pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ......apa- apa-apa mana- mana-mana siapa-...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 102 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 102

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Ganti Nama

Perkataan yang menjadi penganti kata nama khas dan kata nama am.

Dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu:

a) Kata Ganti Nama Tunjuk

Perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud

menunjukkan benda atau perkara.

Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjuk pada

yang dekat dan itu untuk menunjuk pada yang jauh.

b) Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua golongan iaitu:

i. Kata ganti nama diri tanya

Merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.

Terdapat tiga kata ganti nama diri tanya iaitu:

Siapa– merujuk orang

Apa– merujuk benda atau perkara

Mana– merujuk benda atau orang

Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya juga boleh mengalami

proses penggandaan yang membawa maksud rujukan tidak tentu atau

penegasan.

Contoh:

Apa- apa-apa

Mana- mana-mana

Siapa- siapa-siapa/sesiapa

ii. Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang

tertentu dan terdiri daripada tiga golongan iaitu:

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

Pihak Pertama

(Pihak yang bercakap)

Pihak Kedua

(Pihak yang mendengar)

Pihak Ketiga

(Pihak yang dicakapkan)

Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak

Saya

Aku

Daku

Hamba

Patik

beta

Kami

kita

Awak

Anda

Engkau

Kamu

Tuan hamba

Tuanku

Dikau

Saudara

Saudari

Tuan

puan

Kalian

kamu

Dia

Ia

-nya

Nya

beliau

baginda

mereka

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “ akan memulakan pendakian pagi esok,” kata ketua ekspedisi itu

kepada anak-anak buahnya.

a) Kamu

b) Kita

c) Awak

d) Engkau

2. “Ampun tuanku, datang menghadap,” sembah Hang Nadim

kepada Sultan Muhammad Syah.

a) aku

b) saya

c) patik

d) hamba

3. “Kali ini, pasti dapat merampas kembali Piala Thomas daripada

pihak lawan,” kata jurulatih badminton negara.

a) anda

b) kita

c) kami

d) kalian

4. Sebagai tokoh korporat yang terkemuka, pelantikan sebagai

pengerusi syarikat memang dialu-alukan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

a) tuanku

b) engkau

c) beliau

d) dia

Soalan 5 hingga Soalan 7

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,

atau C, jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Abang saya akan ke luar negara bersama kalian yang telah memenangi peraduan

A B C

silang kata itu. Tiada kesalahan

D

6. Pesalah itu merayu kepada sultan, “Ampunilah patik, tuanku. Saya berjanji tidak

A B C

akan melakukan perbuatan itu lagi”. Tiada kesalahan

D

7. “Akan kita simpan gambar engkau dalam albumku,” kata Fadli kepada Norliah.

A B C

Tiada kesalahan.

D

Soalan 8 hingga Soalan 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada

A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Staf –staf syarikat Encik Leela meraikan kejayaan syarikatnya memenangi

Anegerah Syarikat Terbaik.

a) syarikat dia memenangi

b) syarikat kalian memenangi

c) syarikat mereka memenangi

d) syarikatnya memenangi

9. Minah dan abangnya menghadiahi ayahnya sebuah jam tangan sempena harjadi

bapanya.

a) menghadiahi ayah kalian

b) menghadiahi ayah mereka

c) menghadiahi ayah beliau

d) menghadiahi ayahnya

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

10. “Ibu, kita akan berkahwin pada bulan depan,” kata Razak dan Nurhaliza kepada

ibunya.

a) kami akan berkahwin

b) kalian akan berkahwin

c) saya akan berkahwin

d) kita akan berkahwin

Soalan 11 dan Soalan 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11.

I Bungkusan yang dikirimkan oleh sepupu saya itu saya belum terima lagi.

II “Adik saya bermain dengan anak puan di sini tadi,” kata Suzana.

III Siapa yang ingin menyertai ekspedisi itu diminta mengisi borang yang

disediakan.

IV “Perkara itulah yang dibincangkan oleh Encik Kassim dalam mesyuarat

semalam,” kata Encik Johan.

a) I dan II

b) I dan III

c) II dan IV

d) III dan IV

12.

I Rumah yang pernah kita singgah sini telah dirobohkan.

II Sesiapakah penggubah lirik lagu “Sekuntum Mawar Merah”?

III Ibu mengangkat pakaian di ampaian kerana hujan akan turun pada bila-bila

masa saja.

IV Kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan boleh digunakan oleh

sesiapa saja.

a) I dan II

b) I dan III

c) I dan IV

d) III dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

B. Penggunaan Kata dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang meggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Dia memegang sisi perahu penambang itu dengan erat.

II Sahabat erat Budin tinggal sekampung dengannya.

III Hubungan antara guru dengan pelajar di sekolah itu erat.

IV Keris itu terselit dengan erat di pinggang Hang Tuah.

a) I dan II

b) I dan III

c) I, III dan IV

d) II, III dan IV

2. I Jamilah berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki yang beriman.

II Kereta yang hilang itu ditemukan oleh pihak polis di dalam sebuah kebun

getah di Kampung Berihoi.

III Penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemukan hingga kini.

IV Orang yang ditemukan oleh wartawan itu mendakwa bahawa dia jutuwan.

a) I dan IV

b) II dan III

c) I, II dan III

d) II, III dan IV

C. Memilih Frasa yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunana hhasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan da tanda D jika

tiada kesalahan.

1. Antara tempat yang mereka akan lawati semasa di Kuala Lumpur nanti ialah

Muzium Negara dan KLCC.

a) yang akan mereka lawati

b) yang akan dilawati mereka

c) yang mereka akan melawati

d) yang mereka akan lawati

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

2. Keadaan di negara itu sangat kelam-kabut apabila dikhabarkan akan dilanda

tsunami sekali lagi.

a) Keadaan di negara itu tersangat kelam-kabut

b) Kedudukan di negara itu begitu kelam-kabut

c) Situasi di negara itu kelam-kabut

d) Keadaan di negera itu sangat kelam-kabut

3. Selepas waktu persekolahan, dia melakukan kerja sambilan demi untuk

membiayai pelajarannya.

a) untuk membiayai pelajarannya

b) kerana membiayai pelajarannya

c) demi pembiayaan pelajarannya

d) demi untuk membiayai pelajarannya

D. Memilih Ayat yang Betul

Pilih ayat yang betul.

1. I Cikgu Foo mengarahkan mana-mana yang tidak berkenaan keluar dari

dewan itu.

II Apa-apa sahaja yang diminta oleh anak tunggalnya akan ditunaikannya.

III Berapa-berapa pun yang diberikan orang diterima oleh pengemis itu dengan

gembira.

IV Bapa tidak pernah memberitahu kami bila-bila dia akan berhenti kerja.

a) I dan II

b) II dan III

c) I, II dan III

d) II, III dan IV

2. I Setiap orang pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali.

II Kira-kira separuh daripada pendapatannya digunakan untuk membayar

hutang.

III Sudah berhari kereta yang rosak itu terbiar di tepi jalan raya itu.

IV Seluruh negeri Johor bergelap apabila bekalan elektrik di negeri itu terputus.

a) I dan III

b) I dan IV

c) II dan IV

d) I, II dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

3. I Penglihatan datuk semakin hari semakin kabur.

II Perhijrahan Nabi Muhammad ke Madinah disertai oleh semua pengikut

baginda.

III Kerja-kerja pendalaman sungai itu siap pada bulan depan.

IV Peredaran surat layang itu dilakukan oleh musuh-musuh politiknya.

a) II dan III

b) I, II dan III

c) II, III dan IV

d) I, II, III dan IV

F. Memilih Ayat yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Filem yang dipadankan daripada novel sasterawan itu mendapat sambutan

yang menggalakkan daripada para penonton.

a) Penonton memberikan sambutan yang hangat kepada filem yang dipadankan

daripada novel sasterawan itu.

b) Novel karya sasterawan itu mendapat sambutan yang dahsyat daripada penonton

setelah difilemkan.

c) Penonton memberikan galakan kepada sasterawan itu agar novelnya dipadankan

menjadi filem.

d) Sasterawan itu memberikan sambutan terhadap galakan penonton supaya

novelnya dipadankan menjadi filem.

2. “Kami yakin, lelaki asing yang kami tahan itu terlibat dalam rompakan di

Ipoh,” kata ASP Lal.

a) ASP Lal yakin bahawa lelaki asing yang ditahan pihak polis itu terlibat dalam

rompakan di Ipoh.

b) ASL Lal menegaskan bahawa lelaki asing yang ditangkap di Ipoh itu terlibat

dalam rompakan.

c) ASL Lal tidak ragu-ragu bahawa lelaki asing yang dipenjarakan di Ipoh terbabit

dalam rompakan.

d) Menurut ASP Lal, pihak polis yakin bahawa lelaki asing yang dipenjarakan itu

terlibat dalam rompakan di Ipoh.

3. Sementara menunggu musim tengkujuh berakhir, nelayan-nelayan di

daerah itu bekerja sebagai buruh binaan di bandar.

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

a) Musim tengkujuh di daerah itu berakhir dengan perhijrahan para nelayan ke

bandar untuk menjadi buruh binaan.

b) Nelayan-nelayan sementara di daerah itu menjadi buruh binaan di bandar pada

musim tengkujuh.

c) Pada musim tengkujuh, para nelayan di daerah itu menjadi buruh binaan

sementara di bandar.

d) Selama musim tengkujuh belum berakhir, para nelayan di daerah itu menjadi

buruh binaan di bandar.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Tarmizi sentiasa tabah melakukan kerjanya yang sukar itu dan dia berazam untuk

menyempurnakan kerjanya itu hingga berjaya.

Keadaan ini dikatakan .

a) belakang parang kalau diasah nescaya tajam

b) sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

c) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d) genggam bara api biar sampai jadi arang

2. Selepas banjir besar melanda kampung itu, banyak penduduknya telah diserang

penyakit taun. Wabak penyakit ini merebak dengan cepat, tetapi lambat pulih.

Keadaan ini dikatakan .

a) sediakan payung sebelum hujan

b) sekali air bah, sekali pantai berubah

c) datang seperti ribut, pergi seperti semut

d) indah khabar dari rupa

3. Semasa mesyuarat berlangsung, semua ahli bersetuju dengan keputusan yang

dibuat. Akan tetapi, selepas mesyuarat selesai mereka merungut kerana tidak

puas hati. Keadaan ini dikatakan .

a) mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih

b) rumah siap pahat berbunyi

c) nasi sudah menjadi bubur

d) banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

Bahagian B: 1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahantersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak

perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Beribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang

selesema burung dimusnahkan oleh pihak berkuasa.

(ii) Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah

terpikat kepada keindahan Pulau Tioman ketika kali pertama

berkunjung ke pulau itu.

(iii) Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para

pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu.

(iv) Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar di kaki

lima kedai itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Pihak majikannya telah mengenakan tindakan disiplin atas

sikapnya yang malas dan bermulut celupar sewaktu

menjalankan tugas yang diamanahlan kepadanya.

(ii) Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 56

telah diadakan secara sederhana disebabkan ekonomi negara

yang belum pulih sepenuhnya.

(iii) Kedua-dua orang petinju profesional yang sedang

bertinju di gelanggang itu keletihan apabila memasuki

pusingan yang ke-6

( /3)

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

3 Cerakin ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal

(i) Nelayan-nelayan itu harus pulang dengan segera kerana ribut melanda kawasan

perairan itu.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

(ii) Pekerja-pekerja ladang itu penat bekerja lalu berehat.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

(iii) Penunggang-penunggang motosikal itu berteduh di hentian lebuh raya sementara

menunggu hujan berhenti.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

(iv) Jalan di situ licin tetapi penunggang-penunggang motosikal masih menunggang

motosikal dengan lajunya.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

(v) Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

dengan gambar tersebut.

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

Penulisan :

A. Ulasan (15%)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam

gambar tersebut. Tulis ulasan yang panjangnya antara 80 sehingga 100 patah

perkataan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang

panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Cereka

Petua Menulis Karangan Jenis Cereka

1. karangan jenis cereka bermaksud karangan berbentuk cerita rekaan seperti

cerpen atau cerita pendek, imaginasi atau khayalan, dan cerita jenaka.

2. Mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu peristiwa, watak, latar cerita, sebab dan

akibat kejadian, serta plot atau jalan cerita.

3. Aspek-aspek yang dikemukan untuk dijadikan karangan termasuklah:

menceritakan sesuatu peristiwa suka duka, atau lucu atau mengerikan ;

menceritakan pengalaman ; melengkapkan cerita

4. Gunakanlah unsur-unsur yang kreatif seperti kiasan, peribahasa, dialog, dan

sebagainya untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan

isi cerita.

5. Boleh mempelbgaikan penggunaan ayat dalam karangan anda untuk menjadikan

cerita anda lebih menarik dan berkesan.

6. Tentukan bahawa cerita yang hendak anda tulis itu seharusnya cerita yang

menarik, mencabar, dan menunjukkan daya kreatif anda.

7. Cerita rekaan anda hendaklah berisi unsur nasihat atau pengaajran yang

berfaedah kepada pembaca.

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

Contoh Karangan:

Lengkapkan cerita di bawah ini dengan permulaan perenggan yang berikut.

Malam semakin larut. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas agar lebih

cepat sampai ke rumah. Aku menyusuri lorong sempit yang tidak berlampu. Aku

terpaksa…

Rangka Karangan

1. Pendahuluan

Malam semakin larut. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas

agar lebih cepat sampai ke rumah. Aku menyusuri lorong sempit yang tidak

berlampu. Aku terpaksa…

2. Isi-isi penting

a) Filem seram yang ditonton di rumah Wahid bermain di fikiranku – cemas

– peluh membasahi tubuh – menyesal tidak mendengar nasihat ibu

b) Bau busuk seperti bangkai – berdiri bulu roma – tersepak objek berupa

mayat – terhumban

c) Cecair di tangan berupa darah manusia – lari lintang-pukang

d) Sampai di rumah – mengetuk pintu dengan kuat – ibuku hairan dengan

seribu persoalan

3. Penutup

Berubah sikap – tidak lagi mensia-siakan nasihat ibu

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

Malam semakin larut. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas

agar lebih cepat sampai ke rumah. Aku menyusuri lorong sempit yang tidak berlampu.

Aku terpaksa meraba-raba dalam kegelapan malam yang hitam pekat untuk mencari

jalan keluar dari situ.

Filem seram yang kutonton sebentar tadi di rumah Wahid bermain-main di

kotak fikiranku. Keadaan ini menambahkan lagi rasa cemasku. Peluh dingin mula

membasahi seluruh tubuhku lalu kupercepatkan langkah apabila terdengar bunyi-

bunyian yang aneh menerjah ke cuping telingaku. Nasibku malang kerana pada malam

itu bulan di langit berselindung di sebalik awan-awan suram. Bilah-bilah penyesalan

menusuk jiwaku kerana tidak mengendahkan nasihat ibu ketika aku hendak keluar ke

rumah Wahid tadi.

Tiba-tiba aku terhidu bau sesuatu yang amat busuk seperti bangkai yang reput.

Berdiri bulu roma aku dibuatnya. Aku memicit hidung dengan kuat lalu berlari secepat

kilat. Tiba-tiba aku tersepak satu objek besar lalu terhumban menyembah bumi. Darah

di jantungku tersirap apabila mendapati objek itu berupa mayat manusia.

Aku bertambah takut apabila menyedari cecair yang melekit di tanganku berupa

darah manusia. Aku membuka langkah seribu sambil menjerit memanggil ibuku

sekuat hati. Rumahku yang sepelaung terasa amat jauh sekali. Akhirnya, sampai juga

aku di depan pintu rumah. Daun pintu kuketuk dengan kuat sekali. Di depan pintu

tercancang tubuh ibu dengan seribu persoalan. Setelah perasaanku kembali normal,

aku menceritakan segala yang berlaku kepada ibuku.

Sejak hari itu, aku telah berubah sikap. Aku tidak lagi mensia-siakan nasihat

ibuku. Aku telah sedar betapa bertuahnya aku mempunyai seorang ibu yang begitu

menyayangi diriku.

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

LATIHAN

(Nota : Sila guna kertas “Plot Cereka 6 Perenggan” untuk merangka karangan

anda.)

1. Tulis cerita yang lengkap dengan diakhiri penutup yang berikut.

"... Aku menyesal atas apa yang berlaku tetapi apakah dayaku kerana nasi telah

menjadi bubur. Aku berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi."

2. Tulis sebuah cerita tentang peribahasa “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian

tidak berguna)

Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan
Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Apa- apa-apa Mana- mana-mana Siapa- siapa-siapa/sesiapa ii. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama ini mengandungi perkataan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my