nbwu 2142|pengantar akhlak|sesi 1 2017-2018|kerja kursus ... · nbwu 2142|pengantar akhlak|sesi 1...

5
NBWU 2142—Pengantar Akhlak—Sesi 1 2017-2018—Kerja Kursus Pembahagian markah kursus ini adalah seperti berikut: 25% penulisan ilmiah; 20% ujian pertengahan semester; 15% sidang perbahasan di dalam kuliah; dan 40% peperik- saan akhir. Penulisan Ilmiah (25%) Tujuan penulisan ilmiah adalah untuk 1) menambahkan perbendaharaan sumber ilmiah menerusi pembacaan bahan-bahan yang berwibawa; 2) mengasah kemahiran berfikir, berbahasa dan menulis dengan jelas; dan 3) melatih kemahiran penulisan ilmiah yang bersifat akademik dan bertanggungjawab. Untuk mencapai tujuan-tujuan di atas, kita akan memfokuskan kepada beberapa karya terpilih iaitu: 1. Makalah dalam akhbar The Star bertarikh 31 Januari 2017 yang bertajuk Lost Treasures on Ethics in Islam ” dan makalah dalam akhbar yang sama bertarikh 27 Jun 2017 yang bertajuk “Nature of Man, Work, dan Happi- ness ” oleh Muhammad Syafiq Borhannuddin. Makalah boleh diakses menerusi pautan di bawah: http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/ikim-views/2017/01/31/lost- treasures-on-ethics-in-islam-educated-muslims-today-should-regain-this-wisdom- as-part-of-their/ http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/ikim- views/2017/06/27/nature-of-man-work-and-happiness-the-right-worldview-sees- everything-in-its-proper-place-as-a-conduit/ 2. Mohd Farid Mohd Shahran, ıth¯ aq Sebagai Landasan Agama dan Akhlak,” dalam Adab dan Peradaban, disunting oleh Mohd Zaidi Ismail & Wan Suhaimi Wan Abdullah (Kuala Lumpur: MPH Group Publishing, 2012), 115-131. 3. Bahagian terpilih daripada buku Isl¯ am: Faham Agama dan Asas Akhlak oleh Profesor S.M.N al-Attas 4. Bahagian terpilih daripada buku Ma‘na Kebahagiaan dan Pengalaman- nya dalam Islam yang merupakan karya terjemahan oleh Profesor Muhammad Zainiy Uthman daripada karya asal The Meaning and Experience of Happiness inIsl¯am oleh Profesor S.M.N. al-Attas. Salinan softcopy bahan-bahan tersebut boleh dimuat-turun menerusi myLMS. Na- mun, pelajar diingatkan supaya tidak menyebarkan bahan-bahan ini di luar ruang- lingkup tugasan kursus ini demi menghormati hakcipta. Sekiranya pelajar ingin memi- liki naskah peribadi bolehlah mendapatkannya di kedai-kedai buku utama, misalnya kedai buku Pelita Dhihin di Bandar Seri Putra. 1

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus ... · NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus Pembahagian markah kursus ini adalah seperti berikut: 25%

NBWU 2142—Pengantar Akhlak—Sesi 1 2017-2018—Kerja Kursus

Pembahagian markah kursus ini adalah seperti berikut: 25% penulisan ilmiah; 20%ujian pertengahan semester; 15% sidang perbahasan di dalam kuliah; dan 40% peperik-saan akhir.

Penulisan Ilmiah (25%)

Tujuan penulisan ilmiah adalah untuk 1) menambahkan perbendaharaan sumber ilmiahmenerusi pembacaan bahan-bahan yang berwibawa; 2) mengasah kemahiran berfikir,berbahasa dan menulis dengan jelas; dan 3) melatih kemahiran penulisan ilmiah yangbersifat akademik dan bertanggungjawab.

Untuk mencapai tujuan-tujuan di atas, kita akan memfokuskan kepada beberapakarya terpilih iaitu:

1. Makalah dalam akhbar The Star bertarikh 31 Januari 2017 yang bertajuk“Lost Treasures on Ethics in Islam” dan makalah dalam akhbar yang samabertarikh 27 Jun 2017 yang bertajuk “Nature of Man, Work, dan Happi-ness” oleh Muhammad Syafiq Borhannuddin. Makalah boleh diakses menerusipautan di bawah:

http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/ikim-views/2017/01/31/lost-treasures-on-ethics-in-islam-educated-muslims-today-should-regain-this-wisdom-as-part-of-their/

http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/ikim-views/2017/06/27/nature-of-man-work-and-happiness-the-right-worldview-sees-everything-in-its-proper-place-as-a-conduit/

2. Mohd Farid Mohd Shahran, “Mıthaq Sebagai Landasan Agama danAkhlak,” dalam Adab dan Peradaban, disunting oleh Mohd Zaidi Ismail & WanSuhaimi Wan Abdullah (Kuala Lumpur: MPH Group Publishing, 2012), 115-131.

3. Bahagian terpilih daripada buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlakoleh Profesor S.M.N al-Attas

4. Bahagian terpilih daripada buku Ma‘na Kebahagiaan dan Pengalaman-nya dalam Islam yang merupakan karya terjemahan oleh Profesor MuhammadZainiy Uthman daripada karya asal The Meaning and Experience of Happinessin Islam oleh Profesor S.M.N. al-Attas.

Salinan softcopy bahan-bahan tersebut boleh dimuat-turun menerusi myLMS. Na-mun, pelajar diingatkan supaya tidak menyebarkan bahan-bahan ini di luar ruang-lingkup tugasan kursus ini demi menghormati hakcipta. Sekiranya pelajar ingin memi-liki naskah peribadi bolehlah mendapatkannya di kedai-kedai buku utama, misalnyakedai buku Pelita Dhihin di Bandar Seri Putra.

1

Page 2: NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus ... · NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus Pembahagian markah kursus ini adalah seperti berikut: 25%

Bahan rujukan utama untuk penulisan ilmiah yang perlu dihasilkan oleh pelajarialah teks-teks yang dinyatakan di atas serta karya-karya yang digunakan sebagai ru-jukan dalam mana-mana daripada teks-teks tersebut. Pelajar tidak digalakkan untukmenggunakan buku atau karya lain sebagai rujukan. Ini bukanlah bertujuan untukmengekang daya usaha dan keupayaan pelajar, tetapi supaya perbincangan menjadilebih fokus dan bahan-bahan yang digunakan dapat dipastikan kualiti dan kewibawaan-nya. Malah, bahan-bahan ini sebenarnya sudah lebih dari cukup dan tempoh masa satusemester untuk menelaahnya semua pun belum tentu memadai.

Perlu diingatkan bahawa karya-karya Profesor al-Attas bukanlah karya yang mudahdan boleh dibaca dengan sambil lewa. Ia memerlukan kesungguhan dan kesabaranyang tinggi untuk memahami apa yang cuba disampaikannya. Namun, apabila maknayang disampaikannya itu hadir dalam diri, kita dapat merasakan satu pengalamanilmiah yang tidak ternilai. Oleh itu, penelitian dan pembacaan karya-karya ini tidaksewajarnya terhenti di dalam kursus ini sahaja tetapi diteruskan dalam satu rencanapendidikan sepanjang hayat.

Sebagai permulaan, pertimbangkan persoalan berikut:

Apakah dia fitrah semulajadi insan?Adakah dia pada asasnya baik secara semulajadi?Ataukah dia pada asasnya jahat secara semulajadi?

Fikirkan persoalan ini sedalam-dalamnya. Sekiranya anda mencapai satu keputusandan jawapan. Fikirkan sekali lagi bagaimana anda mendapat jawapan itu? Apakahsumber-sumber yang anda gunakan untuk mencapai kesimpulan itu? Apakah hujah-hujah atau rantaian fikiran yang anda gunakan, secara sedar mahupun tidak, yangmembawa anda sampai kepada kesimpulan itu? Renungkan kehidupan yang telah andalalui selama lebih 20 tahun ini, adakah pengalaman hidup yang ditimba mengesahkankesimpulan tadi? Ataukah sebaliknya?

Persoalan ini adalah antara persoalan yang terus segar dalam fikiran para pemikirdan ilmuan sepanjang zaman. Persoalan yang sama dibincangkan oleh Plato dan Aris-totle pada zaman Tamadun Greek, direnungkan oleh Kung Fu Tze dalam tamdunChina, tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti al-Farabi, Ibn Miskawayh, al-Ghazali, danseterusnya sehinggalah tokoh-tokoh pemikir masakini seperti Alasdair MacIntyre dan

2

Page 3: NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus ... · NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus Pembahagian markah kursus ini adalah seperti berikut: 25%

dalam tamadun Islam Profesor al-Attas sendiri. Mengapakah persoalan ini begitu pent-ing? Ini kerana jawapan kita kepada persoalan ini menentukan dan menatijahkan begitbanyak perkara yang meliputi segenap aspek kehidupan termasuklah perundangan,pembangunan institusi dan negara, seterusnya peradaban.

Sekarang, ikuti arahan berikut untuk menyelesaikan penulisan ilmiah:

1. Setiap kumpulan perlu memilih salah satu daripada dua makalah yang ditulisoleh Syafiq Borhannuddin di atas untuk dibaca, dihayati, dan seterusnya diter-jemahkan ke dalam bahasa Melayu. (5%)

2. Baca dan fahamkan makalah tulisan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran di atas, dantuliskan satu ringkasan sepanjang tidak lebih daripada 1,000 patah perkataan.(5%)

3. Pilih salah satu daripada tajuk-tajuk berikut dan hasilkan satu makalah sep-anjang tidak lebih daripada 3,000 patah perkataan berdasarkan bahan-bahanrujukan yang telah dinyatakan tadi (15%):

(a) Ilmu Akhlak: Sumber dan Tujuannya

(b) Antara Kebebasan dan Akhlak: Persimpangan yang Tiada Titik Temu?

(c) Tragedi Peradaban Barat: Jawaban dan Penyelesaiannya

Pembahagian markah penulisan ilmiah ini adalah seperti berikut:

1. 5% Tenterjemahan5% lengkap dan jelas dan berbetulan dengan karya asal4% lengkap atau jelas atau berbetulan dengan karya asal3% tidak lengkap dan tidak jelas dan tidak berbetulan dengan karya asal0-2% google-translate semata-mata dengan sedikit atau tiada pembaikan.

2. 5% Ringkasan5% ringkasan yang lengkap, jelas, dan menepati maksud yang ingin disampaikanoleh penulis asal4% ringkasan yang menepati maksud yang ingin disampaikan oleh penulis asal0-3% ringkasan yang tidak menepati maksud yang ingin disampaikan oleh penulisasal

3. 15% Makalah Ilmiah

(a) 12% Isi10-12% isi berbetulan dengan tajuk dan sumber dinyatakan dengan jelasdan penghujahan yang betul7-9% isi berbetulan dengan tajuk atau sumber dinyatakan dengan jelas ataupenghujahan yang betul4-6% isi tidak berbetulan dengan tajuk dan sumber tidak dinyatakan denganjelas dan penghujahan yang tidak betul0-3% tidak lengkap.

3

Page 4: NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus ... · NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus Pembahagian markah kursus ini adalah seperti berikut: 25%

(b) 3% Format dan Kreativiti3% format lengkap beserta notakaki dan rujukan dan ada penambahbaikanmisalnya ilustrasi2% format yang lengkap beserta notakaki dan rujukan atau ada penambah-baikan1% format tidak lengkap dan tiada penambahbaikan.

Ujian Pertengahan Semester (20%)

Ujian Pertengahan Semester akan berlangsung sekembalinya para pelajar daripada cutipertengahan semester (29 Julai - 6 Ogos). Ujian ini meliputi perkara-perkara yang dib-incangkan dalam bahan-bahan rujukan untuk penulisan ilmiah di atas. Ujian adalahdalam bentuk soalan objektif dan dijalankan secara online. Pelajar dibenarkan untukmerujuk buku-buku yang berkaitan dan dibenarkan untuk berbincang mengenai soalanujian, namun pemarkahan adalah secara individu. Link kepada laman ujian akan di-umumkan pada awal pagi hari ujian dijalankan dan pelajar diberi masa sehari untukmenyelesaikan ujian. Namun, saya mengesyorkan agar pelajar tidak mengambil masalebih daripada sejam untuk menjawab. Ujian boleh diakses dari mana-mana tempatyang mempunyai capaian internet.

Sidang Perbahasan dalam Kuliah (15%)

Sidang perbahasan akan diadakan pada minggu ke-9, iaitu seminggu selepas ujianpertengahan semester (saya akan maklumkan sekirany terdapat sebarang perubahan).Setiap kumpulan dikehendaki bersedia untuk membahaskan satu isu yang akan dimak-lumkan kemudian.

Pada 26 Jun 2017 yang lalu, pesawat Airasia D7237 dari Sydney ke Australia men-galami masalah teknikal yang serius lebih kurang selepas sejam dalam penerban-gannya. Masalah yang berlaku pada enjin kiri pesawat itu mengakibatkan pesawatitu bergegar dengan kuat di dalam penerbangan. Kapten pesawat itu mengam-bil keputusan untuk berpatah balik ke Sydney. Semasa krisis itu berlaku, beliaumenjelaskan kepada para penumpang keadaan yang berlaku dan meminta merekasupaya berdoa sekiranya mereka ingin berbuat demikian. Beliau juga menyatakanbahawa beliau juga turut berdoa akan keselamatan pesawat itu.

Peristiwa ini mendapat reaksi yang pelbagai. Ada pihak yang mengatakan bahawatindakan juruterbang yang meminta penumpangnya supaya berdoa sebagai satutindakan yang tidak profesional. Ada pihak yang lain pula yang mengatakan ba-hawa tiada salahnya untuk juruterbang itu berdoa dan meminta penumpangnyaturut berdoa bagi mereka yang mahu berbuat demikian kerana ia tidak menjejaskantugas dan tanggungjawabnya sebagai juruterbang.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di Sydney.

Sekiranya kita meneliti kebanyakan hujah-hujah yang dikemukakan untukmenyokong satu pihak atau pihak yang lain, kita akan dapat bahawa asas kepadaperbezaan pendapat itu semua berpunca daripada fahaman dan kepercayaanmasing-masing mengenai kedudukan nilai, etika dan akhlak dalam institusi sosialserta sumber-sumber dari mana datangnya nilai yang dipegang itu. Ada yangberpegang bahawa, nilai yang bersumberkan agama haruslah dihadkan kepada

4

Page 5: NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus ... · NBWU 2142|Pengantar Akhlak|Sesi 1 2017-2018|Kerja Kursus Pembahagian markah kursus ini adalah seperti berikut: 25%

hal-hal peribadi yang tidak melibatkan institusi sosial yang sejagat. Ada yangberpegang bahawa nilai yang bersumberkan agama boleh diamalkan dalam institusisosial asalkan ia tidak menghalang daripada nilai-nilai lain untuk turut diamalkan.

Persoalan perbincangan: Sejauh manakah nilai-nilai yang bersumberkan agamaboleh diinstitusikan dalam masyarakat sejagat?

Tarikh-tarikh Penting

1. Minggu ke-4 (3-9 Jul)Memilih, merancang, dan memulakan pembacaan, penterjemahan, ringkasan, danmakalah;

2. Minggu ke-5 (10-16 Jul)Update dan perbincangan tentang masalah-masalah yang timbul;

3. Minggu ke-6 (17-23 Jul)Emailkan terjemahan dan ringkasan untuk semakan awal oleh pensyarah;

4. Minggu ke-7 (24-28 Jul)Teruskan penulisan makalah;

5. Cuti Pertengahan Semester;

6. Minggu ke-8 (7-13 Ogos)Ujian Pertengahan Semester; Emailkan terjemahan dan ringkasan (sekiranya adapembetulan atau pembaikan);

7. Minggu ke-9 (14-20 Ogos)Teruskan kerja penulisan makalah secara kendiri; Sidang perbahasan dalam ku-liah;

8. Minggu ke-10 (21-27 Ogos)Serahan draf pertama secara elektronik menerusi email;

9. Minggu ke-11 (28 Ogos - 3 Sept)Perjumpaan dengan pensyarah untuk penambahbaikan;

10. Minggu ke-12 (4-10 Sept)Serahan draf kedua secara bercetak;

11. Minggu ke-13 (11-17 Sept)Serahan draf ketiga secara elektronik menerusi email (sekiranya perlu);

12. Minggu ke-14 (18-24 Sept)Serahan draf keempat secara elektronik menerusi email (sekiranya perlu).

Disediakan oleh M. Ikhwan Azlan, [email protected], (updated July 3, 2017).

5