muzik finaly

19
OUMM3203 821008016129001 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 OUMM 3203 PROFESIONAL ETHNICS ( ETIKA INDIVIDU ) NAMA : SAIFUL AZRA BIN MD NOH NO. MATRIKULASI : 821008016129001 NO. KAD PENGNEALAN : 821008-01-6129 NO. TELEFON : 0107064439 E-MEL : [email protected] 1

Upload: adang30

Post on 17-Jan-2016

74 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assigment muzik

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014

OUMM 3203

PROFESIONAL ETHNICS

( ETIKA INDIVIDU )

NAMA : SAIFUL AZRA BIN MD NOH

NO. MATRIKULASI : 821008016129001

NO. KAD PENGNEALAN : 821008-01-6129

NO. TELEFON : 0107064439

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

( CAWANGAN BATU PAHAT )

1

Page 2: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/SURAT

2

Page 3: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

1.1 DEFINISI ETIKA

Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris“Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing.  Menurut Frankena(1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula, beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurutEncyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya.

Etika merupakan penyelidikan atau penyiasatan terhadap tatasusila kehidupan atau cara hidup.Ianya sering memfokuskan bagaimana cara untuk hidup dengan orang lain. Dalam melihat dari aspek profesionalism, ianya akan melihat bagaimana sesuatu perkara yang berlaku harusdilaksanakan secara logical dan tersusun, dan ianya tidak akan melibatkan nilai-nilai sentimentalyang memungkin sesuatu pengurusan dilaksanakan tanpa pengawalan yang teratur. Dalam aspek etika yang melibatkan individu, ianya akan dipengaruhi dalam beberapa aspek. Tiga faktor yang membentuk keperibadian individu iaitu nilai dan diri, seseorang dan yang lainya, dan kepelbagaian nilai dan kebimbangan yang telah dipertimbangkan. Ianya merupakan sesuatukeadaan normatif yang mana akan mengambil kira terhadap tiga aspek yang boleh dikatakan sebagai sifat individu tersebut, penglibatan individu dalam sesebuah komuniti dan persekitaran

Definisi IndividuIndividu merupakan manusia / diri seseorang. Menurut Kamus Dewan Bahasa, individu merupakan orang perseorangan yang mungkin berbeza dari segi emosi, fizikal dan juga mental.  Individu berasal dari kata yunani yaitu “individium” yang artinya “tidak terbagi”. Dalam ilmu sosial paham individu, menyangkut tabiat dengan kehidupan dan jiwa yang majemuk, memegang peranan dalam pergaulan hidup manusia. Individu merupakan kesatuan yang terbatas yaitu sebagai manusia perseorangan bukan sebagai manusia keseluruhan. Maka dapat disimpulkan bahwa individu adalah manusia yang memiliki peranan khas atau spesifik dalam kepribadiannya. Dan terdapat tiga aspek dalam individu yaitu aspek organik jasmaniah, aspek psikis rohaniah, dan aspek sosial. Dimana aspek aspek tersebut saling berhubungan. Apabila salah satu rusak maka akan merusak aspek lainnya. Apabila pola tingkah lakunya hampir identik dengan tingkah laku massa yang bersangkutan. Proses yang

3

Page 4: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

meningkatakan ciri-ciri individualitas pada seseorang sampai pada dirinya sendiri, disebut proses individualisasi atau aktualisasi diri. Dalam proses ini maka individu terbebani berbagai peranan yang berasal dari kondisi kebersamaan hidup, yang akhirnya muncul suatu kelompok yang akan menentukan kemantapan satu masayarakat. Individu dalam tingkah laku menurut pola pribadinya ada tiga kemungkinan: pertama menyimpang dari norma kolektif kehilangan individualitasnya. Kedua takluk terhadap kolektif, dan ketiga mempengaruhi masyarakat. (Hartomo, 2004: 64). Dengan demikian manusia merupakan mahluk individual tidak hanya dalam arti keseluruhan jiwa-raga, tetapi merupakan pribadi yang khas, menurut corak kepribadiannya dan kecakapannya.

Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan  menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat . Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak.

Contohnya, mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan perbuatan vandalisme dan salah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kedua kelakuan tersebut sememangnya salah dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan mengganggu keselesaan orang lain untuk menggunakanya. Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adalah salah dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.

1.2 FAKTOR MEMPENGARUHI ETIKA INDIVIDU

Bedasarkan kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahli pakar, didapati terdapat beberapa factor yang membentuk etika seseorang individu. Antaranya ialah;

1. Pengaruh Keluarga ( Family Influence )

2. Pengalaman Hidup ( Life Experience )

3. Pengaruh Rakan ( Peer Influence )

4. Faktor Keadaan ( Situation Factor )

5. Nilai Peribadi Dan Prinsip Moral ( Personal Value And Morals )

4

Page 5: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

1.2.1 PENGARUH KELUARGA

Keluarga merupakan faktor utama dalam pembentukkan etika seseorang individu. Segala pertuturan, budaya serta perbuatan yang dilakukan dirumah lazimnya akan diwarisi dan diamalkan dalam kehidupan seseorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak seringkali mencontohi atau mengikut etika dari kelakuan ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang baik maka kanak-kanak tersebut akan mempunyai etika yang baik. Begitu juga sebaliknya sekiranya ibu bapa menunjukkan etika yang tidak baik, kelakuan tersebut akan menjadi ikutan mereka.

1.2.2 PENGALAMAN HIDUP

Pengalaman hidup juga merupakan faktor yang membentuk etika seseorang individu. Kehidupan manusia banyak bergantung kepada pengalaman yang telah dilalui dalam kehidupan sehariannya. Banyak peristiwa penting, sama ada positif atau negatif, bergantung kepada pengalaman hidup seseorang. Sekiranya perbuatan mencuri yang dilakukan tidak mendapat tentangan atau hukuman, maka seseorang akan beranggapan kegiatan mencuri tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi sekiranya beliau dihukum kerana mencuri, maka beliau akan mengetahui mencuri merupakan satu kesalahan.

1.2.3 PENGARUH RAKAN

Teman / rakan sebaya merupakan faktor penting yang membentuk etika individu. Ini adalah kerana rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat dengan seseorang selepas ahli keluarganya. Sekiranya individu tersebut bercampur gaul dengan rakan yang bersifat positif, maka individu tersebut juga akan berkelakuaan dengan baik dan jika berkawan dengan individu yang membawa pengaruh negatif maka individu tersebut akan membawa kemudaratan kepada dirinya. Pengaruh rakan merupakan faktor yang kuat mempengaruhi etika seseorang. Ada orang berkata; untuk melihat perwatakkan dan peribadi seseorang, kita hanya perlu melihat perwatakkan rakan mereka. Sekiranya kita berkawan dengan golongan ulamak, maka InsyaAllah kita akan mempunyai etika dan moral yang baik. Tetapi sekiranya rakan kita adalah perompak maka kemungkinan besar kita akan turun menjadi perompak suatu hari nanti.

1.2.4 FAKTOR KEADAAN

Faktor keadaan juga boleh mempengaruhi tindakan seseorang. Walaupun sesuatu tindakan diketahui tidak beretika tetapi faktor keadaan boleh menyebabkan

5

Page 6: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

seseorang melanggar etika tersebut. Contohnya seorang ahli perniagaan boleh bertindak mengubah keuntungan perniagaan untuk mengurangkan cukai yang akan dikenakan.

1.2.5 NILAI PERIBADI DAN PRINSIP MORAL

Nilai dan prinsip moral juga dipengaruhi oleh kedudukan seseorang. Seseorang yang terlalu mementingkan kejayaan pangkat dan kewangan sering kali bertindak berdasarkan keuntungan tanpa mengira kesannya terhadap orang lain. Seseorang yang mementingkan keluarganya pula akan mempunyai etika yang berlainan.

2.0 HURAIAN FAKTOR YANG MEMBENTUK ETIKA INDIVIDU

Bedasarkan maklumat yang telah dinyatakan diatas, saya telah menerangkan secara ringkas tentang beberapa faktor yang mempengaruhi / membentuk etika individu. Seterusnya, saya akan menerangkan dengan mendalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi etika seseorang individu berserta contohnya sekali.

2.1 FAKTOR PERTAMA ( PENGARUH KELUARGA )

Keluarga adalah penyumbang terbesar di dalam pembentukkan etika individu. Sesebuah keluarga itu terhasil dari hubungan ibu dan bapanya dan lazimnya ianya terdiri dari anggota keluarga seperti abang, kakak dan juga adik. Dalam mendidik seseorang anak, apa yang dididik ke dalam diri ank-anak mereka akan mempengaruhi pembentukkan etika ahli keluarga tersebut. Sekiranya ibu dan bapa mengajarkan anak-anak mereka mengenai kesopanan terhadap orang yang lebih tua ataupun mengamnalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka, ianya akan diwarisi oleh anggota keluarga tersebut. Apa sahaja yang diamalkan di rumah lazimnya akan diwarisi sehingga mereka dewasa kelak. Hal ini berlaku kerana anak-anak akan menjadikan ibu dan bapa mereka sebagai ‘role model’ ataupun contoh yang patut diikuti dalam kehidupan mereka. Sekiranya ibu dan bapa mendidik dan memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak mereka, apabila mereka sudah besar nanti mereka mampu untuk memberikan sumbang bakti kepada orang tua mereka serta masyarakat di kemudian hari. Sekiranya ibu dan bapa mendidik anak-anak dengan cara yang negatif seperti tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya, tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya dan tidak

6

Page 7: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, maka mereka akan mencontohi sikap ibu bapa mereka dan mewarisi keteladanan yang tidak baik apabila mereka besar kelak. Anak-anak boleh diibaratkan seperti kain yang putih.ibu dan bapalah yang akan mencorakkan kain putih tersebut. Jika baik coraknya maka kelak ianya akan di sayang oleh orang ramai dan sekiranya tidak, ianya akan berlaku sebaliknya.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan pendidikan anakanak dan membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak. Ibu bapalah yang dapat membantu anak-anak memperolehi pendidikan yang cemerlang dan bermutu. Oleh itu, mereka bertanggungjawab membentuk sikap yang positif di dalam diri anak-anak seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul dengan orang lain, sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti sekolah. Ibu bapa juga harus menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan konsep diri yang positif di kalangan anak-anak (Zaleha Sulaiman 1995).

2.1.1 PENGARUH KELUARGA ( CONTOH 1 )

Ibu dan bapa tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak suka bersenam, menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Hal ini akan menjadi ikutan anak-anak mereka apabila mereka besar kelak. Apabila anak-anak mereka besar nanti, mereka juga akan mengaplikasikan kembali apakah tabiat yang diwarisi dari ibu dan bapa mereka. Ibu dan bapa haruslah memberi taladan yang baik kepada anak-anak seperti mengajak mereka bersenam, melakukan aktiviti riadah bersama-sama keluarga ataupun mengamalkan gaya hidup yang seimbang dengan makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Sekiranya hal ini dilakukan, maka ianya akan menjadi ikutan mereka dikemudian hari.

2.1.2 PENGARUH KELUARGA ( CONTOH 2)

Dalam kehidupan manusia seharian, solat / sembahyang merupakan tiang agama. Sekiranya seseorang muslim itu tidak bersolat, maka robohlah tiang agama mereka. Dalam dunia moden yang sibuk ini, ramai masyarakat Islam yang hanya sibuk mengejar kekayaan semata-mata dan meninggalkan solat. Pergi ke tempat kerja seawal subuh dan pulang lewat malam. Ini memberikan kesan kepada anak-anak yang sedang membesar. Walaupun di sekolah ada diajar berkenaan bagaimana untuk melaksanakan kewajiban tersebut, namun ianya sia-sia apabila tunggak keluarga tidak mengaplikasikan kepada ahli keluarga mereka. Ibu dan bapa haruslah sedar akan hal ini dan senantiasa mengambil berat akan hal ini kerana ianya akan menjadi ikutan anak-anak mereka. Dalam hal ini, ibu bapa sewajarnya bersolat

7

Page 8: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

secara berjemaah kerana dengan cara demikian, ianya akan dapat membentuk pertalian keluarga yang lebih erat dan menjadikan keluarga tersebut lebih bahagia.

2.1.3 PENGARUH KELUARGA ( CONTOH 3 )

Contoh ketiga, sebuah keluarga mengamalkan sikap yang tegas dalam mendidik anak-anak. Sikap tegas tersebut dapat dilihat menerusi didikan agama, menepati masa dan sikap menghormati orang yang lebih dewasa. Ini akan menjadikan anak-anak peka terhadap tanggungjawab masing-masing dan senantiasa berusaha untuk membuatkan ibu dan bapa mereka berasa gembira. Sikap sedimikian akan menjadi mereka lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas harian sebagai anak. Sekiranya amalan-amalan ini dipraktikan dirumah, ianya juga akan dapat membina etika individu yang positif dan dapat menyumbangkan sesuatu yang positif kepada agama bangsa dan juga negara.

2.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan juga memainkan peranan penting dalam membentuk etika individu itu sendiri. Kebimbangan terhadap kejadian – kejadian salah laku dalam kalangan remaja dan takut akan penularan “wabak penyakit” ini kepada remaja lain menjadi isu utama pihak bertanggungjawab. Seperti yang kita lihat di negara luar budaya “punk”, “black mental”, “pengkid”, dan gajala yang sebagainya sedikit sebanyak terbawa dan menular kedalam komuniti negara kita. Memang tidak dapat dinafikan lagi budaya – budaya tidak sihat ini menjadi suatu ‘trend’ baru para remaja kita terutamanya di bandar besar. Sedikit sebanyak turut mempengaruhi remaja yang berada di kawasan luar bandar. Sedikit sebanyak wabak baru ini menular dalam kalangan remaja melalui pengaruh rakan. Modus operandinya sangat mudah, di sekolah, segolongan kecil terlibat dalam budaya tidak sihat ini, kemudian mereka akan merekrut ahli baru dan penyebaran itu akan berterusan. Sebagai contoh, anggap seorang remaja luar bandar, masuk ke sebuah sekolah berasrama di bandar dan terpengaruh budaya berkenaan, seterusnya mereka akan membawa budaya itu balik bersama mereka ke kampung dan meneruskan penyeberanya. Suatu perkara yang dianggap temeh, tetapi membawa pengaruh yang besar. Sejauh mana keberkesananya, kita dapat lihat sendiri pada hari ini

2.2.1 FAKTOR RAKAN ( CONTOH 1 )

- Ali berkawan rapat dengan Karim. Mereka adalah rakan sebilik di asrama. Karim seorang pelajar yang malas tetapi Ali adalah seorang pelajar yang rajin.

8

Page 9: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

Ali seringkali mengajak Karim untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Akhirnya, Karim dapat memperbaiki markah dalam pelajarannya yang lemah dan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Ini adalah hasil usaha pengaruh rakan sebaya yang peka dan mengambil berat akan rakan-rakannya. Ini membawa pengaruh yang positif dan dapat

2.2.2 FAKTOR RAKAN ( CONTOH 2 )

Salim baru berpindah dari kampungnya dan kini bersekolah di Bandar. Di tempatkan di sebuah sekolah di Bandar Johor Bahru. Rakan sekelasnya terdiri dari remaja yang mempunyai masalah social seperti merokok, suka melepak dan sering melakukan kegiatan vandalisme di tempat awam. Salim pula adalah remaja dari kampung yang bersikap lemah lembut. Namun, lama kelamaan, Salim akan terpengaruh dengan budaya social yang dipengaruhi oleh kawan-kawannya. Ini adalah kerana rakan merupakan orang yang rapat dengan kita selepas ibu dan bapa. Melakukan sesuatu kerja bersama-sama akan menjadikan Salim mengenali dan bergaul rapat dengan rakan-rakan sekelasnya. Ini akan menjadikan Salim lebih berminat unutk bersama-sama rakan sekelasnya dan melakukan perkara yang diingini untuk memenuhi waktu lapang. Ini adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya yang kuat akan mengubah corak social Salim daripada murid yang lemah lembut kepada murid yang ekstream, negative dan mengamalkan social yang negative.

2.2.3 FAKTOR RAKAN ( CONTOH 3 )

Dalam pengalaman saya, pengaruh rakan banyak mempengaruhi pembentukkan etika seseorang individu. Melalui pengalaman saya di mana seorang rakan saya yang dahulunya adalah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah rendah dengan memperoleh keputusan 5A didalam peperiksaan UPSR, namun berubah apabila beliau berpindah ke sekolah menengah. Semua ini adalah disebabkan pengaruh rakan yang menyebabkan dia berubah sedimikian rupa. Jika dahulunya dia banyak menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran dan mengisi masa lapang dengan membaca buku, namun segalanya berubah apabila dia bercampur gaul dengan pelajar yang lebih senior daripadanya di sekolah rendah. Dia sering menghabiskan masa dengan melepak, merempit dan juga menghisap rokok di sekolah. Hal ini telah menyebabkan prestasi pelajarannya merosot dengan amat teruk sehingga dia telah dipanggil untuk menghadiri kelas bimbingan dan kaunseling bagi mengenalpasti apakah permasalahan yang dihadapi dan juga mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

Melalui pengalaman-pengalaman berkaitan factor rakan yang mempengaruhi perkembangan etika pembentukkan seseorang individu itu, dapatlah dinyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya amat memberi impak yang besar di dalam pembentukkan etika seseorang individu. Remaja khasnya perlulah bijak

9

Page 10: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

memilih rakan kerana jika baik kawan yang dipilih, maka individu itu akan berbah menjadi baik dan jika buruk sikap rakan yang dipilih maka ia akan terjadi disebaliknya. Sungguhpun perbincangan mengenai pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka (Azhar 2006).

2.3 FAKTOR SITUASI

Faktor situasi juga memainkan peranan penting dalam membentuk etika seseorang individu sama ada baik atau buruk dan dapat diterima oleh masyarakat. Faktor situasi boleh dimaksudkan dengan suasana atau kedudukan individu di dalam keluarga, masyarakat atau komuniti, tempat kerja  dan media yang boleh membawa kepada tingkah laku positif atau negatif yang bergantung kepada situasi tersebut. Faktor situasi, pada kebiasaannya terbahagi kepada beberapa situasi antaranya situasi persekitaran, situasi dengan kerelaan atau situasi dengan paksaan.

2.3.1 FAKTOR SITUASI ( CONTOH 1 )Ramai di kalangan keluarga yang berpendapatan rendah tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, menetap di rumah-rumah pangsapuri yang menempatkan sehingga ribuan penduduk dan situasi di dalam rumah tersebut yang sempit terutama bagi keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai menyebabkan remaja-remaja dari keluarga tersebut mempunyai perasaan bosan dan kekurangan aktiviti di dalam rumah. Dengan situasi yang sedemikian, ia secara tidak langsung memaksa remaja-remaja ini memilih untuk menghabiskan masa di luar rumah samada  bersama rakan-rakan di kawasan sekitar atau melepak di kompleks membeli-belah untuk mendapatkan keseronokan. Di mana ia boleh terdedah kepada gejala-gejala tidak sihat seperti rempit, dadah, ganja dan vandalisme. Faktor yang sedemikian boleh membentuk tingkah laku yang negatif. Pada kebiasaannya rakan-rakan akan memujuk untuk melakukan sesuatu yang negatif demi keseronokan mereka. Bagi remaja yang mempunyai fikiran lebih matang, mereka akan menolak ajakan rakan-rakan dengan baik dan memberitahu bahawa apa yang akan mereka lakukan adalah tidak baik dan akan dipandang negatif oleh masyarakat. Faktor situasi sebegini adalah disebabkan oleh faktor situasi persekitaran.

10

Page 11: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

2.3.2 FAKTOR SITUASI ( CONTOH 2 )

Faktor situasi secara paksaan lebih memberi fokus kepada paksaan yang menyebabkan seseorang itu membuat keputusan untuk melanggar atau mengikuti norma-norma masyarakat setelah adanya unsur-unsur paksaan. Sebagai contoh, seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah penunggang motosikal yang tidak berhenti semasa sekatan jalan raya dan cuba untuk melanggar anggota polis tersebut. Tembakan yang dilepaskan tepat mengenai penunggang dan mati di tempat kejadian. Pada kebiasaannya, polis akan bertindak menembak sekiranya mereka terpaksa kerana ada unsur-unsur paksaan untuk mempertahankan diri daripada serangan penjenayah. Sekiranya tiada unsur-unsur tersebut, anggota polis mungkin tidak mengambil tindakan untuk menembak tanpa membuat perhitungan terlebih dahulu. Walaupun mereka telah diberikan latihan tentang prosedur-prosedur untuk melepaskan tembakan, oleh kerana demi keselamatan diri dan mereka memikirkan perlu untuk melepaskan tembakan, maka mereka akan melepaskan tembakan untuk keselamatan diri kerana diancam oleh penjenayah.Di mata masyarakat akan menuduh anggota polis tersebut adalah kejam dan tidak berprikemanusiaan dengan menembak mati pengunggang motosikal yang hanya melarikan diri dari sekatan jalanraya hanya kerana tiada lessen memandu dan bukannya merompak sedangkan anggota polis tersebut bertindak untuk keselamatan dirinya sahaja.

3.0 UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN PILIHAN MORAL

Sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini. Masyarakat tidak boleh bergantung kepada keputusan umum sebagai etika sahaja dan dijadikan dilemma. Oleh itu Satu set peraturan dibentuk secara menyeluruh mengenai tingkahlaku masyarakat bagi mewujudkan kesan yang baik kepada masyarakat dan ia dipanggil undang-undang (Genfa, 2008). Terdapat empat ciri-ciri undang-undang yang lazimnya dilaksanakan di sekolah iaitu;

3.1 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA

Membuang sampah juga bukanlah satu kesalahan tetapi lebih kepada masalah moral dan etika. Membuang sampah atau membiarkan sampah adalah sikap tidak bermoral seperti mencampakkannya dari kenderaan atau membiarkan sampah di pondok rehat atau membiarkan sampah di

11

Page 12: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

atas meja makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan begitu juga disekolah. Tetapi apabila ia dibiarkan berleluasa maka kawasan berkenaan akan kotor dan menjijikkan. Sebagai pilihan moral bagi mengatasi permasalah sebegini maka Seksyen 47 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) boleh digunakan oleh Kerajaan Tempatan, dewan Bandaraya dengan memberikan denda kepada pembuang sampah yang tidak beretika.

3.2 MASALAH MEROKOK

Merokok disekolah adalah dilarang dari segi etika dan moral kerana ia menyebabkan pengarush yang tidak sihat kepada pelajar-pelajar tetapi ramai juga guru-guru, ibubapa beranggapan bahawa merokok masih tidak salah. Aspek moral pula melihat ia sebagai tidak bermoral dan mengundang kurang selesa kepada pelajar yang terpengaruh dan ingin mencuba. Sekiranya ini berlanjutan maka batasan unang-undang boleh dilaksanakan speerti Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Iaitu seseorang yang didapati merokok di tempat awam boleh didenda dan dihukum berdasarkan seksyen berkenaan.

3.3 MASALAH MENCURI

Tidak ada di Malaysia yang menggalakkan kegiatan mencuri malah ia adalah satu kesalahan moral, etika dan undang-undang yang serius. Kesalahan mencuri mengundang tidak selesa pada masyarakat kerana haknya diolucutkan oleh orang lain kerana perbuatan mencuri. Bagi pelajar, walaupun kesalahan mencuri pensil itu tidak serius tetapi ia adalah tidak bermoral dan beretika. Apabila ia telah mencapai tahap melebihi umur juvana, maka akta 574 seksyen 378 Kesalahan Mencuri dan seksyen 379 Seksaan bagi Kesalahan Mencuri boleh digunakan sebagai membendung aktiviti mencuri.

3.4 MENYIMPAN ATAU MEMILIKI BAHAN LUCAH

Telefon bimbit, komputer, dan ipad adalah hak milik peribadi dan bukanlah kegunaan bersama, oleh itu tidak ada sesiapa jua yang tahu kandungan telefon bimbit, komputer bimbit dan ipad. Menceritakan dan menunjukkan bahan lucah juga hanya pada kesalahan moral sebagai tidak bermoral,, moral yang rendah dan tidak beretika dalam kehidupan social. Tetapi sekiranya ia tidak dibendung ia membawa kepada implikasi agama dan gangguan seksual serta gangguan sosial. Oleh itu sebagai pilihan moralnya Seksyen 922 Kanun Keseksaan (menyimpan video lucah) dan Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002 (memiliki video lucah) bagi mengatasi permasalaha tersebut. Konteks undang-undang sudah jelas, ia adalh sebagai jalan terakhir apabila perbuatan tidak bermoral dilakukan secara berterusan dan undang-undang adalah jalan sebagai hukuman dan dendaan yang tidak ada pada prinsip moral dan etika.

12

Page 13: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya,"etika" sebagai "disiplin berurusan dengan apa yang baik dan buruk dan dengan kewajipan moral dan kewajipan. Ia menentukan apabila sesuatu perbuatan moral atau tidak bermoral, betul atau salah. Melalui kehidupan beretika seseorang itu boleh melakukan perbuatan yang baik tetapi dalam masa yang sama sekiranya ia tidak beretika banyak perlara tidak bermoral dilakukan. Terdapat lima faktor yang mempengaruhi etika peribadi bermula dengan pengaruh keluarga (Family Influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (Life Experince), nilai peribadi dan prinsip oral (Personal values and Morals) dan faktor situasi (Situational Factors). Faktor-faktor seperti keluarga. rakan sebaya dan situasi adalah penyumbang kepada pembentukan etika seseorang terutama remaja yang sedang mempunyai kecelaruan identiti dan tingkah laku dan memerlukan bimbingan daripada seseorang terutama ibubapa. Mereka berperanan untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak remaja  cara-cara berkelakuan dengan baik mengikut norma-norma masyarakat. Ibubapa perlu untuk mendampingi anak-anak remaja agar mereka tidak merasa bosan dan kekosongan di dalam jiwa untuk membentuk mereka menjadi remaja yang berkelakuan baik dan matang untuk mereka melangkah ke alam dewasa.

Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah dinyatakan bahawa keluarga merupakan factor utama yang menyumbang kepada pembentukkan etika seseorang individu. Institusi keluarga haruslah focus dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing agar produk yang dihasilkan nanti mampu memberi sumbang bakti kepada agama, bangsa dan Negara.Pengaruh rakan sebaya juga wajib dipandang serius. Ibubapa perlu mengetahui atau memantau dengan siapakah anak-anak mereka berkawan dan bergaul. Dengan pemantauan ini, anak-anak tidak merasakan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja bila bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya. Sekiranya mereka mengetahu mereka diperhatikan dan dipantau, mungkin kegiatan-kegiatan negatif tidak akan berlaku seperti buli, rempit, dadah, ganja, curi, ragut dan rompak.Situasi juga menyumbang kepada pembentukan seseorang individu kerana sekiranya mereka tertekan, ia akan membolehkan seseorang bertindak diluar norma-norma masyarakat dengan tidak mampu untuk memikirkan samada apa yang dilakukannya memberikan kesan samada baik atau buruk dalam norma masyarakat. Oleh yang sedikian, seseorang itu harus berfikir terlebih dahulu samada baik atau buruk sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan agar tidak melanggar norma-norma masyarakat walau dalam keadaan situasi dipaksa.Undang-undang yang dilaksanakan oleh ahli masyarakat itu mestilah konsisten, menyeluruh, telah diwartakan, boleh diterima oleh seluruh ahli masyarakat dan dikuatkuasakan setelah diwartakan. Peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang adalah sebagai membendung dan melakukan halangan daripada perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika daripada terus berpanjangan dan kekal dilaksanakan. Undang-undang ini menjadikan seseorang akan lebih beretika dan bermoral apabila dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang. Tindakan undang-undang kepada perokok, membuang sampah, mencuri dan memiliki bahan lucah pada

13

Page 14: Muzik Finaly

OUMM3203 821008016129001

asasnya bukanlah satu jenayah berat dan lebih kepada nilai etika sahaja tetapi apabila ia berpanjangan dan melakukan sesuatu yang kerap serta tidak boleh lagi diterima oleh masyarakat maka undang-undang memainkan peranan penting bagi memastikan keharmonian masyarakat dapat dipertahankan. Sekiranya merokok, membuang sampah dan memiliki bahan lucah boleh diterima oleh masyarakat sebagai amalan dan kebiasaan dan sudah ada mekanisma penerimaan seperti pekerja memungut sampah, maka merokok, membuang sampah dan memiliki bahan lucah boleh diterima sebagai bukan tindakan undang-undang tetapi lebih kepada tidak beretika dan tidak bermoral sahaja tetapi oleh kerana ia diterima sebagai norma, perjalanan hidup masyarakat boleh diteruskan.

14