hh lwn lah - jakess.gov.my v lah.pdf · rekod rayuan. beliau telah membuat dapatan fakta bahawa...

13
1 HH Lwn LAH [Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Kes rayuan No. 10000-023-0078-2015, YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim b. Lembut (Pengerusi) , YA Dato’ Seri Dr. Md. Yusup b. Che Teh (Ahli Panel), YA Datuk Aidi b. Moktar (Ahli Panel)] [11 Ramadhan 1438H bersamaan pada 6 Jun 2017M] Undang-undang Keluarga Islam - Tuntutan Tunggakan Nafkah di bawah seksyen 70 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 Fakta Kes [1] Pada 13/4/2011 Perayu telah memfailkan tuntutan nafkah tertunggak tempat tinggal terhadap Responden berdasarkan Seksyen 70 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Tuntutan Perayu adalah sebanyak RM723.10 sebulan bermula Februari 1983 sehingga 31 Januari 2011 iaitu selama 28 tahun (336 bulan). Perayu menuntut RM723.10 x 336 bulan berjumlah RM242,961.60. Jumlah RM723.10 sebulan tersebut adalah jumlah ansuran bulanan yang Perayu bayar bagi pinjaman perumahan LLN yang dibuatnya. Tuntutan ini difailkan selepas perceraian berlaku di antara pihak-pihak. [2] Dalam tempoh yang dituntut tersebut, Perayu dan Responden telah tinggal di rumah XXX, 47400 Petaling Jaya, Selangor. Rumah tersebut telah dibeli pada Februari 1982 dan didaftar di atas nama Perayu. Perayu telah bersara pada 1/2/2000 dan menjadi surirumah sepenuh masa. Responden pula bersara pada 23/4/2010. [3] Perayu dan Responden telah tinggal di rumah tersebut sehingga berlaku perceraian pada 31/1/2011.

Upload: others

Post on 31-Oct-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

1

HH Lwn LAH

[Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Kes rayuan No. 10000-023-0078-2015, YAA Tan

Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim b. Lembut (Pengerusi) , YA Dato’ Seri Dr. Md. Yusup b. Che

Teh (Ahli Panel), YA Datuk Aidi b. Moktar (Ahli Panel)]

[11 Ramadhan 1438H bersamaan pada 6 Jun 2017M]

Undang-undang Keluarga Islam - Tuntutan Tunggakan Nafkah di bawah seksyen 70 Enakmen

Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Fakta Kes

[1] Pada 13/4/2011 Perayu telah memfailkan tuntutan nafkah tertunggak tempat tinggal

terhadap Responden berdasarkan Seksyen 70 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam

(Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Tuntutan Perayu adalah

sebanyak RM723.10 sebulan bermula Februari 1983 sehingga 31 Januari 2011 iaitu

selama 28 tahun (336 bulan). Perayu menuntut RM723.10 x 336 bulan berjumlah

RM242,961.60. Jumlah RM723.10 sebulan tersebut adalah jumlah ansuran bulanan yang

Perayu bayar bagi pinjaman perumahan LLN yang dibuatnya. Tuntutan ini difailkan

selepas perceraian berlaku di antara pihak-pihak.

[2] Dalam tempoh yang dituntut tersebut, Perayu dan Responden telah tinggal di rumah

XXX, 47400 Petaling Jaya, Selangor. Rumah tersebut telah dibeli pada Februari 1982

dan didaftar di atas nama Perayu. Perayu telah bersara pada 1/2/2000 dan menjadi

surirumah sepenuh masa. Responden pula bersara pada 23/4/2010.

[3] Perayu dan Responden telah tinggal di rumah tersebut sehingga berlaku perceraian pada

31/1/2011.

Page 2: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

2

[4] Pada 29/10/2015, YA Hakim Bicara telah memutuskan menolak keseluruhan tuntutan

Perayu.

[5] Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

tersebut dan pada 11/11/2015 telah memfailkan Notis Rayuan. Perayu telah memberikan

5 Alasan Rayuan seperti mana di mukasurat 272-274 Rekod Rayuan.

Peguam Syarie

Perayu : diwakili oleh Mohd Nooraizan bin Md Idros dari Tetuan

Nooraizan & Partners.

Responden :diwakili oleh Siti Khadijah binti Aminuddin dari Tetuan M.A &

Associates.

Kitab - kitab yang dirujuk

1. Al Ahkam Al Adliyyah perkara 67

2. Fathu al-Wahhab Bisyarhi Manhaj al Tullab juz 2

3. Syeikh Zayn al-Din al-Malibariy di dalam kitabnya Fath al-Muín bi Syarah Qurrat al-Áyn bi

Muhimmat al-Din, (inayah-anotasi drpd Bassam Abd al-Wahhab al-Jabiy), Dar Ibn Hazm: Beirut,

hal. 540.

4.“ روضة الطالبين” oleh al-Imam an-Nawawi (wafat 676) hlm 399 , jld 6 , cetakan Dar al-Kutab al-

‘Ilmiyyah 2000M , Beirut Lubnan.

Kes - kes yang dirujuk

1. Halim Azman Sulaiman lwn Norizam binti Mohd Lazim (2004)CLJ(Sya)86:

2. Norizam binti Mohd Lazim lwn Halim Azman Sulaiman (1995) JH10(1) 65

Page 3: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

3

Penghakiman oleh YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim b. Lembut (Pengerusi) , YA Dato’

Seri Dr. Md. Yusup b. Che Teh (Ahli Panel), YA Datuk Aidi b. Moktar (Ahli Panel),

HMRYS.

[6] Berdasarkan Alasan Rayuan serta hujah-hujah yang difailkan oleh kedua-dua pihak,

terdapat 3 isu yang perlu kami sentuh dalam memutuskan rayuan ini iaitu;

1. Sama ada Hakim Bicara telah gagal mempertimbangkan fakta bahawa Responden di

sepanjang perkahwinan tidak pernah menyediakan rumah untuk dihuni Perayu atau

menanggung tempat tinggal yang dihuni Perayu.

2. Sama ada Hakim Bicara gagal mengiktiraf wujudnya tuntutan daripada Perayu

terhadap Responden ketika tempoh perkahwinan supaya Responden membeli rumah

yang sesuai atau membayar bayaran tempat tinggal dan gagal mempertimbangkan

tiadanya keterangan daripada Perayu bahawa beliau redha membayar bayaran

bulanan rumah.

3. Sama ada Hakim Bicara gagal meneliti kemampuan Responden berdasarkan

keterangan dan dokumen-dokumen bahawa Responden mempunyai pendapatan

lebihan yang banyak walau pun setelah memberi nafkah tunai bulanan kepada Perayu

dan sama ada Hakim Bicara terkhilaf meletakkan beban bukti kepada Perayu untuk

membuktikan kos-kos perbelanjaan bulanan diri Perayu dan anak-anak.

[7] Kami telah meneliti Rekod Rayuan dan setiap hujah kedua-dua pihak dan akan mengulas

isu yang dinyatakan tadi satu persatu.

Isu Pertama: Sama ada Hakim Bicara telah gagal mempertimbangkan fakta bahawa

Responden di sepanjang perkahwinan tidak pernah menyediakan rumah untuk dihuni

Perayu atau menanggung tempat tinggal yang dihuni Perayu.

Page 4: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

4

[8] Perayu menghujahkan bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira

pengakuan Responden semasa disoal balas pada 13/7/2015 bahawa beliau tidak pernah

menyediakan rumah untuk diduduki oleh Perayu. Perayu menyatakan keterangan ini jelas

menunjukkan bahawa Responden telah tidak menyediakan rumah sebagai tempat tinggal

Perayu sebagaimana kewajipan suami kepada isteri. Apabila ikrar ini dilafazkan, maka ia

telah mengikat Responden berkenaan tuntutan tersebut.

[9] Responden menghujahkan bahawa walaupun dia tidak menyediakan rumah untuk Perayu

tetapi di dalam keterangannya jelas bahawa setiap bulan Responden telah memberikan

wang tunai kepada Perayu untuk keperluan rumah tangga termasuk makan minum,

pakaian dan tempat tinggal. Wang tunai yang diberikan kepada Perayu setiap bulan ialah

antara RM1,000.00 sehingga RM4,500.00. Jumlah ini meningkat dari tahun ke setahun

sejak awal perkahwinan sehingga mereka bercerai, mengikut takat pendapatan

Responden. Responden menyatakan bahawa Perayu telah bersara pada 1/2/2000 dan

Perayu selepas bersara adalah sebagai suri rumah sepenuh masa maka, Responden

menghujahkan bahawa wang untuk membayar rumah Damansara Utama ini adalah dari

wang nafkah yang diberi oleh Responden pada setiap bulan sehinggalah mereka bercerai.

Walaupun Responden tidak menyediakan tempat tinggal secara fizikal, tetapi membayar

balik jumlah ansuran yang dibayar oleh Perayu dalam bentuk wang tunai. Maka tidak

timbul lagi tunggakkan tempat tinggal sepertimana yang didakwa Perayu kerana sudah

dilangsaikan oleh Responden setiap bulan sepanjang mereka tinggal di rumah Damansara

Utama.

[10] Kami merujuk kepada keterangan Responden di muka surat 124 Rekod Rayuan:-

“saya tidak menyatakan atau mengkhususkan wang tersebut untuk tujuan apa. Apabila

saya serahkan kepada Plaintif, Plaintif tahu tujuan wang tersebut diberikan untuk

keperluan rumahtangga iaitu untuk nafkah Plaintif, nafkah anak-anak dan termasuklah

untuk tempat tinggal.”

Page 5: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

5

[11] Seterusnya, kami merujuk kepada Alasan Penghakiman YA Hakim Bicara di dalam

Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-

pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu kerana pada masa itu

Responden tidak layak untuk membuat pinjaman perumahan LLN (kini dikenali sebagai

TNB) disebabkan belum mencapai tempoh perkhidmatan 5 tahun. Rumah tersebut

dipersetujui dibayar ansuran bulanannya oleh Perayu. Seterusnya Hakim Bicara telah

membuat 3 dapatan undang-undang berdasarkan isu ini iaitu:

1. bahawa sebelum berlakunya perceraian, pihak-pihak telah tinggal dalam tempoh

masa yang begitu lama di rumah Damansara Utama dengan membesarkan anak-

anak lebih kurang 28 tahun (1983-2011).

2. Perayu tidak membuat tuntutan nafkah tempat tinggal dalam tempoh perkahwinan

pihak-pihak.

3. Mahkamah berpendapat bahawa Perayu telah bersikap redha dalam membantu

Responden untuk membeli rumah Damansara Utama sebagai rumah kelamin

mereka.

[12] Hakim bicara menyatakan Responden tidak menyediakan tempat tinggal untuk diduduki

oleh Perayu, walaubagaimanapun setiap bulan Responden telah memberikan wang tunai

kepada Perayu. Fakta wang tunai yang diberikan Responden ini diakui Perayu dan Hakim

Bicara telah merumuskan berkenaannya di perenggan (31) Alasan Penghakiman di ms

263 Rekod Rayuan. Hakim Bicara menyatakan lagi bahawa oleh kerana tiada bukti

dikemukakan Perayu berkenaan perbelanjaan hasil dari pemberian nafkah bulanan oleh

Responden, maka Hakim Bicara telah membuat dapatan bahawa pemberian wang tunai

oleh Responden adalah termasuk untuk keperluan nafkah tempat tinggal rumah

Damansara Utama berdasarkan penilaian keperluan dharuriyyat memandangkan

Page 6: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

6

perbelanjaan anak-anak telah diperakui oleh SP1 dan SP2, yang merupakan anak-anak

pihak-pihak, dalam keterangan mereka.

[13] Di dalam isu ini kami mendapati bahawa Responden mengakui tidak menyediakan rumah

kediaman untuk Perayu dan keluarga, namun Responden secara konsisten telah

menyediakan nafkah sebagaimana yang diulas oleh Hakim Bicara. Fakta penyediaan

nafkah tersebut diakui oleh Perayu (mukasurat Rekod Rayuan). Oleh yang demikian,

walaupun Responden tidak menyediakan rumah sebagaimana yang didakwa Perayu

namun kami berpendapat nafkah bulanan secara konsisten adalah suatu nafkah yang

secara umumnya merangkumi nafkah makan, pakaian, peralatan untuk membersih,

peralatan rumah, tempat tinggal dan pembantu (jika dia sudah biasa mempunyai

pembantu sebelum berkahwin). Sangat luar biasa bagi seorang suami di dalam tempoh

perkahwinan memperincikan nafkah yang diberikan kepada isterinya kepada pecahan

nafkah-nafkah sebagaimana yang kami nyatakan tersebut.

[14] Selain itu, di dalam isu ini kami bersetuju dengan ulasan Hakim Bicara yang menyatakan

bahawa tuntutan ini adalah tidak munasabah kerana tuntutan nafkah tempat tinggal

ditimbulkan dalam tempoh masa yang lama yang mana telah bercampur-campur

sumbangan pihak-pihak dalam keluarga. Beliau telah merujuk kepada kes Norizam binti

Mohd Lazim lwn Halim Azman Sulaiman (1995) JH10(1) 65 di mana YA Hakim telah

menyatakan:

“Sebaliknya kalau segala perbelanjaan makan minum dan lain-lainnya dibelanjakan

suami dan isteri makan bersama-sama dengan suami seperti adat kebiasaan dan isteri

redha dengan keadaan itu maka gugurlah nafkahnya. Fathu al-Wahhab Bisyarhi Manhaj

al Tullab juz 2 mukasurat 116 menyatakan:

ها بأكلها عنده( برضاها )كالعادة وهي رشيدة أو( غير رشيدة)وتسقط نفقت

Bermaksud: “...dan gugurnya nafkahnya dengan ia makan bersamanya (suami) dengan

redhanya (isteri) seperti adat biasa dan ia telah matang... “

Page 7: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

7

[15] Seterusnya beliau telah merujuk YAA Prof Ahmad bin Ibrahim di dalam kes Halim

Azman Sulaiman lwn Norizam binti Mohd Lazim (2004) CLJ (Sya) 86:

“... dalam hal keadaan itu, mereka biasanya bermuafakat mengenai perbelanjaan

rumahtangga, dengan tiap-tiap mereka menyumbang untuk menampung perbelanjaan

itu. Adalah jelas bahawa jika sumbangan yang dibuat oleh suami kepada perbelanjaan

rumahtangga itu adil dan patut, soal pembayaran nafkah isteri tidak timbul lagi. Dan,

jika terjadi perceraian, tidaklah adil jika isteri itu menuntut tunggakan nafkah dari

suaminya untuk masa perkahwinan mereka sebagai hutang dari suami itu.”

[16] Hakim Bicara seterusnya telah merujuk kepada kaedah fiqh:

ال ينسب الى ساكت قول ولكن السكوت في مغرض الحاجة بيان

Bermaksud:

“Suatu perkataan/pendapat tidak dinisbahkan kepada orang yang diam. Namun, sikap

diam pada saat diperlukan (untuk berpendapat) maka itu dianggap sebagai sebuah

penjelasan.”

Berdasarkan kaedah fiqh ini, Hakim bicara menyatakan tiadanya apa-apa tindakan yang

dibuat oleh Perayu berkenaan nafkah oleh Responden di sepanjang tempoh

perkahwinannya adalah qarinah redhanya Perayu terhadap nafkah-nafkahnya.

[17] Berdasarkan kepada fakta-fakta dan alasan penghakiman Hakim Bicara, kami

berpendapat Perayu gagal menunjukkan kepada kami di sepanjang tempoh perkahwinan

selama 28 tahun itu berlangsung pada bila-bila masa, Perayu ada membuat tuntutan sama

ada secara lisan atau secara undang-undang untuk mendapatkan haknya berkenaan nafkah

tempat tinggal. Sepanjang tempoh 28 tahun itu Perayu telah menerima nafkah tanpa soal

dan nafkah itu termasuklah nafkah tempat tinggal.

Page 8: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

8

[18] Oleh yang demikian tidak berbangkit persoalan sama ada Responden gagal atau tidak

menyediakan nafkah tempat tinggal kepada Perayu kerana isu ini tidak pernah menjadi

pertikaian Perayu sepanjang tempoh 28 tahun perkahwinan mereka.

Isu Kedua: Sama ada Hakim Bicara gagal mengiktiraf wujudnya tuntutan daripada

Perayu terhadap Responden ketika tempoh perkahwinan supaya Responden membeli

rumah yang sesuai atau membayar bayaran tempat tinggal dan gagal mempertimbangkan

tiadanya keterangan daripada Perayu bahawa beliau redha membayar bayaran bulanan

rumah.

[19] Perayu mendakwa Hakim Bicara tidak mengambil kira dan tidak mengulas hujah Perayu

semasa penghujahan di mahkamah bicara di dalam Alasan Penghakimannya, wujudnya

permintaan daripada Perayu kepada Responden untuk menyediakan rumah lain atau

membayar semula bayaran rumah Damansara Utama ketika dalam tempoh perkahwinan.

Kedua-dua saksi Perayu menyokong dakwaan berkenaan Perayu pernah meminta

Responden menyediakan rumah lain yang lebih selesa.

[20] Di dalam perkara ini, Responden mengakui adanya permintaan Perayu untuk membeli

rumah lain, namun Responden menyatakan bahawa rumah di Damansara Utama itu

adalah sudah mencukupi dan bersesuaian dengan keluarga mereka. Responden

menghujahkan bahawa permintaan membeli rumah lain bukannya suatu tuntutan untuk

Responden menyediakan nafkah tempat tinggal.

[21] Kami merujuk kepada Alasan Penghakiman Hakim Bicara, dan kami mendapati perkara

tersebut tidak diulas oleh Hakim Bicara. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada

ulasan kami di perenggan [13] di atas, sebagaimana dapatan kami, nafkah yang diberikan

Responden adalah merangkumi nafkah tempat tinggal. Maka permintaan Perayu untuk

mendapatkan sebuah rumah yang lebih selesa tidaklah boleh diertikan bahawa Perayu

telah dinafikan haknya untuk mendapat nafkah tempat tinggal ketika itu. Hukum Syarak

Page 9: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

9

menjelaskan bahawa tempat tinggal yang wajib disediakan oleh suami adalah setakat

kemampuan suami ketika itu.

[22] Selanjutnya Perayu mendakwa bahawa tiadanya keterangan daripada Perayu bahawa

beliau redha membayar bayaran bulanan rumah sedangkan Hakim bicara telah

berpendapat bahawa Perayu telah bersikap redha membantu Responden untuk membeli

rumah Damansara Utama sebagai tempat tinggal kelamin dan menyatakan bahawa adalah

suatu tuntutan yang tidak munasabah apabila tuntutan tunggakan nafkah tempat tinggal

ditimbulkan dalam tempoh masa yang lama dan telah bercampur-campur dengan

sumbangan pihak-pihak dalam keluarga.

[23] Perayu menghujahkan bahawa Hakim bicara telah terkhilaf kerana tiada keterangan

daripada Perayu yang menyatakan Perayu redha untuk membayar bayaran ansuran rumah

Damansara Utama sejak dibeli. Perkara ini tidak disoal atau dibuktikan oleh Peguam

Responden semasa perbicaraan. Oleh kerana tidak ada fakta dari keterangan di hadapan

Hakim bicara bahawa Perayu redha dengan keadaan tersebut, maka Hakim bicara

terkhilaf menyatakan Perayu telah bersikap redha membantu Responden membayar

rumah Damansara Utama.

[24] Responden menghujahkan Hakim Bicara telah betul membuat dapatan bahawa Perayu

gagal membuktikan ada membuat tuntutan nafkah tempat tinggal kepada Responden

sepanjang tempoh perkahwinan kerana adalah suatu tuntutan yang tidak munasabah

apabila tuntutan tunggak nafkah isteri tertunggak timbul dalam tempoh masa yang

panjang dan lama dan telah bercampur dengan sumbangan pihak-pihak dalam keluarga.

Dengan berlalunya tempoh masa ini, Hakim bicara telah menyatakan Perayu telah

bersikap redha dalam membantu suaminya untuk membeli rumah Damansara Utama

sebagai rumah kelamin. Tanpa mengambil tindakan undang-undang sepanjang tempoh

perkahwinan yang panjang adalah sebahagian dari maksud redha. Tiada sebarang

tuntutan tunggakan nafkah tempat tinggal telah difailkan oleh Perayu dalam tempoh

perkahwinan sebelum berlakunya perceraian. Tuntutan ini hanya timbul setelah

Page 10: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

10

Responden menceraikan Perayu. Responden merujuk kepada kitab Al Ahkam Al Adliyyah

perkara 67 yang bermaksud:

“Orang yang diam tidak dinisbahkan sesuatu perkataan kepadanya tetapi diam pada

waktu keperluan menunjukkan suatu perisytiharan (pengakuan). Maksudnya tidak boleh

dikatakan kepada orang yang diam itu yang dia telah berkata sesuatu. Tetapi diam

dalam perkara yang mesti dia bercakap merupakan suatu pengakuan dan penjelasan.”

[25] Berkenaan isu ini, kami bersetuju bahawa Perayu di sepanjang prosiding tidak pernah

menyatakan redha terhadap situasi tersebut di sepanjang tempoh perkahwinan.

Walaubagaimana pun, kami merujuk perenggan [14] sehingga perenggan [18] di atas dan

ianya secara jelas menunjukkan qarinah bahawa Perayu bersetuju dengan kecukupan

nafkah yang telah disediakan oleh Responden dalam tempoh perkahwinan 28 tahun.

Qarinah redha itu ialah apabila Perayu tidak pernah mempersoalkan atau

membangkitkan tentang ketidakcukupan nafkah pada waktu itu. Sepanjang tempoh itu,

Perayu tidak menunjukkan apa-apa tanda atau pernyataan kepada Responden atau

mendakwa di mahkamah bahawa beliau tidak bersetuju dengan keadaan tersebut. Maka

kami bersetuju dengan hujahan Responden bahawa tanpa sebarang tindakan yang diambil

Perayu telah menunjukkan qarinah persetujuan Perayu terhadap pemberiaan nafkah

Responden termasuklah nafkah tempat tinggal.

Isu ketiga : Sama ada Hakim Bicara gagal meneliti kemampuan Responden berdasarkan

keterangan dan dokumen-dokumen bahawa Responden mempunyai pendapatan lebihan

yang banyak walau pun setelah memberi nafkah tunai bulanan kepada Perayu dan sama

ada Hakim Bicara terkhilaf meletakkan beban bukti kepada Perayu untuk membuktikan

kos-kos perbelanjaan bulanan diri Perayu dan anak-anak.

[26] Berkenaan isu ketiga berkaitan dengan dakwaan Perayu yang menyatakan Hakim Bicara

telah gagal meneliti kemampuan Responden berdasarkan keterangan dan dokumen-

dokumen yang dizahirkan di Mahkamah, kami berpendapat isu ini tidak relevan dengan

Page 11: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

11

tuntutan nafkah tempat tinggal. Segala fakta yang dibentangkan Perayu berkenaan

kemampuan Responden telah dijawab sendiri dengan keterangan Perayu yang mengakui

menerima nafkah bulanan daripada Responden bermula RM1000.00 di awal perkahwinan

sehinggalah mencapai RM4,500.00. Sama ada cukup atau ianya tidak dan setimpal

dengan pendapatan Responden ketika itu tidak menjadi persoalan, kerana ianya tidak

pernah dibangkitkan Perayu ketika tempoh perkahwinan tersebut. Perayu sepatutnya pada

ketika berlakunya ketidakcukupan nafkah bulanan hendaklah bersegera mengambil apa-

apa tindakan bagi mendapatkan haknya pada ketika berlakunya ketidakcukupan itu. Oleh

yang demikian, isu ini tidak rekevan untuk kami ulas.

[27] Selanjutnya, kami dengan penuh hormat merujuk pihak-pihak berkenaan kewajaran

sesuatu tuntutan tunggakan nafkah tempat tinggal di mana selepas berlalunya masa yang

panjang, tuntutan ini telah berbangkit di Mahkamah. Ianya adalah seumpama kes di

hadapan kami ini. Untuk itu kami merujuk kepada Syeikh Zayn al-Din al-Malibariy di

dalam kitabnya Fath al-Muín bi Syarah Qurrat al-Áyn bi Muhimmat al-Din, (inayah-

anotasi drpd Bassam Abd al-Wahhab al-Jabiy), Dar Ibn Hazm: Beirut, hal. 540 yang

memberikan pandangan berkenaan gugur atau tidak tuntutan nafkah tempat tinggal

dengan berlalunya masa, sebagaimana berikut;

Bermaksud;

Page 12: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

12

..............................................................................................................................................

..............................................................................................................................................

............................

Maka adapun tempat tinggal, ianya adalah tempat bersenang lenang sahaja dan ianya

boleh gugur dengan berlalunya masa, kerana tempat tinggal itu digunakan semata-mata

untuk mengambil manfaat sahaja sebagaimana pembantu rumah,

..............................................................................................................................................

.................................................................

[28] Manakala di dalam kitab “ روضة الطالبين” oleh al-Imam an-Nawawi (wafat 676) hlm 399 ,

jld 6 , cetakan Dar al-Kutab al-‘Ilmiyyah 2000M , Beirut Lebonan turut menyentuh isu

nafkah tempat tinggal;

عضها ، ولم تطلب حق السكن ، سقط ولم يصر دينا في الذمة عدة ، او بإذا مضت ال

Terjemahan :

“Apabila telah tamat eddah atau pun separuh eddah telah berlalu, isteri tidak

menuntut nafaqah tempat tinggal, maka gugur haknya untuk menuntut tempat tinggal

dan tidak menjadi hutang ke atas suaminya“.

[29] Merujuk nas di atas, jika hak seorang isteri yang telah diceraikan suaminya tidak lagi

boleh menuntut nafkah tempat tinggal ketika beriddah, selepas berlalunya tempoh iddah

isteri itu, maka bagi tuntutan isteri berkenaan nafkah tempat tinggalnya yang telah berlalu

di dalam tempoh perkahwinan sebelum ini, ianya lebih-lebih lagi tidak dibenarkan. Jika

ia dibenarkan maka ianya akan memprejudis hak dan keadilan kepada pihak suami.

[30] Berdasarkan nas-nas di atas, dalam kes seumpama ini kami berpendapat hak seorang

Page 13: HH Lwn LAH - jakess.gov.my v LAH.pdf · Rekod Rayuan. Beliau telah membuat dapatan fakta bahawa atas perbincangan pihak-pihak, rumah Damansara Utama telah dibeli atas nama Perayu

13

isteri untuk menuntut nafkah tempat tinggal tertunggak telah gugur kerana tempoh masa

yang diambilnya untuk kembali membuat tuntutan terlalu lama.

[31] Di dalam kes ini, tuntutan yang dibuat Perayu adalah untuk tempoh perkahwinan

sepanjang 28 tahun dan kami berpuashati Perayu gagal menunjukkan kepada kami apa-

apa tindakan terdahulu berkenaan tuntutan ini dalam tempoh perkahwinan berlangsung

dan kami mengukuhkan dapatan Hakim Bicara bahawa Responden telah menyediakan

nafkah tempat tinggal secara konsisiten sepanjang tempoh perkahwinan itu.

KEPUTUSAN

Setelah Mahkamah meneliti Notis Rayuan, Alasan Rayuan, Rekod Rayuan dan hujah kedua-dua

pihak, kami sebulat suara memutuskan:-

1. Rayuan Perayu DITOLAK.

2. Perayu dikenakan kos terhadap Responden sebanyak RM2000.00.