nlb malay graded reading list (pri)

18

Upload: others

Post on 11-Nov-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NLB Malay Graded Reading List (Pri)
Page 2: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

PENGENALAN

Senarai buku ini telah disusun mengikut tema supaya mudah dihayati oleh para

pelajar. Diharapkan buku-buku yang dipilih dapat memupuk minat pelajar

untuk meluaskan dan mempelbagaikan bahan bacaan mereka.

Selamat membaca!

Page 3: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

Senarai Buku Sekolah Rendah

Senarai Buku Sekolah Menengah

Darjah 1 – 2

Darjah 3 – 4

Darjah 5 – 6

3

7

11

16

20

24

Menengah 1 - 2

Menengah 3 - 5

Koleksi Cerpen dan Puisi Singapura

KANDUNGAN

Keterangan

Mudah Difahami

Sederhana

Mencabar

Page 4: NLB Malay Graded Reading List (Pri)
Page 5: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

3

Darjah 1 - 2

Koleksi Singapura

Judul: Payung Datuk Adil (Siri Aksi Adil)Penulis: Rilla Melati BahriNombor Panggilan: J SING RIL

Datuk Adil memiliki sebatang payung yang ajaib! Ikuti pengembaraan Adil dan datuknya bersama payung istimewa itu.

Hak Cipta Terpelihara. Mini Monsters, 2016.

Judul: Ampun Tuanku! (Projek #100 Buku, #11)Penulis: Haiman NuhaNombor Panggilan: JP HAI

“Ampun, tuanku.” Haikal ketakutan apabila tiba-tiba lipas dan semut gergasi datang menyembah kepadanya. Mereka mengisytiharkan bahawa Haikal ialah raja bagi wilayah makhluk gergasi. Adakah Haikal harus tinggal bersama rakyat yang sangat menggerunkan itu?

Hak Cipta Terpelihara. Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf, 2015.

Judul: Kembara ke Komet (Siri Cerita Fantasi Kanak-kanak)Penulis: MF KencanaNombor Panggilan: JP MFK

Hanif dan Nizam disedut oleh sebuah buku ganjil di perpustakaan. Mereka dibawa ke Negara Komet yang dipenuhi makhluk-makhluk asing. Apakah yang akan terjadi kepada mereka?

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014.

Aksi dan Pengembaraan

Cereka Sains

Page 6: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

4

Judul: Hero Ibu (Siri Ari] Ingin Tahu, #2)Penulis: Jumaini Ari]Nombor Panggilan: J JUM

Ari] diamanahkan oleh ayahnya untuk menjaga ibu dan adiknya, Qiyah. Apabila Ari] terdengar jeritan ibu dan Qiyah meminta tolong, sepantas kilat Ari] berubah menjadi Pendekar Ari]! Dapatkah dia menyelamatkan mereka daripada ancaman yang dihadapi?

Hak Cipta Terpelihara. Pustaka Nasional, 2013.

Judul: Budak yang Pemarah (Koleksi Cerita Adik Mulia)Penulis: Rattana KodchanatNombor Panggilan: JP KOD

Marika ialah seorang budak perempuan yang pemarah. Dapatkah keluarga Marika membantu beliau mengubah sifat pemarahnya?

Hak Cipta Terpelihara. Penerbitan Pelangi, 2015.

Judul: Yaya Permata HatikuPenulis: Hasniah HussainNombor Panggilan: JP HAS

Yaya tertidur sewaktu membaca buku cerita di bawah sebatang pokok. Apabila Yaya terjaga, dia mendapati dirinya boleh mengubah rupa mengikut kehendak hati!

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.

Aksi dan Pengembaraan

Cereka Realistik

Fantasi

Page 7: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

5

Cereka Mergastua

Fantasi

Cereka Sains

Judul: Siapa Juara (Siri Haiwan Teladan)Penulis: Zainun MustaphaNombor Panggilan: JP ZAI

Sang Kancil mencabar Sang Kura-kura untuk berlumba lari. Sang Kancil yang sombong itu tidak menjangka bahawa Sang Kura-kura mempunyai pelbagai helah untuk mengalahkannya.

Hak Cipta Terpelihara. Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2013.

Judul: Sarah dan Kerusi AjaibPenulis: Amir SabriNombor Panggilan: JP AMI

Sarah yang gemar membaca buku mempunyai angan-angan untuk terbang tinggi seperti seekor burung. Impian Sarah untuk mengembara menjadi kenyataan apabila sesuatu yang aneh berlaku kepada kerusi kayu kegemarannya.

Hak Cipta Terpelihara. Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf, 2015.

Judul: Dr Bubbles dan Anak DinosaurPenulis: Latfy Anuar LatifNombor Panggilan: JP LAT

Apabila Dr Bubbles bertemu seekor anak dinosaur yang terpisah daripada ibunya di Pusat Sains Negara, beliau berazam untuk menyatukan kembali pasangan ibu dan anak itu. Dengan bantuan Mesin Masa, Dr Bubbles dan anak dinosaur mengembara merentas masa bersama! Dapatkah anak dinosaur bertemu ibunya kembali?

Hak Cipta Terpelihara. Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf, 2014.

Page 8: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

6

Buku Pengetahuan

Buku Pengetahuan

Buku Pengetahuan

Judul: Beluncas (Serangga Yang Menyeramkan)Penulis: Rebecca RissmanNombor Panggilan: JP 595.78 RIS

Menerusi buku ini, pembaca dapat mempelajari maklumat menarik tentang beluncas. Maklumat ini disertaikan dengan gambar-gambar beluncas yang berwarna-warni. Kita juga boleh mempelajari perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama.

Hak Cipta Terpelihara. Alkem Company (S), 2015.

Judul: Jari Seni Si Comel Penulis: Suraya Kahar Nombor Panggilan: J 745.5 SUR

Mari membaca sambil membuat kraf mudah daripada bahan-bahan yang terdapat di rumah kita! Isikan masa lapang anda dengan menghasilkan pelbagai kraf seperti penanda buku, bekas pensel, boneka botol dan banyak lagi.

Hak Cipta Terpelihara, Ana Muslim, 2014.

Judul: Kenali Kehidupan Haiwan SavanaNombor Panggilan: JP 599 KEN

Benarkah haiwan liar amat berbahaya? Mari kenali pelbagai haiwan Savana seperti badak sumbuh putih, singa Afrika dan dubuk.

Hak Cipta Terpelihara. Edukid Publication, 2013.

Page 9: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

7

Darjah 3 - 4

Cereka Realistik

Cereka Teladan

Aksi dan Pengembaraan

Judul: Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya(Cerita Peribahasa untuk Kanak-kanak)Penulis: Maslina Yuso]Nombor Panggilan: JP MAS

Mila mempunyai rambut yang keriting dan besar. Apabila kawan Mila menegur rambutnya yang tidak lurus seperti ibu bapanya, dia berasa sedih. Apakah sebenarnya yang terjadi?

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016.

Judul: Puteri Kelapa Gading (Kisah Dongeng Puteri Purbakala)Penulis: Azlina AhmadNombor Panggilan: JP 398.2 AZL –[FOL]

Tunggal telah dititahkan oleh Sultan untuk meminang seorang puteri cantik yang tinggal di dalam hutan. Namun, sang puteri hanya boleh berkahwin dengan pemuda pilihannya sahaja Berjayakah Sultan menikahinya?

Hak Cipta Terpelihara. Pustaka Master Jaya, 2015.

Judul: Koleksi Buku Cerita Marvel Super HeroesNombor Panggilan: J KOL

Buku ini mengandungi lima buah cerita menarik tentang wira-wira Marvel Super Heroes. Antaranya, wira dalam cerita ini, Peter, ‘Spider-Man yang hebat’, mempunyai kuasa luar biasa untuk mengalahkan lawannya.

Hak Cipta Terpelihara. Parragon Books, 2015.

Page 10: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

8

Koleksi Singapura

Aksi dan Pengembaraan

Cereka Teladan

Komik

Judul: Adam dan Mimpinya: Antologi Cerita Kanak-KanakPenulis-penulis: ASAS 50 (Association) dan Darul AndalusNombor Panggilan: J SING ADA

Mimpi Adam sungguh luar biasa! Ia mengubah Adam daripada seorang budak yang pemalas kepada seorang yang rajin dan mendengar kata orang tuanya. Dua kisah yang lain pula menganjurkan sikap suka tolong menolong, semangat setia kawan dan bersikap rajin turut dipaparkan. Buku ini merupakan pemenang Anugerah Sayembara Novel Temasek.

Hak Cipta Terpelihara. Darul Andalus, 2011.

Judul: Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum (Siri Komik Detektif Yaya)Penulis: Timie ZafiraNombor Panggilan: J TIM

Ayuh ikuti Detektif Yaya menyelesaikan kes-kes misteri bersama rakannya dan dapatkan panduan untuk menjadi detektif yang hebat.

Hak Cipta Terpelihara. PTS Publishing House, 2016.

Judul: Batu Hikmat dan Cerita-Cerita Lain (Siri Pipit)Penyunting-penyunting: Nor Azlin Japar dan Norul Azila ArifinNombor Panggilan: J 398.2 BAT –[FOL]

Nikmatilah empat cerita klasik Melayu yang sarat dengan unsur-unsur teladan. Pembaca dapat meraih kebaikan daripada nilai-nilai moral yang diketengahkan dalam setiap cerita.

Hak Cipta Terpelihara. Kualiti Books, 2013.

Page 11: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

9

Cereka Sains

Cereka Realistik

Fantasi

Komik

Judul: Ekspedisi Ombak Bermula (Siri Pengembaraan Im dan Net)Penulis: FarishNombor Panggilan: J FAR

Im dan rakan-rakannya sedang berkelah di tepi pantai. Tiba-tiba, mereka mendapati robot mereka, Net, hilang! Ikuti ekspedisi mereka meneroka alam haiwan di dasar laut dan menghadapi pelbagai cabaran demi mencari Net.

Hak Cipta Terpelihara. Ana Muslim, 2015.

Judul: Ini Rahsia Kita! (Siri Nilai Murni Adik Muslim)Penulis: Alice TongNombor Panggilan: J TON

Hakim, Chee Meng, Rahim dan Siva telah merosakkan harta benda sekolah dengan tidak sengaja! Mereka merahsiakan kesalahan tersebut. Ikuti juga sebuah cereka lain yang mengisahkan pentingnya sikap bertanggungjawab.

Hak Cipta Terpelihara. Ana Muslim, 2015.

Judul: Kotak Rahsia FaqihahPenulis: Syima SyawalNombor Panggilan: J SYI

Faqihah menyimpan sebuah kotak rahsia di bawah kati. Kotak rahsia itu mengandungi barang kegemarannya yang dibeli daripada Alia, rakan sekolahnya. Malangnya rahsia Faqihah terbongkar apabila ibunya terjumpa kotak itu semasa dia mengemas bilik Faqihah. Apakah yang terjadi seterusnya?

Hak Cipta Terpelihara. Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf, 2013.

Page 12: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

10

Buku Pengetahuan

Buku Pengetahuan

Buku Pengetahuan

Judul: Serangga (Siri Meneroka Sains)Penulis: Yap Hon MinNombor Panggilan: J 595.7 YAP

Bagaimanakah serangga bernafas, membiak dan mempertahankan diri? Ketahui banyak lagi fakta berkenaan serangga melalui siri ‘Meneroka Sains’ ini.

Hak Cipta Terpelihara. Azila Media, 2013.

Judul: Bidalan: Tahun 4, 5, 6, Sekolah Rendah (Siri Panduan Genius, #5)Penulis-penulis: Hassan Noor dan Nor Hanis HashimNombor Panggilan: J 398.9 HAS

Bidalan ialah sejenis peribahasa yang mengandungi teladan, pengajaran dan nasihat. Kumpulan bidalan dalam buku ini disusun mengikut susunan abjad. Matlumat disampaikan dengan penggunaan bahasa indah dan mudah difahami.

Hak Cipta Terpelihara. Sukses Media Akademia, 2014.

Judul: 20 Mainan Terbang: Semua Mainan Terbang Ini Mudah Dibina dan Menggunakan Bahan-Bahan yang Ada di Sekeliling KitaPenulis: Suhaimi MamatNombor Panggilan: J 745.592 SUH

Permainan-permainan dalam buku ini dapat merangsang pemikiran kreatif, mengasah kemahiran menggunakan tangan dan memahami ilmu asas penerbangan.

Hak Cipta Terpelihara. Selangor Yamani Angle, 2013.

Page 13: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

11

Darjah 5 - 6

Cereka Realistik

Judul: Honey, Hati-hati (Siri Novel Ana Muslim)Penulis: Saodah LasimNombor Panggilan: J SAO

Honey ialah seorang remaja yang kerap menghabiskan masanya dengan bermain Candy Crash Sugar. Walaupun dinasihati keluarganya, Honey tetap bersikap sambil lewa dan keras kepala sehingga mendatangkan kesusahan kepada keluarganya. Adakah Honey akan insaf akhirnya?

Hak Cipta Terpelihara. Ana Muslim, 2015.

Aksi dan Pengembaraan

Koleksi Singapura

Komik

Judul: Istana Darah (Siri Adiwira)Penulis: Ng Keng YeowNombor Panggilan: J NG

Profesor IQ dan Degulla merupakan kawan baik yang terputus hubungan sejak sekolah rendah lagi. Kini, Degulla harus berjumpa dengan Profesor IQ untuk mendapatkan pertolongannya mencari ibu bapa Degulla yang hilang. Bolehkah ciptaan terbaru Profesor IQ membantu Degulla?

Hak Cipta Terpelihara. Orbit Buku, 2015.

Judul: Sekolah SeramPenulis: Abdul Rahman BasrunNombor Panggilan: J SING ABD

Lima sahabat sedarjah menceroboh masuk ke dalam sekolah pada suatu malam. Mereka bertanding siapa yang dapat menyampaikan cerita paling menakutkan. Hanya Din yang tidak takut dengan cerita-cerita seram yang disampaikan oleh teman-temannya. Namun, Din tertewas akhirnya. Apakah yang berlaku?

Hak Cipta Terpelihara. Persama Enterprise, 2011.

Page 14: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

12

Fantasi

Cereka Realistik

Aksi dan Pengembaraan

Judul: Kembara TriPenulis: Nora IsaNombor Panggilan: J NOR

Kuasa Kalung Delima Tri mampu melepaskan rakyat kerajaan Alamaya daripada sumpahan dan gangguan tentera puteri Abnus dan Raja Gela. Malangnya, Tri Kurang yakin akan kebolehannya.

Hak Cipta Terpelihara. KarnaDya Solutions, 2012.

Judul: Jimi dan Raksasa Misai di SekolahPenulis: Fadhli HamdanNombor Panggilan: J FAD

Jimi mencari pelbagai jalan untuk mendapatkan basikal idamannya. Akhirnya, dia mendapatkan pertolongan daripada raksasa misai yang garang untuk menyelesaikan masalahnya. Siapakah raksasa misai ini? Bacalah buku ini untuk mengetahui kisah sebenar!

Hak Cipta Terpelihara. PTS Pop, 2012.

Judul: Misteri Gua Selirat (Siri Penyiasatan)Penulis: Amir Hamzah AzizNombor Panggilan: J AMI

Hakim, Sen Keong dan Muthu tersesat di dalam sebuah gua batu kapur semasa suatu lawatan belajar anjuran sekolah mereka. Pada masa yang sama, seorang banduan lelaki bersenjata dilaporkan telah melarikan diri dari penjara. Apakah yang berlaku apabila mereka bertemu di dalam gua itu?

Hak Cipta Terpelihara. Blue-T Publication, 2013.

Page 15: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

13

Cereka Sains

Fantasi

Komik

Judul: Perakboy: Menganyam Tradisi Menjangkau TeknologiPenulis-penulis: Hilal Azman dan Kamaruzaman JahidinNombor Panggilan: J HIL

Selepas ditimpa kemalangan di sebuah tapak penggalian UNESCO di Perak, Ashraf mula sedar dia sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa luar biasa. Dengan bantuan Dr. Zee, beliau berubah menjadi Perakboy yang mampu menumpaskan Profesor Kaloot dan robot-robot jahatnya.

Hak Cipta Terpelihara. PTS Pop, 2012.

Judul: Putera dengan GergasiPenulis: Sharliza Ahmad Nombor Panggilan: JP SHA

Negeri Payung Teduh sering diganggu oleh tiga gergasi. Kehidupan rakyat menjadi semakin huru-hara apabila putera raja ditangkap oleh gergasi di dalam hutan tebal. Dapatkah putera yang bijaksana itu melepaskan diri daripada dimakan gergasi itu dan kembali ke istananya?

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.

Cereka Sains

Judul: Wira Galaksi: Penyelamat BumiPenulis: Siti NurwaniNombor Panggilan: J SIT

Fattah menemui sebentuk cincin misteri apabila dia terjatuh ke dalam lubang besar. Disebabkan cincin itu, Fattah meraih kebolehan yang menakjubkan dan menggunakannya untuk bertarung dengan Ratu Asyar, makhluk asing yang kejam. Adakah Ratu Asyar akhirnya mampu ditewaskan oleh Fattah?

Hak Cipta Terpelihara. PTS Pop, 2011.

Page 16: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

14

Buku Pengetahuan

Judul: Teka-teki Berseloka untuk Kanak-kanakPenulis: Abdul Hai Abdul HadiNombor Panggilan: J 398.6 ABD

Bermata satu dicucuk pula, Teman membantu mencantum semula.

Adakah adik-adik dapat meneka bahawa barang yang dimaksudkan itu adalah jarum dan benang? Ayuh menguji diri sendiri dan kawan-kawan untuk menjawab senarai teka-teki yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, yang terdapat di dalam buku ini.

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.

Buku Pengetahuan

Buku Pengetahuan

Judul: iDinosaurPenyunting: Carlton BooksNombor Panggilan: J 567.9 IDI

Mari mengembara dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang dinosaur yang wujud dari zaman Trias sehingga mereka pupus. Pelajari cara dinosaur bergerak dengan menggunakan aplikasi realiti berperantara (augmented reality) yang boleh dimuat turun percuma ke peranti mudah alih.

Hak Cipta Terpelihara. Orbit Buku, 2013.

Judul: Panduan Hebat Menghasilkan Kapal Terbang Kertas: 35 Reka Bentuk Mengagumkan Secara Langkah Demi LangkahPenulis: Christopher L. Harbo Nombor Panggilan: J 745.592 HAR

Buku ini memberi panduan komprehensif bagi mereka yang ingin memahirkan diri menghasilkan kapal terbang kertas. Panduan bertahap-tahap yang disediakan memudahkan para pelajar untuk menghasilkan pelbagai kapal terbang kertas seperti Yu Udara, Anak Panah dan Jet Pejuang. Pasti menyeronokkan!

Hak Cipta Terpelihara. Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2012.

Page 17: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

NOTA

Page 18: NLB Malay Graded Reading List (Pri)

National Library Board 100, Victoria Street, #14-01 National Library Building Singapore 188064

All rights reserved, National Library Board, Singapore (NLB). The NLB disclaims all liability and responsibility for any loss or damage caused to any person due to the materials contained herein. No part of this booklet may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without prior written permission of the NLB.Printed in April 2017.

For more book recommendations, visit www.nlb.gov.sg/discovereads