[13] Jelas sekali 2 peruntukan tentang Kebenaran Berkahwin mempunyai kesan yang berbeza.

Seksyen 16 tidak ada menyebut tentang seseorang yang ingin berkawin di luar negeri

Selangor hendaklah mendapat kebenaran dari Pendaftar manakala Seksyen 23(3) jelas

memperuntukkan keperluan tersebut dipohon sebelum berkahwin. Bacaan ini tidak boleh

dikelirukan dengan Seksyen 20 kerana ia merujuk kepada kebenaran tentang tempat

upacara akadnikah pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin di dalam kariah

perempuan tetapi berhasrat untuk ia diupacarakan di luar kariah mastautin perempuan

atau dalam mana-mana Negeri Selain Negeri Selangor. Oleh itu, saya berharap

penghakiman ini dapat memberikan panduan yang tepat bagaimana peruntukan Undang-

undang tentang perkahwinan itu mesti ditadbir.

[14] Berdasarkan dapatan Mahkamah, Pernikahan Pemohon dan Responden bukanlah

pernikahan yang bersalahan dengan Bahagian 2 Enakmen tetapi pernikahan Pemohon dan

Responden adalah Pernikahan Luar Negeri Selangor menggunakan Undang-Undang

Negara lain yang tidak diupacarakan mengikut Enakmen ini. Jadi, Remedi pendaftaran di

bawah seksyen 12(2) tidak terpakai dalam kes Pemohon dan Responden. Pemohon yang

berasal dari Negeri Selangor telah memilih untuk melaksanakan pernikahannya di Luar

Negeri Selangor. Anggapan Mahkamah mungkin Pemohon telah bermastautin di

Bangladesh ketika pernikahan itu diupacarakan. Dalam hal ini, Seksyen 31 dan 109

Enakmen adalah terpakai. Ia akan saya ulas dengan panjang lebar kemudiannya. Hak

Pemohon untuk berkahwin di tempat mastautin barunya di Luar Negeri Selangor

bukanlah satu kesalahan dan prinsip pemakaian Undang-Undang dalam isu

pemastautinan ini telah merupakan satu prinsip yang mantap dan telah diputuskan dalam

banyak kes di peringkat rayuan.

Page 9: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

9 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[15] Pemohon dan Responden tidak mengupacarakan pernikahan mereka mengikut Enakmen

Undang-Undang Keluarga Islam negeri Selangor tetapi Pemohon dan Responden

memilih untuk mengupacarakan pernikahan mereka menggunakan Undang-Undang

Negara Bangladesh dan didaftarkan di dalam Form Of muslim Marriage & Divorce

(Registration) under section 27(1)(Ka) Rules prescribed as per section 28(1) (Ka) of

2009. Oleh itu peruntukan Seksyen 12(2) tidak boleh digunakan untuk mendaftarkan

pernikahan Pemohon dan Responden kerana pernikahan pemohon tidak diupacarakan

mengikut Enakmen sekaligus tidak perlu mengikut kehendak Bahagian 2 Enakmen.

Dapatan konklusif Mahkamah adalah Pernikahan Pemohon dan Rensponden adalah

Pernikahan Di Luar Negeri Selangor dan tidak menggunakan Enakmen Undang-undang

keluarga Islam Negeri Selangor. Pernikahan di negara Bangladesh dan menggunakan

undang-undang negara Bangladesh adalah satu perkahwinan yang boleh dikategorikan

dalam Nikah Luar Negeri Selangor.

[16] Adalah menjadi persoalan yang besar tentang bila seksyen 12(2) ini terpakai? jawapan

bagi persoalan ini telah wujud dalam banyak kes di dalam Negeri Selangor ini. Antaranya

kes nikah sindiket di Sungai Leman Sekinchan, Kampung Pasir Penambang Kuala

Selangor atau upacara aqad nikah dalam Negeri Selangor yang dibuat hanya mengikut

Hukum Syarak tanpa mendapat apa-apa kebenaran dari Pendaftar.

Bila Seksyen 12(2) Terpakai?

[17] Mahkamah merujuk kepada satu kes pengesahan nikah yang telah diputuskan oleh

Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor Dalam

Re: Nabilah Binti ramlan dan Muhammad Ikhwan Syaffiq Bin Abdullah 10010-010-

0932-2017 di mana Pendaftar telah memutuskan pernikahan pihak-pihak yang

diakadnikahkan di Kapar, Selangor adalah sah di sisi Hukum Syarak tetapi berlawanan

dengan Enakmen. Pernikahan tersebut tidak boleh didaftarkan kecuali dengan perintah

dari Mahkamah. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor dalam kes tersebut

mendapati Pemohon (P) yang berasal dari Ladang Kuala Selangor, Bukit Rotan telah

Page 10: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

10 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Syed Nazarudin dengan seorang lelaki dari kapar

dihadapan 2 orang saksi lelaki. Pernikahan tersebut berlangsung secara wakil wali oleh

bapanya kepada jurunikah tersebut melalui panggilan telefon. Pihak-pihak telah diberikan

satu sijil nikah dan ianya disahkan palsu oleh PAIDKS. Siasatan Pendaftar telah

mendapati pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak tetapi berlawanan dengan

Bahagian 2 Enakmen dan pendaftaran nikah tersebut tidak boleh dibuat kecuali dengan

perintah Mahkamah. Pendaftar juga mendapati bidangkuasa mendaftar pernikahan adalah

PAID Kuala Selangor kerana pemohon bermastautin di dalam Kuala Selangor walaupun

akad nikah dijalankan di Kapar yang terletak dalam Daerah Klang. Pernikahan seperti ini

jelas berlawanan dengan Enakmen dan Bahagian 2 Enakmen dan menjadi satu kesalahan

di bawah Seksyen 40(2) sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 12(2) tersebut.

Seksyen 40(2) tersebut saya lampirkan bersama untuk rujukan. Dapat dilihat bahawa

fakta kes di atas mendapati semua urusan nikah tersebut dijalankan di dalam Negeri

Selangor tanpa mengikut Undang-Undang Selangor.

Bolehkah Pernikahan Pemohon didaftarkan dan Remedi mana yang perlu digunakan?

[18] Terlebih dahulu saya ingin menarik perhatian terhadap tatacara pendaftaran Perkahwinan

di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga. Suka saya nyatakan terlebih dahulu

bahawa tidak terdapat acara pendaftaran perkahwinan di Bahagian 2 Enakmen ini. Ianya

dinyatakan dalam Bahagian 3. Saya merujuk khusus kepada seksyen 25 yang

memperuntukkan:

Pendaftaran

25. Perkahwinan selepas tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang

bermastautin dalam Negeri Selangor dan perkahwinan tiap-tiap orang

yang tinggal di luar negeri tetapi bermastautin dalam Negeri Selangor

hendaklah didaftarkan mengikut Enakmen ini.

Page 11: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

11 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Tarikh yang ditetapkan adalah tarikh permulaan kuatkuasa Enakmen iaitu 1 Januari 2004

seperti yang dinyatakan dalam Warta bertarikh 23 Disember 2003 yang diluluskan oleh

Dewan Undangan Negeri pada 19 November 2003 (P.U Sel AGM 0033)

[19] Peruntukan ini menerangkan tentang mana-mana orang yang berasal dari Negeri Selangor

dan kekal menetap di Negeri Selangor dan melangsungkan perkahwinan di dalam Negeri

Selangor hendaklah menggunakan Enakmen ini untuk mendaftarkan perkahwinan

mereka. Seksyen ini juga menerangkan tentang mana-mana orang yang berasal dari luar

Negeri Selangor (mungkin kerana berhijrah) dan tinggal bermastautin dalam Negeri

Selangor dan melangsungkan perkahwinan mengikut Undang-Undang Negeri Selangor

hendaklah juga mendaftar perkahwinan mereka menggunakan Undang-Undang Negeri

Selangor.

[20] Jelas melalui huraian di atas, semua urusan pernikahan bagi maksud Seksyen 25 adalah

acara pendaftaran pernikahan bagi akad nikah yang diupacarakan dalam Negeri Selangor

dan menggunakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003

sahaja. Tidak dinyatakan tentang bagaimana acara pendaftaran bagi sesuatu perkahwinan

itu jika ia dijalankan di Luar Negeri Selangor menggunakan Undang-undang Luar Negeri

Selangor disebutkan di dalamnya.

[21] Persoalan yang timbul adalah, bolehkah pernikahan Pemohon dan Responden di luar

Negeri Selangor ini didaftarkan di bawah Bahagian 3 ini? Jawapannya telah terhidang di

bahagian 3 Enakmen ini di dalam Seksyen 31 di mana memperuntukkan:

Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin

dalam Negeri Selangor.

31. (1) Jika seseorang yang bermastautin dalam Negeri Selangor telah

berkahwin di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syarak,

bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 24; maka

orang itu hendaklah, dalam masa 6 bulan selepas tarikh perkahwinan itu,

Page 12: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

12 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang

Islam yang berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling senang

di luar negeri untuk mendaftarkan perkahwinan itu, dan perkahwinan itu,

setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah

Enakmen ini.

31. (2) jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau kedua-

dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Negeri

Selangor dan perkahwinan itu belum didaftarkan di luar negeri, maka

pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa enam bulan

selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Negeri

Selangor dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di

hadapan mana-mana Pendaftar dalam Negeri Selangor dan----

(a) Mengemukakan kepada Pendaftar itu surat perakuan nikah atau apa-

apa keterangan, sama ada lisan atau dokumentar, yang boleh memuaskan

hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku;

(b) memberi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar

untuk pendaftaran sewajarnya perkahwinan itu; dan

(c) memohon dalam borang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu

didaftarkan dan menandatangani akuan di dalamnya.

31. (3) Pendaftar boleh mengecualikan satu daripada pihak-pihak itu

daripada hadir jika dia berpuas hati bahawa ada sebab-sebab yang baik

dan cukup bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang demikian catatan

dalam Daftar Perkahwinan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang

sebab pihak itu tidak hadir.

31. (4) Selepas sahaja pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen

ini, satu salinan sah catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui

dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar

kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri, dan satu lagi salinan

sah yang diperakui hendaklah dihantar, dalam tempoh sebagaimana yang

ditetapkan, kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah menyebabkan semua

Page 13: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

13 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

salinan yang diperakui itu dijilid bersama untuk menjadi Daftar

Perkahwinan Orang Islam Luar Negeri.

31. (5) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki

didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam

tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), perkahwinan itu boleh,

atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan kemudian setelah

dibayar apa-apa Penalti yang ditetapkan.

[22] Apabila Mahkamah membuat dapatan bahawa pernikahan Pemohon dan Responden

adalah Pernikahan di Luar Negeri, maka ia serupalah dengan pernikahan-pernikahan lain

yang diupacarakan oleh pemastautin Negeri Selangor di Negeri-Negeri lain seperti

Melaka, Perak, Johor, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Remedi

yang wujud bagi mendaftarkan pernikahan seperti itu wujud di bawah seksyen 31 ini jika

pernikahan itu telah atau belum didaftarkan. Tafsiran Negeri di dalam seksyen 2

Enakmen itu mestilah difahami dengan lebih luas kerana ia termasuklah mana-mana

Negeri dalam mana-mana negara. Tafsiran ini tepat memandangkan seksyen 31(1) dan

109 juga merujuk perkataan Luar Negeri dalam seksyen tersebut termasuk pernikahan di

Negeri / Negara bagi maksud seksyen 24 Enakmen iaitu akad nikah perkahwinan di

kedutaan-kedutaan, dsb., Malaysia di Luar Negeri. Dalam kes Pemohon dan Responden,

mereka telah berkahwin di Haijadi Union, yang mempunyai satu District (Daerah) iaitu

Narayanganj di mana ia dimanakan sebagai salah satu State (Negeri) di Bangladesh.

[23] Apabila seorang pemastautin Selangor telah berkahwin di Negeri Kelantan menggunakan

Undang-Undang Negeri Kelantan dan mendaftarkan perkahwinan itu mengikut undang-

undang Kelantan, adakah perkahwinan itu didaftarkan semula di Negeri Selangor?

Mustahil ia berlaku malah berani saya nyatakan di dalam penghakiman ini, Pejabat

Agama Islam tidak pernah memberi sifat pendaftaran pernikahan tersebut seperti

kehendak Seksyen 31(1) Enakmen Negeri Selangor dan merekodkan ia sebagai Daftar

Perkahwinan Orang Islam Luar Negeri Seperti kehendak seksyen 31(4). Malah sijil nikah

negeri Kelantan itu sah dijaja seluruh Negeri Selangor dengan bangga oleh Pemiliknya.

Page 14: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

14 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Jadi, mengapa berlaku double standard di dalam kes pemohon oleh Pendaftar? Mengapa

diarahkan pendaftaran pernikahan yang telah didaftarkan? Mengapa perlu Sijil Nikah

Selangor dikeluarkan untuk pemohon ini sedangkan pemohon telah memiliki satu sijil

nikah yang sah? Adakah Pendaftar mengarahkan pemastautin Selangor yang bernikah di

mana-mana negeri selain Negeri Selangor di Malaysia dan memiliki sijil nikah negeri itu

untuk membuat perkara yang sama? Saya biarkan soalan ini di sini untuk difikirkan oleh

Pendaftar. Saya tinggalkan peruntukan Seksyen 109 Enakmen ini untuk menjawab

persoalan ini. Seperti yang saya janjikan, ianya akan saya ulas kemudian.

[24] Dalam menentukan sesuatu perkahwinan itu boleh atau tidak boleh didaftarkan di bawah

Seksyen 31 ini, mahkamah perlu terlebih dahulu memastikan perkahwinan itu telah

diakui sah mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar Perkahwinan, perceraian dan Rujuk

Bagi Orang Islam, selaras dengan kehendak subseksyen (1) di bawah seksyen 31:

31(1) Jika seseorang yang bermastautin dalam Negeri Selangor telah berkahwin

di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syarak...

Perlu diingat, anggapan bagi semua perkahwinan yang diupacarakan di mana jua dan

pada bila-bila masa hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini. Ia

jelas dinyatakan di dalam Seksyen 109 seperti berikut:

Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Selangor

109. Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri

Selangor, lain daripada perkahwinan yang diakadnikahkan di sesuatu

kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau pejabat Konsul Malaysia di bawah

seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini

jika---

(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau

dibenarkan oleh undang-undang tempat di mana ia telah dilakukan;

Page 15: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

15 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

(b) tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya

itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat

bermastautinnya; dan

(c) jika salah satu pihak itu adalah pemastautin di Negeri Selangor,

kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut

Enakmen ini.

[25] Dalam isu untuk memutuskan sahnya sesuatu perkahwinan di sisi Hukum Syarak itu,

kehendak Enakmen menyatakan kesahan perkahwinan itu hendaklah dipertikaikan

terlebih dahulu oleh mana-mana orang. Jika tiada pertikaian maka, perkahwinan itu

hendaklah kekal sah melainkan ianya dibuktikan sebaliknya. Panduan ini jelas dinyatakan

dalam seksyen 27:

Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal

27. Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada

Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana dia berpendapat

bahawa sesuatu perkahwinan adalah tak sah atau bahawa sesuatu

perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan

dengan Enakmen ini.

Pendaftar dalam seksyen ini adalah Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk

Orang Islam seperti yang ditafsirkan oleh Seksyen 2 Enakmen.

[26] Persoalan dalam kes ini, siapa yang mengatakan perkahwinan pemohon tidak sah?

jawapannya tiada pihak yang mempersoalkannya. Ia selaras dengan kehendak seksyen 27

Enakmen yang mana jika sesuatu perkahwinan itu hendak dipertikaikan kesahannya

(mengikut Hukum syarak) atau legalitinya (mengikut aturan dalam Enakmen) maka ianya

hendaklah dilaporkan kepada Pendaftar. Dalam kes ini, tiada siapa yang mempertikaikan

sahnya pernikahan pihak-pihak dan mahkamah mesti menganggap pernikahan itu sah

sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mana-mana orang atau Pendaftar.

Page 16: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

16 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[27] Dalam kes ini juga, Surat dari Pendaftar (eksibit SNA-4) merujuk permohonan pemohon

ke mahkamah untuk mendapatkan perintah pengesahan nikah dan mendaftarkan

penikahan pemohon kerana pernikahan pemohon pada dapatan Pendaftar adalah

berlawanan dengan Enakmen. Tiada laporan siasatan dikemukakan bersama untuk

kehendak seksyen 27 itu, sama ada siasatan sahnya perkahwinan pemohon atau legalnya

perkahwinan pemohon. Tiada isu tentang sah atau tidaknya pernikahan Pemohon

dinyatakan dalam surat rujukan tersebut. Pada pandangan Mahkamah, isu sahnya sesuatu

perkahwinan itu di sisi Hukum Syarak menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk

menentukannya. Ia bukanlah tanggungjawab Mahkamah. Tiada permohonan seperti itu

diperuntukkan dalam Jadual 2 Enekmen Tatacara. Apa yang ada hanyalah Perintah bagi

pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang.

[28] Mahkamah tidak berhasrat untuk memeriksa semula sahnya pernikahan Pemohon dan

Responden mengikut Hukum Syarak kerana ia bukanlah satu isu yang dipertikaikan oleh

mana-mana orang seperti kehendak seksyen 27 Enakmen. Pernikahan pihak-pihak juga

telah disiasat oleh Pendaftar dan diakui sah oleh Pendaftar dalam bidangkuasanya. Isu ini

jelas disebut dalam keterangan Pendaftar. Walaubagaimana pun, Mahkamah tetap akan

membuat keputusan pengesahan di sisi Hukum Syarak ini kerana ia telah diajukan ke

Mahkamah ini sebagai satu persoalan yang perlu diputuskan dalam surat Pendaftar.

Keputusan Mahkamah ini tidaklah mengakaskan keputusan Pendaftar, ia dibuat untuk

menguatkan lagi dapatan Pendaftar memandangkan isu ini dikemukakan kepada

Mahkamah untuk didengar. Dapatan mahkamah dan dapatan Pendaftar tentang sahnya

pernikahan Pemohon adalah sama. Tidak ada bezanya. Mahkamah berharap, huraian

Mahkamah dalam isu ini membuka mata Pendaftar akan kuasa Pendaftar yang

diperuntukkan dalam Undang-Undang. Tiada isu lagi seperti ini perlu dimajukan ke

Mahkamah untuk diputuskan.

[29] Walau bagaimana pun, persoalan kedua perlu diputuskan juga iaitu adakah pernikahan ini

boleh didaftarkan? Jika boleh didaftarkan, adakah perlu kepada perintah Mahkamah?

ianya nyata merupakan 2 persoalan undang-undang yang berbeza.

Page 17: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

17 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[30] Bagi menjawab isu kedua, mahkamah meneliti eksibit SNA-3 dan SNA-4 yang

dikemukakan oleh pemohon yang mana ianya terdiri daripada:

1. Nikah Nama dalam tulisan bengali abugida menggunakan bahasa Modern Standard

Bengali yang ditandakan dengan SNA-3

2. Nikah Nama (English Translation), Marriage Certificate Government Of The people's

Republic Of Bangladesh dan Affidavit pemohon dan Responden dihadapan Senior

Judicial Magistrate, Narayanganj yang ditandakan secara kumulatif dengan SNA-4.

[31] Berdasarkan eksibit-eksibit yang dikemukakan, mahkamah boleh membuat dapatan yang

konklusif bahawa pernikahan pemohon dan responden telah didaftarkan. Ia juga sesuai

dengan kehendak seksyen 31(1) di mana pemohon telah berkahwin di luar negeri Selangor

pada 2/8/2017, dan pada 5/8/2017 (3 hari selepas tarikh perkahwinan dan masih termasuk

kira tempoh 6 bulan yang diperuntukkan seksyen 31(1)) pernikahan pihak-pihak telah

didaftarkan oleh Office Of The Muslim Marriage Registrar And Kazi Haijadi Union Kazi

Office, Araihazar, Narayanganj, Bangladesh iaitu (Pejabat Kadi dan Pendaftar

Perkahwinan Orang Islam). Pendaftaran telah dibuat sewajarnya oleh Pendaftar Nikah dan

Kadi MD. UNOUS ALI iatu pendaftar nikah yang diberi kuasa dalam negerinya yang

boleh disifatkan sebagai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam yang

berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling senang di luar negeri mengikut

kehendak 31(1). Jadi, apa yang berlaku dengan pendaftaran seperti ini menurut seksyen

31(1)? Jawapannya mudah, perkahwinan itu, setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan

sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini. Jadi, tidak perlu lagi Surat Perakuan Nikah

Negeri Selangor dikeluarkan untuk pasangan ini. Jika dikeluarkan maka ia bersalahan

dengan kehendak Seksyen 31(1) Enakmen.

[32] Mahkamah juga membuat dapatan bahawa pendaftaran yang dibuat oleh Kerajaan

Bangladesh adalah satu bentuk Pendaftaran yang hebat dan sempurna mengikut Undang-

Undang. Buktinya, Dokumen SNA-3 dan SNA-4 adalah Dokumen Awam yang

mengandungi 8 meterai termasuk meterai dari Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Dhaka,

Page 18: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

18 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Bangladesh. Seksyen 44(1)(e) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri

Selangor) 2003 yang mana memperuntukkan:

Fakta yang mengenainya Mahkamah mesti memberi pengiktirafan

kehakiman

44. (1) Mahkamah hendklah memberikan pengiktirafan kehakiman

mengenai fakta yang berikut:

(a) ...

(b) ...

(c) ...

(d)...

(e) meterai semua Mahkamah di Malaysia, semua meterai yang mana-

mana orang diberikuasa untuk menggunakannya oleh mana-mana

undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia dan meterai

notari awam.

[33] Mahkamah yakin dan percaya, Undang-Undang Negeri Selangor juga mengiktiraf

Kedaulatan Undang-Undang Negeri/Negara lain dan bersedia memberi pengiktirafan

Kehakiman atas apa jua efek pendaftaran atau apa-apa sifat di sisi Undang-Undang yang

di buat menggunapakai Undang-Undang dalam sebuah Negara yang berdaulat. Dokumen

Eksibit SNA-3 dan SNA-4 adalah dokumen-dokumen awam selaras dengan kehendak

peruntukan, Seksyen 57 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)

2003 yang mana memperuntukkan:

Dokumen awam

57. Dokumen yang berikut ialah dokumen awam----

(a) Dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan----

(i) Kuasa pemerintah berdaulat

(ii) badan rasmi dan tribunal; dan

Page 19: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

19 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

(iii) pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada

bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi negara asing; dan

(b) rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen

persendirian.

[34] Pembuktian bagi Dokumen awam ini pula jelas diterangkan di dalam Seksyen 61(1)(e)

yang mana memperuntukkan:

Pembuktian dokumen rasmi tertentu

61. (1) Dokumen awam yang berikut bolehlah dibuktikan seperti berikut:

(a)...

(b)...

(c)...

(d)...

(e) dokumen awam daripada apa-apa jenis lain di sesuatu negara asing,

melalui dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui oleh

penyimpannya yang sah, berserta suatu perakuan yang dimeterai dengan

meterai natori awam atau pegawai konsul Malaysia bahawa salinan itu

diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai yang mempunyai jagaan yang

sah ke atas dokumen asal itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan

mengikut undang-undang negara asing itu.

[35] Persoalannya, jika pernikahan Pemohon dan Responden ini disifatkan seperti telah

didaftarkan dibawah Enakmen ini dan tiada Surat Perakuan Nikah boleh dikeluarkan, apa

yang perlu dibuat oleh Pemohon dan Responden bagi membolehkan Sijil Nikah Luar

Negara mereka diakui dan boleh diguna pakai bagi segala urusan di Negeri Selangor?

Jawapan bagi persoalan ini tersedia di dalam Seksyen 109 Enakmen di mana Mahkamah

hendaklah memberi Pengiktirafan kepada Perkahwinan itu seperti yang telah saya

nyatakan dalam perenggan 12 penghakiman ini.

Page 20: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

20 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[36] Bagi maksud pengiktirafan ini, Pemohon boleh memohon kepada Mahkamah agar

perkahwinannya diiktiraf dengan mengemukakan permohonan Pengiktirafan

Perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Selangor seperti yang diperuntukkan

dalam Jadual 2 Enakmen Tatacara Mal. Inilah jawapan terhadap persoalan Pengiktirafan

Mahkamah terhadap perkahwinan Luar Negeri Selangor dan bagaimana sepatutnya ia

ditadbir.

[37] Acara bagi Pengiktirafan Perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri

Selangor ini adalah suatu yang telah mantap dan telah wujud keputusan-keputusan kes di

peringkat Mahkamah Tinggi Syariah dan ia telah dilaporkan untuk rujukan semua Hakim

Syarie dalam membuat keputusan. Akan tetapi ia seolah-olah sesuatu yang telah

dilupakan dan tidak diberi perhatian. Mahkamah merujuk kepada 2 kes yang telah

dilaporkan iaitu Zainal Abidin Bin Mohamed lwn Norziah Binti Mohd Nor Jurnal Hukum

1998 JLD.XII BHG 1 dan Haji Mohamed lwn Bahrunnasran dan Mazliani binti

Mohamed Jurnal Hukum 1998 JLD.XII BHG 1. Dalam kedua-dua kes ini, YA Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu (Haji Ismail Bin Yahya) memutuskan

pernikahan yang dijalankan oleh pihak-pihak di Selatan Thailand dalam kes masing-

masing adalah tidak boleh diberi pengiktirafan. Jelas sekali dalam kedua-dua kes

tersebut, YA Hakim bicara menggunakan acara pengiktirafan perkahwinan dan bukan

mengarahkan pendaftaran perkahwinan. Acara pengiktirafan ini masih dikekalkan di

dalam Undang-Undang seragam Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dan tidak pernah

dimansukhkan. Oleh itu, pada dapatan Mahkamah ini, acara pengiktirafan ini adalah yang

sebetulnya dilaksanakan bagi mentadbir Pernikahan Luar Negeri oleh pemastautin Negeri

Selangor.

[38] Mahkamah dalam isu pendaftaran perkahwinan Pemohon dan Responden mendapati,

kehendak Seksyen 31 Enakmen bagi perkahwinan seperti ini boleh didaftar hanyalah

sekiranya perkahwinan itu belum didaftarkan sahaja. Bahagian III Pendaftaran

Perkahwinan merujuk khusus kepada peruntukan Seksyen 31(2) "perkahwinan itu belum

didaftarkan di luar negeri" dan Seksyen 33(1) "sesuatu perkahwinan mengikut Hukum

Page 21: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

21 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Syarak yang diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang... boleh, jika

perkahwinan itu belum didaftarkan" Maka, jika Pemohon dan Responden berhasrat

mendaftarkan perkahwinan di bawah Enakmen ini maka pendaftaran di luar negeri tidak

perlu dilakukan. Pemohon dan Responden boleh mendaftarkan pernikahan di bawah

Enakmen ini dengan memenuhi kehendak seksyen 31(2) atau seksyen 33(1). Apabila

Pemohon dan Responden memilih untuk menggunakan remedi di bawah 31(1) maka

pendaftaran yang telah dibuat hanya boleh disifatkan sebagai daftar di bawah Enakmen

ini sahaja. Tidak ada pendaftaran lagi bagi nikah yang telah didaftarkan sempurna

mengikut kehendak Undang-Undang.

[39] Apabila Mahkamah membuat dapatan bahawa pernikahan Di Luar Negeri adalah tidak

bersalahan dengan Enakmen, maka Mahkamah telah mempertimbangkan dari segala

sudut. Jika ianya satu kesalahan maka, ramailah pemastautin Negeri Selangor yang

berkahwin di Perak, Kedah, Perlis dan Negeri-Negeri lain akan tersabit dengan kesalahan

itu kerana mereka berkahwin tidak menggunakan undang-undang Selangor tetapi

menggunakan undang-undang di tempat mana mereka berada. Jika mendapatkan

kebenaran berkahwin itu merupakan kehendak Undang-Undang tempat itu, maka

dapatkanlah di tempat mereka ingin berkahwin, jika ia bukan satu keperluan dalam

Undang-Undang di tempat itu, maka berkahwinlah mengikut apa yang ditetapkan oleh

Undang-Undang di tempat itu. Ingatlah, pemakaian Undang-Undang diri adalah bagi

pemakaian setempat bagi negeri itu sahaja, tidak tertakluk kepada mereka yang berada di

luar Negeri itu. Undang-Undang Negeri Selangor tidak terpakai untuk tujuan berkahwin

di Negeri perak dan negeri/negara lain. Inilah pandangan saya terhadap kehendak

Bahagian 2, Seksyen 31, Seksyen 33 dan Seksyen 109 Enakmen.

[40] Mahkamah juga tertarik untuk mengulas Affidavit di dalam SNA-4 yang dikemukakan

oleh Pemohon. Mahkamah mengulangi semula sanjungan mahkamah tentang kehebatan

Pendaftaran Perkahwinan oleh Kerajaan Bangladesh. Pengemukaan Affidavit tersebut

bukan sahaja satu bukti sokongan terhadap pendaftaran, malah pada pandangan

Mahkmah merupakan satu Dekri yang sah dan boleh menghalang Mahkamah dari

Page 22: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

22 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

mendengar kes ini. Dekri tersebut merupakan satu res judicata seperti yang dijelaskan

dalam Seksyen 28 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

yang mana menyatakan:

Penghakiman dahulu adalah relevan bagi menghalang guaman atau

perbicaraan yang kedua

28. Kewujudan apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang menurut

undang-undang mencegah mana-mana Mahkamah daripada mengambil

tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu

perbicaraan ialah qarinah apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah

patut mengambil tahu tentang guaman itu atau mengadakan perbicaran itu.

[41] Persoalannya, mengapa Mahkamah masih mendengar permohonan ini? Jawapannya

mudah, Dekri tersebut dikemukakan bukan dengan hasrat untuk menghalang prosiding

tetapi dikemukakan sendiri oleh Pemohon untuk membolehkan Permohonannya didengar

oleh Mahkamah. Kandungan Dekri tersebut jugalah yang membantu Mahkamah dalam

memutuskan kes ini. Dikri tersebut telah memberitahu Mahkamah bahawa Pemohon dan

Responden telah mengisytiharkan perkahwinan mereka dan mengisytiharkan bahawa

perkahwinan Pemohon dan Responden telah didaftarkan seperti yang dinyatakan dalam

dekri tersebut. Dikri tersebut saya lampirkan bersama dengan penghakiman ini sebagai

satu rujukan autoriti penghakiman ini. (Rujuk Lampiran 1).

[42] Dikri ini menjadi lebih hebat apabila ia diikrarkan dihadapan, dan dimeterai oleh, Senior

Judicial Magistrate Of Narayanganj Md. Mohmudul Muhsin. Dikri ini juga dimeterai

oleh Public Notary (Seluruh bangladesh) Md. Kamruzzaman dan Penolong Setiausaha

Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Dhaka, Bangladesh Tamanna Tabassum Khan.

Dikri seperti ini sudah tentu mempunyai kesan perundangan di Mahkamah ini. Seksyen

29 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 jelas menyatakan:

Page 23: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

23 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Bila penghakiman tertentu dalam bidang kuasa probet, dsb. ialah qarinah

29. (1) Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri muktamad yang dibuat

oleh Mahkamah pada menjalankan bidang kuasa probet atau hal ehwal

suami isteri, yang memberikan kepada atau melucutkan daripada mana-

mana orang apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau yang menetapkan

mana-mana orang menjadi berhak kepada mana-mana sifat itu, atau berhak

kepada apa-apa benda tertentu, bukan terhadap aman-aman orang tertentu

tetapi dengan mutlaknya, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa sifat di

sisi undang-undang itu atau kewujudan hak mana-mana orang sedemikian

terhadap apa-apa benda sedemikian adalah qarinah.

(2) Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif---

(a) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang diberikan olehnya

kepada mana-mana orang terakru pada masa penghakiman, perintah,

atau dekri itu mula berkuat kuasa;

(b) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang kepadanya mana-

mana orang sedemikian ditetapkan olehnya menjadi berhak terakru

kepada orang itu pada masa ia ditetapkan oleh penghakima, perintah

atau dekri itu sebagai terakrukepada orang itu;

(c) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang dilucutkan olehnya

daripada mana-mana orang sedemikian terhenti dari masa ia ditetapkan

oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut

terhenti; dan

(d) bahawa apa-apa jua yang kepadanya mana-mana orang ditetapkan

olehnya sebagai berhak sedemikian ialah harta orang itu dari masa ia

ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau

patut menjadi harta orang itu.

[43] Bagi kes Pemohon, Pendaftar sepatutnya boleh membuat terus keputusan di dalam kuasa

Pendaftar dengan menyifatkan pendaftaran yang dibuat oleh Pemohon di Bangladesh

Page 24: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

24 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

adalah seperti daftar di bawah Enakmen ini. Apa sahaja sifat pendaftaran yang ingin

dijelmakan oleh Pendaftar adalah hak Pendaftar dan ianya hendaklah sesuai dengan

aturan seksyen 31(4) Enakmen dan menjadi Daftar Perkahwinan Orang Islam Luar

Negeri. Mudah kata, sekiranya pasangan yang telah berkahwin di luar Negeri Selangor

hadir ke Pejabat Agama dan mengemukakan Sijil Nikah dari tempat mereka berkahwin di

luar negeri, maka tidak perlu lagi mendaftar perkahwinan mereka. Jika mereka berhasrat

untuk perkahwinan mereka diiktiraf oleh Undang-undang Negeri Selangor, mereka boleh

dinasihatkan untuk mengemukakan Permohonan ke Mahkamah di bawah seksyen 109

dengan Notis Permohonan menggunakan tajuk Pengiktirafan perkahwinan yang

diijabkabulkan di luar Negeri Selangor (Pengakuterimaan Paterniti) seperti yang

diperuntukkan dalam Jadual 2 Enakmen Tatacara Mal dan bukan di bawah Seksyen 12(2)

Enakmen.

[44] Dengan mengemukakan permohonan ini, Pemohon boleh menyelesaikan banyak isu

termasuklah haknya menggunakan sijil nikah luar negeri bagi urusan di dalam negeri

Selangor, pengesahtarafan anak, perceraian dan pusaka. Hal ini kerana Undang-undang di

Negeri Selangor telah mengiktiraf perkahwinan mereka dan segala perkara yang timbul

bersabit dari pernikahan tersebut hendaklah juga diiktiraf. Tatacara bagi pengiktirafan

itulah yang menjadi tanggungjawab Mahkamah dengan mengambil kira kehendak

Enakmen Keterangan dan Seksyen 109 Enakmen Keluarga.

[45] Ingin dinyatakan sekali lagi, pemahaman terhadap Bahagian 2 Enakmen (Seksyen 7

hingga 24) dan Seksyen 31 Enakmen perlu dihadam dan difahami dengan betul oleh

Pendaftar agar tidak tersasar dalam apa-apa proses pengesahan dan pendaftaran

pernikahan Orang Islam di Negeri Selangor.

[46] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati isu dalam kes ini hanyalah satu isu yang

berbentuk pentadbiran sahaja. Ianya boleh diselesaikan jika Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dibaca dan difahami dengan jelas oleh semua

pihak khususnya Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju' Orang Islam Negeri

Page 25: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

25 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Selangor yang telah dilantik di bawah Enakmen ini. Jika isu dalam kes ini menjadi satu

amalan kebiasaan turun temurun di Pejabat Agama Islam maka ia perlu dibetulkan.

Belajarlah untuk "Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul" mulai sekarang. Firman

Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 43:

ا وما ارسلنا من ق بلك الا رجالا ن وحى اليهم تم ان الذ كر اهل فس ئ لو ت علمون ل كن

Maksudnya: "Dan tidaklah Kami mengutuskan Rasul-rasul sebelummu

(wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang

kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai

golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu

tidak mengetahui".

[47] Jika Pemahaman Pendaftar terhadap Kuasa-Kuasa Pendaftar yang diperuntukkan dalam

Undang-Udang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 jelas difahami maka Mahkamah

percaya Pendaftar akan lebih berani membuat keputusan dalam bidangkuasanya dan tidak

hanya menyerahkan kuasa tersebut kepada Mahkamah untuk diselesaikan. Jika kuasa

Pendaftar diselesaikan oleh Mahkamah, apa lagi fungsi Pendaftar yang tinggal?

[48] Pendaftar tidak perlu takut untuk membuat apa-apa keputusan dalam bidangkuasanya

seperti yang diperuntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri

Selangor 2003. Hal ini kerana, jika pihak-pihak tidak berpuas hati dengan keputusan

Pendaftar itu, mereka masih mempunyai peluang untuk merayu kepada Mahkamah

Rayuan Syariah seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 123 Enakmen:

Rayuan 123. Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana

keputusan mana-mana Mahkamah, atau mana-mana Pendaftar di bawah

Enakmen ini boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

Page 26: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

26 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[49] Melalui seksyen 123 ini juga boleh disimpulkan bahawa, kesan keputusan prosiding di

hadapan mana-mana Pendaftar yang dibuat dalam bidangkuasanya seperti yang

diperuntukkan di dalam Enakmen ini mempunyai kesan yang sama dan setaraf dengan

keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah. Oleh itu, sekiranya ada mana -

mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang pada hari ini terlalu teruja membuat

keputusan yang dalam bidangkuasa Pendaftar maka, Hakim tersebut telah membuat satu

keputusan yang melangkaui bidangkuasanya. Kesan dari itu, keputusan Hakim

Mahkamah Rendah tersebut boleh disifatkan sebagai tidak sah di sisi Undang-Undang.

Tindakan ini perlu dihentikan serta merta. Prinsip ini telah dibentuk dengan begitu

mantap dalam satu kes Rayuan Syariah dalam Noh Bin Atan v. Shakila JH (1998)

JLD.XII BHG 1, di mana Panel tersebut memutuskan dalam penghakimannya "Wakil

yang kena tuntut mengemukakan kepada Mahkamah mengenai bidangkuasa Mahkamah

ini walaupun terlewat tapi perkara ini adalah penting kerana ia menetukan bidangkuasa,

tanpa bidangkuasa, perbicaraan dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah adalah tidak

sah". Jelas dinyatakan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor bahawa

terdapat pembahagian kuasa antara Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' dengan

Hakim Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Selangor.

[50] Melalui seksyen ini juga dapat difahami bahawa, hanya Mahkamah yang mempunyai

kuasa-kuasa Rayuan Syariah sahaja yang boleh mengakas keputusan pendaftar yang

dibuat dalam bidangkuasanya vice versa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Rendah.

Saya senaraikan di sini antara bidangkuasa Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju'

dan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah dalam Hal Ehwal Perkahwinan, Perceraian

dan Rujuk seperti yang telah termaktub di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Selangor) 2003:

SEKSYEN TAJUK BIDANGKUASA

PENDAFTAR

NCR

Mahkamah

Rendah

Mahkamah

Tinggi

Page 27: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

27 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Syariah Syariah

8 Keizinan untuk

melangsungkan

perkahwinan seseorang

orang belum dewasa

12(2) vide kepada

laporan sisatan

dibawah seksyen

27

Perintah bagi pendaftaran

perkahwinan yang

dilangsungkan

berlawanan dengan

Enakmen (Dalam Negeri

Selangor)

7(2), 13 dan 18 Pelantikan Wali Am √

14(2)(b)(iii) Pengesahan Janda √

14 (3) Janda Berhias √

15 Mungkir Janji Untuk

Berkahwin √

16 dan 17 Kebenaran berkahwin √

20 Kebenaran

melangsungkan aqad

nikah di luar kariah atau

di mana-mana Negeri

20(3)(b) vide

Kebenaran

berkahwin

Enakmen negeri

berkaitan

Pengendorsan Kebenaran

berkahwin di dalam

Negeri Selangor oleh

Pasangan yang datang

dari Luar Negeri

(Kebenaran Pendaftar)

20(3)(b) vide

Perintah Wali Raja

Pengendorsan Kebenaran

berkahwin di dalam √

Page 28: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

28 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Enakmen negeri

berkaitan

Negeri Selangor oleh

Pasangan yang datang

dari Luar Negeri

(Kebenaran Wali Raja)

23 Kebenaran berkahwin

Poligami, Pengesahan

Nikah Poligami dan

daftar nikah Poligami.

27 Siasatan terhadap

Laporan Perkahwinan

yang tidak sah atau tidak

legal (Pengesahan Nikah)

31(2) Membuat keputusan

sama ada mendaftar atau

tidak mendaftar

perkahwinan Luar Negeri

bagi perkahwinan yang

belum didaftarkan

33 Pendaftaran sukarela bagi

perkahwinan yang belum

didaftarkan (Sebelum

atau selepas tarikh yang

ditetapkan) 1 Januari

2004

42 Membetulkan kesilapan

dalam Daftar

perkahwinan

47(14) Perakuan Jawatankuasa

Pendamai √

Page 29: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

29 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

52(1)(2)(3)(4)(5)(6) Pengesahan dan

Pendaftaran Ruju' √

52(8)(9) Perintah hidup semula

sebagai suami isteri √

[51] Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah lacuna bagi Tatacara rayuan di bawah 123

bagi keputusan yang dibuat oleh pendaftar kerana ianya tidak diperuntukkan secara jelas

di dalam mana-mana undang-undang termasuk tatacara Mal Mahkamah Syariah. Ia

adalah satu perkara yang perlu difikirkan oleh penggubal Undang-Undang di Negeri

Selangor bagi memastikan kelangsungan kes-kes yang berada di dalam bidangkuasa

Pendaftar. Bagi keputusan Hakim mahkamah Rendah, ianya bukan satu isu kerana telah

diperuntukkan secara jelas di dalam Bahagian XVII Rayuan Seksyen 138 hingga 146 di

dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 .

[52] Kesimpulan Dapatan:

1. Pernikahan Pemohon dan Responden adalah Nikah Luar Negeri Selangor dan tidak

tertakluk kepada pendaftaran di bawah Seksyen 12(2)

2. Pernikahan pemohon tidak boleh didaftarkan kerana ia telah didaftarkan sesuai dengan

kehendak seksyen 31(1)

3. Tiada sijil Nikah Negeri Selangor boleh dikeluarkan kepada pernikahan yang telah

didaftarkan sesuai dengan kehendak Undang-Undang tempat mereka berkahwin. Jika

belum didaftarkan maka acara pendaftaran itu boleh dibuat dengan memenuhi kehendak

seksyen 31(2).

4. Pemohon dan Responden boleh memohon untuk Mahkamah mengiktiraf pernikahan Luar

Negeri mereka dengan mengemukakan permohonan di bawah seksyen 109.

Page 30: lwn - jakess.gov.my 2019/SNAY lwn NM.pdf · luar kariah mastautin perempuan atau di dalam mana-mana Negeri tersebut hanya boleh diberikan bagi maksud tempat aqadnikah itu diupacarakan

30 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

5. Pengesahan nikah bukan tanggungjawab Mahkamah tetapi menjadi tanggungjawab

Pendaftar sekiranya ada dilaporkan oleh mana-mana orang sesuai dengan kehendak

seksyen 27.

6. Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mana-mana pendaftar yang dibuat

dalam bidangkuasanya yang diperuntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam negeri Selangor boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah seperti yang

dinyatakan dalam seksyen 123.

KEPUTUSAN

Mahkamah memerintahkan;

Mengesahkan Pernikahan Pemohon dan Responden

Pernikahan Pemohon dan Responden tidak boleh didaftarkan kerana ia telah didaftarkan di

bawah satu Undang-undang bertulis yang lain. Pendaftaran itu boleh disifatkan sebagai satu

daftar di bawah Enakmen ini sahaja.