mzu 3114 kurikulum & pengajaran muzik i - mikro (semester 4)

5
RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Tahun : 3 Ledang Bilangan Murid : 20 orang Tarikh : 1 Ogos 2013 Masa : 8.45 9.15 pagi ( 30 minit ) Tajuk : Ciptaan Tuhan Aspek : Pengalaman muzikal Konsep : Irama Corak Irama dan detik lagu Tempo Perubahan tempo Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir. 2. Murid pernah membuat gerakan mengikut iringan muzik. Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran, murid murid dapat: 1. Membezakan tempo laju, sederhana dan perlahan. 2. Membuat gerakan kreatif yang sesuai yang menunjukkan tempo cepat, perlahan dan sederhana. 3. Memainkan alat perkusi mengikut tempo dan corak irama yang betul. Nilai : Prihatin, bekerjasama, memberi perhatian, patuh, bertanggungjawab dan peka. KBKK : Menjana idea, memahami, meneroka, mengimprovisasi, merasai

Upload: stephanie-unsil

Post on 22-Jun-2015

1.047 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik I  - Mikro (SEMESTER 4)

RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Tahun : 3 Ledang

Bilangan Murid : 20 orang

Tarikh : 1 Ogos 2013

Masa : 8.45 – 9.15 pagi ( 30 minit )

Tajuk : Ciptaan Tuhan

Aspek : Pengalaman muzikal

Konsep : Irama – Corak Irama dan detik lagu

Tempo – Perubahan tempo

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah memainkan perkusi secara solo atau

berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

2. Murid pernah membuat gerakan mengikut iringan

muzik.

Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran, murid – murid dapat:

1. Membezakan tempo laju, sederhana dan perlahan.

2. Membuat gerakan kreatif yang sesuai yang menunjukkan

tempo cepat, perlahan dan sederhana.

3. Memainkan alat perkusi mengikut tempo dan corak irama

yang betul.

Nilai : Prihatin, bekerjasama, memberi perhatian, patuh,

bertanggungjawab dan peka.

KBKK : Menjana idea, memahami, meneroka, mengimprovisasi,

merasai

Bahan Bantu Mengajar : LCD, kayu tik tok (alat perkusi), radio

Page 2: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik I  - Mikro (SEMESTER 4)

Langkah / Isi Pelajaran Aktivti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi( 5 minit )

1. Guru menyoal murid – murid sama

ada mereka pernah melihat arnab

dan kura – kura dan menyuruh murid

menyatakan ciri – ciri kedua binatang

tersebut.

2. Guru menyampaikan sebuah cerita

yang bertajuk “Arnab dan Kura –

Kura” kepada murid dalam nada,

gaya dan intonasi yang betul

bersama dengan iringan muzik.

3. Guru membuat demonstrasi

pergerakan arnab dan kura – kura

dan menyuruh murid mengenalpasti

pergerakan cepat, sederhana dan

lambat.

4. Guru memperkenalkan konsep irama

dan tempo melalui pergerakan yang

dilakukan bersama murid – murid.

ABM : Kad gambar

Penutup( 5 minit )

1. Guru menyuruh kumpulan –

kumpulan mempersembahkan hasil

kumpulan masing – masing mengikut

iringan muzik yang telah dipilih.

2. Guru mengadakan sesi soal jawab

yang ringkas bersama murid – murid.

3. Guru bersama dengan murid

menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”

bersama gerakan kreatif.

ABM : paparan lirik lagu, video lagu

Page 3: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik I  - Mikro (SEMESTER 4)

PERINCIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SET INDUKSI (5 MINIT)

Masa Pelaksanaan Aktiviti

Minit 1 - 2 Guru menjalankan sesi soal jawab dengan murid bagi menguji

pengetahuan mereka tentang ciri – ciri arnab dan kura – kura.

Guru menunjukkan kad gambar arnab dan kura – kura kepada murid

– murid.

Murid menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Minit 2 - 4 Guru mempersembahan cerita “Arnab dan Kura – Kura” di hadapan

kelas dengan nada, gaya dan intonasi yang betul dengan iringan

muzik.

Guru membuat demo pergerakan arnab dan kura – kura.

Murid memberi perhatian terhadap gaya persembahan guru dalam

cerita “Arnab dan Kura – Kura.”

Murid diminta mengenalpasti pergerakan cepat, sederhana dan

perlahan dalam cerita “Arnab dan Kura – Kura.”

Minit 4 - 5 Guru memperkenalkan konsep irama dan tempo melalui pergerakan

yang dibuat.

Murid diminta untuk meniru pergerakan guru dan bersama – sama

melakukan pergerakan cepat, perlahan dan sederhana bersama

dengan iringan muzik.

Guru bersama – sama dengan murid membuat pergerakan

Page 4: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik I  - Mikro (SEMESTER 4)

PERINCIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PENUTUP

(5 MINIT)

Masa Pelaksanaan Aktiviti

Minit 1 - 3 Guru menyuruh kumpulan – kumpulan yang telah dibahagikan untuk

mempersembahkan hasil kumpulan masing – masing dengan

menggunakan iringan muzik yang telah dipilih.

(i) Kumpulan 1 – Pergerakan sambil bermain kayu tik tok mengikut

corak irama muzik yang telah dipilih

(ii) Kumpulan 2 - Persembahan menggunakan anggota badan

mengikut corak irama dan tempo lagu yang telah

dipilih.

Minit 3 - 4 Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid mengenai

persembahan yang telah dibuat oleh kedua – dua kumpulan sebentar

tadi dari segi:

(i) Tempo

(ii) Corak irama

(iii) Pergerakan kreatif yang dihasilkan oleh kedua – dua

kumpulan

Minit 4 - 5 Guru bersama dengan murid menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”

sambil membuat pelbagai gerakan bebas bersama dengan

permainan kayu tik tok.

Lirik lagu “Bapaku Pulang” dipaparkan di slaid

Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Bolehku bawa ke sekolah

Pom pom pom pom pom pom pom pom pom

Kereta kecilku berbunyi

Marilah adik mari naik

Bolehku bawa jumpa nenek