nama : no : tarikh : darjah 3 ( ) - freewebs.com7)ganti nama.pdf · latihan: isikan tempat kosong...

2
7 Sekolah Menengah Chung Hwa Brunei Bandar Seri Begawan Nama : ____________________ No : _____ Tarikh : ____________________ Darjah 3 ( ) Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis : 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama:- digunakan untuk orang yang sedang bercakap. Contoh: saya, aku( ), beta( ), patik, hamba( /奴才 ), kita, kami. # beta - digunakan oleh sultan atau raja apabila bertitah kepada rakyat. # patik/hamba – digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan sultan atau raja. # kami – termasuk orang yang bercakap tetapi tidak termasuk orang yang ditujukan percakapan itu. # kita – termasuk orang yang bercakap dan orang yang dituju percakapan itu. 2. Kata Ganti Nama Diri Kedua:- digunakan untuk orang yang sedang dilawan bercakap. Contoh: kamu, awak, engkau, anda, saudara, saudari, tuan, puan, encik, cik, tuanku ( 陛下,殿下 ), awda. # tuanku – digunakan untuk merujuk kepada sultan atau raja yang sedang dituju percakapan. 3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga:- digunakan untuk orang yang sedang dicakapkan halnya. Contoh: dia, beliau, mereka, baginda, ia(binatang atau benda bukan hidup), nya. # baginda – digunakan untuk merujuk kepada raja atau sultan yang diperkatakan. # beliau – digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati.

Upload: hadang

Post on 25-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nama : No : Tarikh : Darjah 3 ( ) - freewebs.com7)Ganti Nama.pdf · Latihan: Isikan tempat kosong dengan Kata Ganti Nama Diri yang sesuai. 1. Mei Ling ialah seorang budak yang cerdik

7Sekolah Menengah Chung Hwa Brunei Bandar Seri Begawan

Nama : ____________________ No : _____ Tarikh : ____________________ Darjah 3 ( )

Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis :

1. Kata Ganti Nama Diri Pertama:- digunakan untuk orang yang sedang bercakap.

Contoh: saya, aku( 我 ), beta( 朕 ), patik, hamba( 臣/奴才 ), kita, kami.

# beta - digunakan oleh sultan atau raja apabila bertitah kepada rakyat.

# patik/hamba – digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan sultan atau raja. # kami – termasuk orang yang bercakap tetapi tidak termasuk orang yang ditujukan percakapan itu. # kita – termasuk orang yang bercakap dan orang yang dituju percakapan itu.

2. Kata Ganti Nama Diri Kedua:- digunakan untuk orang yang sedang dilawan bercakap. Contoh: kamu, awak, engkau, anda, saudara, saudari, tuan, puan, encik, cik,

tuanku ( 陛下,殿下 ), awda.

# tuanku – digunakan untuk merujuk kepada sultan atau raja yang sedang dituju percakapan.

3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga:- digunakan untuk orang yang sedang dicakapkan halnya.

Contoh: dia, beliau, mereka, baginda, ia(binatang atau benda bukan hidup), nya.

# baginda – digunakan untuk merujuk kepada raja atau sultan yang diperkatakan.

# beliau – digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati.

Page 2: Nama : No : Tarikh : Darjah 3 ( ) - freewebs.com7)Ganti Nama.pdf · Latihan: Isikan tempat kosong dengan Kata Ganti Nama Diri yang sesuai. 1. Mei Ling ialah seorang budak yang cerdik

Latihan: Isikan tempat kosong dengan Kata Ganti Nama Diri yang sesuai.

1. Mei Ling ialah seorang budak yang cerdik. ____________ mendapat markah yang tertinggi dalam ujian kali ini.

2. Fatimah dan Liza belajar di Tahun Tiga G. __________________ berkawan baik

sejak kecil lagi. 3. “ Rani, Cikgu Azimah menyuruh ____________ pergi ke dewan pada pukul 9.00 pagi

nanti”kata Ali. 4. “ __________________ bermain bola sepak di padang tadi,” kata John dan Yusuf

kepada Cikgu Lim. 5. “Mengapakah __________________ tidak hantar buku latihan ?”tanya cikgu kepada

Hafiz. 6. “ _____________ berasa bangga melihat kejayaan yang dicapai oleh negara

ini ,”titah raja itu. 7. Dato’ Doktor Zukliffi akan melawat kampong itu. __________akan sampai pada pukul

9.00 pagi. 8. “ _____________ berasal dari mana ?”tanya abang kepada budak yang baru pindah

ke kampung ini. 9. “___________semua mesti selalu menjaga kebersihan sekolah ini,” kata Pengetua

kepada murid-murid. 10. Sultan Sulaiman ialah seorang raja yang adil dan bijaksana. _________________

dihormati dan disanjungi oleh semua rakyat. 11. Aidil dan Adnan ialah adik-beradik kembar. __________________ selalu bersama

apabila pergi ke mana-mana sahaja. 12. Abang baharu sahaja membeli sebuah kereta baru. _____________ berwarna

merah. 13. Kakak suka membaca buku cerita. _____________selalu meminjam buku cerita dari

perpustakaan. 14. Binatang kesayangan saya ialah seekor kucing. ___________ berbulu putih dan

bernama Si Putih.

JBM/SMCH/D3/GantiNama/CHB/2007