kata ganti nama tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

41
KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 1 Sejak ____________ belajar di Kuala Lumpur, sikap mula berubah. A awak B dia C kami D kamu 2 ”Nenek __________ tiada lagi,” kata Faizal kepada guru kelasnya. A saya B ku C mu D kita 3 ”_______________ bermain di padang yang sama,” kata Liza dan Shima kepada Ramli. A Kalian B Kamu C Kami D Kita 4 Puan Bella seorang guru. ___________ mengajarkan subjek Sains. A Baginda B Tuanku C Kamu D Beliau 5 Keputusan pertandingan syarahan itu akan diumumkan pada ___________ masa saja. A siapa-siapa B mana-mana C apa-apa D bila-bila 6 Helmi enggan bercakap dengan __________________ kerana fikirannya terganggu. A siapa-siapa B mana-mana C bila-bila D apa-apa

Upload: trinhnhi

Post on 28-Dec-2016

298 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

KATA GANTI NAMATiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, adasatu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamudengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

1 Sejak ____________ belajar di Kuala Lumpur, sikap mula berubah.A awak B diaC kami D kamu

2 ”Nenek __________ tiada lagi,” kata Faizal kepada guru kelasnya.A saya B kuC mu D kita

3 ”_______________ bermain di padang yang sama,” kata Liza dan Shimakepada Ramli.A Kalian B KamuC Kami D Kita

4 Puan Bella seorang guru. ___________ mengajarkan subjek Sains.A Baginda B TuankuC Kamu D Beliau

5 Keputusan pertandingan syarahan itu akan diumumkan pada ___________masa saja.A siapa-siapa B mana-manaC apa-apa D bila-bila

6 Helmi enggan bercakap dengan __________________ kerana fikirannyaterganggu.A siapa-siapa B mana-manaC bila-bila D apa-apa

7 ”Pastikan __________ tidak berbuat bising,” kata Cikgu Najib kepada murid-muridnya.A anda B kamuC kalian D mereka

8 “__________ tindakan yang kamu ambil itu betul, Jali?” tanya Puan Azizahkepada anaknya.A Siapakah B ApakahC Adakah D Bilakah

Page 2: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

9 “____________ percaya bahawa _____________ tidak bersalah,” kata Suhanadan Farid kepada Nathan.A Kami ………… kamu B Kalian ……….. diaC Kita …………. Awak D Mereka ………… beliau

10 Yang di-Pertuan Agong bersemayam di ____________.A Istana Budaya B Istana NegaraC Istana Negeri D Istana Raja

11 Nani sedang menuntut di sebuah _______________ di Pulau Pinang.A pondok B maktabC jabatan D perpustakaan

12 Perlawanan bola sepak _________ terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.A itu B siniC situ D sana

13 Erna jarang-jarang pergi ke _________________ pada petang hari minggu.A bila-bila B apa-apaC mana-mana D siapa-siapa

14 “Perkara itu akan ____________ pertimbangkan,” titah Sultan Melaka kepadabendaharanya.A mereka B patikC saya D beta

15 ”________ tidak mampu melaksanakan tugas yang berat itu,” sembah HangTuah kepada Sultan Melaka.A Beta B SayaC Patik D Anakanda

16 Saya tidak dapat berjumpa dengan pegawai daerah kerana _________ sibuk.A mereka B beliauC kita D dia

17 ”Guru Besar menyuruh _____________ berjumpa _______ di bilik mesyuaratselepas waktu rehat,” Amir memberitahu Alif.A kami ………. Baginda B saya ……….. beliauC saya ……… dia D kita ………… dia

Page 3: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

18 “Kita jangan ke ___________ selagi Cikgu Rosli belum memberikan arahan,”kata ketua kelas itu.A apa-apa B siapa-siapaC mana-mana D bila-bila

19 ______________ P.Ramlee ialah pengarah filem “Bujang lapuk”.A Seniman B DermawanC Peragawan D Olahragawan

20 Tali pinggang yang dipakai oleh ayah diperbuat daripada ______ buaya.A tulang B buluC sisik D kulit

KATA HUBUNG21 Emak dan kakak memasak di dapur ____________ berbual-bual.A atau B sambilC malah D dan

22 Hanya Zurimah _________ Mariani yang akan menyertai lawatan itu.A namun B laluC dan D serta

23 ___________ tiba di kampung itu, kami disambut oleh penduduk denganmeriah.A Makin B NamunC Apabila D Sungguhpun

24 Ibu dan ayah sering berdoa ________ anak-anaknya hidup bahagiasepanjang masa.A akan B agarC jika D tetapi

25 Hari hujan, _________ Sufian ke sekolah juga dengan memakai payung.A namun B atauC dan D jika

26 Walaupun cita-citanya tinggi ________ dia malas belajar.A kerana B tetapiC agar D semenjak

Page 4: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

27 Doktor menyuruh Pak Wan makan ubat _________ cepat sembuh.A bila B supayaC sambil D lalu

28 Kamu suka makan nasi ayam _______ laksa?A atau B keranaC sementara D dan

29 __________ telah diberi amaran, dia masih melanggar peraturan sekolah.A Manakala B NamunC Selagi D Walaupun

30 Encik Karim lewat tiba ke pejabat ___________ keretanya rosak.A sementara B ataupunC kerana D lalu

31 Encik Hamidi membuka pintu ___________mempersilakan Puan Azizahmasuk ke dalam kereta.A lalu B agarC serta D tetapi

32 Cikgu Liza menyambung kerja menaip soalan itu semula __________ berehatseketika.A jika B apabilaC setelah D padahal

33 Syakirah dihormati oleh rakannya ________ dia cacat.A sekiranya B kemudianC meskipun D tetapi

34 Nani suka makan kueteau _________ adiknya suka makan laksa.A lalu B sertaC tetapi D kerana

35 David berlindung di belakang ibunya _______ bapanya hendak merotannya.A apabila B untukC kalau D agar

36 Pasukan Perak FC akan menentang pasukan Hijau Kuning ________ hari tidakhujan.A jika B hinggaC sementara D kerana

Page 5: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

37 Semua Murid Tahun 6 bersukan _________ mereka yang tidak sihat.A serta B danC atau D kecuali

38 Jamilah gigih belajar ______ beroleh keputusan yang cemerlang.A agar B sertaC kerana D kecuali

39 Nani membaca buku ___________ menulis nota ringkas.A agar B sertaC tetapi D sambil

40 Dia ________ pandai ________ rajin juga.A bukan sahaja ……… malahan B baik ………….…… mahupunC sedangkan ………… inikan D jangkakan …………. Pun

PENJODOH BILANGAN41 Cikgu membawa membawa empat ________ pemain bola jaring ke pertandingan itu.A perempuan B budakC orang D orang-orang

42 Datuk saya memiliki dua _______ banglo.A biji B buahC deret D pintu

43 Matanya dimasuki se _________ pasir.A biji B longgokC genggam D butir

44 Kakak terjatuh kerana terpijak se _____ sabun.A buku B buahC butir D biji

45 Pemburu itu menembak rusa dengan menggunakan se______ senapang.A kaki B larasC pucuk D batang

46 Dua _______ giginya patah kerana terjatuh di situ.A batang B buahC ketul D biji

Page 6: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

47 Ibu memasukkan se________ garam ke dalam masakannya.A genggam B sendukC kepal D cubit

48 Keberangkatan pulang baginda telah diiringi dengan tujuh ______ tembakan.A das B kaliC dos D laras

49 Ibu membeli beberapa _________ baju baharu.A bidang B kepingC lembar D helai

50 Ayah membeli beberapa _______ surat khabar.A buah B helaiC keeping D naskhah

51 Nelayan itu sedang menyirat se____________ jala di bawah pokok kelapa.A bidang B kepingC rawan D helai

52 Daud membeli beberapa _________ setem untuk dijadikan koleksi dalam album setemnya.A butir B kepingC helai D bidang

53 Puan Lee menghamparkan se_____________ permaidani di ruang tamu.A keeping B bidangC gelung D lantai

54 Beberapa ___________ telur penyu telah menetas di pantai Rantau Abangsemalam.A longgok B keratC buah D biji

55 Se___________ burung murai sedang berkicau riang di dahan pada waktupagi.A kelompok B kawanC pasukan D gerombolan

56 Beberapa ______________ bintang berkerdipan di langit menjadikan suasana amat indah.A kumpulan B kelompokC gugus D ketul

Page 7: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

57 Noni baru saja mengirim se____________ surat kepada kakaknya yang berada di Mesir.A lembar B kajangC pucuk D helai

58 Saripah memasukkan beberapa ___________________ asam gelugur ke dalam kuah laksa yang sedang dimasaknya.A keeping B bijiC potong D hiris

59 Mak Kiah memasak beberapa ____________ cendawan untuk dijadikan hidangan tengah hari.A ketul B kakiC kerat D batang

60 Menteri itu menyelitkan dua ____________ pantun sebelum mengakhiri ucapan perasmian dalam majlis itu.A baris B patahC rangkap D perenggan

KATA IMBUHAN61 _________ terkenal itu ialah abang Farah.A Penyanyi B PemukulC Peniaga D Penduduk

62 ________itu telah ditembak oleh dua orang askar.A Perompak B PenyamunC Pembunuh D Pengganas

63 ________ ngeri itu telah berlaku pagi tadi.A Kemalangan B PerlanggaranC Kemenangan D Kekalahan

64 Rafeah suka __________ di dalam bilik air.A menyanyi B mengajarC membaca D melukis

65 Walaupun miskin, semua anaknya _________ tinggi.A berilmu B berkakiC bersuara D berpelajaran

Page 8: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

66 Kami ________ sungai itu dengan rakit.A menyeberangi B mengharungiC mengekori D melalui

67 Hobinya _______baca buku cerita.A me B menC mem D menye

68 Kain itu _______buat daripada sutera.A ke B perC diper D mem

69 Lari________ Merdeka itu mendapat sambutan penduduk setempat.A kan B nyaC pe D an

70 “Hani, beri _____ saya bunga itu,” kata Liza.A I B anC nya D kan

71 Fauziah mengalami keracunan makanan akibat makanan yang tidak________ dengan sempurna.A memasak B dimasakC termasak D memasakkan

72 Toh telah ______________ke rumah sepupunya di Australia.A dikunjungi B kunjunganC berkunjung D mengunjungi

73 Sejak berpindah ke bandar, Sarimah sering _____________ ibunya di kampung.A diingatkan B teringatkanC mengingati D mengingat

74 Ibu menyuruh Ahmad mengangkat pakaian yang __________________diampaian.A menyidaikan B menyidaiC penyidai D tersidai

75 Seorang budak lelaki sedang ____________ di atas papan gelungsor.A meluncur B luncuranC diluncurkan D berluncuran

Page 9: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

76 Pak Mat mengetam papan di atas ___________ .A jejari B sesikuC kekuda D lelangit

77 Mereka bermain _____________ di padang dengan gembiranya.A kekisi B tetikusC dedaun D lelayang

KATA ADJEKTIF78 Botol plastik itu ____ apabila dipijak oleh Ah Ming.A kempis B kemikC leper D nipis

79 Sampan itu telah dihanyutkan oleh arus __________.A laju B derasC pantas D kencang

80 Pelbagai spesies ikan dapat dilihat kerana air sungai itu _________ .A jernih B bersihC cerah D putih

81 Kakak menyidai baju yang ______ itu di ampaian.A sejuk B keringC basah D lembap

82 A famosa didirikan sejak zaman Portugis itu masih _______.A kuat B tahanC kukuh D gagah

83 Nenek _______ akan keselamatan cucunya yang belum pulang dari sekolah.A malu B takutC curiga D bimbang

84 Kenangan ________ masih segar dalam ingatan Pak Talib.A dulu B silamC lepas D lapuk

85 Mungkin adik belum tidur kerana biliknya masih _______.A gelap B suramC terang D kelam

Page 10: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

86 Perasaan _________ akan negara perlu ditanam dalam hati setiap anggotamasyarakat.A cinta B asyikC mesra D megah

87 Feri yang menuju ke pulau itu ______ dengan muatan.A tepu B beratC penuh D banyak

88 Suara juruhebah radio itu sangat ____________ .A gopoh B kasarC keras D jelas

89 Kain songket ini ___________ sungguh buatannya.A lembut B kerasC halus D kasar

90 Perempuan tua bertongkat itu berjalan ___________ sungguh.A lambat B lembutC longlai D licin

91 Baju baharu adik berwarna ___________.A bulat B kecilC merah D besar

92 Azam tidak lalu makan mi goreng yang __________itu disebabkan terlebih cili.A masin B manisC pedas D pahit

92 Dafi tidur __________ di sofa dengan nyenyak kerana keletihan.A penat B lekaC lena D lemah

93 Pak Suhaimi menggunakan galah yang ___________ untuk mengait buahrambutan yang tinggi.A panjang B sempitC rapuh D lebar

94 Baju Chee Wen __________ terkena sos cili.A putih B kotorC bersih D cerah

Page 11: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

95 Bau daun pandan itu sungguh ___________.A harum B merahC busuk D enak

96 Muka gadis yang ______ sirih itu memikat hati ramai pemuda yang melihatnya.A panjang B bulatC leper D bujur

KATA KERJA97 Ahmad ___________ basikal rakannya sewaktu pulang dari sekolah.A memandu B mengayuhC membawa D membonceng

98 Kakak sedang _____________ sayur-sayuran di belakang rumah.A meragut B menyiramC mengemas D menyimbah

99 Wanita Pantai Timur mahir dalam kerja-kerja ____________ kain songket.A menekat B menenunC menyulam D mengayam

100 Budin ________ otak untuk mencari jawapan pada ruangan teka silang kata.A memusing B menggaliC memerah D memikir

101 Ibu ___________ apabila mendapat berita sedih itu.A tergamam B tersenyumC tertawa D tersedu

102 Lazim ___________ bola ke arah gawang gol pasukan lawan.A menghayun B menggosokC menyepak D membaling

103 Pemandu bas itu _____________ ke kanan jalan.A mengundur B membelokC memintas D memusing

104 Emak memarahi adik kerana kasut sekolahnya belum __________ lagi.A bergosok B berbasuhC berlipat D berjahit

Page 12: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

105 Mereka ___________ sungai itu untuk sampai di seberang.A menyeberangi B mengharungiC meredah D meranduk

106 Budak lelaki itu ________ ikan di dalam parit menggunakan penyauk.A memancing B menangkapC memukat D menyauk

107 Pak Kasim ________ sayur-sayurannya setiap hari.A memetik B mengutipC mengambil D memungut

108 Pemandu bas sekolah itu disaman kerana ___________ peraturan jalan raya.A meniru B melanggarC membantah D menghalang

109 Faiz ___________ ikan pelaga di dalam akuarium.A memelihara B menangkapC menternak D menjaga

110 Kita harus banyak membaca untuk ___________ ilmu pengetahuan.A menapis B mengautC menimba D menyerap

111 Para penonton duduk ________________ pintu dewan sekolah itu.A membelakangkan B membelakangiC terbelakang D dibelakangi

112 Raju berjaya ______ peserta lain sebelum tiba ke garisan penamat.A melalui B melintasiC memintas D mengetahui

113 Anak ayam yang kehilangan ibu itu ___________ sepanjang malam.A menciap B mengiauC menyalak D mengaum

114 Puan Zita _________ pintu bilik Guru Besar beberapa kali.A meluku B memukulC mengetuk D menghentak

Page 13: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

115 Untuk mengekalkan zatnya, sayur kangkung hanya perlu ________ seketika didalam air panas.A direndam B dikukusC dilebur D dicelur

116 Kain songket yang telah siap _________ itu dibungkus dengan plastik dandisusun ke dalam kotak khas sebelum dieksport.A ditenun B ditekatC dijahit D dianyam

KATA GANDA117 Keadaan jalan yang ________ itu menyebabkan abang tidak beranimemandu kereta dengan laju.A bengkang-bengkok B bersimpang-siurC berputar-putar D berbelit-belit

118 Segala _________ yang berkaitan dengan sambutan Hari Guru di sekolahmenjadi tanggungjawab Azrul.A desas-desus B sorak-sorakC suku-sakat D hal-ehwal

119 Lena ___________ pulang ke kampung kerana ibu bapanya sudah lama meninggal dunia.A diam-diam B jarang-jarangC senyap-senyap D kadang-kadang

120 Dalam cahaya yang ___________ itu, mereka ternampak suatu lembagabergerak ke arah belakang pintu.A terang-menderang B samar-samarC kilau-kilauan D gelap-gelita

121 Semua calon yang menduduki peperiksaan berasa __________.A berjaga-jaga B bergetar-getarC berdebar-debar D bergoyang-goyang

122 Sikap penduduk kampung itu yang suka __________ menyebabkan merekasering bergaduh.A pukul-memukul B dengki-mendengkiC nasihat-menasihati D kunjung-mengunjung

Page 14: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

123 Penyokong pasukan Perak __________ apabila pemain kesayangan merekamenjaringkan gol kemenangan.A berlari-lari B bersorak-soraiC beramai-ramai D berlumba-lumba

124 Badan Pak Lurah sangat kurus kerana telah _________ lamanya diamenghidap penyakit batuk kering.A berjam-jam B berhari-hariC berkurun-kurun D bertahun-tahun

125 Setiap pagi keadaan di pasar borong itu _________ dengan suara pelanggandan penjual tawar-menawar.A porak-peranda B kelam-kabutC kacau-bilau D hiruk-pikuk

126 Adik menangis kerana _________ mulutnya tertusuk tulang ikan.A gegigi B lelidahC gegusi D lelangit

127 Puan Zainab membeli ____________ di Pasar Raya Halida.A lauk-pauk B anak-pinakC sayur-mayur D sampah-sarap

128 Surina menyapu ____________ kering di halaman rumahnya untuk dibakar.A dedahan B dedaunC kekabu D bebiri

13 Tangan ayah ___________ terkena duri pokok semalu.A herot-berot B corat-coretC calar-balar D patah-riuk

129 Badan Nasir _____________ kerana digigit nyamuk.A miang-miang B kudis-kudisC gatal-gatal D garu-garu

130 Sanjit Singh suka makan sup ____________ ikan.A bebola B lelangitC kekabu D kekisi

131 Keadaan di dalam Gua Kelam itu ______________ walaupun pada waktupetang.A huru-hara B gelap-gelitaC hingar-bingar D riuh-rendah

Page 15: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

132 Pak Saad suka makan ___________ kerana giginya sudah tiada.A agar-agar B epok-epokC gado-gado D bunga-bunga

133 Ibu susah hati kerana ____________ nya telah hilang.A anting-anting B semut-semutC mata-mata D anai-anai

134 Pada waktu subuh, kedengaran ___________ azan berkumandang di desaitu.A rapat-rapat B samar-samarC sayup-sayup D berbalam-balam

135 Ani __________ buku itu untuk dijadikan bahan rujukan.A melihat-lihat B mengkaji-kajiC mencatat-catat D membelek-belek

KATA TEPAT136 Bola yang ditendangnya________ tinggi.A melambung B melantunC bersolek D meleret

137 Liza menjalankan ________ di makmal sains itu.A urus niaga B ulang kajiC jual beli D uji kaji

138 Semua murid mesti _________ akan peraturan sekolah.A patuh B taatC ikut D akur

139 Pak Ramli sedang _________ lalang di belakang rumahnya.A memotong B menebangC mencantas D menebas

140 Pekerja itu ______ simen ke dalam acuan.A menuang B mencurahC menyiram D menyimbah

141 Plastik itu telah ________ oleh tikus.A dimakan B ditelanC digerit D digigit

Page 16: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

142 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan _________ untuk mengenalpasti punca masalah ponteng sekolah.A tindak balas B soal selidikC soal jawab D maklum balas

143 Orang ramai menyerbu pasar raya yang menawarkan _________sempena hariraya.A harga runtuh B harga robohC harga mati D harga tetap

144 Sudah lama saya menunggu, tetapi _________ nya masih belum sayanampak.A air muka B tapak kakiC paras rupa D batang hidung

145 Doktor Hilmi sedang menjalankan ________ terhadap mangsa pembunuhan itu.A bedah siasat B kaji selidikC soal siasat D kemas kini

146 Ramai pelawat mengunjungi gerai ___________ itu.A buah tangan B kraf tanganC daya cipta D reka cipta

147 Hati Puan Zainab _________ apabila mengetahui penglibatan anaknya di dalamnajis dadah.A hancur lebur B punah ranahC gundah gulana D patah semangat

148 Baju yang baru dibelinya tidak boleh dipakai kerana ________.A singkat B labuhC ketat D kecil

149 Orang kampung ________ memperkatakan kepulangannya dari luar negara.A gempar B hebahC heboh D bising

150 Kesan kuah pada bajunya _________ setelah dibasuh.A luput B lupusC lesap D hilang

151 Liza ___________ kotak itu dengan tali.A mengikat B membukaC menyimpul D menambat

Page 17: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

152 ”________ naik ke rumah saya,” kata Ani kepada Shimah.A Sila B MariC Harap D Tolong

153 Pak Bidin menjalankan perusahaan __________ lembu setelah bersara.A memelihara B menternakC membela D menjaga

154 Kami ____________ sungai itu dengan rakit.A menyeberangi B mengharungiC mengekori D melalui

155 Mak Amnah ________ buah rambutan itu dengan menggunakan galah.A mengambil B mencolokC memetik D mengait

KATA MAJMUK156 ___________kulit itu diimport dari India.A Gelang tangan B Tali pinggangC Jam dinding D Pasu bunga

157 Tuan Mahmod telah memecat dua orang ________nya kerana pecah amanah.A bekerja B pesuruhC penjawat D kakitangan

158 ”Turunkan ____________awak di sini,” katanya kepada saya.A tanda Tanya B tandatanganC papan tanda D tanda arah

159 Telah enam tahun Puan Syimah menjadi ________ PIBG di sekolahnya.A Yang pertua B setiausahaC pengacara D pertua

160 Dia menjual ikan sebagai _________sampingannya.A mata angin B mata duitanC mata keranjang D mata pencarian

161 ___________rumah Mak Cik Zainun telah hilang ketika dia membeli- belah.A Anak kunci B Anak mataC Anak panah D Anak rambut

Page 18: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

162 Puan Mariam mempunyai __________berwarna coklat pada tangan kanannya.A tanda kenangan B tanda tanganC tanda mata D tanda lahir

163 Semua murid kelas 6 Cemerlang ___________menceriakan kelas mereka.A bersukaria B bersatu paduC bekerjasama D bersenang-senang

164 Bingkai __________ yang dipakai oleh Puan Aisyah mahal harganya.A cermin mata B cermin mukaC cermin kereta D cermin tingkap

165 Encik Sabran menghadiahi Puan Sabariah seutas ___________.A jam tangan B kalung mutiaraC cincin berlian D gelang tangan

166 Kulit gadis itu ___________manakala mukanya bujur sirih.A berkedut-kedut B putih-putihC pucat lesi D putih melepak

167 Penduduk di Taman Bahagia itu hidup dalam suasana yang________________ .A gila kuasa B aman damaiC ringan tulang D porak peranda.168 ___________ sekolah saya ialah Encik Hafiedzul Hilmi.A Petani B Ibu bapaC Guru Besar D Anggota polis

169 Pak Jalil dan Pak Samad sedang minum di dalam ________________ itu.A hutan rimba B bilik darjahC kedai kopi D semak samun

170 Murid hanya dibenarkan makan di __________________ .A bilik guru B pusat sumberC kantin sekolah D makmal computer

171 Murid yang ingin menyertai pertandingan itu perlu mendapatkan keizinandaripada _____________ mereka.A adik kakak B ibu bapaC datuk nenek D kaum keluarga

Page 19: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

172 Puan Suzilawati sentiasa berada dalam keadaan yang _____________semenjak ayahnya meninggal dunia.A sukacita B dukacitaC sukarela D sukarela

173 _____________ Ikmal rosak setelah dia terlupa menanggalkannya ketikamandi.A Jam meja B Jam randikC Jam tangan D Jam dinding

174 ________________ bangunan itu berkonsepkan seni bina Islam.A Reka bentuk B Reka acuanC Reka tinggi D Reka cipta

175 Beberapa orang ______________ pejabat itu telah dinaikkan pangkat keranaperkhidmatan mereka yang cemerlang.A jawatankuasa B warganegaraC setiausaha D kakitangan

KATA SENDI176 Pelukis itu terkenal _________ lukisannya yang bercorak batik.A oleh B padaC akan D dengan

177 Erra Fazira mula berlakon ________ dia berusia sepuluh tahun.A dari B sejakC daripada D kemudian

178 Murid tahun Enam Nilam lebih banyak ______ murid tahun Enam Delima.A dari B olehC dengan D daripada

179 “Kamu datang ______ mana tadi, Suriani?” tanya Puan Aminah.A ke B dariC pada D daripada

180 _________ Sahar, Hashim juga turut serta dalam rombongan itu.A Sejak B SelainC Seperti D Sepanjang

Page 20: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

181 Memiliki wang yang banyak adalah ________ cita-citanya.A pada B dalamC antara D daripada

182 Penceramah motivasi itu sedang menyampaikan ceramah ________ carabelajar yang betul.A akan B sepertiC dengan D tentang

183 Baju kurung adik diperbuat _______ kain sutera.A ke B dariC oleh D daripada

184 Perjalanan ________ Tapah ______ Teluk Intan mengambil masa kira-kira satujam.A dari ... pada B daripada ... keC dari ... ke D daripada ... di

185 Kasih sayang Puan Aida ________ anaknya tidak pernah padam.A terhadap B padaC akan D oleh

186 Dia melekatkan setem _________ poskad yang cantik itu _________menggunakan gam.A di ... dengan B ke ... sepertiC pada ... dengan D dari ……… tentang

187 Sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Indera Mulia berlarutan _________ke tengah malam.A demi B untukC hingga D terhadap

188 Emak Nabilah rindu _________ anaknya yang sedang belajar di Mesir.A terhadap B denganC akan D oleh

189 _________ waktu malam di kampung datuk , kedengaran cengkerik bersahutsahutan.A Di B DariC Pada D Untuk

Page 21: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

KATA BILANGAN190 ”Sila isi borang ___________, sebentar lagi saya akan kutip,” kata Puan Amelia.A setiap B tiap-tiapC sebahagian D masing-masing

191 ____________ lapisan masyarakat memenuhi stadium untuk meraikan HariKebangsaan.A Segala B SegenapC Sebahagian D Segelintir

192 ___________ jenis pakaian beragam telah dipersembahkan oleh murid-muridtadika sempena majlis perpisahan itu.A Seluruh B SebahagianC Sesetengah D Bermacam-macam

193 Tidak ____________ penduduk kampung bersetuju dengan cadangan tokpenghulu itu.A pelbagai B semuaC seluruh D sebahagian

194 ___________ anak Puan Nabila melanjutkan pelajaran di luar negara.A Kedua B SetengahC Kedua-dua D Sebahagian

195 Sebagai pemenang tempat ___________, dia telah memenangi hadiahutama.A pertama B keduaC ketiga D keempat

196 Hanya ____________ ibu bapa yang hadir semasa Mesyuarat Agung PIBG disekolah tersebut.A sebahagian B setengahC segelintir D kesemua

197 Hampir _____________ jam Samsudin menunggu kehadiran Yusof.A sesetengah B setengahC seluruh D separuh

198 Kami __________ memperagakan pakaian _________ di dalam majlis itu.A empat …………. Banyak B keempat ………. sebahagianC berempat ………… masing-masing D keempat-empat ……. masing-masing

Page 22: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

199 ___________ orang suka membaca sebelum tidur.A Setengah B SesetengahC Kesemua D Sebahagian

200 Pak Hamid memelihara ___________ ekor kambing di ladang sawitnya.A beberapa B berapaC sekawan D sebahagian

201 ___________ pokok kelapa itu ditebang untuk ditanam semula.A Semua B SetengahC Segelintir D Separuh

202 Pada ____________ masa pertama, Pasukan Seladang telah menyumbatdua gol.A setengah B separuhC suku D segala

203 Stadium Bukit Jalil dipenuhi __________ penonton yang menyaksikanperlawanan bola jaring.A para B kesemuaC para-para D sebahagian

204 Mak Limah membahagikan __________ daripada kuih itu kepada anakanaknya.A kesemua B segelintirC separuh D segala

KATA ARAH205 Rani amat terkejut apabila disergah oleh adiknya dari________.A depan B hujungC sebalik D belakang

206 Rumah Pak Akil terletak di _________________ rumah ketua kampung dandewan orang ramai.A dating B atasC sudut D antara

207 Masyarakat _________ terkenal dengan ciri-ciri kesopanannya.A sekeliling B tengahC barat D timur

Page 23: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

208 Pada waktu rehat mereka berbual-bual di ___________ pohon yang rendangitu.A atas B bawahC sebelah D hujung

209 Semua murid diarah masuk ke _________ dewan kerana peperiksaan UPSRakan bermula sebentar lagi.A luar B tepiC dalam D penjuru

210 Pokok kelapa yang tumbang di __________ jalan raya sewaktu ributmenyebabkan kesesakan lalu lintas.A atas B tepiC luar D sisi

211 Terengganu yang terkenal sebagai tempat penyu bertelur itu terletak di pantai_________ Semenanjung Malaysia.A utara B timurC barat D selatan

KATA BANTU212 Pada bulan hadapan, lelaki itu __________ dihadapkan ke mahkamah keranamencuri.A akan B belumC harus D dapat

213 Mereka _____________ balik ke kampung pada cuti sekolah nanti.A mesti B bolehC dapat D hendak

214 Robert ____________ sibuk menyiapkan segala kelengkapan untuk menyertaiperkhemahan.A akan B harusC dapat D sedang

215 Puan Salmi _____________ menjadi guru di pedalaman Sabah lima tahun yanglalu.A akan B bolehC pernah D hendak

Page 24: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

216 Dia tidak _____________ berjumpa doktor walaupun giginya sedang sakit.A harus B mahuC belum D pernah

217 Mereka dipuji oleh Guru Besar kerana _________ menjawab semua soalanKuiz kesihatan itu.A akan B dapatC sedang D hendak

218 Rizal berasa kecewa kerana ________________ menang dalam acara lompatpagar.A harus telah B belum bolehC telah pernah D belum pernah

219 “Kalian _________ menghormati budaya sesuatu kaum,” tegas Cikgu Yaris.A akan B bolehC mesti D sedang

220 Pihak bomba ___________ berusaha untuk mencari mangsa yang lemas.A telah B sedangC hendak D pernah

221 Pokok bunga itu menjadi layu kerana Puan Gayah _____________menyiramnya.A telah B mestiC belum D hendak

222 Hariz _________ membuktikan kepada ibu bapanya bahawa dia mampumenjuarai kejohanan badminton itu.A sedang B pernahC belum D mahu

223 Saya __________ bercuti ketika kecurian itu berlaku.A akan B telahC sedang D pernah

226 Majlis perpisahan untuk murid tahun enam ________ diadakan pada minggudepan.A akan B telahC sudah D belum

Page 25: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

224 Wang tunai RM100.00 itu ______________ menjadi hadiah utama dalampertandingan pidato pada bulan depan.A akan B masihC pernah D hendak

225 Budak yang pandai itu pun _________________ pasti dapat menjawab soalanyang sukar ini.A mesti B belumC sedang D pernah

PERIBAHASA226 “ Seperti anjing dengan kucing ” bermaksudA orang yang selalu bergaduh antara satu sama lainB orang yang dibenci oleh masyarakatC orang yang berasal dari keturunan baik-baikD orang yang mempunyai hubungan yang sangat akrab

227 Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh gurunya bagai_______________ kerana dia tidak ambil kisah.A tiada rotan akar pun berguna B mencurah air ke daun keladiC melepaskan anjing tersepit D mendukung biawak hidup

228 Berkat kegigihannya menyimpan wang setiap hari, akhirnya dia dapatmenunaikan haji. Bak kata pepatah ____________________.A belakang parang diasah lagikan tajam B sikit-sikit, lama-lama jadi bukitC bagai anjing menyalak bukit D yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran

229 Kita mestilah bergaul dengan orang ramai untuk mendapatkan pengetahuan.Jangan jadi seperti ______________________.A aur dengan tebing B katak di bawah tempurungC pahat dengan penukul D rusa masuk kampong

230 Faizul bertungkus-lumus menyiapkan projek itu tetapi pengurusnya yangdipuji seperti _________________.A lembu punya susu, sapi dapat nama B menatang minyak yang penuhC menangguk di air keruh D tikus membaiki labu

231 Dalila berasa____________ apabila rakannya mendapat tempat pertamadalam pertandingan lukisan.A isi hati B iri hatiC putih hati D patah hati

Page 26: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

232 Semua penduduk kampung tidak mempercayai kata-kata Rahmat kerana dia________________.A buruk siku B kacang hantuC lidah bercabang D jinak-jinak merpati

233 Semua jemputan memuji mempelai yang sedang bersanding ___________.A bagai perian pecah B bagai pinang dibelah duaC bagai pahat dengan penukul D bagaimana acuan begitulah kuihnya

234 Ali dimarahi oleh gurunya kerana tulisan seperti________.A kaki bangku B cakar ayamC alas perut D isi hati

235 Kita tidak boleh mempercayai _____________ kerana maklumat itu belumpasti.A kaki ayam B batu apiC khabar angin D mata pencarian

236 Kejayaan anak-anak Pak Deris di dalam pelajaran merupakan __________keluarganya pada masa hadapan.A ekor mata B cakar ayamC kerja tangan D bintang terang

237 Buah-buahan sering dijadikan ___________ selepas makan.A pencuci mulut B asam garamC cuci tangan D rasa hati

238 Ibu ___________ apabila adik memecahkan pasu kesayangannya.A naik angin B naik lemakC naik takhta D naik minyak

239 Fitri terpaksa ______________ dari pertandingan itu kerana kurang sihat.A mengasah bakat B campur tanganC memerah otak D menarik diri

240 Jalan ke pekan Raub seperti __________ .A ular kena palu B keli kena ketukC ayam berak kapur D anjing dengan kucing.

Page 27: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

ANTONIM241 Sejak ayah dimasukkan ke hospital, penyakitnya semakin sembuh.A Sakit B tenatC Parah D Lelah

242 Mereka menyorong bungkusan itu ke tepi bilik.A Mengangkat B MenarikC Menolak D Mengendong

243 Ahli jawatan kuasa kampung menyokong usul yang dibawa dalam mesyuaratitu.A Menolak B MembidasC Membantah D Menerima

244 Selepas kematian ibu mereka, hubungan antara Lim dan adiknya agakrenggang.A akrab B dekatC mesra D hamper

245 Air laut di Teluk Batik pasang pada waktu petang.A naik B cetekC surut D dalam

246 Encik Khalid mengepit surat khabar sewaktu pulang dari pejabat.A menjinjing B membuangC mengelek D menjunjung

247 Rambut Effiza menjadi kemas setelah disikat.A kusut B ikalC bersih D kusam

248 Tanaman itu kelihatan layu pada waktu petang.A kuyu B sihatC segar D tumbang

249 Matahari terbit di ufuk timur.A terjatuh B terjunamC terbenam D tenggelam

250 Badan Pak Mail semakin kurus sejak mengidap penyakit itu.A kecil B lebarC besar D gemuk

Page 28: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

251 Sulaiman seorang pelajar yang rajin.A malas B usahaC tekun D maju

252 Puan Zulaikha tertidur di dalam bas.A termimpi B terkejutC tercelik D terjaga

253 Baju-baju Raihan bersepah di atas lantai.A beratur B berlapisC bersusun D berkumpul

SINONIM254 Aziz menjemput Zali datang ke rumahnya.A menghalau B memanggilC mengajak D menegur

255 Setiap pelajar perlu mempunyai cita-cita.A azam B baktiC jasa D hobi

256 Firdaus menempah tiket bas untuk pulang ke kampung.A mengambil B memesanC memohon D membeli

257 Siti mengais pasir untuk mencari rantai adiknyaA mengorek B mencakarC menggaru D menimbus

258 Perompak itu akan dibicarakan pada hujung minggu ini.A dihukum B didakwaC dituduh D ditekan

259 Suasana di Cameron Highlands sungguh dingin.A lembap B panasC salju D sejuk

260 Peristiwa itu sungguh menyedihkan.A pengalaman B kejadianC situasi D kisah

Page 29: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

261 Para pelajar yang terjerumus dalam gejala sosial akan diberi kaunseling.A tersungkur B terjelepokC terjebak D terjatuh

262 Adik Fara petah bercakap, walaupun baru berusia dua tahun.A lancer B lajuC fasih D mahir

263 Majalah Dewan Pelajar itu sangat laris di pasaran.A untung B cepatC laku D rugi

264 Budak-budak nakal melontar batu ke arah anjing itu.A membaling B melambungC menyambut D membanting

265 ” Siapakah yang banyak memberi dorongan kepada adik ? ” tanya pemberita itukepada olahragawati sekolah.A panduan B nasihatC galakan D ajaran

266 Pemerintahan raja yang zalim menyebabkan rakyat jelata hidup sengsara.A sukar B susahC merana D senang

267 Daging ayam itu dimamah oleh Isma sebelum ditelannya.A digigit B digeritC dikunyah D dibaham

268 Pasukan Sekolah Kebangsaan Gangga telah menggondol pingat emas dalamkarnival asrama.A mencapai B merangkulC mengambil D merampas

BAHASA ISTANA 269 ”Ampunkan ________, tuanku”, kata Laksamana Hang Tuah.A beta B patikC hamba D baginda

270 _________ merupakan pemerintah yang adil di negeri itu.A Baginda B TuankuC Hamba D Patik

Page 30: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

271 ”_________ menitahkan seluruh rakyat jelata datang ke istana,” kata SultanAminurasyid.A Baginda B HambaC Patik D Beta

272 “Hamba ingin menjemput tuan _______ ke majlis perkahwinan anak hamba,”kata Pak Man.A baginda B tuankuC hamba D patik

273 ”Segala titah ___________, akan patik junjung,” kata Bendahara Tun Perak.A beta B tuankuC baginda D tuan hamba

274 ” _________ mahu balik ke rumah,” kata Pak Leman kepada tok penghulu.A Hamba B PatikC Beta D Tuanku

275 Tuan puteri ________ di atas katil yang cantik.A beradu B santapC bersiram D bertakhta

276 Kata inang, “Silakan __________, tuanku.”A gering B makanC minum D santap

277 Semua inang telah berangkat menemani tuan puteri________.A gering B hinggapC bersiram D bersemayam

278 Sultan Iskandar gundah-gulana kerana ayahanda baginda sedang ________.A gering B santapC beradu D mangkat

279 Baginda amat ________ apabila mengetahui perkara itu.A sedih B murkaC sukacita D dukacita

280 Raja permaisuri baru saja _________ di takhta dua purnama yang lalu.A duduk B beraduC memerintah D bersemayam

Page 31: KATA GANTI NAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan

281 Ayahanda baginda telah _________ semusim yang lalu.A meninggal dunia B diputerakanC mangkat D mati

282 Kata bendahara Tun Perak,”Ampun _________, segala titah tuanku telah patiklaksanakan.”A beta B patikC hamba D tuanku

283 Seluruh rakyat jelata sedang membina istana_________ untuk puteramahkota.A hinggap B terbangC tinggal D duduk